Kelab Greenboc |
- Karnival Umno Semalam Lengang & Sunyi Sepi
- [BERGAMBAR] Aisyah Serah Borang Sertai PAS, Dr Chua Jui Meng & Tamrin Ghafar Hadir Sama
- Kenapa Tiba-tiba NST & Utusan Minta Maaf Kepada Senator Australia, Xenophon?
- Nik Aziz: Selagi Tuntutan Tidak Dipenuhi, Akan Tetap Ada BERSIH 4.0
- Ibrahim Ali Tertidur, Majlis Fatwa Sudah Putuskan Perkataan Islam Boleh Digunakan
- [KAJIAN] Isu "2L" (Lembu NFC & Lynas) Bakal Buat UMNO BN Terkangkang Pada PRU13
- Pengarah Jais Mengaku Beliau Ahli Umno
- [Bergambar] 2 Buah Bas Bawa Ahli UMNO Terengganu Ke Bukit Jalil Kemalangan Di Tol Rasah
- Najib: Rasa-rasa Nak Mengadap Agong Esok (Hari Ini)
Karnival Umno Semalam Lengang & Sunyi Sepi Posted: 12 May 2012 05:15 PM PDT Bukit Jalil: hari kedua sambutan ulangtahun ke 66 semalam berlangsung dengan keadaan sunyi sepi. Hanya segelintir dari jumlah yang dikatakan 70,000 yang memenuhi Stadium Bukit Jalil pada malam sebelumnya hadir pada tengahari semalam. Terdapat beberapa buah khemah pameran dan gerai yang telah dipasang di luar stadium, tetapi tidak ramai orang menjengahnya. Tiada seorang ahli politik pun yang datang berhimpun pada malam sebelumnua kelihatan hadir di karnival pada hari semalam, yang hanya dihadiri tidak lebih dari 300 orang sahaja pada awal tengahari. Mengikut aturcara program, karnival yang "masuk-percuma" itu sepatutnya bermula jam 10 pagi. Kebanyakan tumpuan hanya di khemah expo kerjaya oleh Pemuda BN, arena paintball dan beberapa gelanggang futsal. "Hari ini pagi Sabtu. Keadaan begitu sunyi. Saya harap lebih ramai akan datang pada sebelah tengahari," kata seorang yang enggan dikenali selepas membahagikan risalah-rasalah pada jam 11 pagi. Hal ini sepatutnya tuidak berlaku, sedangkan taman "inflatable castles" dan "skateboard" juga telah diwujudkan. Malah, kerana terlalu kurang orang yang menghadiri karnival tersebut, beberapa kakitangan yang bosan mwnunggu pengunjung mengambil kesempatan menghiburkan diri mereka dengan bermain sendiri di khemah-khemah berkenaan. Karnival akan berakhir jam 6 petang hari ini. -FMT |
[BERGAMBAR] Aisyah Serah Borang Sertai PAS, Dr Chua Jui Meng & Tamrin Ghafar Hadir Sama Posted: 12 May 2012 04:03 PM PDT Kuala Lumpur: Penyanyi popular bersuara lunak dan Juara Lagu 1990, Wan Aishah Wan Arifin secara rasmi menyertai PAS apabila menyerahkan borang keahlian PAS kepada Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat malam tadi. Ia berjalan di dewan besar, Kolej Universiti Zulkifli Mohamad (KUIZM) Taman Melewar dalam majlis ceramah perdana "Rakyat Melangkah Ke Putrajaya". Turut serta di majlis anjuran PAS Kawasan Batu itu adalah Tamrin Ghafar dan Datuk Seri Chua Jui Meng. Penyajak tersohor, Pyan Habib turut mendeklimasikan beberapa sajaknya. Dengan penyertaan Aishah, sudah ramai artis dan para sastrawan yang menyertai PAS. -HD
|
Kenapa Tiba-tiba NST & Utusan Minta Maaf Kepada Senator Australia, Xenophon? Posted: 12 May 2012 08:00 AM PDT Kuala Lumpur: Selepas New Strait Times, sebuah lagi akhbar Umno, Utusan Malaysia membuat permohonan maaf kepada senator Australia, Nicholas Xenophon selepas membuat laporan melulu terhadap beliau. Gambar: Xenophon [dua dari kiri] ketika bercakap dalam sidang media di Parlimen sebelum perhimpunan Bersih 3.0. Beliau adalah antara pemerhati luar yang datang ke Malaysia untuk melihat pelaksanaan demokrasi di negara ini. Utusan dalam penyataan mohon maaf hari ini turut menarik balik laporan mereka yang menuduh Nicholas Xenophon sebagai anti-Islam. Kedua-dua akhbar Umno itu membuat laporan melulu kepada Nicholas Xenophon selepas senator itu menyifatkan perhimpunan Bersih 3.0 aman sehinggalah dikacau oleh polis. NST dan Utusan membuat laporan kononnya Xenaphon penyokong LGBT, ungkapan yang ditujukan kepada kumpulan lesbian, gay, biseksual dan pondan. Berikut adalah kenyataan yang disiarkan Utusan hari ini. Kenyataan maaf dan penarikan balik ARTIKEL Utusan Malaysia bertarikh 30 April 2012 yang disiarkan pada 1 Mei 2012 pada muka surat 6 dan di dalam Utusan Online ('www.utusan. com. my') yang bertajuk 'Senator anti-Islam pantau Bersih 3.0'. Artikel tersebut merujuk kepada Senator Nicholas Xenophon, seorang senator bebas dari Selatan Australia. Utusan Malaysia mengesahkan terdapat kesilapan dalam menerbitkan pernyataan-pernyataan di dalam artikel tersebut. Kami menerima bahawa dalam ucapan beliau di Parlimen Australia yang dirujuk dalam artikel tersebut, Senator Xenophon tidak menggunakan perkataan 'Islam' dan beliau tidak juga menegaskan bahawa Islam bukanlah sebuah organisasi agama tetapi sebuah organisasi jenayah yang berselindung di sebalik kepercayaan agama. Berdasarkan sebab-sebab di atas, Utusan Malaysia dengan ini menarik balik dengan sepenuhnya kesemua pernyataan-pernyataan terkandung di dalam artikel tersebut dan secara tulus ikhlas memohon maaf kepada Senator Xenophon di atas kedukaan atau pengaiban yang diakibatkan kepada Senator Xenophon ekoran daripada penyiaran artikel tersebut. NST minta maaf kepada Senator Australia Senator Australia cadang turut saman Utusan Ulasan GB Kenapa tiba-tiba NST & UM membuat kenyataan memohon maaf kepada senator Australia, Nicholas Xenophon, sesuatu yang jarang benar dilakukan oleh media massa pro-UMNO/BN? Difahamkan bahawa ada arahan dari pihak kerajaan supaya kedua-dua akhbar tersebut memohon maaf. Ia dikatakan ada kaitan dengan pergerakan saham yang menurun yang salah satu sebabnya ialah penarikan diri para pelabur luar hasil dari kenyataan Xenophon yang hendak menyaman akhbar-akhbar tersebut. Berasaskan Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI telah turun 6.72 mata kepada 1,584.32 daripada 1,591.04 . Indeks Kewangan turun 32.59 mata kepada 14,173.49 daripada 14,206.08, Indeks Perusahaan rugi 29.7 mata kepada 2793.45 daripada 2,823.15 dan Indeks Perladangan merosot 68.76 mata kepada 8,640.20 daripada 8,708.96. Indeks FBM Emas turun 67.29 mata kepada 10,852.93 daripada 10,920.22, Indeks FBM ACE turun 32.76 mata kepada 4,542.68 daripada 4,575.44, Indeks FBM Mid 70 rugi 166.93 mata kepada 11,879.98 daripada 12,046.91 dan Indeks FBM T100 merosot 65.64 mata kepada 10,655.78 daripada 10,721.42. |
Nik Aziz: Selagi Tuntutan Tidak Dipenuhi, Akan Tetap Ada BERSIH 4.0 Posted: 12 May 2012 06:08 AM PDT Gombak - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata akan ada perhimpunan Bersih 4.0 jika isu-isu berkaitan dengan tuntutan pilihan raya bersih dan adil tidak diselesaikan dengan segera. "Bila timbul masalah Bersih (perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu), Syeikhul Azhar, Mufti Mesir masa itu mengatakan perhimpunan yang berlaku di Mesir haram. "Tetapi rakyat Mesir membandingkan dengan fatwa Dr Yusuf Al-Qardawi melalui buku ditulis beliau dan hasilnya tujuh juta rakyat Mesir turun ke jalan kerana fatwa Qardawi betul," katanya. Nik Abdul Aziz sebelum ini menggalakkan orang ramai khususnya ahli-ahli Pas agar menyertai Bersih 3.0 yang diadakan pada 28 April lalu. Malah beliau sendiri mengakui ada membiayai beberapa peserta perhimpunan itu. Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Langkah Rakyat ke Putrajaya di Markas Tarbiah Pas Pusat Taman Melewar dekat sini, malam tadi. Pada majlis itu, penyanyi popular bersuara lunak dan Juara Lagu 1990, Wan Aishah Wan Arifin menyerahkan borang keahlian menyertai Pas. Ceramah itu turut dihadiri bekas Menteri Kesihatan, Datuk Dr Chua Jui Meng dan anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tamrin Tun Ghafar Baba. Aishah ketika berucap pada majlis itu berkata, beliau mengambi keputusan menyertai Pas kerana merasakan ia fasa kedua dalam hidupnya selepas mendapat hidayah Allah. "Saya merasa terharu kerana diberi peluang memberi borang keahliannya kepada Tuan Guru Nik Aziz dan inilah perkara yang ingin saya buat setelah mendapat hidayah Allah," katanya. Dalam ucapannya, Nik Abdul Aziz berkata, rakyat negara ini perlu menukar parti yang memerintah Malaysia menerusi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dengan parti yang mendukung Islam. "Tidak kisahlah kaum mana pun yang akan berada di Putrajaya itu, Melayu ke, Cina Muslim ke, India Muslim ke asal dia berasas Islam seperti yang di bawa Nabi Muhammad, Insya-Allah kita boleh selamat," katanya. "Saya menyokong Bersih, itu baru 3.0, akan ada yang keempat lagi," kata beliau. Sebelum ini, pemimpin-pemimpin PKR memberitahu Sinar Harian Online bahawa pihaknya tetap dengan pendirian untuk terus menyokong jika akan ada perhimpunan Bersih 4.0. "Pihak kami belum berbincang apa-apa lagi mengenai perkara ini kerana belum ada sebarang pengumuman rasmi yang dibuat mengenai Bersih 4.0," kata Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli. Ahli Parlimen Subang, Sivarsa Rasiah pula berkata, pihaknya juga akan terus menyokong tindakan Bersih kerana setakat ini, kerajaan belum memberi sebarang jaminan mengenai tuntutan-tuntutan Bersih. "Saya juga akan terus menyokong kerana rakyat sendiri inginkan pilihan raya dibuat secara bersih, adil dan saksama," katanya lagi. Sebelum ini Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga pernah memberi amaran perhimpunan yang lebih besar akan diadakan jika kerajaan enggan memenuhi tuntutan agar disediakan persekitaran bagi pilihan raya yang bebas dan adil. -SH klik untuk baca |
Ibrahim Ali Tertidur, Majlis Fatwa Sudah Putuskan Perkataan Islam Boleh Digunakan Posted: 12 May 2012 03:28 AM PDT PERKASA cadang Majlis Fatwa kaji gugur nama Islam pada PAS PASIR MAS: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mencadangkan Majlis Fatwa Kebangsaan mengadakan muzakarah bagi membincangkan kewajaran PAS menggunakan perkataan Islam pada parti itu. Presidennya, Datuk Ibrahim Ali, berkata sudah sampai masanya majlis fatwa berbuat demikian memandangkan ia boleh mengelirukan umat Islam terutama di kalangan penyokong fanatik parti itu. Beliau berkata, ada yang menganggap setiap tindak tanduk atau kenyataan daripada pemimpin PAS sebagai tuntutan Islam. "Contohnya ialah seperti kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mewajibkan umat Islam khasnya penyokongnya menyertai perhimpunan yang dianjurkan pertubuhan bukan kerajaan yang menimbulkan kekacauan di ibu negara baru-baru ini. "Sedangkan beliau (Nik Aziz) sendiri tidak menyertai perhimpunan itu yang menyebabkan beberapa orang awam dan anggota polis cedera," katanya selepas majlis ceramah di sini, malam tadi. Beliau berkata, ini menunjukkan PAS menyeleweng jauh daripada Islam dan seolah-olah fahaman yang dibawa PAS semuanya adalah tuntutan Islam. Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, beliau sanggup mendedahkan lebih banyak penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa pemimpin parti itu terutama berkaitan pembelian tanah yang membabitkan pemimpin parti itu. "Saya sedia membawa perkara itu kepada pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) jika ada pemimpin parti itu sanggup mencabarnya berbuat demikian," katanya. Presiden Jalur Tiga (JATI) yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, yang turut serta pada majlis ceramah itu berkata JATI akan menghantar satu memorandum tuntutan 10 perkara kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, jika ahlinya mencecah 100,000 orang. Katanya, antara tuntutan utama ialah menggesa kerajaan menjadikan mata pelajaran agama Islam sebagai mata pelajaran wajib di peringkat peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR); Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). - BERNAMA Ulasan GB Apa yang dikemukakan oleh Ibrahim Ali itu menunjukkan betapa takutnya beliau terhadap nama "Islam" setelah beliau menipu PAS di dalam PRU12. Di dalam pilihanraya ke 12 pada 2008 Ibrahim Ali memperdayakan PAS dengan bertanding di atas tiket PAS dan setelah menang beliau telah melompat menjadi ahli bebas. Beliau menyedari beliau akan tewas jika bertanding melawan PAS di dalam pilihanraya akan datang ini, maka itu timbul cadangannya untuk menggugurkan nama Islam pada PAS> Tetapi malang, beliau tidak mengikuti perkembangan semasa kerana Fatwa sudah dikeluarkan pada 31 Mac 2000 yang menyatakan "1. Tiada halangan untuk menggunakan perkataan "Islam" oleh mana-mana pertubuhan, malahan digalakkan tetapi hendaklah berdisiplinkan ilmu, iman dan ehsan. Walau bagaimanapun mana-mana orang atau pertubuhan yang menggunakan Islam atau perkataan "Islam" untuk tujuan mengelirukan masyarakat atau penyelewengan adalah salah dan bercanggah dengan prinsip-prinsip syariat Islam dan boleh diambil tindakan menurut peruntukan undang-undang yang sedia ada." Majlis Raja-Raja juga pada 22 Mac 2001 telah memutuskan bahawa ia tidak menghalang penggunaan perkataan Islam pada mana-mana pertubuhan dan parti politik. Ia juga memutuskan bahawa tiada pihak berhak menentukan keislaman seseorang itu dengan mengenakan syarat-syarat tambahan setelah orang itu menepati rukun Iman dan rukun Islam. Keputusan itu yang dibuat berdasarkan usul Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam, dicapai pada mesyuarat ke-188 Majlis Raja-Raja selama dua hari di Istana Negara. Ternyatalah bahawa gesaan Ibrahim Ali itu adalah sesuatu yang karut malah menghina Majlis Fatwa dan Majlis Raja-raja yang telah memutuskan dengan jelas dan tegas: bahawa ia tidak menghalang penggunaan perkataan Islam pada mana-mana pertubuhan dan parti politik! |
[KAJIAN] Isu "2L" (Lembu NFC & Lynas) Bakal Buat UMNO BN Terkangkang Pada PRU13 Posted: 12 May 2012 01:09 AM PDT PRU13: Isu NFC boleh jejas imej Umno-BN Shah Alam - Kontroversi berkaitan dengan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), yang tercetus November lalu, dilihat sebagai antara isu masih 'segar' di kalangan pengundi dan boleh menjejaskan imej Umno dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kerana memberi gambaran parti itu mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa. Ia antara penemuan kajian kendalian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) yang baru dikeluarkan. Daripada lebih 2,200 responden ditemui, yang terdiri daripada pengundi berdaftar, majoriti pengundi mengatakan mereka bersetuju yang isu NFC menjejekasn imej Umno kerana ia memberi gambaran parti teras Barisan Nasional (BN) itu mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa. Isu itu telah membawa kepada tindakan mahkamah ke atas Pengerusi Eksekutif NFCorp, Datuk Seri Dr Salleh Ismail manakala isterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berundur sebagai anggota Kabinet apabila tempoh senator berakhir 8 April lalu. Kajian ini dijalankan dalam lingkungan tersebut. Hasil kajian yang diperoleh menunjukkan 68 peratus responden Melayu berada dalam kelompok sangat setuju dan setuju apabila diajukan soalan berkaitan. Begitu juga dengan responden kalangan pengundi Cina - masing-masing 31 peratus sangat setuju dan 49 peratus setuju. Pengundi India yang sangat bersetuju dan setuju dengan soalan itu masing-masing 13 peratus dan 32 peratus. Kontroversi NFC merupakan salah satu daripada empat isu yang menjadi pilihan responden apabila ditanya mengenai antara isu yang boleh menjejaskan prestasi BN pada PRU13. Dua isu yang lain ialah kenaikan harga rumah yang melambung tinggi dan aspek berkaitan dengan integriti pemimpin BN-Umno. Salah satu aspek penemuan hasil kajian, yang dibawa Sinar Harian Online semalam menunjukkan BN menjadi keutamaan di kalangan 49 peratus pengundi manakala 21 peratus kepada Pakatan Rakyat. Bagaimanapun 30 peratus pengundi masih belum membuat keputusan, dilihat sebagai pengundi atas pagar. Berhubung soalan sama ada isu NFC tidak berkaitan dengan Shahrizat dan diperbesarkan oleh parti pembangkang, 49 peratus respoden tidak setuju manakala 35 peratus tidak pasti. Hanya masing-masing empat peratus dan 12 peratus sangat setuju dan setuju dengan soalan itu. Malah, arah aliran pandangan itu seiring dengan pendirian yang dilahirkan oleh responden yang cenderung menyokong BN. Peratusan mereka yang tidak setuju dan sangat tidak setuju (38 peratus) mengatasi kumpulan responden yang setuju dan sangat setuju (21 peratus). Majoriti responden juga bersetuju bahawa isu NFC melibatkan Shahrizat kerana penglibatan keluarganya secara langsung. Seramai 58 peratus sangat setuju dan setuju manakala 35 peratus lagi tidak pasti. Menjawab soalan sama ada keluarga Shahrizat perlu memulangkan kembali wang NFC kepada kerajaan, 66 peratus responden berada dalam kelompok sangat setuju dan setuju. Hanya 29 peratus responden tidak pasti. -SH
|
Pengarah Jais Mengaku Beliau Ahli Umno Posted: 11 May 2012 10:28 PM PDT Shah Alam: Mahkamah Tinggi Shah Alam diberitahu, pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Marzuki Hussin (gambar)adalah ahli Umno. Ketika ditanya peguam Zulhazmi Shariff yang mewakili pemimpin PAS dan Harakah dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi semalam, Marzuki mengaku beliau adalah ahli Umno. Umno Selangor melalui Setiausaha Perhubungannya, Ir Datuk Seri Mohd Zin bin Mohamed menyaman Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, timbalannya Haji Mohamad Sabu, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali, Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman, wartawan Harakah, Khairul Azlan Mohamad serta pencetak Harakah, Angkatan Edaran. Bagaimanapun nama Abdul Hadi dan Mohamad Sabu telah ditolak oleh mahkamah dari menjadi defendan. Umno Selangor menuntut gantirugi RM10 juta atas dakwaan akhbar Harakah memfitnah Umno Selangor di dalam satu artikel bertajuk 'PAS akan dedah bukti Umno main peranan operasi Jais'. Dalam laporan itu, Mustafa selaku Setiausaha Agung PAS mendakwa beliau mendapat maklumat, serbuan ke atas gereja itu didalangi oleh Umno. Ketika ditanya peguam Asmuni Awi pula, adakah Marzuki tahu berhubung dengan serbuan yang dibuat Pegawai Jais ke atas gereja DUMC, Marzuki berkata beliau tidak mengetahui langsung dengan serbuan tersebut sehinggalah satu laporan dikemukakan oleh Ketua Penolong Pangarah Penguatkuasa kepadanya. Menurutnya lagi, siasatan bagi kes tersebut telah dilakukan selama tujuh bulan, namun siasatan itu dilakukan oleh Bahagian RnD dan seterusnya dirujuk kepada bahagian penguatkuasaan tanpa perlu mendapat kebenaran Pengarah Jais mahupun exco berkaitan agama Islam Kerajaan Negeri untuk melakukan serbuan. Sementara itu, ketika ditanya oleh peguam Dr Zulqarnain Lukman berhubung hasrat Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang mewakili PAS ingin bertemu dengan Jais, Marzuki memberitahu beliau sedia maklum perkara tersebut. Jelasnya perkara itu telah dirujuk kepada bekas exco Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dan Dr Hasan perlu bertindak memaklumkan kepada Mustafa berkenaan dengan pertemuan yang dicadangkan dan perkara itu tidak dimaklumkan kepada Mustafa. Pada sesi pagi, Mahkamah hanya mendengar keterangan dari Marzuki dan bersambung semula pada sebelah petang. Turut hadir pada sesi pagi adalah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali. Datuk Ahmad Zaki Husin bertindak sebagai hakim dalam kes ini. Perbicaraan akan disambung lagi pada 14 dan 15 Jun bagi mendengar keterangan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan juga Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd selaku pencetak. -HD |
[Bergambar] 2 Buah Bas Bawa Ahli UMNO Terengganu Ke Bukit Jalil Kemalangan Di Tol Rasah Posted: 11 May 2012 08:41 PM PDT Gelombang Merah Umno Terhempas Di Tol Rasah Dua buah bas yang membawa pulang penyokong-penyokong Umno Terengganu dari perhimpunan di Stadium Bukit Jalil telah terlibat dalam satu nahas jalan raya di exit Tol Rasah awal pagi ini. Menurut Cikgu Bard melalui tweeternya nya, sebuah bas yang membawa penyokong Umno Terengganu (Kuala Terengganu) telah merempuh sebuah treler yang dipercayai berjalan perlahan dari arah belakang. Ini diikuti pula oleh sebuah lagi bas yang membawa penyokon Umno Kuala Berang merempuh dari belakang bas tersebut. Cikgu Bard beserta beberapa aktivis SAMM Negeri Sembilan yang dalam perjalanan pulang dari Johor terserempak dengan kejadian tersebut serta merta turut membantu mangsa nahas yang terlibat. Setakat ini tiada kematian dilaporkan, cuma beberapa mangsa dipercayai mengalami kecederaan yang agak serius. Beliau juga mendoakan agar mereka semua selamat! Syabas kita ucapkan kepada Cikgu Bard yang walaupun diherdik dan dimaki hamun oleh sekumpulan Samseng Umno seperti disini , sikap dan rasa per kemanusian beliau perlu dicontohi oleh kita semua.Syabas Cikgu Bard dan aktivis SAMM Negeri Sembilan! -alhusseyn |
Najib: Rasa-rasa Nak Mengadap Agong Esok (Hari Ini) Posted: 11 May 2012 06:40 PM PDT Kuala Lumpur - Datuk Seri Najib Tun Razak menarik perhatian banyak pihak malam ini sambil berkata, beliau seolah-olah sudah mendapat inspirasi untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong "esok" bagi mendapatkan perkenan membubarkan Parlimen - ekoran sokongan dan kehadiran luar biasa ahlinya pada majlis sambutan hari ulang tahun ke-66 Umno di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. "Rasa-rasa esok (hari ini) saya hendak menghadap Yang di-Pertuan Agong (untuk mendapatkan perkenan)... adakah kita sudah bersedia, sudah bersedia, sudah bersedia?" kata Presiden Umno ketika spekulasi memuncak yang Parlimen akan dibubarkan dalam waktu terdekat. Penganalisis dan pemerhati politik meramalkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan bulan depan. Kata-kata itu disusuli dengan Najib bertanya, "boleh (kita) menang, boleh menang, boleh menang." Perdana Menteri seterusnya bertanya kepada hadirin di Stadium Nasional sama ada bersedia untuk dipanggil PRU13 bulan depan atau pada bila-bila masa sahaja. "Tahun ini, tahun depan, bulan Jun? (Atau) bila-bila boleh, tahun depan?" kata beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) sambil memandang ke arah ahli-ahli Majlis Tertinggi yang duduk di pentas utama. Sebahagian pemimpin dilihat memberi isyarat tidak diadakan PRU13 tahun depan, sebaliknya mahu ia disegerakan. Ucapan beliau disiarkan menerusi stesen-stesen televisyen. Spekulasi terbaru menyebut Najib sepatutnya menghadap Yang di-Pertuan Agong Khamis lalu. Spekulasi sebelum ini meramalkan PRU13 pada November lalu dan suku pertama tahun ini. Ucapan Najib malam ini dilihat petanda PRU13 sudah semakin dekat, lebih-lebih lagi sambutan yang pertama kali diadakan dalam sebuah stadium. Ucapan kira-kira 10 minit pertama beliau juga dimulakan dengan kecaman ke atas penganjur perhimpunan Bersih 3.0 yang enggan mengadakan perhimpunan di stadium. Dalam ucapannya, Najib juga menyifatkan perhimpunan ulang tahun Umno ke-66 sebagai "satu perhimpunan raksasa, satu perhimpunan yang luar biasa, yang dianggap sebagai perlambangan kekuatan Umno." "... perlambangan roh dan semangat, perjuangan gigih Umno. Sebab itulah perhimpunan menunjukkan semangat Umno, sokongan tidak menurun, hampir 100,000 yang berhimpun," kata Najib lagi. -SH Najib Gambarkan Parlimen Akan Dibubarkan Masa Terdekat |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment