Kelab Greenboc |
- [Bergambar] BERSIH 3.0 Seantero Dunia: Pengerusi & Timb Pengerusi SPR, Letak Jawatan Segera - updated!
- [Gambar & Video] Kezaliman Polis: Tembak Gas Pemedih & Rempuh Orang Awam Di Sogo
- [Gambar & Video] Sambungan Lintas Lansung BERS✔H 3.0 - "Perang" Bermula!
- [Gambar & Video] Lintas Lansung BERS✔H 3.0 - Ribuan Melayu, Cina & India Berhimpun
Posted: 28 Apr 2012 05:04 PM PDT Jika sebelum ini GB pernah melaporkan bendera BERSIH berjaya dipacakkan di Gunung Everest dan Gunung Kinabalu, lain pula di Aceh, Indonesia. Beberapa orang rakyat Malaysia yang berada di Pulau Aceh Indonesia turut sama menjayakan "perhimpunan BERSIH 3.0" dengan membawa banner ke dasar lautan Pulau Weh, Sabang, Aceh hari ini. GB akan menyiarkan maklumat terperinci mengenainya apabila menerima laporan lengkap dari sahabat di sana. Di Pulau Pinang, sekurang-kurangnya 7,000 orang berhimpun di Esplanade di George Town petang tadi dan Presiden Aliran, Francis Loh menyuarakan rasa terkejutnya dengan bilangan mereka yang hadir, lapor malaysiakini. Loh yang pertama berucap berkata, beliau menjangka hanya 200 hingga 300 akan hadir, tetapi teruja dengan bilangan mereka yang komited menuntut pilihan raya yang bersih dan adil. Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan pemimpin Pakatan Rakyat juga turut hadir. Tidak ada sebarang gangguan sepanjang perhimpunan itu diadakan. Kira-kira jam 2.30 petang, semua orang telah diminta untuk duduk, termasuk hantu yang hadir, menyebabkan orang ramai ketawa. Orang ramai kemudiannya mula melaungkan, Bersih! Cuci! dan Bantah! sebanyak tiga kali. Kemudian pada kira-kira jam 2.30 petang, jumlah hadirin melonjak kepada kira-kira 7,000; botol air diedarkan, beg sampah disediakan, dan peserta tidak meninggalkan sampah kotor selepas protes tersebut. Mereka menyanyikan lagu Bersih dan lagu Negaraku, serta deklamasi sajak Sasterawan Negara Datuk A Samad Said oleh Mustafa K. Annuar dari Aliran. Anggota Pusat Krisis Wanita dilihat turut menyertai perhimpunan tersebut, dengan penyokong anti-Lynas penyokong yang memakai hijau membawa poster serta sepanduk mengenai perjuangan mereka menentang risiko radioaktif. Sekumpulan rakyat Malaysia dari Los Angeles, Amerika Syarikat, turut membawa poster dengan slogan menuntut hak untuk mengundi, yang diketuai oleh jurutera Caterine Chow, yang merupakan pengundi kali pertama. "Jika saya boleh lakukannya, sudah tentulah saya akan balik untuk mengundi, tetapi kita perlu bersedia. Kami harap pihak berkuasa dapat membolehkan kami mengundi dari mana kita berada," katanya. Di Johor Bahru, Lebih 3,000 penyokong BERSIH berhimpun di Dataran Bandaraya di Johor Bahru untuk menyertai perhimpunan duduk bantah dengan lebih ramai tiba walaupun tempat itu dikawal ketat oleh polis. Perhimpunan itu diadakan serentak di lapan negeri lain sebagai tanda perpaduan bersama dengan 100,000 penyokong berpakaian kuning yang membanjiri kawasan Dataran Merdeka di Kuala Lumpur. Orang ramai kedengaran melaungkan "Rakyat Melayu Rakyat Malaysia, Rakyat Cina Rakyat Malaysia, Rakyat India, Rakyat Malaysia". Perhimpunan serentak itu juga diadakan oleh rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura di sebuah pusat membeli-belah di Johor Bahru Waterfront 7km dari Dataran Bandaraya, selepas pegawai Singapura enggan memberi permit polis untuk duduk bantah itu diadakan republik itu. Perhimpunan di Kota Kinabalu menyaksikan lebih 500 berkumpul di Padang Merdeka sejak jam 2 petang di bawah pengawasan polis. Sebuah helikopter polis itu juga dilihat berlegar-legar di kawasan itu. Di Sarawak, 2,000 orang berkumpul di halaman Pejabat Daerah Miri tanpa sebarang gangguan, manakala lebih 500 orang berkumpul bertentangan dengan Bangunan Mahkamah berhampiran Waterfront Kuching. Di Dubai, lebih 30 pekerja profesional Malaysia yang bertugas di Dubai sekarang berhimpun bagi menyatakan sokongan terhadap perjuangan untuk pilihan raya yang bersih dan adil, harakahdaily melaporkan. Mereka 'Duduk Bantah sambil Makan' sambil mengambil gambar tanda sokongan kepada perjuangan Bersih. "Sebagai pekerja profeional dari Malaysia, kami mahu tunjukkan kami juga patriotik. Kami mahu Malaysia dikenali sebagai pengamal demokrasi sebenar," kata jurucakap mereka. Selain itu, difahamkan juga, beberapa tindakan dibuat bagi menunjukkan sokongan mereka terhadap perjuangan untuk mendapatkan pilihan raya yang berih dan adil. Dubai adalah salah satu dari 30 kotaraya seluruh dunia yang turut meraikan perjuangan Bersih 3.0 dengan turut mengadakan perhimpunan di tempat mereka. Semangat BERSIH 3.0 melimpah ke luar negara Ulasan GB Satu dunia sudah bergegar dengan BERSIH 3.0. Ayuh, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR, letak jawatan kamu segera. Letak jawatan dengan sukarela atau kamu nanti terpaksa meletak jawatan dengan keadaan yang hina! |
[Gambar & Video] Kezaliman Polis: Tembak Gas Pemedih & Rempuh Orang Awam Di Sogo Posted: 28 Apr 2012 07:44 AM PDT Pengalaman pedih 709 berulang apabila FRU membedil gas pemedih mata terhadap kira-kira 10 ribu orang yang berkumpul di persimpangan jalan berdekatan Dataran Merdeka. Peserta perhimpunan BERSIH 3.0 yang antaranya orang tua dan budak berlari lintang pukang untuk menyelamatkan diri daripada asap gas pemedih mata. Sungguhpun diadakan sekatan jalan raya, dan Dataran Merdeka ditutup dengan kawat besi, namun ia gagal menghalang kebanjiran manusia dari rata-rata ke lokasi perhimpunan. Mereka duduk sambil melaungkan slogan, kadang-kala bangun dan menyanyikan lagu Negaraku, dari kira-kira jam 9 pagi hingga tengah hari. Beberapa orang pemimpin, termasuk ahli jawatankuasa pemandu BERSIH Wong Chin Huat, Naib Presiden PAS Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Naib Presiden PKR Tian Chua, dan pemimpin mahasiswa menyampaikan ucapan mereka. Malah dalam ucapan Wong Chin Huat, yang memegang perlembagaan persekutuan dalam tangannya, berkata selagi hati dan jiwa rakyat adalah bebas dan merdeka, maka tempat yang berkumpul itu dinamakan "Dataran Merdeka". Segala-galanya berjalan dengan lancar, dan hampir menutup tirai pada jam 3 petang. Namun, dengan pembedilan gas pemedih mata pada jam 3 petang, perhimpunan Duduk Bantah berakhir sebagaimana yang berlaku pada 9 Julai 2011. Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim tiba untuk berucap di persimpangan yang berhampiran dengan Dataran Merdeka pada kira-kira jam 3 petang. Beliau memberi ucapan ringkasnya dengan pembesar suara yang tidak begitu baik fungsinya. Peserta menjerit agar kawat besi dibuka. Anwar pada mulanya menunjukkan isyarat "tidak". Namun beberapa orang peserta di situ kelihatan telah berjaya melonggarkan kawat berduri dan berpusu-pusu mahu menembusi halangan tersebut. Dalam keadaan yang sesak, gas pemedih mata telah dilepaskan. Dan meriam air juga ditembak ke atas peserta perhimpunan. Ramai yang berlari lintang pukang setelah gas pemedih mata dilepaskan. Malah gas pemedih mata dilepaskan bertalu-talu sehingga peserta perlu melarikan diri ke lorong-lorong kecil. Terdapat juga kanak-kanak yang ketangisan, di samping orang tua yang sesak nafasnya. Malah wartawan berjumpa seorang unit amal sedang diselamatkan seorang peserta di atas kereta kerana kesesakan nafas. Tangkapan dan kekerasan yang digunakan Meskipun Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein mengakui bahawa kerajaan mungkin "bertindak terlampau" (over react) ketika mengendalikan perhimpunan BERSIH 2,0 pada 9 Julai lalu, namun cara polis menangani BERSIH 3.0 nampaknya tidak banyak berbeza dengan dahulu. Tangkapan terus berlaku, malah mereka yang ditangkap mengadu dirinya dikasari oleh polis. Pada masa yang sama, wartawan dan jurugambar juga dilarang mengambil gambar aksi-aksi polis ketika menangkap peserta perhimpunan BERSIH 3.0. Beberapa orang pengsan kerana terhidu terlalu banyak gas pemedih mata, dan dihantar ke hospital. Malah tindakan polis dan FRU telah mencungkil kemarahan rakyat, sehingga sebuah kereta polis diterbalikkan. Ketegangan antara polis dengan peserta perhimpunan tidak kurang ketaranya berbanding 709. -MR Polis tembak gas pemedih mata 2 peserta Bersih cedera parah dirawat di HKL Malaysians clash with police at rally for reform |
[Gambar & Video] Sambungan Lintas Lansung BERS✔H 3.0 - "Perang" Bermula! Posted: 28 Apr 2012 06:07 AM PDT Sambungan Lintas Lansung 8.15pm: Gabungan menuntut pilihan raya bersih dan adil (BERSIH) berkata perhimpunan hari ini berjaya dan berkata 250,000 rakyat Malaysia turun menyertai BERSIH 3.0 menuntut reformasi pilihan raya. "Dalam erti kata tersebut, ia adalah satu kejayaan," kata pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga dalam sidang media selepas perhimpunan tersebut. 8.05pm Kematian melibatkan pegawai polis sepertimana yang digembar-gemburkan adalah tidak benar, menurut tweet polis. 7.54pm Polis siarrakaman video di Internet punca kereta polis terbabas dan sebabkan kemalangan. Video tunjukkan orang ramai kerumuni kereta polis dengan membaling objek. Malah seorang lelaki kelihatan melompat dan menginjak-injak bumbung kereta dan seorang lagi melompat menendang cermin depan. 7.30pm Menurut polis, sehingga jam 7 petang, seramai 222 orang ditahan. 7.05pm Sewaktu serbuan polis beramai-ramai wartawan The Sun dikenali sebagai Radzi tercedera di mulut dan terlentang. Mulutnya berdarah. Dia mendapat pertolongan cemas dan di bawa ke hospital HKL. Menurut seorang saksi, ketika seorang lelaki memakai baju BERSIH dan berada di hadapan Radzi, berlaku rempuhan daripada polis yang membuat serbuan. "Suasana yang hebat dan bilangan yang ada di situ - ia amat besar." 6.22pm: Jln Sultan Abdul Samad - Kereta membawa Datuk Bandar dalam rombongan polis terpaksa membuat pusingan-U berhampiran Masjid Jamek apabila bertembung dengan penyokong BERSIH yang melemparkan kasut dan objek ke arahnya. 6.10pm Jalan dari SOGO ke Dataran dibuka. Bagaimanapun kira-kira 600 peserta masih berlegar di sekitar. 6pm Jalan TAR - Beratus anggota polis berada di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), yang sesak kerana sekatan jalan raya. Para pemandu membunyikan hon tanpa henti, memaksa polis bersurai dan berkumpul semula di persimpangan Jalan Tun Perak. Mereka mula membenarkan lalulintas di situ. 5.50pm: Naib Presiden PKR Tian Chua dakwa melalui Twitter, beliau ditahan polis bersama Pakar Perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari. Tian juga dakwa ramai dipukul ketika ditahan. 5.45pm Masjid Jamek - Sesetengah peserta masih mahu masuk ke Dataran Merdeka, tetapi polis datang balik dan mengejar mereka. Beberapa peserta ditahan. Ada di antara mereka yang membaling kasut dan botol ke arah polis. 5.30pm: JLN TAR Wartawan Malaysiakini antara 200 ditahan bersama 200 peserta dan wartawan lain. Mereka ditempatkan sementara di Kelab Diraja Selangor. Barangan dirampas dan ditumbuk polis. 6.10pm Jalan dari SOGO ke Dataran dibuka. Bagaimanapun kira-kira 600 peserta masih berlegar di sekitar. 5:28 pm: Diberitakan seorang peserta Bersih meninggal dunia akibat dilanggar oleh kenderaan polis di hadapan Sogo. -harakahdaily 5.21pm Dua anggota polis tercedera dan pistol yang hilang dijumpai semula, kata menteri dalam negeri melalui Twitter. 5.20pm Simpang Jalan Tun HS Lee-Jalan Tun Tan Cheng Lock (berhampiran Pasar Seni) - Anggota polis FRU kelihatan mula berehat-rehat selepas Unit Amal PAS membuat pengumuman mengerahkan peserta BERSIH bersurai. 5:01pm JLN TAR Kelihatan 4 trak polis menuju Jln Chow Kit. Peserta tidak tunjukkan tanda-tanda mahu bersurai. 5.03pm JLN TAR Seorang gadis pengsan dan dibawa mendapatkan rawatan oleh St John Ambulance. 4.56 pm: Sebuah kereta yang diparkir di hadapan Dataran Maybank pecah cermin belakang akibat terkena peluru gas pemedih mata. 4.55pm JALAN TAR Tapak pasar malam, sekumpulan peserta BERSIH dan polis bertumbuk. 4.45pm Polis tuduh pistolnya dirampas peserta BERSIH di hadapan SOGO, menurut tweet polis. 4.19pm Jalan TAR - Sekumpulan orang ramai yang marah bertindak menterbalikkan kereta polis selepas ia didakwa melanggar peserta di situ. @aminiskandar PDRM langgar dua orang di sebelah Sogo dengan van. Revolusi!!! 4.10pm - Jalan TAR - Sekumpulan peserta duduk di sepanjang jalan TAR yang ditutup. Seorang penjual ais-krim laris perniagaannya apabila menjadi tumpuan peserta untuk menghilangkan dahaga mereka. FRU melepas tembakan air bercampur kimia ke arah mereka di depan kedai Kamdar di Jalan TAR. 4.04pm Sebelum itu, beberapa wartawan yang berdiri di belakang FRU turut tertolak polis ke arah peserta ketika gas pemedih mata ditembak, mendedahkan mereka kepada gas yang memedihkan mata. 3.58pm Seorang lelaki berusia 35 tahun mengalami kesukaran bernafas berhampiran Dataran Maybank akibat gas pemedih mata. Dia pulih selepas diberi rawatan oleh pasukan perubatan. 3.58pm Masjid Jamek - Beratus-ratus peserta sedang berehat di taman di belakang Masjid Jamek untuk pulih daripada serangan meriam air dan gas pemedih mata. 3.50 pm: Polis mula menyembur gas pemedih mata ke arah Puduraya. Peserta himpunan dari Jalan Tun Perak lari bertempiaran ke Jalan Raja Chulan selepas ditembak FRU. 3:49pm - JALAN RAJA LAUT Kira-kira 35 peserta BERSIH ditangkap dan dikumpulkan di hadapan bangunan DBKL. 3:49pm Serang peserta perhimpunan cedera di depan bangunan DBKL dan dibawa mendapatkan rawatan oleh St John Ambulance. 3.50pm Pusat membelibelah Sogo - Beberapa peserta berundur dari Dataran Merdeka di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan dikejar polis. 3:29pm Majlis Peguam - Selepas arahan untuk bersurai dikeluarkan, tembakan meriam air dan gas pemedih mata dilepaskan ke atas orang ramai di luar bangunan Majlis Peguam di Lebuh Pasar Besar. 3.15pm - Lagi gas pemedih mata di tembak di kawasan Coliseum di Jalan TAR. 3.13pm - Sebahagian peserta berundur ke jalan Pudu ekoran tembakan gas pemedih mata. 3.10am Masjid Jamek - lebih banyak gas pemedih mata dilepaskan berhampiran stesen LRT Masjid Jamek. Difahamkan beberapa peserta yang cuba melanggar larangan memasuki Dataran Merdeka, telah ditangkap. 3.05 pm: Peserta yang tersekat di Jalan Tun Perak berpatah balik ke Dataran Maybank setelah FRU menembak gas pemedih mata. 3.00 pm: Loceng amaran FRU dibunyikan. Sebahagian orang ramai merempuh masuk ke Dataran. Water cannon sudah mula ditembak dan gas pemedih mata dilepaskan. Orang ramai berlari ke bangunan DBKL. 3:00pm: Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air di persimbangan jalan Tun Perak-Jalan TAR. Difahamkan polis bertindak demikian selepas ada peserta melanggar larangan memasuki Dataran Merdeka. 2.58 pm: Arahan bersurai kali kedua dikeluarkan pihak polis 2:34pm Masjid Jamek - Pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga berkata perhimpunan BERSIH 3.0 telah berjaya dan menggesa orang ramai supaya bersurai. Bagaimanapun, orang ramai melaungkan "Dataran! Dataran!" Sebelum ucapan Ambiga, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rakyat telah menyatakan dengan jelas bahawa mereka tidak akan bertolak ansur dengan politik kotor. Anwar adalah sebahagian daripada kumpulan yang berarak dari Masjid Negara. 2.30 pm: Para pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sedang berucap di tengah-tengah jalan Tun Perak menghala ke Jalan Pudu di depan Wisma Permim. Sambil melaungkan "Hidup Rakyat". 2.24 pm: Peserta yang berkumpul di jalan berdekatan Dataran Merdeka melaungkan "We Want Dataran", diselangi laungan "Buka, buka, buka Dataran". 2.15pm: Puduraya - Kumpulan 10,000 dari Masjid Negara sampai ke Puduraya dalam perarakan panjang ke Dataran Merdeka. 2.15 pm: Lokasi Dataran Maybank - Peserta perarakan Bersih berhenti di Dataran Maybank, menanti kumpulan perarakan yg lain. Jumlah peserta kini mencecah angka ratusan ribu. 2.05 pm: Malaysiakini melaporkan anggaran 75,000 penuhi KL. Orang ramai kini bertumpu di tiga kawasan utama - Jalan Tun Perak (dari Masjid Jamek ke Dataran Merdeka), Lebuh Pasar Besar (berhampiran ibu pejabat Majlis Peguam) dan Masjid Negara di mana jemaah bersolat Zohor. Ini bermakna Dataran Merdeka sudah dikelilingi sepenuhnya oleh orang ramai dari Utara dan Selatan. 2.00 pm: Para peserta Bersih dari CM sedang berarak menuju Dataran, bagaimanapun perarakan agak perlahan di depan Bangkok Bank kerana sekatan polis di hadapan BAR Council. 1.40 pm: Lokasi Masjid Negara - Perarakan bermula dan peserta dianggar seramai 10 ribu orang. 1.37 pm: Lokasi Masjid Negara - Presiden Pas TG Abdul Hadi tiba di lokasi dan akan bersama-sama berarak ke Dataran. 1.20 pm: Polis dalam keadaan bersedia melepaskan tembakan gas pemedih mata. 1.15 pm: Sebahagian besar masih tetap di persimpangan Jalan Tun Perak dan Jalan Tunku Abdul Rahman berhampiran Dataran. 1:13pm: Sejam menjelang perhimpunan BERSIH 3.0, jumlah peserta yang hadir setakat ini dianggarkan telah mencecah sekitar 50,000 orang. - Pudu/Kotaraya/Petaling Street (orang ramai berarak dari KLCC) - 20,000 - Pasar Seni (bergabung dengan orang ramai dari Brickfields) - 15,000 - Masjid Jamek - 10,000 - TAR / Jalan Tun Perak / Jalan Parlimen - 10,000 - Masjid Negara - 5,000 1.05 pm: Lokasi Masjid Negara - pihak polis membuat sekatan ketat dilaluan menghala ke Dataran Merdeka dengan anggota melebihi 200 orang bagi tujuan menghalang kemaraan pemimpin PR dan peserta Bersih di Masjid Negara dianggar melebihi 10 ribu orang. 1.04 pm: Peserta di Dataran Merdeka mula berundur ke jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Tun Perak berhampiran Masjid Jamek. 1.02 pm: Pasukan FRU bersedia melepaskan tembakan. 12.59 pm: Amaran bersurai diumumkan pihak polis. 12.55 pm: Pemimpin-pemimpin utama, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan beberapa orang lagi memulakan ucapan semangat sementara menunggu masuknya waktu Zuhur di Masjid Negara. 12.43 thr Masjid Negara - PKR presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba bersama dengan pemerhati antarabangsa. 12.40 thr Pasar Seni - Pengerusi DAP Karpal Singh tiba di hadapan Majlis Peguam, disambut dengan laungan "BERSIH". 12.35 thr Jalan Tun Perak - Senator Australia Nicholas Xenophon hadir, untuk memerhatikan perhimpunan tersebut. "Ini adalah satu suasana yang menarik dengan lebih daripada 10,000 orang. Setiap orang bersemangat tinggi," katanya. "Ini adalah perhimpunan aman tanpa sebarang keganasan. Orang muda dan tua bersama-sama berada di sini. Saya pasti rakyat Australia dan rakyat Malaysia memahami bahawa ini adalah demonstrasi untuk pilihanraya yang bebas dan adil." 12.32pm Pasar Seni - Polis membentuk benteng manusia di Hang Kasturi Walk, laluan baru di sebelah Pasar Seni, walaupun beberapa peserta sudah lama melepasi mereka melalui satu kaki lima di situ Peserta yang berdepan dengan benteng polis itu menyanyikan lagu Negaraku. \ klik untuk baca |
[Gambar & Video] Lintas Lansung BERS✔H 3.0 - Ribuan Melayu, Cina & India Berhimpun Posted: 27 Apr 2012 10:42 PM PDT Guna LRT, Monorail dan Komuter ke Dataran Merdeka KUALA LUMPUR: Penyokong Bersih yang menuju ke Dataran Merdeka dinasihatkan menggunakan kenderaan awam khasnya LRT dan Komuter kerana hampir kesemua jalan raya menuju ke pusat bandar kerana disekat atau sesak. Menurut laporan-laporan yang dibuat melalui twitter dan laporan dari orang ramai, kenderaan yang menuju ke pusat bandar diarahkan keluar dari menuju ke situ. Antara jalan yang dilaporkan di sekat adalah jalan Ampang menuju ke KLCC. Kawasan Petaling Street dilaporkan sudah mula penuh dengan manusia berbaju kuning walaupun perhimpunan rasmi hanya akan bermula jam 2 petang. Tony Pua dalam pesanannya meminta orang ramai menggunakan LRT dan Komuter untuk ke Dataran Merdeka kerana jalan menuju ke situ ditutup. (Laluan menuju Bersih 3.0) Kenderaan yang menuju ke pusat bandar pula diarahkan oleh polis yang bertugas agar keluar dari pusat bandar. Seorang pengguna Twitter, Justine Mei Ern pula melaporkan, Lebuhraya Persekutuan penuh dengan kenderaan yang menuju ke pusat bandar. Mandy Oii pula melaporkan, Monorail yang beliau naiki juga berjalan dengan baik. Beliau turun di stesen Maharajalel dan berjalan kaki menuju ke Dataran Merdeka. Louise La Frouse pula melaporkan, komuter yang beliau naiki pula penuh dengan manusia. "Kelihatan kesemua orang di atas komuter ini menuju ke perhimpunan Bersih," tulis beliau. -HD LINTAS LANSUNG oleh malaysiakini/harakahdaily Ibunegara hari ini menjadi tumpuan menjelang perhimpunan BERSIH 3.0 yang dirancang berlangsung mulai jam 2 petang ini. Berikutan adalah laporan langsung mengenai perkembangannya mulai pagi ini. 12.14pm Masjid Negara - Beberapa pemimpin kini berada di Masjid Negara - Mohamad Sabu, Lim Kit Siang dan Abdul Kadir Sheik Fadzir. 12.10pm Jalan Sultan - Selepas berehat kira-kira sejam, kira-kira 3,000 orang yang pada mulanya berkumpul di Jalan Sultan, sekarang berjalan melalui Jalan Petaling. 12:03: Dua jam sebelum perhimpunan BERSIH 3.0, jumlah pesertanya dianggarkan kira-kira 35,000 orang di lokasi yang berlainan di pusat bandaraya di Kuala Lumpur. Pudu (peserta berarak dari KLCC) - 20,000 Pasar Seni (bergabung dengan peserta dari Brickfields) - 10,000 Jalan Petaling - 3,000 Masjid Negara - 2,000 11.59 am: Kumpulan di Masjid negara melaungkan "Bangkit Melayu, Bangkit Cina, Bangkit India, Kita Sama, Sokong Bersih" 11.51am Pasar Seni - Unit Amal PAS (unit keselamatan) meminta peserta berkumpul di luar Pasar Seni kerana perhimpunan BERSIH 3.0 hanya akan bermula pada jam 2 petang. Kelihatan bersama orang ramai di situ ialah pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga dan pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad. 11.45 am: Kumpulan dari Masjid Jamek dipimpin Azmin Ali tiba di dataran dengan laungan reformasi. 11.42 am: Kumpulan dari Masjid Jamek kini mula beransur-ansur bergabung dengan kumpulan yang berkumpul di dataran merdeka. 11.40 am: Lebih 1,000 peserta Duduk Bantah berkumpul di perkarangan Masjid Negara sementara menunggu jam 2 petang. 11.38am Dataran Merdeka - Orang ramai di Persimpangan Jalan Tun Perak-Jalan Parlimen, berjumlah ribuan orang, sekarang berarak di sepanjang Jalan Kinabalu menuju ke arah Masjid Negara. 11.35am Brickfields - Peserta berjumlah kira-kira 1,000 orang, memecah benteng polis dan kini berarak ke arah Dataran Merdeka. Anggota polis kelihatan seperti membiarkan mereka lalu. 11.30am Brickfields - Kira-kira 1,000 orang cuba untuk berarak tetapi dihalang oleh kira-kira 60 anggota polis di Jalan Tun Sambathan. Kumpulan itu kini duduk di hadapan polis dan menyanyikan lagu Negaraku. 11.15am Masjid India - Jumlah orang ramai semakin bertambah di luar bangunan BSKL. 11.15am Masjid Negara - Empat trak polis meninggalkan kawasan tersebut. 11:13am Jalan P Ramlee - Peserta Himpunan Hijau berarak dari KLCC ke arah Jalan Raja Chulan. 11.12am Dianggarkan jumlah peserta sudah mencecah 20,000 orang di lokasi berlainan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur. 10.55am Masjid Negara - Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu tiba di Masjid Negara dan diberikan sambutan wira oleh orang ramai. 10.54am KLCC - Beberapa orang ditangkap di sini selepas orang ramai, dianggarkan 10,000 orang, mula berarak ke arah Masjid Jamek. Mereka memecah benteng polis di Jalan Ampang. 10.53am Masjid India - Para anggota Unit Amal menerajui kira-kira 5,000 peserta untuk melepasi benteng polis di persimpangan di luar Public Bank, berhampiran hujung utara Dataran Merdeka. 10.51am Tiga jam sebelum perhimpunan Bersih 2.0 pada jam 2 petang, dianggarkan 15,000 peserta sudah berada di lokasi berlainan di sekitar pusat bandaraya Kuala Lumpur. KLCC - 5,000 Jalan Sultan - 4,000 Masjid Jamek - 2,000 Masjid Negara - 1,000 Berhampiran Dataran Merdeka - 3,000 10.41am: KLCC - Kumpulan Himpunan Hijau 3.0 mula bergerak. Pengerusinya, Wong Tack dan ahli jawatankuasanya mengetuai kira-kira 5,000 orang berarak di sepanjang Jalan Ampang menuju ke Suruhanjaya Tinggi Australia. 10.41 am: Meskipun kawasan Dataran Merdeka ditutup dan dikawal polis, peserta Duduk Bantah duduk santai di kawasan sekitar dengan berpakaian kuning. Laungan "reformasi" dan "bersih bersih" turut kedengaran. 10.35 am: Lokasi Dataran Merdeka - dianggarkan melebihi 6 ribu orang berkumpul diatas jalan raya. 10.30 am: Lokasi Masjid India - peserta Bersih memenuhi sekitar masjid india dianggarkan mencecah 3 ribu orang. 10.22 am: Orang ramai beratur untuk membeli tiket di Stesen LRT Titiwangsa 10.16am Dataran Merdeka - Benteng polis berhampiran ibu pejabat Majlis Peguam menjadi tumpuan pelancongan untuk bergambar di situ. 10.15am Bangsar - Pengerusi Bersama BERSIH Datuk A Samad Said baru menaiki LRT yang penuh sesak di stesen Bangsar. Orang ramai bertepuk ketika beliau masuk ke dalam koc. 10.05am Brickfields - Kira-kira 50 peserta memaki baju-T BERSIH berhimpun di luar luar Old Town Coffee Shop di Jalan Thambypillai. Menurut sesetengah peserta, mereka sama ada bermalam di hotel berdekatan atau ikut orang ramai apabila tiba di KL Sentral. "Saya tidak tahu bagaimana nak ke di Brickfields. Saya hanya ikut yang lain apabila saya keluar dari stesen kereta api." kata Kelly Tui. 10:03am JLN TUN PERAK Suasana makin meriah dengan sorakan, persembahan silap mata. 9.57am Central Market - Sekumpulan kecil sibuk meneliti salinan perintah mahkamah yang ditampal di tiang lampu. Perintah mahkamah itu melarang ahli jawatankuasa pemandu BERSIH memasuki Dataran Merdeka. 9.45am Dataran Merdeka - Simpang Jalan Tun Perak-Jalan Tunku Abdul Rahman merupakan titik perhimpunan utama dengan orang ramai mencecah kira-kira 3,000 orang yang menyanyi dan melaungkan slogan. Kelihatan ratusan anggota polis tetapi tiada kelihatan anggota FRU. 9.42am - Pasar Seni: 60 anggota polis telah membentuk barisan di Leboh Pudu, bagi mencegah kenderaan masuk ke Medan Pasar dan Jalan Lebuh Pasar. Walau Bagaimanapun, peserta berjalan kaki dibenarkan lalu. 9.37am KLCC - Anggota jawatankuasa anti-cyanide Bukit Koman dari Raub, Pahang membawa kain rentang dan poster untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap syarikat perlombongan emas Australia yang menggunakan cyanide untuk mengekstrak emas. Jumlah orang ramai di KLCC meningkat kepada 1,000 dan emosi mereka tinggi dan semakin tinggi. 9.36am Jalan Sultan - Sekumpulan kira-kira 50 anggota polis membentuk benteng manusia di Jalan Sultan dan Jalan Hang Jebat untuk menghalang orang ramai daripada menuju ke Yan Keng Benevolent Dramatic Association di mana penggambaran video muzik untuk lagu tema 'Protect Jalan Sultan' akan diadakan pada jam 10 pagi, oleh pengarah filem Pete Teo. 9:36am JLN TUN PERAK Peserta dihiburkan dengan nyanyian lelaki Cina. Seorang OKU India berucap kepada peserta 9.35am JLN SULTAN/JLN HANG JEBAT Polis buat perisai manusia halang orang ramai ke Yang Keng Benevolent Dramatic Association. 9.35am JLN SULTAN/JLN HANG JEBAT Polis buat perisai manusia halang orang ramai ke Yang Keng Benevolent Dramatic Association. 9.25am Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) - Beratus-ratus penyokong BERSIH telah berkumpul di lorong belakang Jalan TAR berhampiran Masjid India, ramai di antara mereka memakai baju-T BERSIH atau baju kuning. Terdapat sekumpulan orang muda yang mendiri sebuah gerai di sini untuk menjual baju-T BERSIH dan 'Free Education'. Polis menutup Jalan TAR dan Jalan Parlimen. Manakala kira-kira 100 anggota polis membentuk benteng manusia do Jalan TAR, di hadapan Sogo, peserta dapat mengelak benteng polis dengan menggunakan lorong belakang untuk pergi ke Masjid India dan Jalan Tun Perak. Orang ramai melepak, duduk di hadapan kedai dan berbual sementara menunggu perhimpunan duduk bantah bermula. 9.20am MASJID JAMEK Jln dari Jln Tun Perak ke Bangkok Bank ditutup. Peserta berhimpun di LRT 9.15am KLCC - Pintu masuk ke KLCC menghadap Bangunan Public Bank dan pintu masuk utama ke Menara Berkembar ditutup. Ketua Pemuda MCA Indera Mahkota David Choi, walaupun menghadapi tindakan disiplin parti kerana menyokong Himpunan Hijau, dilihat berada di kalangan orang ramai. Pemuda MCA Bahagian Indera Mahkota merupakan satu-satunya bahagian parti itu yang menentang loji nadir bumi yang terletak di Gebeng, Pahang. Peserta yang kini berjumlah kira-kira 500 orang selepas disertai kumpulan lain yang berada di taman KLCC mula melaungkan "Stop Lynas". Kira-kira 100 anggota polis membentuk tembok manusia untuk menghalang orang ramai daripada berhampiran pintu masuk. 9:14am JAN TUN PERAK menghala Jln Datuk Onn ditutup. 50 polis kelihatan berkawal. 9.00am JLN PETALING, DEKAT HOTEL LOK ANN Seorang gadis berbaju kuning beri bunga polis bernama Yap, minta sokong BERSIH. Yap tak ambil dan hanya tersenyum. Orang ramai dan anggota polis lain bertepuk tangan. Anggota polis dilihat mengawal beberapa lokasi utama, termasuk Yang Keng Benevolent Dramatic Association di persimpangan Jalan Sultan dan Hang Jebat. 9.09am KLCC 500 berkumpul di taman dekat pintu masuk Suria & mula melaungkan slogan anti-Lynas. 859am MASJID INDIA Penyokong mula penuhi tempat & bersarapan. Ada juga berdekatan Jalan TAR. 150 polis mengawal. 8.55am SIMPANG MRR1 ke Jln Sultan Salahuddin, sekatan jalan raya. Kenderaan tidak dibenarkan masuk 8.51am JLN DUTA Sekatan jalan raya, semua kereta dihalang memasuki Jln Parlimen. 8.48am PERSIMPANGAN DEPAN SOGO ditutup. Jalan menuju Dataran ditutup, pemandu dilencongkan ke Jln Dang Wangi. 150 polis berkawal. 840am JLN IMBI, JLN BKT BINTANG menuju Jln Sultan Ismail, lancar tanpa sekatan jalan raya. 8.32am KLCC AVENUE K Ratusan penyokong Himpunan Hijau berkumpul. 150 polis berseragam mendengar taklimat daripada atasan mereka. 8.30am JLN TUN SAMBANTHAN menuju Pasar Seni di tutup. Helikopter berlegar di udara. 8.24am JALAN TRAVERS//BRICKFIELDS Trafik lancar tanpa sekatan jalan raya. Peserta belum kelihatan. 8am - JLN PETALING - Peserta mula berkumpul, termasuk sekumpulan seniman dengan alat muzik. Gerai sekitar penuh sesak. 8am - JLN PETALING - Peserta mula berkumpul, termasuk sekumpulan seniman dengan alat muzik. Gerai sekitar penuh sesak. Ulasan GB: Peniaga makanan & minuman pasti gembira dan tersenyum girang apabila diserbu oleh beribu-ribu orang yang memenuhi gerai mereka semenjak subuh lagi pagi ini. Tertutuplah fitnah menyatakan perniagaan terganggu kerana BERSIH! klik untuk baca |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment