SEARCH

Monday, May 28, 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Tembelang Terdedah: Restoran Sekinchan Ikan Bakar Di lelong.

Posted: 27 May 2012 05:01 PM PDT


Hermm.. kena lelong ye? Ini baru lagi tau. Lihat tarikh yang dicatatkan melalui notis lelongan awam di atas. 31 Mei 2012.

Maksudnya bakal di lelong bukan telah di lelong. Barang2 dalam restoran sekinchan ikan bakar ini di lelong sebab nak mendapatkan wang tunai sebanyak RM31,000.

Kenapa nak dapatkan rm31,000? Mestilah sebab nak bayar hutang. Sebab tue larh di lelong. Kalau ada duit nak bayar hutang takdelah kena lelong.

Tapi pelik juga kenapa pula Datok Jamal boleh senang hati masuk tv, berdemo kutip duit orang sana sini sehingga mencecah beberapa ribu, lepas tue siap cakap nak tawarkan hadiah kereta mewah yang berharga ratusan ribu kepada pengLIKE facebook page tetapi hutang RM31,000 tak boleh nak bayar pula? -sozcyili

Restoran Ikan bakar Sekinchan, M Avenue, Segambut


Bersih 4.0 tawar hadiah kereta Lamborghini, BMW

KUALA LUMPUR 23 Mei - Penganjur Bersih 4.0 menawarkan hadiah dua buah kereta mewah bernilai kira-kira RM2 juta melalui kempen 'Bersih 4.0 Cintakan Keamanan'.

Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga-Peniaga Kuala Lumpur, Datuk Jamal Md. Yunus berkata, sebuah Lamborghini Gallardo dan BMW 530 bakal menjadi hadiah cabutan bertuah di laman peminat Facebook Bersih 4.0 yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

"Kita tawarkan sebuah kereta BMW bernilai RM220,000 untuk seorang pemenang bertuah apabila laman ini mencecah 150,000 pengikut.

"Kemuncak hadiah adalah sebuah Lamborghini yang akan dicabut sebagai hadiah utama apabila pengikut mencapai sejuta orang," katanya kepada pemberita di Restoran Sekinchan di sini hari ini.

Jamal berkata, hadiah akan ditawarkan kepada pengguna Facebook yang berbelanja di mana-mana Restoran Sekinchan dengan mengemukakan bukti pembelian di laman berkenaan.

Beliau yang juga pemilik rangkaian restoran itu berkata, hadiah tersebut disediakan sebagai usaha memupuk dan mendapatkan sokongan warga Kuala Lumpur untuk menjadikan bandar raya itu bebas daripada perhimpunan haram dan rusuhan.

"Kita akan buka sebuah laman pengikut Bersih 4.0 di Facebook dan menyeru orang ramai supaya menyertai kempen 'Cintakan Keamanan' sebagai bantahan kepada Bersih yang satu lagi.

"Melalui usaha ini, kita berharap Bersih 4.0 akan menjadi penutup kepada perhimpunan Bersih yang menjadikan Kuala Lumpur huru-hara," katanya.

Sementara itu, Jamal memberitahu, pihaknya akan meneruskan perhimpunan peniaga dan penjaja di kediaman Pengerusi Bersih 3.0, Datuk S. Ambiga walaupun pihaknya tidak mendapat kebenaran daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail.

"Pasar malam di Jalan Setiakasih 1 akan diteruskan sebagai protes terhadap pihak yang bertanggungjawab terhadap kerugian para peniaga dan penjaja pada hari perhimpunan Bersih.

"Kami golongan peniaga dan penjaja yang tidak tahu undang-undang akan berniaga walaupun petak niaga yang dicat sebelum ini sudah dipadam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur," katanya.

Jamal turut menangkis tohmahan yang mengaitkan pihaknya sebagai alat kepada parti-parti tertentu.

"Apa yang kita lakukan bukan untuk bermusuh dengan mana-mana pihak kerana kami bebas daripada pengaruh parti politik.

"Ini adalah tindakan susulan kerana pada Bersih 1.0 ramai yang masih bersabar, Bersih 2.0 mereka mula marah dan baru-baru ini Bersih 3.0 ramai yang hilang sabar," katanya.

Jamal berkata, pasar malam yang akan diadakan pada Khamis dan Jumaat ini turut mendapat sokongan daripada 70 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan penduduk.
-utuseks


Ulasan GB

Maka hukum kebenaran dan keadilan pun berlakulah untuk mendedahkan apa yang benar apa yang palsu.

Ketara sangat kaki kelentong, nak tawar lamborghinilah, BMWlah dan berbagai-bagai lagi sedangkan rupa-rupanya Restoran Sekinchan sudah kena lelong.

Halo...
Tembelang sudah pecah lagi mahu temberang kah?

DUN Chempaka Kesan Pertambahan 35 Pengundi Dalam Sebuah Rumah

Posted: 27 May 2012 06:54 AM PDT

Iskandar Abdul Samad hari ini mendedahkan terdapat pertambahan pengundi meragukan di sebuah rumah di Kampung Pandan di sini serta pertambahan penduduk ketara sejak 2008.

Katanya, di tiga lorong itu bagi 10 rumah dari 2007 hingga tahun lalu mencatat pertambahan 236 orang dan ini mendatangkan keresahan kepada penduduk.

"Kalau kita lihat yang paling ketara ialah Lorong Cantik di rumah nombor lima, tahun 2007 ada lapan pengundi tetapi yang terkini sehingga 2011 ada 43 pengundi bermakna ada pertambahan 35 orang.

"Tidak mungkin dalam rumah sebegini akan bertambah begini ramai dalam masa empat tahun, begitu juga rumah-rumah lain yang dilihat bertambah hingga satu rumah ada 10 orang baru," katanya yang juga Adun Chempaka.

Iskandar berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjalankan siasatan dan melakukan tindakan sewajarnya berhubung pendedahan 'pengundi hantu' ini.

Tambahnya ia tidak mungkin dilakukan individu tertentu tetapi pihak berkepentingan.

"Walaupun masa untuk menyemak dan membantah untuk suku tahun ini telah tamat tetapi demi kredibiliti SPR ia tidak sepatutnya berdiam diri," ujarnya.

Seorang penduduk, Mohd Fauzi Ariffin, 26, berkata ayahnya Ariffin Sahak, 76, tinggal bersendirian di rumahnya sejak sekian lama tetapi kini dikatakan terdapat empat penghuni baru yang tidak dikenali.

"Semakan mendapati ada empat orang menetap di rumah saya di Lorong Kemajuan 1. Memang saya tak mengenali dan tak tahu siapa mereka ini.

"Tahun 2007 hanya ayah saya seorang didaftarkan di rumah ini," katanya.

Iskandar berkata, pihaknya menerima aduan berhubung perkara itu dari penduduk tempatan dan ia adalah memeranjatkan.

Malah, siasatan mendapati DUN Chempaka mendapat pertambahan pengundi baru kira-kira 25 peratus, ini menunjukkan peningkatan seramai 8,000 pengundi dari 32 ribu kepada 40 ribu pengundi

"Hasil kajian ini adalah bukti bahawa terdapat usaha yang terancang untuk memindahkan pengundi-pengundi ke dalam kawasan DUN tertentu di Selangor.

"Mereka yang melakukan pemindahan ini mungkin berpandangan bahawa untuk menumbangkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor melalui proses pilihan raya biasa kemungkinan besar tidak akan berjaya," katanya dalam sidang media di sini hari ini. -selangorku



[PANAS] Haire Libas Pengkritiknya, Saya Tak Jahil Sangat Nak Anggap PAS Itu Agama

Posted: 27 May 2012 05:45 AM PDT

Beberapa hari yang alu blog ini ada menyiarkan mengenai tulisan seorang artis bernama Haire Othman yang membidas kenyataan Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menganggap tindakan segelintir bekas pegawai kerajaan dan selebriti menyertai Pas konon untuk berdakwah, sebenarnya hanya untuk berpolitik.

Haire di dalam facebooknya menempelak Tok Pa dengan menyatakan jika artis berkempen atau menyertai UMNO tidak pula dijadikan isu dan menanya mengapa para artis tidak boleh berbeza pendapat dengan pihak kerajaan serta mesti ikut mereka seperti lembu.

Tindakan Haire itu walau bagaimanapun tidak disenangi oleh golongan pencacai UMNO yang bernama "Adi Isa" yang menulis seperti berikut:

Artis itu sangka PAS itu agama seperti kepercayaan ahliahli PAS, rupanya politik


Namun tulisan Adi Isa berkenaan dilibas segera oleh Haire Othman dengan menyatakan beliau tidaklah jahil sangat untuk menganggap PAS itu agama, tetapi beliau menyatakan dengan tegas bahawa sekurang-kurangnya beliau tahu membezakan yang mana lebih memeperjuangkan hukum agama Islam.

Adi Isa akhirnya terkedu dengan libasan artis berkenaan, disangkanya Haire sejahil dan sejahat dirinya untuk memburukkan PAS dengan menganggap PAS itu agama, masuk PAS masuk syurga.

Seperti yang GB katakan sebelum ini bahawa banyak pihak melihat kenyataan Tok Pa berkenaan menyerlahkan keadaan UMNO kini sedang tertekan dengan sikap beberapa orang bekas pegawai kerajaan dan artis/selebriti yang telah mengambil keputusan untuk menyertai PAS.

Dan Haire merupakan salah seorang artis yang tidak mahu diperlembukan UMNO! Semoga Allah beri kekuatan dan kecekalan kepada artis ini...



Laporan sebelum ini
klik untuk baca





Haramjadah Untuk Najib? Tanpa Kami, K'jaan Tak Munkin Berusaha Memajukan Nasib Rakyat

Posted: 27 May 2012 02:04 AM PDT

Pakai baju PR ambil cek

CHENOR - "Terima kasih atas pemberian durian runtuh ini tetapi kerajaan seharusnya berterima kasih juga kepada pembangkang kerana tanpa kami, kerajaan tidak mungkin berusaha memajukan nasib rakyat."

Gambar: Peneroka tegar pembangkang ini bersembang dengan Ismail (kiri) ketika hadir menerima durian runtuh dengan memakai baju mempunyai logo PR pada majlis itu.

Demikian kata seorang peneroka Felda Kampung Awah yang hadir menerima durian runtuh dengan memakai baju korporat putih mempunyai logo PKR, DAP dan Pas pada satu majlis, di sini.

Walaupun bersikap prejudis terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, peneroka berusia 50-an itu tidak sama sekali menyangkal bahawa Najib adalah seorang pemimpin yang prihatin dengan nasib rakyat memandangkan semua ahli keluarga menerima pembahagian durian runtuh itu.

Katanya, Perdana Menteri sendiri memberitahu bahawa durian runtuh itu adalah hak peneroka maka setiap peneroka perlu menerimanya.

"Saya mengambil durian runtuh ini tetapi tidak bermakna saya menyokong kerajaan. Saya tidak sekali–kali akan menukar parti pilihan (Pakatan Rakyat) memandangkan apa yang diperjuangkan pembangkang adalah sesuatu yang benar dan adil.

"Pemberian durian runtuh Felda ini saya anggap rezeki yang tidak boleh ditolak," katanya ketika ditemui menerima cek durian runtuh fasa pertama bagi ketua keluarga bernilai RM5,000 bersama 466 peneroka lain dari Felda Kampung Awah dan Sungai Nerek, di sini.

Majlis disempurnakan Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda Pahang, Datuk Tan Mohd Aminuddin Ishak dan Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib. -SH

[VIDEO & GAMBAR] Kemalangan Drag Race, 2 Cedera Parah Di Himpunan Belia- updated

Posted: 26 May 2012 11:34 PM PDT

Satu tragedi berlaku di Himpunan Sejuta Belia sekitar jam 12.30-2.00 pagi tadi iaitu di dalam acara Drag Racing anjuran Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya, malam tadi.

Penganjur rasmi perlumbaan drag race telah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada kematian tetapi 2 orang penonton cedera parah dan yang selebihnya cedera ringan.

Penonton yang cedera parah dilanggar kereta Mitsubishi Lancer Turbo yang terbabas& dan gagal dikawal.

Sementara itu pemandu kereta berkenaan telah lari dan belum dapat dikesan.

Dilaporkan juga acara untuk motorsikal yang dijadualkan berlansung hari ini dibatalkan ekoran tragedi tersebut.

Himpunan Jutaan Belia yang dianjurkan di Putrajaya yang dikatakan mempunyai 500 aktiviti yang disediakan membabitkan 38 segmen dengan 1,000 persembahan selama lima hari sambutan yang berakhir hari ini.

Dengan menyindir aktiviti Perhimpunan BERSIH, Najib ketika berucap merasmikan himpunan berkenaan berkata, negara ini tidak boleh bergantung harap masa depannya kepada belia yang 'demo crazy' (gila berdemonstrasi).

Sekarang Najib perlu jawab apa yang berlaku? Sekarang hukum kebenaran membuktikan siapa yang sebenarnya "crazy" sehingga secara terang dan nyata, berlaku kemalangan yang menyebabkan kecederaan parah?










Laporan sebelum ini
klik untuk baca




No comments: