Kelab Greenboc |
- Syed Sobri Telah Muflis Sejak Tahun 2010 Lagi
- Nazri Dan Najib Berperang
- PERKASA Nak Anjurkan Himpunan Lawan BERSIH 3.0
- Isu Task Force Beri IC Kepada Warga Asing - Maklumat Datang Dari Orang Dalam Sendiri
- [Dasyat] Baru Bergelar Bapa Beberapa Hari, Dah Rogol Pelajar Tkn 2
- Skandal MEX RM1.7 Billion: "Abu Juling" Buat Keuntungan Guna Duit Kerajaan
- Gadis Sanggup Ponteng Sekolah Untuk Temui Teman Lelaki Di Hotel
- [Video] Isu Persenda Raja: Fitnah Karut Yang Sengaja Direka Oleh UMNO
Syed Sobri Telah Muflis Sejak Tahun 2010 Lagi Posted: 17 Apr 2012 05:30 PM PDT Muflis: Syed Sobri akur keputusan Speaker ALOR SETAR - Datuk Syed Sobri Syed Hashim akur dengan keputusan Speaker Dun Kedah, Datuk Dr Abd Isa Ismail yang mengarahkan beliau tidak hadir Sidang Dunberiktuan status hilang kelayakan sebagai Adun Kuala Nerang. Katanya, beliau menghormati keputusan Abd Isa yang hanya menjalankan tugasnya sebagai Speaker Dun Kedah. "Saya akur keputusan beliau, itu tugas beliau. Berhubung isu kerusi Kuala Nerang, saya serahkan pada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk putuskan," katanya. Syed Sobri berkata, buat masa ini beliau sedang berusaha untuk membebaskan dirinya daripada status muflis menerusi proses perundangan. "Saya sudah memfailkan injunksi untuk ketepikan perintah muflis sebelum ini pada Jumaat lalu. Saya masih menunggu tarikh pendengaran kes itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang dijangka dibuat sehari dua lagi," katanya. Menurutnya, beliau dan peguam sedang berbincang supaya mahkamah dapat memberi tempoh kepadanya selama enam bulan bagi melangsaikan lebihan hutang tertunggak. "Saya harap kes ini dapat diselesaikan dalam minggu ini juga. "Saya benar-benar berharap keputusan berpihak pada saya supaya keputusan kes ini kelak dapat ketepikan keputusan terdahulu. Saya anggap keputusan belum muktamad kerana saya sedang berusaha bebaskan diri daripada status muflis," katanya. Syed Sobri berkata, beliau kini sedang berusaha untuk melunaskan separuh daripada hutang RM8 juta manakala baki RM4 juta lagi akan diuruskan kemudian. Naib Ketua Umno Bahagian Padang Terap itu berikrar akan terus berikhtiar membayar hutang walau dengan apa cara sekalipun. Hutang itu adalah sebahagian daripada pinjaman RM50 juta yang dibuat pada 1998 bagi membolehkan syarikatnya, Kulim Enterprise Sdn. Bhd. disenaraikan di papan kedua Bursa Saham Malaysia pada ketika itu. "Saya akan usahakan untuk membayar balik hutang demi untuk bebaskan diri daripada status muflis. Selepas itu bolehlah saya teruskan khidmat sebagai wakil rakyat sehingga keputusan rasmi daripada SPR," katanya. -SH Muflis: Speaker sah Syed Sobri hilang kerusi Adun Ulasan GB Memang dasar penipu. Sepatutnya SPR sudahlama mengisytiharkan kekosongan kerusi Kuala Nerang apabila mahkamah memutuskan ADUN berkenaan muflis sejak 7 April 2010. Tetapi kemudian digembar gemburkan BERITA PALSU kononnya ADUN Kuala Nerang itu tidak muflis dengan bantuan dari agensi berita BERNAMA sehingga rakyat Kedah akhirnya ditipu UMNO/SPR lebih 2 tahun. Dakwaan Adun Kuala Nerang Muflis Tidak Benar Sepatutnya kerusi itu telah disytiharkan kosong dan pilihanraya kecil telah lama dipanggil oleh SPR untuk DUN Kuala Nerang. TETAPI lantaran sikap SPR yang senget sebelah dan sikap media Luncai yang mengampu UMNO/BN, pilihanraya kecil Kuala Nerang tidak menjadi kenyataan sehinggalah PRU13 sudah pun di ambang mata. Namun Hukum Kebenaran dan Keadilan tidak boleh ditutup. Allah tidak boleh ditipu. Akhirnya kebenaran terdedah juga. ADUN itu tetap muflis sekalipun SPR / UMNO /BN telah menipu rakyat Kedah khususnya dan Malaysia amnya. |
Posted: 17 Apr 2012 05:01 PM PDT Saya dah lama berkhidmat, kata Nazri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bersedia memberi laluan kepada muka baru untuk menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang. Beliau yang juga anggota Parlimen Padang Rengas berkata perlu ada kesinambungan kepimpinan dengan memberi peluang kepada generasi baru. "Saya serahkan perkara ini kepada Perdana Menteri, tetapi saya sebenarnya dah lama berkhidmat, sebagai Menteri dah 13 tahun, Timbalan Menteri lima tahun, saya pun dah berumur 58 tahun, dah berkhidmat untuk satu tempoh yang lama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung berkelompok cawangan Umno bahagian Alor Gajah di sini. Mohamed Nazri berkata sebenarnya beliau telah lama berhasrat untuk memberi laluan kepada calon lain bertanding bagi kerusi parlimen tersebut. Malah, katanya, beliau telah menyatakan hasratnya itu kepada Umno Bahagian Padang Rengas, namun masih dicalonkan oleh anggota Umno bahagian tersebut untuk terus bertanding di kerusi parlimen berkenaan. - Bernama Ulasan GB Jika tak ada apa-apa masakan tempua bersarang rendah! Akhirnya hukum kebenaran dan keadilan pun berlaku ke atas Nazri. Beliau secara terbuka kini mengumumkan sedia memberi laluan kepada muka baru - sesuatu yang amat jarang didengar keluar dari mana-mana menteri dari UMNO BN. Apakah gerangannya Nazri menyuarakan demikian? Umum mengetahui bahawa mutakhir ini, Nazri mempunyai pandangan yang berbeza dengan Najib khususnya di dalam skandal lembu NFC. Nazri sudah secara terbuka menyatakan NFC telah melakukan pecah amanah. KUALA LUMPUR, 14 Feb — Datuk Seri Nazri Aziz hari ini berkata, National Feedlot Corporation (NFCorp) telah melanggar syarat perjanjian pinjaman dengan kerajaan persekutuan. Pendirian Nazri ini dilihat berbeza dengan keputusan dan pendirian Najib sebelumnya yang cuba mempertahankan keluarga Sharizat dan NFC. "Kita tidak boleh anggap bahawa semua siasatan akan berkesudahan dengan pendakwaan. Pendakwaan itu mesti mengambil kira peruntukan tertentu dalam perlembagaan. -malaysiakini (26/2/2012) Tetapi Peguam Negara lebih bersetuju dengan Nazri, iaitu tindakan diambil ke atas NFC yang menyebabkan Najib yang beriya-iya cuba pertahan NFC terkedu sebentar. Namun jangan lupa, Najib masih PM. Beliau menggunakan kuasanya untuk mempengaruhi badan kehakiman. Buktinya: Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution mendedahkan wujud campur tangan Perdana Menteri dalam perbicaraan kes perahan minyak melibatkan peneroka dan Felda. Sekalipun dinafikan, (Ahmad Maslan tidak menjelaskan di Parlimen sepertimana yang dijanjikan) namun terbukti nyata, pada 5/4/2012, Mahkamah Tinggi Kuantan telah menolak injunksi interim yang menghalang Koperasi Permodalan Felda (KPF) daripada memindahkan sahamnya dalam Felda Holdings Bhd dan 10 daripada anak syarikatnya kepada Felda Global Ventures Holdings Bhd. Dan di dalam kes NFC pula, Mahkamah Tinggi tiba-tiba telah membenarkan Pengerusi NFC, Mohammad Salleh untuk menggunakan pasport beliau bagi tujuan perjalanan perniagaan. Pemerhati politik melihat di dalam kedua-dua kes tersebut, ada campurtangan Najib bersandarkan kepada minit mesyuarat FELDA yang telah bocor itu. Nazri kini terpaksa akur apatah lagi kini kes anaknya memukul Pengawal Keselamatan kondominium menjadi kes polis dengan pemilikan kereta Porsche dan Najib ada point dan peluang untuk membelasah Nazri. Begitulah kisahnya. Dan Nazri pun akhirnya menerima akibat daripada perbuatan lampaunya. GB pernah membuat pemerhatian bahawa: Najib akan memancung Nazri sebelum PRU13 di dalam satu ulasan GB bertarikh 7 Jun 2011: ....akan berlakulah perebutan kerusi Ketua Pembangkang. Calon utamanya ialah Najib, tetapi akan digugat oleh Nazri Aziz. Kerana Nazri akan mendakwa beliau lebih vokal menentang MP-MP Pakatan Rakyat tatkala BN berkuasa. What goes around turns around. Apa yang Nazri buat ke atas ahli parlimen PR satu ketika dulu, kini beliau menanggung akibatnya. Itu hukum kebenaran dan keadilan. Orang yang diampunya itulah orang yang memancungnya kembali! Giliran Najib akan tiba juga, apa yang dilakukan akan tetap mendapat pembalasan yang setimpal. kerana demikianlah hukum kebenaran dan keadilan. Baca di SINI |
PERKASA Nak Anjurkan Himpunan Lawan BERSIH 3.0 Posted: 17 Apr 2012 06:32 AM PDT Perkasa anjur himpunan 'Raja Berdaulat, Kasih Dijunjung' KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) akan menganjurkan perhimpunan yang dikenali 'Raja Berdaulat, Kasih Dijunjung' pada 29 April ini sebagai tanda taat setia kepada Raja-raja Melayu. Sambil mengalu-alukan penyertaan rakyat daripada pelbagai kaum, Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata pihaknya telah memohon kelulusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk menggunakan sama ada Dataran Merdeka atau Padang Merbuk sebagai tempat perhimpunan. Ketika ditemui FMT beliau berkata, tema 'Ke Titisan Darah Terakhir Demi Raja dan Negara' menjadi pemangkin semangat kepada perhimpunan pada kali ini bagi menarik seramai mungkin ahli dan orang ramai. Menurut Timbalan Presiden, Datuk Abd Rahman, perhimpunan ini juga bagi meraikan Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung ke-14, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara Jalan Duta pada 11 April lepas. Beliau mengecam tindakan Pakatan Rakat yang didakwa mengejek dan mempersendakan Raja-Raja Melayu ketika majlis pertabalan tempoh hari. Abdul Rahman berkata, mereka tidak berpeluang untuk bersama-sama dalam Balairong Seri Istana Negara bagi mengikuti adat istiadat majlis pertabalan Tuanku. "Bukan seperti wakil rakyat Pakatan yang diberi keistimewaan hadir dalam Balairong Sri Istana Negara pada majlis tersebut. Bukannya mahu menjaga tata tertib bahkan mengejek dan mempersenda Raja-Raja Melayu termasuk Perdana Menteri," katanya dalam sidang media di luar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi petang tadi. "Perkasa akan tentang habis-habisan pihak yang cuba menghapuskan sistem pemerintahan raja berperlembagaan dan menukar negara ini menjadi sebuah negara republik. "Perkasa akan terus pertahan dan memperkasakan Raja-Raja Melayu. Itu adalah satu perjuangan Perkasa yang tercatat dalam Perlembagaan Perkasa," tegas beliau. -FMT Ulasan GB Yang nyata himpunan PERKASA itu ialah untuk menyaingi perhimpunan BERSIH 3.0 yang diadakan sehari lebih awal. Baguslah... Nanti seluruh dunia dapat saksikan perbezaan perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April dengan perhimpunan anjuran PERKASA berkenaan. Jangan macam semasa BERSIH 2.0... batang hidung pun tak nampak. |
Isu Task Force Beri IC Kepada Warga Asing - Maklumat Datang Dari Orang Dalam Sendiri Posted: 17 Apr 2012 04:25 AM PDT Maklumat 'task force' IC dari orang dalam yang tak tahan TEMERLOH, 17April: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Mohd Hanipa Maidin menyifatkan Umno dalam keadaan tersepit untuk menang pilihan raya umum (PRU) sehingga tergamak melibatkan penipuan dan pengkhianatan kepada negara. Beliau yang mendakwa didedahkan sendiri maklumat berkenaan daripada orang dalam yang 'dah tak tahan', bahawa beberapa agensi terlibat memberikan kad pengenalan kepada warga luar atau yang masih belum layak. "Di Selangor saja dah ratusan ribu kewarganegaraan diberi kepada mereka yang belum layak dan pengkhianatan Umno ini tak boleh dimaafkan langsung, hanya nak menang secara paksa sehingga membahayakan negara sendiri. "Saudara tahu, ini diakui sendiri oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa 45,000 nama tidak dipastikan warganegara jadi tidak dapat dibersihkan daripada Daftar Pemilih. "Inilah sebabnya itu kita sokong himpunan Bersih 3.0 untuk tuntut PRU yang adil kerana tanpa keadilan mana-mana negara pun boleh jatuh sebagaimana yang terjadi kepada beberapa rejim di Timur Tengah," katanya ketika berceramah di sini semalam. Turut berceramah di Bilik Gerakan PAS Taman Sri Semantan itu Adun Kuala Semantan Syed hamid Syed Mohamad, YDP PAS Temerloh Haji Jusoh Darus dan Ketua DAP Temerloh Woo Chee Wan. Hanipa berkata, dua himpunan Bersih yang lepas telah berjaya membuang rasa takut di kalangan rakyat dan dapat dilihat generasi muda begitu berani keluar walaupun terpaksa bertempur dengan polis. Dalam pada itu Hanipa berkata, perlunya BN dijatuhkan pada PRU akan datang kerana hampir kesemua institusi di negara ini telah rosak dan dipertikaikan umum. "Bayangkan, mahkamah pun dah ada orang baling kasut kerana tidak dihormati lagi. Negara pernah digemparkan apabila bekas hakim Syed Ahmad Idid pernah menulis tentang rasuah berlaku di kalangan hakim. "Bekas Ketua Hakim Tun Mohd Sufian pula pernah berkata beliau malu jadi rakyat Malaysia kerana institusi kehakiman dah jatuh maruah. Itu bukan cakap saja, tengok kes video Linggam ada Suruhanjaya Diraja tetapi apa tindakan terhadap Yusof Chin?," soalnya. Hanipa menambah, kini institusi polis kini mulai dipertikaikan apabila bekas ketuanya sendiri didakwa bersekongkol dengan gangster seperti didakwa seorang lagi pegawai tinggi polis Datuk Ramli Yusof. Hanipa menceritakan, Ramli semasa majlis sambutan hari jadinya yang turut dihadiri Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengulangi dakwaan Datuk Mohd Zin dua orang besar terlibat melindungi penjenayah iaitu Musa Hasan dan Ghani Patail. "Bayangkan yang ada bukti seperti itu tidak didakwa tetapi yang tiada bukti, seperti tangkapan ISA boleh dipenjarakan. Ini yang saya maksudkan institusi di negara telah dilihat tercemar," katanya. Mengenai hujah beberapa pemimpin Umno jika dimansuhkan hutang PTPTN mahasiswa negara boleh bankrap, Hanipa berkata itu hanya alas an sedangkan wang Negara yang dibazirkan jauh lebih banyak daripada itu. "Ketua Audit Negara sendiri menjelaskan dalam laporannya setiap tahun wang negara ini bocor RM28 bilion. Itu satu, yang kedua RM19 bilion telah diberi kepada IPP iaitu syarikat yang sudah kaya. "Dua item itu saja dah boleh hapus pinjaman PTPTN. Jadi kenapa kalau hapus RM43 bilion kata bankrap sedangkan itu untuk mahasiswa yang bakal menerajui negara? "Kalau untuk selamatkan kroni tak timbul langsung hal bankrap. Ingat mereka selamatkan Tajudin Ramli dulu kerajaan ambil alih saham MAS yang berharga RM3 tetapi kerajaan bayar RM8. Baru ni dapat pelepasan hampir setengah bilion lagi. Kalau macam itu caranya memang negara boleh bankrap," jelasnya. Tegas Hanipa, sebab itulah BN perlu dijatuhkan, bukan saja negara bankrap wang tetapi bankrap moral. "Sekarang perempuan yang dedah aurat didenda RM25, sebaliknya orang pandai, pakar dan sebagainya dibuang seperti Profesor Dr Aziz Bari dan Tan Sri Hasan Merican sehingga diambil bertugas oleh negara lain," ujarnya lagi. -HD |
[Dasyat] Baru Bergelar Bapa Beberapa Hari, Dah Rogol Pelajar Tkn 2 Posted: 17 Apr 2012 02:05 AM PDT Kuala Terengganu - Seorang lelaki yang baru bergelar bapa dalam tempoh hanya beberapa hari dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas dakwaan bersubahat dengan dua rakannya dalam kejadian rogol pelajar tingkatan dua, awal April lalu. Tertuduh, Nor Shahrul Zuraimie Noruddin, 20, dari Kampung Gong Pak Mentosa, Tembila, Kampung Raja, Besut, didakwa dengan sengaja telah bersubahat dengan dua rakannya merogol mangsa di sebuah rumah di Kampung Tembila, Kampung Gong Medang, Kampung Raja, Besut, pada 3 April lalu lebih kurang jam 8 pagi hingga 10 pagi. Bagaimanapun, tertuduh yang bekerja sebagai buruh itu mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas dakwaan mengikut Seksyen 116 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 376 (2) (d) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih dari 30 tahun dan bolehlah juga dikenakan sebat jika disabitkan kesalahan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Zulfazliah Mahmud di hadapan Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin. Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, Zainal Abidin menetapkan 17 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan. Sementara itu, dua rakannya, yang juga bekerja sebagai buruh itu turut dihadapkan ke Mahkamah Sesyen berasingan, semalam atas dakwaan merogol mangsa. Bagi tertuduh, Abdullah Che Pa, 19, dari Kampung Gong Pak Mentosa, Tembila, Kampung Raja, Besut didakwa dengan sengaja telah merogol mangsa pada 2 April lalu antara jam lebih kurang 9 malam hingga 11 malam. Abdullah didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen sama yang jika disabitkan kesalahan boleh diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat. Manakala bagi tertuduh, Faizol Yaacob, 22, dari Kampung Gong Medang, Kampung Raja, Besut didakwa merogol mangsa pada keesokan harinya iaitu 3 April lalu lebih kurang jam 8 pagi hingga 10 pagi di rumah sama. Dengan itu, Faizol didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 (2) (d) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen sama yang jika disabitkan kesalahan boleh di penjara selama tempoh tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih dari 30 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan. Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas dakwaan berkenaan. Sejurus pengakuan tidak bersalah kedua tertuduh direkodkan, hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris menetapkan 17 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan kedua-dua mereka dijamin RM7,000 dengan seorang penjamin. -SH |
Skandal MEX RM1.7 Billion: "Abu Juling" Buat Keuntungan Guna Duit Kerajaan Posted: 16 Apr 2012 11:31 PM PDT Dr M: Jual lebuh raya MEX sama teruk jual AP KUALA LUMPUR, 16 April — Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menuntut Tan Sri Abu Sahid Mohamed menjelaskan tindakannya menjual Lebuh raya Maju Expressway (MEX) kepada umum kerana penjualan itu menyaksikan beliau memperolehi keuntungan. Kenyataan itu dibuatnya selepas penjualan bernilai RM1.7 bilion bulan lalu menimbulkan tanda tanya terhadap perjanjian Abu Sahid Maju Holdings Sdn Bhd yang membuat keuntungan sebanyak RM660 juta dan RM1 bilion hanya selepas empat tahun beroperasi. Pembinaan konsesi lebuh raya bernilai RM1.3 bilion itu dibuat atas geran daripada kerajaan bernilai RM976 juta. "Kamu jual milik kamu, bukan hak orang lain. Ia sama teruk seperti menjual permit untuk kereta import (AP)," kata Dr Mahathir kepada pemberita di sini, merujuk kepada amalan biasa ahli perniagaan Bumiputera membuat keuntungan mudah dengan menjual permit kereta import dengan lesen daripada kerajaan. Bekas perdana menteri itu, yang masih lagi dilihat berpengaruh dalam kerajaan dan Umno berkata, Abu Sahid ada berjumpa untuk memberikan penjelasan kepada beliau. "Beliau cuba memberi penjelasan kepada saya, tapi saya nasihatkan beliau untuk menjelaskan kepada umum kenapa lebuh raya itu dijual, dan kenapa beliau membuat keuntungan daripada kontrak kerajaan," katanya. EP Manufacturing Berhad bulan lalu telah membuat perjanjian dengan Maju Holdings untuk memiliki Maju Expressway (MEX) pada harga RM1.15 bilion, dan dengan anggaran hutang sebanyak RM550 juta, jumlah perjanjian itu bernilai RM1.7 bilion. MEX yang 96.8 peratus milik Abu Sahid menguasai 91 peratus pegangan saham. MEX adalah konsesi terbesar untuk lebuh raya 26km — menghubungkaan Kuala Lumpur ke Cyberjaya, dan Putrajaya. Terdapat juga laporan Maju Holding telah memberikan projek pembinaan MEX kepada kumpulan Australia Leighton. MEX siap dibina pada Disember 2007 dan mula beroperasi Januari berikutnya. -TMI Ulasan GB Tan Sri Abu Sahid Mohamed atau lebih dikenali oleh masyarakat tempatan sebagai "Abu Juling" sepatutnya sudah diheret ke muka pengadilan kerana kes menjual Lebuh raya Maju Expressway (MEX) kepada umum dan penjualan itu menyaksikan beliau memperolehi keuntungan dengan penjualan dibuat atas geran daripada kerajaan bernilai RM976 juta. Adalah amat tidak wajar wang rakyat digunakan untuk membuat keuntungan peribadi dan setakat ini tiada apa-apa kenyataan dari pihak SPRM dan kerajaan. |
Gadis Sanggup Ponteng Sekolah Untuk Temui Teman Lelaki Di Hotel Posted: 16 Apr 2012 09:47 PM PDT Sura Gate – Demi cinta, seorang pelajar perempuan yang masih menuntut di tingkatan lima sebuah sekolah menengah di sini sanggup ponteng untuk menemui teman lelakinya bagi memadu asmara di sebuah hotel murah, dekat bandar ini. Bagaimanapun, kunju-ngan gadis itu ke bilik disewa teman lelakinya dengan harga RM65 satu malam sejak dua hari lalu itu membawa padah apabila mereka dicekup pihak Pegawai Penguatkuasa Syariah (PSS) kerana berdua-duaan di bilik hotel. Ketika serbuan dilakukan PPS Dungun kira-kira jam 8.30 pagi, gadis yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu berpakaian biasa manakala teman lelakinya yang berasal dari Kuala Terengganu hanya berseluar pendek. Pelajar perempuan itu dikatakan keluar rumah dengan memakai uniform sekolah, namun dia tidak pergi ke sekolah, sebaliknya menuju ke bandar Dungun untuk menemui teman lelakinya di hotel yang terletak di deretan bangunan perniagaan Sura Gate. Difahamkan, kedua-dua pasangan tersebut berkenalan melalui telefon sejak beberapa minggu lalu dan ketika ditahan, gadis berasal dari Kampung Tanah Lot itu dikatakan datang ke hotel berkenaan untuk menghantar makanan kepada teman lelakinya yang difahamkan baru bangun tidur. Soal siasat PPS mendapati kedua-dua mereka tiada hubungan muhrim sah dan pasangan itu kemudiannya dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk diambil keterangan. Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 31(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001. Jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. -SH Ulasan GB Baru kenal beberapa minggu melalui telefon sudah boleh ke hotel untuk bertemu... Sungguh hebat dan sungguh dasyat norma kehidupan remaja masakini.... |
[Video] Isu Persenda Raja: Fitnah Karut Yang Sengaja Direka Oleh UMNO Posted: 16 Apr 2012 07:20 PM PDT Kuala Lumpur – Tiga ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) yang didakwa terlibat mempersendakan pemimpin negara dan Raja-raja Melayu semasa Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara Rabu lalu enggan menjawab secara jelas atau setidak-tidaknya menafikan yang mereka terlibat dalam insiden itu. Azmin Ali dan Tian Chua dari PKR serta Khalid Samad dari Pas sebaliknya mempersoalkan kesahihan dakwaan serta kredibiliti Dr Rahman Kadir, seorang pegawai perubatan yang mendedahkan mengenai kejadian pada hari Rabu lalu itu. Malah, Azmin, yang juga Timbalan Presiden PKR seperti biasa terus menyalahkan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang didakwanya bertanggungjawab dalam menyebarkan perkara berkenaan. "Pertama saya tidak tahu apa tohmahan yang dibuat oleh mereka namun daripada maklum balas yang saya terima, ini jelas satu propaganda yang amat jelik oleh Umno dan BN. "Siapa doktor ini? Bagaimana pegawai perubatan boleh duduk dalam Balairong Seri Istana Negara?" katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, hari ini. Baru-baru ini, Dr. Rahman melalui akaun Facebook mendakwa Azmin, Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khaled terlibat dalam kejadian pada pagi hari Rabu itu. Berikutan itu, Utusan Malaysia yang memuatkan berita tersebut di muka depan dua hari kemudian mengundang reaksi pelbagai pihak, antaranya mahu tindakan tegas diambil ke atas individu terlibat serta mencadangkan sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuh bagi menyiasat insiden berkenaan. Sementara itu, Tian Chua menolak hasrat pihak tertentu berhubung penubuhan Suruhanjaya Diraja kerana mendakwa Dr Rahman tidak mempunyai bukti kukuh atau saksi berkaitan kejadian tersebut. "Bagaimana apabila seorang tuduh, tidak ada saksi, tidak ada `substance' dalam tuduhan mereka dan tiba-tiba nak buat Suruhanjaya Diraja, buat apa?" katanya, yang bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia kerana menerbitkan berita itu tanpa memeriksa kesahihannya. Khaled pula mendakwa Dr Rahman mempunyai imaginasi tinggi apabila berupaya "membayangkan" perbualan anggota Parlimen pembangkang di majlis itu kerana kedudukan dalam Balairong Seri tidak membolehkan sebarang individu biasa mendengar butiran perbualan. "... atau mungkin juga Dr Rahman ini terkeliru kerana sebelum Raja-raja Melayu dan pembesar negara masuk ke Balairong Seri, anggota Parlimen pembangkang yang telah menunggu selama dua jam ada berbual mengenai perkara lain," katanya. -SH Azmin, Tian Chua nafi persenda Raja ketika pertabalan Seri Paduka Ulasan GB GB sudah ulas semalam. Petikan: Pertama, GB melihat gesaan pemimpin UMNO untuk tubuhkan Suruhanjaya Diraja kononnya untuk menyiasat pemimpin pembangkang yang mempersendakan Raja-raja Melayu semasa istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong minggu lalu hanyalah mainan UMNO untuk meburukkan Pakatan. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment