Kelab Greenboc |
- Shafie Apdal Terus Membisu, Zahida Pula Jawab Di Twitter
- BERS✔H 3.0 Diteruskan Sekalipun DBKL Tidak Izinkan Guna Dataran Merdeka
- Blogger UMNO Fitnah Mahasiswa Dataran Merdeka Bawa Kondom
- Pelajar Dirogol Dalam Kelas Kosong
- Budak Terlampau Perkosa Jiran - Apa Mau Jadi Ni?
- DBKL Tolak Himpunan BERSIH Di Dataran Merdeka, Mahu Rakyat Ke Jalanraya?
- Nazri Berundur (Diundurkan) Kerana Kes Anak Bapak?
- Emang Dasar UMNO Bajingan: Berani Serang Tak Berani Mengaku
- Menteri Pengajian Tinggi Memutar Lidah Apabila Dikecam Kerana Angkuh & Tunjuk Lagak
Shafie Apdal Terus Membisu, Zahida Pula Jawab Di Twitter Posted: 20 Apr 2012 05:08 PM PDT Skandal Seks, Kenapa Shafie Membisu? Sehingga hari ini setelah pendedahan skandal Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal dan Zahida Rafik masuk hari ketiga, nampaknya menteri berkenaan mengambil sikap untuk berdiam diri dan tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenainya. Ada kemungkinan Shafie membiarkan Zahida menjawabnya sendirian untuk mengelakkan rumahtangganya menjadi kecoh dan kerjaya politiknya berkubur. Terdahulu, pemandu peribadi Zahida iaitu Noor Azman Azemi, 38, yang bekerja sebagai pemandu peribadi Zahida sejak tiga tahun lalu mendedahkan skandal itu dalam laporan polis terhadap Zahida yang menuduhnya melarikan wang RM200,00 milik Zahida. Tuduhan Zahida terhadap Noor Azman itu juga pernah dilaporkan sebuah akhbar pada 3 Mac lalu. Dalam laporan itu, Noor Azman berkata, ketika berada di rumahnya di Flat PKNS Ampang, beliau didatangi (tidak dinyatakan tarikh) beberapa orang termasuk dua orang yang memperkenalkan diri mereka sebagai anggota polis yang bernama Hafiz dan Raj. "Saya diminta Datuk Shafie Apdhal untuk bekerja sebagai pemandu peribadi kepada Zahida untuk memastikan gerak-geri Zahida dapat dipantau. Datuk Shafie dan Zahida mempunyai hubungan intim antara satu sama lain. Sayalah antara orang kepercayaan yang dipercayai. Walaubagaimanapun saya diminta Datuk untuk melaporkan segala langkah Zahida kepada Datuk." "Datuk akan berjumpa dengan Zahida (saya akan memandu dan berurus dengan pemandu Datuk Shafie) secara rahsia di mana-mana hotel sekitar Kuala Lumpur setiap minggu. Pada setiap kali perjumpaan itu Datuk akan menyerahkan wang tunai antara RM100,000 hingga RM200,000. Wang tunai tersebut kemudiaanya akan dibawa ke bank oleh saya dan Zahida untuk dimasukkan ke dalam akaun Maybank Zahida di Menara Perkeso Jalan Ampang." "Pada tarikh 29 Februari 2012, saya tidak diberi apa-apa wang secara tunai dan secara biasa saya tidak pernah diberi wang tunai jumlah besar untuk dimasukkan ke dalam bank tanpa ditemani Zahida. Saya hanya dibayar jumlah RM25,693 untuk pembayaran ansuran dua buah kereta mewah dan sebuah banglo di Bukit Indah kepunyaan Zahida." Laporan polis ini telah didedahkan oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin di lobi Parlimen hari ini. Melalui siasatan Zuraida, terdapat beberapa transaksi yang dilakukan menteri itu kepada Zahida di antara Oktober 2011 hingga Januari 2012. "Pada bulan Oktober 2011 sahaja ada dua transaksi iaitu RM36,000 dan RM26,000. Maknanya pada bulan itu sebanyak RM58,000 tunai yang diambil Noor Azman untuk dimasukkan ke dalam akaun Zahida Rafik. Pada November 2011 pula terdapat RM118,000 dan pada Disember pula terdapat RM333,000. Pada Januari 2012 RM510,000. Kalau saya jumlahkan kesemuanya ia lebih kurang RM1.4 juta dalam masa empat bulan menteri itu berikan tunai kepada Zahida Rafik," katanya. Zuraidah juga turut mendedahkan, Zahida mempunyai sebuah kereta mewah jenis BMW 6 Series, Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM2.9 juta. Persoalan Zuraida, bagaimana menteri itu memperolehi wang tunai sebanyak itu? "Sebagai menteri beliau bertanggung jawab kepada rakyat Malaysia untuk menjelaskan dari mana sumber wang itu diperolehi untuk diberikan kepada Zahida," katanya. Pada 3 Mac lalu, akhbar melaporkan Pelakon Zahida Rafik kerugian RM200,000 dilarikan pemandunya selepas diarah memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun banknya. Pelakon kacukan Melayu-Pakistan itu turut menjadi bahan bualan di laman blog beberapa tahun lalu apabila digosipkan berkahwin dengan Shafie di luar negara. Kini dilanda lagi bukan sekadar gossip tetapi laporan polis turut dibuat sebagai balasan laporan Zahida Rafik yang menuduh pemandu peribadinya melarikan wang RM200,000. Zahida Rafik pernah menafikan gossip yang menyatakan beliau dibela seorang VVIP. "Bagi saya apabila gosip mengatakan saya dibela oleh VVIP ia satu penghinaan. Saya bukan perempuan simpanan. Sebagai anak bongsu dalam sebuah keluarga yang berpegang teguh kepada adat dan agama, ayah tidak membenarkan saya tinggal sendirian selagi belum berkahwin." JAWAPAN ZAHIDA TERHADAP SKANDAL SEKS DENGAN SHAFIE Senarai harta kekayaan Zahida (baby girl Shafie Apdal) Bayaran RM1.5 juta: Zahida Rafik ancam tindakan mahkamah Ulasan GB Bagus juga jika Zahida rafik bawa kes ini ke mahkamah. Lebih banyak yang terdedah dan terbongkar. Marilah kita sama-sama berdoa agar kebenaran dan keadilan itu ditegakkan. اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba'ah, wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya). رَّبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَل لِّي مِن لَّدُنكَ سُلْطَاناً نَّصِيراً وَقُلْ جَاء الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقاً Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nasiiran wa qul ja alhaqqu wa zawaqal bathilu innal bathila kana zahuqa Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap. klik untuk baca |
BERS✔H 3.0 Diteruskan Sekalipun DBKL Tidak Izinkan Guna Dataran Merdeka Posted: 20 Apr 2012 08:25 AM PDT Kuala Lumpur: Jawatankuasa Pemandu Bersih 3.0 akan meneruskan rancangan Duduk Bantah di Dataran Merdeka pada 28 April bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil meskipun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan mereka. Gambar: Desakan supaya semua pemimpin SPR letak jawatan dari Bersih 3.0 Pengerusi Bersama, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, beliau langsung tidak terkejut dengan penolakan DBKL itu dan akan meneruskan rancangan mereka tanpa menghantar surat rayuan kepada DBKL. "Saya tidak terkejut dengan keputusan DBKL ini dan Bersih tegaskan, kita akan terus Duduk Bantah di Dataran Merdeka. Lagipun kerajaan dan polis sudah berjanji akan memberikan kerjasama kepada Bersih. "Pihak polis pun ada panggil Bersih untuk isi beberapa borang, jadi kita akan teruskan tanpa kebenaran DBKL," kata beliau pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, hari ini. Jawatankuasa Pemandu Bersih, Maria Chin Abdullah menerima surat tersebut pagi tadi. DBKL dalam surat tersebut memberi alasan permohonan Bersih 2.0 tidak diluluskan kerana aktiviti yang dicadangkan tidak bersesuaian dengan penggunaan Dataran Merdeka yang telah ditetapkan oleh DBKL. Menurutnya, acara-acara yang dibenarkan diadakan di Dataran Merdeka hanyalah acara-acara yang bertahap Nasional sahaja, contohnya sambutan hari Kebangsaan, Hari Wilayah Persekutuan dan acara-acara lain yang setaraf dengannya. Dataran Merdeka dataran kita Sementara itu, seorang lagi Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A. Samad Said senada dengan Ambiga bahawa mereka tidak akan berganjak daripada rancangan asal. Malah tegasnya, jika DBKL ingin menyusahkan mereka, mereka juga akan menyusahkan DBKL. "Apa yang dilakukan itu tidak bererti kita tidak akan berlawan. Kita akan berlawan. Kita tidak mahu memberikan mereka jalan yang mudah. Kalau mereka susahkan kita, kita akan susahkan mereka juga. "Yang terakhir surat daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. DBKL menjangkakan bahawasanya Dataran Merdeka itu mereka punya, bukan rakyat punya. Saya sendiri akan berada di situ kalau tidak ada halangan. "Kalau ada halangan pun saya akan berada di situ kerana saya merasakan Dataran Merdeka itu dataran kita semua, hak kita," tegasnya. -HD Ulasan GB GB sudah ulas tadi: Tidak mengapa, jangan lupa sewaktu BERSIH 2.0 dahulu, bukan sahaja tidak dibenarkan berhimpun di dataran meredeka, malah diharamkan oleh kerajaan. Apa berlaku? Rakyat TETAP turun jugak. klik untuk baca |
Blogger UMNO Fitnah Mahasiswa Dataran Merdeka Bawa Kondom Posted: 20 Apr 2012 07:01 AM PDT Mahasiswa berdemo kantoi dengan KONDOM di dataran merdeka Owh ye ke? Bukti ada kat bawah neh oke ; Mula2 korang tengok gambar pertama. Nampak apa yang aku nampak tak? Bagus. Memang bagus. Aku pun sama macam korang. Sebijik. Takde beza. 100% sama. Iaitu aku tak nampak apa2 pun. Aku tak nampak apa2 yang blogger tue suruh aku nampakkan. kah kah kah Lepas tue korang tengok pula gambar kedua. Nampak tak apa yang aku nampak? Tengok betul2 larh der. Lue dan gua sama2 ada mata kan, kalau tak camne lue membaca blog neh ye tak? kah kah kah Sekarang faham tak? 1. Masa letak tikar, lantai dia petak2. Ada mozek. 2. Lepas angkat tikar, berkemas untuk konsert diraja, lantai dia jadi pasir2. Inilah kehebatan penulis = blogger umno. Kalau macam neh korang tak boleh nampak, fikir, teliti, kaji.. aku boleh berani nak cakap korang memang bangang. Sorry der.. sorry.. kadang2 kita perlu bersikap jujur. Aku nak juga jaga ahti korang tapi kadang2 ia mencucuk2 jiwa aku sebab terpaksa menipu der.. tolong larh faham. Menipu tue berdosa der.. kah kah kah Bloggers umno yang buat lawak kondom =klboyzwangsa Ameno : Tak boleh blah betul akal depa.. kredit:amenoworld Ulasan GB GB pernah ulas dahulu. Petikan: Fitnah, mereka-reka cerita yang tidak benar, bahasa lucah/mencarut dan gambar porno sudah merupakan perkara asasi dan darah daging blogger proUMNO. Pergi ke mana-mana satu blogger pro-UMNO, anda akan menemui salah-satu daripadanya. Terkutuklah blogger UMNO pemfitnah ini dari dunia sampai akhirat seperti firmanullah Orang yang memfitnah orang mukmin (yang lelaki) dan mukminah (yang perempuan), kemudian mereka tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar. Al-Buruj : 10 |
Pelajar Dirogol Dalam Kelas Kosong Posted: 20 Apr 2012 05:01 AM PDT Rembau – Seorang pengawal keselamatan dikesan rakan sejawatnya melakukan kegiatan tidak bermoral bersama seorang pelajar asrama di sebuah kelas kosong, di sini, 16 April lalu. Sumber yang tidak mahu dikenali berkata, pada hari kejadian, suspek berusia 28 tahun dan dua lagi pengawal keselamatan seperti biasa meronda kawasan sekolah berkenaan dan salah seorang menyedari suspek tidak balik ke pos kawalan. Menurutnya, risau dengan keadaan itu, mereka mencari suspek di kawasan sekolah itu dan terperanjat apabila menemui suspek di dalam kelas kosong kira-kira jam 6.15 petang bersama seorang pelajar perempuan tingkatan lima. "Susulan penemuan berkenaan, pelajar perempuan itu yang juga tinggal di asrama sekolah berkenaan mendakwa telah dirogol suspek di kelas kosong berkenaan. Rakan sejawatnya yang terkejut bergegas menghubungi polis bagi tindakan selanjutnya. "Manakala, pihak sekolah pula memaklumkan insiden memalukan itu kepada ibu pelajar perempuan itu dan membuat laporan polis pada hari sama kejadian itu," katanya. Sementara itu, Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Mizan Md Dom mengesahkan kejadian itu dan suspek kini ditahan reman dari 16 hingga 23 April ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun dan sebat. -SH |
Budak Terlampau Perkosa Jiran - Apa Mau Jadi Ni? Posted: 20 Apr 2012 03:00 AM PDT Padang Besar: Baru berusia 13 tahun, tetapi seorang budak lelaki sudah berani merogol seorang budak perempuan berusia lapan tahun yang juga jirannya dalam sebuah tandas dewan orang ramai di sini, Selasa lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, budak lelaki berkenaan yang tinggal berdekatan rumah mangsa di Kampung Tersusun Padang Besar, di sini, memanggil budak perempuan itu datang ke kawasan dewan berkenaan, kononnya ada urusan. Budak lelaki itu kemudian membawa membawa kanak-kanak perempuan malang itu ke dalam sebuah tandas di situ sebelum merogolnya. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Superintendan Nashir Ya berkata, mangsa yang takut selepas kejadian itu, pulang ke rumahnya tergesa-gesa sebelum memberitahu kakaknya yang berada di rumah sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar, kelmarin," katanya. Menurutnya, kakak mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin. Budak lelaki itu ditahan polis di rumahnya dan kini ditahan bagi siasatan selanjutnya. -hm Ulasan GB Ini diantara bala bencana besar yang menimpa negara apabila undang-undang Islam terutama hudud diperlekehkan. Sekarang ini balanya, sekarang ini jawapannya! Lantaran menolak hukum Allah, terimalah hukumanNya. Budak tingkatan satu sudah bergelar perogol apabila hukumNya dipersendakan sedemikian rupa.! Ucap selamat kepada tamaddun manusia dan negara yang semakin gila. klik untuk baca |
DBKL Tolak Himpunan BERSIH Di Dataran Merdeka, Mahu Rakyat Ke Jalanraya? Posted: 20 Apr 2012 12:02 AM PDT DBKL tolak BERSIH di Dataran Merdeka Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan BERSIH untuk menggunakan Dataran Merdeka untuk perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil pada 28 April ini. Jawatankuasa pemandu BERSIH Maria Chin Abdullah berkata, perkara itu dimaklumkan melalui surat kira-kira jam 11 pagi ini. Dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini, BERSIH turut membacakan kandungan surat itu kepada pemberita yang memberikan alasan Dataran Merdeka hanya boleh digunakan untuk acara "peringkat nasional" seperti sambutan hari kebangsaan dan hari Wilayah Persekutuan. Menurut pengerusi bersama BERSIH Ambiga Sreenevasan, pihaknya mengutus surat kepada DBKL dan polis pada pagi Isnin. DBKL sebelum ini menafikan menerima sebarang permohonan daripada gabungan NGO itu berhubung bantahan "duduk bantah" mereka. -mk BERSIH bukan ancaman pada keselamatan Ulasan GB Sungguh aneh. Menteri kata BERSIH bukan satu ancaman, DBKL pula tolak permohonan BERSIH untuk berhimpun di stadium merdeka. Apakah ini "permainan" UMNO BN? Tidak mengapa, jangan lupa sewaktu BERSIH 2.0 dahulu, bukan sahaja tidak dibenarkan berhimpun di dataran meredeka, malah diharamkan oleh kerajaan. Apa berlaku? Rakyat TETAP turun jugak. Kalau DBKL tidak izinkan DUDUK & BANTAH di Dataran Merdeka, jangan tersentak dan terperanjat apabila rakyat BANGUN & BANTAH di jalanraya! |
Nazri Berundur (Diundurkan) Kerana Kes Anak Bapak? Posted: 19 Apr 2012 09:23 PM PDT Benar atau berlakon? Nazri tawar tidak bertanding pada PRU ke-13 kerana skandal anak Nazri Aziz, yang dituduh cuba menutup kelakuan samseng anaknya, telah membayangkan dia akan memberi laluan kepada orang muda pada pilihanraya umum ke-13 yang akan datang dimana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka adakan pada tahun ini. "Saya telah menjadi menteri untuk tempoh masa yang lama iaitu 13 tahun dan sebagai Timbalan Menteri selama 5 tahun. Saya percaya pada kesinambungan. Saya sudah berusia 58 tahun dan telah berkhidmat untuk masa yang agak lama," Nazri, yang menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Padang Rengas MP, telah dilaporkan sebagai memberitahu Utusan. "Jika Perdana Menteri mahu untuk menggantikan saya, saya redha. Saya sudah bercakap kepada ahli bahagian saya tetapi mereka mahu mencalonkan saya lagi. Beri peluang kepada orang baru, apa yang penting ialah kita tidak bergaduh sesame sendiri." Kenyataan yang sepatutnya bagi Najib Nazri juga adalah pemimpin kanan pertama untuk bertindak balas berikutan satu kenyataan daripada setiausaha agung Umno Tengku Adnan bahawa Ibu Pejabat Umno telah menerima senarai pencalonan dari semua cawangan. Walau bagaimanapun, peringatan Adnan bahawa "nama-nama calon dalam senarai yang dikemukakan kepada kepimpinan adalah tidak muktamad" ini menjadikan Umno takut, parti politik terbesar di Negara ini dan yang telah memerintah Malaysia selama 55 tahun. "Saya tidak fikir Nazri akan digugurkan. Tetapi yang pasti, dia sedang membuat kenyataan yang tepat untuk Najib. Terdapat juga pihak yang fikir Nazri patut berhenti walaupun tanpa PRU ke-13 yang akan datang. Kes anaknya telah menjadikan Umno cacat dan juga BN- itu yang pasti," kata Ahli PKR Parlimen Batu Tian Chua kepada Malaysia Chronicle. "Sebagai menteri de-facto undang-undang, ia adalah suatu penghinaan dan bukannya teladan baik dan perlu ada inkuiri awam, Nazri menutup mulut manakala pihak polis berkeras anaknya tidak melakukan apa-apa kesalahan walaupun ini berkonflik dengan kenyataan polis oleh mangsa dan rakaman CCTV." Anak bapak? Sememangnya Nazri, yang juga bertanggungjawab ke atas Parlimen, mengejutkan rakyat dengan komen awalnya apabila dia menunjukkan sikap tidak pedulinya. Nazri memberitahu media bahawa dia tidak boleh 'dipertanggungjawabkan' diatas kelakuan anaknya, menyebabkan rakyat marah tentang kes anaknya yang membuli seorang pengawal keselamatan. "Bagi saya, ini adalah sesuatu kenyataan yang tidak bertanggungjawab. Bagaimana sikap seorang anak mencerminkan cara ibu bapanya membesarkannya dan budaya di rumah," kata seorang pemimpin masyarakat yang terkemuka, Tan Sri Robert Phang kepada Malaysia Chronicle. Anak Nazri, Nedim telah terlibat dalam perkelahian pada bulan lepas dan memukul seorang pengawal keselamatan yang meminta pengenalan dirinya apabila Nedim dan pengawal peribadinya yang ingin mengunjungi seorang yang tinggal di kediaman itu. Rakyat bukan sahaja terkejut dengan kesamsengan Nedim, tetapi juga dengan kereta Porsche yang dipandunya manakala pengawal pengiringnya memandu sebuah MPV mewah, Toyata Velfire. Ramai yang mahu SPRM menyiasat bagaimana Nedim boleh menjadi begitu kaya dan berpengaruh sehingga mampu memiliki wang begitu banyak. Apakah ini ada kena mengena dengan ayahnya? Seperti pihak polis, SPRM juga memejamkan mata sahaja. Bekas penjenayah? Untuk memburukkan lagi keadaan, insiden di kondo itu bukanlah merupakan kali pertama Nedim terlibat dalam skandal. Pada tahun 2004, dia telah dituduh menjadi sebahagian daripada kumpulan yang membunuh seorang pelajar undang-undang, Darren Kang. Kes itu juga telah menaikkan kemarahan rakyat dan kerajaan Umno-BN telah dituduh pula menyembunyikan pembunuhan. "Kita mahu pihak polis menerangkan mengapa insiden kondo ini diklasifikasikan sebagai kes pergaduhan kecil dibawah penal kod seksyen 160 apabila supervisor pengawal keselamatan telah menyebut dalam laporan polisnya bahawa dia telah dipukul dan keganasan telah digunakan ke atasnya. Rakaman CCTV telah menunjukkan apa yang didakwanya," kata peguam hak asasi manusia yang juga merupakan naib presiden PKR N Surendran. "Kita mahu polis mengklasifikasikan kes ini sebagai pukul, menggunakan keganasan dan mendatangkan kecederaan dibawah penal kod seksyen 321, 350 dan 351. Kita mahu ketua polis untuk menukarkan kes ini dari ibu pejabat Brickfields kepada kumpulan penyiasat bebas." Keadilan untuk pengawal dan Darren Sedih sekali, KPN bertindak balas dengan cuba memujuk rakyat supaya mempercayai bahawa pihak berkuasa dan tidak mempersoalkan polis. "Selama 10 tahun, kamu telah menyaksikan betapa efisyen dan profesionalnya pihak berkuasa. Janganlah kita prejudis terhadap pihak berkuasa,"kata Ismail Omar kepada pihak media pada minggu lepas. Namun demikian, kerana ini adalah insiden kedua yang melibatkan Nedim, agak sukar bagi aktivis dan ahli politik pembangkang untuk membiarkan dia terlepas buat kali ini. Seperti kes NFC yang melibatkan dana berjumlah RM250 juta dan juga menteri Umno Shahrizat Jalil dan keluarganya, kekayaan Nazri dan kemungkinan korupsi yang ada disebalik kekayaan keluarganya akan menjadi sambungan kepada episod drama. Akhir sekali, patut ada keadilan untuk pengawal kondo dan pada Darren yang berusia 23 tahun, dimana pembunuhannya adalah suatu kematian yang tidak patut. -malaysia-chronicle klik untuk baca |
Emang Dasar UMNO Bajingan: Berani Serang Tak Berani Mengaku Posted: 19 Apr 2012 08:03 PM PDT Umno tangkis dakwaan terlibat serangan Ketua penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan menepis dakwaan yang mengaitkan serangan ke atas siswa yang berkhemah di Dataran Merdeka dalam satu kejadian awal pagi ini. Dengan sinis, beliau berkata orang akan menyalahkan Umno atas semua masalah yang dihadapi mereka. "Kalau ada kereta bocor di tepi jalan itu salah Umno. Kalau ada motorsikal bocor itu salah Umno. Kalau ada basikal bocor di tepi jalan di dalam hutan yang tak ada orang lalu lalang, itu pun salah Umno. "Mereka ini sudah bankrap idea, semua salahkan Umno. Ada orang liwat orang lain, Umno yang kena. Dia yang sedap, kita yang kena," katanya lagi ketika ditemui di bangunan Parlimen hari ini. Ditanya lanjut mengenai dakwaan siswa berkenaan yang mengaitkan tindakan samseng itu dengan parti Umno, Ahmad berkata: "Saya tak tahu, saya sedang tidur semalam. Orang tidur di rumah, bukan di padang." Ahmad mengulas kes melibatkan sekumpulan individu tidak dikenali yang merosakkan khemah dan menyerang kumpulan pelajar yang berhimpun di Dataran Merdeka, awal pagi ini. Seorang detektif polis turut cedera dalam kes yang disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan (Rusuhan) itu. Kenyataannya Ahmad itu juga timbul susulan tuntutan oleh pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin kepada Umno supaya bertanggungjawab atas serangan berkenaan. Badrul Hisham menyuarakan cabaran itu dalam satu kenyataan hari ini. "Seperti dijangka Umno yang terdesak dengan sekumpulan pelajar yang membuat keputusan nekad untuk berkhemah di Dataran Merdeka dalam protes mereka terhadap PTPTN dan tuntutan pendidikan percuma bertindak di luar norma biasa," katanya lagi. -mk Umno dicabar bertanggungjawab terhadap serangan terhadap pelajar di Dataran Merdeka |
Menteri Pengajian Tinggi Memutar Lidah Apabila Dikecam Kerana Angkuh & Tunjuk Lagak Posted: 19 Apr 2012 07:04 PM PDT Saran siswa 'jangan tagih simpati', menteri dikecam Reaksi Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berhubung insiden serangan ke atas sekumpulan siswa di Dataran Merdeka hari ini menerima kecaman daripada pemimpin pelajar terbabit. Pengerusi Malaysia Bangkit, Mohd Syahid Mohd Zaini dalam satu sidang media berkata, Mohamed Khaled tidak sepatutnya bertindak "angkuh" dengan mengeluarkan kenyataan seperti itu. Mohd Syahid berkata, Mohamed Khaled sepatutnya mendengar keluhan pelajar berkenaan dan bukannya melayan mereka seperti anak kecil. Menteri tersebut tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seperti itu, kata Mohd Syahid lagi dalam satu sidang media di bangunan Parlimen hari ini. Mohamed Khaled dalam reaksinya ke atas insiden tersebut menulis di Twitter: "Tiada siapa pun suruh berkhemah di Dataran, bila berlaku apa-apa perkara, jangan tagih simpati." Beliau mengulas insiden melibatkan sekumpulan individu tidak dikenali yang merosakkan khemah dan menyerang kumpulan pelajar yang berhimpun di satu sudut di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Seorang daripada pelajar berkenaan dibawa ke hospital ekoran kecederaan yang dialami ekoran serangan pada awal pagi ini. -mk Khaled Nordin pandang hina mahasiswa, Saifuddin kata serangan 'perlu dibimbangkan' Khaled kecam 'samseng' belasah pelajar Ulasan GB GB dah berkali-kali ulas dan menyatakan Menteri Pengajian Tinggi adalah salah seorang menteri berIQ rendah di dalam kabinet Najib, lansung tidak ada integriti & kredibiliti untuk menjadi menteri. Kemudian Najib lantik beliau untuk jadi Pengerusi J/K Khas Parlimen untuk Lynas. Kononnya untuk menaikkan namanya menjelang PRU13. Tapi malang bagi Khaled, tak ada seorang pun dari Pakatan Rakyat yang sudi menerima menjadi anggota PSC Lynas yang diketuai beliau. Labuh selabuhnya muka Khaled Nordin! |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment