Kelab Greenboc |
- [PERLU BACA] Menangkis Serangan Terhadap BERS✔H 3.0 (FAQ)
- Polis Wanita Menyamar Peserta BERSIH Pengsan Terhidu Gas, Apa Kataku?
- [Bergambar] Pendedahan Skandal Seks Azmin Ali, Azmin Nafi
- [Bergambar] PAS Serah Memo Desak Pengerusi & Timb Pengerusi SPR Letak Jawatan
- BERSIH 3.0: Hishamuddin Arah Editor Jangan Lapor Keganasan Polis!!
- [Video] Apabila Polis Memusuhi Rakyat, Polis Nak Tumpang Kencing Pun Rakyat Tak Bagi
- Polis Dakwa Ada Anggotanya Meninggal Dunia Punca Mereka Mengamuk - Chegu Bard
[PERLU BACA] Menangkis Serangan Terhadap BERS✔H 3.0 (FAQ) Posted: 01 May 2012 04:36 PM PDT Debat BERSIH 3.0 Sementara isu Bersih 3.0 yang berlangsung 28 April 2012 masih hangat diperkatakan dan diperdebatkan, aku cuba gagahi dan rajinkan diri untuk membuat sedikit kupasan berkenaan Bersih 3.0 seperti yang dijanjikan. Tapi bukan kupasan menyeluruh. Lebih kepada perdebatan soal jawab. Menjawab persoalan-persoalan yang sering puak anti Bersih ajukan dan menjadikannya sebagai modal untuk condemn Bersih. 1. Kenapa sokong Ambiga? Terang-terang dia tu pejuang LGBT. Bukankah itu menyokong maksiat? Sokonglah ketua kapir kau tu. Mereka sokong Bersih. Bukan sokong Ambiga. Ambiga cuma pengerusi. Contoh mudah, adakah kalau kita sokong pasukan bola Malaysia, bermakna kita sokong K.Rajagopal? Jika kita respek keberanian Dr Mahathir menentang Yahudi, adakah bermakna kita sokong kelantangan dia menghina hukum hudud? Beginikah disiplin hukum agama? Kalau dia melakukan sesuatu untuk menegakkan dan mendapatkan keadilan, kita mesti sokong walaupun dia kafir. Kalau bercanggah dengan Islam kita tentang. Lagipun, pengerusi boleh bertukar pada bila-bila masa saja. Contohnya tahun ni, ada pengerusi bersama iaitu Dato A. Samad Said. Andai kata Najib Razak sudi jadi pengerusi Bersih sekalipun, mereka tetap akan sokong. Tapi, mahukah Najib pilihanraya yang bersih? Hilful Fudul juga diketuai oleh kafir Quraisy. Tapi Nabi Muhammad menyokong dan mengiktiraf idea yang dimulakan oleh orang kafir Quraisy tu. Baginda juga pernah menyertainya masa zaman sebelum dilantik menjadi Rasul (masa mudanya). 2. Perjuangan Bersih itu bukannya nak perjuang pilihanraya yang telus sangat pun. Lebih kepada propa pembangkang untuk menarik lagi ramai penyokong. Sebab tu nampak pembangkang saja yang pulun lebih. Jika anda kata perjuangan Bersih itu propa pembangkang, menentang Bersih itu pula propa siapa? Propaganda BN untuk menarik perhatian rakyat memburukkan pembangkang? Ke guane? Dan dah tentulah pembangkang saja yang beria sokong Bersih sebab pembangkang saja nakkan pilihanraya yang telus. BN taknak kot. Sebab tu macam-macam taktik digunakan untuk menggagalkan Bersih. 3. Kalau betul Pilihanraya tak telus, macam mana PRU sebelum ni boleh tawan 5 negeri? Kalau telus, bukan setakat 5 negeri. Pakatan Rakyat dah bertukar jadi kerajaan la. BN pulak jadi pembangkang kat Malaysia ni. Hehe.. Cuba fikir macam tu pulak. 4. Bersih? Bersih kejadahnya. Mengotorkan je. Penuh sampah atas jalan. Kesian abang DBKL. Sampah yang peserta Bersih buat laju je korang nampak. Sampah masa konsert merdeka dan karnival Jom Heboh tu tak kisah pulak? Tak kesian pulak? Kalau bernasib baik, kena kutip kondom yang bersepah. Ada peserta Bersih yang tolong kutip sampah tu taknak petik pulak? 5. Aku tengok ada paderi bawa payung lambang salib ke perhimpunan Bersih. Apa nak jadi diorang ni. Tak sedar lagi ke tu agenda Kristian? Ini kelakar. Ler... Apa masalahnya paderi bawa payung lambang salib. Dah nama pun paderi. Normal la. Lainla yang pegang payung bersalib tu Islam. Boleh jugak dipersoalkan. 6. Melayu sama Melayu gaduh. Sikit-sikit melayu. Sikit-sikit melayu. Peduli apa kalau melayu terpaksa berpecah. Janji Islam tertegak. Dalam Islam, ada melayu. Dalam melayu, ada yang bukan Islam. Kalau Melayu bersatu tapi di dalamnya penuh dengan kemunafikan, dan Islam keturunan saja apa faedahnya? Kedaulatan dan hak orang Melayu lebih diutamakan. Islam jatuh nombor 2? Kat akhirat nanti Allah tak tanya la kau bangsa apa. Dia tanya kau agama apa. Kalau kau cakap kau agama Melayu, masuklah neraka. Mana ada agama Melayu. Hehe.. 7. Malaysia dah tak aman. Memang pun. Malaysia takkan aman selagi maksiat berleluasa. Maksiat itu sendiri adalah bala dari Allah kerana Malaysia terlalu aman buat pelaku maksiat. Tunggu masa Allah nak turun bala yang lebih besar saja. Nauzubillah. 8. Menyusahkan jer. Ha'ah.. Memang menyusahkan. Kerajaan sekarang ni tak kasihan ke tengok korang eh? Kenapa bantah sangat dengan Bersih? Laksanakan jela tuntutan Bersih tu. Habis cerita. Dah tak susah dah. 9. Perlu ke buat demo? Bincang secara aman tak boleh ke? Tak islamik langsung. Sebab cara aman SPR buat bodoh. Buat demo sampai 3 kali pun tak ada apa-apa tindakan lagi yang diambil. Apa cerita? Nak kena buat Bersih 4.0 pulak? Errr.. Tak Islamik? Dahulu ulamak kata turun perhimpunan menentang Malayan Union wajib kerana menentang penjajah. Jadi, apa bezanya turun Bersih bagi menentang mereka yang meneruskan dasar penjajah? Dan ada juga ulamak hebat turun Bersih antaranyab Tok Guru Haji Salleh (gambar), ulamak terkenal di Kedah. Dan ramai ilmuan agama yang menyokong Bersih. Yang tak sokong tu, kebanyakannya ular dalam semak je. 10. Peniaga rugi besar Memang pun. Dah tutup, memanglah akan rugi besar. Tengoklah siapa yang buka kedai hari tu, untung besar woo. Heheh.. 11. Peserta demo cetuskan huru-hara. Bukan polis. Yeke peserta demo cetuskan huru-hara? Ataupun SB yang menyamar sebagai peserta demo yang mula melakukan provokasi? Lihat ini. Bukan aku cakap. Dia ni Setiausaha UMNO BANDAR TUN RAZAK. Cerdikkan dia ni sebab pecah rahsia kat facebook. Hehe.. Bukan edit ni. Aku dah tengok sendiri kat wall facebook dia. Apapun, aku tak cakap pun tu memang kerja SB. Maybe salah segelintir peserta Bersih jugak. Mungkin juga ada yang termakan provokasi SB. Al-maklumlah darah tengah mendidih. Semangat sedang membuak-buak. Bila dah ada yang buat buah mula, tunggu cangak lagi? Berderet-deretlah ikut. 12. Peserta Bersih kurang ajar Tidak dapat dinafikan. Tak semua yang hadir tu bagus-bagus belaka. Dan memang mustahil dapat control sorang-sorang. Sama macam puluhan murid dalam kelas. Bukan senang seorang cikgu nak control. Inikan pula puluhan ribu umat. Orang macam tu, aku pun tak sokong. Sama-sama muhasabah diri balik. Belajar dari pengalaman. 13. Kau lawan kerajaan, tapi kerja kerajaan. Minta bantuan kerajaan. Ler.. Apa masalahnya. Dah memang itu tanggungjawab kerajaan. Ok, andaikata PR ambil alih kerajaan nanti pun, apa bezanya? Akan nama kerja kerajaan jugak. Orang takkan cakap kerja pembangkang. Haha.. Adeyhhh.. Dan bila masa Bersih lawan kerajaan BN? Bersih lawan SPR. Yang BN nak terasa lebih apahal? Jeng..Jeng..Jeng.. Smell something fishy right there.. 14. Tak bersyukur langsung. Tak mengenang budi atas apa yang kerajaan dah bagi. Contoh, abah kau rogol kau. Tapi disebabkan terkenangkan budi yang abah kau dah bela kau sejak baby, maka kau lepaskan dia macam tu je tanpa sebarang tindakan. Camtu? Memang budi patut dikenang. Tapi, jangan disebabkan budi yang telah ditabur, kita nak biarkan macam tu saja penyelewengan yang mereka dah buat. 15. Memang patut pun polis pukul diorang. Kurang ajar sangat. “Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya.”(Riwayat Ahmad - dinilai hasan oleh Albani) “Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ia tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya)." (Riwayat Ahmad - dinilai hasan oleh Albani) Part polis aku malas komen banyak-banyak. Kang ada yang emo suruh aku report bomba kalau abang aku kena rogol. lol. Hye polis! Love u! ********************* Ok, cukuplah setakat 15. Aku malas nak kupas panjang-panjang dan buat kepala Conan siasat itu ini. Sedangkan yang betul-betul pergi demo pun tersilap fakta dan maklumat. Inikan pula yang tak pergi tapi hanya tahu nak mengutuk saja kat rumah tu. Suka sangat buat fitnah kan? Dan ada yang cuba provok aku kat facebook tu pun, aku buat bodoh saja. Malas nak layan. Kecuali yang dirasakan sesuai. Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti akan kalah berhujah dengan seorang yang jahil kerana orang yang jahil tidak pernah faham landasan ilmu". -Imam Syafie Aku kesian yang percaya bulat-bulat media pro-BN. Bila tanya apa itu Bersih pun tak tahu. So, rajinkanlah diri baca penjelasan di bawah sebelum mengutuk mengkhinzir buta.
-szlihin.com |
Polis Wanita Menyamar Peserta BERSIH Pengsan Terhidu Gas, Apa Kataku? Posted: 01 May 2012 08:31 AM PDT Polis kantoi lagi: Polis Wanita Berbaju BERSIH ini Pengsan Terhidu Gas Polis wanita ini menyamar dengan memakai baju BERSIH 3.0 pengsan setelah terhidu gas pemedih mata. Baguslah...dapat juga dia merasai betapa 'nyamannya' terkena gas tersebut. Polis ini adalah antara mereka yang ditugaskan untuk menyamar sebagai demostran untuk mencuri maklumat, melakukan provokasi, dan menangkap demostran. Kesian mereka ini. Mereka melakukan tugas demi memenuhi kehendak bos atasan untuk membelasah rakyat. Berbanggakah mereka dengan kerja sebegitu? Sepatutnya mereka menjaga keselamatan rakyat bukan 'menibai' rakyat... Fikir-fikirkan... -tuk kiyai Ulasan GB Jika benar polis wanita itu menyamar, bererti Allah masih menyayanginya, lalu "dipengsankannya" supaya dia tidak terus menerus melakukan kerja-kerja jahatnya. Ada diantara yang jika Allah tidak sayangkan seseorang hambaNya, dibiarkan terus melakukan kerja-kerja jahat, kemudian sekonyong-konyong nanti Allah menurunkan siksaanNya atau mengambil nyawanya tanpa dia sempat bertaubat. Kan lebih dasyat jika begitu? Terutama para provokator tuh... (geram betul GB dengan mereka nih... lansung tidak menggambarkan kerja orang beriman... tak mengapa, mereka akan tetap merasainya... kita serahkan kepada Dia, cara bagaimana dan bila pengajaranNya kepada mereka. Bukankah Allah sebaik-baik Perencana dan sebaik-baik Hakim? ) |
[Bergambar] Pendedahan Skandal Seks Azmin Ali, Azmin Nafi Posted: 01 May 2012 05:27 AM PDT Selepas kegagalan video seks Anwar, kini para pemfitnah melakukan serangan ke atas Azmin. Sebuah blog khusus diciptakan untuk memfitnah Ahli Parlimen Gombak berkenaan. Tetapi malang, gambar-gambar yang dipaparkan yang dikatakan wajah Azmin lansung tidak dapat ditentukan kerana tiada satu pun gambar yang diapaparkan itu ada menunjukkan wajah Azmin yang sebenar. Kesemua fokus di dalam gambar di dalam jarak jauh dan wajahnya kabur. Kerja-kerja memfitnah dengan mengaitkan adegan seks sudah menjadi perkara biasa bagi blogger pencacai UMNO. Itulah tahap mentaliti yang mereka ada. GB pernah ulas dahulu. Petikan: Fitnah, mereka-reka cerita yang tidak benar, bahasa lucah/mencarut dan gambar porno sudah merupakan perkara asasi dan darah daging blogger proUMNO. Pergi ke mana-mana satu blogger pro-UMNO, anda akan menemui salah-satu daripadanya. Terkutuklah blogger UMNO pemfitnah ini dari dunia sampai akhirat seperti firmanullah: Skandal Seks Dalam Tandas : Kenyataan Penuh Penafian Azmin Ali |
[Bergambar] PAS Serah Memo Desak Pengerusi & Timb Pengerusi SPR Letak Jawatan Posted: 01 May 2012 02:01 AM PDT Putrajaya 30.4.2012 : Bertempat di Pejabat Suruhanjaya Pilihanraya semalam berlangsung majlis penyerahan Memorundum oleh PAS Pusat bersama PAS Selangor yang turut dihadiri oleh Timbalan Presiden PAS Tuan Hj Mohamad Sabu, Ketua dan Timbalan Dewan Muslimat PAS Pusat serta Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Selangor bersama ahli jawatankuasa mendesak Pengerusi SPR meletak jawatan atas isu-isu yang dibangkitkan kebelakangan ini. Mat Sabu: 1 juta untuk BERSIH 4.0 jika tiada reformasi p'raya Polis ganas: Transformasi Najib paling 'berjaya' -drsitimariah |
BERSIH 3.0: Hishamuddin Arah Editor Jangan Lapor Keganasan Polis!! Posted: 30 Apr 2012 11:29 PM PDT Naib Presiden PKR, N Surendran mendedahkan bahawa Menteri Dalam Negeri yang juga sepupu Najib Altantuya, Hishamuddin Hussein mengarahkan supaya editor semua media cetak dan elektronik utama di negara ini supaya tidak mendedahkan keganasan polis sehari sebelum himpunan Bersih 3.0 yang berlangsung Sabtu lalu di Kuala Lumpur. Gambar: Hishamuddin memantau peserta Himpunan Bersih 3.0 dipercayai dari bangunan ibu pejabat polis Bukit Aman Surendran menambah lagi arahan tersebut dibuatbagi mengelakkan imej buruk polis terbongkar sebagaimana yang telah berlaku semasa himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai tahun lalu. Berikut kenyataan penuh Surendran: Saya merujuk kepada perhimpunan Bersih 3,0 dan tindakan kerajaan BN dengan tangan tinggi dan kejam terhadap media. Kami telah menjumpai bukti lanjut yang menunjukkan bahawa perintah untuk mengganggu, menghalang dan menangkap wartawan yang meliputi perhimpunan Bersih 3.0 datang daripada peringkat tertinggi Kementerian Dalam Negeri (KDN). Pada 27.4.12, Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein Onn telah mengarahkan semua Ketua Editor akhbar utama untuk hadir di hadapannya. Kami dimaklumkan bahawa pada arahan mesyuarat telah diberikan tentang bagaimana untuk melaporkan berita-berita di perhimpunan Bersih pada 28.4.12, dan bahawa editor ditanya untuk mengelak daripada melaporkan tentang kekejaman polis. Ia amat mengganggu bahawa sehari selepas mesyuarat ini, wartawan yang cuba untuk merakam salah laku polis telah dbuli dengan cara yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Polis telah menjalankan hasrat Menteri Dalam Negeri. Sehingga kini, tiada penjelasan telah diberikan oleh PM, Menteri Dalam Negeri atau Ketua Polis Negara pada polis yang menyerang petugas media. Jawapan Hishamuddin bahawa penyitaan peralatan elektronik jurugambar seperti kamera dan perakam video adalah prosedur operasi standard (SOP) adalah satu pengakuan yang mengejutkan menyalahi undang-undang dan kelakuan yang menyalahi undang-undang oleh pihak polis. Kebebasan akhbar palsu Ini juga serangan yang serius oleh BN berkenaan isu kebebasan akhbar. Di bawah sistem demokrasi kita, Menteri Dalam Negeri tidak mempunyai urusan khusus dalam bidang kuasanya mengarahkan media tentang apa yang mereka boleh atau tidak boleh melaporkan. Perdana Menteri Najib Razak sebenarnya berpura-pura meminda PPPA 1984 untuk membenarkan kebebasan akhbar yang lebih kini terdedah sebagai kepalsuan yang paling hebat. Kami menyeru Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein untuk mendedahkan dalam masa 24 jam, butir-butir lengkap arahan yang diberikan kepada media pada mesyuarat itu. Kami seterusnya permintaan bahawa Najib dan Hishamuddin menerangkan dan menjawab serangan polis kejam dan teratur apabila media dan orang ramai pada 28/4 lalu. -SK |
[Video] Apabila Polis Memusuhi Rakyat, Polis Nak Tumpang Kencing Pun Rakyat Tak Bagi Posted: 30 Apr 2012 09:45 PM PDT Video Polis Nak Terkencing Pun Tauke Kedai Tak Bagi Masuk.. Polis nak masuk dalam bangunan kononnya sebab nak guna tandas nak terkencing sangat dah. Orang dalam bangunan tak bagi masuk. Polis macam tak percaya yang orang dalam bangunan tak bagi mereka masuk. Dia ingat dia ada kuasa boleh suka-suka hati nak buat apa-apa saja. Lepas tak dapat masuk, dengan megahnya berkata "You Apa-Apa Jangan Cari Polis Ya!" Poll Yahoo: Polis punca keganasan Ulasan GB Zalim bukan? Nak tumpang kencing pun rakyat tak bagi? Tapi itulah hukum kebenaran dan keadilan berjalan. What goes around turns around. Anda menzalimi rakyat, maka anda perlu merasai bagaimana jika rakyat mengambil sikap tindakbalas sedemikian? Polis tidak boleh dan tidak perlu mengugut "You Apa-Apa Jangan Cari Polis Ya!" kerana rakyat pada bila-bila masa boleh jawab, "Kamu jangan ambil gaji kerana gaji kamu pun rakyat yang bayar!" Dan yang marah kepada polis sekarang adalah ramai. Majoriti rakyat menunjukkan jarinya ke arah polis terhadap punca keganasan perhimpunan Bersih 3.0 seperti poll yahoo di atas. Semuga senario ini menjadi iktibar kepada pasukan polis dan mana-mana pihak yang bertindak untuk menyalahkan rakyat di atas kesalahan dan kelemahan mereka. Penjelasan KPN kononnya polis bertindak hanya selepas benteng polis dirempuh adalah karut kerana yang merempuh itu, setelah pelbagai bukti dipaparkan adalah ternyata perbuatan provokasi anggota polis sendiri. Apakah KPN masih cuba untuk menafikan "hakikat" ini? Kami akan terus berdoa! اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba'ah, wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya). Kita ingin mengingat kepada semua pihak yang terlibat di dalam "konspirasi" mewujudkan provokasi ini bahawa Allah sudah berfirman: Sambil bersikap sombong di bumi dan berusaha merancangkan rencana jahat, dan tidak ditimpakan dengan rancangan yang jahat itu melainkan orang yang merancangkannya sendiri. Maka tiada yang mereka tunggu melainkan seperti berlakunya kebinasaan ke atas orang yang telah lalu. Kerana engkau tidak akan mendapati perubahan bagi Sunnatullah, dan engkau tidak akan mendapati Sunnatullah itu menyimpang. [Fatir: 43] |
Polis Dakwa Ada Anggotanya Meninggal Dunia Punca Mereka Mengamuk - Chegu Bard Posted: 30 Apr 2012 06:15 PM PDT Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin mendakwa 'amukan' pihak polis terhadap peserta Bersih 3.0 Sabtu lalu berpunca daripada khabar angin kononnya seorang anggota mereka meninggal dunia dipukul peserta. Menurut Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard, beliau adalah salah seorang mangsa amukan itu yang didakwa dipukul lebih 50 anggota polis lewat petang Sabtu lalu. Katanya, ketika beliau dipukul bertalu-talu, polis yang memukulnya itu mendakwa ada anggota polis meninggal dunia dipukul peserta Bersih 3.0. "Antara yang mereka kata ada anggota polis mati kena pukul oleh demonstran. Polis termakan hasutan ini sehingga bertindak di luar kewarasan," katanya kepada Harakahdaily. Beliau ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi petang ini berhubung kekerasan pihak polis terhadapnya. Dalam laporan itu, Chegu Bard mendakwa dipukul ketika berada di kawasan Jalan Masjid India kira-kira jam 7 petang. Ketika itu, beliau dan seorang lagi rakannya Sany sedang melihat anggota polis merosakkan dan menterbalikkan meja gerai peniaga yang ditutup di situ. Tiba-tiba katanya, 10 anggota polis meluru ke arah mereka berdua dan terus memukul mereka tanpa bertanya apa-apa. "Saya dipukul beberapa kali, kemudian diheret ke Jalan TAR dan dipukul lagi oleh anggota polis yang pakai uniform tapi tiada nombor polis atau tanda nama," katanya. "Kemudian saya dibawa ke tempat kepungan di Dataran Merdeka dan di situ lebih teruk saya kena pukul. Saya muntah, telinga berdarah, hidung berdarah sampai saya tak larat dah. "Kemudian datang dua orang pegang dan dirikan saya. Seorang anggota polis datang terus flying kick dada saya," tambahnya lagi. Menurutnya juga, kepalanya turut berdarah dipercayai dipukul menggunakan objek keras. Dalam keadaan separa sedar itu juga ujarnya, beliau dapat merasakan poketnya diseluk dan hanya menyedari duitnya lebih RM200 hilang ketika dibawa naik ke atas trak. "Saya merayu, saya mintak maaf, tapi saya seperti bercakap kepada orang yang langsung tidak ada pertimbangan. "Saya ingin bagitahu kepada anggota polis, kami bukan memusuhi kamu. Kamu juga adalah mangsa kepada keadaan ketakutan Umno BN," katanya. -HD |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment