Kelab Greenboc |
- Rentetan Terbongkarnya Skandal Shafie Apdal & Zahida Rafik
- 2 Kes Libatkan Pesawat MAS Mendarat Cemas, Ada Sebab Penumpang Takut Naiki MAS
- [Bongkar] Apa Tujuan Akhbar NST Besarkan Najib Dari Agong
- Himpunan BERS✔H 3.0 Serentak Di 41 Bandaraya Di 14 Negara
- [Video] Kronologi Samseng Serang Mahasiswa Di Dataran Merdeka, Penyerang Dikenalpasti
- Pecat Secara Salah: Utusan Kalah Rayuan Bayar Norzahizan Sebanyak RM71,128
- Aktivis Wanita Terus Kecam Gurauan Lucah Ahmad Zahid Hamidi
Rentetan Terbongkarnya Skandal Shafie Apdal & Zahida Rafik Posted: 19 Apr 2012 04:51 PM PDT Zahida Rafik terkedu Pelakon Zahida Mohamed Rafik, 37, kerugian RM200,000 dilarikan pemandu peribadinya selepas diarah memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun banknya. Zahida yang popular menerusi filem komedi Anak Mami The Movie menyerahkan wang tunai berkenaan kepada lelaki berusia 37 tahun itu pada kira-kira jam 11 pagi Rabu lalu dan sejak itu suspek gagal dihubungi serta dipercayai sudah melarikan diri. Pelakon kacukan Melayu-Pakistan itu yang menjalankan perniagaan milik keluarganya di sini turut ke rumah suspek untuk mencarinya, tetapi tidak berhasil apabila dimaklumkan lelaki berkenaan tidak pulang ke rumah dan gagal dihubungi. Zahida kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, di sini, pada petang hari sama. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan berkenaan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah. Sementara itu, Zahida ketika dihubungi semalam berkata, apa yang berlaku mungkin kesilapannya sendiri kerana terlalu percaya terhadap pemandunya itu. "Saya percayakannya sebab dia sudah bekerja dengan saya hampir lima tahun dan sebelum ini tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan," katanya. Zahida berkata wang RM200,000 itu sepatutnya digunakan untuk membuat pembayaran kepada rakan perniagaannya di China. "Sebelum ini sudah banyak kali dia (suspek) membantu saya dalam urusan memasukkan duit ke dalam akaun bagi urusan kerja, tapi tidaklah jumlah yang besar sebegini. "Kebiasaannya saya akan turut sama pergi dan dia hanya menemani. Namun, kali ini saya benar-benar tidak sempat kerana ibu sakit dan saya agak kelam-kabut di rumah bagi menguruskan beberapa perkara," katanya. Menurut Zahida, dia langsung tidak menjangka pemandunya sanggup menghilangkan diri bersama wang RM200,000 itu. "Sebelum membuat laporan polis, saya ke rumahnya. Maklumlah sudah hampir lima tahun dia bekerja dengan saya, saya kenal anak-anak dan ibunya yang tinggal bersama. "Mungkin juga dia ada masalah kewangan atau memerlukan duit, jadi saya ke rumahnya untuk bertanya dan berbincang. Namun ibunya hanya memberitahu dia sudah beberapa hari tidak pulang ke rumah. Jadi, saya tiada pilihan selain melaporkannya kepada polis," katanya. -hmetro (3 Mac 2012)
Akhirnya segala-galanya terdedah di sini: Pemandu artis dedah skandal menteri bayar RM100 ribu setiap kali jumpa klik untuk baca |
2 Kes Libatkan Pesawat MAS Mendarat Cemas, Ada Sebab Penumpang Takut Naiki MAS Posted: 19 Apr 2012 07:30 AM PDT Ia mungkin disebabkan sabotaj Sekalipun siasatan awal mendapati masalah teknikal yang menyebabkan sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke London yang terpaksa berpatah balik, namun para penyiasat tidak boleh mengenepikan kemungkinan wajudnya sabotaj, kata pegawai industri penerbangan dan angkasa hari ini, demikian lapor New Straits Tumes. Para pegawai tersebut, yang enggan menyebut nama sebenarnya, berkongsi pendapatnya berdasarkan kejadian-kejadian lepas yang melibatkan syarikat penerbangan. Mereka berkata syarikat penerbangan telah mengalami kerugian akibat dari kakitangan yang marah dan menunjukkan kekecewaan mereka melalui kerja-kerja sabotaj. "Ini telah menyebabkan berlakunya gangguan bahanapi, kegagalan enjin, keadaan gelap akibat masalah eletrikal dan eletronik, kesesakan kawalan penerbangan dan kebakaran yang boleh menyebabkan bencana atau kemalangan di masa lalu," kata mereka. Beberapa contoh yang mereka berikan termasuklah insiden pesawat jet terpaksa melakukan pendaratan cemas selepas pendawaian atau bahagian eletrikal telah dirosakkan. "Selenggaraan yang lemah serta kurang kompeten adalah diantara faktor yang boleh menyebabkan kejadian tersebut. Kebakaran enjin boleh berlaku dengan cepat apabila ada kebocoran di tangki bahanapi. Bahanapi yang volatil mudah terbakar apabila tersentuh permukaan enjin yang panas," katanya sewaktu ditemui di Pameran Pertahanan Dan Sekuriti Asia 2012 di PWTC semalam. Pada hari Selasa lepas, sebuah pesawat Boeing 747-400, yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur , telah terpaksa melakukan pendaratan cemas di Sepang 90 minit kemudian, setelah satu dari enjinnya terbakar. Dilaporkan sistem penggera kecemasan gagal berfungsi, menunjukkan ada kebakaran di enjin No.1 sebaik saja pesawat berlepas. Juruterbang mengelilingi sekitar KLIA kerana perlu terlebih dahulu membuang bahan api sebagai langkah keselamatan sebelum mendarat. Syarikat Penerbangan itu berkata demi keselamatan penumpang, kapten pesawat memutuskan untuk berpatah balik ke KLIA dan pesawat berkenaan mendarat pada pukul 2.05 pagi ini. Pesawat itu membawa 351 penumpang dan 21 anak kapal, dan penumpang terlibat disediakan tempat penginapan. Masalah teknikal, MAS patah balik ke Bangalore Penumpang Cerita Saat-Saat Cemas Dalam Pesawat MAS Ulasan GB Pada pendapat GB tuduhan para pegawai pengurusan MAS berlaku wajudnya sabotaj oleh kakitangan adalah satu tuduhan yang agak melampau. Tidak sepatutnya akibat tertekan dengan tuntutan kakitangan, pihak pengurusan lantas membuat tuduhan sedemikian. Ia satu bentuk penghinaan yang serius kepada kakitangan MAS, dan amat memusykilkan apabila pegawai yang menuduh itu enggan bertanggungjawab dengan kenyataannya apabila enggan mendedahkan identitinya yang sebenar. Ini kerana ia di luar batas kemanusian untuk mana-mana kakitangan nmelakukan kerja sedemikian apatah lagi apabila ia melibatkan nyawa orangramai. Atau apakah lemparan tuduhan ini hanya sebahagian dari usaha untuk menutup kelemahan pengurusan MAS dan helah untuk menutup syarikat MAS setelah kerugian bertahun-tahun? Untuk rekod: MAS telah mencatat kerugian besar berjumlah RM2.5 Billion bagi tahun 2011. |
[Bongkar] Apa Tujuan Akhbar NST Besarkan Najib Dari Agong Posted: 19 Apr 2012 04:45 AM PDT Siapa Paling Besar? Kuala Lumpur: "Siapa paling besar yang hendak ditonjolkan oleh akhbar ini?" Inilah mesej yang diterima Harakahdaily merujuk kepada gambar muka depan sebuah akhbar harian hari ini. "Tengok, gambar (Datuk Seri) Najib naik sampai ke atas begitu sekali...gambar Tuanku hanya terperosok ke bawah," tulis mesej itu lagi. "Kalau gitu, siapa sebenarnya yang menghina Raja Melayu dan Yang Dipertuan Agung," tulis mesej itu. Mari kita nilai sendiri. -HD Ulasan GB Di dalam keadaan di mana akhbar-akhbar media arus perdana menghebohkan isu kononnya MP Pakatan mempersendakan raja, kini hukum kebenaran dan keadilan menyerlahkan: media massa perdana yang bernama New Straits Times dengan gahnya menyiarkan gambar yang ternyata mempersenda dan merendahkan Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong di mana gambar (Datuk Seri) Najib naik sampai ke atas begitu sekali...gambar Tuanku hanya terperosok ke bawah! Satu lagi persoalan apakah Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev ini merupakan bakal BESAN Najib dan Rosmah? Ini kerana menurut laporan portal Eurasia, Najib bakal mendapat menantu anak seorang pembesar Kazakhstan bernama Daniyar Nazarbayev. Najib dan Rosmah telah ke Kazakhstan, di mana lawatan mereka itu pernah dipersoalkan samada atas urusan rasmi negara atau untuk menguruskan perkahwinan anaknya, Nooryana Najwa? Nooryana Najwa, 22, pada 22 Mei lalu menerima ijazah Bachelor of Science in Foreign Science dari Universiti Georgetown, Washington, selepas empat tahun belajar di School of Foreign Service, universiti berusia 222 tahun itu. Nama akhir Daniyar iaitu Nazarbayev adalah sama dengan nama President Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev. Setakat ini belum ada penafian dari Najib dan Rosmah mengenainya sekalipun ia telah hebao diperkatan sejak tahun lalu lagi. Dan dengan kaitan gambar beliau dibesarkan lebih dari Agong dan Sursultan Nazarbayev tadi, apakah Najib hendak menunjukkan kepada bakal besannya itu bahawa di Malaysia jawatan Perdana Menteri lebih besar daripada Agong, sama seperti Presiden? Siapa Presiden Kazakhstan? Najib bakal berbesan dengan pembesar Kazakhstan? klik untuk baca |
Himpunan BERS✔H 3.0 Serentak Di 41 Bandaraya Di 14 Negara Posted: 19 Apr 2012 01:20 AM PDT Global Bersih, sayap antarangsa bagi gerakan rakyat Malaysia untuk pilihanraya adil dan bebas, akan mengadakan rali secara serentak di 41 bandaraya di 14 negara seluruh dunia pada 28 April ini. "Kerajaan Malaysia harus faham bahawa gerakan Bersih tidak akan berhenti sehingga demokrasi yang bermakna dan berterusan dan perubahan pilihanraya terlaksana," Yolanda Augustin, wakil Global Bersih di Britain berkata dalam satu kenyataan. Satu kumpulan pendesak, Bersih pertama kali mengadakan rali pada tahun 2007, selepas gagal mendapatkan persetujuan kerajaan Umno –BN pimpinan PM Najib Razak untuk merubah sistem pilihanraya. Proses mengundi rakyat Malaysia dikenali penuh unsur-unsur tidak sihat dimana Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), pihak polis dan lain-lain pihak berkuasa sejak dulu lagu didakwa bersekongkol untuk membantu kemenangan Umno-BN. Pengundi hantu, kerakyatan sebagai pertukaran untuk undi, nama yang berulang dan daftar pemilih yang mana SPR enggan membenarkan di periksa secara bebas memaksa Bersih mengumumkan rali ketiganya pada 28 April ini. Di seluruh negara, rali serentak akan di adakan di semua negeri, manakala di Kuala Lumpur, rakyat bersemangat untuk berkumpul di Dataran Merdeka bagi menunjukkan semangat perpaduan dan rasa tidak ppuas hati terhadap pemerintahan Najib. Talam dua muka Malah, Najib bukan sahaja cuba mengelak dari permintaan rakyat untuk perubahan proses pengundian, beliau juga memperkenalkan beberapa undang-undang baru yang beliau dan kerajaan kononnya mendakwa akan memberikan lebih hak asasi dan demokrasi kepada rakyat. Bagaimanapun, masyarakat sivil, pemimpin pembangkang, malah NGO terkemuka dunia membidas cakap-cakap talam dua muka dari Umno-BN, dan mendakwa Najib cuba mengurangkan kawalan malah memberi lebih kuasa kepada kerajaan dan pihak polis dari sebelumnya. Masalah lama sejak berdekad yang lalu, rasuah sudah semakin berkembang dan di biarkan saja malah parti Najib secara terbuka mempertahankan pemimpin yang tertangkap menggunakan dana negara. Kenaikan harga barang, kos sara hidup dan harga hartanah merupakan antara keluhan rakyat Malaysia, dan beberapa siri melepaskan tanggungan untuk ahli perniagaan kroni yang berkait dengan Umno BN. Pendekata, Bersih 3.0 ada atau tidak, rakyat sudah tidak sabar untuk bersemuka dengan kerajaan. "Penggerak Bersih 3.0 ialah kuasa rakyat yang berganda di dalam dan juga luar negara, yang mendesak untuk pilihanraya yang bebas dan adil, berpaksikan demokrasi, bebas dari rasuah dan sistem pemilihan yang telus," kata Global Bersih. Pada 28 April 2012, rakyat Malaysia berani yang ke Datran Merdeka harus sedar mereka tidak sendirian, rakyat Malaysia di England, Eropah, seluruh Asia, US, Canada,Timur Tengah, dimana saja, berdiri bersama mereka dalam semangat dan demi satu tujuan dimana Kuala Lumpur telah menyatukan kita. Rali akan di adakan di Washington DC, New York, Tokyo, Beijing, Toronto, Paris, London, Seoul, Dubai, Zurich dan seluruh ibunegeri di Australia. Rali bersejarah Bersih mengumumkan rali ketiga mereka pada 4 April selepas Jawatankuasa Pemilihan Parlimen yang dikuasai penggubal undang-undang Umno BN menolak cadangan perubahan yang di kemukakan oleh jawatankuasa Bersih, yang jika di kemukakan sudah cukup untuk melindungi pengundi. Pemimpin Bersih Ambiga Sreenevasan dan Sasterawan Negara A.Samad Ismail menuduh Najib cuba mempercepatkan kajian semula parlimen 'kosmetik' supaya pilihanraya dapat dijalankan sebelum perubahan sewajarnya boleh dilaksanakan Perubahan pilihanraya akan membawa risiko besar kepada peluang Umno BN dalam pilihanryaa ke 13 akan datang, yang diramalkan berlangusng pada pertengahan Jun. Umno-BN telah memerintah Malaysia selama 56 tahun dan sepanjang masa itu, mempunyai kuasa mutlak dan terus menjalankan operasi manipulasi dan mengikut undang-undang yang sesuai dengan hajat mereka. Tahun 2011, Bersih mengadakan rali kedua pada 9 Julai, dihadiri oleh lebih 50,000 orang. Mengambil contoh apa yang berlaku di negara Arab pada musim luruh,sumber kebimbangan dan amaran kepada kuasa autoritarian Umno BN di sini, Najib segera melancarkan gerakan tangkapan untuk mengekang rasa kecewa dan tidakpuas hati rakyat Malaysia. Walaupun ada operasi tangkapan yang menyaksikan lebih seribu orang ditahan, pengharaman Bersih 2.0 dan pengharaman memakai t shirt kuning, Najib gagal menjatuhkan semangat rakyat negara ini. Kejayaan Bersih 2.0 akan terus tercatat dalam sejarah Malaysia sebagai satu acara bersejarah. Ia menunjukkan permintaan rakyat untuk perubahan dan pembaikan adalah serius. Rakyat tidak lagi hanya bersungut. Mereka mahu tindakan sebenar diambil dan mereka bersedia bertindak untuk memastikan nya. Kepimpinan masyarakat sivil Jelasnya,Pakatan Rakyat yang dipimpin ketua pembangkang Anwar Ibrahim memberi sokongan penuh kepada Bersih, kerana perubahan pilihanraya sudah tentu membuka lebih peluang kepada mereka. Tetapi jangan silap, Bersih ialah gerakan masyarakat sivil dan di pimpin aktivis, dan membuat keputusan mereka secara bebas. Malah, berani menyuarakan pendapat dan mengarahkan hala tuju dalam tangan mereka merupakan de riguer bagi rakyat Malaysia, manakala contoh2 generasi lepas yang hanya patuh dan atakut untuk bersuara hanya di kesali tapi tidak lagi di contohi. Ini jelas bila di lihat dari cara rakyat menolak pati-parti komponen BN seperti MCA, Gerakan dan MIC dalan pilihanraya umum 2008 dimana Anwar dan Pakatan mendapat kuasa di 5 dari 13 negeri. Malah Umno,parti perbesar negara ini, merekodkan keputusan kurang memuaskan. "Para pelajar tidak perlu takut untuk menunjukkan sokongan bagi pilihanraya bebas dan adi, kerana ia akan memberi perubahan besar kepada keluarga mereka di negara kita," kata David Teoh,penyelarasn Global Bersih di Melbourne. Demokrasi berkualiti dan kerajaan yang lebih baik Malah pada 28 April, satu lagi gerakan rakyat, Himpunan Hijau 3.0 yang memprotes pembinaan loji rawatan sisa bumi di Gebeng, Pahang akan juga di adakan di Kuala Lumpur. Dipimpin oleh pencinta alam yang prihatin tentang risiko radioaktif dan kesannya kepada kesihatan akibat loji Lynas, Himpunan Hijau ialah satu lagi gerakan rakyat yang popular. Perlu diberi perhatian, satu protes pelajar sedang berlangsung di Dataran Merdeka, para pelajar kolej dan universiti dari seluruh negara membina khemah, enggan beredar walau di halang keras oleh pihak berkuasa yang cuba menggagalkan demonstrasi mereka untuk pengajian tinggi percuma. Pada mulanya, protes itu ialah untuk menentang skim pinjaman pelajar yang didakwa membawa perubahan dan membuat mereka menanggung hutang dari saat mereka mula bekerja. Tidak ada perhatian wajar dan sikap sambil lewa BN dalam menangani keluhan dan desakan untuk dikaji semula oleh badan-badan pelajar dan persatuan menjadikan isu ini satu lagi bom jangka politik untuk kerajaan Najib. Yang tersirat di sebalik protes pelajar ini ialah satu lagi tanda desakan semakin tinggi untuk demokrasi berkualiti dan pemerintahan lebih baik di negara ini. Seperti Bersih, Himpunan Hijau dan lain lain kebangkitan di mana rakyat terpaksa bertindak kerana sikap tidak acuh dan terlalu berkeras kerajaan. -Malaysia Chronicle |
[Video] Kronologi Samseng Serang Mahasiswa Di Dataran Merdeka, Penyerang Dikenalpasti Posted: 18 Apr 2012 11:27 PM PDT Sekumpulan antara 40 hingga 80 samseng berkelakuan biadap apabila menyerang perkhemahan mahasiswa di Dataran Merdeka, kira-kira jam 2.30 pagi. Berpakaian serba hitam, samseng itu turut meroboh khemah, memukul mahasiwa dan orang ramai yang menyokong perkhemahan dengan menumpu sasaran terhadap mereka yang membawa kamera dan perakam video. Kejadian itu menyebabkan seorang lelaki terpaksa dihantar menaiki ambulans ke hospital manakala beberapa orang termasuk mahasiswa, ditendang, ditampar dan ditumbuk. "Saya sedang tidur dalam khemah sebelum terjaga apabila muka saya ditendang dari luar," kata penuntut sarjana Universiti Putra Malaysia (UPM), Nur Ruqayyah Abdul Rahman yang berpurdah itu kepada Keadilan Daily, awal pagi ini. Beliau yang turut kehilangan telefon bimbit akibat insiden itu berkata demikian ketika berkongsi detik cemas itu bersama mahasiswa dan orang ramai. Kebanyakan mereka kesal kerana kumpulan samseng itu dibiar bermaharaja lela walaupun balai polis bergerak terletak hanya 10 meter dari lokasi perkhemahan. Seorang saksi lain kesal kerana polis enggan memberi bantuan walaupun beliau merayu bantuan tetapi anggota pihak berkuasa itu memberi alasan 'bimbang keselamatan mereka terancam'. Dalam kejadian itu, samseng turut melontar kata-kata kesat dan mencampakkan cermin mata aktivis sosial, Fahmi Reza manakala rakannya, Boon Kia Meng, seorang pensyarah institusi pengajian tinggi swasta, ditumbuk. "Sebaik saja keluar khemah akibat kekecohan itu, saya hanya duduk tanpa membalas cercaan mereka. Sebaliknya, mereka ambil dan campak cermin mata saya. Kia Meng di sebelah pula ditumbuk," katanya. Kamera Nurul Haniza Mohamad, 24, pula rosak selepas ia dirampas ketika dikerumuni lima atau enam samseng. "Mereka tarik baju dan beg saya. Ada seorang tunjal kepala saya sambil menghambur kata-kata kesat," katanya yang berasal dari Batu Arang, Selangor. Seorang ahli Unit Amal PAS Batu, Mohd Kassim Abdullah, 24, pula ditampar dua kali, malah disiram air oleh sekumpulan samseng berkenaan. Sungguhpun berdepan kekasaran samseng itu, semua mahasiswa dan kumpulan penyokong tetap bersemangat, malah membuat ketetapan untuk terus kekal berada di situ. -HD Kronologi Serangan Samseng Ke Atas Kumpulan Mahasiswa di Dataran Merdeka (19 April 2012) : 2.30 AM : Diberitakan waktu ketika ini hampir 60-70 mahasiswa dan anak muda serta rakyat berada sekitar Universiti Dataran Merdeka. 2.32 AM : Suasana masih lagi tenang dengan beberapa kumpulan mahasiswa kelihatan berkumpul bagi membincangkan agenda seterusnya dan bergembira. 2.36 AM : Dan tiba-tiba, kelihatan seorang pemuda berbaju t-shirt hitam tanpa kolar berjalan meluru ke kawasan perkhemahan dan disusuli sekumpulan pemuda di belakangnya. 2.37 AM : Semua peserta himpunan tercengang dan tertanya-tanya siapakah mereka. Kumpulan pemuda terbabit sedang memerhati banner dan kain rentang serta keadaan sekeliling. 2.38 AM : Dengan tiba-tiba, kedengaran tepikan 'BANGUN... BANGUN' yang dilaungkan pemuda berbaju hitam tadi, dipercayai 'Hang Kebun' yang pernah muncul dalam satu video ugutan terhadap Adam Adli. 2.39 AM : Kelihatan dua lagi kumpulan bangun setelah jeritan itu dan berjalan serentak dari dua arah berbeza dengan kumpulan pertama, dikatakan berkumpul lebih awal. Mereka terus meluru ke arah kumpulan mahasiswa dan rakyat yang sedang berada di Dataran. 2.40 AM : Kedengaran pemuda (kumpulan samseng) berkenaan menjerit 'KAMERA PADAM, JAGA KAMERA, JANGAN RAKAM' ke arah kumpulan mahasiswa dan rakyat yang sedang tercengang dengan aksi mereka dan ingin merakam. 2.41 AM : Tiba-tiba, beberapa samseng berbaju hitam menarik kesemua khemah dan menggeledah khemah sehingga menyebabkan seorang siswi tercedera akibat dipukul dan disepak. Namun, siswi terbabit dikatakan tidak mengalami kecederaan serius. Kedengaran jeritan dari kumpulan samseng berkenaan yang mengarahkan semua kosongkan tempat dan menjerit 'BALIK TIDUR RUMAH LAA, JANGAN KECOHKAN MALAYSIA, BANGSA MELAYU APA MACAM NI, KALAU TAK SUKA MALAYSIA PERGI LUAR NEGARA LAA, dan kedengaran juga beberapa perkataan kurang sopan dilaungkan mereka. 2.42 AM : Keadaan mula kelam-kabut, khemah-khemah digeledah dan dicabut, barangan disepak dan dilempar, makanan dibaling ke rumput, dan terdapat mahasiswa berkeliaran melarikan diri bagi menyelamatkan diri. Banyak kamera, handphone dirampas dan diugut supaya tidak dirakam. Empat anggota polis berpakaian seragam yang berada tidak jauh segera dipanggil untuk membantu namun suasana masih kelam-kabut. Polis dikatakan lambat bertindak walaupun kejadian berlaku hampir 10 minit. Tumbuk-menumbuk masih berlaku walaupun terdapat anggota polis kerana terdapat provokasi daripada kumpulan pemuda samseng yang tidak ingin sebarang aksi mereka dirakam. Terdapat dua orang aktivis dilarikan ke tempat lebih jauh oleh kumpulan samseng namun berjaya diselamatkan tidak lama kemudian. Polis masih tidak menahan kumpulan samseng berkenaan walaupun adegan tumbuk-menumbuk berlaku di hadapan mereka. 2.47 AM : Masih tiada sebarang kereta peronda polis tiba namun kelihatan di situ sekumpulan anggota DBKL yang memerhati dari jauh sahaja, tidak berani lakukan apa sahaja. Kekalutan terus berlaku dan kumpulan aktivis terus dikasari, ditumbuk dan dirampas kamera. Sasaran dipercayai ke atas Adam Adli, aktivis-aktivis berbangsa Cina dan individu yang sedang membuat rakaman. Adam Adli berjaya diselamatkan lebih awal. 2.50 AM : Tiba-tiba, kelihatan seorang aktivis rakyat Melayu Islam ditarik ke jalan raya dan dibelasah hampir 15 orang. Ramai datang membantu dan kelihatan tiga buah kereta peronda polis tiba di tempat kejadian. Sebelum itu, seorang anggota polis berpakaian biasa mengeluarkan sepucuk pistol sebagai amaran kepada pergaduhan berkenaan namun tidak menembak. Kumpulan aktivis rakyat dan mahasiswa sedikit terkejut dengan tindakan anggota preman berkenaan yang tiba-tiba keluarkan pistol. Suasana sedikit reda. 2.55 AM : Kelihatan kumpulab polis yang baru tiba membantu seorang aktivis yang dibelasah sehingga berdarah di bahagian tangan dan muka (kening) di jalan raya. Ambulans dipanggil dan tiba tidak lama kemudian. Polis meluru ke arah kumpulan samseng dan meleraikan keadaan. 3.00 AM : Kelihatan rundingan dijalankan antara kumpulan polis dan samseng di satu sudut berhampiran pancutan air di Dataran Merdeka. Dan diberitakan seorang daripada mereka ditahan untuk diambil keterangan. 3.05 AM : Kumpulan mahasiswa dan rakyat masih kelam kabut kerana kumpulan samseng berkenaan masih berkeliaran dan bersiap sedia menghadapi kemungkinan. Diberitakan dua cedera sehingga berdarah, tiga lagi cedera ringan dan seorang dikejarkan ke hospital. Barangan kumpulan aktivis bertaburan, banyak harta seperti handset dan kamera hilang, dipercayai dirampas samseng. 3.15 AM : Keadaan sedikit tenang setelah kehadiran kumpulan polis namun kawasan perkhemahan masih tidak dibersihkan. Tiba-tiba, seorang lelaki berbaju hijau (dipercayai SB) mengarahkan kesemua aktivis membersihkan kawasan dan menyusun balik barangan. (Setelah perbincangan, dipercayai arahan itu bertujuan supaya polis tidak sempat mengambil gambar bukti tempat kejadian yang bertaburan) 3.20 AM : Kumpulan samseng mula bersurai namun kelihatan masih berada di beberapa sudut sekitar Dataran Merdeka. Mangsa yang dihantar ke hospital, diberitakan bernama Khairul a.k.a. Bobo tidak mengalami luka serius. Keadaaan mula tenang walaupun kesemua yang berada di Dataran masih terkejut dengan apa yang berlaku. 3.30 AM : Sebarang berita mengenai kejadian itu mula dilakukan melalui laman sosial dan kelihatan orang ramai hadir untuk lihat lebih lanjut apa yang berlaku. Keadaan kembali terkawal. 3.45 AM : Keadaan tenang dan kumpulan mahasiswa serta rakyat mula berkumpul untuk menceritakan dengan lebih terperinci apa yang berlaku. Turut diperiksa barangan yang rosak dan hilang selain memastikan kesemuanya selamat. Diberitakan hampir 10 orang yang kehilangan barang dan rosak akibat kejadian itu. 4.00 AM : Kawasan perkhemahan sudah dibersihkan dan dikemaskan. - We Are All Safwan Anang Selepas serangan |
Pecat Secara Salah: Utusan Kalah Rayuan Bayar Norzahizan Sebanyak RM71,128 Posted: 18 Apr 2012 09:20 PM PDT Putrajaya: Utusan Melayu (Malaysia) Bhd kalah dalam rayuannya untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan syarikat itu membayar gaji tertunggak berjumlah RM57,120 kepada bekas wartawannya yang dipecat berhubung dakwaan perbuatan ingkar berkaitan tugasnya. Dalam keputusan sebulat suara, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Seri Abu Samah Nordin, Datuk Ramly Ali dan Datuk Linton Albert, menolak rayuan Utusan Melayu dan mengarahkan syarikat itu membayar RM10,000 dalam kos perundangan. Pada 7 Ogos 2008, Mahkamah Perindustrian memberi award berjumlah RM71,128 kepada Norzahizan Ismail (gambar) dengan RM57,120 daripadanya adalah gaji tertunggak dan RM14,008 ganti rugi teladan serta elaun pengangkutan selepas memutuskan bahawa dia dipecat secara salah oleh Utusan Melayu. Mahkamah Perindustrian Pulau Pinang turut memerintahkan syarikat akhbar itu supaya mengembalikan semula jawatan Norzahizan dalam tempoh 60 hari dari tarikh keputusan Mahkamah Perindustrian itu. Utusan Melayu kemudian memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk semakan kehakiman bagi membatalkan keputusan Mahkamah Perindustrian. Syarikat itu diwakili peguam D. Krishnan dalam prosiding rayuan pada Rabu. Pada 30 Mac 2010, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Norzahizan hanya diberi award tunggakan gaji RM57,120 dan dikembalikan semula jawatannya selepas membatalkan award berkaitan ganti rugi teladan dan elaun pengangkutan yang diberi kepadanya oleh Mahkamah Perindustrian. Hakim Abu Samah, dalam keputusannya hari ini berkata keputusan Mahkamah Perindustrian pada dasarnya berasaskan kepada dapatan fakta beliau yang tidak akan dicampuri oleh mahkamah rayuan. Norzahizan, kini berusia 55 tahun, dipecat pada 15 September, 2004 selepas dia didapati bersalah oleh inkuiri dalaman akhbar berkenaan berhubung tiga dakwaan termasuk dakwaan gagal mematuhi arahan pegawai atasannya berkaitan tugasnya dan menulis berita seperti yang dikehendaki. Dia membela diri dengan mengatakan bahawa dia telah mematuhi arahan daripada pegawai atasannya. Norzahizan memohon kepada Utusan Melayu supaya diberi semula jawatannya susulan keputusan Mahkamah Perindustrian itu tetapi syarikat itu tidak memenuhi permohonannya sebab proses rayuan di Mahkamah Rayuan masih belum selesai. Peguam Jagdeep Singh Deo berkata anak guamnya, Norzahizan, juga berhak mendapat ganti rugi sebagai ganti kepada pengembalian semula jawatannya memandangkan dia tidak diberi semula jawatannya itu dan telah pun mencapai umur persaraan pada Februari tahun ini. -BERNAMA |
Aktivis Wanita Terus Kecam Gurauan Lucah Ahmad Zahid Hamidi Posted: 18 Apr 2012 06:48 PM PDT Daripada 'Tetek', Seluar Dalam Wanita Dan Ahmad Zahid Hamidi Saya tidak sabar untuk diberitahu bahawa saya tidak patut 'gotten my knickers into a knot' untuk "perkara yang remeh temeh" itu. Ya, saya maksudkan seluar dalam wanita. Mungkin kini artikel ini akan menarik perhatian orang yang seksis. Pada hari Selasa, 13 Mac 2012, kira-kira 30 orang aktivis wanita mewakili 15 pertubuhan wanita telah ke Parlimen dengan 2 hajat: a) untuk menyatakan hasrat mahukan kerajaan bersih, bebas rasuah penting untuk melindungi kebebasan asasi dan hak-hak wanita, dan semua; b) untuk menjelaskan bahawa wanita mempunyai suara, pendapat, pemikiran dan kuasa untuk mempengaruhi perubahan - dan bahawa ia adalah tanggungjawab wakil rakyat untuk mendengar suara wanita dan memastikan wanita turut mengambil bahagian dalam politik dan membuat keputusan dalam negara ini. Pada hari Selasa, 13hb Mac 2012, yang mulia Ahmad Zahid Hamidi, wakil rakyat dan pemimpin salah satu kementerian yang paling berkuasa dalam kerajaan (Kementerian Pertahanan) menghina dan menolak suara dan kehadiran wanita yang sepatutnya menjadi tanggungjawabnya. Apabila seorang aktivis yang bersemangat untuk menegakkan hak-hak wanita dan masyarakat menyerahkan kepadanya sarung tangan putih untuk melambangkan 'kerajaan bebas yang bersih tanpa rasuah ", yang mulia Ahmad Zahid Hamidi bertindak balas dengan memberitahu beliau bahawa dia tidak akan dapat merasai isterinya jika dia menyentuhnya dengan tangan yang bersarung '. Ini bukanlah sesuatu yang ok. Tidak OK, faham? Saya ulangi: Ia bukanlah sesuatu yang dipandang ringan. Dan ia tidak ok. Jika saya berdiri di hadapan anda, mendada, dengan postur lurus, memandang ke dalam mata dan bercakap tentang perkara ini, dan apa yang anda boleh fikirkan adalah keinginan menyentuh tetek dengan tangan tanpa sarung, maka anda tidak berhak untuk berdiri di tempat yang mulia ini dan bercakap bagi pihak saya. Ya, saya sudah menyebutnya, tetek. Ia merupakan sebahagian dari anggota badan wanita. Sudah terlalu lama, wanita diperkecilkan dan dibuli di halaman politik dan dalam membuat keputusan, saya tidak berhasrat untuk bercakap bagi pihak isteri Ahmad Zahid Hamidi, tetapi untuk menggunakan badannya sebagai bahan jenaka dan menolak sesuatu yang serius sangat dan relevan daripada aktivis wanita adalah satu lagi contoh perbuatan mereka. Sudah berapa kali kita mendengar komen 'bocor', dan menganggap ia sebagai lawak jenaka? Atau mengatakan wanita 'emosi dan hanya 'PMS-ing' apabila mereka membangkitkan isu-isu yang serius? Setiap kali kita membiarkan ia sahaja, kita menerima tanggapan ini DAN mengecilkan suara dan peranan wanita. MP akan dilihat (walaupun secara tersirat) sebagai mereka yang bocor, manakala yang lain akan dilihat sebagai emosi dan oleh itu tidak perlu diambil perhatian secara serius. Tidak hairanlah, walaupun 50% daripada penduduk adalah wanita hanya ada seorang MP dalam 10 orang ahli Parlimen di Malaysia. Bukankah ia agak mengairankan jika kita terus tidak mempedulikan usaha membersihkan amalan rasuah dalam Negara namun wakil rakyat di parlimen boleh membuat lawak seksis digesa untuk melakukan tadbir urus yang baik? Mengalihkan perhatian daripada kerajaan yang rasuah dan kotor Pada masa ini, lawak tentang perasaan seorang wanita bermakna Ahli Parlimen dari Bagan Datoh, Perak tidak ada isu dan tidak perlu menjawab tentang kerajaan yang rasuah dan kotor. Tidak lucu, kan? Panggilan daripada pergerakan wanita kepada Ahmad Zahid Hamidi dan rakan-rakannya adalah untuk mengakhiri diskriminasi patriarki yang berleluasa, dan keganasan terhadap gender wanita di Malaysia. Dan bagaimana responnya? Dengan membuat komen yang mencerminkan kawalan dan pemilikan ke atas tubuh seorang wanita. Tubuh wanita telah digunakan, disalahgunakan, diperkecil-kecilkan dan diperkosa untuk menjadi lawak jenaka dan mainan bagi lelaki. Realitinya, terlalu ramai wanita diabaikan apabila membuat keputusan dan dikawal di dalam bilik tidur; ditampar supaya diam apabila mereka menerangkan perbezaan pendapat, dan dipaksa menjadi lemah hanya kerana mereka adalah wanita. Berulang-ulang kali kanak-kanak lelaki diajar bahawa mengetawakan perempuan kerana mereka 'bodoh dan terlalu emosi dan lelaki adalah kuat dan wanita mestilah manis dan bersedia untuk berkhidmat. Mungkin itulah sebabnya ramai daripada kita telah terbiasa apabila lelaki dewasa melayan rakan-rakan wanita mereka dalam cara yang begitu hina. Selama bertahun-tahun, kita puas berjuang untuk menjadi diri sendiri dan untuk adik kakak kita - untuk tubuh kita, maruah kita, hak kita dan kehidupan kita. Dan lagi, serangan ke atas tubuh kita, fikiran dan suara terus kedengaran dalam bentuk lawak jenaka kepada perogol yang memperkosa wanita. Sehingga bilakah kita akan mula bersuara untuk menyatakan cukuplah! Menghancurkan tradisi patriarki! Kita mesti menyatukan suara wanita dan tubuh mereka, kita mesti menghentikan benih patriarki. Adalah menjadi tugas kita untuk berjuang menegakkan keadilan dan kesaksamaan. Ia adalah kewajipan Negara untuk memastikan perjuangan akan menang. Oleh itu, wakil rakyat perlu faham bahawa jika mereka harus terus memijak tubuh, hak dan suara kami, kami akan menggunakan tubuh kami, hak kami dan suara kami untuk memastikan mereka dilucutkan dari kuasa mereka. Kami akan melawan. Kami akan mencabar. Kami akan menyoal. Kami akan menuntut. Dan satu hari, akhirnya kita akan menghancurkan kuasa patriarki, dengan tangan yang bersarung atau tanpa sarung. Yang mulia Ahmad Zahid Hamidi, dan pengikutnya yang berfikiran serupa, harus ingat akan ini sampai bila-bila. - Malaysia Chronicle (Translated by Huzainah A Rani, Malaysia Chronicle. To read the original in English, please click into Of 'tits', 'knickers' and Ahmad Zahid Hamidi)
klik untuk baca |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment