Kelab Greenboc |
- [Gempar] Pelajar Thn 3 UPSI Maut Terjun Dari Tingkat 4
- Shafie Apdal Pernah Tuduh PAS Parti Ajaran Sesat, Siapa Lagi Mahu Tiru Beliau?
- [Bergambar & Video] Dataran Shah Alam Jadi Kuning, Laungan SPR ‘Ngapusi’ Bergema
- Benar, Tidak Bijak Singkirkan Najib Selepas PRU, Tetapi Nobatkan Dia Ketua Pembangkang
- [WASPADA] Sosej Bercampur Pasir
- ESQ Meragukan. Siapa Pantau & Mana Laporan Pemantauan?
- Parlimen Bersidang Sampai 3.00 Pagi, MP BN Hanya Sekadar Pak Angguk
- [TRAGEDI] Bas Kilang Rempuh Treler, 2 Maut, 9 Cedera
- "Toyol Betina" Pakar Pecah Rumah Dicekup
[Gempar] Pelajar Thn 3 UPSI Maut Terjun Dari Tingkat 4 Posted: 21 Apr 2012 05:09 PM PDT Tanjung Malim - Tekanan perasaan dipercayai menjadi punca seorang pelajar perempuan tahun tiga Fakulti Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) terjun dari tingkat empat bangunan E-Learning kampus universiti itu di sini, petang semalam. Menurut sumber, pelajar berusia 23 tahun dan bakal menamatkan pengajiannya dalam dua semester itu, dipercayai telah mencederakan dirinya sebelum nekad terjun bangunan. "Terdapat kesan darah pada dinding koridor di tingkat empat bangunan di mana pelajar terbabit dipercayai terjun. "Kesan itu menunjukkan pelajar ini telah cedera dan nekad terjun bangunan," katanya ketika ditemui Sinar Harian. Menurutnya, kejadian itu berlaku kira-kira jam 5.30 petang ketika kebanyakan pelajar tamat kuliah tambahan. Kata sumber itu lagi, mangsa mati akibat kecederaan parah di kepala dan patah kaki. Ketika kejadian, katanya, mangsa berpakaian muslimah, berseluar trek dan bertudung. "Menurut rakan-rakannya, sebelum ini pelajar yang berasal dari Johor Bharu itu dilihat murung dan sering bercakap sendirian dan berkemungkinan menghadapi tekanan," katanya. Sinar Harian cuba menjejaki rakannya, namun masih gagal kerana mangsa berkemungkinan tidak tinggal di kolej kediaman tetapi tinggal di kediaman luar kampus. Dalam pada itu, seorang pembaca Sinar Harian Online dalam mesej Facebook menulis bahawa "seorang mahasiswi Upsi semester empat, minor Bahasa Arab terbunuh setelah terjatuh dari Bangunan E-Learning sekitar jam 5.30 - 6.00 petang tadi." "Kami diberitahu dari tingkat empat dan identiti mangsa juga telah dikenal pasti dan akan disiarkan sebaik sahaja disahkan," kata pengunjung itu. -SH |
Shafie Apdal Pernah Tuduh PAS Parti Ajaran Sesat, Siapa Lagi Mahu Tiru Beliau? Posted: 21 Apr 2012 04:30 PM PDT Menteri di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal yang namanya terpalit di dalam skandal dengan artis, Zahida Rafik, pernah menuduh PAS sebagai sebuah parti ajaran sesat. Di dalam ucapan perasmian Majlis Perwakilan UMNO Bahagian Kulaijaya bertempat di Dewan Raya Kampung Pertanian pada tahun 2010, beliau menyatakan Pas adalah parti ajaran sesat, Pas adalah serpihan daripada ahli UMNO yang tidak mendapat tempat dalam parti. "Sebab itu perjuangan mereka didorong oleh harta dan kuasa dan bukannya perjuangan untuk mempertahankan hak dan masyarakat Melayu," katanya. Kini segala-gala terdedah dan terbongkar siapa yang sesat. Shafie sehingga kini masih gagal untuk membuat penafian terhadap skandal yang telah didedahkan oleh pemandu peribadi selebriti yang dikaitkan dengan menteri berkenaan dalam satu laporan polisnya. Di dalam laporan polis itu, Noor Azman Azemi, 38, menyatakan Datuk Shafie Apdhal telah memintanya untuk bekerja sebagai pemandu peribadi kepada Zahida untuk memastikan gerak-geri Zahida dapat dipantau. Datuk Shafie dan Zahida mempunyai hubungan intim antara satu sama lain. "Sayalah antara orang kepercayaan yang dipercayai. Walaubagaimanapun saya diminta Datuk untuk melaporkan segala langkah Zahida kepada Datuk. "Datuk akan berjumpa dengan Zahida (saya akan memandu dan berurus dengan pemandu Datuk Shafie) secara rahsia di mana-mana hotel sekitar Kuala Lumpur setiap minggu. Pada setiap kali perjumpaan itu Datuk akan menyerahkan wang tunai antara RM100,000 hingga RM200,000. GB telah mengulas sebelum ini: Demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Ucapan Shafie Apdal itu juga pernah dijawab oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di satu ketika dimana TG Nik Aziz menyifatkan dakwaan Shafie bahawa PAS sebuah parti ajaran sesat bukan sahaja satu tuduhan yang berat, sebaliknya amat tidak berasas. Nik Aziz berkata tidak ada sebab PAS yang menjadikan al-Quran dan Hadis sebagai dasar dalam perjuangannya, ditentang sekiranya Umno sendiri bukan sebuah parti yang sesat. Beliau sebaliknya mendakwa Umno yang sebenarnya parti sesat kerana menolak perjuangan Islam. "Umno sebenarnya parti sesat, sebab itu mereka melawan perjuangan PAS biarpun perjuangan PAS berlandaskan al-Quran dan hadis," ujarnya. Beliau juga turut menyifatkan kenyataan Shafie Apdal itu sebagai mengarut serta tidak berasas. Menurutnya, sesat atau sebaliknya perjuangan bukan boleh diukur dengan kefahaman sains, sebaliknya agama. Jelasnya lagi, orang Islam sendiri setiap kali menunaikan solat sering menyebut tidak ingin sesat di mana Allah sendiri telah memberi nikmat kepada mereka berada di jalan yang benar. "Hanya empat golongan mereka yang diberi nikmat oleh Allah, antaranya meneruskan perjuangan yang ditinggalkan oleh Rasulullah dan para nabi iaitu memperjuangkan Islam. Umno sesat sebab lawan perjuangan Islam
Ulasan GB Sekarang siapa lagi yang berani mahu jadi seperti Shafie dan celupar mulutnya tuduh PAS sebagai parti ajaran sesat? Silakan... Biar nanti hukum kebenaran dan keadilan mendedahkan siapa sebenarnya yang tersesat.. sehingga jadi macam Shafie yang telah terkedu dan tak boleh bercakap apa-apa setelah rahsianya didedahkan Allah swt. Marilah kita sama-sama berdoa agar kebenaran dan keadilan itu didedahkan siapa sebenarnya yang sesat. اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba'ah, wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya). رَّبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَل لِّي مِن لَّدُنكَ سُلْطَاناً نَّصِيراً وَقُلْ جَاء الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقاً Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nasiiran wa qul ja alhaqqu wa zawaqal bathilu innal bathila kana zahuqa Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap. |
[Bergambar & Video] Dataran Shah Alam Jadi Kuning, Laungan SPR ‘Ngapusi’ Bergema Posted: 21 Apr 2012 08:06 AM PDT Shah Alam: Sebelum Dataran Merdeka dibanjiri 500,000 rakyat sempena Bersih 3.0 pada 28 April ini, Dataran Shah Alam terlebih dahulu bertukar menjadi serba kuning. Ia berikutan lebih 200 masyarakat pelbagai kaum dengan memakai t-shirt Bersih 3.0 berhimpun selama dua jam mulai jam 3 petang sebagai acara pemanas badan. Bertema 'Sembang-sembang, Duduk-duduk, Bantah-bantah', perhimpunan itu menarik perhatian orang ramai manakala pemandu kenderaan yang lalu lalang membunyi hon tanda sokongan. Beberapa invididu pula mengambil kesempatan menjual mafla, topi dan t-shirt bersih 3,0 aneka corak yang mendapat sambutan luar luar biasa hingga penjual tidak menang tangan. Dalam acara anjuran badan bukan kerajaan (NGO) Prorakyat Selangor dengan diketuai presidennya, Khairul Anuar Othman, pemimpin parti politik turut menyampaikan kata-kata perangsang. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Suee Lim mengajak rakyat Selangor menyertai Bersih 3.0 kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah agensi 'ngapusi.' Merujuk penyelewengan dan manipulasi daftar pemilih SPR yang diperalat kerajaan Umno, beliau berkata, ngapusi dalam bahasa Jawa bermakna penipu. Khairul pula meminta rakyat tidak terpedaya dengan helah media arus perdana yang cuba menggambarkan daftar pemilih SPR sudah bersih sedangkan banyak kes lapuk gagal dibaiki. "Sistem pilihan raya di Malaysia ini perlu direformasi. Terdapat banyak kepincangan yang berlaku dalam SPR yang langsung tidak dibaiki," katanya. -KD |
Benar, Tidak Bijak Singkirkan Najib Selepas PRU, Tetapi Nobatkan Dia Ketua Pembangkang Posted: 21 Apr 2012 06:11 AM PDT Tidak bijak singkirkan Najib lepas PRU' Sekali pun BN kehilangan lebih kerusi dalam pilihan raya akan datang, usaha menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak seperti terjadi kepada pendahulunya sebelum ini masih dianggap langkah tidak bijak, kata penulis terkenal. Barry Wain (gambar) berkata, perdana menteri amat popular di kalangan rakyat sekarang ini, malah kerajaan serta BN bergantung kepada pengaruh itu. "Walaupun Najib masih menang pilihan raya tetapi jatuh beberapa kerusi, beliau mungkin berada bawah tekanan, tetapi sukar kerana Najib secara peribadinya popular. "Beliau amat popular, jauh lebih popular daripada Umno, kerajaan dan BN," kata Wain dalam majlis ucapan anjuran Kelab Penulis Asing Malaysia (FCCM) di Kuala Lumpur. Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini menghadapi penolakan daripada dalam setelah kejatuhan buruk BN pada 2008 walaupun mengejutkan banyak pihak kejayaan besar empat tahun sebelum itu. Bercakap kepada 30 anggota FCCM, Wain sebagai bekas penyunting Wall Street Journal yang berpindah ke Asia hampir 40 tahun itu berkata, Umno juga patut mengekalkan Najib kerana ia berkaitan isu penggantian. -mk Ulasan GB Kenyataan Barry Wain di atas menyebut beberapa perkara: i) BN kehilangan lebih kerusi dalam pilihan raya akan datang ii) "Beliau (Najib) amat popular, jauh lebih popular daripada Umno, kerajaan dan BN," iii) Oleh itu tidak bijak untuk singkirkan Najib. Menarik. Pertama Barry Wain mengakui bahawa BN akan kehilangan lebih kerusi di dalam pilihanraya akan datang. Kedua, usaha UMNO BN selama ini lebih kepada menggilap imej Najib. Justeru Najib dilihat lebih popular dari kerajaan, UMNO dan BN sendiri. Malah penulis itu menyebut "kerajaan serta BN bergantung kepada pengaruh Najib". Tetapi Malaysia ialah sebuah negara raja berperlembagaan, bukan sebuah republik yang diketuai seorang Presiden, dimana kerajaan dibentuk bukan di atas pengaruh individu tertentu tetapi parti mana yang dapat kerusi lebih. Jika BN kehilangan lebih banyak kerusi ini bererti peluang BN membentuk kerajaan semakin tipis dan jika Najib tidak perlu disingkirkan, wajar sangat BN bersedia untuk menamakan Najib sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen selepas PRU nanti. Begitu sifirnya. Mudah-mudahan ia akan menjadi satu kenyataan. InsyaAllah. |
[WASPADA] Sosej Bercampur Pasir Posted: 21 Apr 2012 03:42 AM PDT Kuantan – Seorang kakitangan swasta tidak dapat menikmati sosej berperisa lada hitam kegemarannya selepas merasa pasir ketika mengunyah sosej itu. Roslam Mohamad, 46, berkata, dia membeli sosej itu bersama isterinya, Norehan Zakaria, 37, di sebuah pasar raya, di sini malam kelmarin. Menurutnya, ketika pulang dari pasar raya berkenaan, dia meminta isterinya untuk menyediakan sosej tersebut, namun kecewa setelah merasainya. "Pada mulanya, saya menyangka rasa kasar itu ialah serbuk lada hitam yang ada di dalam sosej berkenaan. "Namun, setelah beberapa kali merasa benda yang sama, saya jadi pelik. Dalam fikiran saya, takkanlah serbuk lada hitam sekasar itu," katanya ketika ditemui di rumahnya yang terletak di Indera Mahkota 6, di sini semalam. Tambahnya lagi, isterinya juga turut mengadu perkara yang sama setelah memakan sosej itu. "Bila isteri saya menyatakan perkara yang sama, saya yakin bahawa 'benda' kasar itu ialah pasir, bukannya serbuk lada hitam yang tidak hancur. "Saya dan isteri juga cuba untuk menguraikan isi sosej itu dan mendapati isinya bercampur dengan pasir," katanya. Roslan berkata, dia sering menjadikan sosej sebagai hidangan malamnya namun itu adalah kejadian pertama dialaminya. "Sebelum ini, saya pernah membeli makanan yang dihasilkan oleh syarikat yang sama dengan sosej itu. Puas hati dengan produk yang dihasilkan membuatkan saya ingin membelinya lagi. "Namun, apa yang berlaku membuatkan saya benar-benar serik dan akan berhati-hati selepas ini," katanya. Katanya, jika benar tekstur kasar yang dirasainya itu pasir, dia meminta supaya pihak bertanggungjawab lebih peka serta mengutamakan kebersihan dan keselamatan pengguna. "Jika dibiarkan, saya bimbang ramai lagi yang mengalami nasib yang sama seperti saya. Justeru, saya harap pihak terbabit mengambil tindakan segera serta meneliti semula bahan-bahan yang digunakan dalam pembuatan sosej itu," katanya. -SH |
ESQ Meragukan. Siapa Pantau & Mana Laporan Pemantauan? Posted: 21 Apr 2012 01:51 AM PDT 30 bekas peserta ragui ESQ KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 bekas peserta program motivasi anjuran syarikat Emotional and Spiritual Quotient (ESQ) Leadership Training mengakui kebenaran fatwa pengharaman yang dikeluarkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Wan Zahidi Wan Teh terhadap modul pengajaran syarikat itu dua tahun lalu. Gambar: Wan Zahidi (dua dari kiri) berbincang sesuatu dengan anggota alumni ESQ 165 termasuk Rosile (tengah) di Kuala Lumpur semalam. Wakil alumni, Rosile Saat Al-Gayauwi berkata, perkara itu disedari sendiri oleh mereka yang semakin lama semakin berasa curiga dengan modul ESQ 165 yang dibawa syarikat berkenaan. Sehubungan itu, katanya, Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) perlu membuat keputusan segera ke atas modul latihan ESQ 165 yang didakwa berupaya menyesatkan akidah seseorang. "Keputusan itu perlu dicapai secepat mungkin kerana latihan ESQ 165 kini sudah semakin menular dalam agensi-agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tentera, polis dan sebagainya. "Kami tidak faham mengapa perkara ini boleh berlaku kerana fatwa pengharamannya telahpun berkuat kuasa," katanya pada sidang akhbar di sini semalam. -kosmo ESQ: Alumni gesa Majlis Fatwa buat keputusan segera |
Parlimen Bersidang Sampai 3.00 Pagi, MP BN Hanya Sekadar Pak Angguk Posted: 20 Apr 2012 11:52 PM PDT Apa niat sebenar luluskan 9 akta tergesa-gesa? KUALA LUMPUR: Sidang mesyuarat dewan rakyat semalam yang 'menggantung' masa bagi membolehkan sembilan rang undang-undang diluluskan pada hari yang sama tidak sepatutnya berlaku. Menurut Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hakikatnya parlimen tidak sepatutnya bertindak sedemikian rupa dan perlu memberikan masa ahli parlimen berbahas. Malah katanya, setiap perbahasan yang akan dibuat perlu membuat penyelidikan terlebih dahulu. "Bukan, hari ini bentang hari ini juga diluluskan. Sehingga nak buat kajian pun tidak sempat. Sembilan rang undang-undang hendak lulus pada hari itu juga," katanya. Beliau tidak tahu apa niat sebenar kerajaan yang dilihat tergesa-gesa mahu meluluskan sembilan rang undang-undang itu tetapi baginya tindakan itu tidak cekap dan bertanggungjawab meluluskan apa-apa undang-undang sekali pun. "Ahli parlimen BN hanya tahu nak lulus sahaja. Bila Speaker tanya siapa yang bersetuju kata bersetuju lalu mereka cepat-cepat jawab setuju," katanya ketika dihubungi. Misalnya, kata beliau menteri terlepas pandang dalam pindaan kesalahan pilihan raya akhirnya menteri mengaku ada kesilapan selepas Ahli Parlimen Pakatan Rakyat membangkitkan perkara itu. "Bila kita timbulkan, baru menteri mengaku ada kesilapan. Barisan ahli parlimen BN tidak ada semangat hendak mempersoalkan. Reti nak lulus sahaja," katanya. Katanya walapun dalam keadaan masa yang terhad bermula jam 10 pagi semalam berakhir jam 3.30 pagi tadi Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mampu memainkan peranan sebaik mungkin. Difahamkan, sidang mesyuarat Dewan Rakyat semalam mencatat sejarah dalam tempoh 22 tahun apabila semua aturan mesyuarat mesti diselesaikan pada hari yang sama melalui Peraturan Mesyuarat 90(2). Difahamkan pertama kali kejadian yang sama berlaku ketika pengisytiharan darurat di Kelantan pada 1977. -HD Ulasan GB Ketara, betapa pentingnya rakyat untuk TIDAK lagi memilih wakil rakyat dari BN yang sekadar menjadi YESMAN. |
[TRAGEDI] Bas Kilang Rempuh Treler, 2 Maut, 9 Cedera Posted: 20 Apr 2012 08:55 PM PDT Kampar - Dua pekerja kilang terbunuh manakala sembilan cedera termasuk pemandu bas apabila kenderaan yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di KM38.5 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Kampar malam tadi. Ketua Polis Daerah Kampar, Supt Abdul Aziz Salleh berkata mangsa yang terbunuh Rohani Ramli, 38, berasal dari Taman Mesra Raya, Kampar dan Russiah Md Yusof, 44, berasal dari Kampung Simpang Tiga Sungai Lesung, Ayer Kuning, Kampar. Kedua-dua mangsa pekerja kilang elektronik Unisem di Simpang Pulai. Rohani yang mengalami cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat, manakala Russiah yang juga cedera parah di kepala meninggal dunia di Hospital Raja Permasuri Bainun pagi ini ketika sedang dirawat, katanya kepada pemberita di sini hari ini. Aziz berkata, sembilan lagi penumpang termasuk pemandu bas kilang yang mengalami kecederaan turut dirawat di hospital Kampar. Beliau berkata, kejadian berlaku pada pukul 8 malam tadi ketika bas kilang itu yang membawa sepuluh penumpang dari sebuah kilang di Simpang Pulai menuju ke Teluk Intan apabila dirempuh di bahagian tengah oleh sebuah treler membawa muatan sarung tangan getah dari arah bertentangan. Ketika kejadian treler berkenaan dari Kuala Lumpur ke Teluk Intan dipercayai melanggar isyarat lampu merah, katanya. Akibat kejadian itu bahagian tengah bas tersebut remuk teruk dan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat dikejarkan ke tempat kejadian untuk membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit. Pemandu treler berusia 64 tahun ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu, katanya. – Bernama |
"Toyol Betina" Pakar Pecah Rumah Dicekup Posted: 20 Apr 2012 07:02 PM PDT Toyol dara pecah flat SUBANG JAYA: Dia gadis sunti yang masih bersekolah, namun cekap melakukan jenayah pecah rumah bersendirian dan disyaki terbabit dalam sekurang-kurangnya 10 kes di Flat Sri Kayan, di sini, membabitkan kerugian mencecah ribuan ringgit. Aktiviti remaja berusia 14 tahun itu terbongkar apabila dia dicekup selepas memecah masuk dan mencuri kelapa di sebuah rumah penduduk flat berkenaan, jam 5 petang kelmarin. Menurut sumber, penangkapan suspek yang juga pelajar sebuah sekolah menengah di sini, sekali gus melegakan penduduk di flat berkenaan yang sebelum ini kebimbangan apabila 10 rumah penduduk di situ dipecah masuk sepanjang enam bulan lalu. "Suspek yang bergerak sendirian mencuri apa saja barangan milik penduduk dan antara yang dilaporkan hilang termasuk wang, barang kemas, komputer riba dan kamera yang nilai keseluruhannya mencecah ribuan ringgit," katanya. Sumber itu berkata, remaja terbabit memiliki kemahiran membuka tingkap atau pintu rumah yang dikunci selain licik melalui celahan besi tingkap sempit. -hm |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment