Kelab Greenboc |
- Orang Islam Yang Pegang Ajaran Islam Tak Akan Makan Rasuah - Guan Eng
- Tol Sudah Sepatutnya Dihapuskan, Berapa Banyak Lagi Mahu Untung?
- PAS Buat Keputusan Tangguh Muktamar, Himpunan Raksasa I Jun Di Alor Setar
- Isu Air Selangor : Khalid Selar Najib Sebagai Bukan Negarawan
- Mat Sabu: PR Mahu 'Guling' BN, Tapi Bukan Guna Kekerasan
- Janda Dicekup Khalwat Bersama Kekasihnya
- UMNO Gunakan Kemewahan Butakan Hati Ahlinya
- Kerajaan UMNO BN Tertekan, Tubuh Akademi Undang-Undang Untuk Saingi Majlis Peguam
- Najib Berdepan Dengan Saman Malu Akibat Keceluparannya
Orang Islam Yang Pegang Ajaran Islam Tak Akan Makan Rasuah - Guan Eng Posted: 13 May 2012 05:05 PM PDT RM500 Untuk Tahfiz: Satu Lagi Bukti DAP Bukan Parti Anti-Islam, Melayu SHAH ALAM, 11 MEI: Seorang wartawan bangsa Cina pernah bertanya kepada Lim Guan Eng, mengapa Kerajaan Pulau Pinang memberi RM500 kepada pelajar Maahad Tahfiz yang menghafal Al-Quran 30 Juz? Ketua Menteri Pulau Pinang itu menjawab: "Orang Islam yang pegang kepada ajaran Islam mereka tidak akan makan rasuah." Malah Kerajaan Pulau Pinang yang diterajui, DAP – parti yang dimomokkan sebagai anti-Melayu dan anti-Islam – memperuntukan lebih dana bagi program pembangunan Islam di negeri itu berbanding dengan pentadbiran Umno-BN yang sebelumnya. Menurut MP Shah Alam Khalid Samad, Kerajaan Pakatan Pulau Pinang meningkatkan bajet pembangunan dan pentadbiran Islam ke RM 24 juta setahun berbanding RM 12 juta semasa di bawah Umno-BN. "Ini bukanlah retorik atau percakapan tetapi berdasarkan amalan dan dasar-dasar yang dilaksanakan Lim Guan Eng di Pulau Pinang," Khalid berkata di dalam wacana bertajuk 'Melayu, Islam dan DAP' yang diadakan diBangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah semalam. Khalid menambah, kehadiran wakil rakyat DAP dalam majlis berbuka puasa, pemberian sumbangan kepada surau dan masjid, kehadiran dalam majlis rasmi yang diadakan di Masjid dan Surau turut membuktikan bahawa DAP bukan sebuah parti yang anti Melayu-Islam seperti yang digembar-gemburkan oleh media pro-Umno-BN. Ini dikuatkan lagi dengan amalan pemimpin dan perwakilan parti yang menggunakan Bahasa Malaysia ketika memberikan ucapan dalam perhimpunan parti. "Bermula 2005, 2006 semenjak Lim Guan Eng menjadi Setiausaha Agung mengambil alih barisan kepimpinan DAP, sudah banyak perubahan yang dilakukan," kata Setiausaha Politik Setiausaha Agung DAP, Zairil Khir Johari. "Kita telah memahatkan perlembagaan kita kepada perlembagaan Malaysia termasuklah artikel 153 antaranya bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan raja-raja Melayu dan keistimewaan orang-orang bumiputra," ujar Zairil, seorang panelis di dalam wacana tersebut. Manakala panelis dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Maszlee Malik pula berkata persepsi yang ditanamkan oleh Umno-BN yang DAP anti-Melayu menyembunyikan hakikat bahawa parti komponen gagasan itu yang sebenarnya mengamalkan dasar perkauman. Contohnya, MCA sendiri merupakan sebuah parti yang hanya membuka keahliannya ekslusif kepada masyarakat berbangsa Cina, manakala Umno dan MIC turut menghadkan keahlian parti mereka kepada orang Melayu dan India. Sedangkan DAP merupakan sebuah parti yang terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Hujah ini disokong oleh Ketua Eksekutif Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan yang berpendapat DAP adalah sebuah parti yang lebih terkehadapan berbanding Umno, MCA dan MIC. Menurutnya ketiga-tiga parti komponen utama BN itu masih lagi terperangkap dengan kepompong etnik berbanding memperjuangkan idealogi sosial demokrat yang dibawa oleh DAP. |
Tol Sudah Sepatutnya Dihapuskan, Berapa Banyak Lagi Mahu Untung? Posted: 13 May 2012 09:50 AM PDT Antara perkara utama adalah kaji hapus tol SUBANG JAYA: Ahli Parlimen Shah Alam, Abdul Khalid Samad hari ini memberitahu apabila Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya, antara perkara yang utama akan dipertimbangkan adalah menghapuskan tol bagi mengurangkan beban rakyat. Beliau yang ditemui ketika himpunan hapuskan tol di Tol Batu Tiga memberitahu apa yang dilakukan ini adalah tindakan rakyat untuk mendesak kerajaan agar menghapuskan tol di Lebuhraya Persekutuan iaitu Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau. Lebih kurang seribu orang hadir bagi mendesak tol dihapuskan di kedua-dua tempat iaitu Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau. Bayaran yang dikenakan sebanyak RM1 bagi Tol Sungai Rasau dan RM1.10 untuk kepada sebuah kereta telah mengakibatkan kesesakan yang teruk setiap awal pagi dan juga petang. Turut hadir pada himpunan tersebut adalah exco kerajaan negeri, Ronnie Liu, Adun Seri Muda, Suhaimei Shafiei dan juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin. "Ini merupakan satu program yang ditunjukkan oleh rakyat agar kedua-dua tol di Lebuhraya Persekutuan dihapuskan dengan segera supaya ia tidak terus membebani rakyat. "Kita menjangkakan sepanjang tiga puluh tahun operasi tol ini, syarikat tersebut sudah mendapat kembali modal yang mereka keluarkan malah telah mendapat keuntungan yang berlebihan," kata Khalid. Tambahnya Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau merupakan tol yang terawal beroperasi di bawah kendalian Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) hampir tiga puluh tahun operasi. "Tol ini merupakan yang paling laris dan mustahil jika pihak Plus belum mendapat apa-apa keuntungan dari pengoperasian mereka. "Malah sebelum tol ini beroperasi, lebuhraya persekutuan telah wujud lebih awal iaitu sekitar tahun 60an bagi menghubungkan Kuala Lumpur dan Pelabuhan Klang," sambung beliau yang turut serta dalam himpunan tersebut. Maka atas dasar tersebut, Khalid berpendapat tol ini sudah sepatutnya dihapuskan. Menurutnya lagi, kewujudan kedua-dua tol tersebut telah menyebabkan berlakunya kesesakan lalulintas yang teruk pada awal pagi dan waktu petang. "Matlamat mewujudkan lebuhraya adalah untuk mengurangkan kesesakan lalulintas tetapi kalau tol menyebabkan kesesakan melampu saya pasti matlamat mewujudkan lebuhraya ini tidak akan tercapai. "Bagi saya penghapusan tol ini selain dapat membebankan kos sara hidup rakyat ia juga dapat mengurangkan kesesakan lalulintas," tambah beliau lagi. -HD 5 minit tol percuma di Batu Tiga |
PAS Buat Keputusan Tangguh Muktamar, Himpunan Raksasa I Jun Di Alor Setar Posted: 13 May 2012 08:32 AM PDT PRU13: PAS tangguh muktamar, ganti himpunan raksasa Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, ia akan digantikan dengan perhimpunan raksasa pada 1 Jun di Alor Setar, Kedah yang akan memberi fokus sepenuhnya kepada pilihan raya umum ke-13. "PAS lebih menumpukan kepada persediaan menghadapi pilihan raya umum yang masih menjadi teka-teki, itulah demokrasi di negara itu. "Jadi PAS tangguh muktamar ke satu tarikh lain dan akan adakan ijtima' dan munajat perdana untuk perkasakan jentera dan ahli di seluruh negara bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13," kata beliau pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat di ibu pejabat parti, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini. Beliau berkata, Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar akan menjadi pengarah bagi ijtima' yang dijangka dihadiri lebih 100,000 ahli parti itu. "Maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa. "PAS tak akan sediakan bas untuk ke sana tapi semua atas usaha ahli sendiri tapi kita yakin kehadiran lebih 100,000," katanya. Sementara itu, Ustaz Hadi juga memaklumkan seratus peratus nama calon dari setiap negeri sudah dihantar ke Jawatankuasa Pusat dan diluluskan Majlis Syura. "Jawatankuasa Pusat memberi kepercayaan kepada Dewan Harian PAS Pusat untuk meneliti semua calon yang dikemukakan kepada pusat dan diluluskan Majlis Syura," katanya. Tambah beliau juga, isu pertindihan kerusi dengan PKR dan DAP akan diselesaikan oleh Jawatankuasa Bersama dalam Pakatan Rakyat. "Itu akan diselesaikan oleh jawatankuasa bersama dalam Pakatan Rakyat," katanya. Turut bersama pada sidang media ialah Timbalan Presiden, Mohamad Sabu, Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub, serta Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali. -HD |
Isu Air Selangor : Khalid Selar Najib Sebagai Bukan Negarawan Posted: 13 May 2012 07:04 AM PDT Isu Air : Najib Razak Bukan Negarawan BANTING 12 MEI : Kenyataan Datuk Seri Najib Razak berhubung isu air di Selangor membuktikan Perdana Menteri hanyalah seorang ahli politik yang tidak bertanggungjawab dan bukannya negarawan sebenar yang sepatutnya mengutamakan kepentingan dan kebajikan rakyat. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kenyataan Najib itu juga bertentangan dengan titah DYMM Sultan Selangor yang menyeru semua pihak tidak mempolitikkan isu air demi kepentingan rakyat dan pembangunan negeri. "Kita telah mengadakan beberapa siri perbincangan dan tawaran kepada syarikat konsesi termasuk menggunakan arbitari antarabangsa. "Bagaimanapun, kita tidak menerima maklum balas malah Kerajaan Pusat berdolah-dalih untuk melaksanakan Akta Industri Perkhidmatan Air yang memberi kuasa kepada kerajaan negeri menguruskan air. "Jika Perdana Menteri negarawan sejati, beliau sepatutnya mengarahkan penstrukturan semula industri air di Selangor diselesaikan dengan segera," katanya. Abdul Khalid berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Visit Kuala Langat 2012 di Pantai Morib sempena Program Mesra Khas Terima Kasih Rakyat peringkat Daerah Kuala Langat. Beliau juga berjanji kepada rakyat Selangor yang tarif air hanya akan dinaikkan pada kadar munasabah sekitar 12 peratus dan pemberian air percuma 20 meter padu pertama setiap bulan diteruskan, jika selesai penstrukturan semula air. Kadar kenaikan air mengikut pelan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) adalah melebihi 70 peratus. "Rancangan kerajaan Selangor adalah menjaga kebajikan rakyat keseluruhan. Justeru, Perdana Menteri perlu mengotakan janji untuk mengutamakan rakyat dengan mempercepatkan penstrukturan air," katanya. Menteri Besar berkata, Kerajaan Selangor kosisten dengan pendirian bahawa projek Langat 2 dibina selepas rundingan penstrukturan semula diselesaikan. Sementara itu, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin berkata, laporan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) yang diterima setiap bulan menunjukkan bekalan air mentah di Selangor pada tahap lebih dari mencukupi. "Masalah ialah bekalan air bersih kerana kegagalan syarikat konsesi mengguna sepenuhnya loji-loji rawatan air yang sedia ada, tidak menaiktaraf paip-paip air dan gagal mengurangkan kadar air tidak berhasil (NRW)," katanya. - selangorku |
Mat Sabu: PR Mahu 'Guling' BN, Tapi Bukan Guna Kekerasan Posted: 13 May 2012 05:29 AM PDT Kota Bharu - Pakatan Rakyat (PR) hanya akan menggulingkan kerajaan menerusi pilihan raya yang bersih bukannya melalui kekerasan seperti dakwaan pihak tertentu. Gambar: A Samad Said berkongsi pengalamannya menyertai Bersih 3 0 di Kota Bharu. Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, PR nekad menukar kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), namun dakwaan yang mengatakan pihaknya akan menggunakan kekerasan hanya fitnah semata-mata. "Betul, kita nak gulingkan kerajaan tetapi kita akan melakukannya berdasarkan pilihan raya bersih dan bukannya melalui kekerasan pada himpunan yang lalu seperti didakwa," katanya sempena Ceramah Perdana Pasca Bersih 3.0 di sini. Turut hadir dalam ceramah yang dihadiri 10,000 pengunjung, Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, Sasterawan Negara yang juga Pengerusi Bersama Bersih 3.0, Datuk A Samad Said dan Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke. Muhamad menegaskan himpunan Bersih 3.0 yang disertai ratusan ribu rakyat itu menakjubkan dengan penglibatan pelbagai bangsa dan ia menunjukkan rakyat bersatu untuk memilih kerajaan baru dalam pilihan raya akan datang. "Sekiranya tuntutan rakyat ini tidak dipenuhi saya berharap pihak Bersih boleh memerintahkan kita untuk melaksanakan Bersih 4.0 dan dianggarkan kira-kira satu juta orang akan berhimpun dan ada yang menyatakan kesungguhan menyokong himpunan ini," katanya. Dalam masa sama, Mohamad meragui panel Siasatan Bebas Bersih 3.0 yang diketuai oleh Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar kerana beranggapan masih ramai bekas pegawai dan peguam yang boleh dilantik. Mohamad turut menegaskan beliau tidak pernah memusuhi pihak polis, namun menentang kekejaman yang dilakukan oleh segelintir anggota keselamatan itu yang bertindak kejam ketika menyuraikan perhimpunan. Sementara itu, Samad berkata, golongan sasterawan menyedari kepentingan keadilan dalam pemerintahan yang sebelum hanya diperjuangkan oleh golongan politik sahaja. "Buktinya, Bersih 1.0 digerakkan golongan kuasawan (berkuasa), namun Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 bukan lagi dikepalai orang politik dan pada awalnya saya hadir memberi sokongan sahaja, namun diminta berada di barisan depan sebagai pengerusi bersama Bersih 3.0 bersama Datuk Ambiga," katanya. Anthony dalam ucapannya berkata, Bersih 3.0 pada 28 April lalu mendapat sokongan luar biasa daripada anak muda Cina yang dianggarkan kehadiran mencecah puluhan ribu. |
Janda Dicekup Khalwat Bersama Kekasihnya Posted: 13 May 2012 03:56 AM PDT Ampang - Seorang janda dicekup khalwat dengan kekasihnya di sebuah hotel bajet di Taman Muda, di sini, awal pagi semalam. Janda anak satu yang bercerai dengan suaminya sejak sembilan bulan lalu memberi alasan dia tidak ada tempat tinggal apabila datang dari Nilai, Negeri Sembilan ke Kuala Lumpur untuk mendaftarkan diri di salah sebuah universiti di ibu kota hari ini. Pasangan itu dicekup kerana disyaki berkhalwat di sebuah bilik hotel pada jam 4 pagi oleh sepasukan anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah. Pegawai Masjid Al-Azim Ahmad Nawi Othman berkata, selepas pihaknya mengetuk pintu beberapa kali, seorang lelaki berpakaian lengkap terkejut melihat kehadiran penguatkuasa sebelum membenarkan mereka masuk untuk membuat pemeriksaan. "Kami menemui seorang wanita yang hanya berseluar pendek keluar dari tandas, mereka mengaku pasangan kekasih selepas gagal menunjukkan bukti mempunyai hubungan mahram," katanya. Ahmad Nawi berkata, lelaki berusia 27 tahun itu bekerja di sebuah syarikat telekomunikasi itu sanggup mengambil pasangannya yang berusia 27 tahun itu dari Nilai kemudian bawa ke hotel berkenaan. Dalam serbuan sama di bilik berasingan, seorang penuntut universiti dicekup khalwat bersama pasangannya. Beliau berkata, perempuan berusia 23 tahun itu memberi alasan mahu berkahwin dengan teman lelakinya. "Perempuan itu memberitahu keluarganya tidak merestui perhubungan mereka kerana pasangannya yang berusia 24 tahun itu bekerja sebagai kontraktor," katanya. Kesemua yang ditahan dibawa ke Balai Pandan Indah. |
UMNO Gunakan Kemewahan Butakan Hati Ahlinya Posted: 13 May 2012 02:50 AM PDT Membeli rakyat dengan kemewahan PETALING JAYA: Umno bukan seperti parti-parti lain. Tidak ada parti lain yang boleh menandingi Umno – parti terbesar berusia 66 tahun itu. Sama ada dari jumlah ahli atau kemewahan, Umno adalah nombor satu. Kehadiran puluhan ribu ahli Umno ke Stadium Nasional di Bukit Jalil malam tadi kerana menyambut kelahiran parti itu bukan sesuatu yang di luar jangkaan. Nyata sambutan itu mewah dan meriah. Sambutan yang meriah itu memang sudah sinonim dengan Umno. Sebelum ke Bukit Jalil, ahli-ahlinya bermalam terlebih dahulu di hotel yang di tempah khas di sekitar Kuala Lumpur dan lokasi berdekatan. Mereka menaiki bas yang disewa khas dan dijanjikan wang saku. Ini tradisi Umno bagi ahlinya yang tinggal di luar ibu kota bagi menghadiri program parti termasuk perhimpunan agung Umno di PWTC. Sesetengah mereka menaiki khas jabatan kerajaan kerana wakil rakyat mereka menjadi Exco kepada jabatan berkenaan. Beberapa ahli Umno berkata, mereka sangat beruntung menjadi ahli parti itu terutama ketika menghadiri program parti di Kuala Lumpur. Rosli Awang dari Kuala Terengganu berkata, "Saya datang ke Kuala Lumpur semuanya percuma." "Saya tidur di Hotel Grand Seasons dan dijanjikan wang poket tetapi belum dapat lagi. Masa perhimpunan agung Umno pun begini juga." Jadi anggaran kasar 100, 000 orang mendengar ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak di Stadium Bukit Jalil bukan luar biasa dan mengejutkan. Dengan kekayaan yang ada, Umno boleh membawa seberapa ramai yang mereka mahu. Jangan lupa ahli parti itu berjuta orang. Namun menjelang pilihan raya umum 13 yang kini di depan mata, kemeriahan sambutan 66 tahun itu mungkin untuk seketika sahaja. Percakapan di cawangan dan bahagian ialah Umno masih tidak dapat bersatu padu sepenuhnya. Tolak calon parti "Isu yang paling besar ialah masih tidak semua ahli akan setuju dengan calon yang dipilih parti. Ini yang berlaku dalam setiap kali pilihan raya. "Umno kalah kerana sikap pemimpin di cawangan dan bahagian berlaku tikam belakang menjelang pilihan raya. Kerana mereka tidak bersatu, kerana ada kepentingan sendiri, ahli akar umbi berpecah belah. "Umno kalah kerana tidak bersatu. Mereka bermusuhan sesama sendiri," kata Rosli lagi. Apa yang berlaku itu mungkin satu contoh sahaja. Barangkali perkara serupa timbul juga ditempat lain. Najib mungkin menyedarinya tetapi apa yang boleh dilakukannya? Beliau cuma boleh merayu tetapi apa yang berlaku sebelum ini tidak semua suara presiden didengari. Ini yang berlaku kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika menghadapi pilihan raya umum 2008 yang menyebabkan BN kalah empat negeri – Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak. Perbalahan sesama sendiri adalah musuh dalam parti. Adakah ahli Umno memberi sokongan sepenuh hati kepada Najib? Adakah rakyat boleh menerima sepenuhnya pemerintahan Najib? Untuk menukurnya dari segi program turun padang atau bantuan kepada rakyat ia bukan jaminan BN secara automatik mendapat undi. Pengundi sudah bijak. Mereka kini menilai antara kebaikan yang dibuat BN sejak 1957 dengan harapan baru yang diberikan Pakatan Rakyat. -FMT |
Kerajaan UMNO BN Tertekan, Tubuh Akademi Undang-Undang Untuk Saingi Majlis Peguam Posted: 13 May 2012 12:16 AM PDT Kerajaan Setuju Cadangan Bentuk Organisasi Baru Pegum - Nazri Aziz KUALA KANGSAR: Kerajaan bersetuju dengan tuntutan golongan peguam yang mahu membentuk satu organisasi baru bagi mewakili mereka mempertahankan profesion, kebajikan dan kepentingan guaman, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. Gambar: Para peguam yang menyokong usul kutuk kekerasan polis di perhimpunan Bersih 3.0 Beliau berkata golongan peguam itu boleh membentuk organisasi itu atas nama persatuan atau agensi lain yang baru seperti Akademi Undang-undang dengan menggunakan pendekatan lain. "Kalau (mahu) ada satu persatuan dan agensi yang lain yang (boleh) dibentuk untuk mewakili mereka yang berkelulusan undang-undang mesti tahu, Malis Peguam (sedia ada) hanya mewakili mereka yang praktis undang-undang dan berdaftar dengan majlis itu sahaja. "Tapi ada juga yang lulusan undang-undang jadi pensyarah namun tidak menjadi anggota majlis berkenaan. Ada lulusan udang-undang yang bekerja di bank-bank dan sektor korporat. Mereka ini bukan 'practising lawyer', mereka tidak jadi anggota majlis, tidak ada persatuan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada program Profesional Guru-guru Daerah Kuala Kangsar Zon Padang Rengas di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Perak di Padang Rengas di sini, Sabtu. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan anggota Majlis Peguam Abu Backer Sidek supaya sebuah badan guaman baru yang bebas dibentuk kerana Majlis Peguam sedia ada gagal dipertahankan sebagai sebuah badan yang profesional dan berintegriti. Menurut Mohamed Nazri, golongan peguam berkenaan boleh mewujudkan Akademi Undang-undang yang mewakili semua lulusan undang-undang di negara ini. Katanya beliau tidak terkejut apabila terdapat anggota Majlis Peguam sendiri tidak berpuas hati dengan badan itu. Majlis Peguam sepatutnya menjaga anggota dan kepentingan profesion guaman serta mengambil tindakan terhadap mana-mana peguam yang didapati menyelewengkan hasil aduan yang dibuat orang ramai terhadap peguam yang terbabit, katanya. "Saya dari awal lagi menyatakan kalau Majlis Peguam mahu terlibat politik, sila daftar sebagai parti politik maka tidak berbangkitlah masalah seperti hari ini. "Ia ada hampir 20,000 anggota dan hanya 1,270 hadir (semalam ke mesyuarat agung luar biasanya). Itu tidak mewakili kehendak suara majoriti peguam-peguam," katanya. Beliau berkata pemilihan dalam jawatankuasa Majlis Peguam juga dimonopoli oleh segelintir kumpulan sahaja kerana sistem pemilihannya dibuat secara pos dan tiada sistem undi serta peti undi. Pada Jumaat, Majis Peguam meluluskan 12 resolusi pada mesyuarat agung luar biasanya yang antaranya mengecam tindakan polis menggunakan meriam air dan gas pemedih mata terhadap peserta perhimpunan yang bertukar ganas di ibu negara pada 28 April lepas. Mengenai tuntutan Majlis Peguam supaya Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara memohon maaf atas tindakan polis ketika perhimpunan berkenaan, Mohamed Nazri berkata tidak ada kesalahan yang dilakukan pihak berkuasa. "Jangan mimpi, esok matahari terbit di timur, kita tidak akan meminta maaf. Jangan mimpi. Tidak ada kesalahan yang dilakukan oleh kita. Dia patut bubarkan (Majlis Peguam) kerana mendatangkan malu besar pada profesion dia. Susah sangat lawan sayalah (dalam pilihan raya)...kalau tidak anda hanya penakut, bacul," katanya. Beliau turut berkata pihaknya akan meneliti sekiranya penganjur perhimpunan berkenaan Datuk S.Ambiga melanggar apa-apa kesalahan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2011 terutama kerana menghina mahkamah. "Kita nak tengok kalau dia ada langgar apa-apa kesalahan di bawah akta baru ini. Kita nak lihat di bawah (kesalahan) menghina mahkamah (kalau) saya nak minta supaya dia didakwa. "Paling ketara adalah menghina mahkamah sebab jelas ada perintah mahkamah yang tidak boleh dilanggar. Dia ketua, jadi dia mesti ambil semua tanggungjawab ini. Jangan 'semut' sahaja kena dakwa, anda sebagai ketua nak lari?," soalnya.-BERNAMA Usul kecam kekerasan polis: Hanya 16 daripada 1270 tentang Ulasan GB Faktanya: Kerajaan UMNO BN kini tertekan dengan keadaan rakyat sudah tidak menyebelahinya apabila 99% peguam yang hadir menyokong usul mengutuk keganasan polis semasa perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu, hanya 16 orang menentang usul berkenaan. Namun, kerajaan UMNO BN masih dengan sindrom penafian, tak mahu terima hakikat itu lantas menuduh Majlis Peguam yang bebas itu mahu menjadi parti politik. Lalu diluluskan penubuhan sebuah lagi klon Majlis Peguam dengan harapan hendak menyaingi Majlis peguam yang sedia ada. Untuk mengelakkan daripada mendapat malu besar berkemungkinan kurangnya peguam menyertai pertubuhan baru itu, maka dinamakan pertubuhan baru itu sebagai Akademi Undang-undang dengan menerima masuk mereka yang bukan dari profeyen peguam sebagai ahli seperti para pensyarah dan sebagainya. Hukum kebenaran dan keadilan tidak dapat ditolak. Yang bersalah tetap bersalah walaupun berpuluh atau beribu klon majlis peguam ditubuhkan oleh kerajaan. Lagi faktanya apa>? Keganasan polis sudah tidak boleh lagi ditutup. Rakyat segenap lapisan telah mula bangun dan bersuara. Keganasan dan kezaliman polis adalah hasil daripada sikap dan tindakan kerajaan UMNO BN yang membiarkan mengizinkannya untuk menekan rakyat yang tidak menyokongnya. Namun di sisi lain, yakinlah tindakan UMNO BN itu sia-sia, air dari gunung akan terus melimpah dan tidak mungkin dapat disekat oleh sesiapa, atau anda akan mati jika cuba menghalangnya. |
Najib Berdepan Dengan Saman Malu Akibat Keceluparannya Posted: 12 May 2012 09:23 PM PDT Haram jadah: Najib mohon maaf atau saman malu KULAI, 13 Mei: Ungkapan 'haram jadah' yang diulang dua kali oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang ditujukan kepada penentang-penentang penyenaraian FGVH adalah terlalu kesat dan tidak sewajarnya disebut oleh seorang Perdana Menteri. Sehubungan itu, Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman kepimpinan Anak Negeri Johor membuat laporan polis di Balai Polis Kulai, semalam terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak. Kata Mazlan, ia ekoran ucapan Najib ketika mengumumkan 'Durian Runtuh' di Felda Jengka 8 di Pahang pada 8 Mei lalu. Beliau berkata, 'haram jadah' dalam kamus DBP bermaksud 'Anak Luar Nikah' dan ia sangat bertentangan prinsip Rukunegara- Kesopanan dan Kesusilaan'; apatah lagi ajaran Islam yang menekankan ketinggian akhlak dan moral, lebih-lebih lagi pemimpin yang sepatutnya menjadi contoh ikutan rakyat. "Laporan polis mendesak PM menarik balik ucapannya dan meminta maaf secara terbuka kerana golongan yang tidak bersetuju dengan penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia terlalu ramai," ujarnya. Mazlan menambah, ia bukan sahaja warga Felda tapi umumnya rakyat yang terlalu sayang dengan prihatin dengan masa depan institusi Melayu seperti Felda. Katanya, pihak peguam akan menghantar notis tuntutan permohonan maaf oleh PM dan jika gagal berbuat demikian, saman malu akan dikemukakan. -HD klik untuk baca |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment