SEARCH

Wednesday, April 25, 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[Gambar & Video] UMNO BN Anjur Tarian Separa Bogel Ganggu Majlis Pra-BERS✔H - updated

Posted: 24 Apr 2012 05:01 PM PDT

Gopeng: Pelancaran Pra Bersih 3.0 Peringkat Parlimen Gopeng yang dihadiri oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said malam tadi dicemari dengan gangguan daripada pihak tertentu.

Pelbagai acara diadakan untuk mengganggu program anjuran Pemuda Pakatan Rakyat kawasan tersebut termasuklah tarian separuh bogel, tarian singa, percikan bunga api dan sebagainya.

Program yang diadakan hanya seberang jalan kira-kira 10 meter itu dipercayai dianjuran oleh BN kerana ianya bukan kali pertama malah enam program Pakatan Rakyat di kawasan tersebut sebelum ini turut diganggu.

Pelancaran tersebut turut dihadiri oleh Mantan Menteri Besar, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin; Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye; dan Timbalan Ketua AMK, Pusat Khairul Anuar Zainudin.

A Samad Said dalam ucapannya kesal dengan gangguan ini dan ianya menggambarkan BN berusaha untuk menyekat kebangkitan rakyat.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Pak Samad menjelaskan, negara sekarang dalam suasana yang amat 'merungsingkan'.

"Kita mahukan lunas-lunas demokrasi di Negara ini diperbetulkan, tapi orang yang sudah berkuasa lebih 5 dekat tidak mahu itu.

"Sebab mereka merasakan jika pilihanraya di Negara ini bersih, mereka akan dibersihkan," katanya sambil diberi tepukan gemuruh kira-kira 2,000 hadirin.

Menurutnya, Pakatan Rakyat mempunyai watak-watak yang istimewa untuk memerintah dan rakyat perlu membantu mereka untuk memerintah.

Sementara itu, Mohammad Nizar berkata, BN ketika ini sangat takut dengan suara dan kebangkitan rakyat kerana ianya akan menggugat mereka untuk terus berkuasa di Negara ini.

"Saya menggesa seluruh rakyat di negeri Perak 'turun' ke himpunan Bersih 3.0 sabtu ini untuk memberi isyarat kepada BN bahawa rakyat sudah bangkit dan menolak mereka," jelasnya. -HD

Gangguan dan provokasi melampau di program pelancaran Bersih 3.0 peringkat Parlimen Gopeng

Di setiap program kelolaan Pakatan Rakyat sekitar Dun Sg Rapat, pasti ada gangguan. Dengan atau tanpa gangguan, program tersebut pastinya berjaya juga

Ketakutan Umno/BN semakin menjadi-jadi, walau dengan apa cara sekalipun, program-program Pakatan perlu diganggu-gugat. Namun yang pastinya, sedar atau tidak, segala gangguan tersebut kini merupakan daya penarik untuk orang ramai bertumpu dan berasak-asak ke program Pakatan.

Pada malam pelancaran Bersih 3.0 peringkat Parlimen Gopeng di Desa Pakatan, Ipoh itu, pihak yang berada di seberang jalan sahaja daripada tapak ceramah Pakatan telah mengadakan upacara tarian naga, tarian amoi dan hidangan khinzir panggang dengan bunyi muzik yang begitu kuat sekali.





Tarian amoi seksi yang dihidangkan bersama dentuman muzik yang sungguh kuat dihadapan tidak lebih daripada 30 orang, semata-mata untuk mengganggu suara penceramah disebalik jalan sana.

Saksikan video dibawah untuk melihat suasana pada waktu itu:






3 ekor khinzir panggang yang diletakkan di bawah khemah menghadap kepada tapak ceramah Pakatan


Suasana menjadi tegang apabila orang ramai menyerbu tapak khemah tarian dan muzik semasa YB Dr Lee Boon Chye sedang berunding dengan pihak di sebelah sana untuk perlahankan sedikit bunyi muzik mereka. Menurut ketua keselamatan pihak penganjur ceramah, pihak polis yang berada di situ telahpun dimaklumkan akan provokasi yang dilakukan diseberang jalan sana, namun tiada apa-apa tindakan yang di ambil. 

Akibatnya, orang ramai yang tidak berpuashati kerana mengganggu mereka untuk mendengar ceramah telah menyerbu ke khemah tempat peralatan muzik. Namun yang demikian, dengan kecekapan pihak UKP dan Unit Amal yang bertindak pantas untuk menghalang orang ramai daripada membuat sesuatu yang tidak diingini.

Kita lihat video suasana tegang tersebut:-


Selepas menonton video diatas, jelas kelihatan pihak keselamatan Pas telah berjaya menyelamatkan keadaan  





Suasana tegang tersebut dapat diatasi dan disuraikan oleh UKP dan Unit Amal



Bunga api dan mercun juga digunakan untuk membuatkan suasana yang hingar-bingar 


Diharapkan semoga segala gangguan dan provokasi sebegini dapat dihentikan demi kesejahteraan dan keharmonian penduduk setempat dan juga pengunjung yang datang beramai-ramai untuk mendapatkan penjelasan dan maklumat terkini di ceramah-ceramah yang dianjurkan oleh pihak Pakatan Rakyat.



kredit: http://ajijoi.blogspot.com


Anti Pemalsuan IC (API) Mohon Agong Tidak Bubar Parlimen

Posted: 24 Apr 2012 08:02 AM PDT

Jawatankuasa Anti Pemalsuan IC (API) memohon agar Yang di-Pertuan Agong supaya tidak memberi perkenan kepada permohonan pembubaran Parlimen selagi isu dakwaan kewujudan pasukan petugas khas pemberian kad pengenalan tidak diselesaikan.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berlata, pihaknya mahu isu daftar pemilih yang bersih ditangani sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dipanggil.

"Kita menuntut agar Tuanku tidak memperkenankan pembubaran Parlimen sehingga Suruhanjaya Diraja selesai menjalankan siasatan dan mengambil tindakan yang perlu bagi membersihkan daftar pemilih daripada warga asing yang mendapat kerakyatan melalui pasukan khas ini," kata Mahfuz Omar yang juga pengerusi jawatankuasa itu.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata demikian selepas menyerahkan memorandum dan bukti berhubung dakwaan wujudnya pasukan petugas khas kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini.

Selain itu Mahfuz turut memohon agar Seri Paduka Baginda menitahkan penggantungan tugas pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat dalam pasukan petugas khas itu.

Mengulas lanjut kata beliau, Pas memohon satu suruhanjaya ditubuhkan bagi menyiasat kes penyelewengan pemberian hak warganegara kepada warga asing yang dilakukan kerajaan.

Menurutnya, Pas serta Api berharap perkara itu akan dapat ditubuhkan bagi membersihkan senarai daftar pemilih sebelum PRU13.

"Perkara ini sudah semakin menular. Jika sebelum ini, hanya kedengaran di Sabah yang memberi hak warga negara kepada rakyat Filipina, namun ia telah berlaku hingga ke Semenanjung. Kerana itu, Pas memberikan memorandum yang antara lain kandungannya kami menyenaraikan beberapa petunjuk seperti bilangan daftar pemilih yang diragui asal usul mereka.

"Kami juga ada memberikan satu salinan laporan polis yang dibuat oleh pasukan khas Pas di mana kami berjaya menangkap beberapa warga asing mempunyai kad pengenalan namun mereka itu sebenarnya bukan warganegara Malaysia.

"Tetapi, malangnya tiada dakwaan ataupun tindakan yang dikenakan terhadap mereka oleh polis," katanya kepada media di hadapan pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, hari ini.

Katanya, dengan sebahagian jumlah kecil iaitu 175,388 hak warga negara yang diberikan kepada warga asing, ia bukan satu petanda yang baik khususnya kepada institusi Raja Berperlembagaan.

"Kebanyakan mereka yang menerima hak warganegara adalah dari Filipina, Indonesia, Nepal, Bangladesh dan beberapa negara lain. Apa yang membimbangkan kami adalah dengan lambakan pemberian secara tidak sah sebegini, ia boleh menggugat institusi raja berperlembagaan di Malaysia yang boleh terhakis.

"Perkara ini sudah pun berlaku di Nepal apabila rakyat mereka menggulingkan raja. Ada juga warga asing ini datangnya dari negara yang tidak mempunyai raja, jadi ia boleh menjadi ancaman kepada negara ini untuk satu jangka masa lanjang," katanya. -SH



Bekas Imam Kena Penjara 15 Tahun, 12 Sebatan Kerana Rogol Remaja

Posted: 24 Apr 2012 06:07 AM PDT

Johor Bahru – Seorang bekas Imam sebuah masjid di Johor Bahru hari ini dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan 12 sebatan selepas didapati bersalah merogol seorang gadis di bawah umur tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen Nu'aman Mahmud Zuhudi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap Nur Akmal @ Basok Bakri Abdul Kader, 32, di akhir kes pembelaan.

Dalam penghakimannya, beliau berkata, walaupun tertuduh pertama kali melakukan kesalahan seksual itu, namun kedudukannya sebagai seorang imam jelas menunjukkan dia benar-benar mengetahui hukum dan kesalahan yang dilakukan.

"Mahkamah mengambil kira kepentingan awam dalam kes ini dan bukannya kedudukan dia sebagai imam. Tertuduh sepatutnya memberi contoh yang baik kepada masyarakat dan menjaga nama baiknya," katanya.

Tertuduh didakwa merogol remaja perempuan ketika kejadian berusia 13 tahun di rumahnya di Taman Perling, dekat sini, kira-kira jam 3 petang, 21 Februari 2011.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara selama tempoh tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih daripada 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Sepanjang prosiding berkenaan, tertuduh kelihatan tenang namun sebaik sahaja keputusan dibacakan, dia akhirnya mengalirkan air mata apabila dipeluk ahli keluarga yang lain.

Terdahulu, peguam Sukhaimi Mashud memohon hukuman terhadap anak guamnya diringankan atas alasan kesalahan pertama dilakukan selain tertuduh adalah adalah seorang imam serta sudah berkahwin dan memiliki seorang anak berusia empat tahun.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Afif Ali. -SH

Ulasan GB

Demikinalha, apabila undang-undang Islam / hudud tidak mahu dilaksanaka, jangan kata orang awam, Tok Imam pun terjebak melakukan jenayah rogol

[Bergambar] Ditahan Semasa BERS✔H 2.0 Tak Halang Ust Hadi Sertai BERS✔H 3.0

Posted: 24 Apr 2012 03:38 AM PDT

Kuala Lumpur: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengesahkan akan turun ke Dataran Merdeka bersama seluruh rakyat untuk menyertai 'Duduk Bantah' sempena himpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini.

Dalam satu kenyataan yang dikirim oleh setiausaha akhbar beliau Mohd Nasaie Ismail, beliau berkata ianya sebagai tanda sokongan padu PAS terhadap usaha NGO yang bergabung dengan Bersih 3.0 untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil.

"Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan turun ke Dataran Merdeka pada himpunan Duduk dan Bantah Bersih 3.0.

"Begitu juga dengan seluruh ahli PAS diminta berhimpun secara damai di Dataran Merdeka pada tanggal 28 april," katanya.

Pejabat agung PAS juga, ujarnya sudah membuat arahan kepada semua ahli untuk hadir sama ke himpunan tersebut.

Sejak Bersih mengumumkan untuk mengadakan Bersih 3.0, PAS telahpun menjalankan usaha mobilisasi ahli dan penyokongnya dari seluruh negara untuk hadir.

Semua negeri telah menyatakan komitmen sementara PAS Terengganu dan Selangor secara rasmi mengumumkan masing-masing akan mengerahkan 50,000 ahli mereka.

Sementara itu, Bersih malam tadi mengadakan mesyuarat tergempar membincangkan lokasi alternatif 'Duduk Bantah' itu selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak membenarkan himpunan itu diadakan di Dataran Merdeka.

IMBAS KEMBALI BERS✔H 2.0








"Duduk Bantah" Tetap Di Dataran Merdeka, SAMM Simpati DBKL Diperkudakan UMNO BN

Posted: 24 Apr 2012 01:52 AM PDT

BERSIH 3.0 tetap di Dataran, kata penganjur

Penganjur perhimpunan BERSIH 3.0 berkeras untuk meneruskan rancangan mereka untuk berhimpun di Dataran Merdeka, Sabtu ini walau dihalang oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pengerusi bersama penganjur tersebut, Datuk A Samad Said berkata lokasi itu kekal di Dataran Merdeka walau tanpa keizinan DBKL.

Seorang lagi pengerusi bersamanya, Datuk Ambiga Sreeenevasasn berkata BERSIH 2.0 akan terus berunding dengan polis dan DBKL supaya dibenarkan untuk menggunakan padang berkenaan.

Samad berkata, Dataran Merdeka merupakan lokasi strategik dan mudah dikunjungi oleh peserta dengan menggunakan pengangkutan awam.

"Tiada lokasi di luar pusat Kuala Lumpur yang boleh menyediakan kemudahan seperti itu," kata Ambiga dan Samad dalam satu kenyataan bersama. -mk

Himpunan Bersih 3.0: Abaikan larangan DBKL

Kenyataan DBKL baru-baru ini bahawa Dataran Merdeka hanya dibenarkan untuk kegunaan acara peringkat nasional adalah mengelirukan.

PETALING JAYA: Orang ramai digesa mengabaikan larangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggunakan Dataran Merdeka sebagai tempat himpunan Bersih 3.0 bagi menuntut pilihan raya yang bebas, bersih dan adil Sabtu ini.

Presiden Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin berkata, kenyataan DBKL baru-baru ini bahawa Dataran Merdeka hanya dibenarkan untuk kegunaan acara peringkat nasional adalah mengelirukan.

"Perhimpunan Bersih 3.0 bukan sahaja acara nasional tetapi juga internasional kerana turut diadakan di puluhan bandar lain di seluruh dunia dengan maksud yang sama," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Badrul Hisham @ CheguBard berkata, pihaknya bersimpati dengan DBKL yang diperkuda oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional BN) untuk mereka terus kekal berkuasa.

"Kami mencadangkan agar hanya ada satu Himpunan Bersih 3.0 sahaja iaitu di Dataran Merdeka sesuai dengan nama dan semangat lokasi tersebut dan tidak perlu perubahan.


Menurut CheguBard, Umno-BN sudah banyak belajar dari beberapa siri kebangkitan kecil rakyat dalam negara sebelum ini.

"Kali ini nampaknya pihak penguasa akan diarahkan supaya bertindak selembut mungkin, media dilarang memberikan publisiti termasuk mengutuk himpunan Bersih.

"Oleh kerana Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) terpaksa mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) dalam masa terdekat maka semua agensi terpaksa bertindak lembut untuk membolehkan PRU pincang berjalan juga sekitar sebulan dua ini.

"Kesempatan ini harus diambil sepenuhnya oleh rakyat untuk turun seramai mungkin meraikan Himpunan Bersih 3.0 bertemakan 'Duduk Bantah' bagi menunjukkan solidariti rakyat menuntut hak untuk pilihan raya bebas, bersih dan adil," terang beliau.
-FMT


Jangan Pertikai Hak Kerajaan Negeri Untuk Pilihanraya Berasingan

Posted: 24 Apr 2012 12:09 AM PDT

Usah pertikai hak Selangor

SHAH ALAM – Keputusan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) secara bersama atau berasingan dengan Pusat adalah hak Kerajaan Negeri yang tidak sepatutnya dipertikaikan Barisan Nasional (BN).

Exco Kerajaan Negeri, Rodziah Ismail berkata, mengadakan pilihan raya berasingan tidak bermakna PR takut kepada BN sebaliknya sejak dahulu lagi PR ada pendirian sendiri dalam memastikan PRU13 dilaksanakan dengan telus dan hak rakyat tidak dinafikan disebabkan penipuan dalam pilihan raya itu nanti.

"Kenapa beliau (Noh) nak mendesak PR dalam perkara tersebut kalau BN pun boleh mengubah pendirian yang kita inginkan. Melihat kepada kenyataan yang dikeluarkan, jelas menunjukkan Noh kekeringan idea.

"Apakah disebabkan kenyataan Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) sebelum ini menyebabkan BN akan mengadakan PRU13 selepas Jun? Adakah semata-mata ingin mengadakan PRU bersama Selangor, mereka tidak berani mengumumkan tarikh sebenar," katanya mengulas Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang mendakwa PR takut dengan kebangkitan BN Selangor.

Rodziah berkata, Noh perlu melihat mengapa PR menolak untuk mengadakan pilihan raya bersama di mana perkara sama ditimbulkan di Parlimen termasuk perjumpaan Kerajaan Negeri dengan pihak SPR baru-baru ini.

Sementara itu, Exco Kerajaan Negeri, Dr Ahmad Yunus Khairi malah menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai alasan tersendiri yang kukuh mengapa beliau membuat keputusan bahawa PR terutamanya Selangor tidak menyertai PRU13.

"Kita rasa masih ada ketidaktelusan dalam senarai daftar pemilih, kita mahu memberikan keadilan kepada seluruh rakyat yang mengundi.

"Dalam Dun Sijangkang, sejak keluar senarai daftar pemilih banyak yang berjaya di bantah sebab kita meraguinya. Lebih kurang 6,000 pengundi baru di Sijangkang, ada yang kita sangsi, lebih kurang 50 hingga 100 (setiap kawasan) tiada alamat lengkap," katanya.

Pemuda PAS setuju Selangor tidak bubar DUN serentak

SHAH ALAM: Dewan pemuda PAS Selangor menasihatkan supaya Datuk Seri Noh Omar supaya mempastikan suasana pilihanraya di peringkat nasional berada di dalam keadaan yang cukup bebas dan adil sebelum menuduh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor takut untuk mengadakan pilihanraya secara serentak.

Ketua Pemuda PAS Selangor, Hasbulah Mohd Ridwan berkata, kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor mempunyai hak untuk mendapat pilihanraya yang bebas dan telus serta tidak perlu mengikut telunjuk Umno dan Barisan Nasional.

Antara perkara yang dipertikaikan oleh Pakatan Rakyat sehingga kini adalah berkenaan daftar pemilih yang masih 'kotor dan belum dibersihkan' terutamanya di negeri Selangor.

Selangor telah menerima pertambahan seramai hampir setengah juta pengundi baru sehingga Disember 2011.


Katanya, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor cukup yakin sekiranya pilihanraya umum yang akan datang boleh diadakan secara telus dan adil, sudah pasti Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor akan turut sama melaksanakan pilihanraya serentak dengan peringkat nasional.

Tetapi dengan situasi terkini yang masih tidak mencerminkan kesungguhan pihak kerajaan persekutuan dan pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Malaysia "membersihkan" proses sistem pilihanraya di dalam Negara ini menyebabkan Pemuda PAS Selangor bersetuju dengan tindakan pihak Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor untuk mengadakan pilihanraya secara berasingan dengan kerajaan persekutuan.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga turut menyokong penuh tindakan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor untuk membantu SPR di dalam membersihkan senarai daftar pemilih baru.

Ini kerana ia diragui dan disangsikan keabsahan status pemastautin mereka melalui kempen Selangorku Bersih, kata beliau.

Bagi beliau, kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor telah mengambil inisiatif yang terbaik untuk mempastikan pilihanraya yang akan datang berlaku dalam suasana yang telus.

"Ianya perlu dicontohi oleh kerajaan persekutuan dengan 'membebaskan' SPR untuk melaksanakan tugas mereka secara lebih 'bebas' tanpa ada campurtangan politik," tegasnya.

Pemuda PAS Selangor juga mempertegaskan keyakinan untuk terus mempertahankan kemenangan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor berdasarkan sokongan rakyat terbanyak di dalam pilihanraya yang akan datang.

Ia akan dibuat walaupun momokan Umno dan Barisan Nasional di dalam media arus perdana menyatakan sebaliknya.

Umno dan Barisan Nasional kini sedang berada di ambang penolakan rakyat secara 'total' sehingga terpaksa menggunakan seluruhnya jentera media arus perdana untuk 'mempersolekkan diri mereka untuk menjadi cantik' di mata rakyat.

Ia dibuat walaupun hakikat sebenarnya mereka kini semakin jelek dan hodoh, kata beliau.
-HD


Laporan sebelum ini
klik untuk baca





Apabila S/U Politik Najib Sendiri Tidak Yakin Najib Akan Kekal Di Putrajaya

Posted: 23 Apr 2012 09:39 PM PDT

Fatmi tak yakin kedudukan Najib selepas PRU-13!

KOTA BHARU: "Kalau Datuk Najib masih ada di Putrajaya selepas PRU-13 ini bolehlah saya bawa pelajar-pelajar cemerlang UPSR sekolah ini ke sana.

"Namun kerana negara kita mengamalkan demokrasi, kita tidak tahu lagi siapa akan duduk di Putrajaya selepas ini. Kalau gitu kita gi ke masjidlah kerana sapa-sapa tidak boleh larang," kata Setiausaha Politik (SUP) Perdana Menteri, Datuk Fatmi Che Salleh (gambar).

Beliau mendedahkan rasa kebimbangan itu pada ucapan ketika merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru (PIBG) Sekolah Rendah Kebangsaan Sultan Ismail 3 dekat sini, hari ini.

Pada program berkenaan Fatmi yang juga Ketua Umno Kota Bharu menyampaikan buku akaun Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM).

Selain itu ada pelajar miskin yang menerima bantuan E-Kasih. Pelajar darjah satu pula menerima RM100 setiap seorang.

Tahun lepas difahamkan seramai 21 pelajar yang mendapat 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sekolah terbabit ditaja tiket penerbangan ke Putrajaya oleh Fatmi.

Bagaimanapun ramai ibu bapa yang hadir di mesyuarat PIBG berkenaan mengeluh panjang kerana bantuan KWAPM sebanyak RM200 belum lagi dimasukkan ke dalam akaun pelajar bagi tahun ini.

Pada ucapan di majlis tersebut Fatmi sekali lagi mengulangi untuk membawa pelajar cemerlang sekolah itu ke Putrajaya sekiranya Najib masih menduduki kerusi Perdana Menteri.

Ibu bapa yang hadir pada mesyuarat tersebut dikehendaki mengesahkan kehadiran bagi mengelakkan anak mereka diambil tindakan pihak sekolah.

Kini mesyuarat PIBG diadakan di banyak sekolah sebagai pentas kempen Umno selepas ceramah yang dianjurkan mereka tidak mendapat sambutan.

Malam Sabtu lalu Umno menganjurkan ceramah berkelompok di rumah seorang penduduk berhampiran Masjid Lundang yang dihadiri beberapa kerat penduduk terutamanya wanita.

Turut kelihatan berucap pada majlis berkenaan pegawai Jabatan Penerangan Kelantan.

Namun program tersebut tenggelam kerana tidak jauh dari situ PAS mengadakan ceramah perasmian Markas PAS UPU Lundang.

Ceramah penerangan Umno terbabit berakhir jam 11 malam. Kemudian beberapa wanita di situ dilihat berjalan menuju ke tempat ceramah PAS pula.

Bilangan yang hadir pada ceramah PAS berpuluh kali ganda lebih ramai berbanding ceramah penerangan Umno yang diadakan di rumah bekas seorang guru.

Sempena pelancaran markas terbabit Timbalan Yang Dipertua PAS Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan dan Naib Ketua Muslimat PAS Pusat, Senator Mumtaz Md Nawi menyerah bendera bulan purnama kepada 11 wakil UPU Dun Bunut Payong.

Hadir sama pendakwah bebas, Ustaz Khairul Ikwan, Pengarah Pilihan Raya PAS Kota Bharu, Azahari Abdul Rahman, bekas Pengarah Jabatan Penerangan Sarawak, Hamid Omar dan Mejar (B) Hassan Mahmood. -HD

No comments: