SEARCH

Saturday, April 28, 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[Bergambar & Video] Dah Ramai Kat KL & Mat Sabu Pun Sudah Sampai- updated

Posted: 27 Apr 2012 05:02 PM PDT

Himpunan BERSIH 3.0 bermula jam 2.30 ptg. Tetapi jam 1 pagi ini, sudah ramai peserta BERSIH yang tiba.

Gabungan menuntut pilihan raya bersih dan adil, BERSIH, tetap akan meneruskan perhimpunan duduk bantah, tetapi akan mematuhi perintah mahkamah melarang mereka berkumpul di Dataran Merdeka, lapor malaysiakini.

"Kita tidak akan langgar perintah itu ... Kita akan berkumpul di tempat-tempat perhimpunan yang tidak disebut dalam perintah itu (melarang kumpulan dan orang awam), dan bergerak sehampir mungkin ke Dataran," kata pengerusi bersamanya, Datuk S Ambiga dalam satu sidang akhbar hari ini.

Perintah mahkamah itu diserahkan kepada Ambiga pada jam 12.08 tengahari ini, melarang beliau, kumpulan dan orang awam daripada Dataran Mereka.

Perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir dari mahkamah majistret Kuala Lumpur. Perintah itu dipohon oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi.






































Bendera BERS✔H Kini Di Puncak Everest & Kinabalu

Posted: 27 Apr 2012 09:39 AM PDT

Bendera Bersih 3.0 kini di puncak Everest

KUALA LUMPUR 27 April: Bendera Bersih 3.0 berjaya dipacak di puncak Gunung Everest beberapa jam sebelum Kuala Lumpur 'dikuningkan' dalam Himpunan Duduk Bantah esok.

Momen yang dimuatnaik oleh portal Bersih hari ini memaparkan kejayaan dua pendaki mengibar bendera 'Bersih 3.0 Mendaki Bantah Puncak Everest'. Turut dibawa bersama, bendera Malaysia.

Sekumpulan penyokong itu bergerak mulai 16 April lalu dan berbuat demikian kerana tidak dapat menyertai himpunan Bersih kali ini.

Ia sebagai tanda sokongan mereka bertujuan menunjukkan kepada dunia betapa sistem pilihan raya di Malaysia tidak bersih. -KD

Bersih on top of the world… literally

PETALING JAYA: Bersih 3.0 has literally reached the top of the world now.

Two Malaysians unable to participate in the rally at Dataran Merdeka tomorrow have decided to have one of their own as they scaled the highest mountain in the world Mount Everest throughout the weekend.

A photograph of the two men was posted on the Bersih 3.0 official page today, garnering more than 1,000 "likes" and more than 100 comments, mostly praising the duo.

In the picture, the men are seen holding a Malaysian flag and the Bersih 3.0 banner with the words "Mendaki Bantah, Mount Everest", a variation of Bersih 3.0′s theme of "Duduk Bantah."

"They don't want their identity to be known at the moment, but they are just ordinary Malaysians who supports us.

"They have put up the Bersih flag on their first day of their base camp yesterday I think," said Bersih steering committee member Maria Chin Abdullah.

It is understood that the two, who had started their journey on April 16, would be putting up more Bersih flags as they climbed higher.

One commentator on Facebook wrote: "Kalau Everest diorang boleh tawan. Apasal Dataran Merdeka kita tak boleh pegang esok, kan? (If they could conquer Everest, why can't we take Dataran Merdeka tomorrow?)"

Globally, Bersih 3.0 suppporters are expected to gather at 82 locations and 33 countries.

In Malaysia, supporters are expected to gather at 11 different states. In Kuala Lumpur, Bersih 3.0 said it expected more than 100,000 people.

"Oh ya, we're expecting more than that," said Maria.
-FMT


BERSIH DI ATAS PUNCAK GUNUNG KINABALU


inilah bukti
inilah tanda
maut akan sampai kepada gerombolan

dari mekah
dari madinah
dari everest
dari gunung kinabalu

rakyat bangun menibai gerombolan
esok 500 ribu akan berhimpun
di dataran merdeka

muhyiddin telah lari ke sabah
bik mama lari ke london lebih awal
yang tinggal mat mongol
kah kah kah

-tukartiub



Keahlian UMNO: Abd Aziz Cawangan Sri Ampang Baru, Wan Ahmad Caw. Kubang Bunggor

Posted: 27 Apr 2012 07:09 AM PDT

Sahih! Aziz Yusof DAN Wan Ahmad SPR Ahli Umno!

Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mendedahkan butiran keahlian Umno dua pemimpin paling penting dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melibatkan Pengerusi, Abdul Aziz Yusof dan timbalannya, Wan Ahmad Wan Omar.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail mendakwa, Abdul Aziz menjadi anggota cawangan Sri Ampang Baru (bahagian Ampang) manakala Wan Ahmad pula di cawangan Kubang Bunggor (Pasir Mas) di Kelantan.

Nombor keahlian keanggotaan turut disertakan dalam kenyataannya yang dikeluarkan hari ini.

"Seorang yang diamanahkan menduduki jawatan sebagai anggota SPR hendaklah diyakini bebas, tidak berpihak dan 'non-partisan'.

"Ternyata pengerusi dan timbalan pengerusi SPR gagal dalam ujian asas ini apakala terbukti mereka berdua sah menjadi ahli Umno...," kata Saifuddin.

Saifuddin semalam dilaporkan mencabar kedua-dua orang kuat SPR itu supaya menafikan menganggotai parti Umno atau beliau akan mendedahkan butiran keanggotaan mereka hari ini.

Katanya, anggota panel SPR tidak sepatutnya condong kepada mana-mana parti politik agar dilihat berkecuali dan bertindak dengan tidak memihak.

Saifuddin yang juga anggota parlimen Machang juga menegaskan bahawa kepercayaan awam syarat tonggak dalam kriteria pelantikan seseorang anggota dalam SPR.

"Kita berpendapat jalan terbaik untuk kedua-dua mereka membantu mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kewibawaan institusi SPR lebih-lebih lagi pada ketika Malaysia akan menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang ialah segera meletak jawatan," kata Saifuddin.

Pengakuan Aziz, Wan Ahmad

Sementara itu, Sinar Harian hari ini memetik Abdul Aziz sebagai berkata beliau tidak pernah mendaftar atau memohon untuk menjadi ahli Umno, walaupun tidak menolak kemungkinan namanya tersenarai dalam parti tersebut.

"Saya tak ingat langsung bila dan di mana saya pernah menjadi ahli Umno, boleh jadi ada mana-mana pihak memasukkan nama saya selepas tamat universiti, awal 70-an," katanya.

Manakala Wan Ahmad pula terus terang mengaku pernah menjadi ahli Umno tetapi tidak pernah hadir sebarang aktiviti dan mesyuarat parti serta "tidak pernah mengambil tahu".

"Kakitangan awam tidak dibenarkan aktif dalam mana-mana parti. Sekiranya mahu aktif, mereka perlu lepaskan jawatan dipegang," beliau dipetik sebagai berkata.

Kedua-dua mereka berkata sentiasa telus menjalankan amanah dan tidak pernah berat sebelah.

Wan Ahmad juga menyatakan hasrat bertemu Saifuddin bagi mengetahui motif pemimpin pembangkang itu.

PKR dedah nombor keahlian UMNO Pengerusi dan Timbalan SPR

Parti Keadilan Rakyat memandang serius perkara keterlibatan Pengerusi SPR Abd Aziz Yusof dan Timbalan Pengerusi SPR Wan Ahmad Wan Omar yang sah menjadi ahli UMNO sementara masih memegang jawatan di dalam SPR.

Parti Keadilan Rakyat berpegang kepada prinsip bahawa kepercayaan awam adalah syarat tonggak dalam kriteria perlantikan seseorang sebagai anggota di dalam SPR. Seorang yang diamanahkan menduduki jawatan sebagai anggota SPR hendaklah diyakini bebas, tidak berpihak dan "non-partisan". Ternyata Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR gagal dalam ujian asas ini apakala terbukti mereka berdua sah menjadi ahli UMNO sepertimana maklumat berikut:

Nama ABDUL AZIZ BIN MOHD YUSOF
No KP 50012410xxxx
No KP Lama 2698xxx
No Keahlian UMNO 113804
Kod Cawangan 09920036=SRI AMPANG BARU
Kod DUN 09920=LEMBAH JAYA
Kod Bahagian 099 = AMPANG
Negeri SELANGOR

Nama WAN AHMAD BIN WAN OMAR
No KP 49010103xxxx
No KP Lama 2756xxx
No Keahlian UMNO 2374564
Kod Cawangan 02213049=KUBANG BUNGGOR
Kod DUN 02213= CHETOK
Kod Bahagian 022 = PASIR MAS
Negeri KELANTAN


Kita berpendapat jalan terbaik untuk kedua-dua mereka membantu mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kewibawaan institusi SPR lebih-lebih lagi pada ketika Malaysia akan menghadapi pilihanraya umum ke-13 akan datang ialah segera meletak jawatan.

*Kenyataan media oleh Saifuddin Nasution Ismail selaku Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat
.


'Kalau ahli Umno, apa dibuat pasti untuk Umno'

SHAH ALAM, 27 April: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, rakyat akan terus hilang keyakinan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) apabila mengetahui Pengerusi, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar sebagai ahli Umno.

Pada satu sidang media di pejabatnya, beliau berkata adalah amat sukar untuk meyakini keputusan yang dibuat oleh SPR apabila kedua-dua orang tertinggi dalam SPR merupakan ahli Umno.

"Sekarang semakin sukar untuk kita yakin bahawa apa yang diputuskan oleh SPR sama ada untuk kebaikan semua pihak ataupun hanya kepentingan Umno sahaja.

"Tetapi apa yang berlaku kebelakangan ini kita melihat keputusan yang dibuat oleh SPR hanya untuk memastikan kemenangan kepada Umno Barisan Nasional," jelasnya.

Tambahnya lagi, dalam keadaan SPR sebagai badan pengendali sebuah sistem demokrasi negara, mereka yang menerajuinya perlulah bebas tanpa sebarang jawatan mahupun anggota parti.

"SPR sepatutnya bebas dari ikatan mana-mana parti politik tapi ini tidak kepada kedua-dua mereka dalam SPR yang merupakan ahli Umno.

"Bagaimana kita ingin memastikan sistem pilihanraya di negara ini berjalan mengikut konsep demokrasi tanpa ada berat sebelah ataupun pelan rangka untuk memenangkan satu parti politik sahaja iaitu Barisan Nasional," sambungnya yang juga AJK PAS Pusat.

Khalid menyatakan walaupun terdapat penafian dari kedua-dua mereka tetapi tindak tanduk yang dilakukan tidak boleh diterima akal.

Malah isu yang berkaitan pengundi ragu yang tiada dalam data Jabatan Pendaftaran Negara, penambahan undi pos juga dilihat satu agenda untuk memenangkan Umno Barisan Nasional.

"Kalau dah ahli Umno apa yang mereka buat sudah pasti untuk Umno dan ini tidak boleh dipertikaikan lagi.

"Ketelusan SPR untuk memastikan pilihanraya yang adil serta telus sudah pasti tidak akan terlaksana apabila mereka yang membuat keputusan memihak kepada Umno-Barisan Nasional," kata beliau lagi.

Sebelum itu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, mengikut undang-undang, tidak salah penjawat awam menjadi ahli parti politik, asalkan tidak memegang jawatan dalam parti itu.

Beliau turut memberi alasan bahawa tidak semestinya dengan menjadi ahli Umno, mereka dengan mudah akan mengkhianati amanah yang diberikan (dalam mengendalikan SPR).
-HD


Ulasan GB

Hukum kebenaran dan keadilan terdedah lagi.

Sunggguh tidak bermaruah Pengerusi & Timbalan Pengerusi SPR INI.

Mereka tahu bahawa selama ini mereka ahli UMNO tetapi sanggup untuk memegang jawatan yang mengkehendakkan seseorang bebas dan berkecuali seperti SPR.

Dan kerajaan UMNO sebagai parti yang sentiasa menipu rakyat. Selain SPR, UMNO juga pernah melantik bekas Peguam UMNO sebagai Ketua Hakim Negara.

Justeru itu menumbangkan kerajaan UMNO BN itu WAJIB.

Esok Dunia Menjadi Saksi - Petanda Kepada Tumbangnya Rejim UMNO BN Di Malaysia

Posted: 27 Apr 2012 04:21 AM PDT

Bersih mahu teruskan perhimpunan esok

SHAH ALAM - Bersih 3.0 mahu meneruskan rancangan mahu berhimpun di Dataran Merdeka dan beberapa lokasi yang telah diputuskan, esok meskipun polis telah memperoleh perintah menghalang mereka daripada berkumpul di kawasan bersejarah itu.

"Kami akan meneruskan sebagaimana telah dirancang. Kami tidak akan melanggar halangan. Kami akan bermula pada jam 2 petang dan bermula dengan Negaraku," kata Bersih 3.0 dalam satu kenyataan dikeluarkan menerusi Twitter.

Mesej Twitter itu dikeluarkan serentak dengan sidang media yang diadakan hari ini.

Satu lagi mesej menyebut, "@bersih2: Perintah mahkamah: Permit #Bersih tidak diluluskan oleh DBKL tetapi #Bersih akan diteruskan."

Polis dapat perintah mahkamah, Dataran ditutup 4 hari

Mahkamah Majistret telah mengeluarkan perintah melarang BERSIH 3.0 daripada kawasan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur esok sehingga 1 Mei, kata BERSIH.

Menurut notis yang dikeluarkan petang semalam, larangan tersebut termasuk jalan-jalan yang menuju ke situ.

Sementara itu, awal pagi ini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menutup Dataran Merdeka di mana BERSIH mahu mengadakan protes duduk esok.

BERSIH - gabungan menuntut pilihan raya bebas dan adil - berkeras untuk mengadakan protes duduk, bagi menuntut reformasi sistem pilihan raya, dengan menegas bahawa pindaan kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya baru-baru ini sudah cukup menjadi alasan bagi mewajarkan perhimpunan itu diadakan.
-mk


Nasib Bersih 3.0 sama seperti sebelumnya

PETALING JAYA: Bersih 3.0 menghadapi masalah sama seperti dua siri sebelumnya. Lokasi pilihan Bersih 3.0, Dataran Merdeka tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Kenyataan awal Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa Bersih 3.0 tidak mengancam keselamatan kini bertukar menjadi sindiran dan dipandang sinis.

Polis telah mendapat perintah mahkamah menghalang penganjur dan orang ramai berkumpul di Dataran Merdeka.

Perintah mahkamah bermakna pihak keselamatan boleh bertindak menahan mana-mana individu yang melanggar arahan tersebut.

Bersih 3.0 dengan kempen duduk dan bantah yang mulanya kelihatan mudah dan lancar tiba-tiba menjadi sebaliknya.

Hujah yang digunakan untuk menggagalkan Bersih 3.0 ialah faktor lokasi. Pihak berkuasa berhujah Dataran Merdeka tidak sesuai kerana ia untuk acara nasional sahaja.

Alasan sebegini merupakan ulangan kepada dua siri Bersih sebelum ini iaitu menghantar memorandum ke Istana Negara.

`Tindakan tidak ikhlas'

Walaupun pada mulanya kerajaan mencadangkan tempat lain tetapi penganjur pula menolak atas alasan Dataran Merdeka yang terbaik.

Meskipun Hishammuddin tidak mengiytiharkan Bersih 3.0 haram tetapi tindakan mahkamah itu sekaligus `mengharamkan' perhimpunan menuntut pilihanraya bebas dan adil.

Pemuda PKR menganggap keputusan polis mendapat perintah mahkamah itu sebagai perancangan kerajaan dari awal lagi untuk menggagalkan Bersih 3.0.

"Mencerminkan tindakan yang tidak ikhlas…jika tidak mahu berkompromi perlulah dibuat dari awal supaya tidak membuang masa turun naik berunding.

"Menteri (Hishammudin) takut sokongan rakyat…" kata Timbalan Ketua Penerangan, Rozan Azen Mat Rasip.

Bagaimanapun, kira-kira 10,000 ahli muda PKR akan tetap turun ke enam lokasi yang telah ditetapkan
-FMT


Datuk Bandar KL jangan angkuh- AMK

KUALA LUMPUR 26 April: Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail diingatkan tidak bersikap angkuh dengan cuba menghalang himpunan Bersih 3.0, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Ia berikutan kenyataan Ahmad Fuad untuk mengambil tindakan keras sekiranya Bersih meneruskan hasrat mereka berhimpun di Dataran Merdeka, Sabtu ini.

"AMK menggesa agar Datuk Bandar tidak bersikap angkuh dengan siri-siri kenyataan yang hanya menunjukkan kegusaran mereka untuk berhadapan dengan ketidakpuasan hati rakyat," katanya.

"Kenyataan Datuk Bandar ini jelas bersifat 'mala-fide', dalam keadaan beliau bersikap selektif dalam menentukan apa jenis program yang boleh dianjurkan di Dataran Merdeka.

Malah katanya, kenyataan Ahmad Fuad untuk menawarkan lokasi lain juga menimbulkan persoalan.

"Apa bezanya jika Dataran Merdeka menjadi lokasi? Mengapa perlu perubahan lokasi dicadangkan di saat-saat terakhir? Apakah mereka khuatir jika Dataran Merdeka menjadi saksi gelombang kuning kebangkitan rakyat menolak penyelewengan sistem pilihanraya Malaysia?," Soal Shamsul.

Terdahulu sebelum ini, Ahmad Fuad menolak permohonan Bersih menggunakan Dataran Merdeka atas alasan ia bukan program bersifat nasional dan berteraskan politik.

Namun, Shamsul berkata, pada 27 Jun 2009, Dataran Merdeka menjadi medan pelancaran logo 1Malaysia, yang jelas merupakan kempen politik oleh Umno-Barisan.

Jika dibandingkan dengan Bersih, katanya, motif himpunan itu adalah lebih jelas untuk memperjuangkan sistem pilihanraya yang adil dan telus di negara ini.

"Solidariti telah ditunjukkan oleh rakyat Malaysia di luar negara, malahan masyarakat antarabangsa seantero dunia turut bersama-sama menyatakan sokongan mereka ke atas Bersih 3.0," katanya


Ulasan GB

GB sudah katakan sebelum ini bahawa sekalipun dihalang dan diharamkan, esok, dunia akan menyaksikan berdudun-duyun rakyat akan berhimpun, jika tidak di Dataran Merdeka, tetapi di seluruh pelusuk susur jalanraya ibukota.

Keputusan DBKL untuk menutup Dataran Merdeka mempunyai hikmah tersemunyi dan kebaikan untuk BERSIH 3.0

Ia menyemarakkan lagi jiwa rakyat untuk terus berhimpun, walau cuba disekat dengan apa cara sekalipun.

Mana pernah kerajaan UMNO izinkan Perhimpunan Bersih? Tetapi perhimpunan tetap berjalan dan berlansung. Itu menunjukkan kebangkitan rakyat tidak boleh dibendung oleh sesiapa pun.

Seperti yang GB telah ulas sebelum ini, jika program asal bernama DUDUK & BANTAH, nampaknya ia akan bertukar menjadi BANGUN & BANTAH.

Kalau DBKL tidak izinkan DUDUK & BANTAH di Dataran Merdeka, jangan tersentak dan terperanjat apabila rakyat BANGUN & BANTAH di jalanraya! -GB 20/4/2012


Ya esok, satu lagi sejarah akan tercipta. Esok Dunia Menjadi Saksi - Petanda Kepada Tumbangnya Rejim UMNO BN Di Malaysia!

Negro Dibelasah Kerana Cuba Ganggu Isteri Orang

Posted: 27 Apr 2012 04:08 AM PDT

Petaling Jaya – Gara-gara mengganggu isteri orang, seorang warga Afrika cedera teruk dibelasah penduduk yang berang dengan tindakannya itu.

Dalam kejadian 11 malam kelmarin, suspek bertindak mengetuk pintu rumah mangsa yang terletak di tingkat bawah blok P, Apartmen Harmoni, Damansara Damai dekat sini.

Menurut sumber, suspek mengetuk beberapa kali rumah mangsa tanpa diketahui sebab dia berbuat demikian.

"Bila mangsa buka pintu, tiada orang di luar namun niat jahat warga Afrika itu mahu menerjah masuk ke dalam rumah tidak menjadi.

"Wanita itu membuka pintu secara tiba-tiba dan dapat melihat dengan jelas suspek yang hanya berseluar pendek serta tidak berbaju.

"Terperanjat dengan kehadiran suspek, wanita itu kemudiannya menjerit sekuat hati dan jeritannya didengari oleh jiran berhampiran," katanya.

Jelasnya, panik melihat kehadiran jiran mangsa, suspek melarikan diri dan akhirnya dicekup serta dibelasah penduduk di hadapan Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 2
.

Sementara itu, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT ) Apartmen Harmoni, Zahabu Ramli berkata, sebaik mendapat laporan, anggota KRT turun ke lokasi dan melihat warga Afrika sudah tidak bermaya.

"Kami serahkan suspek kepada polis untuk tindakan selanjutnya dan wanita itu kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Damansara Damai," katanya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut.

Patutlah Ada Durian Runtuh Untuk Peneroka, Mereka ‘Diperdaya’ Tandatangani Pinjaman Bank

Posted: 26 Apr 2012 11:40 PM PDT

Kuala Lumpur: Persatuan Peneroka Anak Felda Kebangsaan (Anak) mendakwa peneroka seperti diperdaya apabila menandatangani surat pinjaman pembelian saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH).

Surat perjanjian bank setebal 60 muka surat itu ditulis dalam Bahasa Inggeris, mengandungi syarat-syarat yang memaksa peneroka menanggung semua risiko sendiri jika saham itu rugi.

Presiden Anak Mazlan Aliman berkata, borang pembiayaan pinjaman saham FGVH telah pun diedarkan oleh bank-bank komersial kepada peneroka.

Bank-bank komersial memberikan kebebasan kepada peneroka untuk menyatakan jumlah pinjaman yang mereka mahu.

Ini kerana menurut Mazlan, bank memberikan kelonggaran sedemikian kerana mendapat jaminan kerajaan dan peneroka mempunyai aset tanah 10 ekar.

Namun dalam masa sama jika rugi, peneroka perlu menanggung semua risiko dan pembayaran semula pinjaman.

"Malangnya hampir 90 peratus peneroka sudah pun menandatangani borang (pinjaman bank) itu.

"FGVH memperalat pengurusan Felda memaksa peneroka mengisi borang tersebut dalan keadaan mereka keliru dan sebahagian besar tidak tahu apa-apa,"
katanya kepada pemberita di pejabat Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di sini hari ini.

Katanya, situasi ini menyedihkan apabila peneroka diperdaya dengan 'durian runtuh' untuk menghalalkan tindakan kerajaan bagi tujuan penyenaraian ke Bursa Malaysia.
"Pasaran saham dimanipulasi oleh pihak spekulator dan tidak menentu. Ini mampu memudaratkan kepentingan aset peneroka," katanya.

Himpunan ala Bersih

Oleh itu, beliau berkata Anak tidak akan teragak-agak untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran seperti Perhimpunan Bersih jika Felda terus mengganggu hak peneroka.

Katanya, perhimpunan itu adalah langkah terakhir memandangkan pelbagai usaha telah dibuat termasuk membuat laporan polis, injunksi mahkamah, dan sebagainya.

"Kita akan buat himpunan terbesar demi mempertahankan saham peneroka. Ini saja pilihan yang ada," katanya. -FMT




Ulasan GB

Patutlah heboh kononnya Najib akan umum durian runtuh untuk peneroka 8 Mei ini.

Rupa-rupanya peneroka telah pun diperdaya menandatangani surat pinjaman pembelian saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH).

Anggota Polis Maut Ditembak Rakan Setugas Di Istana Anak Bukit

Posted: 26 Apr 2012 07:42 PM PDT

Alor Setar:Seorang anggota polis yang bertugas di Istana Anak Bukit di sini maut dipercayai ditembak rakan setugas di pos pengawal di hadapan pintu utama istana hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 5.45 petang itu, mangsa Mohd Sobri Mohd Sidek, 22, anggota berpangkat Konstabel, yang berasal dari Melaka mati di tempat kejadian.

Mangsa meninggal dunia akibat cedera parah dipercayai ditembak di muka dan dada menggunakan senjata jenis M-16.

Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata kejadian tersebut disedari oleh seorang anggota lain, yang berada berhampiran tempat kejadian yang
terdengar bunyi seperti mercun.

"Bila anggota tersebut keluar dia nampak mangsa terbaring di hadapan pos pengawal dalam keadaan berlumuran darah dan suspek meninggalkan istana sejurus
kejadian berlaku dengan menggunakan kereta," katanya ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.

Beliau berkata, polis telah menahan suspek berpangkat Lans Koperal di Simpang Empat, Perlis dipercayai di rumah isterinya kira-kira pukul 8.30 malam ini dan
dibawa ke sini untuk siasatan lanjut mengenai motif pembunuhan tersebut.

Ahmad berkata, suspek yang berusia 25 tahun baru sahaja ditugaskan di istana tersebut dua minggu lalu dipercayai menembak mangsa dengan menggunakan senjata jenis M-16 hasil daripada kelongsong peluru yang ditemui di tempat kejadian.

Katanya, mangsa dan suspek bekerja bagi shift 3 petang hingga 7 malam.

Mayat mangsa dibawa keluar dari istana kira-kira pukul 7.40 malam dan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk bedah siasat sebelum dituntut
keluarga.

Beliau berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Sulit Sultan Kedah Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah berkata, Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Abdul Ghafar Rejab telah
memaklumkan mengenai kejadian itu kepada Setiausaha Sulit Kanan Yang di-Pertuan Agong untuk dipersembahkan kepada Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah kira-kira pukul 6.30 petang tadi.

"Tuanku Abdul Halim sedih dengan kejadian yang berlaku dan ini merupakan kali pertama kes tersebut berlaku sejak istana itu wujud pada 1936," katanya.

Seorang saksi yang tinggal berhampiran istana itu, Jafiza Mohd Jaafar, 38, berkata dia terdengar bunyi beberapa das tembakan dan menyangka hanya bunyi
tembakan biasa kerana pihak istana memburu musang.

Dia hanya mengetahui kejadian tersebut ketika hendak mengambil gambar di depan istana. - Bernama

Sangka tembak tupai

ALOR SETAR: "Selepas terdengar bunyi beberapa das tembakan dari arah istana, saya nampak sebuah kereta dipandu laju keluar dari pintu pagar istana," kata seorang wanita yang juga saksi kejadian seorang anggota polis ditembak mati di pondok pengawal Istana Anak Bukit, dekat sini, semalam.

Warga emas berusia 70-an berkenaan yang enggan dikenali itu berkata, ketika kejadian jam 5.45 petang itu, dia duduk di luar rumahnya yang terletak tidak jauh dari lokasi kejadian.

"Saya nampak kereta yang dipandu laju itu menuju ke arah Kepala Batas, namun tidak pasti sama ada ia ada membawa penumpang atau tidak kerana terkejut mendengar bunyi tembakan sebelum itu.

"Pada mulanya saya menyangka bunyi tembakan itu datang daripada aktiviti menembak tupai kerana sebelum ini ada oang menembak tupai di sini, tidak sangka pula berlaku kejadian lain," katanya.

Seorang lagi saksi, Jafiza Mohd Jaafar, 38, berkata dia tidak menyangka bunyi beberapa das tembakan yang didengarnya adalah kejadian jenayah hingga menyebabkan kematian.

Menurutnya, sejurus mendengar tembakan itu, dia hanya melihat burung berterbangan dan keadaan itu menguatkan lagi naluri hatinya bahawa ia mungkin hanya aktiviti menembak tupai.

"Setengah jam kemudian, saya lihat beberapa kereta peronda polis berada di hadapan pintu Istana Anak Bukit sebelum orang ramai mengerumuni bahagian depan istana berkenaan," katanya.
-hm





No comments: