Kelab Greenboc |
- Zahida: its up 2 me nak ada hubungan dng sesiapa pun!! Apa kau peduli??
- Lagi Kes Motosikal Hangus Dibakar
- Samseng Jalan Kebun Ditangkap Polis
- [HOT] Skandal Shafie Apdal & Zahida, Penafian Shafie Longgar - updated
- DBKL Halang Guna Dataran Merdeka, BERS✔H Bermesyuarat Malam Ini
- [Video] Mayat Rentung Sepenuhnya Dalam Van Terbakar Di Lebuhraya PLUS
- Bergayut Ala Spiderman Elak Dicekup Khalwat Dengan Janda
- Tunang Lihat Sendiri Indra Ditikam Bertubi-tubi Dengan Kejam
Zahida: its up 2 me nak ada hubungan dng sesiapa pun!! Apa kau peduli?? Posted: 23 Apr 2012 05:01 PM PDT Zahida Rafik: 'Biarlah Tuhan yang hakimi saya' SHAH ALAM – Artis Zahida Rafik yang menjadi perhatian ekoran dakwaan hubungannya dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal, terus menjawab siri mesej dihantar oleh peminat dan rakannya menerusi Twitter tetapi menegaskan, dia "tidak kisah dengan apa orang ramai" bercakap mengenai dirinya. "Saya di sini bukannya hendak memuaskan hati semua orang dan saya tidak kisah akan apa yang orang ramai buat tanggapan terhadap diri saya, kerana ini adalah kehidupan saya dan saya percaya akan Tuhan," kata Zahida dalam salah satu mesej yang dihantar lewat malam semalam. Lewat petang semalam, Shafie secara terbuka menafikan dakwaan bekas pemandunya, Noor Azman Azemi yang mengaitkan beliau dengan pembayaran wang dalam jumlah yang besar kepada Zahida sejak beberapa tahun lalu. Katanya, segala maklumat yang disebutkan dalam laporan polis, yang dibuat oleh Noor Azman bulan lalu, adalah tidak benar sama sekali. "Saya mengikuti dengan rapat beberapa laporan dalam media dan blog-blog tempatan yang telah mengaitkan nama saya dengan satu laporan polis oleh seorang yang bernama Noor Azman bin Azemi yang bertarikh 13 Mac 2012, yang mendakwa bekerja sebagai pemandu di bawah saya, dan mengaitkan saya dengan pembayaran wang yang sebegitu banyak kepada seorang artis bernama Zahida binti Mohamed Rafik," kata beliau yang juga Naib Presiden Umno. Sambil menekankan bahawa dia masih "kuat semangat", Zahida berkata, orang ramai kemungkinan akan membencinya kerana isu semasa ini. Bagaimanapun jelasnya, dia tetap sentiasa senyum kerana percaya pada dirinya dan juga Tuhan yang maha mengetahui semuanya. Tinjauan Sinar Harian Online mendapati beberapa mesej yang agak 'pedas' telah dipadamkan daripada senarai mesej akaun beliau semalam. Menjawab salah satu mesej, Zahida juga ada mengatakan bahawa "biarlah Tuhan yang menghakimi saya, kamu jangan jaga tepi kain saya okey." Walau bagaimanapun, melalui laman sosial Twitternya dia penah mengatakan bahawa dia tidak akan berdiam diri dengan perkara ini, malah dia telah pun berunding dengan peguamnya bagi menuntut bela. Melalui laman sosial Twitternya juga, Zahida juga ada dihina dan dilemparkan kata-kata yang tidak elok dan tidak menyenangkan oleh segelintir pihak yang masih tidak berpuas hati dengannya. Zahida tetap bersabar dalam menghadapi semua dugaan itu dan meneruskan semangatnya untuk terus menjawab soalan dan pertanyaan peminatnya. Bagi Zahida, biarlah apa orang hendak menganggapnya kerana yang penting dia tahu akan dirinya yang sebenar. Zahida turut mendapat simpati dan sokongan daripada segelintir pihak yang mengambil berat akan dirinya dan juga sentiasa bertanya akan perkembangan terbarunya mengenai isu semasa diri beliau. Dikenali sebagai Azmir Husni laman sosial Twitternya beliau pernah berkata, "kepada Zahida, harap bersabar dengan dugaan fitnah-memfitnah ini, kita orang sokong dari belakang." Tidak lupa juga peminat Zahida yang lain dikenali sebagai Zarul Azwan yang turut bertanyakan khabar tentang Zahida dan juga menasihati Zahida supaya berbuat tidak endah sahaja dengan semua anggapan orang ramai itu. Sehubungan itu, Zahida kini merasa lebih tenang dan tenteram kerana banyak pihak yang turut memberi sokongan dan dorongan terhadap dirinya mengenai isu ini. -SH Zahida Rafik switches off phone Ulasan GB Self-explanatory dan GB tak perlu ulas apa-apa. |
Lagi Kes Motosikal Hangus Dibakar Posted: 23 Apr 2012 04:09 PM PDT Kerja khianat KUALA LUMPUR: Sebanyak 21 motosikal hangus dijilat api dipercayai angkara perbuatan khianat di Flat Seri Selangor, Jalan San Peng di sini, awal pagi semalam. Kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu yang ketiga berlaku sekitar ibu negara selepas Ahad lalu, enam motosikal milik penduduk dilaporkan terbakar kira-kira jam 8.30 pagi di Bandar Baru Sentul, dua jam selepas kejadian sama membabitkan dua motosikal di Flat Seri Tioman 2, Wangsa Maju. Suri rumah, Zaleha, 46, berkata, tiga motosikal milik suami dan dua anaknya gagal diselamatkan di tempat letak motosikal perumahan itu meskipun mereka meluru ke lokasi kejadian sebaik terdengar jeritan jiran. "Saya terkejut dan sedih kerana baru saja melangsaikan ansuran satu daripada motosikal berkenaan, malah ia adalah kenderaan keluarga untuk berulang-alik ke tempat kerja dan menghantar anak ke sekolah," katanya. Dia yang kerugian kira-kira RM15,000 mendakwa ada penduduk melihat kelibat sekumpulan lelaki mencurigakan yang mundar-mandir di kawasan berkenaan sebelum deretan motosikal itu terbakar. Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman @ Hussaini, pihaknya menerima panggilan kecemasan membabitkan kebakaran motosikal jam 1.32 pagi di Blok 1, flat berkenaan. "Dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pusat dan Pudu diarahkan ke lokasi kejadian dan tiba lima minit kemudian. "Api yang marak menyebabkan 21 motosikal hangus dan menjulang setinggi tingkat tiga blok berkenaan, namun berjaya dikawal dan dipadam sepenuhnya jam 1.43 pagi," katanya. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung motif sebenar kejadian yang membabitkan keseluruhan 29 motosikal terbakar. "Kami masih siasat sama ada ketiga-tiga kejadian yang berlaku dalam tempoh 24 jam itu dilakukan kumpulan sama atau berasingan," katanya. Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kebakaran atau bahan letupan dengan niat menyebabkan kerosakan. -HM |
Samseng Jalan Kebun Ditangkap Polis Posted: 23 Apr 2012 04:00 PM PDT Polis tahan samseng Dataran Merdeka Dua daripadanya penganggur dan seorang tukang kimpal. Ketiga-tiga mereka ditangkap di Subang Jaya dan direman selama tiga hari. PETALING JAYA: Polis berjaya menahan tiga individu yang disyaki menyerang kumpulan mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka awal pagi Khamis minggu lalu. Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh, dua daripadanya penganggur yang berusia 28 dan 30 tahun dan beralamat di Jalan Kebun, Klang manakala seorang lagi tukang kimpal yang berusia 30 tahun dan berasal di Kampung Pandan, Klang. Ketiga-tiga mereka ditangkap di Subang Jaya dan direman selama tiga hari. "Suspek telah ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan (merusuh)," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Mohmad berkata setakat ini pihaknya telah menahan empat orang bagi membantu siasatan. Aktivis mahasiswa yang menuntut pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) minggu lalu dilaporkan diserang oleh sekumpulan samseng sekitar 2.45 pagi. Kumpulan samseng itu dikatakan bertindak merobohkan khemah, menyepak, menumbuk dan menghalau aktivis mahasiswa itu daripada Dataran sehingga menyebabkan kecederaan dan dihantar ke Hospital KL. -FMT Ulasan GB Kita berharap samseng-samseng UMNO ini bukan ditahan sahaja, tetapi tindakan tegas mengikut undang-undang perlu diambil, yang sepatutnya termasuklah seorang senator yang dikatakan menjadi dalang kepada serangan terhadap mahasiswa di dataran merdeka itu. klik untuk baca |
[HOT] Skandal Shafie Apdal & Zahida, Penafian Shafie Longgar - updated Posted: 23 Apr 2012 08:40 AM PDT Shafie nafi beri Zahida 'wang begitu banyak' SHAH ALAM - Datuk Seri Shafie Afdal hari ini secara terbuka menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan bekas pemandunya, Noor Azman Azemi yang mengaitkan beliau dengan pembayaran wang dalam jumlah yang besar kepada seorang artis Zahida Rafik sejak beberapa tahun lalu. Dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata, segala maklumat yang disebutkan dalam laporan polis yang dibuat oleh Noor Azman, yang dibuat bulan lalu, adalah tidak benar sama sekali. "Saya mengikuti dengan rapat beberapa laporan dalam media dan blog-blog tempatan yang telah mengaitkan nama saya dengan satu laporan polis oleh seorang yang bernama Noor Azman bin Azemi yang bertarikh 13 Mac 2012, yang mendakwa bekerja sebagai pemandu di bawah saya, dan mengaitkan saya dengan pembayaran wang yang sebegitu banyak kepada seorang artis bernama Zahida Binti Mohamed Rafik," kata beliau yang juga Naib Presiden Umno. Shafie berkata, tindakan segelintir pihak yang menyebarkan laporan polis tersebut sebagai berniat jahat yang bermotifkan kepentingan politik pihak tertentu. Dalam kenyataannya, Shafie turut menegaskan, beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang berterusan memfitnah dan mengaitkan namanya dengan isu tersebut. Zahida sebelum ini membuat laporan polis terhadap Noor Azman yang dikatakan telah melarikan sejumlah RM200,000 wang syarikatnya setelah meminta pemandunya itu memasukkan wang tersebut dalam akaun syarikat perniagaan milik keluarganya. Minggu lalu, Noor Azman pula membuat laporan polis mendakwa bahawa seorang menteri Kabinet menyerahkan wang sejumlah RM1.5 juta kepada Zahida. Spekulasi itu terus meruncing apabila beberapa pemimpin parti politik pembangkang membuat sidang akhbar menyebarkan dakwaan tersebut dengan mengaitkan nama Shafie sebagai menteri terbabit yang memberikan wang beberapa kali kepada Zahida dalam jumlah yang besar. Noor Azman, 38, yang bekerja sebagai pemandu peribadi Zahida sejak tiga tahun lalu mendedahkan skandal itu dalam laporan polis terhadap artis itu, yang menuduhnya melarikan wang RM200,00. Tuduhan Zahida terhadap Noor Azman itu dilaporkan sebuah akhbar pada 3 Mac lalu. Berikut kenyataan penuh Datuk Seri Shafie: "Saya mengikuti dengan rapat beberapa laporan di dalam media dan blog-blog tempatan yang telah mengaitkan nama saya dengan satu laporan polis oleh seorang yang bernama Noor Azman bin Azemi (No. K/P: 740214146237) No report AMPANG/007017/12 yang bertarikh 13 Mac 2012 yang mendakwa bekerja sebagai pemandu di bawah saya, dan mengaitkan saya dengan pembayaran wang yang sebegitu banyak kepada seorang artis bernama Zahida Binti Mohamed Rafik," katanya. "Dengan ini, saya ingin menyatakan bahawa semua yang tertera di dalam laporan polis berkenaan adalah TIDAK BENAR sama sekali dan kenyataan-kenyataan iringan oleh individu yang menyebarluaskan salinan laporan polis berkenaan adalah BERNIAT JAHAT dan BERUNSUR POLITIK semata-mata. "Sehubungan dengan itu, saya bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa saja yang terus-terusan memfitnah saya dan mengaitkan saya dengan perkara ini. Dakwaan bayar Zahida: Shafie Apdal mahu saman Zuraida Sedia Disaman Di Dalam Skandal Pelakon dan Menteri Ulasan GB 1) Penafian Datuk Shafie Apdal sudah dijangka, tetapi mengapa mengambil masa begitu lama untuk memberikan respons? 2) Pendedahan laporan polis dibuat oleh Noor Azman bin Azemi dan tidak ada di dalam kenyataan Datuk Shafie Apdal itu yang menyatakan Datuk Shafie akan mengambil tindakan ke atasnya. 3) Penyebaran luas sebuah laporan polis oleh mana-mana pihak tidak bersalahan dengan mana-mana undang-undang. Datuk Shafie boleh bila-bila masa membuat laporanbalas sekiranya benar laporan polis oleh Noor Azman itu satu fitnah. Tetapi ia tidak dilakukan oleh Shafie, sebaliknya hanya mengugut "bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa saja yang terus-terusan memfitnah saya dan mengaitkan saya dengan perkara ini". 4) Mengenai "wang yang banyak". Selain di dalam laporan polis Noor Azman, ia terkandung juga di dalam laporan polis Zahida Rafik sendiri yang tersiar di dalam sebuah akhbar tempatan sebelum ini. Pelakon Zahida Mohamed Rafik, 37, kerugian RM200,000 dilarikan pemandu peribadinya selepas diarah memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun banknya. Zahida yang popular menerusi filem komedi Anak Mami The Movie menyerahkan wang tunai berkenaan kepada lelaki berusia 37 tahun itu pada kira-kira jam 11 pagi Rabu lalu dan sejak itu suspek gagal dihubungi serta dipercayai sudah melarikan diri. -hmetro (3 Mac 2012) 5) Ada lagi persoalan yang belum berjawab: Benarkah Datuk Shafie Apdal sudah bernikah dengan artis berkenaan? Penafian cuma berlaku oleh Zahida Rafik, tetapi di dalam kenyataan Shafie di atas, tidak ada penafian tersebut. Blogger UMNO di SINI ada mengesahkan Datuk sudah bernikah dengan Zahida. Apakah Datuk tidak mengambil tindakan ke atas blogger berkenaan? 6) Datuk Shafie menganggap laporan polis yang dibuat ke atasnya adalah BERNIAT JAHAT dan BERUNSUR POLITIK semata-mata. Bagaimana pula kes Datuk Shafie yang sebelum ini memfitnah PAS sebagai parti ajaran sesat satu ketika dahulu? Mahukan Datuk Shafie menarik balik fitnah tersebut atau bersedia menghadapi kemungkinan untuk dikenakan tindakan undang-undang kerana memfitnah parti tersebut? Apa yang menarik, di dalam kenyataan Shafie Apdal tersebut, lansung tidak dinafikan pemberian wang kepada Zahida, yang dinafikan hanya jumlah wang yang banyak itu. Esok, media massa arus perdana berkemungkinan akan sibuk melaporkan penafian Shafie Apdal ini. Tidak mengapa, semakin dilaporkan maka akan semakin banyak rakyat akan mengetahuinya dan semakin banyak ia akan dibincangkan orang mengenainya. Semacam kes lembu NFC dahulu. Sehingga akhirnya terselak segala-galanya. Marilah kita sama-sama berdoa agar kebenaran dan keadilan itu didedahkan. اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba'ah, wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya). رَّبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَل لِّي مِن لَّدُنكَ سُلْطَاناً نَّصِيراً وَقُلْ جَاء الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقاً Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nasiiran wa qul ja alhaqqu wa zawaqal bathilu innal bathila kana zahuqa Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap. |
DBKL Halang Guna Dataran Merdeka, BERS✔H Bermesyuarat Malam Ini Posted: 23 Apr 2012 03:03 AM PDT BERSIH 2.0 bincang lokasi perhimpunan malam ini Jawatankuasa BERSIH 2.0 akan mengadakan mesyuarat tergempar malam ini bagi membincangkan lokasi alternatif untuk perhimpunan 28 April. Bagaimanapun, kedua-dua pengerusi bersama jawatankuasa Datuk A Samad Said dan Datuk S Ambiga masih bertegas mengadakan perhimpunan itu di Dataran Merdeka kerana kawasan tersebut "milik rakyat". "Kalau ditanya, saya ingin mengekalkannya di Dataran Merdeka sebab kita tidak minta waktu yang banyak, sekadar dua jam duduk bantah," kata Samad dalam sidang media hari ini. Katanya menteri dalam negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein sendiri berulang kali menyatakan bahawa perhimpunan itu "tidak berbahaya dan seolah-olah BERSIH ini tidak apa-apa." "Kalau tidak apa-apa, apa sebabnya harus diapa-apakan... Saya pergi ke Negeri Sembilan, Perak dan Johor menjelaskan hal ini. "Tapi sikap saya adalah konsisten, saya mahu BERSIH 3.0 ini diadakan di Dataran Merdeka," katanya yang menambah Ambiga turut membayangkan sikap yang sama. "Kalau kita beralih sikap, ia akan memberi impak yang buruk," katanya lagi. Tambahnya, isu berkenaan bagaimanapun harus dirujuk kepada kesemua anggota jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0. Acara kebangsaan? Dalam rundingan malam ini, beliau akan menyatakan pendirian untuk tetap berhimpun di Dataran, katanya lagi. Beliau juga berharap supaya jawatankuasa itu bersedia untuk menyatakan pendirian sama kerana mereka kesuntukan masa untuk memilih lokasi alternatif. Turut bercakap dalam sidang media itu ialah seorang lagi ahli jawatankuasa pemandu Maria Chin Abdullah yang mempertikaikan alasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan BERSIH 2.0 untuk menggunakan Dataran Merdeka pada 28 April. Katanya, DBKL memberi alasan bahawa Dataran hanya boleh digunakan untuk acara kebangsaan, namun lokasi itu juga pernah digunakan untuk program bertujuan komersial seperti larian marathon, pertunjukan kereta dan karnival. "Apa alasan asas mereka menolak permohonan BERSIH? Oleh sebab itu kita tetap berpegang bahawa Dataran Merdeka dimiliki oleh rakyat," katanya. Seorang anggota jawatankuasa berkenaan, Dr Subramaniam Pillay sementara itu berkata mesyuarat tergempar malam ini akan tetap membincangkan cadangan untuk mengadakan perhimpunan tersebut di lokasi lain. Perkara itu timbul susulan kenyataan Hishammuddin yang dilaporkan berkata, beliau bersikap terbuka sekiranya perhimpunan itu diadakan di Stadium Merdeka atau Stadium Bukit Jalil. "Kita akan bermesyuarat malam ini bersama dengan semua gabungan NGO... Mungkin esok akan ada keputusan konklusif kami," kata Dr Subramaniam dalam sidang media sama. -mk 5 hari menjelang Bersih 3.0 : fokus Dataran Merdeka - Che' gubard Ulasan GB GB sudah ulas sebelum ini. Petikan: Sungguh aneh. klik untuk baca |
[Video] Mayat Rentung Sepenuhnya Dalam Van Terbakar Di Lebuhraya PLUS Posted: 23 Apr 2012 01:58 AM PDT Sungai Buloh: Mayat seorang individu yang tidak diketahui identiti ditemui rentung dalam sebuah van Nissan Vanette yang terbakar di Kilometer 454 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) menghala utara berhampiran persimpangan Hospital Sungai Buloh, malam tadi. Mayat terbabit yang masih tidak diketahui jantinanya ditemui dalam keadaan mengiring ke tempat duduk penumpang hadapan dan dipercayai gagal menyelamatkan diri selepas kenderaannya terbakar. Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohamad Sani Harul berkata, bomba menerima maklumat berhubung kejadian itu oleh orang awam jam 8.20 malam sebelum bergegas ke tempat kejadian. Menurutnya, anggota bomba dari Balai Bomba Sungai Buloh tiba di tempat kejadian pada jam 8.26 malam dan ketika itu api masih marak. "Dengan kekuatan anggota seramai lima orang, mereka berjaya memadamkan kebakaran yang merebak dari bahagian hadapan hingga ke belakang van dalam tempoh 15 minit. "Bagaimanapun, jantina dan identiti belum dapat dikenal pasti kerana mayat rentung sepenuhnya dan unit forensik menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kebakaran terbabit," katanya kepada media pada sidang media selepas operasi memadamkan kebakaran tamat. Mohamad Sani berkata, bomba dan polis menjalankan siasatan lanjut mengenai insiden terbabit dan hasil siasatan awal tiada bukti menunjukkan berlakunya pelanggaran hingga mengakibatkan kebakaran. Sementara itu difahamkan, van terbabit dipercayai terbakar kira-kira 200 meter dari tempat kejadian disusuli letupan kecil sebelum mangsa bertindak memberhentikan kenderaannya di tepi jalan namun gagal menyelamatkan diri. Orang awam yang menyaksikan kejadian itu segera menghubungi bomba memaklumkan kejadian terbabit. -hm |
Bergayut Ala Spiderman Elak Dicekup Khalwat Dengan Janda Posted: 23 Apr 2012 01:03 AM PDT Ampang - Seorang pemandu teksi bergadai nyawa dengan bergayut ala Spiderman pada luar tingkap rumah setinggi tiga tingkat bagi mengelak dicekup sepasukan Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah, awal pagi semalam. Ketika ditahan, lelaki berusia 33 tahun itu memberi alasan singgah makan di bilik sewa teman wanitanya di sebuah rumah kedai, di sini, pada jam 5.30 pagi. Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, siasatan mendapati lelaki itu telah berkahwin dan mempunyai seorang anak, manakala teman wanitanya berusia 36 tahun itu adalah bekas pekerja di sebuah kelab malam di sekitar Lembah Klang. "Difahamkan, lelaki berkenaan menjalin hubungan sulit bersama janda yang mempunyai seorang anak itu sejak dua tahun lalu. Wanita itu juga dipercayai mengandung empat bulan," katanya. Ahmad Nawi berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota penguat kuasa agama menyerbu premis itu. Menurutnya, ketika serbuan seorang wanita membuka pintu dan dia memberi alasan tinggal seorang diri di bilik itu. "Kami mendapati lelaki berkenaan berpakaian lengkap, manakala wanita itu berpakaian baju tidur ketika serbuan dijalankan," katanya. Dalam operasi berasingan yang dijalankan bersama Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) itu, dua pasang kekasih yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 29 tahun turut ditahan di sebuah rumah kedai di Pandan Indah. "Kami menahan dua beradik itu bersama pasangan masing-masing di rumah sewa mereka. "Difahamkan mereka dipercayai bersekedudukan di rumah itu sejak dua bulan lalu," katanya. Ahmad Nawi berkata, operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali. -SH |
Tunang Lihat Sendiri Indra Ditikam Bertubi-tubi Dengan Kejam Posted: 22 Apr 2012 10:26 PM PDT Dibunuh 10 jam sebelum nikah JOHOR BAHRU: Seorang operator kilang maut dibunuh di depan tunangnya sendiri, 10 jam sebelum mereka dijadualkan berkahwin, dalam kejadian di rumah kedai Jalan Dedap, Taman Johor Jaya, dekat sini. Gambar: Rumah kedai tempat kejadian. Gambar kecil, Indra Asrul, mangsa yang ditikam bertubi-tubi. Dalam kejadian jam 11.30 malam kelmarin itu, Indra Asrul Abdul Rahim, 29, yang bekerja di sebuah kilang di Taman Desa Cemerlang, dekat sini, meninggal dunia di tempat kejadian selepas ditikam berulang kali oleh tiga individu yang dipercayai warga Myanmar. Lebih menyedihkan apabila kejadian terbabit disaksikan tunangnya yang dikenali sebagai Sharina, 26, malah mangsa dikatakan meninggal dunia di pangkuan bakal isterinya itu. Sharina berkata, beliau dalam keadaan trauma selepas menyaksikan sendiri bagaimana Indra ditikam bertubi-tubi dengan kejam. "Ketika kejadian, saya dan Indra sedang berpindah keluar daripada rumah sewa di rumah kedai berkenaan selepas terpaksa berbuat demikian susulan insiden rakan serumahnya mengintai saya sedang mandi. "Berikutan kejadian itu, Indra kemudian pergi berjumpa mereka bagi menyuarakan rasa tidak puas hati sehingga berlaku perselisihan," katanya di Rumah Mayat Hospital Sultanah Aminah (HSA), dekat sini, semalam. Katanya, selepas kejadian itu, mereka mengambil keputusan berpindah daripada rumah terbabit, selain dinasihatkan oleh pemilik rumah kerana bimbang perkara lebih serius berlaku. "Saya berpindah sejak beberapa hari yang lalu namun, kembali semula ke rumah itu kerana mengambil wang deposit rumah dan beberapa barang lain. "Bagaimanapun, ketika kami sedang menaiki tangga untuk ke rumah terbabit, tiba-tiba pasangan warga Myanmar itu dan seorang lagi lelaki menarik tunang saya dan menumbuk mukanya beberapa kali sebelum menikamnya dengan sebatang besi," katanya. Sharina berkata, kejadian itu mengejutkannya kerana berlaku beberapa jam lagi sebelum mereka diijab kabul selepas berkenalan beberapa tahun kerana bekerja di kilang yang sama. -BH Lelaki mati dalam pangkuan kekasih |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment