SEARCH

Wednesday, May 30, 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[PANAS] Pemimpin UMNO Ajak Anak Muda Kembali Menjunjung Kebodohan (Jahiliyah)

Posted: 29 May 2012 05:08 PM PDT


Kadang-kadang Puteri naik heran...dengan sikap segelintir rakyat Malaysia yang masih tak "peka" dengan sikap UMNO haprak....

Umpama kerbau yang dicucuk hidung...umpama robot yang disetkan suisnya....ikut telunjuk..tak mengira halal haram...seolah-olah apa yang dibuat oleh pemimpin UMNO busuk...yang haram bertukar halal....

Himpunan Sejuta Belia.....bukan main gah...canang pelusuk alam..nak sajikan pengisian rohani...tapi apa yang terjadi....program maksiat menjadi agenda....anak-anak muda didedahkan dengan budaya barat. yang menyimpang jauh dari ajaran Islam...apakah ini nilai pengisian rohani dimata pemimpin UMNO haprak!

Anak muda rosak di tangan UMNO..anak muda akan hilang pedoman bila bersama UMNO...anak muda akan jauh dari agama bila berkawan dengan UMNO...yang nyata dan perlu lagi bersuluh...pemimpin no 1 UMNO sanggup turun padang bersama-sama menunjukkan taring kehebatan melakukan perkara mungkar...pemimpin-pemimpin UMNO busuk yang lain....tak segan silu..bersama-sama terkinja-kinja dengan anak-anak muda ...kononnya nak tunjuk kebersamaan....

Makcik-makcik...pakcik-pakcik kat kampung..yang selalunya asyik...angguk-angguk...geleng-geleng..iya-iya...saya-saya...kiri kanan ikut saja....bukalah mata luas-luas...kalau macam tu perangai pemimpin yang menerajui Malaysia..jamin ka anak-anak makcik selamat...bukan selamat kat dunia saja...fikir sama selamatkah diakhirat kelak....

Bila anak-anak muda ke perhimpunan bersih.....mereka dibelasah..mereka diseret macam penjenayah...bila anak muda pergi kuliah agama...mereka dicop pelampau..mereka dituduh sesat...bila anak muda bangun membantah kerakusan UMNO..mereka dikatakan tidak kenang budi..terpedaya dengan pembangkang dan sebagainya...tapi bila anak muda dilalaikan dengan program maksiat....didedahkan dengan pergaulan bebas...mendedahkan aurat....minum arak....tak ada pun suara-suara UMNO haprak yang menyalak menyalahkan pemimpin UMNO...seumpama direstu....lagi pun apa nak susah..kalau termengandung..sekolah mengandung sedia menanti pendaftarannya....tak gitu....

Tepuk dada tanya iman...jangan tanya selera....kalau begini rupanya pemimpin kita...fikirkanlah...apa akan terjadi kepada masa depan anak-anak muda kita.....mau tak mau..suka tak suka....PRU 13 ni...buatlah sesuatu...rasanya tak perlulah Puteri sebut...faham dah kut........

Bagi Puteri..tidak akan sesekali redha UMNO haprak menjadi pembimbing anak-anak Puteri.....bak kata orang Baling....tak kelapaa....... -puteri bulan/kedahla




Bukankah GB sudah katakan selalu: Hukum Kebenaran terdedah sendiri. Hishamuddin dan Khairy, mereka mendedahkan sendiri siapa mereka sebenarnya. Di bawah ini, zaman jahiliyah sebenar mereka (Wal Hasil balik asal):



Panas: Video "Disko Hari Belia Negara" Tersebar, Terbukti PM Mahu Jauhkan Anak Muda Dari Agama



Ulasan GB

Di dalam entri sebelum ini GB sudah menyatakan ada sebuah parti politik yang giat mengajak dan menggalakkan para belia termasuk remaja kembali ke zaman kebodohan (jahiliyah).

Kedatangan Islam yang dibawa oleh Nabi Junjungan ialah untuk menghapuskan sistem kehidupan jahiliyah tetapi UMNO tidak segan silu memikul bangkai jahiliyah untuk dihidup semula untuk dijadikan teladan para belianya.

Memang benar apa dikatakan bekas Presiden mereka, Tun Mahathir menyatakan bahawa yang ada dalam UMNO kini hanya yang jahil-jahil (bodoh-bodoh).

Tuhan semakin mendedahkan pekung UMNO yang sebenarnya.

[VIDEO] Aksi Gedik Paling Hodoh & Bodoh Di Dunia?

Posted: 29 May 2012 08:06 AM PDT

Kebelakangan ini budaya hedonisma di kalangan para remaja termasuk para pelajar semakin menjadi-jadi. Ia menunjukkan gejala keruntuhan akhlak semakin parah.

Di bawah ini dipaparkan sebuah video klip gelagat beberapa orang pelajar perempuan yang masih di bangku sekolah menampilkan aksi budaya tidak senonoh yang begitu memalukan. Benar ia hodoh dan bodoh (jahil) - yang mengembalikan suasana kehidupan "jahiliyah".

Berikut ini dipetik dari mynewsbub.

Amacam…ada tak macam aksi gedik paling bodoh kat dunia? Dah la buat benda tak berapa senonoh, lepas tu rakam dan yang terakhir muat naik ke Youtube.

Tahniah…tanda kejayaan akal yang luar biasa.

Untuk yang sudah menonton, boleh bagi pandangan sikit apa agaknya yang ada dalam pemikiran bebudak ni?


Sumber: Mynewshub.my



Ada sebuah parti politik di negara ini yang menjunjung tinggi kehidupan jahiliyah ini. Para pemimpinnya mengajak dan menggalakkan pemuda-pemudi (para belia) tenggelam dalam kebodohan zaman jahiliyah. Tunggu laporannya selepas ini.

SAHAM FGVH : Kroni UMNO 11.5%, Sykt Yahudi 4.9%, Peneroka Hanya Dapat 2.5%

Posted: 29 May 2012 04:27 AM PDT

FGVH bakal jatuh ke tangan Yahudi?

Kontroversi penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) semakin hangat apabila PKR mendakwa para peneroka hanya diberi peruntukan sebanyak 91 juta saham atau 2.5% dari jumlah keseluruhan saham di bawah Tawaran Awam Permulaan (IPO – Initial Public Offering).

Data dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) mengesahkan sebahagian besar jumlah saham akan dibolot oleh kroni Umno, yang diistilahkan sebagai "pelabur-pelabur bumiputera yang diiktiraf Miti". Mereka diberi peruntukan sebanyak 420 juta saham atau 11.5% dari jumlah saham.

Ketua biro perdagangan dan pelaburan parti itu Wong Chen semalam mendedahkan bahawa para pelabur yang dimaksudkan ialah mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan Barisan Nasional.

Prospektus FGVH menunjukkan peruntukan 2.5% untuk 112,635 peneroka itu sebenarnya adalah kurang dari peruntukan saham untuk para pekerja Felda sendiri. Para pekerja Felda diberi peruntukan sebanyak 109 juta saham atau 3% dari jumlah keseluruhan IPO.

Kenapa para peneroka mendapat jumlah saham yang kurang berbanding dengan peruntukan saham bagi golongan pekerja di Felda yang seramai 3,835 orang itu adalah sesuatu yang sukar dijelaskan.

Jika diandaikan kesemua saham dibeli maka setiap peneroka hanya mendapat 810 saham sedangkan setiap pekerja Felda mendapat sebanyak 28,368 saham.

Berbalik kepada janji yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di mana dalam ucapannya beliau sering mencanangkan bahawa kerajaan pimpinannya sangat mengambil berat tentang hal ehwal kebajikan para peneroka.

"Hanya BN sahaja yang mampu membela nasih para peneroka," begitulah apa yang sering beliau laung-laungkan di mana sahaja beliau pergi bagi menjustifikasikan niatnya untuk mengapong saham FGVH di Bursa Malaysia.

Kroni Umno untung besar

Keadaan ini menjelaskan kepada kita bahawa tokoh-tokoh korporat dan kroni Umno akan mengaut faedah dan keuntungan yang besar hasil dari titik peluh para peneroka.

Mereka ini tidak perlu berusaha untuk meneroka, meratakan tanah dan menanam tanaman, kalau dulu getah dan sekarang kelapa sawit.

Mereka juga tidak perlu menunggu masa kira-kira tujuh tahun untuk menuaikan hasil seperti peneroka yang berhempas pulas untuk mengerjakannya selama 10 hingga 20 tahun dan lebih.

Dengan kekuatan wang ringgit yang mereka miliki mereka boleh membeli seberapa banyak jumlah saham yang mereka ingini apabila terapong di Bursa Malaysia nanti.

Benarkah Najib prihatin dengan nasib para peneroka atau Najib mempunyai kepentingan lain sehingga membuka ruang kepada golongan kaya untuk menambah kekayaan mereka.

Data dari Miti juga mendedahkan bahawa sebanyak 1.5 bilion saham FGVH iaitu setinggi 41% diperuntukan kepada para pelabur gergasi termasuk syarikat komoditi Peranchis, Louis Dreyfus milik keluarga Yahudi.

Akhbar mingguan bisnes dan pelaburan, The Edge juga menyebut tentang syarikat Yahudi ini di mana Louis Dreyfus akan menerima 4.9 peratus kepentingan dalam FGVH.

Ini mengesahkan kebimbangan kita bahawa berkemungkinan FGVH pada suatu hari nanti, akan jatuh ke tangan Yahudi berdasarkan kekuatan kewangan dan pengaruh mereka di pasaran antarabangsa.

Peruntukan 4.9 peratus ini bermakna syarikat Yahudi itu mendapat peruntukan saham lebih daripada keseluruhan jumlah 112,635 peneroka di negara ini yang hanya mendapat peruntukan sebanyak 2.5 peratus.

Dengan kepintaran mereka dalam selok belok permainan saham dan ditambah dengan kekuatan kewangan yang mereka miliki, maka tidak mustahil syarikat seperti Louis Dreyfus boleh menambah pegangan sahamnya dalam FGVH.

Mereka bebas untuk membeli lebih banyak saham dalam pasaran terbuka, apabila saham FGVH diapongkan nanti.

Walaupun kerajaan menjanjikan bahawa kepentingan majoriti FGVH tetap kekal di tangan para pelabur tempatan, bumiputera dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan tetapi ianya tidak semudah itu.

Melihat kepada saham MAS yang kini jatuh ke paras serendah RM1.08 sesaham yang ditutup semalam, yakinkah kita bahawa kerajaan BN mampu memelihara dan mengawal saham FGVH dari jatuh kepada pelabur-pelabur asing?

Prospektus FGVH dijangka diedarkan Khamis ini dan permohonan sahamnya akan ditutup 10 hari atau dua minggu selepas itu. -FMT

FGVH Memajak Tanah Rezab Melayu Di Pasaran Saham

SHAH ALAM, 28 MEI : Lebih 105,000 daripada 847,362 ekar tanah yang diusahakan Felda Plantations Sdn Bhd (Felda Plantations) untuk penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) adalah Tanah Rezab Melayu.

Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli mempersoalkan perkara itu kerana tindakan memajakkan tanah 105,382 ekar itu boleh melanggar matlamat pewartaan Tanah Rezab Melayu.

Malah, katanya, kedudukan FGVH di Bursa Saham Malaysia selepas ini juga tidak boleh dikira sebagai sebuah syarikat berstatus Bumiputra kerana jumlah pegangan saham Bumiputra tidak dapat disahkan.

"Setakat ini peneroka Felda hanya diperuntukkan 2.5 peratus dari jumlah pegangan saham sementara manakala kakitangan Felda pula hanya 3 peratus.

"Selebihnya melibatkan badan-badan lain yang dijemput masuk Pengerusinya, Tan Sri Isa Samad termasuk Louis Dreyfus iaitu sebuah syarikat antarabangsa yang dikuasai keluarga Yahudi terkenal dari Perancis.

"Oleh itu, Perdana Menterti, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Isa wajar menjelaskan kepada rakyat kenapakah tanah-tanah berstatus rezab Melayu ini turut dipajakkan ke FGVH yang disenaraikan di pasaran saham?

"Apakah jaminan bahawa tanah-tanah ini akhirnya tidak bertukar tangan atau pembangunannya tidak bertentangan dengan semangat pewartaan Tanah Rezab Melayu yang digubal hampir 100 tahun yang lalu?," soalnya dalam satu kenyataan dibuat di sini hari ini.

Mohd Rafizi berkata perkara itu disahkan berdasarkan salinan laporan yang diterima dalam perjanjian FGVH dan senarai tanah yang terlibat.

PKR menyeru setiap Kerajaan Negeri yang terlibat menolak sebarang usaha membatalkan status Tanah Rezab Melayu seluas 105,382 ekar itu.

Tanah rezab Melayu itu akan terletak di bawah pengurusan FGVH selepas penyenaraian dan boleh diusahakan mengikut syarat-syarat perjanjian.
-selangorku


Kerajaan Mesti Bertanggungjawab, Bayar Pampasan – Ibu Mangsa rempuhan

Posted: 29 May 2012 01:24 AM PDT

Putrajaya 28 Mei: Tujuh sekawan yang mahu menyaksikan acara lumba kereta semasa Himpunan Sejuta Belia yang berlangsung 23 hingga 27 Mei lalu meninggalkan sejarah hitam kepada Fairuz Jalaludin, 27, yang mengalami kecederaan kritikal di bahagian organ dalamannya.

Fairuz antara tiga mangsa lain yang masih kritikal sementara dua lagi rakannya, Muhamad Iskandar Rasiq Shaari, 20, mengalami masalah di bahagian usus dan Ami Nakim, 27, patah kedua-dua kaki dan tangan. Kesemua mangsa dirawat di Hospital Putrajaya.

Fairuz yang bakal melangsungkan perkahwinan Februari tahun depan terpaksa melakukan pembedahan membuang limpa ekoran rempuhan kuat kereta sehingga mengakibatkan limpanya hancur.

Menurut ibunya, Hamidah Zainal Abidin, 51, beliau yang hanya mengetahui lebih kurang jam 1.00 pagi Ahad lalu selepas diberitahu sendiri oleh tunang Fairuz terus bergegas ke hospital.

"Apabila dapat panggilan, mak cik tak boleh gambarkan perasaan risau, bimbang dan takut.

"Mak cik langsung tak boleh tengok gambar dia, sedih sangat. Pak cik pulak tak boleh langsung tengok orang kemalangan," katanya ketika ditemui di hospital hari ini.

Beliau berkata demikian selepas Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar dan N Surendran menziarah Fairuz di bilik rawatan.

Bagaikan mimpi ngeri melihat keadaan Fairuz terlalu kritikal kerana terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), membuatkan Hamidah yang bekerja sebagai guru tadika terlalu sebak memikirkan masa depan anaknya.

"Mak cik daripada malam itu terus berjaga, tak boleh tidur, makan pun tak ada selera, risau sangat. Kaki belah kirinya juga terkoyak, tapi dah dijahit.

"Semua limpa dia kena buang sebab doktor beritahu limpa dia hancur. Akibat itu, pertahanan badannya tidak kuat. Dia juga terpaksa bergantung kepada antibiotik selama tiga tahun," katanya sebak.

Tegas Hamidah, beliau mahu kerajaan dan penganjur bertanggungjawab serta membayar pampasan.

"Mak cik nak penganjur tanggung segala kos dan kerajaan bayar pampasan kepada anak mak cik. Kerajaan mesti bertanggungjawab sebab mereka yang anjur.

"Semalam, Menteri (Datuk Seri Shabery Cheek) hanya datang melawat, beliau tidak beri jaminan apa-apa pun. Hanya tanya keadaan Fairuz sahaja," kata ibu anak empat itu.

Dalam pada itu, beliau turut kecewa dengan tindakan penganjur yang tidak habis-habis menyalahkan anaknya yang didakwa tidak mengikut arahan.

"Dia (kerajaan) salahkan budak-budak ni, tapi bagi mak cik, pihak penganjur kena bertanggungjawab dari segi keselamatan.

"Penganjur ada datang hari Sabtu dan Ahad, tapi mereka salahkan anak mak cik yang tidak ikut arahan, tapi bila mak cik tanya kawan-kawan dia, mereka cakap penganjur tak bagi apa-apa arahan pun," kata Hamidah lagi. -KD

SAMM: Penganjur cuai cuba salahkan mangsa

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memandang serius kejadian yang hampir melibatkan kehilangan banyak nyawa dalam sebuah acara sukan permotoran anjuran Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya awal pagi semalam.

Merujuk laporan Portal Malaysiakini, dalam kejadian di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19 itu, 17 penonton cedera termasuk empat parah apabila sebuah kereta yang terlibat dalam perlumbaan itu terbabas dan merempuh penonton yang berada di kawasan yang dibenarkan untuk menyaksikan sukan permotoran itu.

Kecelakaan tersebut sepatutnya boleh dielak namun oleh kerana penganjur tidak mengendahkan aspek keselamatan, malah penganjuran sukan berisiko tinggi seperti "drag race" itu tidak ubah seperti penganjuran sebuah perlumbaan drag haram.

Bagi SAMM, pihak penganjur utama Himpunan Sejuta Belia termasuk menterinya harus bertanggungjawab tanpa berdolak-dalik menyalahkan takdir dan pihak lain terutamanya penonton yang menjadi mangsa penganjuran yang tidak selamat. Seharusnya kecelakaan seperti ini boleh dielak jika ciri keselamatan diutamakan.


Kenyataan Menteri Belia dan Sukan juga seolah-olah melepaskan batuk di tangga dengan menganggap kononnya kes kemalangan boleh berlaku di mana-mana dan tiada jaminan ia tak berlaku di tempat lain. Sebagai menteri bertanggungjawab, kenyataan Ahmad Shabery Cheek harus lebih bijak dan berhemah selain daripada "menyalahkan tuhan".

SAMM juga mengutuk taktik penganjur yang menghalang daripada berita ini tersebar dengan merampas kamera mangsa dan penonton yang mengambil gambar kejadian. Kejadian di Hospital Putrajaya lebih menyedihkan apabila pelawat dan waris mangsa disekat daripada masuk ke ruang menunggu kecemasan. Taktik kotor cubaan menutup berita ini walau bagaimanapun tidak berjaya.

Pagi ini, wakil SAMM Selangor dan Wilayah turut mengiringi Nurul Izzah selaku Naib Presiden PKR yang hadir bersolidariti melawat mangsa kejadian. Menurut mangsa, kejadian semalam adalah merupakan hari malang buat belia negara apabila penganjur cuai cuba menyalahkan orang awam yang tidak bersalah.


*Kenyataan media oleh Che Gu Bard selaku Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).


ROS Lambatkan Pendaftaran PR Untuk Halang PR Guna Logo Sendiri Semasa PRU

Posted: 28 May 2012 10:04 PM PDT

Logo Pakatan: Rakyat tahu mana nak pilih

KUALA LUMPUR: Selagi lapan perkara yang dituntut Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) tidak dilaksanakan SPR, selagi itu isu dibangkitkan suruhanjaya itu tidak memberi kesan kepada Pakatan Rakyat.

Khususnya, perkara berkaitan larangan menggunakan logo sendiri membabitkan Pakatan Rakyat pada PRU ke-13, ia merupakan satu diskriminasi yang sengaja dilakukan.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata biarpun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bertindak melarang atau menurunkan mana-mana bendera parti di kalangan Pakatan Rakyat, beliau yakin rakyat tahu menilai dan memilih parti pilihan mereka.

"Kita tiada masalah. Jika tiada logo PKR dan DAP di tempat calon PAS bertanding, kita yakin rakyat bijak memilih. Begitu juga di tempat-tempat DAP dan PKR bertanding," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar, yang menyatakan Pakatan Rakyat tidak akan dibenarkan untuk menggunakan logo sendiri pada PRU ke-13 kerana Pendaftar Pertubuhan (ROS) masih belum meluluskan pendaftaran gabungan tersebut.

Tambah Salahuddin, isu yang lebih penting dibangkitkan SPR ialah isu membabitkan tuntutan Bersih, yang juga merupakan tuntutan bersama Pakatan Rakyat yang sehingga ini tidak diendahkan badan itu.

Mengulas status pendaftaran Pakatan Rakyat, Salahuddin melahirkan kekesalan kerana sehingga kini tidak mendapat sebarang jawapan daripada ROS.

"Sudah hampir dua tahun permohonan itu dibuat, sehingga kini tiada sebarang jawapan. Saya tidak tahu mengapa, tetapi ia tidak menjejaskan jentera kita bagi menghadapi pilihan raya," tegas Salahuddin lagi. -HD

Pakatan 'tak boleh guna logo sendiri' dalam PRU13

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengesahkan bahawa Pakatan Rakyat tidak akan dibenarkan untuk menggunakan logo sendiri dalam pilihan raya umum ke-13 kerana Pendaftar Pertubuhan (ROS) masih belum meluluskan pendaftaran gabungan tersebut.

Oleh itu, bendera parti-parti komponennya tidak boleh diletakkan di
kawasan di mana mereka tidak bertanding, atau ia akan diturunkan, kata Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar.

Dalam temubual dengan akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily, Wan Ahmad menjelaskan bahawa undang-undang pilihan raya hanya membenarkan parti-parti yang bertanding memaparkan logo mereka yang berdaftar di dalam kawasan pilihan raya yang ditandingi.

SPR telah meluluskan 32 logo parti politik, bertambah lima daripada pilihan raya umum lepas.

Logo baru itu termasuk Parti Cinta Malaysia, Parti Makkal Sakti dan Parti Sosialis Malaysia.
-mk



[BONGKAR] RM12 Billion Untuk Kos Logi Langat 2: Hanya Untuk Buat Kroni UMNO Kenyang

Posted: 28 May 2012 07:31 PM PDT

Kenyataan seorang pemimpin Umno Selangor bahawa jika Barisan Nasional (BN) berjaya menawan semula negeri itu maka masalah air akan diselesaikan adalah muslihatnya untuk memberi 'makan' kepada kroni dan dirinya sendiri.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Faekah Husin berkata, kenyataan ini merupakan amaran awal BN akan meneruskan projek pembinaan loji Langat 2.

Beliau merujuk kepada kenyataan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor dan juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berhubung masalah bekalan air yang bakal dihadapi negeri itu menjelang tahun 2014.

"Rakyat akan tahu bahawa projek ini sebenarnya untuk kepentingan kroni dan Umno malah Noh sendiri, bukannya untuk kesenangan rakyat," katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Beliau menegaskan, "jika Noh gagal memahami isu ini, kita tidak hairan bagaimana kementerian beliau gagal menangani isu penyelewengan dana NFC (National Feedlot Corporation) yang memalukan seluruh menteri kabinet.

"Kita telah tegaskan masalah air di Selangor berpunca dari pengurusan yang lemah dan pengetahuan yang cetek. Disebabkan kelemahan-kelemahan ini, rakyat terpaksa menanggung kos pembinaan Langat 2 yang sangat mahal.

'Sedia payung sebelum hujan'

Jika ini berlaku katanya, tiada guna rakyat menyesal kerana nasi sudah menjadi bubur. Adalah lebih baik rakyat 'menyediakan payung sebelum hujan' dengan menolak Umno-BN yang jelas hanya berjuang untuk menambah kekayaan keluarga dan kroni.

"Kos RM12 bilion untuk membina Langat 2 mungkin ditanggung rakyat Selangor hingga ke cucu cicit dengan kenaikan tarif air yang melampau dan membebankan," tegas beliau.

Faekah menempelak cabaran Noh menyarankan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya minum air empangan sebagai benar-benar kurang bijak yang hanya menggambarkan betapa ceteknya akal beliau.

"Air empangan hanya selamat diminum selepas dirawat di loji pembersihan. Di negara-negara maju, air paip selamat diminum terus dari paip tetapi di Selangor sebaliknya berlaku.

"Pengguna terpaksa mengeluarkan lagi perbelanjaan untuk membeli penapis air kerana air berkeladak dan berbau klorin.

Ujar beliau, "inilah hasilnya apabila pengurusan air diberikan kepada syarikat kroni yang tidak mengutamakan kualiti tetapi mengejar keuntungan semata-mata untuk menambah kekayaan kroni dan keluarga.

"Oleh sebab itu, kerajaan negeri akan membina loji pembersihan sendiri tanpa perlu menebuk Banjaran Tiiwangsa yang kosnya dianggarkan RM12 billion.
-FMT



No comments: