Kelab Greenboc |
- Bagaimana Aku Mula Bertudung...
- [Video] Ucapan Datuk Fauzi Shaari Selepas Penyerahan Borang PAS
- Kronisme Tidak Dapat Dipisahkan Dari Umno-BN - Wan Azizah
- Anwar, Azmin, Chegubard Didakwa Esok Kerana Sertai BERS✔H 3.0
- Apa Macam Tamil Malar Boleh Bertukar Menjadi Mansor Jali?
- SPR Kata Kangkung, Timun, Kuda, Harimau Adalah Pengundi Sah
- Memang Pun Hanif Omar Tak Sesuai Ketuai Panel Bebas - Kian Sit Har
Bagaimana Aku Mula Bertudung... Posted: 21 May 2012 04:30 PM PDT ![]() 1. Catriona Ross : ~Semuanya bermula apabila dia menemani sahabat karibnya ke sebuah butik tudung di KLCC pada 14 Julai lalu. Tergerak hatinya mencuba satu tudung dan ketika melihat wajah di cermin, tiba-tiba terbit satu perasaan pelik hingga bergenang air mata. Sepantas kilat ditanggalkan tudung itu. Dia yang dihenyak perasaan pilu, hiba dan syahdu kemudian berpusing ke arah temannya seraya spontan meluahkan hasrat mahu memakai tudung. Luahan itu bagaimanapun mengundang tawa sahabatnya kerana menyangka dia bergurau. "Ketika memandu pulang ke rumah, saya menangis. Sukar untuk jelaskan perasaan saya ketika itu. Sebak, syahdu, hiba, semuanya bercampur-baur. Saya sedar perasaan pelik yang muncul tiba-tiba itu adalah hidayah dari Allah. "Sepanjang perjalanan, saya tak henti-henti mengucapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi. Terharu dan rasa istimewa apabila Allah buka pintu hati saya. Memang sebelum itu pernah terfikir untuk menutup aurat tetapi teragak-agak untuk melaksanakannya. "Esoknya di rumah, saya gelisah dan rasa serba tak kena. Asyik terfikir untuk memakai tudung dan malamnya saya tidak boleh tidur. Kebetulan pula suami tiada di rumah kerana bertugas di luar Kuala Lumpur, jadi tiada tempat untuk saya mengadu," katanya sambil menghela nafas panjang. Pagi Jumaat (16 Julai lalu), berjam-jam pelakon yang popular menerusi drama rantaian Sephia ini menyelongkar almari mencari hijab namun kecewa apabila yang ada hanya selendang. Dia kemudian menghubungi teman karibnya untuk meminjam tudung. Terkejut dengan permintaan itu, temannya mengajak Cat ke butik untuk belikan beberapa helai tudung. Selesai membuat pembayaran, hijab yang dihadiahkan temannya itu terus disarungkan di kepala. "Sejak itu saya terus bertudung. Tekad saya, sekali bertudung Insya-Allah saya akan kekal begitu hingga ke akhir hayat. Itu prinsip yang saya pegang sejak kecil. "Apabila pulang ke rumah, suami menyambut saya di muka pintu dan dia terkejut dengan perubahan itu. Dia bertanya adakah saya benar-benar serius. Selepas berkongsi apa yang saya alami dalam tempoh 48 jam itu, dia ternyata gembira dengan keputusan saya. "Banyak nikmat yang Allah beri kepada hamba-Nya dan apa yang saya mohon selama ini dalam doa dimakbulkan. Masih segar dalam ingatan, selepas terbabit dalam nahas jalan raya, saya tidak putus-putus berdoa supaya boleh berjalan semula dan doa itu Allah perkenankan. "Kemudian, ada suara sumbang bercakap saya tak boleh hamil kerana mengalami kecederaan teruk dalam kemalangan itu tetapi Allah makbulkan doa saya. Alhamdulillah saya bunting pelamin. Jadi, nikmat Tuhan yang mana lagi nak saya dustakan? "Saya nekad bertudung kerana tidak mahu terus menerus buta hati. Jiwa saya bagai disiat-siat ketika mendapat hidayah dalam butik itu. Jauh di sudut hati, saya dapat rasakan itu adalah seru daripada Allah. "Syukur, saat mula-mula pakai hijab hingga sekarang, hati saya tenang dan damai. Ada rasa bahagia yang tidak boleh dizahirkan dengan kata-kata. Ketenangan itu cuma Allah, saya dan teman sehijrah yang faham," kata anak jati Kota Bharu Kelantan ini yang menahan air mata daripada mengalir. 2. Irma Hasmie : ~"Alhamdulillah, sudah sampai masa untuk saya bertudung, sukar nak jelaskan mengapa saya ambil keputusan secepat ini, tetapi ini semua kerja Tuhan, dan bila sudah sampai seru-Nya, saya hanya menerima. "Kalau boleh, saya tidak mahu cerita saya bertudung terlalu diberi perhatian sebab takut disalahertikan niat sebenarnya, walaubagaimanapun saya yakin lambat laun semua orang akan mengetahui juga. "Saya bersyukur dan gembira dengan kehidupan saya sekarang, saya lebih tenang dan lebih banyak belajar. Tiada siapa yang memaksa saya tampil begini, semuanya berlaku secara natural. Alhamdulillah, setelah dua minggu pulang ke Malaysia, ramai yang menerima baik niat saya ini," jelas Irma akui hidupnya kini lebih tenang dan bahagia Irma. Irma akui hidupnya kini lebih tenang dan bahagia Berdoa di Mekah Mengerjakan umrah bersama ibu dan adiknya, jelas Irma, dia mengambil kesempatan itu untuk berdoa sebanyak yang mungkin. "Satu perkataan yang dapat saya gambarkan tentang Mekah adalah Subhanallah. Saya sangat bersyukur diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke tanah suci ini. "Memang seronok berada di sana, saya dapat lihat sendiri betapa hebat dan ajaibnya ciptaan Tuhan. Saya memang tidak mahu melepaskan peluang untuk berdoa, macam-macam doa saya minta. "Selama 29 tahun saya hidup dibumi ini, saya mohon diampunkan segala dosa yang pernah dilakukan, diberi rezeki dan jodoh yang baik," jelas Irma yang turut memohon ditenangkan hati setiap masa. 3. Abby Abadi : ~"Takut juga kalau terjadi senario sekejap pakai dan sekejap buka tudung. Tetapi alhamdulillah, dua hari sebelum kembali ke Kuala Lumpur, di depan Kaabah, saya nekad untuk bertudung sekali gus berdoa semoga Tuhan tetapkan iman saya untuk kekal begini buat selama-lamanya. Segala-galanya dipermudahkan."Saya juga berharap perubahan ini tidak akan menjadi masalah atau beban kepada orang sekeliling.Apatah lagi hal bertudung ini sering diperkotak-katikkan, terutama apabila ia membabitkan individu yang memilih kerjaya seni untuk mencari rezeki," katanya sambil memberitahu, sekalipun sudah bertudung, kerjaya seni tetap berjalan seperti sedia kala. Mengenai kesempatan indah menunaikan umrah buat kali pertama itu, ibu kepada Mohamed Danish Hakim, 9, Marissa Dania Hakim, 7, dan Maria Danisha Hakim, 4, ini bersyukur kerana kembara dan ibadatnya di sana berjalan lancar. Bahkan secara tidak langsung, Abby ke sana seperti membawa hatinya yang lara. Kata Abby, jika diikutkan, sebelum ini dia memang memasang azam untuk ke Tanah Suci, tetapi mungkin serunya belum tiba ketika itu.Ada saja halangan yang tiba, termasuklah visa yang dimohon tidak dapat diluluskan."Namun syukurlah, kali pertama menjadi tetamuNya, kesihatan saya di sana senantiasa baik. Saya juga sempat menunaikan umrah sebanyak tiga kali, mencium batu Hajarul Aswad dua kali, dapat menyentuh Kaabah, memasuki Raudhah dan banyak lagi. Perasaan berada di sana juga tidak dapat digambarkan dengan kata-kata dan saya teruja akhirnya digerakkan juga ke Tanah Suci Makkah selain Madinah. "Saya juga tak terkilan sekalipun sebelum ke sana, tawaran berlakon datang mencanak.Hampir lima ke enam tawaran berlakon saya terima, tetapi terpaksa saya tolak secara baik kerana pihak produksi tidak dapat menunggu. Tetapi saya tak ralat dan percaya rezeki tetap ada, insya-Allah. 4. Diana Amir : ~"Saya ambil keputusan ini kerana saya sudah beberapa kali sejak tiga bulan yang lalu diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat. "Dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa bulan kebelakangan ini," "Saya tak tahu kenapa perkara itu berlaku kepada saya, mungkin Allah ingin memberi petunjuk dan saya menceritakan semuanya kepada seorang rakan. "Namun selepas itu rakan saya yang berhijrah lebih awal daripada saya," "Saya tahu saya masih lemah terutamanya mengenai hal-hal agama, disebabkan itu saya ambil peluang untuk bertemu dengan Irma Hasmie untuk mendapatkan nasihat dia. "Ketika buat keputusan tersebut saya terus berjumpa David Teo untuk meminta pendapat dia tentang lakonan dan kerjaya saya selepas ini, "Biarpun dia tidak menjanjikan apa-apa, namun saya yakin rezeki adalah ketentuan Allah," "Irma juga membawa saya berjumpa dengan Wardina Saffiyah untuk mendapatkan tunjuk ajar dan sokongan mereka," |
[Video] Ucapan Datuk Fauzi Shaari Selepas Penyerahan Borang PAS Posted: 21 May 2012 08:31 AM PDT ![]() Kuala Lumpur: Rasa bertanggungjawab untuk sama-sama menyumbang dalam Islam, membuka hati bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Fauzi Shaari menyertai PAS. Percaya PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam, tindakannya menyertai parti itu secara rasmi semalam, bukan petanda beliau baru 'sedar'. "Ketika saya berkhidmat dalam PDRM, saya sudah meneliti senario politik negara. Saya berhubungan dengan semua pihak, cuma saya belum menjadi ahli kepada mana-mana parti politik," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini. Mengakui selalu mengikuti perkembangan PAS ketika masih berkhidmat di PDRM, Fauzi berkata tindakan beliau menyertai PAS melangkaui kepentingan dan keselesaan yang dinikmatinya kini. Baginya, dengan menikmati wang pencen, beberapa perniagaan keluarga yang boleh memberikan pendapatan bulanan kepadanya tidak cukup menzahirkan rasa tanggungjawabnya terhadap masyarakat. "Memang kalau ikut keselesaan, dengan wang pencen dan hasil bulanan dari perniagaan saya dan keluarga, ia sudah cukup untuk saya. Saya boleh duduk rehat sahaja. Tapi, semacam ada rasa satu tanggungjawab untuk saya bersama PAS kini," tegas beliau lagi. Beliau yang bersara sejak 25 September 2006, bertindak menyertai PAS dan menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, di satu majlis di Lumut, Perak, malam tadi. Semasa menjadi Ketua Polis Dang Wangi, Fauzi terkenal dengan tindakannya membanteras maksiat di pusat bandaraya Kuala Lumpur. Tindakan beliau pernah dikecam oleh seorang menteri yang menyifatkan tindakan Fauzi akan menghalau pelancong dari negara ini. -HD kredit video: ajijoi |
Kronisme Tidak Dapat Dipisahkan Dari Umno-BN - Wan Azizah Posted: 21 May 2012 06:01 AM PDT ![]() "Jika anak menteri yang berusia 26 tahun berjaya memiliki saham yang berjumlah melebihi RM30 juta, sudah pasti pelbagai persoalan bermain di pemikiran rakyat tentang kelayakan pemilikan saham tersebut. Wan Azizah ketika memberikan sumbangan kepada ibu tunggal di Permatang Pauh "Kontrak kerajaan sepatutnya tidak boleh diagihkan kepada kroni atau keluarga. "Namun begitu, jelas membuktikan Umno dan BN sudah tidak boleh dipisahkan dengan amalan tersebut," katanya ketika berucap di majlis 'Hi-Tea' di Taman Pauh Jaya, Permatang Pauh, 17 Mei lalu. Beliau turut mengaitkan skandal membabitkan keluarga wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil menyalahgunakan dana RM250 juta yang diberikan kepada National Feedlot Corporation (NFCorp) milik suami dan anak-anaknya. "Menteri dan keluarga mereka, merasakan apa yang menjadi milik kerajaan adalah milik keluarga. "Apabila pendedahan dibuat, bukannya tindakan diambil terhadap pembongkaran tersebut, sebaliknya pemberi maklumat pula diambil tindakan, " ujarnya merujuk tindakan yang dikenakan ke atas seorang kerani Bank baru-baru ini. Beliau juga berkata, adalah sukar untuk mempercayai keadilan akan wujud dalam siasatan berhubung skandal membabitkan pimpinan Umno dan kerajaan, melainkan parti itu ditolak oleh rakyat pada pilihan raya umum akan datang. Dalam majlis yang sama Wan Azizah juga menyampaikan sumbangan kepada ibu tunggal dan golongan yang tidak bernasib baik dalam Parlimen Permatang Pauh. -KD |
Anwar, Azmin, Chegubard Didakwa Esok Kerana Sertai BERS✔H 3.0 Posted: 21 May 2012 04:44 AM PDT ![]() Satu kenyataan pejabat Azmin menyebut beliau menerima writ saman untuk hadir ke Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur atas dua pertuduhan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Kanun Keseksaan. Beliau diminta hadir ke Mahkamah pada jam 9 pagi esok. Writ saman tersebut diterima oleh Hilman Idman yang merupakan pegawai Khas Azmin di Tingkat 1, Ibu Pejabat PKR Damansara. Menurut writ saman tersebut, Azmin dituduh melanggar Seksyen 188 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama dengan Seksyen 109 dan Seksyen 34 kanun yang sama. Dia dituduh bersama penyokong BERSIH 3.0 yang melebihi lima orang yang masih bebas, dalam mencapai niat bersama, telah bersubahat dengan Tangam a/l Raju, Rajesh Kumar a/l Gejinder dan Farhan bin Ibrahim @ Alias, telah mengingkari perintah yang dikeluarkan oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir pada 26 April. Azmin dituduh bersubahat dan menghasut Tangam, Rajesh dan Farhan membuka sekatan besi halangan di Dataran Merdeka. Notis itu juga menyatakan keengkaran mereka dan penyokong BERSIH 3.0 yang lain mungkin menyebabkan rusuhan atau gaduh-gempur di kawasan tersebut. Oleh itu, beliau dituduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 188 dibaca bersama Seksyen 109 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan (Akta 574). Dalam notis yang berasingan, Azmin dituduh menyertai protes jalanan bagi maksud membantah perintah Mahkamah Majistret di bawah Seksyen 98 Kanun Tatacara Jenayah yang telah dibuat pada 26 April 2912. Dengan itu, Azmin dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(3) Akta yang sama. Difahamkan Anwar juga menghadapi tuduhan yang sama. Ini menjadi mereka orang pertama yang akan didakwa di bawah Perhimpunan Aman 2012 yang luluskan baru-baru in. Sementara itu, ketua kakitangan di pejabat Anwar - Ibrahim Yaacob - mengesahkan ketua umum PKR itu telah menerima notis tersebut pada jam 2.40 petang. "Datuk Seri di ibupejabat parti di Merchant Square pada masa polis disampaikan notis itu pada jam 2.40 petang. Beliau (Anwar) berada di dalam mesyuarat dan perasan telah diterima oleh saya," katanya dalam jawapan SMS kepada Malaysiakini. Menurutnya, terdapat dua pertuduhan berasingan - (1) Kanun Keseksaan (Akta 574) seksyen 188 dibaca bersama dengan seksyen 109 dan 34 dan (2) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) Seksyen 4(2) (c) dan Seksyen 4(3). "Kita akan jumpa mereka di mahkamah...," tegas Ibrahim Seorang lagi yang telah menerima notis yang sama ialah aktivis PKR Negeri Sembilan, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai CheguBard. Ketika berita ini ditulis, kandungan notis tersebut masih belum dapat disahkan. Sementara itu, menjawab soalan Malaysiakini melalui SMS, Ketua Bahagian Pendakwaan Pejabat Peguam Negara, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah mengesahkan bahawa Anwar, Azmin dan Chegubard akan didakwa esok. -mk 32 anggota polis serbu rumah Chegu Bard serah waran hadir mahkamah esok |
Apa Macam Tamil Malar Boleh Bertukar Menjadi Mansor Jali? Posted: 21 May 2012 03:11 AM PDT ![]() Ketika membuat semakan, Tamil Malar yang memiliki kad pengenalan biru 750516-08-5360 terkejut apabila namanya yang terpapar adalah nama seorang lelaki, Mansor Bin Jali. Tamil Malar menetap di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tronoh, Parlimen Batu Gajah, Perak namun, dalam semakan menggunakan nombor kad pengenalannya itu memaparkan beliau pengundi di DUN Ayer Limau, Parlimen Masjid Tanah, Melaka. "Terbukti ada unsur-unsur penipuan dalam pendaftaran pemilih," kata Adun Tronoh, V Sivakumar seperti dilapor Harakah Daily. "Saya memohon kepada Pengerusi SPR Malaysia untuk memberi penjelasan mengenai hal ini dengan segera. "Kami sedang membuat operasi 'Ghost Busters' di DUN Tronoh dan dalam operasi ini kami berjaya megesan satu kes penipuan yang sangat nyata," katanya. Menurut Sivakumar lagi, pihaknya kini sedang giat mengesan pengundi hantu yang mungkin wujud di DUN itu. -kd
|
SPR Kata Kangkung, Timun, Kuda, Harimau Adalah Pengundi Sah Posted: 21 May 2012 12:04 AM PDT ![]() Namun, SPR berkata, rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membuktikan bahawa mereka adalah pengundi yang sah. Para pengkritik suruhanjaya itu membuat jenaka terhadap nama-nama haiwan, sayur-sayuran dan individu terkemuka yang masih hidup atau meninggal dunia dalam kalangan daftar pemilih seramai 12.8 juta pengundi. Mereka turut bertanya mengapa wujud pengundi dengan nama seperti Timun, Kangkung, Harimau dan Kuda dalam daftar pemilih. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, mereka yang memiliki nama unik yang tinggal di pedalaman Sabah dan Sarawak adalah pengundi sah. Katanya, adalah tidak adil bagi SPR dituduh sengaja mereka nama-nama tersebut dan mendaftarkan pengundi-pengundi yang tidak wujud. "Agak hairan bahawa pengkritik masih tidak memahami perkara ini yang berada diluar kawalan kami. "Kami mempunyai pengundi yang memiliki nama seperti Elvis Presley, Reagan dan A.Ramlie bin Jefridin dalam daftar pemilih. Namun, kesemuanya wujud dan merupakan rakyat Malaysia," katanya. (A.Ramli dan Jefri Din merupakan penyanyi terkemuka negara pada 1960) Abdul Aziz berkata, terdapat pengundi dengan nama seperti Atas Jalan, Tepi Jalan, Machine Gun dan Boeing. "Selagi butiran tarikh lahir mereka sama dengan rekod JPN, kami tidak boleh mempertikaikan status mereka dan mesti mendaftarkan mereka sebagai pengundi," katanya. Beliau berkata, SPR terus menerima kritikan berhubung perkara yang diluar kawalan mereka walaupun pelbagai usaha dilakukan pegawai-pegawai untuk memastikan daftar pemilih bersih dan dikemas kini. Katanya, daftar pemilih mempunyai kira-kira 15,000 pengundi yang nombor kad pengenalan mereka tidak selari dengan jantina seperti ditetapkan JPN. Bagi jantina lelaki, nombor terakhir dalam 12 digit kad pengenalan merupakan nombor ganjil manakala perempuan pula adalah nombor genap. "Jika berlaku campur aduk, kami tidak boleh katakan bahawa mereka tidak boleh didaftarkan sebagai pengundi kerana JPN mempunyai rekod mengenai kewujudan mereka. "Mungkin berlaku kesilapan apabila MyKad diserahkan kepada mereka," katanya. Abdul Aziz berkata, mereka juga sering dilontarkan dengan pertanyaan mengenai kewujudan pengundi yang memiliki nama serupa dan lahir pada tarikh dan negeri yang sama. "Perbezaan hanya empat digit terakhir dalam nombor kad pengenalan mereka. Apabila kami mengenal pasti kes ini dengan JPN, kami mendapati mereka didaftarkan pada sejak lahir dan masih hidup," katanya. Menurut beliau, terdapat beberapa soalan dibangkitkan mengenai kewujudan pengundi yang berusia lebih 100 tahun dalam daftar pemilih walaupun rekod SPR menunjukkan kira-kira 1,000 pengundi bagi golongan tersebut. "Kami terus mengesahkan maklumat-maklumat tersebut dengan agensi berkaitan. Kami tidak boleh memadam nama-nama pengundi walaupun mereka sudah mencecah usia 100 tahun. Abdul Aziz berkata, kira-kira 3.7 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih walaupun pelbagai kempen dilakukan untuk menggalakkan mereka berbuat demikian. -mstar Ulasan GB Cukup panjang akal Pengerusi SPR ni untuk kelentong rakyat. PR kena wujudkan badan siasatan untuk menyiasat hal-hal ini dan jika tidak benar, maka Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR perlu diheret ke muka pengadilan. |
Memang Pun Hanif Omar Tak Sesuai Ketuai Panel Bebas - Kian Sit Har Posted: 20 May 2012 09:34 PM PDT ![]() Ketua Wanita MCA Melaka, Kian Sit Har, yang ditegur Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kerana menghadiri perhimpunan BERSIH 3.0 di Melaka pada 28 April lalu, bertegas bahawa parti itu mesti bangun menentang sebarang salah laku BN. "Pada masa ini, kita tidak boleh bersikap neutral. Kita perlu membuat pilihan antara yang benar dan yang salah. "Parti mungkin ada pendiriannya sendiri, tetapi kita mesti memihak kepada keadilan. Kita tidak boleh mengikut secara membuta tuli jika BN atau MCA melakukan sesuatu yang salah. "Jika anda berfikir ada sesuatu yang tidak kena, maka kita mesti menyuarakannya. Betul tetap betul, salah tetap salah, dan kita tidak perlu takut (untuk bersuara)," katanya dalam satu temubual dengan Malaysiakini di pejabatnya di Melaka minggu lalu. Sebagai contoh, kata senator yang berusia 73 tahun itu, ialah pelantikan bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar mengetuai panel bebas untuk menyiasat keganasan di perhimpunan BERSIH 3.0 di Kuala Lumpur. Dalam nada kecewa, Kian berkata: "Sudah pasti pembangkang akan menuduh kita tidak adil. Bagi saya pun, Hanif tidak sesuai. "Selepas berkata BERSIH mahu menjatuhkan kerajaan, bagaimana anda boleh memintanya menganggotai panel tersebut? "Kami (di perhimpunan BERSIH) tidak pernah terfikir untuk menjatuhkan kerajaan semasa protes," kata Kian. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment