Kelab Greenboc |
- "Haramjadah" Menimpa Najib & UMNO Lagi, Dikencingkan Di Himpunan Jutaan Belia
- [VIDEO] Serangan Samseng UMNO Lembah Pantai: Rakaman Video Bukti Terbaik
- "Mahathir The Spin Doctor" - UMNO Yang Samseng, Dituduhnya PAS.
- Tamrin Kesal Dan Malu Dengan Budaya Samseng UMNO
- Rakaman CCTV Papar Pengawal Keselamatan Hanya Tercegat Bila Wanita Diragut
- PRU13: Shahrizat Bertanding Di Menglembu, Shapie Apdal Di Menggatal (?)
- Kepulangan Salehuddin Ayub Disambut Meriah Oleh Masyarakat Cina Johor
- Kuota Haji: Temberang & Dusta Sang Menteri Untuk Burukkan Bersih
"Haramjadah" Menimpa Najib & UMNO Lagi, Dikencingkan Di Himpunan Jutaan Belia Posted: 26 May 2012 05:17 PM PDT Cukup memalukan. Dengan aksi ghairah dan tidak senonoh inilah ditemui di dalam satu acara di Himpunan Jutaan Belia yang berlansung di Putrajaya semalam. Mana Menteri Agama, mana Majlis Fatwa Kebangsaan mana ulamak UMNO yang sebelum ini ghairah menghukum Perhimpunan BERSIH tetapi membisu terhadap gejala "wasatiyyah terlampau" seperti pertunjukan di sebelah ini? Aneh, BERNAMA dan media massa arus perdana enggan untuk menyiarkan tentang bilangan yang hadir di himpunan yang dinamakan "jutaan" itu. Menurut maklumat yang GB terima, himpunan yang digembar-gemburkan "jutaan" itu hanya di hadiri oleh tidak lebih 5,000 orang, itupun sekadar untuk menyertai acara-acara yang diaturkan oleh kementerian, tetapi tanpa rasa malu mereka mendakwa itu diantara 10 karnival terbesar di dunia kerana ada khemah untuk ekspo dan pameran sepanjang enam kilometer di Persiaran Perdana. Sekadar ini sahaja "santapan" foto yang ada dari pelbagai media di hari jutaan belia: Benar-benar menghabiskan wang rakyat terhadap penganjuran Hari Jutaan Belia ini dengan bilangan anggota penganjurnya termasuk 500 artis melebihi angka daripada peserta belia yang datang. Dan berita baru masuk: ada tragedi berdarah berlaku di dalam satu acara Drag Race Himpunan Belia. Laporan selepas ini. |
[VIDEO] Serangan Samseng UMNO Lembah Pantai: Rakaman Video Bukti Terbaik Posted: 26 May 2012 04:40 PM PDT Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini menolak dakwaan Umno Lembah Pantai bahawa PKR memulakan provokasi sewaktu kejadian baling batu dan telur pada ceramah berkembar di Pantai Dalam Khamis lalu. "Saya nak tanya dua jam lebih Ummi Hafilda dan penceramah lain keluar kata-kata kesat kepada Anwar, kami tak buat apa-apa. "Itu pun, on record, kita minta semua bersabar," kata naib presiden PKR itu. Menurutnya, bukti terbaik yang akan menjelaskan kejadian sebenar pada malam itu adalah rakaman video yang dibuat wartawan portal berita yang membuat liputan ceramah itu. "Bukti terbaik adalah video rakaman," katanya. Ketua Pemuda Umno Lembah Pantai Mohamad Sazali Kamilan pagi tadi mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat provokasi menyebabkan berlakunya ketegangan dan kecederaan dalam insiden itu. Beliau mendakwa, Anwar pada malam itu mengeluarkan kenyataan berbunyi: "Pemuda Umno sial, Pemuda Umno celaka". Nurul Izzah berkata, tindakan Umno Lembah Pantai yang tidak menafikan insiden itu dan hanya menuding jari kepada Anwar merupakan "pengakuan" mereka memang terlibat. Katanya, Ketua Umno bahagian Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin juga tidak tampil menafikannya. "Jadi saya anggap itu merupakan satu pengakuan," kata Izzah lagi. Beliau membuat kenyataan itu selepas menemani mangsa yang terkena balingan objek keras di kepala pada malam ceramah, Raja Ismail Raja Din, 60, membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Pantai dekat ibu negara. Ahli PKR Petaling Jaya Selatan itu mendakwa beliau terasa dilastik berulang-kali dengan objek dipercayai besi gegalas (bearing) pada malam kejadian. Turut menemani Raja Ismail membuat laporan tengah hari tadi ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan, Haniza Talha. 'Anwar tak buat provokasi, kami ada bukti' Ulasan GB Menurut Ketua Pemuda Umno bahagian Lembah Pantai Mohamad Sazali Kamilan, Anwar pada malam itu mengeluarkan kenyataan berbunyi: "Pemuda Umno sial, Pemuda Umno celaka". Tetapi jangan lupa: sebelum dari itu pun sudah ada provokasi dimana hampir 100 Pemuda Umno Lembah Pantai menghalang jalan utama menghala ke ceramah KeADILan dan membawa sepanduk bertulis "Anwar punca keganasan di negara ini" dan pelbagai kata nista lain terhadap Anwar sebelum Anwar tiba lagi ke tempat ceramah: Jadi siapa sebenarnya yang memprovokasi? |
"Mahathir The Spin Doctor" - UMNO Yang Samseng, Dituduhnya PAS. Posted: 26 May 2012 08:01 AM PDT Nik Aziz: Bertindak ganas bukan Pas, tapi Umno MACHANG - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa pihak pembangkang akan bertindak ganas sekiranya kalah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Pas tidak pernah membuat kacau dan menimbulkan keganasan tetapi sebenarnya tindakan-tindakan sedemikian dimulakan oleh pihak Umno dengan melakukan pelbagai provokasi sejak kebelakangan ini. "Kenyataan ini terbalik. Pelbagai keganasan dilakukan oleh Umno termasuk menimbulkan suasana panas dengan melakukan tindakan tidak bermoral di depan rumah Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S Ambiga. "Apa ni? Tindakan mengadakan senaman 'tonggeng' itu bukan budaya Melayu. Kita orang yang beradab dan beretika... semua ini adalah budaya luar yang dibawa oleh Umno," katanya kepada pemberita. Terdahulu, beliau merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Kali ke-41 di Markas Dewan Ulama Labok di sini, hari ini. -SH Ketahuilah bahawa samseng Umno itu benar Oleh Ahmad Tajdid klik untuk baca |
Tamrin Kesal Dan Malu Dengan Budaya Samseng UMNO Posted: 26 May 2012 05:48 AM PDT VVateran Umno, Tamrin Ghafar kesal dengan tindakan partinya itu yang sejak kebelakangan ini menggunakan samseng untuk mengganggu ceramah Pakatan Rakyat. "Malulah sikit dengan tindakan samseng baling batu, telur dan lain-lain, kita sudah merdeka lebih dari 54 tahun, takkan masih nak mengamalkan politik macam ini". "Saya seru pemimpin Umno supaya bertindak matang dan bukan kebudak-budakan macam ini" tegasnya yang merupakan anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba. Beliau berkata demikian pada ceramah anjuran Majlis Tindakan Dun Ayer Molek di sini malam tadi. Sementara itu Tamrin berkata, beliau rela dipecat dari Umno demi menegakkan kebenaran dan menentang penyelewengan. "Saya masih ahli Umno, saya rela dipecat dari Umno demi rakyat, demi menegakkan kebenaran dan menentang penyelewengan," ujarnya yang juga bekas Pengerusi MARA. "Umno ibarat kereta yang rosak dan buruk, saya seorang mekanik baiki yang mana skru longgar dan goyang," katanya. -HD klik untuk baca |
Rakaman CCTV Papar Pengawal Keselamatan Hanya Tercegat Bila Wanita Diragut Posted: 26 May 2012 04:12 AM PDT Petaling Jaya – Hanya kerana pengawal keselamatan gagal bertindak, seorang eksekutif pengurus acara kerugian RM18,000 apabila rantai leher dan beg tangan dilarikan peragut. Gambar: Rakaman CCTV menunjukkan pengawal keselamatan hanya memerhatikan kejadian ragut yang berlaku. Dalam kejadian petang 14 Mei lalu, mangsa K Sharala Thevi, 28, berkata, kejadian berlaku di pintu masuk kawasan kediamannya di Kondominium Kelana D'Putra, Kelana Jaya dekat sini. "Saya berjalan kaki pulang dari bekerja, sebaik masuk di pintu masuk kondo, dua lelaki bertopi keledar tibatiba menerpa dari arah belakang menyebabkan saya terus menjerit dan cuba melarikan diri," katanya. Menurutnya, ketika itu seorang pengawal keselamatan keluar dari pondok pengawal namun dia hanya melihat sahaja insiden itu berlaku. "Saya kemudiannya terjatuh dan diheret sebelum kedua-dua peragut itu melarikan diri bersama dua lagi rakannya yang turut menunggang motosikal," katanya pada sidang media di Pejabat Biro Pengaduan Awam MCA Selangor, semalam. Tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku, mangsa membuat laporan di pejabat pengurusan kondominium itu namun jawapan yang diberikan mengecewakan. "Saya diberitahu pengawal keselamatan tidak mahu membantu sebab takut suspek ada senjata dan kawasan parkir pelawat bukan di bawah pengurusan kondominium itu. "Bagi saya ini tidak masuk akal dan saya akan memfailkan saman terhadap pengurusan kondo ini kerana cuai," katanya yang membuat laporan di Balai Polis Kelana Jaya. Menurutnya, paling dikesalkan rantai dilarikan adalah hadiah daripada suami sempena perkahwinannya. -SH |
PRU13: Shahrizat Bertanding Di Menglembu, Shapie Apdal Di Menggatal (?) Posted: 26 May 2012 02:33 AM PDT HHari minggu lepas, Husin pergi ziarah kawan di Bangi. Sambil makan tu, member Ana tanya, bila agaknya pilihanraya. "Manalah ana tahu benda-benda ni ...," Husin jawab, "Ana hanya saudagar unta dari Cairo." "Sudahlah Husin. Jangan kau bawak temberang blog Husin Lempoyang kau di sini. Kamu tahu tu!" "Sumpah ana tak tahu. Ana rasa Dato Najib pun tidak tahu tarikh pilihanraya. Lagikan ana ni ...," ana cuba yakinkan. "OK lah Husin. Aku kasi kamu info ini, Kamu kasi aku tahu tarikh pilhanraya. Aku nak buat gathering kawan-kawan tapi masing-masing tunggu ditentukan tarikh pilihanraya," Sahabat ana terangkan. "Kamu tahu tak Dato Najib dah buat keputusan akan ambil Dato Syahrizat dan Dato Shafie bertanding?" "Biat betul ... takkan Dato Najib flip flop?" Ana bertanya "Dia sudah flip flop itu MAS-Air Asia, tangga gaji kerajaan dan macam-macam lagi," sahabat ana terangkan "Kalau begitu, mana Syahrizat nak bertanding? Raja Nong Chik pasti tanding di Lebah Pantai. Shafie mesti di Semporna, Sabah." "Takkk ... kawasan lain." "Mana pulak?" Ana tanya "Sharizat tanding di Menglembu. Shapie Apdal di Menggatal." "Hahahaha ... siul la lu brader. Macam gitu aku tahu bila pilihanraya?" "Bila? Bila? ..." tertanya kawan ana. Nak tahu bila pilihanraya? Sabar dulu .... hehehe. -husin lempoyang |
Kepulangan Salehuddin Ayub Disambut Meriah Oleh Masyarakat Cina Johor Posted: 25 May 2012 10:14 PM PDT Masyarakat Cina Sambut Kepulangan YB Salahuddin Ayub GELANG PATAH - Keputusan YB Salahuddin Ayub untuk balik bertanding di negeri Johor mendapat sokongan dan dokongan daripada pengundi masyarakat Cina. Sokongan ini telah dizahirkan kepada YB Salahuddin pada satu majlis makan malam bersama masyarakat Cina Gelang Patah di Restoran Pekin Sutera. Rata-rata masyarakat Cina yang hadir menyatakan kegembiraan mereka dengan keputusan yang diambil YB Salahuddin untuk kembali ke negeri Johor. Walaupun baru membuat keputusan untuk bertanding di Johor dan belum lagi dimuktamadkan kerusi yang ingin ditandingi, terdapat segelintir masyarakat Cina sudah memberikan harapan kepada YB Salahuddin untuk memimpin perubahan di negeri Johor seterusnya menjadi Menteri Besar di negeri ini. Dalam ucapan beliau kepada hadirin yang hadir, YB Salahuddin jelas menyatakan bahawa kepulangan beliau ke kancah politik Johor bukan kerana elaun ataupun pangkat tetapi kerana ingin membela nasib rakyat Johor. "Saya mengambil keputusan untuk bertanding di tempat kelahiran saya ini. Jika difikirkan untuk mengekalkan elaun ahli parlimen, lebih baik saya kekal bertanding di Kelantan. Namun itu bukan segalanya bagi saya kerana perjuangan rakyat negeri Johor adalah lebih penting kepada saya" "Saya diminta bertanding di Kelantan dahulu kerana saya pada waktu itu menjadi Ketua Pemuda PAS Malaysia. Parti melihat saya perlu berada di dalam dewan parlimen maka saya dihantar bertanding di Kelantan. Namun untuk pilihanraya umum pada kali ini, saya telah menyatakan keazaman saya untuk bertanding di Johor. Saya akan membantu rakyat negeri saya ini menentang kezaliman yang berlaku", jelas beliau lagi yang menyebabkan hadirin berdiri memberikan tepukan atas ucapannya itu. Dalam pada itu, majlis makan malam yang dianjurkan DAP Gelang Patah itu berjaya mengumpulkan lebih 1,600 orang masyarakat Cina. Majlis makan malam ini dianjurkan di Restoran Pekin yang turut dihadiri oleh YB Dr. Boo Cheng Hau, YB Tian Chua dan YB Teng Cheng Kim. -nusajaya |
Kuota Haji: Temberang & Dusta Sang Menteri Untuk Burukkan Bersih Posted: 25 May 2012 08:35 PM PDT Kurang kouta haji tiada kaitan dengan Bersih 3.0 MELAKA: Ketua Dewan Ulama PAS Pahang, Ustaz Mokhtar Senik berkata kerajaan Arab Saudi tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kouta haji untuk jemaah Malaysia dikurangkan disebabkan demonstrasi Bersih 3.0 di Madinah dan Mekah hujung bulan lalu. Gambar: Perhimpunan Bersih 3.0 di Masjid Nabawi, Madinah "Menteri Di Jabatan Perdana Menteri jangan bohong, tidak ada satupun kenyataan dari Arab Saudi yang menyatakan kouta jemaah kita dikurangkan kerana isu Bersih 3.0. "Saya telefon sahabat-sahabat di Arab Saudi, mereka bagi tahu tidak satu pun berita tentang kouta dikurangkan kerana Bersih 3.0, satu berita kolum kecil pun tak ada," ujar Ustaz Mokhtar Senik dalam ceramahnya dekat sini. Beliau berkata demikian pada ceramah di Jalan Tiang Tua, Pengkalan Minyak di sini malam tadi. Beliau berkata kerajaan BN cuba untuk memburukkan Bersih 3.0 dengan mengaitkan isu kouta haji dengan penganjuran bantahan aman itu di Arab Saudi. Roboh untuk buat yang baru "Apa yang berlaku kouta haji semua negara dikurangkan kerana tindakan mereka merobohkan penempatan jemaah haji untuk digantikan dengan penempatan baru. "Jadi oleh kerana ianya belum siap maka kouta tersebut dikurangkan. "Tidak berbangkit langsung soal kemarahan kerajaan Arab Saudi terhadap demonstrasi Bersih 3.0," tegas Ustaz Mokhtar. Menurut Ustaz Mokhtar, kerajaan Arab Saudi mempunyai pegawai-pegawai kedutaan mereka di Malaysia yang memantau dan meneliti himpunan Bersih 3.0. "Pegawai-pegawai kedutaan mereka bukan duduk diam, mereka mengkaji objektif himpunan Bersih dan mereka melaporkan kepada Duta dan kerajaan mereka. "Mereka tahu dan faham apa tujuan dan objektif Bersih 3.0, amat malang apabila kerajaan BN cuba menipu rakyat sekali lagi," tambah Ustaz Mokhtar. -HD PM diminta campur tangan selesai masalah kuota haji Ulasan GB Dasar berita penipu. GB pernah ulas. Petikan: Kerana tiada sebab untuk kerajaan Arab Saudi berasa bimbang terhadap sekumpulan rakyat malaysia yang sekadar bergambar sambil memegang bendera kuning BERSIH tanda sokongan mereka terhadap perjuangan BERSIH 3.0 yang diadakan di Kuala Lumpur. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment