Kelab Greenboc |
- Panel Siasatan BERSIH 3.0: Sekali Lagi, Rakyat Diperbodohkan
- Skandal Shafie-Zahida: Shafie Bakal Tersungkur, Zuraida Bawa Saksi Utama 15 Mei
- Apabila Najib Memaki Rakyatnya HARAM JADAH, Tanda Berakhirnya Beliau Sebagai PM
- Begitu Mudah Aqidah Terpesong: Air Paip Disangka Air Ajaib
- Seksyen 5 Shah Alam Dibangunkan Sebagai Bandaraya Islam
- [Video] Marina Mahathir Gesa Kerajaan Tubuh Suruhanjaya Diraja Siasat BERSIH 3.0
| Panel Siasatan BERSIH 3.0: Sekali Lagi, Rakyat Diperbodohkan Posted: 09 May 2012 04:45 PM PDT Bersih 3.0: Haniff tak sesuai ketuai panel bebasTEMERLOH, 9 Mei: Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menganggap pelantikan Tun Haniff Omar sebagai ketua panel siasatan bebas menangani perhimpunan Bersih 3.0 adalah tidak sesuai sama sekali. Katanya, ini disebabkan latar belakang Haniff sendiri sebagai bekas Ketua Polis Negara sedangkan penyiasatan menjurus kepada dakwaan insiden kekasaran oleh pihak polis ketika perhimpunan aman tersebut pada 28 April lalu. "Lagipun beliau sendiri sudah membuat kenyataan bias sebelum ini mengatakan perhimpunan Bersih mahu menggulingkan kerajaan dan disertai komunis 1970-an. "Jadi dengan kenyataan kontroversi yang sejak awal-awal lagi, mana mungkin mampu mendapatkan penyiasatan yang adil, telus dan berwibawa," tegasnya. Beliau berkata demikian bagi mengulas pengumuman Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein petang ini pelantikan enam ahli panel penasihat bebas yang diketuai Hanif untuk menyiasat dan melaporkan kejadian sebenar ketika perhimpunan Bersih 3.0 baru-baru ini. Ahli-ahli lain ialah bekas Ketua Hakim Borneo, Tan Sri Steve Sim; Pengarah Urusan Kumpulan Akhbar Sinar Harian, Datuk Husammuddin Yaacub; Penasihat Undang-undang Akhbar Sin Chew, Liew Peng Chuan; Pengurus Besar Kanan Korporat Petronas, Datuk Medan Abdullah dan pakar psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Ruszmi Ismail. Kerajaan dipercayai terpaksa melantik panel tersebut dipercayai berikutan menerima tekanan pelbagai pihak yang menyaksikan keganasan polis menangani lebih 200,000 rakyat yang berhimpun menuntut keadilan. Namun demikian, perhimpunan menuntut 8 pembaikan dalam pilihan raya itu cuba dipusingkan dengan mengaitkannya sebagai perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan. Tuan Ibrahim berkata, seelok-eloknya dilantik bekas hakim atau bekas Peguam Negara atau Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) sendiri sudah memadai dengan ditambah kuasa penyiasatan. "Jadi dengan pelantikan tersebut saya percaya masyarakat masih belum melihat ada panel yang betul-betul bebas bagi menyiasat keganasan polis pada hari tersebut terhadap rakyat yang menuntut pilihan raya yang adil," jelasnya. Beliau mengingatkan, ketika peristiwa mata lebam Anwar Ibrahim dulu juga dilantik panel penyiasat di kalangan polis untuk menyiasat polis tetapi tidak ditemui. Tetapi selepas dilantik Suruhanjaya Diraja barulah ditemui yang membelasah Anwar ialah bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Noor. Mengenai durian runtuh yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Felda Jengka 8 semalam, Tuan Ibrahim berkata jumlah yang 'runtuh' itu, iaitu RM5,000 diberi tunai dan RM10,000 dalam dua fasa lain tidaklah sehebat pada sangkaan awal. "Pada mulanya kita ingatkan peneroka betul-betul akan tersandar dan tertiarap kerana terkejut dengan pengumuman macam dari langit itu. Kalau setakat RM5,000 itu, sekali peneroka jual hasil sawit pun dapat banyak tu. "Lagipun wang peneroka sudah banyak yang tersangkut pada Felda antaranya penipuan kadar perahan gred (KPG), wang tabung tanam semula (TTS) yang belum dikembalikan, ses, isi rong dan banyak lagi. "Di sini juga PAS mahu kerajaan dan Felda turut mempertimbangkan agar bonus dua bulan setengah gaji yang diperolehi oleh kakitangan Felda seperti diumumkan, supaya turut diberi kepada bekas kakitangan yang kini berpencen kerana mereka juga telah berjasa besar," katanya. Tuan Ibrahim mengingatkan, jika tidak dengan tawaran Pakatan Rakyat dan perjuangan Persatuan Anak-Anak Peneroka (Anak) yang begitu gigih memperjuangkan nasib peneroka tidak mungkin Najib mengumumkan durian runtuh itu. Beliau juga mengingatkan masih banyak janji kerajaan di kalangan peneroka masih belum tertunai antaranya pembesaran jalan raya Kampung Awah ke Jengka dan menaik taraf loji air ketika janji semasa pilihan raya kecil (PRK) Kerdau dulu. -HD BERSIH: Haniff Omar ketuai panel siasatan Ulasan GB Jika awal-awal lagi sebelum dilantik anggota panel bebas, bekas KPN itu telah membuat kenyataan yang berpihak kepada polis), bagaimana boleh dikatakan panel itu panel bebas? Samalah seperti J/K Panel Khas Parlimen Mengenai Pilihanraya & Lynas, semuanya "wayang" Najib untuk menipu rakyat. Betul-betul rakyat cuba diperbodohkan lagi. ![]() |
| Skandal Shafie-Zahida: Shafie Bakal Tersungkur, Zuraida Bawa Saksi Utama 15 Mei Posted: 09 May 2012 08:01 AM PDT Kuala Lumpur 9 Mei: Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, saksi utama skandal Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dengan pelakon terkenal, Zahida Rafik akan dibawa kepada media, Selasa depan."Kami (KEADILAN) akan tampilkan saksi utama, Noor Azman Azemi, 38, bekas pemandu peribadi Zahida kepada media minggu depan. "Selepas itu, laporan akan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat wang sejumlah RM1.5 juta yang diberi Shafie kepada beliau," katanya kepada Keadilan Daily. Ahli Parlimen Ampang itu berkata, bukti-bukti baru juga akan terus didedahkan, walaupun Zahida bertindak membawa kes itu ke mahkamah. "Saya ingin tegaskan, bukan Zahida yang menjadi sasaran, tetapi sumber RM1.5 juta dari Shafie yang dipersoalkan," tegasnya. 18 April lalu, Zuraida mendedahkan Shafie memberikan hampir RM1.5 juta kepada Zahida dalam tempoh empat bulan. Transaksi itu berlaku pada Oktober 2011 iaitu RM36,000 dan RM26,000, November 2011 (RM118,000), Disember (RM333,000) dan Januari 2012 (RM510,000) Beliau turut mendedahkan Zahida mempunyai sebuah kereta mewah jenis BMW 6 Series, Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM4 juta. Pada 3 Mac lalu, akhbar melaporkan Zahida kerugian RM200,000 dilarikan pemandunya selepas diarah memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun banknya. Pelakon kacukan Melayu-Pakistan itu turut menjadi bahan bualan di laman blog beberapa tahun lalu apabila digosipkan berkahwin dengan Shafie di luar negara. -KD klik untuk baca ![]() |
| Apabila Najib Memaki Rakyatnya HARAM JADAH, Tanda Berakhirnya Beliau Sebagai PM Posted: 09 May 2012 04:25 AM PDT Haram jadah'... Inikah bahasa perdana menteri?KUALA LUMPUR: Di kala ada yang kononnya 'tersandar' selepas mendengar pengumuman durian runtuh oleh Perdana Menteri, namun ada juga yang terkejut dengan 'bahasa kesat' yang digunakan Datuk Seri Najib dalam ucapannya semalam. Gambar: PM ketika menghamburkan kata 'haram jadah' kepada sesetengah peneroka semalam Najib dalam ucapannya di Majlis Peneroka Bersama Perdana Menteri di Felda Jengka 8, Pahang semalam dengan nada tegas dua kali mengulangi perkataan 'haram jadah'. Beliau dipercayai menujukan kata-kata itu kepada pihak yang menentang penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) di Bursa Malaysia. Menurut Presiden Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman, kenyataan itu tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang yang bergelar perdana menteri. "Tak sangka perdana menteri yang dilihat bapa kepada rakyat, tetapi mengeluarkan kata-kata kesat kepada rakyat sendiri," katanya. Yang menjadi persoalan kata Mazlan, apa yang menyebabkan Najib begitu marah sehingga sanggup mengeluarkan perkataan seperti itu. "Perkataan ini jarang orang guna kecuali dalam keadaan terlalu marah. "Dengan pengumuman durian runtuh itu, perdana menteri sepatutnya gembira kerana bakal mendapat sokongan dari peneroka. Tapi kenapa sampai perlu menyumpah haram jadah," soalnya lagi. Mazlan berkata, sepanjang pemerhatiannya dalam media arus perdana dari malam tadi dan hari ini, tiada pun media yang melaporkan kenyataan yang dikeluarkan Najib itu. Bagaimanapun ujarnya, rakyat semalam dapat melihat dan mendengar dengan jelas ucapan Najib itu yang disiarkan secara langsung melalui televisyen. -HD Ulasan GB Apabila Najib memaki rakyatnya iaitu sesetengah peneroka yang tidak bersetuju dengan penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) di Bursa Malaysia, itu tanda-tanda akan berakhirnya tempoh Najib sebagai PM Malaysia... Percayalah! Di dalam konteks masyarakat melayu ia dinamakan "buang tabiat". Gejala buang tabiat lazimnya berlaku di saat-saat akhir kehidupan seseorang. Najib telah gagal dengan ujian sepertimana seorang bapa memaki hamun lantaran gagal menghadapi rencamnya karenah anak-anak sendiri. Pendek umur ayah sedemikian kerana tidak berupaya menguruskan stress. |
| Begitu Mudah Aqidah Terpesong: Air Paip Disangka Air Ajaib Posted: 09 May 2012 01:16 AM PDT Batu Pahat – Kewujudan 'air ajaib' dari bumbung sebuah rumah di Taman Budiman, Parit Raja di sini yang dikatakan memiliki keistimewaan boleh menyembuhkan penyakit akhirnya terbukti hanya air paip biasa sahajaPerkara ini didedahkan sendiri pemilik rumah setelah kediamannya diserbu Bahagian Penguat Kuasa Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat, kira-kira jam 11.30 pagi semalam. Dia mengaku air yang mengalir dari bumbung rumahnya itu tidak mempunyai keistimewaan, tetapi berpunca akibat daripada paip bocor. Ketua Operasi, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, serbuan dilakukan pihaknya ke atas rumah tersebut setelah menerima aduan masyarakat setempat selain bimbang akidah penduduk akan terpesong. Menurutnya, serbuan berkenaan dilakukan sembilan anggota termasuk pegawai dan turut disertai Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Johor. "Bagi mengelakkan akidah masyarakat terus terpesong berikutan percaya kepada perkara tidak berasas, kami bertindak menyerbu premis berkenaan hari ini (semalam). "Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 6 (b) Enakmen Kesalahan Syariah Johor 1997," katanya. Saiful Ariffin berkata, ketika serbuan dilakukan, terdapat beberapa individu sedang menadah air dipercayai untuk dijadikan ubat. Menurutnya, hasil keterangan pemilik kediaman, saluran paip bocor menyebabkan air keluar mencurah dari atas bumbung. "Kesan daripada kebocoran ini, air tidak berhenti mengalir, malah bil air melambung sehingga mencecah RM300 sebulan. "Dia juga berharap ada pihak yang dapat menyelesaikan isu kebocoran yang berlaku di kediamannya itu," katanya. Saiful Ariffin menasihati orang ramai supaya jangan mudah terpengaruh dengan perkara tidak munasabah dan perlu menyiasat terlebih dahulu kesahihan sebelum mempercayainya. Sebelum itu, pada 23 Mac lalu Sinar Harian menyiarkan tentang pemilik rumah ini yang mengakui ramai orang datang ke rumahnya untuk mengambil air ajaib tersebut yang dikatakan dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. -SH |
| Seksyen 5 Shah Alam Dibangunkan Sebagai Bandaraya Islam Posted: 08 May 2012 11:39 PM PDT Shah Alam: Kerajaan negeri Selangor merancang membina 'Bandaraya Islam' di Seksyen 5, Shah Alam dalam usaha membangkitkan kembali sejarah kegemilangan dan ketamadunan Islam masa lampau yang semakin hilang sinarnya.Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, konsep Bandaraya Islam ini yang menerapkan ciri dan nilai estetika Islam akan dibangunkan di tapak seluas 50 ekar tanah. "Pembangunan yang dicadangkan di kawasan Seksyen 5 itu akan mempunyai identiti dan ciri Islam khusus dari segi reka bentuk bangunan bagi memberi nilai tambah kepada usaha menjadikan kawasan itu sebagai Bandaraya Islam," katanya dalam sidang media di sini hari ini. Abdul Khalid menjelaskan melalui konsep tersebut juga masjid akan menjadi pusat tumpuan dan sekaligus mampu menghidupkan Bandaraya Shah Alam secara tidak langsung. Menurut beliau, rancangan pembangunan ini bukan imiginasi semata-mata tetapi akan diterjemahkan melalui persediaan secara berperingkat-peringkat. "Hujung tahun ini kita jangka sudah ada model pembangunan untuk projek ini. Kita jangka pembangunan ini menelan kos di antara RM2 bilion hingga RM3 bilion. "Kita pilih Seksyen 5 kerana ia berdekatan dengan Masjid Negeri dan pusat pentadbiran, dewan negeri dan pusat komersil lain. Konsep Bandaraya Islam ini juga untuk mencetus kebangkitan semula Islam kerana ia sudah ketinggalan dari segi pelaksanaan. "Melalui pembangunan berkonsepkan Islam ini secara tidak langsung akan menghidupkan Bandaraya Shah Alam dan menjadi tumpuan sebagai tempat akademik, kawasan tempat tinggal, pusat kewangan dan lain-lain," katanya. Beliau sebelum itu merasmikan Bengkel Pembangunan Bandaraya Islam (Islamic City) di kawasan Seksyen 5, Shah Alam yang turut dihadiri Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan. -FMT Seksyen 5 Shah Alam Aplikasi Model Pembangunan Makkah |
| [Video] Marina Mahathir Gesa Kerajaan Tubuh Suruhanjaya Diraja Siasat BERSIH 3.0 Posted: 08 May 2012 10:23 PM PDT Kuala Lumpur, 8 Mei: Aktivis sosial Marina Mahathir berpendapat kerajaan perlu menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung insiden yang berlaku dalam perhimpunan Bersih 3.0 Duduk Bantah pada 28 April lalu.Katanya, kerajaan perlu menubuhkan suruhanjaya itu bagi membersihkan namanya dan rakyat akan menyokong kerana mereka mempunyai kepentingan di dalamnya. "Saya tidak fikir sesiapa yang benar-benar akan tahu lagi yang bertanggungjawab. Kita mungkin perlu sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk sampai kepada mereka bawah ini. "Kerajaan harus merasa insentif untuk menubuhkan sebuah suruhanjaya untuk membersihkan namanya, dan semua orang patut menyokong kerana setiap orang mempunyai kepentingan di dalamnya," katanya dipetik daripada temubual Free Malaysia Today (FMT). Beliau yang mengikuti perhimpunan Bersih 3.0 tidak menyaksikan apa-apa provokasi dari penyokong himpunan itu. Katanya, perhimpunan itu bertukar huru-hara apabila melihat polis menembak kanister gas pemedih mata dan meriam air ke arah orang ramai, selepas peserta himpunan merempuh penghadang di sekitar Dataran Merdeka. "Tiada siapa yang telah menjadi provokatif. "Terdapat semangat yang tinggi, ramai orang muda dan pihak polis sangat sabar." "Tetapi mereka tiba-tiba membawa trak, dan orang bertopi keledar dan perisai. Kami tidak benar-benar memahami mengapa. Saya fikir ia adalah satu faktor ugutan," katanya. Rabu lepas, Persatuan bagi Penggalakan Hak Asasi Manusia (Proham) telah juga menggesa Putrajaya untuk melakukan perkara yang sama dalam laporan yang bercanggah mengenai keganasan antara polis dan peserta himpunan dalam Bersih 3.0. Bagaimanapun, pihak polis telah mempertahankan tindakan mereka mengatakan bahawa keadaan akan bertambah buruk jika mereka hanya berdiri tepi. "Perkara yang Dahsyat berlaku (pada hari itu) kerana mereka melemparkan gas pemedih mata. Tidak mahu orang memasuki Dataran Merdeka kemudian dilepaskan gas pemedih mata," katanya. -HD 'No one was provocative during Bersih rally' |
| You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |









No comments:
Post a Comment