SEARCH

Sunday, May 20, 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[Video & Bergambar] Kelantan Juara Piala FA 2012. Penantian 22 Tahun Berakhir

Posted: 19 May 2012 05:06 PM PDT

piala FA: Kelantan akhiri penantian 22 tahun

KUALA LUMPUR - Kelantan mengukir sejarah apabila berjaya menamatkan penantian selama 22 tahun untuk menjulang Piala FA buat kali pertama, setelah menewaskan pasukan berstatus kelab, Sime Darby 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

Beraksi di hadapan kira-kira 85,000 penonton, pasukan yang terkenal dengan gelaran 'The Red Warriors' itu melancarkan serangan ke kubu Sime Darby seawal minit pertama namun berjaya dipatahkan ketua pasukan Sime Darby, Es Lizuan Zahid Amir.

Pemain tengah Kelantan Indra Putra Mahayuddin pula gagal memanfaatkan peluang sepakan percuma yang diberi pengadil pada minit ke-15 apabila cubaanya tersasar dari gawang gol yang dikawal Mohd Redzuan Harun.

Kecewa gagal memecahkan kebuntuan terikat 0-0 pada babak pertama, Red Warriors yang nyata pasukan pilihan untuk memenangi perlawanan meneruskan asakan yang akhirnya membuahkan hasil apabila dihadiah sepakan penalti pada minit ke-58.

Peluang itu tidak disia-siakan pemain import Kelantan Mohammed Ghaddar yang menceriakan penyokong Red Warriors.

Tersentak dengan jaringan itu, Sime Darby bangkit melakukan beberapa serangan berbahaya namun berjaya diselamatkan oleh penjaga gawang Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.

Mohammed Ghaddar cuba menggandakan jaringan namun sepak deras yang dilakukan olehnya pada minit ke-79 tersasar.

Kelebihan satu gol itu gagal dibatalkan Sime Darby yang akur menyaksikan Piala FA dijulang pasukan Kelantan. Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli menyampaikan trofi kepada Red Warriors.

Ketua pasukan Sime Darby Es Lizuan pula diumum pemain terbaik perlawanan. - Bernama

Kelantan juara Piala FA

KELANTAN muncul juara baru Piala FA dengan menumpaskan KL Sime Darby 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Pasukan itu yang gagal dalam dua percubaan sebelum ini muncul juara untuk menjulang piala baru persaingan FA malam ini.

KL Sime Darby ketinggalan 0-1 apabila Kelantan menjaringkan gol pertama pada minit ke-57 menerusi tentangan penalti - dijaringkan oleh Mohammed Ghaddar.

Kedua-dua pasukan mencari kejuaraan sulung. Ini kali pertama kedua-dua pasukan bertemu di final.

Dan, ini kali pertama Sime Darby muncul di final.

Kemenangan ini sekali gus menghancurkan impian pasukan KL Sime Darby untuk mencipta kejutan selaku pasukan berstatus kelab menjuarai Piala FA buat kali pertama dalam kancah bola sepak negara.

Kejayaan ini turut memberi tuah kepada Kelantan apabila berjaya membawa pulang trofi baru yang berharga RM80,000 sekali gus melengkapkan koleksi trofi kejohanan domestik.

Pada perlawanan malam ini, kedua-dua pasukan dilihat seimbang dan agresif pada babak awal perlawanan di mana masing-masing mengasak ke kubu untuk mencipta gol.

Percubaan awal oleh pemain KL Sime Darby, Azmirul Azmi pada minit kesembilan bagaimanapun gagal apabila berjaya ditangkap kemas penjaga gawang Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.

Sejurus selepas itu, sorakan stadium mula bergema apabila giliran Kelantan menguji penjaga gol KL Sime Darby, Mohd Redzuan Harun menerusi rembatan yang sama dari Indra Putra Mahyuddin pada minit ke-13.

Kemudian, sepakan percuma Indra Putra ditangkap kemas penjaga gawang Sime Darby pada minit ke-20.

Pada minit ke-28, pemain sayap Kelantan, S.Chanturu dijatuhkan selepas membuat larian solo melepasi pemain Sime Darby di sudut kanan pintu gol.

Pemain pertahanan skuad Kijang yang mengalami kecederaan terpaksa dikeluarkan dan Rizal Fahmi Abdul Rosid dibawa masuk pada minit ke-32.

Kelantan memperoleh sepakan sudut yang pertama menerusi Zairul Fitree Ishak namun tandukan Mohd Badhri Radzi hampir berjaya menewaskan penjaga gol Sime Darby.

Tandukan penyerang import Kijang, Muhamad Ghaddar tersasar pada minit ke-41.

Pada babak kedua, Kelantan yang jelas sukar digugat oleh KL Sime Darby mendominasi babak kedua permainan dan keputusan tersebut kekal sehingga tiupan wisel terakhir.

Barisan Pemain:
Kelantan: Khairul Fahmi Che Mat, Zairul Fitree Ishak, S.Subramaniam (Mohd Rizal Fahmi Abdul Rosid), Obinna Nwaneri, Mohd Daudsu Jamaluddin (Mohd Farisham Ismail), Mohd Shakir Shaari, Mohd Badhri Mohd Radzi (kapten), S. Chanturu (Mohd
Nurul Azwan Roya), Indra Putra Mahayuddin, Norshahrul Idlan Talaha, Mohammed Ghaddar Mahmoud.

Sime Darby: Mohd Redzuan Harun, Es Lizuan Zahid Amir (kapten), Mohd Arif Ismail, Mohd Shazlan Alias, Mohd Fairuz Abdul Aziz, Azmirul Azmi (Mohammad Syukur Saidin), Mohd Nor Ismail, Mohd Shoufiq Khusaini, Leandro Teofilo Santos Pinto (Razali Umar Kandasamy), Mohd Faiz Mohd Isa, Patrick Ronaldinho Wleh (Mohd Asrol Ibrahim).

Pengadil: Suhaizi Shukri



Piala FA: Kafa umum ganjaran masa terdekat

PEMAIN pasukan Kelantan yang menjuarai Piala FA 2012 malam tadi akan menerima ganjaran setimpal dan perkara itu akan diumumkan Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) dalam masa terdekat, kata Presidennya Tan Sri Annuar Musa.

"Nilai imbuhan bagi setiap pemain tidak boleh saya beritahu lagi... saya yakin dalam dua tiga hari lagi Kafa sendiri yang akan memaklumkan kepada media," katanya kepada Bernama selepas hadir menyaksikan perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil itu.
-SH



















Polis Mabuk Atau Mengantuk Rempuh Pagar Rumah Najib Di Putrajaya

Posted: 19 May 2012 03:51 PM PDT

5 anggota polis cedera rempuh pagar Kompleks Seri Perdana

KUALA LUMPUR – Lima anggota polis cedera dalam kejadian merempuh pagar Kompleks Seri Perdana, yang juga kediaman rasmi Perdana Menteri di Presint 10, Putrajaya, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, dua mangsa mengalami kecederaan teruk termasuk patah hidung dan kaki sementara, tiga yang lain cedera ringan.

Semua mangsa yang berusia 20 dan 22 tahun kini dirawat di Hospital Putrajaya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, ketika kejadian, lima anggota terbabit yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam sedang bersiar-siar di kawasan tersebut.

Menurutnya, siasatan terperinci akan dilakukan bagi mengenal pasti punca kemalangan sehingga merempuh pagar Seri Perdana.

"Ada kemungkinan mereka ini mengantuk atau mabuk tetapi kita akan meneliti melalui rakaman kamera litar tertutup di kawasan kediaman itu dan menyiasat punca sebenar.

"Keterangan daripada mereka akan diambil dalam masa terdekat untuk siasatan," katanya selepas merasmikan Sukan Rakyat Polis Bersama Masyarakat Sempena Hari Polis ke-205 di Kerinchi, hari ini.

Mohmad turut menegaskan supaya tiada spekulasi yang dibuat berhubung kejadian tersebut kerana pihaknya akan menjalankan siasatan secara menyeluruh. -SH

Ulasan GB

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan.

2 pihak disebutkan di dalam berita di atas: Polis dan PM

Apabila polis tak mahu mengambil tindakan ke atas kezaliman polis yang dilakukan ke atas peserta BERSIH, maka berjalanlah hukum kebenaran dan keadilan.... tetiba banyak kes kebelakangan ini melibatkan kemalangan anggota polis. GB tak boleh ulas panjang bab ini.

Kedua: peringatan juga kepada Najib. Itu baru pagar rumah yang terlanggar!

Kepada Polis, kepada Najib, wasn't that a crystal-clear warning of the Golden Rule?

So, do not play the fool with truth!


Betapa cepat Allah bertindak. Baru semalam GB menulis mengenai hal kezaliman polis:

Amat keterlaluan. Kita minta KPN dan Timbalan KPN menanggung dan menjawab persoalan ini.

Sebagai rakyat biasa, kita sudah tiada tempat lain untuk mengadu. Apa yang mampu kita lakukan hanyalah menadah tangan kepada Allah supaya mengambil tindakan tegas kepada pihak berkenaan termasuklah KPN dan Timbalan KPN jika kedua-duanya enggan bertanggungjawab.


Yang berlaku itu baru mukaddimahnya.

Khianat Pada Bangsa Melayu: Kaji Nama Melayu Pada UMNO

Posted: 19 May 2012 10:23 AM PDT

1. Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) berpandangan sudah sampai masanya untuk mengkaji semula penggunaan nama Melayu pada nama UMNO (United Malay National Organization) berdasarkan situasi hari ini bahkan tidak menolak kemungkinan bahawa istilah tersebut perlu ditarik balik dan dihalang dari digunakan oleh UMNO.

2. Ini kerana jelas terbukti bahawa UMNO telah mengkhianati bangsa Melayu sekian lama dengan pelbagai dasar pragmatik yang diamalkan sehingga ke hari ini.

Di antara pengkhianatan UMNO yang jelas kepada bangsa Melayu ialah dengan mengubah mengubah persempadanan pilihanraya pada tahun 2003 selepas tewas dalam banyak kerusi majoriti Melayu dalam pilihanraya 1999. Kelantan, Terengganu dan Kedah masing-masing mempunyai pertambahan pemilih 16.2 peratus, 21.76 peratus dan 17.4 peratus tetapi tidak ada pertambahan kerusi. Manakala negeri-negeri di pantai barat, selatan, Sabah dan Sarawak yang bukan majoriti Melayu ditambah kerusi Parlimen pada persempadanan tersebut. Sehingga ke hari ini, pemimpin UMNO gagal menjelaskan kenapa mereka tidak mengambil kesempatan daripada persempadanan tersebut untuk menambah kerusi Melayu di Parlimen!

3. Selain itu, UMNO juga yang bertanggungjawab memperkenalkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada tahun 2003 yang ditentang hebat oleh seluruh cendikiawan Melayu. Anak-anak Melayu di luar bandar menerima kesan kemerosotan akademik hasil daripada dasar yang dianggap gila oleh Prof DiRaja Ungku Aziz ini. Pemuda PAS telah menyaman Kementerian Pendidikan dalam isu ini. Saudara Hasni Abas, Pengerusi Kesatuan Sekerja Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP) telah berjumpa dengan Pemuda PAS bagi membangkitkan gerakan untuk memansuhkan PPSMI pada akhir tahun 2008. Pejuang-pejuang bahasa seperti Dato A. Samad Said, Dato Hassan Ahmad, Dr Shahrir Mohd Zin , Prof Emeritus Abdullah Hassan dan ramai lagi bersama Pemuda PAS menubuhkan Gerakan Rakyat Membantah PPSMI (GMP). PAS telah mengarahkan semua ahlinya turun dalam Himpunan 100 ribu rakyat membantah dasar PPSMI pada 7hb Mac 2009 di Kuala Lumpur. Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS dan pimpinan utama PAS yang lain telah bersama dalam himpunan ini. Akhirnya dasar ini terbukti gagal dan ditarik balik sekarang. Negara kerugian hampir RM5 billion kerana langkah 'tidak cerdik' UMNO ini.

4. Begitu juga dengan kegagalan UMNO untuk memperuntukkan kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang kepada orang Melayu sekalipun UMNO mendapat majoriti di DUN Pulau Pinang berbanding MCA dan GERAKAN. Satu perkiraan politik yang cukup bacul sekali lagi berlaku apabila jawatan Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang diberikan dengan hormatnya kepada Setiausaha Agung GERAKAN, Teng Chang Yeow sedangkan GERAKAN tewas begitu teruk di Pulau Pinang di dalam pilihanraya umum yang lepas berbanding dengan UMNO. Hairannya, tidak kedengaran pejuang-pejuang Melayu yang hebat menjulang keris membantah keputusan ini.

5. Hakikatnya, banyak lagi senarai pengkhianatan UMNO kepada bangsa Melayu boleh disenaraikan sepanjang lebih 50 tahun UMNO menjadi tulang belakang kerajaan Malaysia pada hari ini. Sesuai dengan namanya sendiri di dalam bahasa Inggeris, UMNO sewajarnya menerima hakikat bahawa parti itu bukan lagi mewakili Melayu bahkan tidak berhak untuk mendakwa memperjuangkan bangsa Melayu.

6. Justeru, DPPNK menggesa agar nama Melayu yang dipakai di dalam nama UMNO dikaji balik dan dibuang terus sebagai mengelakkan salah faham masyarakat terhadap perjuangan UMNO yang pada hakikatnya tidak pernahpun meletakkan agenda perjuangan Melayu sebagai agenda utama.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,
AHMAD FADHLI BIN SHAARI,
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK)

Dakwaan Ke Atas 2 Anggota Polis Hanya Wayang

Posted: 19 May 2012 06:34 AM PDT

Dakwa polis di mahkamah hanya pertunjukan'

Ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah menyifatkan tindakan mendakwa dua orang polis atas tuduhan mengasari seorang jurugambar sebagai satu 'pertunjukan' semata-mata.

Menurutnya, lebih ramai polis sepatutnya didakwa berdasarkan jumlah peserta yang tampil ke depan memberi keterangan dan membuat laporan polis.

"Saya rasa tidak cukup. Apabila kita dengar cerita daripada mereka kita tahu ada lebih daripada dua orang anggota polis yang sepatutnya didakwa.

"Ini bukan keadilan. Ini satu pertunjukan cubaan gubahan imej polis semata-mata," katanya.

Dua anggota polis didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam atas tuduhan mencederakan jurugambar Guang Ming Daily, Wong Kin Onn sewaktu himpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu.

Mohd Khairul Asri Mohd Sobri dan Shahrul Niza Abd Jalil didakwa bawah Seksyen 350 Kanun Keseksaan kerana menggunakan keganasan jenayah terhadap Wong.

Berdasarkan keterangan mereka yang mendakwa dikasari, Maria Chin menggesa agar Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menjelaskan sebab sebahagian polis yang didakwa melakukan kekasaran tidak memakai tag nama atau nombor pengenalan polis pada hari itu.

"IGP kena jawab kenapa polis pada hari itu tidak memakai tag nama" kata Maria Chin.

Sementara itu, wartawan dari Pulau Pinang Zainulfaqar Yaacob mempertikaikan kenapa hanya wartawan theSun Radzi Razak dipanggil membuat kawat cam terhadap penyerangnya setakat ini.

"Saya memang cam tiga orang polis yang menyerang saya.

"Saya bercadang nak buat kawad cam macam saudara Radzi Razak juga lakukan," katanya. -mk


Bersih 3.0: 2 anggota polis didakwa kasari jurugambar

KUALA LUMPUR - Dua anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang jurugambar pada perhimpunan Bersih 3.0, 28 April lalu.

Lans Koperal Mohd Khairul Asri Mohd Sobri, 30, dan Konstabel Shahrul Niza Abd Jalil, 24, didakwa melakukan kesalahan itu terhadap jurugambar Guang Ming Daily, Wong Onn King, 33.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di persimpangan Jalan Tun Perak dan Jalan Raja, di sini, antara jam 5.20 petang dan 5.30 petang.

Mohd Khairul Asri, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis (IPD) Tanjung Malim, Perak manakala Shahrul Niza, dari IPD Dang Wangi.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tiga bulan atau denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Farizul Hassaniah Bakri menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.

Peguam Salim Bashir, yang mewakili kedua-dua anggota polis, membantah atas alasan jaminan yang ditawarkan pendakwaan adalah terlalu tinggi.

Salim berkata kedua-dua anak guamnya juga berpendapatan rendah.

Majistret Zulkipli Abdullah membenarkan mereka diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah juga menetapkan 18 Jun depan untuk sebutan kes.

Kedua-dua anggota polis dilihat membayar jaminan tersebut.
-SH



[Video & Bergambar] Isu Bapa Kafir: Kemarahan Merebak Ke Pulau Pinang

Posted: 19 May 2012 04:52 AM PDT

Pulau Pinang: Kemarahan terhadap akhbar Umno, New Strait Times (NST) ekoran tindakannya menuduh Mursyidul Am PAS sebagai 'Bapak Kafir' merebak ke Pulau Pinang pula.

Semalam Dewan Ulamak dan Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang mengadakan demonstrasi dan 'sanggup ke titisan darah terakhir' untuk mempertahankan maruah ulamak daripada dipermainkan oleh golongan yang jahil tentang agama.

Kata-kata perangsang diluahkan pimpinan kedua-dua sayap PAS di Pulau Pinang itu ketika berdemontrasi secara aman di hadapan Masjid Jamek Permatang Janggus, Permatang Pauh selepas solat Jumaat tengahari semalam.

Antara yang berucap ialah Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri, Ustaz Soid Mohd Amin, Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Haji Omar Hasan, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamuden, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Negeri, Ustaz Zakaria Hamzah.

Turut serta adalah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri, Ust Hasbul Nizal Zakaria, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Permatang Pauh, Mohd Redwan Ramli, Timbalan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Shafirol Rozali, Ketua Penerangan PAS Permatang Pauh, Jamsari Samad serta Ketua PAS Cawangan Guar Perahu, Ustaz Abu Bakar Bakalani.

Laporan NST yang mengejutkan pelbagai pihak

Kesemua nada ucapan serentak kesal dengan akhbar NST dan mantan Ketua Polis Negara, Rahim Noor yang melapur dan mengeluarkan kenyataan yang begitu biadap dan tidak bertamadhun.

Kerajaan negeri Kelantan telah menghantar notis kepada NST dan Rahim agar memohon maaf dan membayar gantirugi. Namun selepas tamat masa yang diberikan, NST tidak berbuat apa-apa menyebabkan mereka mengambil keputusan akan memfailkan saman itu di mahkamah minggu depa ini.

Biadab

"Kita mahu NST dan Rahim Noor segera minta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi kenyataan yang amat biadap dan memalukan.

"Sampai sekarang NST dan Rahim Noor tidak memohon maaf dan ini menunjukan ada dalang yang melindungi mereka, " tegas Ustaz Soid Mohd Amin ketika memulakan ucapan di pentas menggunakan lori berwarna hijau di perkarangan masjid itu.

Menurutnya, mereka tidak langsung menghormati maruah ulamak sehingga sanggup memperlekehkan institusi berkenaan dengan hina sekali.

Akhbar yang menyiarkannya terlebih bersalah sebab ini bukan perkara baru NST melakukanya bahkan pernah beberapa kali menyiarkan kenyataan yang menghina Islam.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Hasbul Nizal Zakaria pula membidas peranan mufti kerana tidak pantas mengeluarkan fatwa tentang penghinaan terhadap Nik Aziz sebaliknya bertindak cepat apabila sesuatu isu yang ada kepentingan dengan Umno dan Barisan Nasinal (BN).

"Mana dia mufti bila bertembung isu itu. Tentang Bersih mereka begitu cepat bertindak nampak sangat mereka bertindak tidak adil, " tegasnya.

Seramai 200 orang berkumpul selama sejam tanpa ada apa-apa gangguan polis bagi menyuarakan pandangan serta luahan hati kepimpinan yang begitu prihatin apabila institusi ulamak dipermainkan.

Semalam dua demontrasi diadakan serentak iaitu sebelah tanah besar di Masjid Permatang Janggus, Permatang Pauh manakala sebelah pulau di Masjid Hashim Yahya, Jalan Perak, Pulau Pinang.













Stadium Bukit Jalil DiGEGARkan Oleh Tuntutan Royalti Sempena Final Piala FA

Posted: 19 May 2012 01:07 AM PDT

Kuala Lumpur: Sempena aksi final Piala FA antara Kelantan dengan Sime Darby malam ini, NGO Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Kelantan (Gegar) mengadakan kempen mengumpul tandatangan di Stadium Bukit Jalil hari ini.

Gambar: Tandatangan rakyat Kelantan minta kembalikan hak royalti minyak Kelantan "didaratkan" di Perkarangan Dataran Stadium Bukit Jalil.

Setiausahanya, Muhammad Hishammuddin Ghazali berkata, kempen tersebut sudah bermula sejak malam tadi dan akan berterusan sehingga malam ini.

"Kita mahu mengumpul sekurang-kurangnya 20,000 tandatangan sebagai sokongan terhadap usaha kerajaan negeri menuntut hak royalti negeri itu," katanya kepada Harakahdaily.

Selain tandatangan, pihak Gegar juga katanya akan mengadakan persembahan dikir royalti dan puisi royalti secara spontan di perkarangan stadium tengah hari ini.

Mereka juga turut membuka khemah khas Royalti Minyak sebagai simbolik kempen mereka.

Serentak itu juga, satu lagi NGO bersama mereka iaitu Gerakan Rakyat Boikot Petronas turut menganjurkan kempen serupa.

Gerakan itu antara lain mahu rakyat khususnya Kelantan untuk memboikot Petronas selagi tidak membayar wang royalti kepada Kelantan.

"Kita juga akan edarkan 10,000 pelekat 'huruf R' yang berwarna merah sebagai tanda menuntut royalti dan pelekat boikot Petronas," kata Hishammuddin lagi.

Kempen serupa sebenarnya pernah dibuat Gegar pada aksi final Piala FA 2011 lalu ketika Kelantan bertemu Terengganu di stadium sama.

Sebagai kemuncak malam ini, mereka akan menaikkan kain rentang gergasi menuntut royalti. -HD

Piala FA: Penyokong Kelantan tiba di Bukit Jalil

(Sebahagian penyokong Kelantan yang tiba di Stadium Bukit Jalil pagi ini)


KUALA LUMPUR: Ribuan penyokong Kelantan mula tiba di ibu negara sejak awal pagi tadi bagi menyaksikan pasukan negeri mereka menentang Sime Darby pada aksi final Piala FA malam ini.

Biarpun wisel permulaan dijangka hanya akan dibunyikan tepat jam 8.45 malam, namun sebahagian penyokong skuad 'The Red Warriors' itu sudah mula berkampung di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur sejak awal pagi.

Kebanyakan mereka yang tiba pagi ini adalah yang menaiki bas sewa khas yang bertolak dari Kelantan malam tadi.

Dijangkakan seramai 50,000 penyokong 'The Red Warriors' dijangka hadir menyaksikan perlawanan penuh bersejarah malam ini, manakala sekurang-kurangnya 15,000 dari Sime Darby atau 'Giant Killer'.

Turut berangkat meyaksikan perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini adalah Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra.

Bagi kerajaan negeri pula akan diwakili Timbalan Menteri Besar Kelantan Dato Ahmad Yakub serta Exco Datuk Abdul Fatah Mahmood.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa yang kini dalam penggantungan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), juga mengesahkan akan hadir.

Beliau yang juga Timbalan Presiden FAM sebelum ini menegaskan, beliau tetap akan hadir di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur sebagai "penyokong biasa".
-HD


Kepala Peserta BERSIH 3.0 Dipijak, Dipukul Dalam Keadaan Bergari

Posted: 18 May 2012 11:47 PM PDT

Shah Alam: "Tangan Wan digari di belakang. Lepas tu Wan dibelasah disepak di perut, badan, kepala dan ada juga anggota polis yang memijak kepala Wan."

Ini pengalaman Fauzan, seorang peserta BERSIH 3.0 yang telah tampil ke hadapan untuk memberi bukti dan kenyataan tentang insiden keganasan polis semasa himpunan April 28 itu.

Fazuan antara lima peserta BERSIH yang telah memberi keterangan kepada Angkatan Muda Keadilan (AMK). Sayap parti itu sedang mengumpul bukti dan keterangan daripada peserta yang mendakwa dikasari polis semasa himpunan itu.

Menurut Fazuan, yang meminta hanya nama pertamanya disiarkan, beliau dan kawan lain sedang berjalan kaki ke Stesen LRT Masjid Jamek pada pukul 5.30 petang hari itu.

"Masa tu kami dah pun bersurai, dah berpecah nak balik. Bila sampai di Masjid Jamek kami nampak ramai yang dah kena tangkap, kena tendang, pukul dan macam-macam lagilah.

"Masa kelam kabut orang ramai berlari menyelamatkan diri tu lah, Wan kena tendang polis dari belakang dan jatuh.

"Bila Wan dah jatuh, Wan digari kebelakang dan lepas tu Wan dibelasah, disepak di perut, badan, kepala dan ada juga anggota polis yang memijak kepala Wan,"
beritahu Fazuan ketika dihubungi TVS hari ini.

Menurut Fazuan, beliau juga telah diseret dengan menggunakan tali ke Dataran Merdeka.

"Wan dah tak boleh nak bangun tetapi dia orang seret Wan dengan tali ke Dataran Merdeka," ujar Fazuan.

Ketika dalam perjalanan menuju ke Dataran Merdeka, Fazuan juga telah dipukul oleh anggota-anggota polis yang berada di sepanjang laluan itu.

"Memang cukup ramai polis yang pukul Wan. Bayangkan masa diseret dengan tali untuk dibawa ke Dataran Merdeka berapa ramai polis ada, kiranya nak sampai ke Dataran tu memang banyak kena 'bayar tol', tangan, kaki semua naik," ujar Fazuan.

Fauzan mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur selepas dilepaskan daripada pusat tahanan di Pusat Latihan Polis (Pulapol).

"Dalam 'medical check-up' tu, kecederaan Wan pecah mata dalam macam darah beku, bengkak-bengkak di muka, luka di kening.

"Sampai sekarang Wan jadi semacam fobia dengan polis," katanya lagi.

Pada May 17, Jawatankuasa pemandu BERSIH 3.0 menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) bagi menyeru badan itu menyiasat keganasan polis semasa himpunan tersebut.

Manakala dalam satu sidang media pada May 6 oleh AMK, ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin memaparkan klip video dan gambar yang di ambil pada perhimpunan tersebut yang menunjukkan peserta BERSIH dikasari polis.

Ayman, 18, seorang lagi peserta yang sudah tampil memberi kenyataan kepada AMK dengan mendakwa beliau dimasukkan ke dalam wad akibat kecederaan selepas dipukul polis.

"Masa di Hospital Kuala Lumpur, Doktor tak masukkan saya ke wad cuba beri rawatan biasa sahaja.

"Tetapi bila dah sampai Kedah, saya dibawa oleh bapa saya ke Hospital Pantai dan Doktor telah memasukkan saya ke wad selama sehari untuk rawatan lanjut.

"Doktor beritahu saya mengalami kecederaan dalaman," kata pemuda itu yang hanya mahu singkatan namanya disiarkan.

Menurut Ayman, beliau juga berada di kawasan Masjid Jamek apabila tiba-tiba diserangi sekumpulan anggota polis.

Ayaman mendakwa disepak dan ditumbuk di seluruh bahagian badan serta muka oleh anggota polis yang dianggarkan melebihi 20 orang.

"Masa tu ada sekumpulan orang di situ tiba-tiba menjerit suruh lari.

"Saya pun tergesa-gesa lari tetapi baju saya sempat ditarik oleh seorang anggota polis hinggakan terkoyak.

"Mula-mula saya disepak sampai jatuh dan kemudian saya ditumbuk dan disepak dengan 'boot' yang dipakai polis-polis itu di seluruh badan dan muka," kata Ayman.

Shamsul Iskandar berkata, parti Pakatan dan NGO seperti SUARAM, Lawyers For Liberty dan Majlis Peguam sedang mengumpul kenyataan daripada mangsa seperti Ayman dan Fauzan.

Usaha tersebut bagi menyelaraskan tindakan udang-undang yang bakal diambil oleh mangsa terhadap Kerajaan Pusat dan polis.

Kerajaan UMNO BN Kini Sedang Takut Tahap ‘Luarbiasa’ - A. Samad Said

Posted: 18 May 2012 09:47 PM PDT

Kuala Terengganu – Naib Presiden PAS YB Salehuddin Ayob berkata pebenarnya perhimpunan aman boleh dijelmakan di mana-mana sahaja di negara ini sekiranya tidak ada provokasi oleh pihak tertentu.

Menurutnya, ribuan malah puluhan roibu rakyat hadir mendengar ceramah pimpinan PAS di mana-mana sahaj pada maskini berjalan dengan begitu baik tanpa sebarang perkara yang tidak diingin.

"lihat pada hari ini, sambutan yang diberikan oleh rakyat cukup luar biasa, dimana-mana pun kita (pimpinan PAS) hadir pada hari ini,

"membuktikan bahawa perhimpunan secara aman (dan) beretika ini maih mampu kita jelmakan dimana-mana sahaja asalkan tidak ada apa-apa provokasi yang mengganggu himpunan aman seperti ini,"jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada pihak media selepas majlis ceramah di Batu Burok dekat sini semalam Jumaat 17 Mei, yang dihadiri lebih 5,000 orang.

Sehubungan itu, Sasterawan Negera Datuk A.Samad Said (Pak Samad) menekankan bahawa BERSIh adalah gerajkan yang benar-benar mahu melihat pilihanraya umum yang akan datang adalah satu pilihanraya yang adil dan bersih.

Beliau melahirkan rasa pelik kerana katanya ada upaya menghuru-harakan keadaan negara ini yang bukan dilakukan oleh 'oposisi' tetapi oleh pihak yang memerintah.

"dan saya mula terbayang sekarang bahawasanya ada upaya untuk cuba menghuru-harakan negara ini dengan menimbulkan soal perkauman,

"amat aneh sekali ini bukan dilakukan oleh kita sebagai 'oposisi' tetapi oleh orang yang sedang memerintah,"ujarnya.

Beliau yang turut menyampaikan ceramah pada majlis tersebut menyifatkan, ia adalah sebenarnya suatu ketakutan yang amat luar biasa oleh kerajaan.

Oleh itu beliau mengingatkan tindakan kerajaan menimbulkan soal perkauman itu tidak akan menguntungkan sesiapa.

Turut menyampaikan ucapan adalah Koordinator Amanah Negeri Terengganu Datuk Raja Kamarulbahrin dan Senator Mumtaz Nawi.

Hadir bersama adalah ADUN Batu Burok Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan ADUN Ladang Dato' Tengku Hassan Omar. -buletinonline

No comments: