Kelab Greenboc |
- Ulangan Peringatan Presiden PAS Kepada Najib: Kesabaran PAS Ada Batasnya!
- BERSIH: Tiada Sebab Untuk Serah Diri
- [WASPADA] Pembantu Kedai Terima Wang Kertas Palsu RM10
- Lagi Ramai Menteri Akan Kecundang Dalam PRU13 Seperti PRU12?
- PAS Persoal Keperluan Panel Bebas: Kerajaan Cuba Ketepikan Suhakam?
- Dicekup Khalwat: Yang Halal Ditinggalkan, Bergelumang Dengan Yang Tak Halal...
- Semua Pihak Kecam Keganasan Polis - Bunga Diberi, Gas Pemedih Mata Dibalasnya
Ulangan Peringatan Presiden PAS Kepada Najib: Kesabaran PAS Ada Batasnya! Posted: 04 May 2012 05:07 PM PDT Tunaikan 8 tuntutan atau berdepan Bersih 4.0 KUALA LUMPUR 1 Mei: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendesak pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menunaikan segala tuntutan Bersih atau bakal berdepan himpunan lebih besar dari Bersih 3.0. Beliau mengulas kejayaan Bersih 3.0 menyaksikan lebih 300,000 rakyat pelbagai kaum hadir menjayakan himpunan itu di Kuala Lumpur. "Jika tuntutan rakyat kekal tidak didengar, kita sedia menganjur himpunan lebih besar dengan jumlah berganda berbanding Bersih 3.0 sehingga protes kita terhadap kekotoran pilihan raya diterima," katanya dalam kenyataan. Sehingga kini, pentadbiran Najib hanya bersedia mengguna dakwat kekal dan ia hanya satu dari lapan tuntutan Bersih. Tujuh lagi tuntutan Bersih yang ditolak Najib termasuk enggan membersihkan daftar pemilih, mereformasikan undi pos, masa kempen minima 21 hari, akses media bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan politik kotor. "Kepada pentadbiran Najib, saya mengingatkan segera melakukan perubahan dalam demokrasi di negara kita. "Segera bersihkan daftar pemilih, bebaskan media dan lain-lain amalan demokrasi dan jangan tulikan telinga," katanya lagi. Video di bawah adalah contoh tindakan ganas regim Najib Razak memperkudakan polis menyerang rombongan Tuan Guru Haji Hadi di terowong KL Sentral semasa BERSIH 2.0 dan pihak polis telah menembak tepat gas pemedih kepada rombongan Presiden PAS - tidak ada provokasi, tidak ada sebarang keganasan tetapi polis telah bertindak zalim - tidak cukup dengan ituPresiden PAS disumbat di dalam Black Maria tanpa belas kasihan - Inilah Wajah Regim Zionis Najib Razak! AMARAN TERDAHULU DARI PRESIDEN PAS: PAS Boleh Sabar...Tetapi Sabar PAS Ada Sempadan, Ada Batas, Dekat Mana Batas...TUNGGU!!! Apa Kita Nak Buat...Tunggu Arahan Kita..! Dan Kita Tidak Akan Tunduk... Kepada Penipuan-Penipuan Ini...Dan Kita Bangkit Atas Nama ISLAM...ALLAHUAKBAR... "kita akan lalu, "membujur lalu melintang patah", akan tiba masanya! PAS akan mengajar UMNO yang jahil dan yang merosakkan bangsa dan ummatnya sendiri! |
BERSIH: Tiada Sebab Untuk Serah Diri Posted: 04 May 2012 07:31 AM PDT Aktivis mahasiswa merasakan tiada alasan untuk peserta BERSIH, termasuk penuntut universiti yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan Sabtu lalu tampil menyerah diri, Bekas presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ahmad Syukri Ab Razab mempersoalkan arahan pihak berkuasa itu kerana gambar yang disiarkan tidak memaparkan butir peribadi yang jelas. "Kenapa perlu menyerah diri? Dikeluarkan 49 gambar yang tanpa nama, dan nombor kad pengenalan dan kemudiannya disuruh menyerah. Kita lihat ia tidak mempunyai basis yang kuat untuk polis memaksa mereka itu untuk menyerah," katanya yang juga anggota jawatankuasa pemandu BERSIH. Ahmad Syukri yang kini bertugas sebagai koordinator NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menegaskan polis perlu mengikut prosedurnya, bukan mengeluarkan gambar "semberono" dan mengarahkan pihak berkaitan ke balai. "Polis sepatutnya mengikut prosedur yang sebenar dengan mengeluar surat (panggilan) dan sebagainya," katanya dalam sidang media di Bangsar hari ini. Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohammed Khaled Nordin hari ini yang menggesa 22 penuntut daripada 49 individu yang dikehendaki tampil membantu siasatan polis. Sementara itu, Ahmad Syukri memaklumkan kumpulan mahasiswa akan menyediakan khidmat guaman kepada rakan mereka sekiranya dituduh di mahkamah. 'Lagi mudah keluarkan gambar polis' Turut hadir dalam sidang media itu, wakil Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung, Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP) dan Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (Dema). Ahmad Syukri turut mempersoal mengapa polis tidak mengeluarkan gambar anggotanya yang didakwa mengganas dan tidak beretika pada perhimpunan tersebut. "Sebenarnya daripada 250,000 ribu demonstran, dia boleh keluarkan (gambar) 49 orang, berbanding beberapa ratus polis yang bertugas hari itu. "Lagi mudah (polis) mengeluarkan gambar-gambar polis, yang bertindak luar etika dan (supaya mereka) dihakimi secara adil," katanya. Sehubungan itu, beliau yang juga ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 3.0, menggesa polis supaya mengikut prosedur siasatan yang sewajarnya dan tidak bersikap berat sebelah berhubung isu tersebut. Bagaimanapun, tidak lama selepas sidang media mereka, polis menyiarkan gambar anggotanya yang memperlihatkan aksi kasar terhadap peserta BERSIH. Sementara itu, dalam sidang media sama, Koordinator GMPP R Karthiges mengumumkan pihaknya kini sedang merangka pelan pendidikan percuma di semua peringkat bersama pelbagai kumpulan mahasiswa dan parti politik. "Hari ini kita dapatkan pandangan awal. Setiap kumpulan mahasiswa diberikan dua minggu untuk mendapatkan kata sepakat sebelum pilihan raya berlangsung," katanya. -MK Ulasan GB petikan kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur: Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, kesemua mereka yang kini menjadi buruan polis dipercayai bertindak ganas seperti memukul polis dan orang awam serta merosakkan harta benda ketika perhimpunan itu. Mengapa polis tak siarkan wajah-wajah anggotanya yang jauh lebih ramai melakukan keganasan dan provokasi terhadap peserta di perhimpunan tersebut? Adilkah begitu? |
[WASPADA] Pembantu Kedai Terima Wang Kertas Palsu RM10 Posted: 04 May 2012 06:05 AM PDT Triang, Bera – Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati apabila menerima wang kertas sama ada semasa berurus niaga dengan peniaga atau individu kerana dipercayai wang kertas palsu sedang disebarkan. Gambar: Mariam membandingkan dua wang kertas Rm10 bagi membuktikan perbezaan wang kertas asli (bawah) dan palsu Seorang pembantu kedai, Mariam Halim, 24, berkata, sudah dua kali dia menerima wang kertas RM10 palsu pada hari yang berbeza. Menurutnya, dia tidak menyedari perkara itu kerana sibuk bekerja, tambahan ciri-ciri pada wang palsu berkenaan hampir sama dengan wang kertas sebenar. "Apabila pelanggan kurang, barulah saya mengira semua wang yang diterima dan pada ketika itu saya perasaan ada perbezaan pada wang kertas berkenaan. "Selain saiz wang palsu kecil sedikit, gambar Yang di-Pertuan Agong juga tidak kelihatan jika dihalakan ke arah cahaya," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Mariam berkata, ciri-ciri lain yang menunjukkan wang kertas RM10 itu palsu ialah jalur keselamatan yang tidak memantulkan cahaya apabila dilihat di bawah cahaya lampu atau matahari. Katanya, angka sifar juga menunjukkan perbezaan ketara jika diperhatikan dengan teliti. "Saya bimbang, individu yang menyebarkan wang kertas ini didalangi pihak tertentu untuk kepentingan sendiri. "Ini baru wang kertas bernilai RM10 dan mungkin ada wang kertas palsu yang bernilai lebih daripada itu. Keadaan ini bukan sahaja akan menyusahkan orang ramai tetapi merugikan mereka kerana ia tidak laku," katanya. Mariam berkata, mungkin ada penduduk di sini yang menerima wang palsu terbabit tetapi tidak menyedarinya. Menurutnya, dia mendedahkan perkara itu kerana mahu orang ramai lebih berhati-hati supaya tidak ditipu pihak yang sengaja mencari keuntungan dengan cara mudah. -SH |
Lagi Ramai Menteri Akan Kecundang Dalam PRU13 Seperti PRU12? Posted: 04 May 2012 04:55 AM PDT Berikut ialah kisah silam - BERSIH 1.0 - kita ziarahinya kembali - mengenang detik-detik yang ada persamaannya dengan peristiwa BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0 BERSIH 1 berlansung 10 November 2007 yang pada masa itu PM Malaysia ialah Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah). Perhimpunan yang 50,000 dikatakan oleh media massa pro-kerajaan cuma 4,000 orang. Pak Lah yang begitu sombong dan angkuh ketika iaitu tidak memperdulikan perhimpunan itu, katanya "Saya pantang dicabar", tetapi Allah Maha Berkuasa dan Allah yang mendengar rintihan rakyat, akhirnya UMNO BN tersungkur di dalam pilihanraya 2008 dengan terpaksa melepaskan 5 negeri dan kehilangan 2/3 majoriti di parlimen. Tak cukup sekadar itu, akhirya Pak Lah ditendang oleh UMNO sendiri dari kerusi PM sebelum cukup dua penggal memegang jawatan tersebut. Pengerusi SPR ketika, Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman akhirnya dibersarakan dengan seluruh rakyat negara ini memandang hina kepadanya. Dan Ketua Polis Negara ketika itu Tan Sri Musa Hassan akhirnya melambaikan tangan kepada PDRM dengan tanpa siapa lagi memperdulikannya. Samalah juga kepada Menteri KDN, Syed Hamid Albar waktu itu, lansung tercicir dari kabinet pada 2009. Kini apakah hal yang serupa bakal berlaku untuk BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0? Hari ini, Najib menuduh perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu adalah satu percubaan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi sistem demokrasi. Ternyata ia satu penyelewengan fakta di mana yang diminta oleh rakyat ialah "sistem pilihanraya BERSIH & ADIL", bukan untuk mengguling kerjaan yang ada. Sebenarnya Najib cuba menghasut rakyat untuk membenci BERSIH. Cuba pertahankan SPR yang korup yang selama ini menjadi kuda tunggangan UMNO BN untuk terus pertahankan kuasa. PRU 2008 menyaksikan UMNO BN sudah tumbang di Semenanjung. Jika tanpa sokongan Sabah dan Sarawak, UMNO BN sudah tamat tempoh pemerintahannya dan telah keluar dari Putrajaya. Setiap perkataan itu adalah doa(Kullu kalam addu'a). Apabila Najib berkata bahawa rakyat ingin menggulingkan kerajaan beliau macam apa yang berlaku di Mesir, BERARTI beliau sendiri yang mendoakan perkara sebegitu berlaku, jangan salahkan rakyat lagi jika ia bernar-benar berlaku nanti. Marilah kita menjenguk hasil tulisan GB di "Muzium Bersih 1.0"
Dengan meninjau arkib tersebut, maka tidak mustahil sejarah PRU12 akan berulang lagi pada PRU13. Mungkin lebih banyak negeri yang bakal jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, dan tidak mustahil, Najib dan konco-konconya akan menerima nasib seperti Pak Lah atau akan dinobatkan Ketua Pembangkang pertama dari UMNO di Parlimen nanti! |
PAS Persoal Keperluan Panel Bebas: Kerajaan Cuba Ketepikan Suhakam? Posted: 04 May 2012 01:09 AM PDT Kuala Lumpur: Kerajaan sengaja mengenepikan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) apabila hendak menubuhkan panel siasatan bebas yang lain untuk menyiasat perhimpunan Bersih 3.0, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar. "Itu kerja Suhakam. Kenapa ketepikan Suhakam dan tubuh pula kononnya panel siasatan bebas untuk siasat kejadian yang berlaku dalam perhimpunan Bersih 3.0 itu? "Apa perlu panel siasatan itu sedangkan Suhakam telah membuktikan ia menjalankan kerjanya dengan professional," beliau mempersoalkan. Ahli Parlimen Pokok Sena itu menyifatkan tindakan itu sebagai bukti nyata bahawa kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) bukan sahaja tidak menghargai kewujudan Suhakam malah terangan-terangan menunjukkan rasa tidak percaya kepada suruhanjaya tersebut. "Mengapa kerajaan terang-terang menunjukkan rasa tidak percaya kepada Suhakam? "Adakah (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) dan kerajaannya marah dan sakit hati sangat kerana merasakan pendengaran Suhakam sebelum ini tidak menyebelahi pihak mereka," soal Mahfuz lagi. Tindakan kerajaan yang menunjukkan rasa tidak percaya kepada Suhakam itu seolah-olah sengaja mahu mendorong masyarakat antarabangsa khususnya meragui kemampuan suruhanjaya itu, katanya. "Kerajaan nampaknya tidak mahu mengiktiraf peranan Suhakam sebagai pelindung hak asasi semua pihak termasuk pihak polis sendiri," katanya. Beliau juga bimbang kerajaan sengaja menolak peranan yang sepatutnya dimainkan oleh Suhakam untuk menyiasat kejadian yang berlaku dalam perhimpunan Bersih 3.0 itu kerana mahu mencari pihak yang boleh melindungi jenayah yang dilakukan terhadap mereka yang menyertai perhimpunan itu. "Adakah kerajaan sengaja hendak mencari orang yang boleh berkerjasama untuk melindungi apa yang dilihat umum sebagai jenayah kerajaan Umno dan sebahagian anggota polis yang bertindak kejam dan ganas terutama yang mengarahkan tindakan sedemikian terhadap mereka yang menyertai perhimpunan Bersih 3.0 itu?" tanya Mahfuz. Beliau menyifatkan tindakan mengetepikan Suhakam itu menambahkan lagi keyakinan masyarakat termasuk masyarakat antarabangsa bahawa kerajaan cuba melindungi keganasannya dari disiasat secara bebas, bersih dan adil. Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam menegaskan bahawa penggunaan kekasaran yang tidak seimbang dan tidak sepatutnya terhadap peserta perhimpunan dan juga petugas media adalah satu tindakan pihak polis yang tidak boleh diterima sama sekali. Suruhanjaya itu juga, tegasnya, terkejut dengan dakwaan layanan polis terhadap petugas media yang mempunyai tanggungjawab untuk merekod, mendokumen dan melaporkan peristiwa yang menarik minat orang ramai secara professional dan beretika. -HD 'Najib takut guna Suhakam siasat kekejaman polis' |
Dicekup Khalwat: Yang Halal Ditinggalkan, Bergelumang Dengan Yang Tak Halal... Posted: 03 May 2012 11:16 PM PDT Rakan sekerja dicekup khalwat AMPANG- Seorang lelaki yang dipercayai tidak pulang sejak tiga bulan lalu ditangkap khalwat bersama kekasihnya dalam serbuan di Taman Chempaka, di sini, awal pagi semalam. Pegawai penguat kuasa menyoal pasangan yang dicekup khalwat. Serbuan yang dilakukan Jabatan Agama Islam Selangor dan Pegawai Masjid Al-Azim Pandan Indah kira-kira 1 pagi berjaya menahan lelaki berusia 27 tahun dan seorang perempuan, 22 tahun yang dipercayai tinggal bersama di rumah sewa berkenaan. Ketika ditahan, perempuan itu memberi alasan tiada pilihan untuk tinggal di tempat lain menyebabkan dia tinggal bersama rakan sekerja yang berkhidmat dengan sebuah syarikat swasta itu. Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, pihaknya menerima aduan mengenai lelaki dan wanita berkenaan tinggal serumah sehingga menimbulkan keraguan penduduk. "Pemeriksaan lanjut menemui seorang perempuan berpakaian lengkap di dalam bilik," katanya. Ahmad Nawi berkata, lelaki berkenaan sudah berkahwin dan tidak pulang ke rumah isterinya sejak tiga bulan lalu, manakala pasangannya masih bujang. "Difahamkan lelaki berkenaan mengenali teman wanitanya itu sejak setahun yang lalu. Dia juga dipercayai tidak memberi nafkah kepada isterinya. "Operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995 dan jika disabit kesalahan kedua-duanya boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya. -SH |
Semua Pihak Kecam Keganasan Polis - Bunga Diberi, Gas Pemedih Mata Dibalasnya Posted: 03 May 2012 07:08 PM PDT Suhakam: Tindakan polis tak boleh diterima sama sekali Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menegaskan bahawa penggunaan kekasaran yang tidak seimbang dan tidak sepatutnya terhadap peserta perhimpunan dan juga petugas media adalah satu tindakan pihak polis yang tidak boleh diterima sama sekali. "... di mana mereka (polis) mempunyai tanggungjawab untuk mengekalkan undang-undang dan ketenteraman serta keselamatan awam secara professional lebih-lebih lagi sekiranya diperlukan untuk mengendali dan memudahkan perhimpunan awam," kata Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam. Suruhanjaya itu juga, tegasnya, terkejut dengan dakwaan layanan polis terhadap petugas media yang mempunyai tanggungjawab untuk merekod, mendokumen dan melaporkan peristiwa yang menarik minat orang ramai secara professional dan beretika. "Sesetengah daripada mereka dikasari sementara dua wartawan dilaporkan ditahan, di samping peralatan mereka dimusnah dan dirampas oleh pihak penguatkuasa," tambahnya. Berikut adalah kenyataan penuh pengerusi Suhakam yang bertajuk 'Kebebasan bersuara dan hak untuk berhimpun secara aman mesti dilindungi dan dihormati'. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suruhanjaya) amat kecewa dan bimbang dengan pelbagai insiden yang dilaporkan berlaku semasa perhimpunan awam pada 28 April 2012, termasuk laporan pasukan pemantaunya, khususnya dakwaan pengendalian yang terlalu kasar dan secara sembarangan oleh pihak polis dalam menyuraikan orang ramai. Suruhanjaya juga terkejut dengan dakwaan layanan polis terhadap petugas media yang mempunyai tanggungjawab untuk merekod, mendokumen dan melaporkan peristiwa yang menarik minat orang ramai secara professional dan beretika; sesetengah daripada mereka dikasari sementara dua wartawan dilaporkan ditahan, di samping peralatan mereka dimusnah dan dirampas oleh pihak penguatkuasa. Suruhanjaya juga mengambil maklum dengan penuh kebimbangan keadaan di mana kelakuan dan tingkah laku peserta perhimpunan yang tidak dapat dikawal dan menjadi huru-hara. Namun begitu, penggunaan kekasaran yang tak seimbang dan tidak sepatutnya terhadap peserta perhimpunan dan juga petugas media adalah satu tindakan pihak polis yang tidak boleh diterima sama sekali di mana mereka mempunyai tanggungjawab untuk mengekalkan undang-undang dan ketenteraman serta keselamatan awam secara professional lebih-lebih lagi sekiranya diperlukan untuk mengendali dan memudahkan perhimpunan awam. Suruhanjaya, dalam Laporan Tahunan serta laporan Siasatan Awam berkenaan penggunaan kekerasan yang melampau oleh pihak polis semasa perhimpunan awam, telah berulang kali menyeru pihak berkuasa, agar menggunakan cara yang bersesuaian dan tanpa keganasan sekiranya mereka mendapati ianya perlu untuk mengawal atau menyuraikan orang ramai semasa perhimpunan. Tambahan pula, Prinsip Asas Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Penggunaan Kekerasan dan Senjata Api oleh Pegawai Penguatkuasaan Undang-undang juga menyediakan bahawa pegawai penguatkuasa undang-undang haruslah, seboleh mungkin, menggunakan cara yang tanpa kekerasan sebelum mengambil keputusan untuk menggunakan kekasaran. Walaupun Suruhanjaya telah beberapa kesempatan menawarkan diri sebagai mediator antara polis dan penganjur perhimpunan agar satu persetujuan secara konsensus antara dua pihak sebelum perhimpunan dapat dicapai, namun, tawaran tersebut telah ditolak. Suruhanjaya juga telah beberapa kali menyeru pihak berkuasa untuk membenar dan memudahkan orang ramai untuk berhimpun secara aman. Ia juga telah menggesa agar polis memudahkan orang ramai untuk melaksanakan hak mereka untuk berhimpun secara aman dan mengeluarkan pandangan tanpa membahayakan hak orang lain untuk menjalankan kehidupan dan hal ehwal harian dengan gangguan minima. Peserta di perhimpunan yang seumpama di beberapa tempat lain seperti Georgetown, Kuantan, Johor Bahru, Ipoh, Kuching dan Kota Kinabalu telah dibenarkan untuk berhimpun dan bersurai secara aman, teratur dan bertanggungjawab tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku merupakan satu testimoni kepada kebolehlaksanaan langkah-langkah tersebut. Suruhanjaya ingin mengulangi pendiriannya bahawa ia mengakui keamanan dan kestabilan adalah yang paling utama dan bahawa ketenteraman awam perlu dikekalkan pada setiap masa, namun ianya juga berpendapat bahawa perhimpunan awam menyediakan ruang untuk orang ramai melahirkan perasaan mereka mengenai isu yang menjadi kebimbangan. Hak-hak tersebut adalah terkandung dalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 20(1) Perisytiharan hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) serta Akta Perhimpunan Aman 2011 dan juga Perkara 19 UDHR mengenai kebebasan mengeluarkan pendapat. Walau bagaimanapun, dalam usaha ke arah demokrasi yang berfungsi sepenuhnya, Suruhanjaya telah berulangkali menggesa semua pihak untuk melaksanakan hak mereka secara bertanggungjawab dalam memastikan keamanan dan keselamatan semua yang terlibat dilindungi dan yang lebih penting hak orang lain yang terlibat secara tidak langsung juga mesti dihormati dan dilindungi. Buat ketika ini, Suruhanjaya menyeru orang ramai, pihak media serta pihak berkuasa yang berkaitan yang telah menyaksikan sebarang pelakuan atau insiden mengenai dakwaan pelanggaran hak asasi manusia semasa perhimpunan 28 April 2012 untuk mengemukakan maklumat, dokumen lain dan bukti yang berkaitan kepada Suruhanjaya untuk siasatan. Sementara itu, Suruhanjaya akan membincangkan perkara ini, menganalisa bukti yang terkumpul dan mengkaji laporan pemantuan perhimpunan tersebut secara terperinci dalam mesyuaratnya yang akan datang bagi mempertimbangkan tindakan selanjutnya. -mk Majlis Peguam: Tindakan polis 'sangat buruk' Majlis Peguam timbang tindakan undang-undang |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment