Kelab Greenboc |
- [Bergambar] Pasangan Tertangkap Sedang Berasmara
- [BONGKAR] Pelajar Universiti Didaftar Ke DUN Ali Rustam
- [Bergambar & Video] Bantah PTPTN, Ribuan Mahasiswa Berarak Di Ibu Negara - update
- Sepupu Yang Di-Pertuan Besar NS Ajak Rakyat Sokong Pakatan
- [Video] Peneroka Meninggal Dunia Di Hadapan Pejabat PM
- Mengadu Sakit perut, Rupanya Mengandung
- Lagi Kes Anak VIP Belasah Orang Awam
[Bergambar] Pasangan Tertangkap Sedang Berasmara Posted: 14 Apr 2012 04:24 PM PDT Bila nafsu sudah memuncak di ubun-ubun maka seringkali pasangan yang sedang “birahi” tidak lagi memperdulikan untuk melampiaskannya dimanapun dan tak kira masa tanpa memperdulikan orang sekeliling mereka ada yang melihat atau tidak, sebenarnya walaupun manusia tidak ada yang melihat bukankah Tuhan sentiasa melihatnya. Dan jangan kita seperti binatang di bawah ini kerana mereka tidak mempunyai akal.... -borakkosong Sebelum ini: Nafsu Tak Kira Dimana: Dicekup Berasmara Di Kuburan Nafsu Tak Kenal Siapa: Pemuda Lumpuh Dituduh Rogol Pelajar 15 Tahun. Nafsu Tak Kenal Usia: Nenek Dicekup Khalwat Di Dungun |
[BONGKAR] Pelajar Universiti Didaftar Ke DUN Ali Rustam Posted: 14 Apr 2012 07:32 AM PDT Melaka: PAS mendakwa usaha untuk mendaftarkan pengundi baru ke kawasan DUN Bukit Baru yang diwakili Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Gambar fail. "Usaha itu dilakukan dengan dua cara. Pertama dengan mendaftarkan pelajar pusat pengajian tinggi supaya mengundi di DUN tersebut. "Kedua ialah membawa masuk pengundi baru ke DUN Bukit Baru," kata Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Kamaruddin Sidek. Beliau berkata, dari maklumat yang diterima Umno meminta pelajar beberapa pusat pengajian tinggi di negeri itu supaya menukar alamat tempat mengundi kepada DUN Bukit Baru. Mereka mensasarkan pelajar Universiti Teknologi Melaka (UTEM), MMU, UiTM serta Kolej Yayasan Melaka dengan mendapat bayaran RM300 seorang, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Kamaruddin Sidek. "Kami mendapat maklumat termasuk gambar mengenai perkara itu," tambahnya. `Didalangi Kemas dan SPR Menurut beliau, DUN Bukit Baru kini mencatatkan jumlah penambahan pengundi baru keempat terbanyak di seluruh negara. "Angka ini disahkan sendiri oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)," tambah beliau. Pemimpin PAS itu juga mendakwa usaha memindahkan pengundi PAS dari tempat lain ke kawasan DUN Bukit Baru. Katanya, beliau mendapat aduan daripada seorang pengundi lama PAS dari DUN Duyung yang telah dipindahkan ke Bukit Baru. Kamaruddin berkata, beliau bertanyakan perkara itu kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan pegawai memberitahu pihaknya sedang mengemaskan data pengundi. "Pegawai SPR memberitahu bahawa permohonan untuk menukar alamat pengundi berkenaan lengkap dengan tanda tangan pemohon. "Tetapi saya syak sindiket ini didalangi Kemas bersama SPR. Masalahnya ramai pengundi yang tidak tahu bahawa nama mereka telah dipindahkan ke tempat mengundi lain. "Sasarannya ialah terhadap pengundi-pengundi yang telah berumur 60 tahun ke atas," kata beliau lagi. -fmt |
[Bergambar & Video] Bantah PTPTN, Ribuan Mahasiswa Berarak Di Ibu Negara - update Posted: 14 Apr 2012 06:02 AM PDT Siswa berarak tuntut mansuh pinjaman PTPTN Seramai kira-kira 300 orang mahasiswa (menurut pemerhati lebih 300, baca laporan harakahdaily di bawah -GB) berhimpun di ibu negara hari ini untuk menuntut pinjaman pelajar melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan. Pelajar berkenaan mula berkumpul di perkarangan Masjid Jamek, Kuala Lumpur pada pukul 2 petang dan berarak melalui Jalan Raja Laut untuk menuju kawasan pusat membeli belah Sogo. Perhimpunan diketuai aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim dan pemimpin Solidariti Mahasiswa Malaysia itu turut disertai NGO Gabungan Anak Muda Pantai Timur. Kumpulan berkenaaan melaungkan slogan antaranya "Najib Altantuya", "Mansuh PTPTN", "Jahanam Umno-BN", "Musnah Rosmah", "Reformasi" dan "Jahanam Najib." Kumpulan siswa itu turut kain rentang yang bertulis 'Free education now!', 'Mahasiswa bukan robot' dan 'Mansuh PTPTN'. Di hadapan Sogo, kumpulan pelajar berkenaan bertindak mengalungkan bunga pada gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Menurut salah seorang mahasiwa berkenaan, tindakan itu sebagai tanda bahawa "demokrasi telah mati." Dua orang MP PKR, Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar turub berucap ketika pelajar berkenaan berhimpun di hadapan Sogo. Kumpulan berkenaan kemudiannya mula beredar daripada kawasan tersebut pada jam 3.30 petang dan berarak menuju Dataran Merdeka melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman. Gambar yang dikalungkan bunga itu turut diarak bersama pelajar berkenaan. -mk Sumber gambar
|
Sepupu Yang Di-Pertuan Besar NS Ajak Rakyat Sokong Pakatan Posted: 14 Apr 2012 12:37 AM PDT Kerabat NS yakin Pakatan Rakyat lebih baik NILAI, 12 April: Kerabat Diraja Negeri Sembilan, Tunku Harmy Tunku Hannan (gambar) percaya bahawa kepimpinan Pakatan Rakyat yang ada pada hari ini lebih baik berbanding pemimpin negara sedia ada. Beliau yang juga sepupu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan tampil di pentas ceramah Pakatan Rakyat buat kali ketiga malam tadi mendakwa berasa jijik dengan mainan politik parti pemerintah sekarang ini. "Sejak 30 tahun dahulu saya lihat pemerintahan negara sungguh jijik. Saya risau apa yang berlaku, generasi kita rosak seolah-olah rasuah ini halal dari pemimpin nombor satu sampai paling bawah. "Perompak, perasuah, pemfitnah. Ada orang kata nak buat macam mana, kita manusia, macam halal je," katanya kecewa. Ceramah malam tadi sempena program Jelajah Jom Ubah, Demi Rakyat Negeri Sembilan yang dibuat di Sikamat di sini. Turut serta pada ceramah itu Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Pengerusi SAMM Bardul Hisham Shahrin, Ahli MPP PKR Dr Mohamad Rafie Abdul Malek dan beberapa pemimpin di peringkat negeri. Penampilan kerabat diraja itu lebih lebih lagi dengan imej berjubah, berserban menarik ramai penduduk sekeliling hadir mendengar ceramah malam tadi yang dianggarkan lebih 1,000 orang. "Sebab itu sekarang, berbetulan dengan susunan Allah, saya rasa terpanggil untuk turun kembali bersama rakyat. "Apabila saya tengok semua pemimpin parti pembangkang ini punya satu niat dan tujuan, untuk menghapuskan kezaliman, rasuah, segala kerakusan dan fitnah, maka saya tampil ke hadapan dengan hati yang sayu," katanya. -HD Royal boost for Pakatan |
[Video] Peneroka Meninggal Dunia Di Hadapan Pejabat PM Posted: 13 Apr 2012 11:34 PM PDT .PUTRAJAYA: Seorang peneroka Ladang Gatco Kampung Serampang Indah, Jempol, Negeri Sembilan rebah sebelum disahkan meninggal dunia dipercayai akibat sakit jantung ketika menyertai himpunan aman di perkarangan Kompleks Perdana Putra yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri, di sini, semalam. Mangsa, Mohd Nordin Ahmad Bakri, 54, yang juga Ahli Jawatankuasa Bertindak Kampung Serampang Indah dikatakan rebah pada jam 11.45 pagi ketika hampir 100 peneroka lain berkumpul di pekarangan pintu masuk kompleks berkenaan untuk menyerahkan memorandum mengenai isu tanah ladang berkenaan. Seorang wartawan sebuah akhbar yang menyaksikan kejadian itu berkata, sebaik melihat keadaan mangsa, peneroka lain dalam kumpulan berkenaan terus memberikan pertolongan. "Pada mulanya mangsa dilihat masih bernafas, malah peneroka lain dalam kumpulan itu berusaha memberikan bantuan kecemasan segera. "Mangsa kemudian dibawa anggota kumpulan itu dibantu anggota Polis Bantuan ke Balai Pengawal Keselamatan berhampiran Pejabat Perdana Menteri untuk diberikan rawatan," katanya. Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid, ketika dihubungi berkata, doktor yang tiba di lokasi berkenaan mengesahkan mangsa meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung. "Jenazah Mohd Nordin dibawa ke kampungnya di Jempol untuk urusan pengebumian," katanya. -hm Settler dies in front of PM's office |
Mengadu Sakit perut, Rupanya Mengandung Posted: 13 Apr 2012 09:01 PM PDT Besut - Seorang wanita terkejut apabila mendapati kakaknya yang seorang kurang upaya (OKU), mengadu sakit perut rupa-rupanya mengandung enam bulan, selepas dipercayai dirogol tahun lalu. Gambar fail. Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, wanita berusia 20 tahun itu membawa kakaknya berusia 27 tahun, ke sebuah klinik swasta untuk menjalani pemeriksaan, selepas dia mengadu sakit perut. Menurut beliau, bagaimanapun pemeriksaan doktor di klinik berkenaan mendapati, kakaknya yang menghadapi masalah mental sebenarnya sakit perut kerana sedang mengandung enam bulan. "Dalam perjalanan pulang dari klinik, mangsa menceritakan siapa yang telah menyebabkan dia mengandung iaitu seorang lelaki yang dikenali dengan panggilan Awie. "Mangsa didakwa dirogol oleh suspek di rumah sewa lelaki berkenaan di Kampung Gong Manok, iaitu bersebelahan dengan kampung mangsa dekat Kuala Besut," katanya. Kamaruddin berkata, berikutan itu adik mangsa membawa kakaknya membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Besut Isnin lalu. Menurutnya, bagaimanapun mangsa tidak dapat mengingati masa dan tarikh kejadian disebabkan masalah mental yang dihadapinya. Bertindak atas laporan itu, polis telah menyerbu rumah sewa suspek yang dikatakan masih bujang itu, namun gagal menahan kerana suspek telah berpindah dan usaha mengesan lelaki itu sedang dilakukan. Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol yang sabit kesalahan boleh dikenakan penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. |
Lagi Kes Anak VIP Belasah Orang Awam Posted: 13 Apr 2012 06:56 PM PDT Muka diinjak anak VIP KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pemuzik hip hop, Mikael Adam Mohd Rafee Michel, 23, cedera di muka dan kepala selepas diserang seorang lelaki dikatakan anak VIP di luar kompleks beli-belah di Jalan Bukit Bintang, di sini awal pagi semalam. Mikael Adam berkata sebelum kejadian pada jam 3.50 pagi itu, dia berada di dalam kereta bersama dua rakan sebelum suspek dikenalinya itu muncul dan menariknya keluar daripada kereta. "Sebaik keluar, saya terus dipukul lelaki itu dengan tangan hingga saya terjatuh sebelum badan dan muka saya dipijak. "Saya hanya mampu mempertahankan diri dengan menutup muka dan kepala bagi mengelakkan kecederaan lebih parah," katanya dalam satu sidang media semalam. Menurutnya, akibat pukulan bertubi-tubi daripada suspek berusia 20-an itu, mukanya berdarah sebelum dia tidak sedarkan diri. -hm
Ulasan GB Belum lagi selesai kes anak menteri belasah pengawal keselamatan, kini timbul lagi anak VIP belasah penyanyi dan pemuzik. Polis perlu bertindak tegas di dalam hal ini, TANPA milih bulu. Jika berlaku pilih kasih di dalam siasatan dan dakwaan, kejadian begini akan terus berulang. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment