Kelab Greenboc |
- Ada Ujian Provokasi Guna SUV Sebelum Kejadian Waja Diterbalikkan?
- Keganasan Polis Terhadap Wartawan, Menteri KDN Dan KPN Bertelagah Tentang SOP
- Najib Tanggung Risiko Jika Wartawan Asing Gambarkan PDRM Sebagai "Gangster Berlesen"
- [Dedah] Siapa Potong Kawat Duri Di Sekeliling Dataran Merdeka?
- Salehuddin Ayub Dedah Wujudnya Unit Amal Palsu Bertopeng Semasa BERS✔H 3.0
- Benar-benar Melampau, Pelancong Asing Pun Turut Dipukul Oleh Polis!
Ada Ujian Provokasi Guna SUV Sebelum Kejadian Waja Diterbalikkan? Posted: 30 Apr 2012 04:55 PM PDT Bhai... lu tengok nih... Ini gambar satu SUV milik PDRM yang merempuh kawasan orang ramai berkumpul berhampiran SOGO sejurus sebelum kejadian kereta WAJA milik PDRM merempit dan melanggar orang awam dikawasan SOGO tersebut... Untuk pengetahuan lu orang sumer... Kawasan nih telah diblock oleh "barrier plastik merah dan putih" yang biasa lu orang lihat kat kawasan pembinaan tue... dan block ini dipasang oleh PDRM seawal pukul 10 pagi lagi... jadi... atas alasan aper kah yang SUV PDRM nih meluru dan merempit dikawasan ini.... Ianya juga nyaris terbabas dan melanggar orang awam semasa ianya membuat belokan tajam menuju Jalan Bunus .... Yang lagi pelik... kenapa dier memecut ikut jalan Bunus.. sedangkan ianya boleh jalan terus menuju kearah Jalan TAR. So... stakat provokasi dari orang awam guna botol air mineral pon boleh buat stunt macam nih ker.... Bahaya wei... Dari aper yang gua dapat baca.. gua berani kata bahawa ianya adalah ujian provokasi sebelum provokasi yang utama menjelma selepas itu sekitar 3 atau 4 minit berselang.... -cipantenuktapir Bhai... sila gunakan akal yang waras aaa... Ulasan GB Kita akan terus berdoa! اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba'ah, wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya). Kita ingin mengingat keapda semua pihak yang terlibat di dalam "konspirasi" ini bahawa Allah sudah berfirman: Sambil bersikap sombong di bumi dan berusaha merancangkan rencana jahat, dan tidak ditimpakan dengan rancangan yang jahat itu melainkan orang yang merancangkannya sendiri. Maka tiada yang mereka tunggu melainkan seperti berlakunya kebinasaan ke atas orang yang telah lalu. Kerana engkau tidak akan mendapati perubahan bagi Sunnatullah, dan engkau tidak akan mendapati Sunnatullah itu menyimpang. [Fatir: 43] |
Keganasan Polis Terhadap Wartawan, Menteri KDN Dan KPN Bertelagah Tentang SOP Posted: 30 Apr 2012 08:46 AM PDT IGP: Rampas kamera, rakaman bukan SOP Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini menjelaskan bahawa tindakan polis merampas kamera dan rakaman wartawan yang membuat liputan perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu bukan sebahagian daripada garis panduan operasi polis (SOP). Beliau berkata demkian ketika mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam yang menyatakan sebaliknya. "Saya tak tahu. Saya nak terangkan, kita tidak ada SOP sedemikian. Kita bertindak berdasarkan undang-undang dan saya ingin katakan bahawa polis bertindak secara profesional dalam tangani masalah yang berlaku. "Saya ingat saya kata beginilah. Kita tidak ada arahan khusus atau khas tentang rampas kamera. Kalau kamera itu ada senjata, lainlah," katanya pada sidang media petang tadi. Ditanya siapakah yang memberikan arahan untuk mengambil barangan milik wartawan seperti kamera dan kad memori, Ismail sekadar berkata, pihak polis hanya mengikut undang-undang. Ismail juga berkata, wartawan perlu dilindungi dalam perhimpunan seperti itu dan pihaknya turut mengambil berat tentang aduan yang telah diberi oleh orang awam, wartawan malah anggota polisnya sendiri. Katanya, polis bersikap terbuka untuk menyiasat segala tohmahan yang diberikan. Malah, beliau menggesa agar mana-mana pihak yang didakwa dikasari, membuat aduan. "Tiada siapa yang beri arahan. Seperti yang saya kata, semua ikut kuasa undang-undang. Kejadian telah berlaku dan kita akan siasat secara terbuka untuk jaga kepentingan semua orang. "Kita akan siasat semua laporan polis yang dibuat. Kita akan siasat dengan adil. Keadilan untuk semua. Malah ada juga pegawai polis yang dikasari. "Ada yang patah gigi, hidung, lengan retak dan kenderaan pasukan telah dimusnahkan. Kita akan siasat," katanya lagi. Beliau turut ditanya mengenai arahan kepada anggota polis untuk membuat tangkapan di luar kawasan Dataran Merdeka memandangkan pasukan itu hanya diperintahkan untuk berkawal agar peserta tidak memasuki kawasan tersebut. Ismail menjelaskan, anggotanya bertindak secara proaktif bagi mencegah sebarang kemungkinan yang tidak diingini berlaku. "Kita bertindak secara proaktif. Takkan nak tunggu rumah terbakar baru nak padam api. Ini adalah tindakan untuk mencegah," katanya lagi. -mk Menteri: Polis rampas kamera wartawan ikut SOP Ulasan GB اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba'ah, wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah Doa kita dimakbulkan Allah. Sebelum ini GB sudah ulas. Petikan: KPN tidak perlu lagi berdalih dengan mengatakan anggotanya mengikut SOP tatkala melepuk pelancong asing tersebut seperti hal beliau laporkan kepada Menteri KDN terhadap indakan polis merampas kamera dan kad memori wartawan yang membuat liputan perhimpunan adalah mengikut garis panduan operasi polis (SOP). Dalam pada itu wartawan akhbar kosmo didapati melakukan PENIPUAN apabila mendakwa seorang jurufoto akhbar The Malay Mail, Arif Kartono kononnya cedera dibelasah oleh peserta perhimpunan BERSIH 3.0, sedangkan pengakuan jurufoto itu ialah beliau ditendang dan dibelasah oleh anggota polis, bukan oleh peserta BERSIH seperti didakwa kosmo. Dan satu lagi akhbar online "mstar"yang mengambil caption foto dari Bernama turut membuat laporan yang lebih sama di atas terhadap wartawan bernama Radzi razak dari TheSun: |
Najib Tanggung Risiko Jika Wartawan Asing Gambarkan PDRM Sebagai "Gangster Berlesen" Posted: 30 Apr 2012 06:46 AM PDT Keganasan polis: Najib paling tertekan KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Razak nyata paling tertekan dengan keganasan polis kepada peserta Bersih 3.0 dan pihak media terutamanya enam hari menjelang hari kebebasan media sedunia. Demikian analisa anggota Parlimen Kuala Selangor yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad. "Kali ini rasanya paling parah mereka (petugas media) yang kena. Mereka ditahan, ditumbuk, dibelasah, kamera dimusnahkan semua ini berlaku 6 hari sebelum Hari Kebebasan Media Sedunia..World Press Freedom," Bagi beliau, Najib tidak dapat elakkan diri kalau media barat menggambarkan PDRM sebagai 'gangster berlesen'. Ini kerana, yang terkena termasuk petugas media dari Al-Jazeera, Channel News Asia dan media tempatan termasuk The Malay Mail, The Sun, Malaysiakini, Makkal Osai, Guan Ming Daily dan juga Harakah. Sebelum ini, Reuters sebuah agensi media antarabangsa meramalkan Najib akan menangguhkan pilihan raya umum ke 13 ekoran trgaedi yang berlaku Sabtu lepas. Komited kepada pru bersih Bagi Dr Dzulkefly , rakyat khasnya pihak Bersih 3.0 mesti bersedia untuk kekal komited kepada reformasi pilihanraya sebelum PRU ke 13. "Rakyat mahu siasatan menyeluruh atas apa jua dakwaan yang menjadi punca dan mulanya kekacauan dalam perhimpunan semalam, tapi rakyat dan Bersih tidak akan dilunturkan asakan mereka untuk mendapat sebuah sistem dan proses pilihanraya yang bersih dan Adil," kata beliau kepada Harakahdaily. Dr Dzul mengajak semua pihak agak mengimbau kembali sebab mengapa perhimpunan Bersih 3.0 diadakan selepas Bersih 2.0. "Kita adakan perhimpunan ini setelah kesal dengan Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) yang mana kertas mereka diluluskan tanpa bahas. "Juga tindakan pentadbiran Najib yang kononnya mengwar-warkan transformasi pilihan raya melalui pindaan ke atas akta kesalahan pilihan dan memaksa anggota Parlimen bersidang sehingga jam 3.21 pagi. "Apa yang dipinda cuma perkataan 'buang undi' kepada 'mengundi'," sindir Dr Dzulkefly yang juga AJK PAS Pusat. Beliau juga kesal dengan tindakan kerajaan yang memperalatkan Datuk Bandar Kuala Lumpur dengan kerjasama mahkamah untuk menafikan hak rakyat untuk berhimpun di Dataran Merdeka. "Rakyat tak puas hati menyaksikan pilih kasih dan berat sebelah ni (zalim) sekaligus dah jadi macam barua eksekutif. "Ingat Pakatan menang 10 dari 11 kerusi di Wilayah Persekutuan, bermakna lebih ramai pengundi atau rakyat menyokong Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur ini," tegas Dr Dzul. -HD Kesatuan wartawan kutuk tindakan polis Ulasan GB GB sudah ulas sebelum ini. Petikan: Dan diberitakan beberapa kamera para wartawan, termasuk wartawan Al-Jazeera telah dirampas oleh pihak polis. Mengapa? Takut aksi terlampau terdedah? Namun tindakan merampas kamera para wartawan itu apa tah lagi wartawan antarabangsa seperti Al-Jazeera menjadikan satu dunia kini memandang jijik terhadap polis Malaysia. Dan apabil ada tanggapan negatif terhadap polis semacam tu, salah siapa? |
[Dedah] Siapa Potong Kawat Duri Di Sekeliling Dataran Merdeka? Posted: 30 Apr 2012 04:20 AM PDT KUALA LUMPUR, 29 April: PAS mendesak pihak polis melakukan siasatan segera terhadap individu yang bertindak memotong dawai penghalang pada perhimpunan Bersih 3.0, semalam. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, berkata individu terbabit yang dikatakan peserta Bersih 3.0 itu kelihatan profesional ketika memotong dawai berduri yang diletakkan di sekeliling Dataran Merdeka. "Individu terbabit dilihat begitu profesional kerana dapat memotong dawai berduri itu dengan pantas, yang akhirnya memberi peluang kepada polis untuk 'mengganas' selepas itu," kata beliau pada sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS, hari ini. Sambil menolak segala provokasi berpunca daripada peserta Bersih 3.0, Mohamad berkata penyokong himpunan itu tetap berada dalam keadaan terkawal, walaupun jumlahnya mencecah puluhan ribu. Dalam pada itu, beliau turut mendakwa perhimpunan kali ini menunjukkan berlakunya peningkatan keganasan polis terhadap peserta himpunan. Dakwanya, pengalaman menyertai beberapa perhimpunan sejak mahasiswa, perhimpunan kali ini merupakan perhimpunan yang hanya meningkatkan bilangan keganasan pihak polis. "Dengan laungan kerajaan kononnya ingin melakukan transformasi terhadap institusi polis, jelas ia hanya mainan dengan tindakan ganas polis yang ditunjukkan pada perhimpunan semalam," tegas beliau. Sementara itu, Pengerusi Lajnah Guaman PAS Pusat, Asmuni Awi turut melahirkan kekesalan dengan tindakan ganas pihak polis terhadap peserta himpunan Bersih 3.0. Beliau yang turun bersama hampir 70 orang peguam bagi memantau himpunan tersebut turut mempertikaikan tindakan polis yang 'memburu' orang ramai. "Larangan dikeluarkan untuk memasuki Dataran Merdeka. Kenapa pihak polis memburu orang ramai yang di luar Dataran Merdeka?" soal beliau yang turt serta pada sidang media tersebut. Turut serta pada sidang media itu, Penolong Setiusaha Agung PAS, Dr. Syed Azman Syed Nawawi; Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr. Mohd Hatta Md. Ramli; dan beberapa wakil peguam PAS. -HD Ulasan GB kita akan terus berdoa! اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba'ah, wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah |
Salehuddin Ayub Dedah Wujudnya Unit Amal Palsu Bertopeng Semasa BERS✔H 3.0 Posted: 29 Apr 2012 11:43 PM PDT Pas mahu suruhanjaya siasat insiden Bersih IPOH – Pas mempelawa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat perhimpunan Bersih 3.0 kelmarin, yang berakhir dengan insiden tidak diingini, bagi mengenal pasti kebenaran di sebalik perkembangan itu dan diambil tindakan jika perlu. Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, Siasatan Diraja mampu menjalankan siasatan dengan adil kepada semua pihak, malah Pas akan memberikan kerjasama. "Kita tunggu keputusan dahulu sama ada kerajaan mahu tubuhkan atau tidak. Namun, kita mahukan ketelusan dalam siasatan yang dijalankan dengan mengambil kira semua aspek untuk dimuatkan dalam laporan penuh kelak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Pemuda Pas Perak di sini, semalam. Pendirian ini dibuat beberapa jam sebelum Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga berkata pihaknya mahu Suhakam menjalankan satu siasatan bebas dan menyeluruh. Dalam kenyataannya, Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, Pas menolak dakwaan bahawa Jabatan Amal Malaysia (Unit Amal) bertindak merempuh sekatan yang dibuat polis di jalan berdekatan KLCC semasa perhimpunan Bersih 3.0, kelmarin dan menegaskan ia bukan arahan daripada Pas. Salahuddin berkata, Pas dan kepimpinan Bersih sendiri tidak pernah memberi arahan untuk melakukan perbuatan sebegitu. "Sehari sebelum perhimpunan Bersih, kita telah mengeluarkan kenyataan tidak akan merempuh kawasan yang telah dikuatkuasakan oleh perintah mahkamah dan arahan ini jelas malah Pas mematuhi perkara itu. "Sama ada Unit Amal mahupun peserta dalam kalangan ahli Pas, kita tidak mengizinkan mereka melanggar arahan itu," katanya. Beliau mengulas dakwaan media semalam bahawa peserta Bersih 3.0 yang terdiri daripada Unit Amal Pas merempuh sekatan yang dilakukan polis dan bertindak ganas. Beliau turut berkata,Pas tidak menolak wujud ejen provokasi yang memakai baju Unit Amal bagi tujuan menimbulkan kacau ganggu sewaktu perhimpunan selain memberikan imej tidak baik kepada Pas. Beliau merujuk insiden yang berlaku pada anggaran jam 4.19 petang di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur berhubung tindakan orang ramai menterbalikkan kereta polis selain Unit Amal Malaysia yang merempuh sekatan polis berdekatan KLCC. "Kami nyatakan di sini, mereka yang memakai baju Unit Amal dan bertopeng itu bukan kita dan mereka ini adalah ejen provokasi yang cuba mengambil kesempatan untuk mengeruhkan lagi keadaan termasuk insiden kereta polis. "Oleh sebab itu kita akan teliti balik video yang berjaya dirakam dan kita juga akan buat laporan polis malah akan mengemukakan bukti yang berkaitan, dalam sehari dua ini kita akan terima banyak lagi video dan gambar bagi tindakan seterusnya," katanya. Sementara itu, beliau turut menyatakan perhimpunan itu berjaya dan mendakwa 200,000 rakyat Malaysia turun menyertai Bersih 3.0 menuntut reformasi pilihan raya. Perhimpunan kali ini disifatkannya satu isyarat dan perlu dibaca oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa apa pun janji transformasi politik yang dibawanya tidak meyakinkan rakyat yang menuntut pilihan raya yang bersih serta adil. Malah katanya, Bersih 3.0 diadakan hasil tindakan kerajaan yang tidak serius melakukan transformasi politik. -SH Ulasan GB Kita akan terus berdoa! اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba'ah, wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah |
Benar-benar Melampau, Pelancong Asing Pun Turut Dipukul Oleh Polis! Posted: 29 Apr 2012 10:08 PM PDT Membelasah orang awam sudah menjadi sesuatu yang biasa bagi polis. Senario di dalam perhimpunan BERSIH 3.0 menyaksikan wartawan (dalam dan luarnegara), peguam, pelajar malah tak kira siapa menjadi "lauk" para polis untuk dihentam dan dibelasah secukupnya. Namun apa yang amat dkesali ialah apabila pihak polis turut memukul pelancong asing. Klip video di bawah ini memaparkan seorang pelancong asing yang berjalan tiba-tiba dilepuk oleh seorang anggota polis. Amat keterlaluan, dan sungguh kasihan si mat salleh itu yang tak bersalah apa-apa menjadi mangsa "kerakusan" polis yang berlagak angkuh untuk menunjukkan kuasa yang sejemput terhadap seorang pelancong. Hal ini perlu diberikan perhatian serius kerana ia amat mencemarkan nama negara dan Ketua Polis Negara perlu mengarahkan siasatan terperinci terhadap kes ini dan tindakan disiplin perlu diambil terhadap anggota polis tersebut. KPN tidak perlu lagi berdalih dengan mengatakan anggotanya mengikut SOP tatkala melepuk pelancong asing tersebut seperti hal beliau laporkan kepada Menteri KDN terhadap indakan polis merampas kamera dan kad memori wartawan yang membuat liputan perhimpunan adalah mengikut garis panduan operasi polis (SOP). Dilaporkan sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menyatakan kepadanya tindakan polis merampas kamera dan kad memori wartawan yang membuat liputan perhimpunan adalah mengikut garis panduan operasi polis (SOP). Kita tidak tahu SOP mana yang digunakan oleh KPN yang mengizinkan anggotanya merampas kamera dan kad memori wartawan apatah lagi untuk melepok dan memukul orang awam sesuka hati. Malah kita meminta beliau menunjukkan secara lengkap dan terperinci kandungan SOP berkenaan. Tindakan melampau anggota polis yang sedemikian hendaklah dikenakan tindakan yang wajar atau KPN perlu bertanggungjawab dengan meletakkan jawatannya sesegera mungkin. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment