Kelab Greenboc |
- Datuk Dr.Asri Ulas Isu Nizar-Sultan Johor -updated
- "Haramjadah" Najib Terbongkar Lagi: RM30 Untuk Setiap Belia hadir Himpunan
- Ahmad Shabery Selewengkan Fakta Kemalangan
- 'Itu Pandangan Saya Sebagai Rakyat Biasa' - Nizar (updated)
- Remaja Bawah Umur Dicekup Di Bilik Rahsia
- Pakatan PDRM & Kongsi Gelap Itu Benar: Bersihkan Segera PDRM!
- Amy Search Masuk UMNO, PAS Tak Kisah Pun -updated
Datuk Dr.Asri Ulas Isu Nizar-Sultan Johor -updated Posted: 30 May 2012 05:04 PM PDT Rasanya ada orang yang dah terbawa-bawa isu remeh temeh secara berlebihan dan keterlaluan. Statement Nizar Jamaluddin mengenai no plat WWW memang ada kewajaran nya. Tak kira lah samada dibeli menggunakan wang pembayar cukai mahupun dibeli menggunakan wang hasil sendiri, tetapi pembaziran tetap merupakan satu pembaziran. Namun sayangnya tak seme orang mampu memandang isu neh dengan pemikiran yang kritis. Mereka cenderung nak melatah semata2 ia isu yang membabitkan sultan. Apa yang YB Nizar cakapkan tue sebenarnya takde apa sebenarnya. Sekadar satu pandangan jek. Lihat kat bawah neh ; Namun akhirnya dia dah minta maaf setelah diasak bertubi2 oleh mereka2 yang taksub. Nak bagi pandangan pun susah. Bukan lah dia nak pergi bunuh orang sampai yang beria2 nak marah. Tapi nampaknya permohonan maaf dia bukan sahaja ditolak malahan dia bakal disiasat di bawah akta hasutan dan juga sedang diancam. Rujuk sini. Wahh.. main ugut2 orang pula ye sekarang neh? Padahal cuma nak nyatakan pandangan jek. Biasalah orang bagi pandangan dari kaca mata rakyat. Kalau sungguh silap betulkan. Tak perlu kot nak lemparkan tuduhan yang tak berasas ke atas batang tubuh Nizar Jamaluddin. Sekarang neh Dr Maza juga telah nyatakan pandangan nya mengenai hal tersebut. Bagaimana? Adakah Dr Maza akan disiasat sebab menyentuh isu kesultanan melayu johor? Ataupun dia akan dicop sebagai ulama wahabi? Adakah sesiapa selepas neh nak pergi pancung Dr Asri dan sekeluarga? Sama2 kita tengok reaksi dorang macam mana. -sozcyili Jika golongan raja itu tidak boleh dipertikaikan tindakan dan perangai mereka, bererti rakyat mempertuhankan mereka dan menghambakan diri -Twitter Datuk Dr.Asri 30/5/2012 Ulasan GB Setahu GB, sultan juga manusia., bukan dewa. Justeru bila kata ia manusia maka ia tertakluk kepada penghanbaan diri kepada Allah swt kesemuanya. Dan di dalam Surah Al-Asr, "manusia" (tak kira raja, tak kira rakyat biasa) semuanya diseru supaya saling pesan-memesan dengan kebenaran dan pesan memesan dengan kesabaran. "Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian melainkan mereka yang beriman dan beramal saleh, pesan-memesan dengan kebenaran pesan-memesan dengan kesabaran" Apa yang dilakukan oleh DS Nizar itu adalah di dalam kerangka "pesan-memesan" yang diperintah Allah swt kepada kita semua. Kalau menegur Sultan dianggap menghasut, dianggap satu kesalahan, pergi marah sama Tuhan yang turunkan Surah Al-Asr itu! UMNO pula mahu tunjuk lagak pertahankan sultan/raja walhal merekalah sebenarnya perkhianat dan penderhaka institusi sultan dan raja selama ini. |
"Haramjadah" Najib Terbongkar Lagi: RM30 Untuk Setiap Belia hadir Himpunan Posted: 30 May 2012 08:50 AM PDT Selain baju T dan pengangkutan percuma, belia, anak-anak muda yang hadir di Himpunan Jutaan Belia baru-baru ini diberi wang saku sebanyak RM 30 bagi meramaikan. Walaupun disediakan beberapa hiburan percuma termasuk import dari Korea kumpulan K-Pop namun pihak penganjur tidak yakin keramaian yang diharapkan tanpa disogok serta diangkut . Sebab itu keramaian yang dihebohkan hadir bukannya tulin dan sukarela. Lihat saja para belia mempermainkan pihak yang menyogok mereka. Itulah sebabnya Najib Razak masih ragu-ragu mau membubarkan parlimen. Dia sendiri tahu program Himpun Jutaan Belia tidak menyumbang kepada menterjemahkannya kepada bentuk undi. -omakkau Ulasan GB Hari Belia - 2 juta belia hadir? BERNAMA sendiri takut nak umumkan berapa sebenarnya yang hadir. Tiada angka rasmi dikeluarkan. Kemudian Najib kata no untoward accident Itu kemalangan yang menyebabkan 17 orang cedera tu accident binatang apa? Sekarang budak-budak itu SETIAP SEORANG dengan bangga tunjukkan tiga keping RM10. Demikian "kebenaran" tidak boleh ditutup. Ia akan tetap terdedah juga. Demikian juga dengan segala penipuan-penipuan UMNo BN, SPR, PDRM, JPN dan lain-lain. Tunggu hari pembongkaran dan pendedahan segala penyelewengan dan penipuan yang akan dilakukan oleh Allah swt sendiri. Allah akan tetap bersama mereka yang memperjuangan kebenaran dan keadilan. Nak lawan, pergilah lawan denganNya, bukan dengan kami. Kami akan tetap berdoa agar kebenaran dan keadilan itu didedahkan. اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه Allahumma arinal haqqa, haqqan, warzuqnattiba'ah, wa arinal bathila bathilan, warzuqnajtinabah Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya). |
Ahmad Shabery Selewengkan Fakta Kemalangan Posted: 30 May 2012 05:37 AM PDT Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek didakwa mengeluarkan kenyataan yang menyeleweng berhubung kejadian kemalangan yang menyebabkan 17 cedera ketika Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya Sabtu lalu. Badrul Hisham Shaharin @ Chegubard berkata beliau sepatutnya memohon maaf, mengakui kesalahan dan bertanggungjawab di atas kejadian tersebut. "Ahmad Shabery menyalahkan takdir kononnya semua yang berlaku sudah takdir," kata pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dalam satu kenyataan semalam. Kemudian katanya beliau menipu kononnya semua mangsa termasuk keluarga menerima kejadian tersebut dan tidak menyalahkan penganjur dengan mengatakan semua mereka redha sedangkan keluarga mangsa dalam proses menyaman pihak penganjur. "Terbaru pula Menteri terbabit cuba mengalihkan isu dengan memberikan maklumat salah kononnya semua berpunca kerana tidak ada badan mengawal selia acara sukan seperti itu dan Kementerian akan mewujudkan badan yang mengawal selia. "Ini satu maklumat yang salah," ujar Chegubard. Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) semalam tampil memberi penjelasan Ahmad Shabery bahawa negara sudahpun mempunyai badan khusus untuk mengawal selia sukan perlumbaan bermotor. Ketua Pengarah Eksekutif MAM Datuk Razlan Razali mengakui bahawa MAM merupakan salah satu dari badan yang memikul tanggungjawab itu, selain Persatuan Automotif Malaysia. Mengulas lanjut kenyataan Ahmad Shabery, Razlan berkata perlumbaan pada Sabtu malam anjuran bersama kementerian tersebut juga tidak mendapat kelulusan MAM. "Sebagai pihak berkuasa, kami perlu meluluskan acara tempatan untuk memastikan ia dijalankan dan diuruskan dengan baik, keselamatan adalah perhatian utama kami," katanya. Menurut Razlan, pihak penganjur tidak mematuhi apa-apa peraturan keselamatan melainkan dengan hanya menggunakan pokok bunga untuk memisahkan penonton dan kawasan litar. -FMT MAM jawab Shabery: Kami perlu luluskan perlumbaan |
'Itu Pandangan Saya Sebagai Rakyat Biasa' - Nizar (updated) Posted: 30 May 2012 07:50 AM PDT Ipoh: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin berkata pandangan beliau berhubung isu bidaan nombor pendaftaran WWW1 oleh Sultan Johor hanya pandangan peribadi seorang rakyat biasa. Menurutnya, beliau tidak bermaksud untuk mempertikaikan tindakan Sultan Ibrahim Ismail menawarkan bidaan tertinggi sebanyak RM520,000 sebaliknya kenyataan itu dibuat secara umum. "Itu hanya pandangan saya sebagai rakyat biasa yang melihat senario di negara ini bahawa masih ramai yang hidup dalam kesempitan dan memerlukan perhatian," katanya kepada akhbar Sinar Harian yang menghubungi beliau semalam. Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak menjelaskan, teguran dalam hal yang sama tetap akan diberikan beliau kepada lain-lain pemimpin. "Mungkin kerana bidaan tertinggi dibuat Baginda Tuanku, jadi orang katakan tindakan saya itu cuba menghina Sultan, sedangkan bukan itu maksud saya," katanya. Tambahnya, beliau kesal dengan tuduhan yang diberikan kepadanya bawaha beliau menghina Sultan Johor. "Jika ada yang menuduh saya menghina Sultan, itu sudah keterlaluan, kerana saya tiada niat untuk berbuat demikian. "Jika ada mana-mana pihak yang terguris hati dengan mesej Twitter itu, saya mohon maaf, " jelasnya. Sementara itu, Polis Johor mengesahkan sedang menyiasat kenyataan dakwaan Ahli Parlimen Bukit Gantang itu di bawah Akta Hasutan. -HD Ulasan GB Begitu tangkas polis menyiasat apa-apa hal yang ada kaitan dengan pemimpin PR, tetapi lemah gemalai malah dalam banyak ketika membisu terus jika ia melinatkan UMNO BN. Baguslah begitu. Cepat sikit nanti Allah swt akan turunkan hukumanNya. Itu rahsia polis dah terbongkar... rupanya pihak polis telah lama bekerjasama dengan kongsi gelap, didedahkan sendiri oleh mantan KPN. Dan bagaimana pula kartunis akhbar Kosmo ini yang terang-ternag menghina Sultan berkenaan? |
Remaja Bawah Umur Dicekup Di Bilik Rahsia Posted: 30 May 2012 01:22 AM PDT Kuala Terengganu -Seorang remaja perempuan bawah umur antara lima warga Thailand yang dicekup dalam sebuah bilik rahsia selepas digeledah selama dua jam oleh anggota Jabatan Imigresen Terengganu dalam satu operasi 'OPS Sayang' 8 Mei lalu jam 3 pagi di sebuah rumah urut "Macam-macam ada' di Jalan Ladang, di sini. Gambar: Remaja berusia 16 tahun ini (kiri) dipercayai bekerja sebagai tukang urut di sebuah rumah urut, "Macam-macam ada' di Jalan Ladang, Kuala Terengganu Bagaimanapun, remaja berusia 16 tahun itu yang berasal dari Narathiwat Thailand diarahkan dijaga di bawah pengawasan Rumah Perlindungan Kanak-kanak sementara menunggu siasatan penuh laporan Jabatan Imigresen Terengganu atas pertuduhan Anti Pemerdagangan Orang 2007 oleh Mahkamah Majistret, di sini, kelmarin. Majistret Noradila Ab Latif mengeluarkan perintah perlaksanaan dikuatkuasa selama 14 hari manakala empat lagi wanita yang berusia dari 26 tahun hingga 37 tahun itu diperintah dijaga di bawah pengawasan rumah perlindungan wanita. Terdahulu, laporan Jabatan Imigresen Terengganu mengenal pasti kelima-lima mereka dicekup ketika itu menggunakan pasport lawatan sosial serta tidak mempunyai permit sah bekerja di premis berkenaan. Mereka dipercayai bekerja sebagai tukang urut yang turut menawarkan khidmat urutan 'istimewa' serendah RM50 dengan berpakaian seksi bagi menarik pelanggan. -SH |
Pakatan PDRM & Kongsi Gelap Itu Benar: Bersihkan Segera PDRM! Posted: 29 May 2012 10:28 PM PDT Bekas IGP: Ada orang politik marah 'rezeki' disekat WAWANCARA Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengesahkan wujud pakatan sulit di antara rangkaian kongsi gelap dan pasukan Polis Di Raja Malaysia. Dalam temubual eksklusif dengan Malaysiakini, Musa turut mengakui rangkaian sama wujud antara kongsi gelap dan ahli politik tanah air yang disifatkannya berada pada tahap "serius." Katanya, beliau mula mengambil langkah serius untuk membanteras aktiviti haram seperti judi, pelacuran dan sindiket peminjam wang ketika mula memegang jawatan Ketua Polis Johor. Ini kerana beliau tidak percaya kepada konsep "menggunakan penjenayah untuk mengawal penjenayah lain," seperti digambarkan dalam filem Godfather yang menceritakan hubungan kongsi gelap dan pasukan polis. "Mereka sendiri (di Amerika Syarikat) mengambil masa bertahun-tahun untuk menghapuskan perkara ini," katanya. Menurutnya, rangkaian kongsi gelap yang memperolehi banyak wang melalui aktiviti haram tidak boleh dibiarkan "mengawal" ahli politik. "Mereka ini banyak dana. Jadi apabila dana luas mereka boleh kawal orang. Kalau ahli politik terlibat, mereka boleh kawal ahli politik," katanya. Usaha tersebut katanya diperhebatkan lagi apabila beliau mengetuai Jabatan Siasatan Jenayah. Namun, tindakan tegasnya kurang disenangi ahli politik tertentu dan sebahagian daripada pegawai di dalam pasukan polis. "Apabila saya ambil tindakan, orang politik datang pejabat saya tanya 'Kenapa you ambil tindakan sebegini?' dan mengatakan ini (mereka yang dikenakan tindakan adalah) kawan-kawan mereka. "Jadi apabila kita hendak banteras, mereka marahlah kita sekat rezeki mereka," katanya. Maklum kepada Pak Lah Menurutnya, beliau sendiri pernah bertemu secara peribadi dengan ahli politik yang mempunyai hubungan dengan kongsi gelap agar mereka menghentikan hubungan itu. "Saya dah tegur Menteri berkenaan perkara ini. Tugas saya menyampaikan sahaja. Nak berubah awak kena arahkan sayalah dan saya akan buat cara saya (untuk banteras)," katanya. Malah, beliau mendakwa turut memanjangkan perkara itu kepada Perdana Menteri pada masa itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi. "Perdana Menteri (Abdullah) pun saya beritahu," katanya. Menurut Musa, beliau tidak mahu peminjam wang tidak berlesen (Along) terus mewujudkan masalah kepada orang ramai sehingga mengakibatkan kanak-kanak takut pulang ke rumah kerana serangan Along. Menurutnya, orang ramai tidak sepatutnya menyalahkan peminjam sahaja dalam situasi ini, kerana tindakan perlu diambil terhadap sindiket itu yang mengenakan faedah melebihi 18 peratus setahun. "Jika mereka bebas mengenakan kadar faedah melebihi 18 peratus, ini bermakna tiada penguatkuasaan," katanya. "Malah, siapa yang memberikan peminjam wang ini lesen? Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Ada anggota polis bertugas di kementerian itu tetapi masih ada orang menjadi mangsa hari ini," katanya. Ketegasan beliau, menurutnya, menimbulkan "reaksi balas" dari mereka yang mempunyai hubungan dengan kongsi gelap terbabit. Menurutnya, individu berkenaan cuba memburukkan namanya dengan menuduhnya mengatur pelantikan pegawai kanan polis dengan "restu" kumpulan kongsi gelap terbabit. "Saya terima backlash kerana satu saya cuba banteras aktiviti haram dan kerana saya hendak bersihkan (pasukan polis). "Kalau saya sertai mereka (kongsi gelap) sayalah IGP terbaik," katanya. Dalam temubual sama, Musa turut mengiyakan bahawa rangkaian ahli politik-kongsi gelap-polis itu adalah "kuasa ketiga" yang sebelum ini didakwanya membantutkan usaha-usaha reformasi dalam pasukan polis yang cuba dibawa beliau. "Campur tangan datang dari banyak pihak termasuk ahli politik," katanya. -mk Ulasan GB Macam-macam ada di dalam PDRM. Patutlah dituduh menjadi lembu UMNO BN selama ini. Demi menjaga kredibiliti dan intgriti pasukan polis, sebuah Suruhanjaya Siasatan perlu diwujudkan untuk mebersihkan PDRM. Tetapi malang, tuntutan rakyat dipekakkan telinga oleh Najib, sehinggakan tuntutan Suruhanjaya untuk bersihkan SPR pun tidak diindahkan. Tidak mengapa, hukum kebenaran akan "menghukum" Najib akhirnya. Itu keyakinan kita. |
Amy Search Masuk UMNO, PAS Tak Kisah Pun -updated Posted: 29 May 2012 08:28 PM PDT Legenda rock Amy Search sertai Umno Legenda rock tanah air, Amy Search atau nama sebenarnya Suhaimi Abd Rahman, menyertai Umno kerana yakin perpaduan orang Melayu hanya mampu dikekalkan jika parti itu terus mentadbir negara...... Hanya Umno sahaja yang mampu membuat rakyat kembali bersatu. Saya lihat Umno merupakan sebuah parti yang mampu menjamin masa depan negara dan rakyat melalui segala usaha yang dilakukan pemimpin-pemimpinnya," kata Amy, 54, kepada pemberita selepas menyerahkan borang keanggotaan menyertai Umno bersama Mus May atau Mustaffa Din dan Ibnor Riza Ibrahim di ibu pejabat Umno di ibu negara hari ini.... Ditanya tindakan sesetengah artis menyertai PAS atas alasan agama, beliau berkata Umno juga memperjuangkan agama dengan cara lebih baik dan tidak terlalu ekstrem. "Bagi saya, jika nak perjuangkan agama tidak semestinya menyertai PAS. Umno juga memperjuangkan agama, dan dalam pentadbiran, Umno juga tidak mengetepikan golongan ulamak. Jika nak perjuangkan agama, bagi saya tidak semestinya sokong parti yang ahlinya berjubah sahaja," katanya. Sementara itu, Mus, 44, berkata beliau menyertai Umno selepas menyedari hanya parti itu mampu memberikan yang terbaik untuk negara selama ia memerintah. "Umno sudah matang dan sudah lama memerintah negara... Sudah banyak yang dilakukan kerajaan bagi menjaga dan memberi keselesaan kepada rakyat Malaysia,"katanya. Bagi Ibnor Riza, 51, beliau telah lama bercadang untuk menyertai Umno setelah sedar akan kemampuan parti itu dalam memberi masa depan yang cerah, khususnya kepada pembangunan negara. Borang mereka diterima Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh, dan ketiga-tiga artis akan menjadi anggota Umno Cawangan Dataran Merdeka dalam bahagian Bukit Bintang. Ab Rauf berkata Umno sentiasa menyokong langkah penggiat seni tanah air menyertai parti itu, dan mereka boleh bertindak sebagai duta Umno. "Penggiat seni tanah air yang menyertai Umno ini saya lihat akan menjadi duta kepada Umno dalam menarik minat masyarakat di luar sana untuk masuk ke dalam keluarga Umno," katanya. Kini terdapat 43 anggota Umno Cawangan Dataran Merdeka dalam Bahagian Bukit Bintang yang terdiri daripada artis, antaranya Tan Sri Jins Shamsudin dan Jamal Abdillah. -Bernama Ulasan GB Amy Search masuk UMNO? Tidak memeranjatkan. Malah PAS gembira apabila Amy memilih UMNO kerana ia tidak lagi "mengelirukan" ahli-ahli PAS yang sedia ada kerana sebelum ini dilaporkan Amy Search pernah menemui TG Nik Aziz. Artis atau selebriti yang menyertai PAS adalah mereka yang telah "berhijrah", yang telah berubah dan yang telah bertukar dari mereka yang sekian lama tenggelam dalam kefasikan dan kemungkaran, bukan mereka yang masih terus bergelumang di dalam dunia kemaksiatan dan dunia kelalaian. Amy bukan dari kalangan mereka itu. GB amat memahami keadaan Amy Search: bahawa beliau belum boleh mampu untuk meninggalkan dunia hiburan, (tidak seperti mereka yang telah berhijrah), masih belum ada kekuatan jiwa untuk meninggalkan pentas hiburan untuk melalaikan para pemuda dan remaja. Jadi sekalipun pernah bertemu Mursyidul Am PAS, ia tidak bermakna beliau sudah berubah. Eh si munafik Abdullah Ubai juga pernah bertemu Rasulullah saw di Mekah dahulu, jadi apa ada hairan jika ada pertemuan Amy Search dengan TG Nik Aziz? Malah lebih dasyat daripada itu pernah berlaku, di mana ada seorang dari Pasir Mas pernah menipu Mursyidul Am PAS untuk menjadi wakil rakyat tetapi kemudian menikam semula TG Nik Aziz! Justeru, kemasukan Amy Search ke dalam UMNO adalah Wal Hasil Balik Asal. Jiwanya lebih sesuai dengan UMNO, tak sesuai dengan PAS. UMNO menatang subur untuk mereka yang masih dengan dunia lagha, dunia maksiat dan dunia kemungkaran. Sambutan hari belia baru-baru ini mensahihkannya. Kemasukan Amy ke dalam UMNO berarti Allah belum dapat menerimanya untuk berada di dalam jemaah orang yang terpilih, jemaah orang yang menegakkan kebaikan dan mencegah kemungkaran (amal makruf wa nahi mungkar). Kemasukan Amy ke dalam UMNO adalah ibarat sireh pulang ke ganggang. Dia sesuai di situ. Bukankah Tun Mahathir pernah mengakui bahawa dah berpuluh tahun, mereka yang cerdikpandai memilih PAS, UMNO hanya dipenuhi lembu-lembu... Yang pandai-pandai yang baik-baik memilih PAS, yang bodoh-bodoh dan yang jahat-jahat pilih UMNO. Itu sebab sekarang ini ramai samseng dalam UMNO. Tunjuk punggung tunjuk bontot kepada tetamu. Bukankah itu budaya sang lembu? Sekarang ini di mana, samseng UMNO baling telur baling batu. Mencarut sudah lagi bukan perkara baru. Petikan ulasan GB dahulu: Beliau mungkin dah fed-up dalam UMNO dah tak ada orang yang pandai-pandai. Bererti TDM akui fakta bahawa UMNO kini dianggotai oleh kebanyakannya ahli yang bangang-bangang dan bebal-bebal yang sinonim dengan perkataan bodoh. Di dalam pepatah Melayu ada binatang yang dikaitkan dengan "bodoh" iaitu si lembu - bodoh macam lembu. Hidayah, bukan milik kita dan kita tak mampu untuk memberikannya kepada sesiapa sekalipun terhadap orang yang paling kita sayang: |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment