Kelab Greenboc |
- Maksiat Bermaharajalela Di Putrajaya Di Hari Belia, Negara Menunggu Bala!
- Pemuda Londehkan Seluar Depan Hakim
- SPR Hilang Mandat Kendali Pilihanraya Berdasarkan Kaji Selidik - BERSIH
- "Siasat Segera Penganjur Drag Race" - PKR (updated)
- [Gambar & Video] Indraf 2.0 Berhimpun Suarakan Sokongan Kepada Pakatan
- [MISTERI] Ada "Lembaga Wanita" Dalam Kereta Sinar Harian
- Isu Drag Race: Jawapan Pak Pandir Sang Menteri Belia & Sukan
Maksiat Bermaharajalela Di Putrajaya Di Hari Belia, Negara Menunggu Bala! Posted: 28 May 2012 05:03 PM PDT Pemuda PAS: K'jaan anjur 'maksiat' di Hari Belia Kehadiran artis seksi dari Korea di program Hari Belia menunjukkan kerajaan kini ketandusan idea untuk menarik sokongan golongan muda sehingga sanggup menganjurkan "program maksiat," menurut Dewan Pemuda PAS. Ketua penerangan sayap parti itu, Riduan Mohd Nor berkata, persembahan oleh kumpulan artis "seksi" itu "tidak lebih daripada usaha untuk menyuburkan kemungkaran di kalangan generasi muda," katanya dalam satu kenyataan. "Dengan menampilkan artis seksi sebagai hidangan masyarakat, kerajaan menganggap itu sebagai suatu perkara yang biasa dan tidak ada salahnya. "Mungkin inilah nilai wassatiyyah yang hendak diterapkan oleh perdana menteri," katanya sinis. Program Hari Belia di Putrajaya yang diadakan sepanjang hujung minggu lalu antara lainnya menampilkan kumpulan Korea, U-Kiss, Dal Shabet dan Teen Top. Penganjur mendakwa lebih dua juta menyertai program tersebut. Sambutan itu turut dicemari tragedi apabila salah sebuah kereta terlibat dalam kemalangan ketika acara perlumbaan kereta dalam sambutan tersebut. Dalam kejadian itu, seramai 17 orang penonton cedera akibat dirempuh oleh kenderaan tersebut. Tiga daripadanya cedera parah. -mk Ulasan GB Hadith Rasulullah saw: "Apabila maksiat sudah merajalela di kalangan umatku, Allah akan menurunkan bala dari sisi-Nya kepada mereka secara merata…" -HR. Ahmad dll Kemalangan acara Drag Race itu sepatutnya pembuka mata, itu baru mukaddimah kepada bala yang lebih besar yang bakal menimpa. Apabila Allah s.w.t. dicabar, maka tunggu sahaja habuan daripadaNya. Dan ia juga adalah permulaan kepada satu sistem pemerintahan yang baru. Kelak, Allah s.w.t. akan menggantikan mereka itu dengan satu kepimpinan yang lebih baik. klik untuk baca |
Pemuda Londehkan Seluar Depan Hakim Posted: 28 May 2012 08:36 AM PDT Kuala Terengganu - Mahkamah Majistret, di sini, semalam gempar apabila pemuda yang dituduh atas kesalahan mencuri di sebuah kedai menjual haiwan peliharaan, melondehkan seluarnya sejurus masuk ke dalam kandang tertuduh. Gambar: Mohd Khairul Hamimi didakwa mencuri 50 burung banji dan 45 arnab di Mahkamah Majistret, semalam. Perlakuan tertuduh, Mohd Khairul Hamimi Mohd Sabri, 25, yang separuh bogel itu telah menggemparkan suasana di mahkamah, sebelum Majistret Abdul Hayyi Salim terpaksa mengarahkan polis bertugas agar menggari kedua belah tangannya sepanjang pertuduhan dijalankan. Bukan itu sahaja, dia yang berasal dari Kampung Tebakang, Bukit Payung, Marang turut meracau-racau kononnya menampakkan dia seorang yang tidak waras sambil memohon agar mahkamah menghantar dirinya ke wad sakit jiwa kerana mendakwa sudah lama tidak makan ubat. "Bos (Majistret), saya memang melakukan curi itu tetapi bos masukkan saya dalam hospital sebab saya gila. Sekarang ini, kepala saya tengah sakit dan saya perlu makan ubat," katanya yang telah menarik perhatian orang awam yang berada di galeri awam mahkamah. Terdahulu, Mohd Khairul Hamimi mengangguk faham ketika pertuduhan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah rumah dibacakan oleh jurubahasa. Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa pada 22 Mei lalu jam lebih kurang 7 petang hingga 23 Mei lalu jam lebih kurang 8.55 pagi bertempat di kedai menjual Haiwan Peliharaan dan Aquarium Ming Yu Two, Jalan Hiliran Masjid, Chabang 3, telah melakukan pecah rumah dan curi dengan memasuki kedai milik Lim Chew Siang, 41, dengan mencuri 50 ekor burung banji dalam sangkar dan 45 ekor arnab dalam sangkar besi yang dianggarkan RM5,000. Mohd Khairul Hamimi didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara boleh sampai 14 tahun dan denda jika disabitkan kesalahan. Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan dan Abdul Hayyi kemudiannya memerintahkan Mohd Khairul Hamimi dihantar ke Hospital Permai, Tampoi, Johor Bahru untuk menjalani rawatan psikiatri selama sebulan dan menetepkan 24 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes. Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Anak Dunstan Muda manakala tertuduh tidak diwakili peguam. -SH Ulasan GB Sebelum ini negara digemparkan dengan keberanian Imam Hosnan membaling kasutnya kepada hakim. Kini seorang pemuda melondehkan seluarnya di depan hakim. "setiap sesuatu kejadian itu tiada yang sia-sia" dan para hakim perlu sedar diri dan buka mata menagapa institusi mahkamah sudah tidak dihormati lagi. |
SPR Hilang Mandat Kendali Pilihanraya Berdasarkan Kaji Selidik - BERSIH Posted: 28 May 2012 05:38 AM PDT Kuala Lumpur, 27 Mei — Tinjaun terbaru di Dataran Merdeka membuktikan bahawa pengundi sudah hilang keyakinan terhadap sistem pilihan raya kini termasuk peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata pemerhati Bersih hari ini. Menurut Pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan, natijah kepada tinjauan terbabit telah mendapati bahawa sistem pilihanraya berusaha untuk menubuhkan sebuah pasukan untuk memenuhi keperluan politik bagi PRU akan datang. Tinjauan itu dilakukakn sehari selepas ribuan perusuh berhimpun pada Bersih 28 April lalu yang menemukan sembilan daripada sepuluh pengundi mahukan sistem pilihanraya yang bersih sebelum menjelang PRU ke-13. Tinjauan oleh Merdeka Centre berhasil mendapatkan hampir separuh daripada 1,019 pengundi yang berdaftar yang percaya daftar pemilih mempunyai pengundi diragui termasuk warga asing. "Keyakinan rakyat adalah isu besar, rakyat sedar bahawa SPR tidak melaksanakan tanggungjawab mereka untuk meyakinkan rakyat bukannya keluar mendabik dada. "SPR hanya pekerja dan telah lama mendapat kepercayaan rakyat," kata Ambiga kepada The Malaysian Insider. Apabila ditanya mengenai tinjauan yang membawa keputusan bahawa SPR sudah kehilangan mandat sebagai badan bebas pilihan raya negara ini, Ambiga (gambar) berkata :"Ya, saya percaya." "Ini menunjukkan bukan sahaja kaji selidik tersebut, tapi dibuktikan dengan kehadiran 250,000 ketika perhimpunan Bersih. "Beban itu bukan sahaja ditanggung SPR, tapi pihak berkuasa juga perlu memastikan pembaharuan pilihan raya dilaksankan," katanya. Kaji selidik itu menyebelahi Bersih," kata Ambiga. Beliau berkata hasil kaji selidik itu turut menunjukkan pengundi Malaysia menuntut akauntabiliti daripada SPR dan suruhanjaya itu tidak boleh membiarkan perkara itu. "Rakyat tidak membeli penyelesaian ... SPR juga tidak seharusnya memikirkan yang masyarakat tidak mengetahui apa yang mereka perkatakan, mereka bukan bodoh." Kaji selidik Merdeka Centre mendapati 92 peratus daripada pengundi menuntut untuk daftar pemilih dibersihkan dan hanya 44 peratus menyatakan keyakinan terhadap pilihan raya di Malaysia bebas dari unsur salah guna kuasa. 48 peratus respondan bersetuju daftar pemilih tidak tepat dan "dibelenggu" dengan pengundi meragukan seperti warga asing, mereka yang dipindah tanpa pengetahuan atau individu yang memiliki identiti lebih dari satu." Perhimpunan Bersih 28 April lalu adalah yang ketiga dalam tempoh lima tahun menuntut pembaharuan sistem pilihan raya. Selepas demonstrasi Julai tahun lalu, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembentukan jawatankuasa khas untuk mengemukakan cadangan terhadap sistem pilihan raya dan diberi tempoh enam bulan untuk menyiapkan laporan lengkap. Bagaimanapun, Bersih mengadakan protes yang menegaskan jawatankuasa itu gagal memenuhi tuntutan mereka termasuk membersihkan daftar pemilih, pengundi pos, media bebas, dan penggunaan dakwat kekal. Namun Merdeka Centre berkata dalam kenyataannya, kaji selidik yang dijalankan antara 14 April hingga 26 April itu mendapati 39 peratus responden memahami pembaharuan tuntutan pilihan raya. Bagaimanapun, 34 peratus percaya jawatankuasa dwipartisan itu ikhlas untuk memperbaiki sistem pilihan raya. Perhimpunan yang menyaksikan ribuan rakyat Malaysia turun ke jalanan hujung bulan lalu dan menyaksikan pertempuran antara perusuh dan polis telah menyebabkan Barisan Nasional (BN) menuduh pembangkang cuba menjatuhkan kerajaan melalui demonstrasi. -TMI DAP bidas Wan Ahmad anggap responden 'tak tahu' klik untuk baca |
"Siasat Segera Penganjur Drag Race" - PKR (updated) Posted: 28 May 2012 06:01 AM PDT Naib presiden PKR N Surendran berkata penganjur kepada acara perlumbaan yang berakhir dengan tragedi ketika Himpunan Jutaan Belia pada Sabtu lalu perlu disiasat atas kemalangan yang berlaku. Katanya, insiden yang menyebabkan 17 orang cedera, dua daripada parah dan menerima rawatan rapi, perlu disiasat lanjut kerana mungkin melibatkan unsur kecuaian jenayah. Katanya penganjur berkenaan, MUSC Motorsport, dalam kejadian itu hanya meletakkan pasu bunga untuk memisahkan penonton dan jalan raya yang menjadi litar perlumbaan. Perkara itu jelas merupakan satu kesalahan dan penganjur tidak sepatutnya memulakan perlumbaan dengan langkah keselamatan seperti itu, katanya. "Saya terkejut melihat pesakit yang mengalami kecederaan di bahagian usus dan bahagian dalaman yang teruk. "Kita perlu mengambil tindakan serius... Mangsa perlu menerima keadilan terhadap kes ini kerana secara terang, hanya pasu bunga menjadi penghadang antara penonton dan litar. "Ini memang salah...PKR bersedia untuk memberi bantuan guaman kepada sesiapa yang memerlukan," katanya kepada pemberita selepas melawat individu berkenaan di Hospital Putrajaya hari ini. Seorang lagi naib presiden parti itu, Nurul Izzah Anwar berkata MUSC Motorsport perlu bertanggungjawab kerana insiden tersebut melibatkan nyawa dan keselamatan orang awam yang hadir untuk menonton perlumbaan jalan raya itu "Kejadian ini amat serius kerana ramai orang yang cedera sehingga ada yang dimasukkan ke dalam ICU. Perkara ini menjadi pengajaran buat kita, dalam apa-apa acara yang dilakukan keselamatan orang awam perlu diutamakan. Bercakap ketika ditemui selepas melawat dua mangsa berkenaan, Nurul Izzah berkata insiden tersebut merupakan satu peringatan yang baik kepada kerajaan untuk lebih menitikberatkan keselamatan orang ramai. "Isu keselamatan kita tak boleh kompromi. Dan saya hadir hari ini untuk nyatakan sokongan dan sebagai penegasan terhadap insiden ini," katanya. -mk Mangsa langgar kereta dakwa tak dengar pengumuman Ulasan GB GB sudah ulas pagi tadi. Tepat sepertimana gesaan GB tadi: Hujah yang digunakan oleh menteri belia itu adalah hujah Pak Pandir. Bukankah apabila anak Pak Pandir mati kerana kecuaiannya, beliau menyatakan pada Mak Andeh, "bukan anak kita sahaja yang mati, anak orang lain juga mati." Sepatutnya pihak penganjur dan kementerian belia sendiri ditahan dan disiasat kerana kegagalan untuk menyediakan persekitaran yang kondusif untuk acara berkenaan sehingga menyebabkan kecederaan parah kepada orang awam. klik untuk baca |
[Gambar & Video] Indraf 2.0 Berhimpun Suarakan Sokongan Kepada Pakatan Posted: 28 May 2012 12:54 AM PDT Kuala Lumpur, 27 Mei — Kumpulan Indian Rights Action Force (Indraf 2.0) hari ini berhimpun bagi menyuarakan sokongan terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) memandangkan pilihan raya umum semakin hampir. Himpunan tersebut yang turut dihadiri pemimpin tertinggi PR seperti Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, itu juga memperlihatkan kepimpinan PR cuba untuk meraih sokongan pengundi India ekoran penganalisis dan pemerhati politik sebelum ini menyatakan sokongan komuniti tersebut telah kembali kepada Barisan Nasional (BN) ekoran transformasi yang dilaksanakan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Himpunan di Girl Guides Hall yang bermula jam 3 petang di Brickfields di sini dan dijangka berakhir jam 8 malam ini turut melihatkan kehadiran Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, serta kepimpinan tertinggi PR yang lain. Menurut penganalisis politik tanah air, polisi-polisi Najib yang dilihat lebih baik berbanding polisi yang diamalkan perdana menteri sebelum ini telah berjaya meraih kembali sokongan pengundi India selepas sokongan mereka berpindah kepada pembangkang pada 2008. Mengulas berkenaan perhimpunan tersebut, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dalam kenyataannya kepada The Malaysian Insider berkata, "PR akan merombak semula polisi ekonomi dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi memenuhi kehendak dan keperluan masyarakat India di negara ini." Jelas Izzah lagi, Indraf turut menyerahkan memorandum sokongan terhadap PR, yang mana bertujuan untuk mengubah pentadbiran negara ini dan membebaskan pentadbiran daripada belenggu politik perkauman. "Indraf menyerahkan memorandum kepada kami dengan harapan kepimpinan negara perlu diubah bagi mengelakkan politik perkauman," katanya lagi. Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri (II) Pulau Pinang Dr P. Ramasamy yang hadir dalam perhimpunan tersebut melihat sokongan rakyat India kepada PR semakin kukuh dan turut menepis dakwaan media BN yang menyatakan masyarakat India sudah kembali menyokong mereka. "Itu mainan media BN. Saya yakin masyarakat India menyokong penuh kepimpinan PR. "55 tahun memerintah BN tak mampu menyelesaikan masalah masyarakat India seperti — masalah berkaitan kad kelahiran, kad pengenalan, masalah mendapatkan biasiswa dalam pendidikan, dan masalah dalam meningkatkan ekonomi masyarakat India." tambahnya kepada The Malaysian Insider. Beliau yakin segala masalah komuniti India di negara ini akan beroleh penyelasaian melalui kepimpinan PR dan masyarakat India menolak untuk menyokong MIC atau mana-mana parti yang mewakili masyarakat India selain PR. "Kami sudah tidak percayakan mana-mana parti India lagi temasuk MIC. Kami letakkan kepercayaan penuh kepada Pakatan untuk membantu masyarakat India," katanya dan menambah "Indraf akan bergabung dengan Pakatan dalam pilihan raya akan datang." Perhimpunan Indraf 2.0 hari ini menyaksikan kehadiran hampir 2,000 peserta daripada seluruh negara adalah projek NGO Suara Masyarakat India Malaysia yang diketuai oleh Timbalan Ketua Menteri (II) Pulau Pinang Dr P. Ramasamy, Presiden National Interlok Action Team, Datuk Thasleem Ibrahim dan bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) V. Ganabatiraodan R. Kengadharan. Sepanjang perhimpunan tersebut berlangsung, turut kelihatan anggota polis di sekitar kawasan Brickfield bagi mengawal keadaan lalulintas. -TMI MIV ikrar sokongan pada Pakatan Rakyat |
[MISTERI] Ada "Lembaga Wanita" Dalam Kereta Sinar Harian Posted: 27 May 2012 10:35 PM PDT Kulim - "Cepat, baca surah Yasin!, ada benda sebelah aku ni," jerit seorang rakan yang berada dalam kereta Perodua Kancil Sinar Harian cemas apabila merasakan ada lembaga wanita duduk di sebelahnya di bahagian tempat duduk kerusi belakang. Gambar: Kelihatan imej lembaga berkenaan yang tertera di cermin belakang kereta. Kejadian itu berlaku Khamis lalu apabila wartawan Sinar Harian bersama seorang anggota polis berpangkat koperal dan seorang rakan melalui jalan Bukit Lengkok kira-kira jam 4 pagi, Khamis lalu. Ketika melalui di satu selekoh dalam keadaan hujan lebat, semua mereka ternampak batu nisan setinggi setengah meter di tepi jalan tetapi masing-masing hanya diam dan tidak mengendahkannya. Keadaan mula cemas apabila rakan mereka itu menjerit meminta membaca surah Yasin dengan segera. Bagaimanapun, anggota polis cuba menenangkannya dan membaca beberapa potong ayat al-Quran barulah rakannya itu tenang dan perjalanan pun diteruskan. Setelah melepasi jalan Sungai Lengkok mereka kemudiannya berhenti di tepi Jalan Air Merah dan mula membuka cerita mengenai batu nisan tadi. Ternyata, mereka semua mengaku ternampak imej batu nisan yang dimaksudkan. Bagaimanapun misteri terbabit tidak berhenti di situ saja apabila kelmarin kira-kira jam 12.30 pagi, seorang rakan wartawan terbabit telah merakam gambar kereta Kancil berkenaan dan mendapati ada imej lembaga wanita berambut panjang di dalamnya dan dipercayai lembaga itu hilang selepas azan Subuh berkumandang. Sementara itu. seorang pemandu van kilang yang tinggal di Taman Selasih dan tidak mahu dikenali berkata, kejadian seumpama itu sering berlaku di Jalan Bukit Lengkok. Menurutnya, beberapa tahun lalu polis ada menemui mayat seorang wanita dipercayai dibunuh dan mayatnya dibuang ke dalam gaung berhampiran. "Ramai pengguna jalan itu menjadi mangsa gangguan lembaga berkenaan. Lembaga itu pernah duduk di belakang penunggang motosikal, saya juga pernah nampak lembaga itu berada di atas bumbung kereta yang datang dari arah bertentangan. "Sememangnya jalan itu tidak dilalui oleh kenderaan pada lewat pagi terutama ketika hujan renyai atau lebat," katanya. Pengerusi Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) Khor Eng Khim juga tidak menafikan kewujudan lembaga itu yang sering mengganggu pengguna jalan raya yang melalui jalan Bukit Lengkok menjelang lewat pagi. "Jalan itu tidak sesuai digunakan pada waktu Subuh terutama ketika hujan. Ini kerana terlalu banyak kejadian kemalangan berlaku di sekitar kawasan itu disebabkan keadaan jalan di situ sempit dan bengkang-bengkok. "Saya menasihatkan pengguna supaya menggunakan lebuh raya Butterworth Kulim Express (BKE) untuk pergi ke Pekan Kulim dan jangan mengunakan jalan Bukit Lengkok sebagai jalan pintas walaupun ia lebih dekat," katanya. -SH |
Isu Drag Race: Jawapan Pak Pandir Sang Menteri Belia & Sukan Posted: 27 May 2012 07:39 PM PDT Menteri: Jangan politikkan isu kemalangan di acara lumba Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berharap tidak ada pihak mempolitikkan kes kemalangan yang berlaku ketika acara perlumbaan drag sempena Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya, tengah malam tadi. "Kes kemalangan boleh berlaku di mana-mana. Kalau tak berlaku di sini, tiada jaminan ia tak berlaku di tempat lain. "Program ini melibatkan lebih 500 acara dan membabitkan berjuta pengunjung, dan kes sebegini tidak seharusnya menenggelamkan semangat para belia bersukan, bergiat dan melibatkan dalam aktiviti yang sihat," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa kemalangan di Hospital Putrajaya. Dalam kejadian di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19 itu, seramai 17 orang cedera dan empat daripadanya parah, apabila sebuah kereta dalam perlumbaan tersebut terbabas sebelum melanggar penonton yang berada di luar kawasan dibenarkan. Mangsa yang kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah Muhammad Iskandar Rasiq Shaari, 20, kerana mengalami sedikit pendarahan di kepala, hati serta limpa, dan Ami Nakim, 27, yang retak kedua kaki dan tangan kiri akibat kemalangan itu. Mangsa lain, Muhamad Fairuz Jalaludin, 27, sedang menjalani pembedahan ketika lawatan itu manakala seorang lagi dipindahkan ke Hospital Kuala Pilah. Ahmad Shabery berkata beliau akan berunding dengan semua pihak yang berkaitan untuk kebajikan mangsa kemalangan tersebut. "Setakat ini, dari segi perubatan akan dikendalikan oleh pihak hospital dan pihak kami sedia untuk memberi apa jua bantuan kerana yang penting sekali adalah untuk mereka sembuh, jadi kalau ada kos tambahan dan sebagainya, kita akan berunding dengan pihak hospital," katanya. Sementara itu, keluarga mangsa tidak menyalahkan mana-mana pihak atas kejadian tersebut dan menyifatkan apa yang berlaku sebagai takdir. "Nak kata kecewa tu (memang) kecewa, tapi benda dah berlaku, nak buat macam mana, kuasa Allah. Cuma kita berdoa supaya dia cepat sembuh," kata Nakim Bahari, 57, yang merupakan bapa Ami. Nakim, seorang peneroka dari Gemencheh, Negeri Sembilan berkata beliau juga tidak akan menghalang anaknya meneruskan minat dalam bidang itu selepas ini, dan semuanya bergantung kepada yang empunya diri. "Nanti kalau kita larang, mereka memberontak, lain jadinya, jadi bergantung pada diri sendirilah," katanya. Shaari Bujang, 59, bapa Muhammad Iskandar Rasiq pula berkata acara itu merupakan sukan kegemaran anaknya yang sanggup ke mana sahaja semata-mata untuk menjadi penonton. "Saya menerima panggilan sekitar jam 1.30 pagi tadi (yang memaklumkan kejadian ini). Dia datang ke sini pun saya tak tahu. Memang tak dapat tidur dan resah memikirkan apa yang menimpa anak saya. "Nak kata marah, tak bolehlah, sebab benda ini dah kesukaan dia. Benda ni pun berlaku bukan kehendak kita, dah takdir. Bukanlah nak mengatakan penganjur tu salah, yang menonton pun lebih kurang sama," katanya. - Bernama Himpunan Jutaan Belia: 22 cedera, 3 parah kereta drag terbabas Ulasan GB "Kes kemalangan boleh berlaku di mana-mana. Kalau tak berlaku di sini, tiada jaminan ia tak berlaku di tempat lain. Bingai betul. Ini bukan soal politik lah Shabbery. Ini soal nyawa, ini soal integriti, ini soal kebertanggungjawaban. Hujah yang digunakan oleh menteri belia itu adalah hujah Pak Pandir. Bukankah apabila anak Pak Pandir mati kerana kecuaiannya, beliau menyatakan pada Mak Andeh, "bukan anak kita sahaja yang mati, anak orang lain juga mati." Sepatutnya pihak pengajur dan kementerian belia sendiri ditahan dan disiasat kerana kegagalan untuk menyediakan persekitaran yang kondusif untuk acara berkenaan sehingga menyebabkan kecederaan parah kepada orang awam. Anehnya berita dari agensi BERNAMA cuba untuk melakukan cover-up terhadap kesalahan dan kecuaian penganjur dan Kementerian Belia & Sukan melalui ayat-ayat ini: Sementara itu, keluarga mangsa tidak menyalahkan mana-mana pihak atas kejadian tersebut dan menyifatkan apa yang berlaku sebagai takdir. "Nak kata marah, tak bolehlah, sebab benda ini dah kesukaan dia. Benda ni pun berlaku bukan kehendak kita, dah takdir. Bukanlah nak mengatakan penganjur tu salah, yang menonton pun lebih kurang sama" Saya samasekali tidak percaya seorang ayah akan bercakap demikian. GB yakin itu hanyalah ayat-ayat rekaan sang wartawan BERNAMA. GB cabar BERNAMA mengeluarkan transkrip temubual itu jika perkataan itu lahir dari ayah si mangsa. Apa yang ditulis oleh BERNAMA itu hanya untuk mempertahankan acara berkenaan. Itulah juga jenis kewartawanan longkang yang diamalkan oleh BERNAMA selama ini. klik untuk baca |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment