Kelab Greenboc |
- [PANAS] Jimmy Shanley Dakwa Isteri Akui Mengandung Anak Luar Nikah
- Majlis Fatwa Kebangsaan Dibidas Kerana Keluarkan Fatwa Jaga Kepentingan UMNO
- [Video] Serah Memo Kepada Polis, Kump Pro-UMNO Cuba Sekat Chegu Bard Di Bukit Aman
- Polis Perlu Tangkap Anggotanya Dengan Segera!
- TGNA: Kenapa Takut BERSIH Jika Menang Secara Adil?
- Astaghfirullah, Pelajar Dirogol Di Tangga Sekolah
- Peserta PLKN Selamatkan Maruah Najib Di Taman Gelora Kuantan
- Kes Azmin: Pihak Penuduh & Media Berdosa Membuat Andaian Tanpa Kemuka 4 Saksi
| [PANAS] Jimmy Shanley Dakwa Isteri Akui Mengandung Anak Luar Nikah Posted: 07 May 2012 05:06 PM PDT Shah Alam - Pengacara Jimmy Shanley memberitahu Mahkamah Rendah Syariah hari ini bahawa isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy mengaku mengandung anak luar nikah dan mengugut mahu menggugurkannya jika kandungan itu benar anak Jimmy.Jimmy atau nama sebenarnya Jimmy Shanley Norjahan Shah Saleh, 31, berkata, Nursuhaila membuat pengakuan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada petang 24 Januari 2011 selepas dia menegur isterinya itu, yang didapati masih berjudi. Jimmy memberi keterangan dalam perbicaraan tuntutan nusyuz dan kembali taat yang difailkan terhadap Nursuhaila pada 3 dan 27 Januari tahun lalu. Menjawab soalan peguam syarie Mohd Noor Aizan Mohd Idrus, Jimmy berkata, pengakuan Nursuhaila itu adalah salah satu sebab mengapa dia mendakwa isterinya nusyuz. "SMS isteri berbunyi; Kalau I mengandung pun confirm anak you ke? Ni Mr Jimmy, I dah buanglah anak you tu kalau I mengandung. "Saya balas SMS dan bertanya anak siapa awak mengandung? Dia jawab; Anak haram. Mampus pi lah anak siapapun. Ada aku kisah," kata Jimmy yang membacakan SMS Nursuhaila di hadapan Hakim Syarie, Saharusin Selamat. Jimmy antara lain memberitahu sudah banyak kali memberikan nasihat kepada Nursuhaila berhubung perkahwinan mereka. Malah katanya, Nursuhaila pernah bertindak keluar rumah dan hilang selama 16 hari sebagai protes dengan teguran bapa sendiri mengenai rumah tangga mereka. Dia juga memberitahu ada menghantar SMS merayu isterinya berubah dan meminta ampun kepada ibu bapa. Pada prosiding hari ini, Jimmy mengemukakan lima alasan utama kenapa dia mendakwa isterinya nusyuz. Menurutnya, Nursuhaila mungkir janji sebelum bernikah iaitu berjudi semula; menghilangkan diri selama 16 hari; bercuti di China tanpa izinnya; mendakwa anak yang dikandungkannya sebagai luar nikah dan mengugut mahu menggugurkan kandungan jika mengandungkan anaknya. Pasangan tersebut diijabkabulkan pada 1 Oktober 2010 di rumah keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh dengan hantaran sebanyak RM31,186 bersempena dengan tarikh lahir Nursuhaila yang jatuh pada 31 Januari 1986. -SH klik untuk baca ![]() |
| Majlis Fatwa Kebangsaan Dibidas Kerana Keluarkan Fatwa Jaga Kepentingan UMNO Posted: 07 May 2012 08:33 AM PDT Nik Aziz: Keputusan Majlis Fatwa 'guna sebelah mata'Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang mengharamkan perhimpunan yang menurut majlis itu bertujuan tidak baik sepertimana yang berlaku dalam perhimpunan 28 April lalu, dibuat hanya menggunakan "sebelah mata". Mengulas kenyataan pengerusi Majlis Fatwa Kebangsan, Prof Tan Sri Dr Abdul Shukor Hussin mengenai perkara itu, Nik Aziz berkata, beliau setuju bahawa perhimpunan yang bertujuan untuk mencetuskan huru hara dan merosakkan harta benda adalah haram. "Bagaimanapun, apabila dikaitkan dengan himpunan BERSIH 3.0 yang dikatakan menimbulkan huru-hara, saya berpandangan bahawa kenyataan tersebut dikeluarkan dengan hanya menggunakan sebelah mata. "Mata yang digunakan pula adalah kabur dengan cermin mata yang telahpun rosak," katanya sambil menambah beliau menghormati anggota Majlis Fatwa Kebangsaan. "Namun dalam hal ini saya amat berbeza dengan pendirian yang dikemukakan oleh Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan ini," kata Nik Aziz dalam satu kenyataan hari ini. Dr Abdul Shukor dilaporkan berkata Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang dan kekacauan di dalam negara. Menurut laporan akhbar, pengerusi Majlis Fatwa itu berkata Islam membenarkan mencari keadilan tetapi melaui tindakan beradab. Mengulas lanjut, menteri besar Kelantan itu berkata perhimpunan BERSIH 3.0 bukannya bertujuan untuk mencetuskan huru-hara Perhimpunan itu, tambahnya, menggariskan lapan tuntutan untuk membersihkan pilihan raya dan jauh sekali untuk mencetuskan huru-hara bagi menjatuhkan kerajaan melalui jalan raya. "Jika dikatakan menggunakan cara beradab dibenarkan, maka suka saya bertanya, apakah jalan beradab yang lebih aman melainkan pergi dan duduk? "Pernahkah Majlis Fatwa memandang dan memahami di sebalik lapan tuntutan yang dikemukakan oleh BERSIH untuk mengatasi isu pengundi hantu dan penipuan di dalam pilihan raya yang implikasinya lebih besar kepada negara?" soal Nik Aziz. Sehubungan itu, beliau yakin bahawa fatwa tersebut hanya "laporan akhbar pro-kerajaan sahaja tanpa mendapat penjelasan dari penganjur BERSIH 3.0 sebelum membuat pertimbangan dibuat. "Justeru, soalan saya ialah fatwa-kah namanya sekiranya tanpa penjelasan dari kedua-dua belah pihak, terus sahaja dijatuhkan hukuman?" kata Nik Aziz lagi. Sebaliknya, kata menteri besar Kelantan itu, huru-hara tercetus jika ia dihalang. "Andaikan himpunan di Gua Musang dan RTC, Kota Bharu ketika kedatangan Perdana Menteri baru-baru ini ke Kelantan dihalang dan disembur dengan air, tidak mustahil ia turut menjadi huru-hara. "Jika BERSIH berhimpun dianggap haram, apa pula hukum perhimpunan Presiden Umno di Gua Musang dan RTC baru-baru ini yang tujuannya jelas mengajak rakyat menukar kerajaan Kelantan? "Justeru cukuplah saya mengatakan, jangan berjalan sebelah kaki, nanti pincang mengatur langkah. Salam hormat saya buat Majlis Fatwa Kebangsaan," tambahnya. -mk PKR bidas Majlis Fatwa kemuka fatwa berbaur "politik murahan" membantu Umno Ulasan GB Semalam GB sudah ulas. Petikan: DASAR pertama yang ditetapkan Islam, ialah: bahawa asal sesuatu yang dicipta Allah adalah halal dan mubah. Tidak ada satupun yang haram, kecuali kerana ada nas yang sah dan tegas dari syari' (yang berwenang membuat hukum itu sendiri, iaitu Allah dan Rasul) yang mengharamkannya. Kalau tidak ada nas yang sah --misalnya kerana ada sebahagian Hadis lemah-- atau tidak ada nas yang tegas (sharih) yang menunjukkan haram, maka hal tersebut tetap sebagaimana asalnya, iaitu mubah. |
| [Video] Serah Memo Kepada Polis, Kump Pro-UMNO Cuba Sekat Chegu Bard Di Bukit Aman Posted: 07 May 2012 06:24 AM PDT Kumpulan pro, anti-BERSIH bertembung di Bukit AmanSekumpulan penyokong BERSIH 3.0 bertembung dengan satu lagi kumpulan anti-perhimpunan itu dalam satu kejadian yang hampir mencetus pergeseran di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman petang ini. Insiden pada anggaran jam 2.50 petang itu bermula apabila kumpulan pro-BERSIH, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) disorak oleh kumpulan anti-perhimpunan berkenaan, termasuk anggota NGO Suara Anak Muda 1Malaysia. Kumpulan SAMM diketuai pengerusinya Badrul Hisham Shaharin itu mula disorak dengan panggilan "pengkhianat negara" apabila kumpulan itu mula bergerak dari satu kawasan parkir ke kawasan pintu masuk Bukit Aman. Keadaan kemudiannya menjadi tegang apabila seorang pemimpin Suara Anak Muda 1Malaysia, Armand Azha Abu Hanifah secara tiba-tiba meluru ke arah pemimpin Badrul Hisham. Beberapa orang anggota polis bagaimanapun berjaya menghalang Armand daripada mendekati Badrul Hisham dan 10 orang yang lain. SAMM hadir ke Bukit Aman hari ini untuk menyerahkan memorandum bagi mendesak supaya pihak polis yang terlibat melakukan kekerasan ke atas peserta perhimpunan 28 April itu menyerah diri. Kumpulan bersama Armand itu dalam perhimpunan terdahulu pula menyerahkan kenyataan ikrar kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai sokongan terhadap tindakan pasukan itu dalam menangani perhimpunan 28 April. Perhimpunan pada kira-kira jam 1.10 petang itu diketuai presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu, Datuk Mohd Ali Baharom yang berkata ikrar itu juga sebagai bantahan ke atas tindakan peserta dalam perhimpunan BERSIH 3.0 itu. "Kita mahu negara yang aman dan kita sokong PDRM. Kita beramai-ramai berikar hari ini menyatakan bahawa kami sokong PDRM," katanya yang menyifatkan perhimpunan berkenaan sebagai "anasir jahat untuk menumbangkan negara." Katanya lagi, tindakan yang ditunjukkan peserta perhimpunan berkenaan juga merupakan perbuatan yang "kurang ajar." "Saya minta agar Datuk Seri Hishammuddin (Hussein) dapat menahan mereka yang membuat provokasi dan ketua-ketua mereka," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan ikrar tersebut kepada seorang wakil ketua polis negara, ASP Ramli Yusuf. Turut hadir dalam perhimpunan selama 15 minit yang disertai kira-kira 30 orang itu ialah wakil NGO Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara, Pertubuhan Ikatan Perpaduan Melayu Gombak. Kumpulan yang berhimpun di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman itu juga membacakan ikrar berkenaan dan turut melaung slogan "hidup polis", "hancur Ambiga" serta menyanyikan lagu "Barisan kita." -mk |
| Polis Perlu Tangkap Anggotanya Dengan Segera! Posted: 07 May 2012 04:37 AM PDT ![]() Kecewa dengan tanggapan bahawa polis tidak mengambil tindakan terhadap anggotanya yang didakwa menggunakan kekerasan berlebihan semasa perhimpunan BERSIH 3.0, warga siber memulakan inisiatif untuk mengenal pasti mereka yang dikatakan telah menyerang seorang jurugambar akhbar. Satu imej empat anggota polis yang dikatakan telah menyerang Huang An Jian - jurugambar akhbar berbahasa Cina, Guang Ming Daily - telah dimuatkan dalam halaman peminat Facebook berbahasa Cina. Postingnya bermaksud 'Masa untuk balas dendam! Kongsi ini! Empat anggota polis yang menyerang wartawan Guang Ming Daily!". Dalam masa 24 jam, imej tersebut telah menarik lebih 3,000 'likes' dan lebih 200 komen. Ia telah dikongsi oleh lebih 6,000 pengguna Facebook. Perhimpunan di Kuala Lumpur pada 28 April lalu telah dicemari oleh keganasan yang membabitkan kedua-dua pihak - anggota polis dan para peserta. Polis telah menerbitkan gambar 91 peserta, meminta mereka tampil membantu siasatan dakwaan berlaku keganasan. Gambar-gambar lain menunjukkan peserta 'merempuh benteng polis'. Sekurang-kurangnya 13 wartawan, jurugambar dan juruvideo telah diserang semasa perhimpunan tersebut. Kebanyakan mereka mendakwa telah dikasari polis walaupun mereka menunjukkan kad media dan memperkenalkan diri mereka sebagai petugas media. Banyak gambar atau klip video yang menunjukkan dakwaan kekejaman polis, telah dimuatnaik di Internet oleh para saksi. Polis, bagaimanapun, hanya menerbit gambar satu sahaja insiden tersebut dan meminta saksi dan mangsanya menghubungi mereka. Ini menyebabkan warga siber mengkritik pihak polis kerana didakwa menjalankan siasatan berat sebelah dan cuba melindungi anggotanya yang terbabit. -mk Ulasan GB Polis kini perlu buktikan mereka professional dengan mengambil tindakan segera terhadap anggotanya yang melakukan keganasan semasa perhimpunan BERSIH 3.0. Jangan hanya bernai untuk menangkap hanya para peserta. |
| TGNA: Kenapa Takut BERSIH Jika Menang Secara Adil? Posted: 07 May 2012 01:23 AM PDT Shah Alam, 5 MEI: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan penganjuran perhimpunan Bersih 3.0 dan berkata ia bukan untuk menggulingkan kerajaan sebaliknya menuntut sistem pilihanraya yang telus dan adil.Menurut beliau, kerajaan pusat pimpinan Umno-BN tidak sepatutnya takut terhadap tuntutan himpunan tersebut sekiranya mereka selama ini menang dengan cara yang telus dalam pilihanraya sebelum ini. "Takkan Bersih nak gulingkan kerajaan. Mereka menang selama ini bersih ke?" soal beliau di satu majlis makan malam di sini. Dalam lawatannya ke Kelantan baru baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata peserta himpunan Bersih ingin menjadikan Dataran Merdeka seperti Tahrir Square di Mesir tahun lepas yang menjatuhkan presiden negara itu Hosni Mubarak. Jelas Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, sistem pemerintahan yang dianjurkan Islam merupakan sistem yang terbaik memandangkan Malaysia merupakan negara yang mempunyai masyarakat majmuk seperti negara lain. Sementara itu, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menggesa negeri Pakatan Rakyat yang lain agar mencontohi cara urus tadbir yang dilakukan oleh Kelantan yang dipimpin oleh Nik Aziz. Katanya, Pakatan tidak harus patah semangat dengan segala tomahan yang dilemparkan oleh Umno-BN dalam usaha Pakatan untuk menawan Putrajaya dan mengingatkan semua pihak bahawa ujian lebih besar akan menanti apabila berjaya memerintah kelak. Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin Pakatan Rakyat di I-City dianjurkan Dewan Pemuda Pas Kelantan. Ia bertujuan untuk mengumpul dana pilihanraya ke-13. Turut hadir Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan beberapa pimpinan Pas Kelantan. Turut diadakan lelongan barangan peribadi milik Nik Aziz selain persembahan dikir barat dari Kumpulan Dikir Barat Warisan Darul Naim. -selangorku Sah sungguh ke k'jaan BN ini? |
| Astaghfirullah, Pelajar Dirogol Di Tangga Sekolah Posted: 06 May 2012 11:10 PM PDT Rogol dekat tangga sekolahALOR GAJAH - Akibat gagal melawan nafsu serakah, seorang remaja berusia 14 tahun sanggup merogol seorang murid Tahun Tiga di kawasan tangga bangunan sebuah sekolah, di sini kelmarin. Bukan saja merogol, malah remaja lelaki berkenaan turut mengugut serta mengacukan senjata tajam kepada murid berusia 9 tahun itu yang tinggal di asrama sekolah berkenaan. Menurut sumber, murid terbabit menjadi mangsa kerakusan remaja berkenaan Isnin lalu, sebelum sekali lagi berlaku kejadian sama pada Rabu dan Khamis lalu. "Murid berkenaan menjadi mangsa sejak Isnin ketika sedang menunggu ibu menjemputnya selepas tamat sesi persekolahan sebelah petang. "Mangsa dihampiri remaja berkenaan yang kemudian membawa mangsa menaiki tangga serta merogolnya di kawasan tangga bangunan sekolah berkenaan. "Remaja terbabit kemudian melepaskan mangsa yang dalam ketakutan dan menghunus senjata tajam ke arah mangsa sambil mengugutnya," katanya. Menurut sumber berkenaan, kejadian sama berlaku selang sehari selepas itu ketika waktu rehat kira-kira 10.30 pagi Rabu lalu apabila murid-murid lain keluar ke kantin. "Mangsa yang tinggal seorang diri dalam kelas ketika itu didatangi remaja terbabit. Sekali lagi remaja berkenaa melakukan perbuatan terkutuk itu di tangga sekolah dan memberi amaran agar tidak memberitahu sesiapa," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam. Menurutnya, mangsa kemudian melaporkan kepada pihak sekolah apabila buat kali ketiga kejadian sama berlaku Khamis lalu, kira-kira 10.30 pagi dan kali ini mangsa diacu senjata tajam di leher. "Pihak sekolah terkejut selepas diberitahu kejadian itu dan segera memanggil ibu mangsa sebelum bertindak membuat laporan polis," katanya. Katanya, mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk pemeriksaan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Shaifuddin Shaharuddin mengesahkan kejadian. "Polis sudah mengenal pasti suspek dan tangkapan akan dibuat dalam masa terdekat ini," katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam. Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Melaka, Mohamad Yusuff Osman ketika dihubungi memberitahu pihaknya ada menerima laporan dan akan menunggu laporan polis sebelum sebarang tindakan diambil. |
| Peserta PLKN Selamatkan Maruah Najib Di Taman Gelora Kuantan Posted: 06 May 2012 09:04 PM PDT BERITA PANAS MENDIDIH TAPI BENAR!!!!!.... WARGA PAHANG SUDAH MULA TOLAK DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK..KUANTAN, 6 Mei - Orang ramai yang hadir ke program "Bersantai Di Taman Gelora Bersama YAB Perdana Menteri" di Taman Gelora dekat sini pagi tadi kecewa dengan sambutan orang ramai terhadap program tersebut. Program yang bermula jam 9.15 pagi itu hanya dipenuhi dengan para pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dikerah hadir untuk meramaikan hadirin yang hadir, namun ianya masih gagal membuktikan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Razak dan Rosmah Mansor itu telah mendapat sokongan padu dikalangan rakyat menjelang Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Tinjauan di lokasi itu pagi tadi mendapati kehadiran orang ramai amatlah hambar dan memalukan Perdana Menteri sebenarnya. Malah, ketika beliau berucap pun hanya kerusi kosong yang memenuhi setiap ruang dibawah kanopi yang disediakan. "Mujurlah ada budak-budak PLKN, kalau tidak sudah pasti Najib akan mendapat malu yang lebih besar. Sepatutnya kehadiran seorang Perdana Menteri wajar disambut dengan ribuan rakyat.. Namun ini tidak berlaku kepada Najib. Mungkin ramai yang kecewa dengan tindakan kerajaan dalam menangani para peserta Bersih 3.0 di Kuala Lumpur baru-baru ini agaknya", kata seorang pengunjung. Tambah malang lagi, majlis yang diadakan sempena program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Malaysia 2012 itu juga turut diserikan dengan hujan lebat dan angin kencang di tapak berkenaan. Ini menyebabkan orang ramai semakin kelam kabut dan air bertakung di sana sini menyebabkan majlis menjadi kucar kacir. Segala aktiviti yang dirancang termasuk sukaneka dan expo jualan semuanya tidak menjadi akibat hujan lebat yang mencurah-curah membasahi kawasan itu. Turut hadir dalam majlis pagi tadi ialah MB Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob, barisan exconya dan lain-lain kenamaan. Najib sedang menyampaikan ucapan kepada sebahagian mereka yang hadir Menipu dan terus menipu Hambar, mujurlah adanya pelatih PLKN yang dipaksa hadir ke program itu Gerai jualan dekat tapak expo juga tunggang langgang dibuatnya akibat hujan Hujan lebat, air bertakung di sana sini iringi program PM di Taman Gelora [Sungguh memalukan melihat senario yang berlaku ini. Sering saja kehadiran Najib dalam mana-mana acara keramaian seperti ini di Kuantan akan disambut dengan hujan lebat dan ribut. Sebelum ini kejadian yang sama melanda tapak Hari Koperasi Negara di Padang MPK2 pada tahun lalu. Semua ini mungkin ada hikmahnya. Namun, ia jelas mengganggu kelancaran program yang dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia itu. Jika di Himpunan Bersih 3.0 baru-baru ini para peserta dihujani dengan air "water canon" dan "gas pemedih mata". Kini program Najib di Kuantan dihujani dengan "hujan lebat" linangan air mata rakyat ketika mereka dibelasah oleh pihak polis di Bersih 3.0 itu dulu. Kini bagai sudah ditakdirkan, program Najib tidak menjadi dan hambar. Hanya beberapa kerat kakitangan kerajaan yang dipaksa hadir dan penyokong UMNO BN yang kelihatan. Sepatutnya, kehadiran adalah lebih besar daripada apa yang dijangkakan, tambahan pula ia melibatkan program Najib itu sendiri]. -omakkau |
| Kes Azmin: Pihak Penuduh & Media Berdosa Membuat Andaian Tanpa Kemuka 4 Saksi Posted: 06 May 2012 06:31 PM PDT Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berharap semua pihak termasuk media memberi peluang kepada timbalan presiden PKR Azmin Ali membersihkan nama berhubung rakaman video panas yang didakwa mirip dirinya (Azmin)."Saya tak ada hak untuk bercakap tentang itu, biar dia sendiri yang cakap secara langsung....beri peluang (kepada Azmin membersihkan namanya)," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa diminta mengulas rakaman video panas yang didakwa mirip Azmin bersama seorang wanita yang tersebar baru-baru ini, selepas menyampaikan ceramah umum bersama bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir di Bukit Tok Beng, Batu Rakit, di Kuala Terengganu, hari ini. Ketika diminta mengulas kenyataan Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin yang mendakwa rakaman video berkenaan dibuat oleh orang dalam parti PKR sendiri, Abdul Hadi berkata beliau tidak mahu mengulas berdasarkan andaian atau dakwaan. "Saya tak nak komen sebab ia dakwaan sahaja, satu andaian... buat andaian memang tak boleh. Kita (PAS) berpegang kepada ajaran Islam, adat Islam kena ada empat saksi, saksi yang adil, ikhlas dan bersopan dan mahkamah yang bebas. "(Yang penting) beri peluang Azmin bela diri, termasuk yang menuduh itu pun kena diambil tindakan, mana boleh menuduh saja-saja," katanya. Mengenai ura-ura beberapa lagi video panas yang didakwa membabitkan pemimpin pembangkang yang lain akan didedahkan, Abdul Hadi berkata pihak yang mendakwa mempunyai rakaman berkenaan sepatutnya membawa kes berkenaan ke mahkamah. "Berdosa, kalau tuduh orang, betul sekali pun tapi tak ada saksi dan tak ada bukti tetap berdosa, apatah lagi benda salah, Islam tak benar begitu," katanya. - Bernama Hadi: Beri peluang Azmin bela diri Laporan sebelum ini klik untuk baca ![]() ![]() |
| You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


















No comments:
Post a Comment