Kelab Greenboc |
- [Bergambar] Gambar-gambar Pelik, Aneh & Lucu Hujung Minggu IV
- UMNO Diam Hal Task Force IC Warga Asing, Khuatir Lebih Banyak Rahsia Terburai
- Apabila PASTI Dirobohkan, Tanda Kerajaan BN Melaka Bakal Runtuh
- Tragedi "Sosilawati" Berulang: Mayat Dibakar Untuk Hapus Bukti Ditemui
- Lelaki Indonesia Dan Remaja Perempuan Dibunuh Di Pasar Malam
- Bapa Beranak Tiga Dicekup Khalwat
- Remaja Maut Dalam Kemalangan Selepas Hadiri Perhimpunan BN Di Rumah Zambry
- Bayi Ditemui Atas Bonet Kereta Dekat Masjid
[Bergambar] Gambar-gambar Pelik, Aneh & Lucu Hujung Minggu IV Posted: 15 Apr 2012 04:06 PM PDT Ada lagi gambar-gambaryang pelik, aneh dan lucu untuk kita hilangkan tekanan setelah sehari suntuk mengikuti isu-isu berat yang berlaku sekeliling kita. Gambar-gambar ini bersepah ini internet, dikutip untuk paparan di blog GB ini untuk kita segarkan semula minda kita untuk menghadapi isu-isu baru selepas ini. Selamat menyaksikan dan selamat berhibur. klik untuk baca |
UMNO Diam Hal Task Force IC Warga Asing, Khuatir Lebih Banyak Rahsia Terburai Posted: 15 Apr 2012 07:32 AM PDT Task Force: Umno diam kukuhkan hujah KUALA LUMPUR, 13 April: Sikap mendiamkan diri Umno terhadap dakwaan wujudnya 'task force' bagi memberi taraf kerakyatan kepada warga asing memperkukuhkan lagi hujah dan alasan yang diberikan sebelum ini. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang mendedahkan konspirasi itu minggu lalu percaya Umno mengambil langkah tidak melayan dakwaannya itu dibimbangi 'memakan diri mereka sendiri'. "Saya percaya jika kerajaan Umno BN layan dakwaan saya, ia akan menjadi malapetaka besar kepada Umno BN dan akan menjadi 'api membakar diri mereka sendiri'," katanya kepada Harakahdaily. Tambahnya, sikap membisu kerajaan itu sekali gus mewajarkan Yang DiPertuan Agong perlu membentuk Suruhanjaya Diraja dengan segera bagi meneliti dakwaannya itu. "Sikap diam diri ini juga memperkukuhkan cadangan yang telah dibuat oleh PSC dalam laporan awal di mana mencadangkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kes yang sama di peringkat negeri Sabah. "Sekarang ini bukan lagi menjadi isu yang terpencil di Sabah tetapi isu nasional," katanya. Pendedahan wujudnya 'task force' oleh Ahli Parlimen Pokok Sena itu seharusnya dipandang serius oleh kerajaan. Namun, selepas seminggu ianya didedahkan, sehingga kini kerajaan belum memberi sebarang respons terhadap dakwaan Mahfuz itu. Mahfuz juga, bersedia mendedahkan butiran terperinci dakwaannya itu kepada Suruhanjaya Diraja yang akan dibentuk nanti. Bagaimanapun sehari selepas Mahfuz membuat pendedahan, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar menafikan sekeras-kerasnya, bahawa beliau terlibat dalam 'task force' dan menyifatkannya sebagai satu perbuatan jahat dan tidak bertanggungjawab oleh Mahfuz. Begitu juga, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab juga menafikan beliau terlibat dan menyifatkan dakwaan Mahfuz adalah tidak benar. -HD Ulasan GB GB pernah ulas, Sudah dijangka, Timbalan Pengerusi SPR menafikan. Begitu juga dengan nama-nama lain yang disebutkan oleh mahfuz. Malah pagi ini GB kata, Najib pun akan menafikan. klik untuk baca |
Apabila PASTI Dirobohkan, Tanda Kerajaan BN Melaka Bakal Runtuh Posted: 15 Apr 2012 05:43 AM PDT Mereka hanya boleh robohkan bangunan ini BUKIT KATIL, Melaka, 15 April: Bangunan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Bukit Katil dirobohkan oleh pihak berkuasa negeri Melaka Sabtu lalu. Gambar: Pasti Bukit Katil sebelum dan selepas dirobohkan Bagi bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka yang mendirikan Pasti ini, Azrin Abdul Majid, tindakan ini hanya boleh merobohkan bangunan ini. "Mereka boleh meruntuhkan bangunan ini tetapi tidak akan dapat meruntuhkan roh dan semangat perjuangan kita sekali-kali. "Ayuh, bangkit dan tumbangkan Umno/BN!" tulis Azrin dalam Facebooknya. Bagi beliau, sejarah tidak akan terpadam. "PASTI dan Markas ini didirikan semasa saya menerajui Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka dan Ketua Pengarah PASTI Malaysia. "Ia adalah hasil pengorbanan pemimpin, ahli dan penyokong PAS," tulis beliau. Menurut beliau, bangunan ini telah dirasmikan oleh Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor, Presiden PAS pada tahun 2003. -HD Ulasan GB Ali Rustam terlupa kerajaan Khir Toyo runtuh dengan tindakannya merobohkan Surau Berembang... |
Tragedi "Sosilawati" Berulang: Mayat Dibakar Untuk Hapus Bukti Ditemui Posted: 15 Apr 2012 03:40 AM PDT Mayat wanita terbakar dalam parit KULIM – Dua lelaki yang mahu memikat burung terkejut besar apabila menemui mayat seorang wanita sedang terbakar di dalam parit sedalam dua meter di kawasan semak tepi Jalan Padang Meha berhampiran Taman Desa, Padang Serai di sini malam kelmarin. Gambar: BEBERAPA orang anggota polis menjalankan siasatan di kawasan penemuan mayat seorang wanita yang dibakar dekat Kulim kelmarin. Mayat wanita lingkungan usia 20-an tanpa identiti itu ditemui dalam keadaan terlentang, tangan terikat serta badan berbalut kain oleh dua orang awam itu pada kira-kira pukul 10 malam. Polis yang tiba di lokasi kejadian kira-kira setengah jam kemudian bertindak memadamkan api pada mayat yang telah rentung. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Zakaria Ahmad berkata, polis mendapat maklumat mengenai penemuan mayat itu daripada dua orang awam yang bertindak menghubungi Balai Polis Sungai Karangan. "Kejadian itu masih baru memandangkan ketika anggota kami tiba, api masih lagi membakar mayat," katanya ketika ditemui di tempat kejadian semalam. Hasil siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dihumban ke dalam parit berhampiran ladang kelapa sawit itu untuk dibakar bagi menghapuskan bukti. "Setakat ini kami belum dapat mengenal pasti identiti mangsa kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui selain keadaan mayat juga sudah rentung," ujarnya. Katanya, mayat wanita itu kemudian dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat. -kosmo Wanita rentung dalam lubang |
Lelaki Indonesia Dan Remaja Perempuan Dibunuh Di Pasar Malam Posted: 15 Apr 2012 12:57 AM PDT Kuala Lumpur: Kunjungan seorang remaja perempuan ke pasar malam Wira Damai di Gombak dekat sini malam Sabtu, berkesudahan dengan kematian apabila dia menjadi mangsa serangan seorang lelaki dipercayai warga Indonesia. Dalam kejadian kira-kira 8.15 malam itu, Noor Fathanah Misnawi, pelajar Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas, Batu Caves meninggal dunia di sebuah klinik swasta selepas cedera pada rusuk kanan akibat terkena tikaman senjata tajam suspek yang sedang mengejar seorang lelaki Indonesia lain. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Superitendan Abdul Rahim Abdullah berkata, suspek kemudian dapat menikam Mohammad Hasir, 30, sebelum dia melarikan diri dari tempat kejadian. "Terdapat lima kesan tikaman pada tubuh Mohamad Hasir termasuk di leher, bahu kiri, dada kiri dan perut menyebabkan kecederaan parah. Dia mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Selayang," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas kepada Bernama malam Sabtu. Abdul Rahim meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu supaya tampilmemberi maklumat kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak. Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - BERNAMA |
Bapa Beranak Tiga Dicekup Khalwat Posted: 14 Apr 2012 10:13 PM PDT Ledang – "Kami tidak buat apa-apa dan saya datang ke sini hanya untuk hantar makanan," itu helah bapa kepada tiga anak ketika dicekup khalwat oleh Penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL), kelmarin. Bagaimanapun helahnya tidak menjadi dan akhirnya ditahan sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang untuk laporan tangkapan serta ke pejabat agama untuk siasatan lanjut. Lelaki berkenaan yang juga bertugas sebagai penjawat awam ditahan dalam serbuan pada jam kira-kira 1.15 pagi di rumah teman wanitanya di Tangkak. Manakala pasangannya berusia 28 tahun dan belum berkahwin dan mengakui baru berkenalan kira-kira setahun lalu. Menurut lelaki itu, dia datang ke rumah teman wanitanya untuk menghantar makanan dan jarang datang ke situ tetapi tidak bernasib baik apabila dicekup khalwat oleh penguat kuasa. Sementara itu, Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, tangkapan tersebut dijalankan berdasarkan aduan orang awam. Menurutnya, ekoran itu sepasukan anggota penguat kuasa membuat pemantauan dan memeriksa di rumah terbabit sebelum membuat serbuan. "Selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki yang lengkap berpakaian membuka pintu. "PPADL terpaksa menunggu hampir 15 minit sebelum lelaki berkenaan membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan. "Pemeriksaan lanjut menemui seorang wanita memakai baju-T dan berseluar pendek bersembunyi dalam bilik tingkat atas rumah," katanya kepada Sinar Harian. Menurutnya, pasangan itu kemudian ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri. Jelas beliau, mereka ditahan sementara dijamin oleh keluarga masing-masing. -SH |
Remaja Maut Dalam Kemalangan Selepas Hadiri Perhimpunan BN Di Rumah Zambry Posted: 14 Apr 2012 08:42 PM PDT Ipoh: Seorang remaja terbunuh selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di Km 242.8 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Kuala Kangsar pada Sabtu. Gambar: Sebahagian dari peserta perhimpu8nan BN. Foto: al-husseyn Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar Supt Abdul Ghaffar Mohamad berkata mangsa, Meor Mahffuz Meor Abdullah, 16, dari Lenggong meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala. Kejadian berlaku pada pukul 4.45 petang tadi dan mangsa dipercayai menunggang dengan laju sebelum terbabas dan merempuh penghadang di tengah lebuh raya lalu tercampak di atas jalan, katanya ketika dihubungi di sini. Mangsa dikatakan dalam perjalanan dari Ipoh ke rumahnya di Lenggong selepas menghadiri majlis perhimpunan Barisan Nasional (BN) Pilihan Orang Muda di kediaman Menteri Besar Perak yang dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tengah hari Sabtu. Sementara itu Ketua Pemuda Umno Perak Khairul Azwan Harun berkata seluruh anggota Pemuda BN Perak mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Pemuda Umno Perak juga akan menghulurkan bantuan bagi meringankan beban keluarga mangsa, katanya ketika dihubungi. -BERNAMA Budak-Budak Sekolah Disalahgunakan Oleh Umno/BN |
Bayi Ditemui Atas Bonet Kereta Dekat Masjid Posted: 14 Apr 2012 06:50 PM PDT Muar: 'Nama Ayah, Khairulanam, nama ibu, Sri Susanti dan nama anak, Salamiah Hasanah'. Itu nota ditemui di dalam beg sukan mengandungi bayi perempuan baru dilahirkan yang diletak di atas but sebuah kereta milik Pengerusi Masjid Kampung Parit Pechah, Parit Jawa, Abdul Rashid Sirat, 72, di sini, semalam. Menurut Rashid, nota berkenaan itu tertulis 'Kami tak mampu untuk menguruskan dan akan menunggu dia di Jakarta kelak'. "Saya baru selesai menunaikan solat Subuh dan mahu menghidupkan enjin kereta apabila terpandang kotak gabus diletakkan di atas but. "Saya sangka ada orang tercicir kotak itu sebelum tergerak untuk membukanya. Apabila dibuka, ia mengandungi beg dan saya terdengar suara bayi menangis," katanya. Menurut Rashid, dia terus membuka zip beg dan menemui bayi perempuan cukup sifat yang dibersihkan dan dibalut tuala namun masih bertali pusat. Katanya, sebelum itu, dia serta jemaah lain terdengar deruan enjin motosikal masuk ke kawasan masjid, namun menyangka ia penduduk yang mahu bersolat. "Namun sejurus penemuan itu, kami terus menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian," katanya. Bayi perempuan itu sempat diazankan jemaah masjid, Ustaz Sulaiman Sarip, 50-an, sebelum dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar untuk rawatan lanjut. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. "Kami masih mengesan ibu bapa bayi berkenaan dan pada masa sama meminta kerjasama orang ramai yang ada maklumat supaya tampil membantu siasatan," katanya. -HM
|
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment