SEARCH

Tuesday, May 15, 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Inilah Sebabnya Mengapa Parlimen Tidak Dibubarkan Sekarang!

Posted: 14 May 2012 05:05 PM PDT

56 Pasukan Penguat Kuasa Pantau Pilihan Raya Di Selangor

SHAH ALAM: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menubuhkan Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR) di 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk wan Ahmad Wan Omar berkata, penubuhan pasukan berkenaan bagi memastikan parti politik yang bertanding mematuhi peraturan pilihan raya.

Bagaimanapun katanya jumlah pasukan bagi setiap negeri seluruh negara kecuali di Sarawak bergantung kepada keperluan dan situasi politik.

"Tidak semua kawasan di seluruh negara kita tubuh PPKPR ikut DUN, ada negeri yang tak perlu ikut DUN sebaliknya hanya ikut kawasan Parlimen.

"Selangor ada negeri kedua yang kita tubuhkan pasukan ini selepas Pahang. Di Pahang kita tubuh mengikut kawasan Parlimen dengan pertambahan lapan pasukan.

"SPR akan lihat secara terpeinci daripada pelbagai sudut dan kepentingan, negeri mana yang akan kita lantik PPKPR ikut jumlah DUN," katanya pada sidang media selepas taklimat penubuhan PPKPR Selangor di sini, Isnin.

Mengulas lanjut Wan Ahmad berkata, keperluan pasukan PPKPR ditubuh bagi setiap DUN di Selangor berdasarkan ramalan ketegangan yang bakal berlaku di negeri itu.

"Ia terpulang kepada maklum balas Pegawai Pengurus pilihan raya. Tahap ketegangan itu ada, sebagai contoh di Selangor, parti kerajaan negeri sekarang ini nak pertahankan negeri ini daripada jatuh ke tangan BN (Barisan Nasional).

"BN pula sebagai parti Kerajaan Pusat akan melakukan sedaya mungkin untuk ambil alih Selangor, jadi bayangkan bagaimana permainan politik dan usaha parti-parti untuk menarik perhatian pengundi.

"Inilah betapa pentingnya peranan pasukan penguat kuasa kempen untuk pastikan mereka yang berkempen patuhi undang-undang," katanya.

Tambah beliau setiap pasukan tersebut akan diketuai oleh seorang pegawai SPR bersama seorang pegawai polis berpangkat inspektor dan ke atas, pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT) serta wakil setiap calon yang bertanding.

Wan Ahmad berkata beliau menjangkakan urusan penubuhan PPKPR dijangka siap di seluruh negara pertengahan Jun ini.

Mengulas sama ada SPR bersedia mengadakan pilihan raya sekiranya Parlimen di bubarkan pada bulan ini, Wan Ahmad berkata: "Kita sempat nak buat persediaan. SPR rancang dah lama dengan pelbagai program taklimat...semua tengah buat.

"SPR buat perancangan ikut jadual. Tapi kalau Parlimen dibubarkan secara tak diduga, SPR tak boleh kata kami tak siap.

"Namun mengikut undang-undang SPR diberi kuasa 60 hari untuk tetapkan tarikh mengundi," katanya.

Ulasan GB

Pertama: Ramainya pasukan penguatkuasa pantau pilihanraya di negeri Selangor. Apakah sebenarnya tujuan diwujudkan pasukan ini? Mengapa begitu banyak untuk negeri Selangor?

Apakah ia sebenarnya untuk memberi escort khas kepada warga asing supaya tidak diganggu dan dikesani oleh rakyat nanti sewaktu mengundi sepertimana kes sebelum ini gerombolan bas membawa PATI untuk mendapatkan mykad tetapi dikatanya untuk menghadiri kursus keusahawanan?

Sepastinya kesemua ini sudah dirancang oleh Task Force yang didedahkan sebelum ini.

Kedua: Sekarang GB sudah tahu mengapa Najib tidak menghadap Yang Dipertuan Agong bagi membubarkan parlimen sepertimana yang ramai meramalkannya.

Ini adalah kerana Najib mahu Selangor mengadakan pilihanraya serentak dan tidak berasingan. Kenyataan MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini menyatakan Selangor tidak akan membubarkan Dun sebelum Jun 2012 kerana hanya selepas bulan tersebut Bajet Selangor 2012 akan mulai dirasai rakyat negeri.

Khalid beberapa kenyataan seolah-olah beliau bersedia mengadakan pilihan raya serentak sekiranya Parlimen dibubarkan pada Jun 2012 dan seterusnya.

Dan ini memberikan ruang kepada Najib untuk menstrategikan pembubaran parlimen mengikut kehendak Tan Sri Khalid iaitu pada atau selepas Jun 2012, supaya pilihanraya Selangor dapat diserentakkan dengan dengan negeri-negeri lain bagi mempastikan agendanya untuk merampas Selangor boleh menjadi kenyataan!

Dengar sini, GB ingin mengingatkan pihak-pihak yang terlibat, bahawa Allah sudah berfirman:


Sambil bersikap sombong di bumi dan berusaha merancangkan rencana jahat, dan tidak ditimpakan dengan rancangan yang jahat itu melainkan orang yang merancangkannya sendiri. Maka tiada yang mereka tunggu melainkan seperti berlakunya kebinasaan ke atas orang yang telah lalu. Kerana engkau tidak akan mendapati perubahan bagi Sunnatullah, dan engkau tidak akan mendapati Sunnatullah itu menyimpang. [Fatir: 43]


Laporan sebelum ini
klik untuk baca



Siapa Yang Sebenarnya Berat Sebelah, Majlis Peguamkah Atau Polis Sendiri?

Posted: 14 May 2012 08:31 AM PDT

Ismail Omar: Usul Majlis Peguam berat sebelah

PUTRAJAYA - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini menyifatkan usul yang diluluskan Majlis Peguam Malaysia pada mesyuarat agung luar biasanya Jumaat lepas sebagai berat sebelah.

Ini kerana katanya, badan terbabit menghukum polis dengan cepat tanpa mendapatkan penjelasan pasukan keselamatan tersebut berhubung kejadian semasa perhimpunan anjuran badan bukan kerajaan pada 28 April lalu.

"Saya pun ingin nak tahu rujukan apa yang dipakai sebab keputusannya begitu cepat.

"Saya pun tak boleh buat keputusan. Saya kata kita siasat, tunggulah.

Tiba-tiba Majlis Peguam dah buat keputusan. Jadi saya rasa anda hakimi sendirilah," katanya kepada pemberita selepas program lawatan ke Hospital Putrajaya sempena Peringatan Hari Polis ke-205 di sini.

Ismail berkata demikian ketika diminta mengulas usul tersebut yang antara lain mengutuk tindakan polis menggunakan gas pemedih mata terhadap peserta perhimpunan selain mendakwa polis tidak memberi masa mencukupi untuk peserta bersurai.

Mengulas mengenai penggunaan semburan air dan gas pemedih mata bagi menyuraikan perhimpunan itu, Ismail berkata tindakan itu dilaksana berdasarkan undang-undang negara dan prosedur standard operasi (SOP) serta Manual Awam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bagaimanapun kata Ismail, pihaknya akan mengkaji isu yang dibangkitkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berhubung penggunaan kedua-dua kaedah itu dan akan membuat perubahan jika perlu, selain bersedia menerima cadangan mana-mana pihak berhubung cara terbaik untuk menyuraikan perhimpunan.

Ismail juga menyambut baik pelantikan bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar sebagai ketua Panel Penasihat Bebas yang ditubuh bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai kejadian rusuhan pada hari perhimpunan.

Polis katanya akan memberi kerjasama penuh kepada panel tersebut, serta yakin siasatan akan dijalankan dengan profesional tanpa unsur berat sebelah seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Sementara itu, Ismail berkata tiga lagi individu yang dikehendaki polis kerana merusuh pada perhimpunan tersebut telah menyerah diri semalam dan kelmarin serta menasihati yang lain agar berbuat demikian sebelum tempoh yang diberi berakhir esok.

Mengulas perkara berbeza, Ismail mahu anggota PDRM mengamalkan pemakanan sihat kerana didapati ramai di antara mereka dikesan menghidap kencing manis dan sakit jantung.

"Walaupun (jumlahnya) tidak serius, tapi saya nak galakkan mereka hidup secara sihat supaya kami dilihat sebagai satu agensi yang vibrant yang boleh menjalankan tugas kami supaya dapat meningkatkan keyakinan rakyat terhadap PDRM," katanya. - Bernama


Ulasan GB

Siapa sebenarnya yang berat sebelah sekarang?

KPN, Tan Sri Ismail Omar menuduh Majlis peguam berat sebelah kerana terlalu cepat menghukum polis.

Sedangkan peristiwa 28 April sudah lebih tiga minggu berlalu. Majlis Peguam mempunyai banyak bukti-bukti keganasan polis. Malah seluruh dunia mengetahui keganasan polis apabila media antarabangsa turut membuat liputannya. Keganasan polis juga bukan sahaja terhadap peserta Bersih malah terhadap wartawan dalam dan luarnegara dan KPN sendiri sudah memohon maaf kepada wartawan terbabit.

Jadi mengapa setelah meminta maaf, KPN enggan pula untuk mengakui dakwaan Majlis Peguam tersebut?

Kedua, Tan Sri KPN menyetujui perlantikan bekas KPN Tun Hanif Omar sebagai ketua Panel Penasihat Bebas untuk menyiasat BERSIH 3.0, bukankah itu ternyata berat sebelah? Orang yang nak siasat polis ialah seorang bekas polis jugak?

Mengapa Tan Sri KPN tidak menyatakan persetujuan untuk sebuah badan bebas seperti SUHAKAM melakukan siasatan?

Sebilangan besar rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap integriti dan kredidibiliti polis. Salah siapa agaknya Tan Sri?

2 Soalan: Apa Tujuan Polis Sebarkan Video Ini? Bolehkah Buka Gerai Burger Di Balai Polis?

Posted: 14 May 2012 07:05 AM PDT

Polis ada bukti unsur-unsur mahu kematian'

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar hari ini menyokong dakwaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa terdapat unsur-unsur semasa perhimpunan BERSIH 3.0 yang mahu menyebabkan kematian.

Ini, katanya, berdasarkan kepada bukti video yang dikumpul oleh polis semasa perhimpunan tersebut.

Khalid berkata polis mempunyai klip video bahawa memang ada pihak yang mahu kematian berlaku.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini, beliau berkata, bukan menteri sahaja yang berkata demikian, tetapi pihak polis juga mempunyai bukti.

"Memang betul. Memang kita ada merakamkan satu klip, yang ada satu orang tu cakap... Kalau lima orang mati pun tak apa," katanya.

Klip itu, katanya, menunjukkan seorang individu membuat kenyataan mengenai kematian semasa bantahan pada 28 April.

Khalid berkata, pihak media dialu-alukan untuk mendapatkan klip tersebut dari pihak polis untuk mengenal pasti individu tersebut.

Bagaimanapun, katanya, tiada tindakan telah diambil terhadap individu tersebut, kerana hanya dengan mengatakan perkataan tersebut, tidak menjadi satu kesalahan di bawah undang-undang.

"Belum lagi (tangkap). Tidak ada apa-apa kesalahan pun, dia cuma cakap saja... Sehingga tengah hari ini sudah 21 orang telah ditangkap.

"Ada yang serah diri, ada yang ditangkap, sudah 321 orang. Jadi memang bagi sampai esoklah.

"Kita pun dah mula kenal pasti mereka melalui gambar-gambar. kalau mereka tak datang serah diri, kami akan carilah," katanya. -mk

Police release video of alleged death wish

PETALING JAYA: Police have released a video clip to back a government claim that some people wanted deaths to happen during last month's Bersih 3.0 rally.

The clip, uploaded to the Royal Malaysian Police channel on YouTube today, shows a man wearing a Bersih T-shirt saying: "It is all right even if five of us die; there are so many who will live."

He appears to be casually responding to a remark from a person who is off-camera but can be heard saying: "If we charge through, they'll surely attack."

They are in a large group of people who appear to be standing by the police barricades at Dataran Merdeka.

Earlier today, Deputy Inspector-General of Police Khalid Abu Bakar echoed Home Minister Hishammuddin Hussein's statement that there were parties that wanted to see serious injuries and even fatalities during the April 28 rally.

Khalid said police had proof of the claim in the form of a video. But he added that no action would be taken against the individual who uttered the words because no offence was committed.

"Police have proof in video showing that there was one person who was planning for death," he told reporters who met him during a blood donation campaign. "The person said that it would be okay even if five people died that day."

Khalid also said there would be no action against those who sold hamburgers in protest outside the home of Bersih 3.0 leader S Ambiga because that gathering was allowed under the Peaceful Assembly Act 2011.

Khalid also informed the media that 21 individuals wanted in connection with offences during the Bersih rally had either surrendered or been arrested.

Trading blames

He said all the 141 individuals whose photographs were released to the media had been identified and would be arrested if they did not surrender. He added that no warrant was required for the arrest of people suspected of rioting.

Some 80,000 people thronged the streets of Kuala Lumpur on April 28. The rally, which started off peacefully, deteriorated into chaos and violence about 3pm, after a group of protesters breached the police barricades.

Police fired tear gas and chemical-laced water and arrested more than 500 people. Several journalists and policemen were injured in the melee that ensued and lasted into the night.

The government on one side and the opposition parties and Bersih on the other have been trading blames for the violence and injuries that occurred.

So far, two persons have been charged in court over Bersih 3.0.
-FMT


Polis: Tidak salah jual burger depan rumah Ambiga

KUALA LUMPUR - Polis tidak akan mengambil tindakan terhadap sekumpulan peniaga termasuk yang menjual burger di hadapan rumah Pengerusi Bersih Datuk S. Ambiga di Bukit Damansara baru-baru ini kerana mereka melakukannya di tempat awam.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata peniaga boleh berhimpun dan berniaga di hadapan rumah ketua badan bukan kerajaan (NGO) itu, selagi mereka tidak mengganggu ketenteraman awam.

"Di bawah Akta Perhimpunan Aman 2011 (APA) semua orang boleh berhimpun asalkan memberi notis dan maklumkan kepada polis di mana boleh berhimpun. "Mereka (peniaga) berniaga di hadapan rumah dia (Ambiga) dan mereka buat di 'public space', mereka tidak menganggu orang awam... jadi tidak menjadi kesalahan kecuali jika mereka menimbulkan kekacauan baru kita boleh mengambil tindakan," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Khalid yang ditemui selepas melancarkan kempen derma darah peringkat polis kontinjen Kuala Lumpur, ditanya sama ada polis akan bertindak terhadap laporan polis yang dibuat Ambiga pada 10 Mei lepas, susulan tindakan sekumpulan peniaga berhimpun dan berniaga di hadapan rumahnya.

Kumpulan peniaga itu termasuk seorang yang bertindak membuka gerai burger, dilapor berbuat demikian sebagai tanda marah selepas mengalami kerugian susulan perhimpunan bertukar ganas yang dianjurkan NGO pimpinan Ambiga di ibu kota pada 28 April lepas.

Mengulas lanjut, Khalid turut mencadangkan agar Ambiga mengambil tindakan saman terhadap peniaga burger terbabit jika tindakannya mengganggu privasi.
- Bernama




Ulasan GB

Pertama: Apa kesalahan yang dilakukan oleh lelaki tersebut? Dan jika tiada apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh beliau apa tujuan video itu disebarkan? Untuk menjustifikasikan keganasan dan kekejaman polis terhadap peserta perhimpunan BERSIH 3.0 kerana kononnya sudah ada lelaki yang "bersedia untuk mati"?

Sedang semua orang tahu sehari sebelum Perhimpunan BERSIH diadakan, polis telah pergi ke mahkamah untuk mendapatkan perintah bagi menghalang penganjur Bersih 3.0 dan orang awam daripada memasuki dan berkumpul di Dataran Merdeka.

Bukankah itu petunjuk jelas bahawa keganasan polis yang berlaku sudah dirancang supaya peserta BERSIH pada 28 April itu diwajarkan untuk diserang kerana melanggar perintah mahkamah?

Kedua: kes penjualan burger di depan rumah Ambiga. Ia tidak merupakan satu kesalahan kata Datuk Khalid Abu Bakar, kerana ia dibenarkan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2011. Jika demikian bagaimana jika orangramai peserta BERSIH datang berniaga depan mana-mana balai polis atau rumah Datuk Timbalan KPN sendiri? Tak menjadi kesalahanlah lagi?

Dan bukankah ia juga menyalahi Akta Kerajaan Tempatan dimana peniaga mesti mempunyai lesen untuk berniaga di lokasi yang ditetapkan?

Mengapa polis membela golongan yang ternyata benar membuat kesalahan? Semata-mata kerana membela apa saja yang ada kaitan dengan U.M.N.O atau ULO (UMNO Linked Organisation)?

[Bergambar] Nizar "Langgar" Pentas Musuh - Itu Sifat Orang Yang Benar

Posted: 14 May 2012 05:34 AM PDT

Penceramah Umno pucat, Nizar gegar pentas utama

KUALA LUMPUR 14 Mei: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin membuat kejutan dengan tampil ke ceramah Umno dan duduk di meja utama bersama panelis di Tualang Sekah, Kampar, 13 Mei lalu.

Melalui kiriman di twitter, Nizar memberitahu, dia duduk di meja utama ceramah anjuran Umno bertajuk 'Nizar Pembohong Bersiri'.

"Saya menghadiri ceramah Umno menggodam saya di Tualang Sekah, Kampar oleh YB Datuk Shaarani dan Hanafiah Man. Mereka panik dan pucat," tulis Nizar.

Ceramah tersebut diadakan berhampiran ceramah Pakatan Rakyat yang juga diadakan di Tualang Sekah, dekat situ.

Tindakannya itu membuatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Tampan, Shaarani Mohamad; Ketua Umno Bahagian Kampar, Radzi Manan dan Editor Agenda Daily, Hanafiah Man tergamam.

"Masa saya sampai, Hanafiah tengah godam saya. Bila nampak saya menjelma, mukanya pucat dan terus tukar topik.

"Dia tengah asyik fitnah saya. Tiba-tiba terkejut panik bila tengok saya berada di pentas depan, terus dia tukar topik isu Ambiga," tulis Ahli Parlimen Bukit Gantang itu lagi.

Kenapa Nizar hadir ceramah Umno malam tadi?

KUALA LUMPUR, 14 Mei: "Apa salahnya saya duduk dan dengar untuk tahu apa pembohongan yang mungkin saya sudah lupa," kata bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Nizar berkata demikian apabila ditanya faktor yang mendorong beliau hadir ke ceramah anjuran Umno Kampar bertajuk 'Nizar Pembohong Bersiri' di Tualang Sekah, malam tadi.

"Bila saya dapat tahu ceramah itu memang untuk dedahkan pembohongan saya, eloklah saya pergi dengar sendiri supaya mereka berterus terang.

"Kebetulan giliran saya berceramah tidak jauh dari situ jam 11 malam. Jadi saya minta kawan hantarkan dengan motor ke ceramah mereka,"
kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Cerita Nizar, ketika beliau sampai dan duduk di meja utama, bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Nasional Hanafiah Man sedang 'mengumpat' beliau.

Namun apabila menyedari kehadiran Nizar, Hanafiah terdiam seketika dan terus menukar topik.

"Saya pun tak tahu kenapa mereka terkejut dan tak teruskan ucapan, tak tahu mereka rasa bersalah atau apa," katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Tambah Nizar lagi, kebanyakan orang luar yang hadir ke ceramah itu sebaliknya orang kampung tersebut hadir ke ceramah PAS yang hanya kira-kira 150 meter dari tapak ceramah Umno itu.

"Orang kampung situ memang kenal saya dan keluarga saya mungkin sebab itu mereka lebih berminat untuk hadir ke ceramah PAS," katanya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Katanya juga, kehadirannya menyebabkan matlamat Umno untuk memfitnahnya gagal dan menimbulkan rasa tidak senang penganjur.

"Saya duduk sebelah (Ketua Umno Bahagian Kampar ) Datuk Radzi (Manan). Beliau bisik kepada saya suruh beredar untuk mengelakkan pergaduhan.

"Katanya kalau orang Umno hadir ceramah saya, mesti saya pun tak suka. Saya kata, saya lagi suka kalau orang Umno hadir ceramah saya. Senang saya nak sampaikan maklumat," katanya lagi.

Ekoran tindakan beraninya itu, ramai pengikutnya di blog mikro Twitter memuji dan mengucapkan tahniah kepadanya.
-HD







Sumber gambar: ajijoi

Ulasan GB

Sifat orang yang benar dan mulia ialah dia tidak takut menghadapi apa jua tohmahan dan cemuhan yang dihalakan kepadanya. Itu sifat hulubalang sebenar. Itu sikap seorang muttaqin, yang jiwanya hanya takut kepada Yang Esa.

Malah sifat Rasulullah sendiri, sewaktu perang, baginda tidak duduk di barisan belakang. Baginda menjadi jenderal yang berada paling hadapan mengetuai mukminin menentang musuh. Baginda juga bersifat "al-amin" (yang benar) sehingga hati-hati musuh gerun dan cair bila berhadapan dengannya. Itulah yang digambarkan oleh Al-Quran sebagai uswatun hasanah - contoh tauladan kepimpinan yang terbaik.

Nizar mencontohi uswatun hasanah serta memiliki sifat keberanian dan kemuliaan itu. Kerana hukum kebenaran dan keadilan menyatakan: berani kerana benar, takut kerana salah, lantas itu dia terus naik ke pentas menghadapi segala-galanya.

Syabas Mohd Nizar Jamaluddin!

UMNO Terjun Dari Pokok Kelapa [?]

Posted: 14 May 2012 01:31 AM PDT

Kuala Selangor - Jika kawasan Ijok kecoh dengan demonstrasi penduduk yang tidak mahu kuil dan pondok komuniti dirobohkan pemaju, lain pula ceritanya di Jalan Budi, Sungai Buloh-Jeram di sini apabila ketenangan penduduk diganggu pekikan seorang lelaki yang mengugut mahu terjun dari pokok kelapa, semalam.

Seorang lelaki menggemparkan orang ramai di Jeram, Selangor semalam apabila bertindak nekad terjun dari pokok kelapa. Dia mati di tempat kejadian.

Lelaki terbabit terjun dari pokok kelapa dengan ketinggian enam meter jam 10.45 pagi semalam.

Ketua Kampungnya, Hashim Mansor, 63, berkata, selepas penduduk kampung, imam masjid dan anggota polis gagal memujuk, lelaki berasal dari Sabah itu nekad terjun selepas dipercayai berada di atas pokok lebih lima jam.

Ketika kejadian, Hashim sekeluarga dikejutkan dengan jeritan meminta tolong jam 7 pagi semalam sebelum keluar melihat lelaki tidak dikenali berada di atas pokok kelapa di belakang rumahnya.

"Jeritan lelaki itu menimbulkan tanda tanya penduduk dan kawasan belakang rumah saya menjadi kecoh selepas dipenuhi orang ramai. Ramai datang melihat kerana tidak percaya apa berlaku.

"Saya tidak faham tindakan lelaki itu yang meminta pelbagai perkara tidak munasabah termasuk mahu anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Bukit Aman datang," katanya.

Beliau berkata, anggota polis cuba memujuk lelaki itu supaya turun sendiri dan berbincang mengenai masalahnya, namun sia-sia. -SH



Ulasan GB

Berlaku di Kuala Selangor adanya.

Mungkin tak tahan apabila pelbagai rencana untuk merampas Selangor termasuk upah orang untuk demonstrasi hari-hari semuanya gagal, ada kemungkinan UMNO terpaksa terjun dari pokok kelapa seperti kisah lelaki di atas?

Setiap kejadian dan peristiwa itu adalah ayat manzurah dari Allah swt dan ada hal yang perlu difahami kerana tiadalah satu kejadian dari Allah itu sia-sia.

Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui Lagi Maha Perkasa.

Lagi Terkencit UMNO Dengan Berita Ini: Mat Sabu - Sejuta Akan Sertai Bersih 4.0

Posted: 13 May 2012 11:25 PM PDT

Shah Alam - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mendedahkan rancangan pihaknya akan melancarkan Bersih 4.0 jika sistem pilihan raya masih memperlihatkan kepincangan dan dijangka bakal dihadiri hampir sejuta peserta.

Bersih 3.0 diadakan 28 April lalu dengan kehadiran dikatakan antara 80,000 hingga 200,000. Tiada angka rasmi. Bersih 2.0 diadakan Julai lalu mananakala Bersih pada 2007.

"Pelajar yang turun dalam perhimpunan Bersih 3.0 telah tunjukkan rasa marah terhadap pemerintah yang biarkan mereka tanggung hutang sebelum mendapatkan pekerjaan," katanya lagi.

Kebangkitan anak muda yang terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi dalam memperjuangkan hak melalui beberapa pertubuhan telah mendapat sokongan banyak pihak.

Beliau yang popular dengan panggilan "Mat Sabu" melahirkan pendirian itu pada majlis Himpunan Pekerja bertemakan "Menjulang Martabat Pekerja" di Stadium Malawati di sini, malam tadi.

Dua hari lalu, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga melahirkan pandangan yang sama bahawa pihaknya akan mengadakan perhimpunan Bersih 4.0.

Dalam pada itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyarankan supaya wakil Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu dipelawa membuat siasatan terhadap kekecohan yang berlaku ketika Bersih 3.0.

Katanya, pihaknya tidak mahu seorang bekas pegawai tertinggi polis mengetuai Panel Penasihat Khas yang dibentuk kerajaan minggu lalu.

"Rakyat tak bersetuju (bekas Ketua Polis Negara) Tun Hanif 0mar menjadi ketua siasatan (Panel Penasihat) bagi Bersih 3.0, kita mahu orang yang bebas daripada mana-mana parti dan mempunyai kepentingan tertentu," katanya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan senarai enam ahli panel penasihat bebas yang dipengerusikan Hanif bagi menyiasat kejadian rusuhan ketika perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara 28 April lalu.

Dalam ucapannya, Kit Siang secara sinis mengatakan sama ada perhimpunan Umno boleh dibandingkan dan disamakan dengan perhimpunan Bersih 3.0.

"Pada 28 April lalu Bersih 3.0 dilihat satu sejarah bagi parti Pakatan Rakyat kerana dapat mengumpul kesemua rakyat tidak mengira kaum dari seluruh negara mengatasi hari ini (13 Mei) yang mencatat sejarah hitam kepada negara ekoran kejadian rusuhan kaum yang memuncak pada tahun 1969," tambah beliau merujuk kepada ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak, selaku Presiden Umno dan Perdana Menteri, pada majlis sambutan ulang tahun Umno ke-66 pada Jumaat lalu. -SH

Najib Cabut Ke UK, Masih Takut Bubar Parlimen Bukti Himpunan UMNO Gagal

Posted: 13 May 2012 08:45 PM PDT

Najib ke UK, spekulasi Parlimen bubar meleset

SEPANG - Desas-desus tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) terus menjadi teka teki apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berlepas ke United Kingdom (UK) pada jam 11.15 malam tadi.

Gambar: Najib Tun Razak bersalam sebelum berlepas ke UK dari KLIA malam tadi. Foto Sinar Harian

Sangkaan banyak pihak yang mengatakan Najib akan menghadap Yang di-Pertuan Agong esok nampaknya tersilap kerana beliau hanya akan pulang semula ke tanah air pada 25 Mei ini.

Selepas itu, Najib dijadualkan berlepas semula ke UAE pada 28 Mei dan meneruskan lawatan ke Uzbekistan selepas itu.

Najib mengadakan lawatan kerja ke UK atas jemputan Putera Charles untuk menghadiri majlis resepsi bersempena dengan penganugerahan Piagam Diraja Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS) oleh Ratu Elizabeth II.

Perkembangan terbaru ini kali kedua spekulasi bahawa Najib akan membubarkan Parlimen meleset.

Spekulasi bahawa Najib akan membubarkan Parlimen pada 11 November lalu juga tidak menepati ramalan.

Selepas spekulasi ini meleset, penganalisis meramalkan Parlimen masih boleh dibubarkan selepas sambutan hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong awal bulan depan.

Ini kerana ramai meramalkan PRU13 akan diadakan sebelum bulan Ramadan.

Mandat Kerajaan Pusat hanya akan berakhir penghujung April 2013.

Dalam pada itu, laporan Bernama menyebut, Najib akan menghadiri majlis resepsi diberikan oleh pewaris takhta Britain, Putera Charles
dari Wales, bersempena penganugerahan Piagam Diraja kepada OCIS, semasa lawatan rasmi beliau ke UK esok dan lusa.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom, Datuk Seri Zakaria Sulong berkata, undangan kepada perdana menteri itu adalah berikutan komitmen Malaysia dalam memberi sumbangn kepada penubuhan pusat itu.

Beliau berkata, ini merupakan acara utama lawatan perdana menteri ke UK.

Charles, yang begitu aktif mempromosi dasar pelbagai agama, adalah penaung OCIS, sementara Najib adalah anggota Majlis Tertinggi OCIS dan pernah memberikan syarahan bertajuk "Coalition of Moderates and Inter-civilizational understanding" (Gabungan Sederhana dan Persefahaman Antara Tamadun).

Majlis itu berlangsung di Istana St James pada petang Selasa.

"Malaysia amat dihargai kerana penglibatannya dalam pelbagai aktiviti di OCIS. Ahli-ahli akademik kita juga terlibat di pusat itu," kata Zakaria kepada
media Malaysia di London, hari ini.

OCIS memfokus usaha terhadap pengajian Islam dan masyarakat Muslim dan mempunyai hubungan kerja yang rapat dengan Malaysia. Malaysia banyak terlibat dalam pembinaan pusat baru OCIS dan telah menyumbangkan ukiran kayu kepada pusat itu.

Lawatan Najib ke UK berlaku hanya sebulan selepas lawatan Perdana Menteri Britain David Cameron ke Malaysia dan ini mencerminkan hubungan rapat antara kedua-dua negara, dan yang punya ikatan sejarah yang erat.

Beliau menyebut lawatan Cameron ke Malaysia yang berlaku sejurus selepas Najib melwat United Kingdom pada Julai tahun lepas.

Beliau juga mengulas perayaan Jubli Intan Ratu Elizabeth tahun ini, di mana Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah diundang oleh Ratu ke perayaan itu.

"Ini jelas membuktikan hubungan erat antara kedua negara," kata Zakaria.

Semasa lawatan itu, perdana menteri yang diiringi oleh isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, akan juga melancarkan Rakan Barisan Nasional UK (FBNUK) pada Isnin.

Zakaria berkata, kelab itu ditubuhkan oleh rakyat Malaysia di UK dan di Malaysia.

"Ia adalah satu usaha untuk menghubungi rakyat Malaysia lain dan menyampaikan kepada mereka pelbagai program yang telah dilancarkan Perdana
Menteri," kata beliau.

Wakil itu juga berkata, kelab itu merupakan pusat sehenti di mana rakyat Malaysia boleh mendapatkan maklumat berhubung perdagangan, rangkakain kerja dan juga pelancongan.

Kelab itu akan membantu perbadanan lain Malaysia seperti Malaysia External Trade Development Corporation (Matrade) dan Malaysian Investment Development Authority (MIDA).

Rakyat Malaysia di London akan juga berpeluang bergaul dengan perdana menteri di majlis "Evening with the Prime Minister" dijadualkan pada lewat petang esok.

Zakaria menjangkakan kehadiran ramai orang di The 02 arena di Greenwich di East London, yang boleh menampung kira-kira 2,000 orang.

Perdana menteri akan juga menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Felda Global Ventures dan rakan-rakan strategiknya.

Najib dan isteri dijangka berlepas ke Amerika Syarikat pada malam Selasa. -SH


Pas: Kalau berani bubar Parlimen sekarang

Alor Setar - "Najib dan seluruh kepimpinan Umno, kalau berani bubar Parlimen sekarang!" demikian laung Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub di hadapan lebih 10,000 penyokong dan jentera Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Pas Kedah semalam.

Gambar: Bersatu dan bersiap sedia. Jentera PRU Pas Negeri Kedah bersemangat melaungkan takbir untuk berjuang dalam PRU13.

Laungan itu disambut seluruh jentera yang hadir dengan gema "Bubar! Kami sudah bersedia!" yang menunjukkan Pas Kedah sudah bersedia pada bila-bila masa untuk menghadapi PRU13, yang dijangka diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada bila-bila masa.

Hari ini, Sinar Harian dan Sinar Harian Online ada membawa laporan memetik sumber berkata Najib akan membubarkan Parlimen esok.

Himpunan Jentera PRU Pas Kedah yang diadakan di Stadium Mini Guar Chempedak dekat sini bermula seawal jam 5 petang dan berlarutan hingga jam 12 tengah malam, dihadiri lebih 10,000 penyokong dan jentera PRU Pas Kedah untuk mendengar amanat dan pesanan daripada kepimpinan tertinggi ngeri dan Pas Pusat.

Amanat PRU13 disampaikan oleh Ketua Pemuda Pas Negeri Kedah, Ahmad Yahya; diikuti Ketua Muslimat Pas Negeri Kedah, Datuk Siti Ashah Ghazali; Ketua Dewan Ulama Pas Kedah, Syeikh Mohamad Abdullah; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar.

Sementara itu, Azizan dalam amanatnya kepada jentera PRU Pas Negeri Kedah menyeru supaya ahli dan jentera PRU Pas berjuang berhabis-habisan bagi mempertahankan kemenangan Pas di Kedah.

"Kita kena mempertahankan kemenangan, jika Pakatan Rakyat (PR) kalah, (jentera PRU Pas) tak buat kerja sungguh-sungguh, bila depa (Barisan Nasional) perintah depa ghonyeh (rosakkan) balik (pentadbiran Negeri Kedah)," katanya.

Walaupun waktu sudah 11.30 malam, namun semangat penyokong dan jentera PRU Pas Negeri Kedah tidak luntur malah semakin berkobar-kobar tatkala Salahuddin membacakan amanat Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
-SH


Ulasan GB

Bukti perhimpunan sambutan ke 66 UMNO di Bukit Jalil gagal.

Jika berjaya, Najib pasti teruja dan dan telah menghadap Agong untu mohon perkenan pembubaran parlimen.

Belum lagi.... takut sebab beliau lihat yang datang budak-budak yang belum boleh mengundi...





No comments: