Salam Rafi!
Isi kandungan email ini:
- Jemputan khas dialog "Bicara Ekonomi Semasa bersama Usahawan Muda" bersama YB Dato Mukhriz Mahathir, dikelolakan bersama oleh Irfan Khairi Sdn Bhd
- Sesi "Perniagaan Internet - PANTAS, MUDAH & MURAH" bersama Irfan Khairi di IPOH - ESOK dan SEREMBAN minggu ini.
- Artikel Pilihan: Blog perniagaan- hidup atau sudah mati?
Rafi, Beberapa aktiviti keusahawanan disusun pada minggu ini dan minggu hadapan, dan ingin menjemput anda untuk mendapat ilmu perniagaan tambahan serta menjalinkan jaringan dan network bersama usahawan-usahawan lain.
Mudahan juga artikel saya kali ini bertajuk "Apakah yang Memotivasikan Anda?" memberi sedikit inspirasi idea bagaimana anda boleh mencari picu yang memotivasikan anda.
-Irfan Khairi
Kuala Lumpur
Bicara Ekonomi bersama Usahawan Muda
Bersama Dato Mukhriz Mahathir, Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI)
Bersama Dato Mukhriz Mahathir, Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI)
Pada Isnin depan (28hb Mei), akan diadakan satu sesi dailog bersama Dato Mukhriz Mahathir bertajuk "Bicara Ekonomi Semasa bersama Usahawan Muda" . Yang dikelolakan oleh Irfan Khairi Sdn Bhd. Suka saya ingin menjemput anda sebagai pembaca setia email ini dan yang sentiasa menyokong usaha saya dalam mebina jaringan usahawan serata Malaysia untuk turut sertai.
Rafi, jemputan khas ini adalah terhad kepada 50 pembaca email ini sahaja. Sekiranya anda ingin turut serta, sila lakukan tempahan tempat anda hari ini.
"Bicara Ekonomi Semasa bersama Usahawan Muda"
Bersama YB Dato Mukhriz Mahathir,
Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI)
Dikelolakan oleh Irfan Khairi Sdn Bhd
Isnin, 28hb Mei 2012
Bersama YB Dato Mukhriz Mahathir,
Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI)
Dikelolakan oleh Irfan Khairi Sdn Bhd
Isnin, 28hb Mei 2012
12.00 tengah hari - 2.00 petang
Dewan Utama, MPC Petaling Jaya
(sebelah Singgahsana Hotel)
(sebelah Singgahsana Hotel)
Sekiranya anda berminat untuk sertai, mendapat ilmu dan juga jaringan/network bersama usahawan-usahawan (termasuk saya!) dan bakal usahawan yang lain, sila lakukan tempahan di bawah. Penyertaan adalah percuma, termasuk makan tengah hari yang ditaja! ;)
Untuk tempahan, email kepada sales@rahsiainternet.com
Tajuk email: Bicara Usahawan Muda
Emailkan maklumat berikut:
- Nama penuh
- Alamat email
- No. Handphone
- Jumlah Peserta
Rafi, daftar hari ini oleh kerana tempat adalah terhad kepada 50 usahawan terpilih sahaja yang membaca email ini!
Sesi Perniagaan Internet, PANTAS, MUDAH & MURAH - IPOH & SEREMBAN
Bersama Irfan Khairi
Bersama Irfan Khairi
Rafi, minggu ini, sesi "Perniagaan Internet - PANTAS, MUDAH & MURAH" akan diadakan di Ipoh dan juga Seremban. Warga Ipoh & Seremban, pastikan anda sertai oleh kerana ini adalah sesi pertama dan terkahir yang dijalankan untuk tahun ini di dua lokasi tersebut ;)
Rafi, memang tidak dapat dinafikan lagi, perniagaan melalui Internet kini mendapat sambutan yang amat hebat. Dengan pengguna Internet di Malaysia melebih 18 juta orang, dan pengguna Internet dunia melebihi 1.8 bilion pengguna, menjadikan Internet dan media sosial sebagai pentas menjalankan perniagaan dengan pantas, mudah dan murah!

Saya telah menjalankan perniagaan Internet sejak tahun 2000 dan mencapai RM1,000,000 keuntungan dari Internet pada awal penglibatan saya dalam bidang perniagaan Internet. Sehingga kini telah mendidik dan membantu beribu usahawan Internet di Malaysia memulakan perniagaan yang berjaya. Sekrianya anda ingin ketahui cara memulakan dan menjalankan perniagaan melalui Internet (bagi anda yang kini merupakan pemilik perniagaan atau baru ingin memulakan perniagaan), ikuti sesi di bawah:
Saya telah menjalankan perniagaan Internet sejak tahun 2000 dan mencapai RM1,000,000 keuntungan dari Internet pada awal penglibatan saya dalam bidang perniagaan Internet. Sehingga kini telah mendidik dan membantu beribu usahawan Internet di Malaysia memulakan perniagaan yang berjaya. Sekrianya anda ingin ketahui cara memulakan dan menjalankan perniagaan melalui Internet (bagi anda yang kini merupakan pemilik perniagaan atau baru ingin memulakan perniagaan), ikuti sesi di bawah:
Sesi Perniagaan Internet, PANTAS, MUDAH & MURAH
Bersama Irfan Khairi
Ritz Garden Hotel, Ipoh
Khamis, 24hb Mei 2012 (ESOK)
8.00 malam - 10.00 malam
Klik di sini untuk maklumat lanjut sesi khas ini dan pendaftaran IPOH
Bersama Irfan Khairi
Ritz Garden Hotel, Ipoh
Khamis, 24hb Mei 2012 (ESOK)
8.00 malam - 10.00 malam
Klik di sini untuk maklumat lanjut sesi khas ini dan pendaftaran IPOH
atau
Bersama Irfan Khairi
Alson Kelana, Seremban
Jumaat, 25hb Mei 2012
8.00 malam - 10.00 malam
Klik di sini untuk maklumat lanjut sesi khas ini dan pendaftaran SEREMBAN
Artikel Pilihan: Blog Perniagaan - hidup atau sudah mati?
Oleh: Irfan Khairi
Blog perniagaan adakah masih hidup atau mati ditelan media sosial yang lebih popular seperti YouTube, Twitter dan Facebook?
Kalau ditanya saya, jawapannya, blog dan blogging belum mati. Untuk perniagaan, blog masih lagi penting dan mempunyai manfaat yang tidak terdapat dalam media sosial yang lain. Antaranya:
Lebih fokus
Blog adalah lebih fokus- pemilik blog perniagaan boleh memberi fokus pada mesej perniagaan apa yang ingin di sampaikan melalui blog. Bukan sahaja dari segi mesej, tetapi juga tema keseluruhan blog adalah bersaskan perniagaan yang dijalankan. Tidak seperti Facebook, di wall pemilik facebook akan terdapat berbagai-bagai mesej- dari kenalan, keluarga, perniagaan lain, dan juga pesaing sekiranya pemilik tersebut "like" laman FB pesaing. Inilah "fokus yang hilang" yang dimaksudkan.
Enjin pencari
Enjin pencari seperti Google, Yahoo atau MSN suka pada laman web yang banyak maklumat dan sering dikemaskini. Blog, boleh mengoptimakan laman web kita di enjin pencari dan membawanya ke muka hadapan enjin pencari. Struktur blog dari segi programming adalah kemas- enjin pencari suka pada laman web yang mempunyai struktur yang kemas. Lakukan carian "perniagaan", "kewangan", "slogan perniagaan" dan banyak lagi di google... dan anda akan jumpa blog ini di muka pertama. Walaupun artikel telah ditulis bertahun-tahun lamanya!
Jenama sendiri
Melalui blog, jenama sendiri dapat dibina menggunakan nama domain sendiri seperti www.irfankhairi.com. Bukan lagi menjdi satu subdomain seperti www.facebook.com/irfankhairi.fb, atau www.twitter.com/irfankhairi, atau www.youtube.com/irfanTV
Jadi, sama ada anda perlu memulakan blog atau tidak, pastinya jawapan saya adalah YA! Tak kira apa sahaja perniagaan Internet yang dijalankan, lebih banyak platform anda gunakan, lebih baik untuk perniagaan anda. Soalannya perlu atau tidak saya miliki blog, jawapannya adalah, perlu, tetapi bukan blog sahaja... malah, BLOG PERNIAGAAN, facebook perniagaan, twitter perniagaan, youtube perniagaan dan banyak lagi!
Irfan Khairi Sdn Bhd (IKSB), 16-2, Jalan PJU 7/16, Mutiara Damansara, 47800 PJ
To unsubscribe or change subscriber options visit: http://www.aweber.com/z/r/?TOzMrOxMtMysLIxMjKwstEa0jCws7AwMDKw= |
No comments:
Post a Comment