Kelab Greenboc |
- Najib Minta Maaf Kepada Wartawan Bukti Nyata Keganasan Polis Itu Benar
- [HOT] Pekung Polis Terdedah Lagi, Zaharin Minta Menteri KDN & KPN Letak Jawatan
- Tindakan Ganas Polis Semalam Tidak Berlaku Apabila PR Ambilalih Putrajaya
- Peserta Demo Mengganas - Siapakah Mereka Ini??
- Tindakan Kejam Polis Conteng Arang Kepada Pemerintahan UMNO BN Pimpinan Najib
- Media Pro-UMNO Pendusta! Mengapa & Bagaimana Kereta Peronda Polis Diterbalik!
Najib Minta Maaf Kepada Wartawan Bukti Nyata Keganasan Polis Itu Benar Posted: 29 Apr 2012 05:14 PM PDT Wartawan dakwa dipukul polis, Najib minta maaf Wartawan akhbar The Sun, Radzi Razak yang mendakwa dipukul sehingga tujuh orang anggota polis hari ini menerima kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Menurut Radzi, Najib telah meminta maaf kepadanya atas insiden tersebut. Najib dilihat berbisik kepada Radzi ketika melawat wartawan tersebut di wad Hospital Kuala Lumpur hari ini. Radzi ketika ditemui mendakwa beliau dipukul oleh tujuh anggota berkenaan ketika berada di persimpangan Jalan Raja dan Jalan Tuanku Abdul Razak dalam insiden semalam. Turut mengunjungi Radzi hari ini ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein. -mk Jurufoto ditahan rakam dakwaan kekerasan polis Wartawan wanita dakwa dikasari polis Peguam dakwa diserang polis di perhimpunan BERSIH Punched, slapped, kicked Ulasan GB Najib minta maaf, bererti, apa yang dilakukan oleh polis terhadap warttawan itu keterlaluan dan sememangnya polis bersalah. Kedua, Najib meminta maaf kerana yang terkena pukul itu seorang wartawan sebuah akhbar yang selama ini tidak cenderung untuk berpihak. Masalah besar bagi UMNO BN jika para wartawan ini mengambil sikap tidak lagi mahu memberikan liputan positif terhadap UMNO BN. Ketiga, bagaimana pula yang lain-lain, yang terkena dengan kezaliman polis seperti laporan-laporan di atas? Tiada permohonan maafkah kepada mereka, dan kepada sekalian rakyat jelata yang dikasari serta dizalimi akibat dari perbuatan kejam polis? Dengar khabar KDN mahu ambil tindakan ke atas penganjur BERSIH 3.0. Dengan bukti-bukti yang terlalu banyak, BERSIH 3.0 mempunyai lebih banyak peluang dan lebih besar ruang untuk mengambil tindakan ke atas polis dan KDN. |
[HOT] Pekung Polis Terdedah Lagi, Zaharin Minta Menteri KDN & KPN Letak Jawatan Posted: 29 Apr 2012 12:41 PM PDT Satu ketika dia peserta demo belasah polis trafik, ketika lain dia anggota polis menangkap peserta BERSIH Sedikit demi sedikit bukti penyamaran polis terdedah. Sesiapa yang mengenali polis ini, sila dedahkan namanya, akaun facebooknya (jika ada) dan berkhidmat di IPD mana. Dan yang paling penting, bantuan diperlukan untuk mendedahkan gambar lelaki tidak siuman yang menaiki bumbung kereta polis dan menghentaknya. Jika Datuk Zaharin dari UMNO Bandar Tun Razak maklumkan hampir 2 ribu polis yang menyamar menjadi peserta Bersih untuk menimbulkan huru hara dan provokasi, maka tidak pelik kalau lelaki tidak siuman yang menaiki kereta polis dan menghentaknya juga seorang polis! Ulasan GB Kita akan terus berdoa kepada Allah swt agar kebenaran itu dibongkar dan didedahkan. Allah memperkenankan doa orang yang dizalimi dan difitnah. Petikan doa yang selalu GB siarkan: Marilah kita sama-sama berdoa agar kebenaran dan keadilan itu didedahkan. Tulis Datuk Zaharin Mohd Yasin, Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak (Sang Kelembai) dalam facebooknya: Polis dah lebih cerdik dari dulu.. Dia bagikan anggotanya dua pasukan, satu pakai uniform polis, satu pasukan lagi pakai baju bersih tergelak saya jumpa seorang kawan yang masih polis, pegawai lagi dari Pahang, pakai baju kuning dan terpekik ayat reformasi. Saya tak tegur dia pun. Tapi bila tengok kat lengan dia ada getah warna kuning.. Dan saya jumpa banyak yang pakai getah yang sama.. Saya rasa terjaminlah dalam kumpulan pencacai yang tidak tahu apa benda ini.. Kini, orang UMNO sendiri mendedahkan pihak polis menyamar sebagai anggota BERSIH. Selain itu Datuk Zaharin juga meminta Menteri KDN dan Ketua Polis Negara bertanggungjawab dan meletakkan jawatan disebabkan anggota polis yang cedera. Siap panggil mereka "monyet" lagi! Apa lagi pencacai UMNO yang lain mahu cakap? Lu mau hantam dalam komen blog GB apa bikin? Pergilah hantam Datuk Zaharin di Wall FBnya... bingai... Bagi kita, kita akan terus berdoa! اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba'ah, wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya). |
Tindakan Ganas Polis Semalam Tidak Berlaku Apabila PR Ambilalih Putrajaya Posted: 29 Apr 2012 05:33 AM PDT Kuala Lumpur: Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, di bawah Pakatan Rakyat kelak peristiwa seperti himpunan di Pulau Pinang dan Kuantan (perhimpunan Lynas) tempoh hari akan diterima sebagai KPI polis. Peristiwa seperti di Kuala Lumpur akan dilihat sebagai kegagalan mereka, kata Khalid melalui twitternya hari ini. Beliau merujuk kepada kekecohan yang berlaku dalam perhimpunan Bersih 3.0 semalam di Kuala Lumpur. Perhimpunan yang asalnya berjalan dengan aman bertukar kecoh apabila polis bertindak menembak gas pemedih mata di tengah-tengah orang ramai. Orang ramai juga mula marah apabila melihat sebuah kereta polis masuk ke kawasan mereka dalam keadaan pemandu kereta itu memakai topi kledar. Akibatnya orang ramai melempar botol air dan sebagainya ke kereta itu. Kereta itu kemudiannya melanggar orang ramai dan berhenti di tembok komplek Sogo. Tiga orang dikatakan cedera manakala seorang disahkan cedera parah serta mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur. Sebagai reaksinya, pemnadu kereta bertopi keledar itu di belasah oleh orang ramai. Bagi Khalid, Walaupun dikatakan ada yang cuba merempuh pagar berduri di Dataran Merdeka, menembak gas ke arah ribuan orang yang sedang berkumpul secara aman hanya menjanjikan kekecohan. "Polis yang pro tidak bertindak begitu, sebaliknya berusaha mengawal keadaan, menjaga keselamatan orang ramai, termasuk pendemonstran kerana polis bersenjata, rakyat tidak," katanya. Oleh kerana hanya polis bersenjata, tindakan polis mesti lebih terkawal, lebih profesional. Mereka sepatutnya dilatih untuk jaga rakyat bukan memukul rakyat, tambah Khalid yang juga AJK PAS Pusat. "Bawah PR kelak, polis akan dilatih menjadi pelindung/pembela rakyat. Perubahan ini wajib dilakukan demi masa depan hubungan rakyat dan institusi polis," tegas Khalid lagi. Seorang lagi rakan beliau, Dr Syed Azman Syed Ahmad dalam kenyataannya pula mempertikaikan laporan media tradisional yang dikawal oleh Umno dan Barisan Nasional hari ini. "Meneliti berita Bersih dalam akhbar New Straits Times, The Star, BHarian dan Mingguan Malaysia sambil sarapan. "Takada yang baik dari himpunan aman Bersih..akhbar jijik," tulis beliau yang juga Penolong Setiausaha Agung PAS. Salah satu tuntutan Bersih 3.0 adalah liputan media yang adil. -HD |
Peserta Demo Mengganas - Siapakah Mereka Ini?? Posted: 29 Apr 2012 03:06 AM PDT KUALA LUMPUR 28 April - Seperti mana dijangka, perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan di ibu negara hari ini berakhir dengan keganasan. Ia berikutan tindakan peserta perhimpunan itu yang bertindak ganas dan biadab bukan sahaja dengan merempuh sekatan polis malahan turut menyerang serta memukul sehingga menyebabkan 11 anggota pasukan keselamatan cedera. Tidak cukup dengan itu, peserta-peserta demonstrasi juga bertindak liar apabila mereka menyerang dan menterbalikkan sebuah kereta polis yang terbabas. Mereka juga turut memusnahkan kawat besi dan penghalang yang dipasang di laluan masuk ke Dataran Merdeka, penyokong Bersih sanggup melakukan apa sahaja keganasan termasuk mencederakan petugas media sehingga parah. Utusek Malaysia -bloglistpolitik Ulasan GB Kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur semalam, Datuk Mohamad Salleh menyatakan "Kumpulan berkenaan terus bergerak untuk memasuki Dataran Merdeka, pihak polis melepaskan gas pemedih mata untuk menghalang kemaraan peserta perhimpunan".. Sekarang timbul persoalan "siapa sebenarnya: yang membuka benteng polis itu? Dari gambar yang tersiar, kelihatan beberapa "pemuda berjaket" merempuh dan mengalihkan sekatan. Seperti kata blogger bloglispolitik, mengapa mereka tidak memakai baju kuning BERSIH jika mereka peserta BERSIH 3.0? Insiden itu menjelaskan lagi bahawa ada provokasi melampau untuk "menjustifikasikan" tembakan gas pemidh mata oleh pihak polis. Marilah kita sama-sama berdoa agar kebenaran dan keadilan itu didedahkan. اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba'ah, wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya). |
Tindakan Kejam Polis Conteng Arang Kepada Pemerintahan UMNO BN Pimpinan Najib Posted: 28 Apr 2012 11:29 PM PDT Pertembungan mungkin tangguhkan pilihan raya Polis melepaskan gas pemedih mata dan meriam air dalam pertembungan dengan ribuan peserta yang membantah reformasi sistem pilihan raya hari ini, meningkatkan risiko tindak balas politik yang mungkin menyebabkan pilihan raya umum yang dijangka pada Jun ditangguhkan. Polis pencegah rusuhan bertindak balas terhadap sesetengah peserta - sekurang-kurangnya 25,000 orang - daripada cuba merempuh penghadang ke Dataran Merdeka mendapat perintah larangan mahkamah daripada dimasuki. Mereka melepaskan berpuluh-puluh gas pemedih mata dan mengejar peserta di jalan raya. Peserta juga bertindak balas dengan membaling botol dan kerusi kepada pegawai polis. Malah, kereta polis diterbalikkan peserta yang marah selepas ia melanggar peserta perhimpunan. Kebanyakan peserta bersurai awal petang tetapi pertembungan tetap berterusan sekali sekala. "Mereka (polis) minta peserta bersurai tetapi tidak memberikan amaran yang cukup," kata Aminah Bakri, 27, dengan air mata mengalir disebabkan gas pemedih mata. "Mereka tidak kisah." Reaksi polis boleh memberi risiko kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najin Razak, yang jika dilihat terlalu keras mungkin memaksanya menangguhkan pilihan raya umum yang mesti diadakan sebelum Mac tahun depan. Pemerhati menjangkakan ia diadakan pada Jun. - Reauters/mk Ulasan GB Sehari sebelum Perhimpunan BERSIH 3.0 iaitu pada 27 April, GB sudah mengingatkan pihak polis bahawa BN Sah Keluar Dari Putrajaya Jika Polis Teruskan Tindakan Halang BERS✔H 3.0. Ia menjadi kenyataan! Polis tidak belajar dari kesalahan masa lalu, meneruskan tindakan zalim dan kejamnya terhadap rakyat, terhadap peserta BERSIH 3.0. Apabila kezaliman diulangi dan bermaharajalela, itu PETANDA JELAS bakal tumbangnya kerajaan UMNO BN. Semalam juga GB telah menulis satu entri di blog ini: [Gambar & Video] Kezaliman Polis: Tembak Gas Pemedih & Rempuh Orang Awam Di Sogo Video di bawah ini adalah salah satu bukti nyata kekejaman itu. Seorang peserta BERSIH yang tidak melawan, dibelasah, di tendang dan diterajang oleh beberapa anggota polis yang sempat dirakam oleh seorang peserta lain yang bersembunyi di dalam bangunan tingkat atas. Itu baru satu. Dan diberitakan beberapa kamera para wartawan, termasuk wartawan Al-Jazeera telah dirampas oleh pihak polis. Mengapa? Takut aksi terlampau terdedah? Namun tindakan merampas kamera para wartawan itu apa tah lagi wartawan antarabangsa seperti Al-Jazeera menjadikan satu dunia kini memandang jijik terhadap polis Malaysia. Dan apabil ada tanggapan negatif terhadap polis semacam tu, salah siapa? |
Media Pro-UMNO Pendusta! Mengapa & Bagaimana Kereta Peronda Polis Diterbalik! Posted: 28 Apr 2012 08:11 PM PDT Kuala Lumpur: Seorang saksi memaklumkan, tindakan penunjuk perasaan terbalikkan kereta peronda polis adalah untuk menyelamatkan seorang gadis yang terperangkap di bawah kereta itu selepas dilanggar. (AJK Bersih, Wong Chin Huat [memegang pembesar suara] meminta orang ramai bertenang dan bersurai selepas sebuah kereta peronda polis diterbalikkan bagi menyelamat seorang gadis yang terperangkap di bawahnya) Ia berlaku selepas kereta peronda itu semacam hilang kawalan dan melanggar tiga orang termasuk seorang gadis Cina sehingga gadis malang itu terperosok di bawah kereta itu. Untuk menyelamatkan gadis yang terperangkap di bawah kereta itu, mereka beramai-ramai memterbalikkan kereta peronda polis. (Kereta peronda polis yang remuk teruk di hadapan selepas melanggar tembok Sogo dan tiga peserta perhimpunan. Ia menunjukkan ia dipandu dengan laju sebelum melanggar peserta perhimpunan.) Menurut seorang aktivis dari Terengganu yang menyertai perhimpunan hari ini, kejadian itu berlaku di depan mata beliau berhampiran pasaraya Sogo. "Ambe (maksudnya saya) petang (tadi) jadi saksi kejadian polis rempuh pendemo. YA! Memang ade provokasi tapi setelah check-check, rupanya yang start lempar botol air mineral kat kereta polis tu adalah Sahabat Bodoh (SB)...! "Mana tak mengamuk polis tu sampaikan sanggup rempuh dengan laju orang awam di hadapan SOGO. "Berita yang menyatakan ada meninggal tidak benar sama sekali, tiga yang dilanggar parah, seorang wanita cina terperosok bawah kereta polis, sebab tu orang ramai terbalikkan kereta polis, sebab nak selamatkan wanita tu. (Salah seorang mangsa yang dirempuh kereta peronda polis, Su Kwang Hong, masih di rawat di Hospital Kuala Lumpur) "Polis pun tak dak yang meninggal, walaupun dibelasah dengan agak teruk orang ramai yang tidak puas hati mereka langgar pendemo. "Persoalannya sekarang kenapa polis tu sanggup rempuh orang ramai dengan laju, sampai retak dinding tangga SOGO tu. "Suasana pilu, tangisan kedengaran melihat insiden itu. "Ya, memang ada yang mulakan provokasi, dah kejar orang tu tapi tak sempat sebab dia naik motor lari," cerita saksi itu dalam facebooknya. Cerita yang beliau tulis itu amat sepadan sekali dengan video yang disiarkan oleh Malaysiakini di bawah ini. Ia dapat disahkan apabila seorang wanita yang bersuara nyaring dalam video ini berkata, "Astaghfirullah...angkat-angkat" sementara seorang lagi peserta demonstrasi melihat ke bawah kereta peronda polis itu. TV3 semalam menyiarkan video yang telah diedit bagaimana kereta peronda polis itu diterbalikkan oleh para peserta perhimpunan Bersih 3.0 hari ini. Ia sangat jelas cuba mengelirukan orang ramai dan menyalahkan para peserta perhimpunan itu khasnya penganjur dan Pakatan Rakyat yang menyokongnya. -HD Ulasan GB Yang paling jelas menimbulkan persoalan ialah mengapa anggota polis yang merempuh itu, tatkala keluar dari keretanya, beliau memakai helmet. Bersiap-sedia untuk dipukul? Ternyata provokasi tersebut seperti "dirancang". |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment