Kelab Greenboc |
- [VIDEO & BERGAMBAR] Lautan Manusia Di Himpunan Hijau ke Putrajaya
- "Haramjadah" Timpa Najib Lagi: Popularitinya Susut Kerana Keganasan Polis Di BERSIH 3.0
- Hamidah Terus Tutup Blog Bila Gagal Tolak Saman Khalid Samad
- SUHAKAM Digesa Siasat Malam Berdarah Lembah Pantai
- PAS Sasar Pertahan Semua Kerusi 2008
- Tarian Haramjadah: Dah Terhantuk Baru Tengadah
- SPRM Bebaskan Shahrizat, Azmin Pula Dijerat Semula
- [BERGAMBAR] Cukup Kartun Betul Bila SPR Larang Kempen Guna Kartun
[VIDEO & BERGAMBAR] Lautan Manusia Di Himpunan Hijau ke Putrajaya Posted: 01 Jun 2012 04:57 PM PDT Stadium Darul Aman, Alor Setar yang merupakan venue Himpunan Hijau ke Putrajaya malam ini sudah dipenuhi puluhan ribu rakyat yang hadir sejak jam 4 petang tadi. Bukan sahaja bahagian tempat duduk berbumbung yang dipenuhi, malah kawasan padang juga penuh dengan orang-ramai yang mula mencari tempat duduk untuk mendengar ucapan pemimpin PAS malam nanti. Biarpun hujan lebat turun sekitar jam 4.30 petang hingga 5.30 petang tadi, ianya tidak mematahkan semangat orang ramai untuk hadir ke himpunan penuh bersejarah ini. Malah mereka langsung tidak berganjak biarpun hujan lebat membasahi mereka. Di luar stadium pula, keadaan jalan penuh sesak dengan kahadiran orang ramai dari seluruh negara yang sedang menuju ke stadium. Tidak kurang juga kenderaan yang meletakkan kereta kiri dan kanan jalan. Walaubagaimanapun pihak polis sejak dari tengah hari menjaga lalu lintas memastikan laluan lancar dan memudahkan orang ramai menuju ke stadium. Difahamkan kesesakan bermula dari pintu masuk plaza tol Alor Setar Utara lagi sehingga ke stadium. Kehadiran yang ramai bermula petang tadi bukan kerana adanya konsert K-Pop artis Korea, ataupun penari berpakaian seksi dari Jepun, tetapi hanya baru kerana kehadiran pendakwah tersohor Ustaz Azhar Idrus yang merasmi pentas program malam ini dengan kuliahnya. Malam ini pula akan berlangsung solat hajat dan munajat perdana sejurus selesai solat Maghrib sebelum acara kemuncak ceramah oleh pimpinan utama PAS termasuk presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz. -HD Takbir anak muda bergema di Stadium Darul Aman |
"Haramjadah" Timpa Najib Lagi: Popularitinya Susut Kerana Keganasan Polis Di BERSIH 3.0 Posted: 01 Jun 2012 08:24 AM PDT Populariti Najib susut selepas Bersih 3.0 SHAH ALAM - Paras populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengalami sedikit penurunan daripada 69 peratus pada Februari lalu kepada 65 peratus bulan lalu, demikian menurut kajian terbaru kendalian Merdeka Center. Penurunan ini direkodkan dalam kajian yang diadakan dua minggu selepas perhimpunan Bersih 3.0, yang menuntut pendekatan tambahan bagi menjamin pilihan raya bebas dan adil sementara spekulasi menyebut Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang pertama bagi beliau selaku Perdana Menteri keenam, akan diadakan dalam waktu terdekat. "Satu kajian terbaru dijalankan di Semenanjung Malaysia mendapati kadar sokongan kepada perdana menteri merosot sedikit kepada 65 peratus pada bulan Mei (bulan lalu) daripada 69 peratus pada Februari lalu," kata Merdeka Center dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Sementara 65 peratus menyokong kepimpinan Najib, paras mereka yang tidak berpuas hati dengan prestasi beliau adalah sebanyak 29 peratus. Populariti itu sama paras dengan sokongan yang disaksikan Mei tahun lalu. Berdasarkan kaum, populariti Najib tinggi di kalangan responden Melayu iaitu 79 peratus, India (72 peratus) dan Cina (37). Kajian kali ini dikendalikan membabitkan 1,019 responden antara 10 hingga 18 Mei. Perhimpunan Bersih 3.0 diadakan pada 28 April lalu. Kajian Februari lalu menunjukkan kadar populariti beliau meningkat kepada 69 peratus berbanding 59 peratus Ogos lalu, selepas ia mengalami penurunan jika dibandingkan dengan kedudukan tahun 2010. Kajian Ogos lalu dikendalikan kira-kira sebulan selepas Perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara. Sejak itu Najib mengumumkan beberapa pembaharuan sosiopolitik. Populariti Najib, hasil kajian berkala Merdeka Center, telah menurun ke paras 59 peratus pada Ogos lalu selepas mencatat paras paling tinggi iaitu 72 peratus pada Mei 2010. Populariti 69 peratus Februari lalu sama dengan paras yang direkodkan pada Mac 2010 iaitu 14 bulan selepas menjadi Perdana Menteri. Pada Mei 2009, lebih sebulan selepas dilantik sebagai Perdana Menteri yang keenam, populariti Najib adalah sekitar 45 peratus. Hasil kajian terbaru yang dikeluarkan hari ini juga menunjukkan bahawa kepuasan terhadap prestasi Najib selaku perdana menteri masih tinggi di kalangan responden berusia 50 tahun ke atas - sekitar 70 peratus tetapi paras kepuasan di kalangan mereka bawah 30 tahun hanya 61 peratus. "Sebagaimana kajian sebelum ini, kepuasan di kalangan responden berpendapatan rendah (isi rumah dengan pendapatan bulanan RM1,500) adalah sangat tinggi. "Kepuasan di kalangan responden-responden kalangan kumpulan berpendapatan pertengahan (isi rumah dengan pendapatan antara RM3,000 dan RM5,000) menunjukkan penurunan besar berbanding (kajian) bulan Februari lalu," kata beliau lagi. Kajian terbaru menunjukkan sokongan ke atas populariti Najib di kalangan responden berpendapatan RM1,500 dan ke bawah meningkat daripada 78 peratus pada Februari 2012 kepada 82 peratus bulan lalu. Ulasan GB Mengapa populariti Najib turun? GB pernah ulas di SINI. Petikan: Apabila kezaliman diulangi dan bermaharajalela, itu PETANDA JELAS bakal tumbangnya kerajaan UMNO BN. Tetapi lepas satu perhimpunan BERSIH ke satu perhimpunan BERSIH yang lain, polis tidak pernah belajar dan mengakuI kesilapan MEREKA. Terus-menerus melakukan provokasi dan keganasan. Semua membuka mata, dan tuduhan bahawa peserta BERSIH yang mengganas tidak diterima oleh rakyat kerana bukti nyata terpapar secara "live" bahawa aksi keganasan adalah dari tindakan polis. Polis, meletakkan diri mereka serendah golongan samseng UMNO, tidak senang jika perhimpunan dan majlis-majlis Pakatan Rakyat berjalan aman. Mereka khuatir lebih ramai rakyat menyokong PR, maka itu ditimbulkan provokasi dan keganasan, lempar telur, batu, besi dan seumpamanya. Lebih dasyat menyembur gas pemedih kepada rakyat yang tidak berdosa. Namun hukum kebenaran dan keadilan tidak berdusta: yang jahat itu PASTI akan terima balasannya dan Najib selaku PM menanggung risiko menyusutnya popolariti. Partinya akan kalah di dalam pilihanraya. Ditambahi pula dengan "haramjadah" yang diucapkan Najib yang tetap akan menimpa dirinya semula. klik untuk baca |
Hamidah Terus Tutup Blog Bila Gagal Tolak Saman Khalid Samad Posted: 01 Jun 2012 09:33 AM PDT Mahkamah Tinggi hari ini menolak dengan kos, permohonan Ketua Penerangan Wanita Umno, Datuk Hamidah Osman bagi mengenepikan saman fitnah Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Khalid Samad, terhadapnya. Saman itu berhubung dakwaan Khalid bahawa Hamidah memfitnahnya dengan menyiarkan gambar "superimpose" Ahli Parlimen itu memakai jubah biskop di blognya, pada Januari 2010. Hakim Datuk Zainal Azman Abd Aziz turut memerintahkan saman itu didengar pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak. Zainal Azman berkata, kes saman itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Sivil dan bukan Mahkamah Syariah. Katanya, saman difailkan Khalid adalah saman fitnah berhubung kredibilitinya sebagai seorang ahli politik. Khalid memfailkan saman fitnah itu terhadap Hamidah pada 22 Disember 2011, berhubung penyiaran gambar di laman blog http://hamidahosman.blogspot.com. Beliau mendakwa gambar yang disiarkan itu menunjukkan seolah-olah beliau seorang murtad seperti seorang paderi Kristian dan termasuk dalam golongan yang menghina Islam. Hamidah dalam pembelaannya berkata, beliau tidak mempunyai sebarang niat untuk menghina tetapi paparan itu berhubung tindakan plaintif menyebarkan pendapatnya berhubung satu fatwa. Pada 20 Februari lalu, Hamidah membuat permohonan bagi membatalkan saman Khalid dengan alasan kes tersebut sepatutnya dibicarakan di Mahkamah Syariah. Khalid diwakili oleh peguam, Azhana Mohd Khairudin manakala Hamidah pula diwakili oleh peguam, Nor Emelia Iszeham. Ulasan GB Tinjauan ke blog hamidahosman.blogspot.com mendapat ianya telah ditutup. Demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Kebatilan tetap TEWAS dengan kebenaran. Kebatilan tidak akan mampu bertahan sepertimana firmanullah: وَقُلْ جَاء الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقاً wa qul ja alhaqqu wa zahaqal bathilu innal bathila kana zahuqan Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap. -Al-Isra: 82 Begitulah seterusnya, blog-blog pencacai yang suka mencarut dan memfitnah dengan gambar-gambar lucah akan tetap binasa akhirnya apabila berdepan dengan kebenaran (ayat Al-Quran). Termasuklah media massa (bercetak dan eletronik) dan agensi berita yang memfitnah dan yang sering menyiarkan gambar-gambar lucah. Mereka akan hancur binasa akhirnya kerana demikianlah peraturan alam hakikat (kebenaran). Awan gelap tidak selama-lamanya boleh menutup sinar cahaya mentari! |
SUHAKAM Digesa Siasat Malam Berdarah Lembah Pantai Posted: 01 Jun 2012 05:24 AM PDT Kuala Lumpur: MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar telah menghantar satu memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) berhubung keganasan politik pada "malam berdarah Lembah Pantai" pada 24 Mei lalu. Beliau berkata keganasan politik pada malam itu, di mana batu, telur dan botol air dilontarkan ke penonton ceramah Pakatan Rakyat, merupakan satu deklarasi perang terhadap demokrasi dan rakyat. Seorang warga emas cedera dibahagian kepala dipercayai terkena batu yang dilemparkan ke arah hadirin yang berkumpul di ceramah tersebut di flat Pantai Permai, Lembah Pantai. Ceramah yang bertajuk "Halatuju Politik dan Ekonomi Negara" itu memaparkan ucapan dari Nurul Izzah, MP Batu Tian Chua, Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Md Akin dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam memorandum itu Nurul Izzah menuntut satu siasatan menyeluruh untuk mengenalpasti jika wujud satu perancangan sistematik intimidasi politik melalui insiden-insiden keganasan politik. Siasatan itu juga untuk mengenalpasti pihak disebalik kempen ganas itu yang menafikan hak rakyat berpolitik dan mengancam demokrasi. Setakat ini, enam laporan polis telah dibuat berhubung kejadian provokasi yang pernah berlaku di kawasan Lembah Pantai terutamanya melibatkan program-program Pakatan Rakyat. MP Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar, Senator Datuk Raja Nong Chik dijemput untuk hadir ke Suahakam bagi bersama-sama menyerahkan memorundum tersebut. Namun tiada wakil dari kedua-dua pihak yang hadir. Memorandum tersebut diterima pesuruhjaya SUHAKAM James Nayagam. MP Cheras Tan Kok Wai dan MP Segambut Lim Lip Eng turut hadir bagi menyerahkan memorandum tersebut. Menurut Nurul Izzah, jika Pakatan terus diganggu untuk mengadakan program aman, perkara ini akan menyekat usaha demokrasi memandangkan Malaysia mempunyai pelbagai parti politik. Katanya, kejadian sebegini bukan sahaja mendatangkan risiko kepada ahli politik, tetapi turut melibatkan orang awam yang hadir untuk mendengar penerangan isu semasa. Beliau menambah, perkara ini merupakan antara fokus utama untuk dibangkitkan dalam sesi Parlimen yang akan berlangsung Jun ini. "InsyaAllah sekiranya Datuk Seri Najib tidak mahu memanggil pilihanraya lagi kita akan bangkitkan isu ini. "Perkara ini berlaku secara berterusan dan saya berasa sedikit gerun kerana ini bukan sepatutnya budaya yang harus dihadapi. Kita mahu semua ahli politik menolak budaya samseng sebegini," katanya. -selangorku |
PAS Sasar Pertahan Semua Kerusi 2008 Posted: 01 Jun 2012 03:22 AM PDT Alor Setar: PAS meletakkan sasaran mempertahankan semua 23 kerusi Parlimen yang dimenangi pada pilihan raya umum 2008. Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga menegaskan parti itu mahu menambah lebih banyak kerusi di Terengganu, Perak dan Selangor. "Kami mahu memenangi sekurang-kurangnya satu kerusi di Perlis, Pulau Pinang, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. "Bersama Pakatan rakyat, kami mahu merampas Perak danTerengganu selain mempertahankan Selangor, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang," kata Presiden PAS itu ketika berucap dalam perhimpunan parti di sini hari ini. Pada pilihan raya umum 2008, PAS menang 23 kerusi Parlimen dan menawan Kedah, Perak serta mengekalkan Kelantan sejak 1990. Bagaimanapun, BN merampas semula kerajaan negeri Perak apabila tiga Adun Pakatan Rakyat keluar parti dan menyokong BN. Dalam ucapannya, Abdul Hadi berkata, PAS bersama Pakatan Rakyat mesti berusaha melemahkan penguasaan Umno dan BN di kubu mereka, Johor, Melaka, Pahang dan Negeri Sembilan. Menurut beliau, PAS juga mestilah bersedia menerima dan mengalu-alukan penyertaan golongan al-mala' yang ingin menegakkan Islam bersama PAS. Katanya, antaranya seperti golongan penjawat awam, kelompok budayawan, artis dalam berbagai bidang, pemimpin masyarakat dan pentadbiran kerajaan. Beliau juga mengarahkan parti untuk menambah sokongan pengundi-pengundi Melayu sehingga menambah secara purata 3 – 4 peratus. Isu orang Melayu "Antara langkah-langkah yang boleh diambil ialah dengan meyakinkan masyarakat Melayu bahawa PAS benar-benar bersedia untuk memimpin negara dan akan martabat martabat mereka dengan mendaulatkan Islam. "Menyedarkan masyarakat Melayu dengan isu-isu yang mereka mempunyai kepentingan langsung seperti Felda, pengambilan dan rampasan tanah, majoriti masyarakat Melayu yang terpinggir dan salah urus wang zakat. "Menjadikan masyarakat Melayu bandar dan golongan Melayu kelas pertengahan sebagai agen perubahan penting kepada pengundi-pengundi Melayu luar bandar," katanya. Abdul Hadi berkata, PAS perlu mendekati golongan-golongan yang berpengaruh besar dari kalangan pengundi-pengundi Melayu seperti penjawat awam dan pertubuhan masyarakat sivil. Katanya, PAS melalui Dewan Pemuda perlu memberi tumpuan yang besar kepada pengundi-pengundi muda yang sebahagian besar mereka berada di bandar-bandar. Manakala, Dewan Muslimat perlu mengekang dan mengurangkan sokongan kaum wanita kepada BN dan juga mendekati dengan berakhlak penggerak-penggerak Kemas yang sebahagian besarnya dari kalangan kaum wanita. "Dewan Ulama perlu mendekati golongan agamawan dan NGO-NGO Islam untuk meyakinkan mereka bahawa PR bersedia memikul amanah ke arah pemerintahan yang adil dan ihsan. "Manakala Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) akan terus mendekati para pengundi bukan Islam untuk meyakinkan mereka dengan slogan "PAS for All". "Semua ahli PAS mesti mendekati para pegawai kerajaan termasuk ahli-ahli pasukan keselamatan seperti anggota tentera, polis dan RELA di samping penyokong-penyokong Umno dengan akhlak yang terpuji supaya mereka beralih menyokong perjuangan Islam yang dipelopori oleh PAS," tambahnya. Abdul Hadi berkata, jika PAS dan Pakatan Rakyat diberi kepercayaan memimpin Malaysia kesemua mereka akan dilayan sama adil sebagaimana tuntutan Islam tidak akan wujud gejala membalas dendam terhadap mana-mana pihak. -FMT |
Tarian Haramjadah: Dah Terhantuk Baru Tengadah Posted: 01 Jun 2012 01:41 AM PDT KBS mohon maaf konsert K-Pop PUTRAJAYA - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memohon maaf sekiranya persembahan artis dikenali sebagai KPop dari Korea dalam Himpunan Jutaan Belia Ahad lalu, menyinggung perasaan mana-mana pihak di negara ini. Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berjanji pihaknya akan lebih berhati-hati untuk memastikan perkara seperti itu tidak akan berulang. "Saya memohon maaf kepada semua pihak sekiranya mereka tersinggung dengan persembahan K-Pop, yang dikatakan berpakaian kurang sopan," katanya. Beliau berkata demikian bagi mengulas teguran Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria Selasa lalu, bahawa program belia itu tidak seharusnya dicemari dengan pemilihan artis dari luar negara yang kurang sopan dari segi aksi dan pemakaian. Ahmad Shabery berkata, beliau menerima dengan baik teguran membina mana-mana pihak mengenai program yang diadakan sempena perhimpunan itu. Menurutnya, sepanjang program lima hari itu, lebih 500 acara diadakan. "Mungkin ada beberapa acara perlu dilihat kembali. Saya amat terbuka, tetapi banyak perkara lain yang boleh dilihat. Malah banyak program keagamaan dan modal insan turut diadakan," katanya. Sebelum itu, Ahmad Shabery ke Hospital Putrajaya, melawat ketiga-tiga mangsa yang cedera ketika menyaksikan aksi drag, apabila sebuah kereta yang terbabit dalam perlumbaan itu terbabas dan merempuh penonton. Ahmad Shabery berkata, kesemua mangsa kini berunsur baik dan kementeriannya bersama penganjur sukan itu akan menanggung segala kos perubatan mangsa. "Perkara ini tidak akan dipanjangkan oleh pihak keluarga dan saya juga meminta agar ia tidak dipolitikkan. "Kita tidak mahu menuding jari. Perkara sudah berlaku, dan kita akan pastikan ia tidak akan berulang lagi," katanya. Sementara itu, salah penonton yang menyaksikan kejadian dan mengalami cedera ringan, Mohd Norizam Mohd Rihani menyatakan, kemalangan itu turut berpunca daripada kecuaian mereka sendiri. Menurutnya, sebelum perlumbaan itu berlangsung pihak penganjur memberikan amaran, tetapi ia tidak dianggap penting dan dipandang ringan oleh setengah penonton. -SH KBS tubuh panel siasat insiden lumba drag Menteri: Belanja besar K-Pop bukan isu jika ditaja Ulasan GB Tarian tu satu hal. Kemudian perbelanjaan yang besar kepada kumpulan tersebut sehingga mencecah lebih RM2 juta itu apa kisah? Belum ada pengesahan atau penafian. Kemudian syarikat StadiumFirst itu siapa punya? Rakyat perlukan penjelasan. Bagaimana tiba-tiba muncul sebuah syarikat yang menuntut jutaan ringgit wang milik rakyat dari kementerian. [JAHANAM] Belanja Hari Belia RM20 juta. "K-Pop" Dibayar RM2.04 juta Apa jaminan wang rakyat tidak diperhabiskan untuk perkara-perkara mungkar ini? TERKINI: Daripada berita terkini yang tercatat diatas, apa ke jadahnya dah buat aktiviti kemudian baru nak cari penaja? Nak melembukan rakyat, pelbagai alasan diberikan, tak sedar diri sendiri yang lembu. klik untuk baca |
SPRM Bebaskan Shahrizat, Azmin Pula Dijerat Semula Posted: 31 May 2012 11:08 PM PDT PKR kecewa SPRM buka kes Azmin, bebaskan Shahrizat SHAH ALAM - Dua pemimpin kanan PKR kesal dengan keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) - mengisytiharkan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bersih daripada tuduhan isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) manakala kes rasuah 17 tahun lalu Azmin Ali mahu dibuka semula. "Kami berasa kesal dengan dua keputusan penting yang dibuat SPRM pada hari ini berhubung kes NFC dan penglibatan Shahrizat serta tuduhan terhadap Azmin Ali," kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Wanitanya, Zuraida Kamaruddin. Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, kedua-dua mereka berkata, sungguhpun rata-rata rakyat Malaysia sudah menjangkakan bahawa SPRM akan melepaskan Shahrizat dari tuduhan rasuah bersabit NFC, keputusan SPRM membuka siasatan terhadap Azmin benar-benar mendedahkan wajah sebenar SPRM. "Rakyat boleh menilai tindakan tangkas SPRM berhubung tuduhan terhadap Azmin walaupun laporan dan siasatan Badan Pencegah Rasuah (kini SPRM) telah menyatakan bahawa tidak ada unsur rasuah ketika siasatan dibuat dalam tahun 1995. "Berbeza pula dengan pelbagai dolak dalih yang diberikan SPRM dalam kes NFC dan Shahrizat walaupun NFC dan menteri bertanggungjawab membuat keterangan di Parlimen mengenai proses pemberian tender kepada sebuah syarikat milik keluarga beliau," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Shahrizat didapati tidak terbabit dalam proses perolehan pinjaman RM250 juta daripada kerajaan Persekutuan kepada National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), yang dimilki suami dan anaknya. Pengerusi Panel Penilaian Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil hari ini berkata kertas siasatan SPRM dan laporan Pejabat Peguam Negara mendapati Shahrizat tidak terlibat dan kes itu ditutup. Katanya, Ketua Wanita Umno itu tidak terlibat langsung dalam proses perolehan pinjaman yang dibuat oleh suaminya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, yang juga pengerusi NFC. Berikutan isu pinjaman itu, Shahrizat telah meletakkan jawatan menteri berkenaan apabila tempoh beliau sebagai senator tamat pada 8 April lepas. Suaminya kini menghadapi perbicaraan di Mahkamah Sesyen di sini atas dua tuduhan pecah amanah melibatkan wang RM49.7 juta dan dua tuduhan melanggar Akta Syarikat 1965. Perbicaraan akan bermula 5 hingga 9 November ini disusuli antara 3 dan 14 Disember ini. SPRM: Adun Sri Muda, Batu Caves 'bersih' Ulasan GB Apa yang GB ramalkan sebelum ini di SINI jadi kenyataan! Petikan: Sekarang ini semacam wujud satu fenomena baru iaitu mewujudkan isu-isu lapuk untuk memburukkan imej kerajaan PR Selangor seperti siu pasir, isu gambar bogel Elizabeth Wong dan sebagainya menjelang PRU13 di dalam misi UMNO BN Tawan Selangor. Kes pasir ADUN Sri Muda sudah dua kali dibuka dan dua kali ditutup. Tak mustahil akan dibuka semula apabila mereka ketiadaan modal lagi. Itulah yang berlaku ke atas Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali. Skandal yang melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat terlalu kurang. Kalau ada ada pun kesnya lemah dan tiada bukti kukuh yang mereka ada melakukan penyelewengan. Oleh itu yang boleh dilakukan ialah penyegaransemula dan kitarsemula kes-kes lama. SPRM sudah lama menjadi alat kepada UMNO BN. Sebelum ini di SINI GB pernah nyatakan, petikan: Inilah yang dikehendaki sekarang iaitu penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja. Demikianlah rencana mereka. Dengar sini, GB ingin mengingatkan pihak-pihak yang terlibat, bahawa Allah sudah berfirman: Sambil bersikap sombong di bumi dan berusaha merancangkan rencana jahat, dan tidak ditimpakan dengan rancangan yang jahat itu melainkan orang yang merancangkannya sendiri. Maka tiada yang mereka tunggu melainkan seperti berlakunya kebinasaan ke atas orang yang telah lalu. Kerana engkau tidak akan mendapati perubahan bagi Sunnatullah, dan engkau tidak akan mendapati Sunnatullah itu menyimpang. [Fatir: 43] |
[BERGAMBAR] Cukup Kartun Betul Bila SPR Larang Kempen Guna Kartun Posted: 31 May 2012 07:41 PM PDT Larang kempen guna kartun melucukan - Zunar KUALA LUMPUR: Kumpulan Kartunis Independen (KKI) menyifatkan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melarang penggunaan kartun dalam kempen Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 sebagai 'melucukan'. Ketuanya Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar berkata, yang patut diberi perhatian oleh SPR bukan medium, tetapi kandungan atau mesej yang digunakan oleh parti-parti politik dan penyokong yang berkempen. Mesej yang tidak bertanggungjawab serta bersifat serangan peribadi dalam apa jua medium ujarnya perlu diambil tindakan. "Kartun adalah salah satu medium bagi parti-parti politik untuk menyampaikan mesej dalam Pilihanraya dan ia adalah medium yang halal dipraktiskan secara undang-undang di Malaysia dan kerana itu SPR tak berhak melarangnya. "Mengharamkan penggunaan kartun ketika kempen pilihanraya adalah satu peraturan yang bukan saja salah di sisi undang-undang, tetapi paling melucukan," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily. Beliau mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar seperti dilaporkan media yang menyatakan bahawa badan itu melarang penggunaan kartun dalam kempen Pilihanraya Umum (PRU) ke 13. Menurut Zunar, SPR seharusnya menggunakan tenaga dan usaha untuk memenuhi lapan tuntutan Bersih daripada berbicara soal kartun dan karikatur. Beliau memberitahu, biarpun berdepan larangan itu, KKI yang diketuainya akan terlibat aktif sebelum dan ketika kempen PRU akan datang. "Kami akan membuka bilik gerakan kartunis sendiri dan akan bergerak secara berkumpulan dengan menggunakan van dan berkempen ketika kempen PRU. "Fokus kami ialah mendedahkan penyelewengan dan korupsi oleh pemerintah sekarang. Ini termasuk isu Skandal Scorpene, NFC, isteri Perdana Menteri, dan lain-lain," katanya. -HD Kartunis tak akan hiraukan larangan SPR PRU13: Kempen dilarang guna karikatur |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment