Kelab Greenboc |
- Gejala Samseng UMNO Menjadi-jadi, Najib Perlu Dipertanggungjawabkan
- "Haramjadah" Timpa Najib Lagi....
- [BERGAMBAR] Lagi Intimidasi Ke Atas Ambiga, Petanda Lebih Cepat UMNO BN Berkubur!
- "Zulkifli Bidas Pak Janggut": Utusan Kalah Lagi, Diperintah Bayar RM60,000 Kepada Khalid Samad
- Peserta BERSIH, Asrul Wadi Mungkin Buta Sebelah Mata Akibat Terkena Kanister Gas Pemedih
- [DEDAH] 95% Penjaja Jalan TAR Tak Setuju Tindakan Kumpulan Datuk Jamal
- Pelajar Perempuan Teruk Dipukul Oleh Gadis Samseng
Gejala Samseng UMNO Menjadi-jadi, Najib Perlu Dipertanggungjawabkan Posted: 24 May 2012 05:07 PM PDT ![]() Batu dan telur berterbangan lagi di ceramah Pakatan Rakyat malam ini, mengakibatkan seorang warga emas cedera di kepalanya. Insiden itu berlaku kira-kira jam 11 malam ketika Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berucap di satu majlis ceramah di Apartmen Pantai Permai, Kuala Lumpur, yang terletak dalam kawasan parlimen PKR di Pantai Dalam. Menurut saksi, batu itu dibaling dari kawasan ceramah Umno di kuarters Dewan Bandaraya Raya Kuala Lumpur (DBKL) Pantai Dalam yang terletak bersebelahan. Ia berlaku kira-kira 30 minit selepas bekalan elektrik ke majlis ceramah itu didakwa telah disabotaj dan disambung semula secara tergesa-gesa. Bagaimanapun, keadaan di majlis ceramah itu tenang dan Anwar meneruskan ucapannya. Sebelum itu, kira-kira 9 malam, kira-kira 80 orang yang berpakaian baju-T merah, berkumpul di luar tempat Anwar berceramah, sambil melaungkan "Tibai (Tolak individu Bernama Anwar Ibrahim)." Ini adalah kali kedua dalam tempoh seminggu di mana ceramah Pakatan menjadi sasaran balingan batu dan telur. Sebelum ini ia berlaku di Merlimau, Melaka pada hari Sabtu -mk Ulasan GB Gejala samseng yang berlaku kebelakangan ini semakin menjadi-jadi. Ia angkara sikap pemimpin negara terutama Perdana Menteri dan Menteri KDN yang membiarkan hal tersebut berlaku dan bercambah terutama apabila ianya dihala dan ditujukan kepada Pakatan Rakyat. Mereka seperti merestui hal itu dilakukan oleh ahli-ahli mereka. Gejala samseng itu sebenarnya adalah manifestasi ketakutan UMNO BN terhadap Pakatan Rakyat yang semakin mendapat tempat di hati rakyat dan ia adalah kesan daripada ucapan Najib sendiri yang bersifat provokasi di Perhimpunan Agong UMNO dengan deklarasi beliau "walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa" di Perhimpunan Agung UMNO pada tahun 2010 untuk mempertahankan Putrajaya walau apa pun terjadi. Najib, Menteri KDN dan KPN perlu dipertanggungjawabkan. Jika mereka tidak mahu bertanggungjawab, percayalah hukum kebenaran dan keadilan akan mengambil tempatnya dimana mereka dan UMNO akan hancur binasa lantaran Allah tidak akan membiarkan kezaliman dan kekejaman itu berpanjangan dan berkekalan. Seperti yang pernah GB nukilan sebelum ini: yang zalim pasti akan menerima balasannya. Allah tidak akan mengizinkan kerajaan yang zalim itu kekal lama. Bacalah Al-Quran. Di sana ada kisah-kisah pemerintahan Namrud dan Firaun yang zalim. Ada kisah Abu Lahab dan Qarun yang tamak haloba. "Baca" juga di sekeliling kita, tumbangnya Marcos di Filipina dan Thaksin di Thailand adalah kerana kezaliman dan salahguna kuasa. Begitu juga halnya di timur tengah seperti Syria dan Tunisia. |
"Haramjadah" Timpa Najib Lagi.... Posted: 24 May 2012 09:13 AM PDT ![]() KUANTAN, 24 Mei: Seramai 154 orang peneroka semalam berjaya mendapatkan injunksi dari Mahkamah Tinggi Kuantan bagi menghalang CIMB Bank dan AmIslamic Bank untuk memproses dokumen pinjaman yang ditandatangani oleh mereka baru-baru ini. Peguam Harris Abdullah berkata, dokumen untuk membeli saham Felda Global Venture Holdings (FGVH) itu terpaksa tandatangan peneroka kerana terpengaruh dengan kenyataan pihak pengurusan Felda di tempat masing-masing untuk mendapat durian runtuh. "Selanjutnya kes ini akan diselesaikan di luar mahkamah apabila dua bank berkenaan bersetuju untuk tarik balik borang tersebut," katanya. Baru-baru ini peneroka di seluruh negara telah dikejutkan apabila mereka diminta menandatangani dokumen pinjaman bank bagi membeli 'blue form' untuk saham FGVH, malangnya mereka dipaksa kerana digambarkan bakal mendapat durian runtuh. Pada 16 Mei lalu 154 orang peneroka sekitar negeri Pahang telah memohon injunksi mahkamah dengan 'inter parte' bagi melarang CIMB dan AmIslamic Bank untuk memproses dokumen pinjaman yang ditandatangani oleh mereka baru-baru ini. ![]() Harris berkata, borang dokumen tersebut dalam bahasa Inggeris dan majoriti peneroka tidak faham sedangkan kakitangan Felda memberitahu dokumen tersebut untuk mendapat durian runtuh. "Tidak ada pegawai atau peguam bank yang hadir untuk memberi taklimat dan penerangan. Bahkan mereka juga dilarang membawa balik borang bagi tujuan diteliti atau mendapatkan nasihat daripada pihak-pihak yang berkenaan. "Tempoh masa yang diberikan singkat dan kena diisi depan pegawai Felda. Jadi proses yang seumpama itu menimbulkan banyak kemusykilan sehingga peneroka-peneroka terasa mereka tertipu...", jelasnya. Difahamkan, ramai peneroka yang marah kerana purata usia mereka sudah melebihi setengah abad dan berusia lanjut jadi sepatutnya mereka tidak diheret dengan hutang bank dan riba' yang tidak dinyatakan jumlahnya, apa cagarannya serta tempoh masa yang mereka kena bayar. Dalam pada itu Harris mengatatakan durian runtuh yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Jengka 8 baru-baru ini tidak ada kena mengena dengan saham kerana FGVH belum disenarai di Bursa Malaysia. Sementar itu turut hadir memberi sokongan di mahkamah hari ini ialah Presiden ANAK Mazlan Aliman, Timbalannya Aris Faizul Ismail, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Yusof Embong serta beberapa orang pimpinan PAS Kawasan aktivis peneroka. -HD Kes Najib – Altantuya disiarkan dalam media HongKong Ulasan GB Suka-suki nak mengharamjadahkan orang apatah lagi rakyatnya sendiri... terimalah akibatnya sendiri... Akan ada lagi nanti berita "haramjadah" untuk Najib & UMNO. Kita sama-sama tunggu. klik untuk baca ![]() |
[BERGAMBAR] Lagi Intimidasi Ke Atas Ambiga, Petanda Lebih Cepat UMNO BN Berkubur! Posted: 24 May 2012 07:05 AM PDT ![]() Lebih 100 orang berkumpul di depan rumah Pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga di Bukit Damansara dekat ibu negara hari ini dengan sebahagiannya terdiri daripada sekumpulan pemuda bermotosikal. Namun, kemaraan kumpulan itu dihalang penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang berada di simpang masuk ke rumah Ambiga di Jalan Setiakasih 1 sejak pagi tadi. Kumpulan itu yang rata-ratanya anti-BERSIH kemudian menghentikan motosikal di kawasan DBKL berkawal dan berjalan kaki untuk ke rumah Ambiga sambil menyanyi lagu "Inilah Barisan Kita". Sementara itu, Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga Kuala Lumpur (MBPKL) Datuk Jamal Yunus mengumumkan perancangan untuk mendirikan gerai berhampiran rumah Ambiga dibatalkan. Setakat ini, kumpulan pro-BERSIH WargaAman yang juga merancang berkumpul petang ini bagi menyatakan sikap mereka masih belum kelihatan. -mk 'Ancaman sasar Ambiga kerana dia India, wanita' ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Ulasan GB Intimidasi yang berterusan yang dilakukan oleh puak pencacai UMNO ke atas Pengerusi BERSIH, S.Ambiga, menyerlahkan lagi sikap "assabiyah" dan perkauman sempit UMNO itu sendiri. Dan semua mata rakyat Malaysia terbuka luas: bahawa laungan 1Malaysia Najib BENAR-BENAR omongan kosong. Bak kata Pak Samad, hanya kerana Ambiga itu keturunan India dan merupakan seorang wanita pula, maka tidak hairan beliau menjadi sasaran ancaman pelbagai pihak. Bagi GB yang sentiasa berpegang kepada hukum kebenaran dan keadilan, perbuatan pemuda-pemuda samseng UMNO itu akan hanya memakan diri mereka sendiri. Lebih kerap dan keras UMNO/BN melakukan / merelakan intimidasi ke atas Ambiga, maka lebih ramai (setidak-tidaknya kaum India yang semakin celik dan sekalian peserta BERSIH) yang akan menolak UMNO BN ... dan akan lebih ramai yang akan bersimpati dengan Ambiga, berarti juga akan lebih cepat UMNO BN berkubur. Hukum kebenaran itu tidak boleh ditolak atau dinafi. Dan itulah juga diantara "haramjadah" yang bakal menimpa Najib dan UMNO! |
"Zulkifli Bidas Pak Janggut": Utusan Kalah Lagi, Diperintah Bayar RM60,000 Kepada Khalid Samad Posted: 24 May 2012 03:33 AM PDT ![]() Pada 21 November lalu Hakim Prasad Sandhosham Abraham telah memutuskan bahawa artikel di muka hadapan Utusan Malaysia bertarikh 10 September 2009 bertajuk 'ZULKIFLI BIDAS 'PAK JANGGUT' " adalah memfitnah ke atas Khalid Samad. Antara lain artikel tersebut menulis: 'Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin membidas individu yang digelarnya 'Pak Janggut' yang sanggup memutar belit ayat-ayat al-Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil Hindu di Seskyen 23, Shah Alam yang menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk di kawasan itu. Menurutnya, 'Pak Janggut' turut menyalahkan umat Islam di Seksyen 23 kerana tidak bersikap adil dalam membantah pembinaan kuil di kawasan kediaman mereka. "Yang paling pelik, 'Pak Janggut' ini sanggup memutar belit ayat al-Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil,'katanya.' Mahkamah memutuskan perkataan "Pak Janggut" di artikel tersebut adalah merujuk kepada Khalid Samad kerana sebelum artikel tersebut diterbitkan, Khalid ada menulis surat kepada penduduk seksyen 23 Shah Alam supaya mereka berlaku adil walaupun ke atas orang bukan Islam dalam isu penempatan semula kuil hindu dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 Shah Alam. Utusan telah memfailkan rayuan ke atas keputusan hakim tersebut di mana rayuan tersebut telah didengar pada pagi ini di Mahkamah Rayuan Putrajaya. Pada prosiding pagi ini Mahkamah telah membenarkan permohonan Notis Usul yang difailkan oleh Khalid Samad bagi membatalkan rayuan Utusan atas alasan Notis Rayuan tersebut cacat kerana pihak Utusan telah gagal mendapatkan kebenaran Mahkamah Rayuan terlebih dahulu sebelum memfailkan rayuan mereka. Ketika membacakan keputusannya pagi tadi Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus menyatakan bahawa beliau, Hakim Datuk Azhar Haji Ma'ah dan Hakim Datuk Abdul Wahab Patail iaitu panel hakim yang mendengar rayuan tersebut sebulat surat menolak rayuan Utusan kerana kecacatan rayuan tersebut. Mahkamah menyatakan rayuan tersebut adalah bercanggah dengan seksyen 68 (1) (a) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 yang memperuntukkan bahawa sebarang rayuan yang kurang dari RM 250,000-00 wajib mendapatkan kebenaran Mahkamah terlebih dahulu. Mahkamah juga memerintahkan Utusan membayar kos sebanyak RM10,000-00 kepada Khalid Samad. Khalid Samad diwakili oleh Cik Azhana binti Khairudin dari Tetuan Mohamed Hanipa & Associates manakala Utusan diwakili oleh Encik Mohana Kumar dari Tetuan Shafiee Mohan. -HD klik untuk baca ![]() ![]() |
Peserta BERSIH, Asrul Wadi Mungkin Buta Sebelah Mata Akibat Terkena Kanister Gas Pemedih Posted: 24 May 2012 01:38 AM PDT ![]() Asrul Wadi Ahmad (gambar), 29, dari Kepala Batas, telah diperiksa oleh empat orang doktor dan mungkin didiagnosis buta mata kanannya jika keadaan tidak bertambah baik dalam tempoh enam bulan. Asrul berkata dia terkena kanister gas pemedih mata tepat di mukanya pada kira-kira jam 3.15 petang di sekitar Masjid Jamek, ketika dia menyertai bantahan BERSIH pada 28 April. Katanya, dia hilang penglihatan di mata kanannya, dan setiap kali dia melihat, terdapat tompok hitam di dalam pandangannya. Para doktor memberitahunya bahawa kesan pada matanya disebabkan oleh satu objek yang mengenainya pada kelajuan yang tinggi. Bercakap dalam satu sidang akhbar di Pulau Pinang, Asrul berkata keadaan adalah tenang ketika dia berada di sekitar Masjid Jamek, tetapi ia tiba-tiba bertukar menjadi kacau-bilau apabila gas pemedih mata ditembak ke arah orang ramai. -mk ![]() Ulasan GB GB sokong dengan beberapa komentar agar ditubuhkan satu tabung kebajikan untuk Asrul Wadi bagi membantu beliau endapat rawatan memulih kesihatan mata beliau. J/K Bersih atau mana-mana pihak boleh tampil untuk mewujudkan tabung berkenaan sesegera mungkin untuk membantu pejuang muda ini. |
[DEDAH] 95% Penjaja Jalan TAR Tak Setuju Tindakan Kumpulan Datuk Jamal Posted: 23 May 2012 11:04 PM PDT ![]() Sekumpulan penjaja di Lorong Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur meluahkan rasa tidak berpuas hati terdapat pihak yang cuba melibatkan mereka untuk berniaga di hadapan rumah Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga mulai hari ini. Mereka juga mengambil sikap "berkecuali dan tidak mahu main politik", tidak seperti yang dilakukan oleh Majlis Bertindak Peniaga-peniaga Kuala Lumpur (MBPKL), dan hanya mahu mencari rezeki dengan menjaja di lorong itu setiap Sabtu. Malah, mereka juga bimbang pelanggan akan lari jika mereka dikaitkan dengan tindakan berniaga di hadapan rumah Ambiga, sehingga boleh menjejaskan pendapatan mereka selepas ini. "Ini memberi kesan negatif... Kami tidak bersetuju dengan tindakan menjual (di hadapan rumah Ambiga). Ia memberi nama buruk kepada peniaga. "Jangan guna nama platform penjaja Jalan Tunku Abdul Rahman. Guna nama lain. Kita bebas, tidak berpolitik, kita nak cari rezeki... Kalau nak berpolitik berhenti berniaga dan masuk politik," kata seorang peniaga, yang enggan namanya didedahkan. Dilaporkan MBPKL yang diketuai Datuk Jamal Md Yunus akan berniaga pelbagai barangan, makanan dan minuman di hadapan rumah Ambiga selama dua hari bermula hari ini bagi menampung kerugian mereka akibat perhimpunan pada 28 April lalu. 'Tak sampai 10 sokong BERSIH 4.0' Selain menamakan tindakan mereka sebagai "Bersih 4.0 - Mencucikan Bersih 1,2,3", semalam mereka membida tapak perniagaan sehingga mencecah nilai tertinggi sebanyak RM5,000. Mengunjungi Malaysiakini semalam, kumpulan penjaja itu mendakwa kira-kira 95 peratus daripada kira-kira 300 penjaja di lorong tersebut bersikap berkecuali dengan tindakan majlis Jamal yang mahu berniaga di hadapan rumah Ambiga. Penjaja itu mendakwa penjaja di situ tidak diajak berbincang dengan rancangan tersebut, sebaliknya hanya mengetahui melalui kain rentang dan risalah yang diedarkan kepada mereka. "Boleh dikira dengan jari, tak sampai sepuluh orang (penjaja) yang menyokong Datuk Jamal," katanya menjawab soalan berhubung jumlah penjaja yang menyertai rancangan Jamal - pemilik peniagaan kereta mewah dan restoran. Sementara itu, menceritakan suasana pada hari demonstrasi, kira-kira 50 peratus penjaja menjalankan aktiviti seperti biasa, tetapi terpaksa menghentikannya selepas polis berpangkat biasa didakwa mengarahkan ia dihentikan sewaktu berlakunya kekecohan di situ. "Tidak ada arahan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur," kata penjaja itu yang mendakwa tindakan polis dibuat kerana penjaja dikatakan "melindungi" peserta BERSIH. -mk |
Pelajar Perempuan Teruk Dipukul Oleh Gadis Samseng Posted: 23 May 2012 07:48 PM PDT ![]() KLANG: Seorang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) cedera di dada dan bahagian badan selain trauma selepas dibelasah sekumpulan gadis 'samseng' yang juga rakannya di sebuah sekolah menengah di sini, baru-baru ini. Gambar fail. Mangsa, Siti Nor Lela Muhammad Zambri, 17, tidak hadir ke sekolah dan membuat tiga laporan polis selepas dia sudah tidak tahan dipukul sekumpulan 10 pelajar perempuan sejak tiga minggu lalu. Dalam kejadian pertama jam 11 pagi tiga minggu lalu, Siti Nor Lela berada dalam kelas bersama rakan lain sementara menunggu kedatangan guru sebelum didatangi sekumpulan pelajar terbabit dan memukulnya tanpa sebab. "Tanpa bertanya apa-apa mereka menendang dan menumbuk saya berkali-kali di bahagian badan, tengkuk dan perut. Menurut Siti Nor Lela, selepas kejadian itu, dia mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan terpaksa memakai alat pendakap leher akibat cedera. "Saya tidak hadir ke sekolah selama empat hari kerana tengkuk sakit," katanya yang membuat laporan kali ketiga di Balai Polis Pandamaran, semalam. Dalam kejadian kedua pada Isnin lalu, jam 1.15 tengah hari, Siti Nor Lela dan rakannya menunggu bas di hadapan sekolah sebelum didatangi lima pelajar perempuan dan bertanyakan namanya. Apabila dijawab, pelajar itu menyepak dan menumbuknya beberapa kali selain perutnya dipijak seorang daripada mereka. Katanya, akibat kejadian itu, tisu dadanya terkoyak selain sukar bernafas. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Muhammad Mat Yusof ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit. -hm |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment