Kelab Greenboc |
- [PANAS] Artis Bidas Kenyataan Tok Pa: Kenapa Mesti Ikut Macam Lembu Saja?
- Najib Wajar Debat Atau Setuju Digelar 'Penakut'
- BERSIH 3.0: Siasatan Belum Bermula, Anwar Sudah Didakwa Di Mahkamah -updated
- Pasangan Tidak Serik, Dua Kali Dicekup Khalwat
- Palang, Kawat Berduri Tidak Menepati Spesifikasi Perintah Majistret - Latheefa
- [Video] Mengapa Polis Tak Tangkap Peserta Baling Batu & Telur Di Merlimau?
- Anak Ust Hadi Patah Jari Cekup Peragut
- [DEDAH] Exco Perak Tunggu Berjam-jam Dirumah Manickavasagam Pujuk Lompat Parti
[PANAS] Artis Bidas Kenyataan Tok Pa: Kenapa Mesti Ikut Macam Lembu Saja? Posted: 23 May 2012 05:02 PM PDT ![]() Salah seorang artis, Haire Othman mempersoalkan kenyataan Tok Pa itu mengapa jika para artis apabila berbeza pendapat dianggap pembangkang. Menulis di facebooknya, beliau menempelak Tok Pa dengan menyatakan jika artis berkempen atau menyertai UMNO tidak pula dijadikan isu. Haire melahirkan rasa kehairanannya mengapa para artis tidak boleh berbeza pendapat dengan pihak kerajaan dan mesti ikut mereka seperti lembu. Banyak pihak melihat kenyataan Tok Pa berkenaan menyerlahkan keadaan UMNO kini sedang tertekan dengan sikap beberapa orang bekas pegawai kerajaan dan artis/selebriti yang telah mengambil keputusan untuk menyertai PAS. Kelmarin, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Fauzi Shaari telah menyerahkan borang penyertaan PAS kepada TG Hj Abdul Hadi Awang. Ia merupakan satu tamparan hebat kepada UMNO BN yang telah sekian lama memeperkudakan PDRM untuk pertahankan kuasa mereka. Sebelum daripada ini beberapa orang artis seperti Bob Lokman, Aisyah dan Sham Kamikaze telah mengumumkan penyertaan mereka ke dalam PAS. "saya artis jugak, kalau artis kempen/masuk UMNO x de pulak nak dijadikan isu, kenapa bila kita nak demokrat, nak berbeza pendapat selalunya dianggap pembangkang, kenapa, nak berbeza pendapat tak bole ke? mesti ikut macam lembu saja?" - hairie othman ![]() Selebriti sertai Pas bukan untuk dakwah, tapi politik |
Najib Wajar Debat Atau Setuju Digelar 'Penakut' Posted: 23 May 2012 09:40 AM PDT Presidennya Amidi Abd Manan dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua pihak khususnya Najib perlu menyahut peluang ini untuk menjelaskan beberapa isu yang menjadi perbualan dikalangan rakyat. "Abim yakin menerusi saluran debat ini Datuk Seri Najib Tun Razak boleh membersihkan imejnya yang dilihat sebagai "penakut" untuk berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku ketua pembangkang. "Di samping itu juga, beliau juga boleh menggunakan peluang ini untuk, menjelaskan beberapa isu yang menjadi perbualan serta tanda tanya seperti kes pembunuhan Altantuya, kes pembelian kapal selam Scorpene yang sedang dibicarakan di Perancis, dan pemborosan yang dikaitkan dengan Datin Seri Rosmah Mansor," katanya. Beliau memberi contoh debat antara Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dengan Pengarah Srtategi PKR Rafizi Ramli malam tadi telah mencetuskan fenomena politik yang segar di negara ini. Menurutnya lagi, debat kini dilihat salah satu medium terbaik untuk menyalurkan perbezaan pendapat dan ianya dapat diurus secara matang dan harmonis. "Sekiranya debat antara Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Anwar Ibrahim ini diadakan, ia sedikit sebanyak akan menganjak paradigma baru amalan demokrasi serta politik di negara ini. "Sebarang penganjuran debat ataupun wacana seumpamanya seharusnya diraikan memandangkan ia adalah mekanisme pengurusan konflik yang berkesan," katanya. -HD |
BERSIH 3.0: Siasatan Belum Bermula, Anwar Sudah Didakwa Di Mahkamah -updated Posted: 23 May 2012 08:35 AM PDT ![]() Namun, semalam Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan pemimpin muda PKR Badrul Hisham Shaharin telah pun dihadapkan ke mahkamah berhubung isu perhimpunan tersebut. Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, ia adalah satu langkah tidak bijak kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib Razak kerana membelakangkan keadilan. Menurutnya, siasatan yang bebas, saksama dan komprehensif perlu menjelaskan, membuktikan dan memberi jawapan terlebih dahulu kepada persoalan-persoalan penting sebelum sesiapa pun dihadapkan ke mahkamah. Dalam satu kenyataannya semalam, beliau berkata, siasatan yang menyeluruh dan adil perlu menjelaskan: 1. Adakah benar wujud satu percubaan untuk merampas kuasa dan menggulingkan kerajaan dalam Bersih 3.0? 2. Mengapa pihak polis seakan-akan mengamuk dan menggunakan kekerasan yang melampau, sama ada dengan gas pemedih mata, semburan air yang bercampur bahan kimia atau keganasan fizikal terhadap peserta perhimpunan aman ini selepas jam 3 petang yang telah berlanjutan selama 5 jam pada hari tersebut? 3. Bagi yang telah merempuh sekatan yang didirikan, mengapa pihak polis tidak mengambil tindakan terhadap kumpulan itu sahaja? Mengapa pihak polis bertindak untuk menghukum dengan kekerasan dan keganasan terhadap majoriti takyat yang telah berhimpun secara aman dan yang ingin bersurai secara aman? 4. Mengapa ada polis yang bertugas tanpa tag nama atau nombor pengenalan? 5. Mengapa wakil media menjadi sasaran pihak polis dan mengapa mereka diserang di mana peralatan kamera mereka dipecah dan kad memori kamera mereka dirampas? 6. Mengapa ada antara beberapa stesyen LRT telah diarahkan untuk tutup selepas gas pemedih mata atau semburan air bermula? Adakah pihak polis berniat untuk membantu peserta bersurai atau sebagai satu "perangkap" untuk terhadap rakyat jelata yang berhimpun pada hari tersebut? 7. Adakah benar transmisi telefon bimbit sengaja disekat supaya apa-apa komunikasi dihalang yang akan menyebabkan lebih kekeliruan dalam keadaan yang sudah pun pada masa yang genting itu? 8. Siapa dari pihak polis atau dari Kementerian Dalam Negeri yang bertanggungjawab memberi kebenaran untuk mencabul hak asasi manusia dan tidak menghiraukan prinsip dan garis panduan dalam penggunanan kekerasan dan senjata api oleh polis? – Roketkini BERSIH 3.0: K'jaan saman Ambiga dan 9 AJK pemandu Ulasan GB Itu satu lagi di atas, siasatan belum pun bermula, kerajaan dah mula saman Bersih 3.0. Ketara sangat badan bebas kononnya untuk menyiasat BERSIH hanyalah wayang. |
Pasangan Tidak Serik, Dua Kali Dicekup Khalwat Posted: 23 May 2012 04:41 AM PDT ![]() Gambar: Penguatkuasa menyoal siasat pasangan yang ditahan. Dalam kejadian jam 1 pagi itu, seorang perempuan berusia 22 tahun dan teman lelakinya berusia 27 tahun itu ditahan sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah. Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, sepasukan anggota penguat kuasa mengetuk pintu rumah berkenaan beberapa kali sebelum dibuka seorang lelaki yang hanya berseluar pendek beberapa minit kemudian. "Manakala teman wanitanya yang hanya berkemban berlari ke bilik dari ruang tamu untuk memakai pakaian. "Kami menemui coli dan seluar pendek milik wanita itu di atas katil yang diletakkan di ruang tamu rumah sewa pasangan tersebut dan kondom di atas lantai. Menurutnya, pasangan itu menyerahkan sijil nikah yang diragui berikutan tiada cop pengesahan dari pejabat agama. "Lelaki yang sudah berkahwin itu melakukan kesalahan kerana berpoligami tanpa kebenaran dan sanggup bernikah bersama teman wanitanya di sempadan Thailand," katanya. Ahmad Nawi berkata, pasangan itu pernah ditangkap berkhalwat pada jam 1 pagi, tiga minggu lalu di kediaman sama. Operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali. -SH klik untuk baca ![]() |
Palang, Kawat Berduri Tidak Menepati Spesifikasi Perintah Majistret - Latheefa Posted: 23 May 2012 03:00 AM PDT ![]() Menurut Ketua Biro Guaman PKR Latheefa Koya, penghalang dan kawat berduri itu jauh daripada batasan yang ditetapkan oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir dua hari sebelum berlangsungnya perhimpunan gergasi itu pada 28 April lalu. "Mahkamah sudah mengeluarkan satu perintah bahawa kononnya terdapat larangan di kawasan tertentu dengan radius tertentu dan mengatakan itu adalah kawasan larangan, "Tetapi kita belum dapat kepastian kenapa palang penghalang yang diletakan oleh polis jauh menjangkau luar dari batasan yang dibenarkan dalam perintah tersebut," kata Latheefa apabila dihubungi TVSelangor. Latheefa mewakili Ketua PKR Cabang Rembau Badrul Hisham Shaharin yang dituduh melanggar perintah Mahkamah Majistret dalam himpunan itu. Badrul Hisham bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalan presiden PKR Azmin Ali dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jalan Duta pagi tadi. Latheefa berkata halangan yang diletakkan polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada hari itu tidak menepati sempadan kawasan larangan yang ditetapkan majistret. "Majistret ada memberitahu jalan-jalan yang dikatakan kawasan tidak boleh dimasuki." Pada 26 April Majistret Zaki Asyraf Zubir, melarang perhimpunan di Dataran Merdeka dan kawasan yang bersempadan dengan Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja dan Jalan Kelab. "Tetapi palang penghalang dan dawai duri yang diletakkan jauh menjangkau larangan tersebut, Jadi macamana mereka kata dia (Badrul Hisham) langgar perintah?" Selain dari melanggar perintah mahkamah, Anwar, Azmin dan Badrul Hisham didakwa di bawah Seksyen 4(2) (c) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana menyertai protes jalanan. Ketiga-tiga mereke telah dikenakan RM500 sebagai ikat jamin bagi tuduhan kedua dan bon peribadi bagi tuduhan pertama. Sebut semula kes ditetapkan pada 2 Julai akan datang. |
[Video] Mengapa Polis Tak Tangkap Peserta Baling Batu & Telur Di Merlimau? Posted: 23 May 2012 01:02 AM PDT ![]() Gejala samseng Pemuda UMNO dan Perkasa ini tidak terhad di Merlimau, tetapi berlaku di mana-mana saja di dalam negara ini di acara-acara anjuran Pakatan Rakyat dan rakyat amat kesal dengan sikap pihak berkuasa terutama polis yang membiarkan hal tersebut berlaku tanpa sebarang tindakan dan penahanan. Sekalipun Pemuda UMNO Jasin sebelum ini menafikan mereka terlibat, begitu juga dengan Perkasa yang menurut Presidennya, Ibrahim Ali, yang menyatakan insiden batu dan telur itu dilakukan oleh orang yang menyamar menyarung pakaian Perkasa, namun dari rakaman kejadian, kenyataan-kenyataan itu boleh disifatkan "baling batu sembunyi tangan". Mana mungkin hendak dikatakan mereka (Pemuda UMNO & Perkasa) idak terlibat apabila jelas kelihatan mereka yang seramai itu mengganggu di program PR sekalipun "berlakun" menjadi "penyelia trafik" yang tidak diundang? Kalau dikatakan mereka menyamar pakai baju PERKASA, ia bukan seorang dua tetapi ramai, menunjukkan itu bukan penyamaran tetapi memang dirancang. Jika benar mereka mahu sabotaj Perkasa seperti dakwaan Ibrahim Ali, maka Perkasa perlu mengenalpasti mereka yang terbabit dan membawa mereka ke muka pengadilan. Rakyat kini tertanya-tanya mengapa pihak polis kelihatan begitu bersahaja terhadap perbuatan dan tindakan samseng yang ada di dalam insiden tersebut. Saksikan video di bawah ini yang menjelaskan segala-galanya. |
Anak Ust Hadi Patah Jari Cekup Peragut Posted: 22 May 2012 11:01 PM PDT ![]() Gambar: Jari tangan Muhammad Khalil patah akibat pergelutan dengan suspek yang cuba melarikan beg tangan isterinya. Dalam kejadian kira-kira jam 9.10 malam, berlaku di sebuah kedai makan di tepi jalan utama Kuala Terengganu ke Kuantan itu, Muhammad Khalil dan isteri, Dr Farhana Hasbullah, 32, sedang menikmati makan malam bersama dua anak mereka, Omar, 3, dan Ali, 9 bulan. Muhammad Khalil yang juga anak Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, dia singgah di kedai itu selepas isterinya mengeluarkan sejumlah wang dari mesin auto teller (ATM), di sebuah stesen minyak berdekatan tempat kejadian. Menurutnya, ketika mereka sekeluarga sedang menikmati makan malam, dia melihat suspek yang membonceng sebuah motosikal masuk ke dalam kedai makan dan menuju ke arah tempat membasuh tangan sambil memesan lapan bungkus nasi. "Secara tiba-tiba dia (suspek) menyambar beg tangan milik isteri di atas meja hingga menyebabkan isteri dan anak dalam ribaannya berusia 9 bulan jatuh dari kerusi selepas dia cuba menghalang suspek dari melarikan beg tangannya itu. "Saya kemudian mengejar suspek dan berlaku sedikit pergelutan tetapi akhirnya berjaya menangkapnya. Pergelutan juga menyebabkan sebatang jari saya patah dan betis kanan tercedera," katanya ketika ditemui di rumahnya di Rusila, di sini, semalam. Muhammad Khalil berkata, keadaan kelam kabut itu juga menyebabkan seorang rakan suspek yang menunggu di luar kedai dengan motosikal panik dan melarikan diri, manakala suspek yang ditangkap itu diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut. "Saya bersyukur kerana isteri dan anak selamat walaupun saya mengalami sedikit kecederaan akibat pergelutan dengan peragut. Saya kemudiannya membuat laporan mengenai kejadian itu di Balai Polis Daerah Kuala Terengganu," katanya. Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, suspek berusia 20 tahun dari Kampung Seberang Baroh Kiri berjaya ditahan manakala rakannya yang melarikan diri masih diburu. Menurutnya, dengan penahanan suspek, pihaknya yakin dapat selesaikan beberapa kejadian ragut di sekitar bandar raya ini termasuk kes yang berlaku pada petang hari sama berdasarkan fizikal dan modus operandi yang digunakan. "Sebelum ini, seorang wanita Cina berusia 40 tahun kerugian hampir RM3,000 selepas beg galasnya dilarikan ketika sedang minum di sebuah kedai kopi di Jalan Ladang, di sini, kira-kira jam 5.30 petang, kelmarin. "Kita tidak menolak kemungkinan suspek mempunyai kaitan dengan kes itu dan kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana rompakan berkumpulan," katanya. -SH |
[DEDAH] Exco Perak Tunggu Berjam-jam Dirumah Manickavasagam Pujuk Lompat Parti Posted: 22 May 2012 09:05 PM PDT ![]() Manikavasagam berkata individu-individu tersebut sanggup menunggu berjam-jam di luar rumah dan pejabat bagi berjumpa dengannya bagi tujuan tersebut. Beliau yang mengakui pernah berselisih faham dengan kerajaan Selangor, walaubagaimanapun berkata beliau tidak mempunyai apa-apa masalah dengan mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat Selangor. Malah Manikavasagam tegas dengan pendiriannya untuk terus bersama PKR dan Pakatan, dan meminta Umno-BN untuk berhenti daripada meneruskan usaha untuk memujuknya. "Tahun 2008 saya ada senarai nama siapa yang berjumpa dengan saya sehingga mereka menunggu berjam lamanya di luar rumah saya. Hari ini individu tersebut merupakan Exco Kerajaan Negeri Perak. "Saya tidak mahu sebut nama. Kalau mereka cabar, saya akan sebut nama mereka," Manikavasagam berkata di satu sidang media di pusat khidmat MP Kelana Jaya di Sunway Mentari di sini. Manikavasagam antara wakil rakyat Pakatan yang sering disebut akan meninggalkan gagasan itu kerana kenyataannya yang lepas yang mengkritik dasar dan pemimpin Kerajaan Selangor. Terbaru, sebuah blog Sel13.com memaparkan artikel yang beliau minta RM10 juta daripada bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamed Khir Toyo untuk tinggalkan Pakatan. Manikavasagam menjelaskan beliau tidak pernah mengadakan pertemuan sulit dengan Dr Khir sebaliknya pertemuan yang berlaku di Hotel Grand Blue Wave merupakan secara kebetulan. "Dalam perjumpaan itu, his mouth came out. Dia yang kata, Yb kalau tidak gembira, mari sini (kepada BN), kami akan jaga kamu dan memberikan wang. "Ianya dari mulut dia bukan mulut saya. Tidak sampai lima minit dia pergi," Manikavasagam berkata. Sehubungan itu, Manikavasagam akan membuat satu laporan polis terhadap penulis artikel, M Zakrul Adam dan Dr Khir Toyo esok bagi membersihkan nama beliau. -selangorku ![]() |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment