Kelab Greenboc |
- [Bergambar] Gempa Cetus Suasana Panik, 27 Negara Keluar Amaran Tsunami
- Pegawai SPRM Tumbuk Muka Anggota Polis
- [VIDEO TERKINI] Gempa Bumi: Amaran Tsunami Ditarik Balik, Tetapi Masih Berwaspada
- [TERKINI] Gempa Bumi Aceh - Gegaran Kedua Dirasai Di Malaysia -updated
- [Video] Gempa Bumi Aceh 8.7 Skala Richter - update
- [TERKINI] Gempa Bumi Gegarkan Aceh, Amaran Tsunami Dikeluarkan -update
- API - Anti Pemalsuan IC Ditubuhkan Untuk Selamatkan Negara Dari Pengkhianat
- Negara Paling Selamat: Pekerja Utusan Melayu Disamun Dalam Pejabat
- Siar Adegan Bogel, TV3 Minta Maaf
- Task Force IC Warga Asing: Nak Pertahan Melayu Bukan Dengan Cara Menipu - Hadi
- Flat Bohsia Diserbu
| [Bergambar] Gempa Cetus Suasana Panik, 27 Negara Keluar Amaran Tsunami Posted: 11 Apr 2012 05:33 PM PDT Riuh kompleks 'kena goncang'SEBERANG JAYA: "Tiba-tiba saya rasa bangunan bergegar dan lihat semua pengunjung lari selamatkan diri," kata Nurul Nadiha Kasim, 28, yang turut bergegas menyelamatkan diri ketika berada di Kompleks Sunway Carnival, di sini, selepas berasa gegaran akibat gempa bumi yang melanda Aceh, Indonesia. Gambar: PANIK...orang ramai bergegas keluar selepas gempa berukuran 8.7 pada skala Richter landa Aceh, Indonesia, semalam. Gambar kecil, Nurul Nadiha. Menurutnya, ketika itu dia bersama rakannya sedang memilih barang di sebuah kedai di dalam kompleks membeli-belah itu. "Selepas berasa bergoyang, saya segera mencampak barang dan menarik kawan saya keluar dari bangunan berkenaan," katanya yang pertama kali berdepan pengalaman kejadian seperti itu. Seorang lagi pengunjung, Mohd Hafiz Najmi Soaid, 23, berkata, ketika kejadian dia bersama dua rakannya sedang menonton wayang di kompleks berkenaan. "Sedang asyik menonton, saya berasa pening dan bangunan seakan bergoyang," katanya yang berasal dari Baling, Kedah. Menurutnya, dia dan kawannya tanpa berlengah segera berlari keluar untuk menyelamatkan diri, begitu juga pengunjung yang lain. -hm Panik gempa Aceh 27 negara keluar amaran tsunami ![]() PEKERJA sebuah kilang pakaian di Jalan Sungai Pinang, Pulau Pinang diarah keluar oleh pihak pengurusan selepas merasai gegaran kuat, semalam.![]() ![]() ![]() ![]() RUNTUH...beberapa individu sedang memerhatikan tembok penjara di wilayah Aceh, Indonesia runtuh susulan gempa bumi kuat bermagnitud 8.7 hari ini. - Foto AP BOT nelayan di India kelihatan berlabuh di Laut Arab iaitu di pantai Pali, kampung Pali, Thane. Pantai Pali terletak berdekatan Mumbai, India. Dalam kejadian gempa bermagnitud 8.7 itu, amaran tsunami turut dikeluar sekitar Kepulauan Andaman dan Nicobar, India. - Foto EPA |
| Pegawai SPRM Tumbuk Muka Anggota Polis Posted: 11 Apr 2012 04:32 PM PDT Melaka: Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri ditahan awal pagi kelmarin, selepas didakwa menyerang dengan menumbuk muka anggota polis di Bukit Beruang, dekat sini. Illustrasi hiasanMenurut sumber, kejadian berlaku antara jam 2 pagi hingga 3 pagi itu, ketika suspek diarah memberhentikan kereta dipandunya oleh sepasukan anggota polis peronda yang bertugas. "Arahan penahanan keretanya selepas dia didapati memandu dalam keadaan cuai dan berbahaya. "Sebaik dihampiri anggota polis, suspek enggan bekerjasama lalu berlaku perbalahan. "Suspek dikatakan mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis dan menyerangnya dengan menumbuk mukanya menyebabkan rakan mangsa terpaksa memberi bantuan," katanya. Menurut sumber itu lagi, suspek dibawa ke Balai Polis Ayer Keroh untuk tindakan lanjut. Sementara itu, Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan penahanan suspek. -HM Ulasan GB Macam-macam hal. Itu pegawai SPRM apasal mahu tunjuk lagak dan tak mahu patuh undang-undang jalanraya? Kematian Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbini masih belum hilang dari ingatan rakyat. Ia sentiasa dikaitkan apabila menyebut nama SPRM. Apatah lagi, Suruhanjaya Siasatan Diraja mendapati di dalam kes Teoh Beng Hock di dapati pegawai-pegawai SPRM telah bertindak di luar bidangkuasa mereka. Dan ada pegawai SPRM tonton video lucah semasa waktu bekerja. Berita di atas, pegawai SPRM memandu di dalam keadaan merbahaya dan bertindak samseng menumbuk polis. Bagaimana SPRM hendak dihormati oleh masyarakat? Pengerusi SPRM, sila jawab mengapa anak-anak buah kamu begitu ramai yang tidak berdisiplin dan mengapa kamu tidak boleh dipertanggungjawabkan? Itu soalan GB kepada Ketua Pengarah SPRM jika GB seorang PM! GB pun tak tahu apa pasal PM yang kita ada sekarang ini bengap sangat sampai SPRM jadi begitu hanyir integritinya di kalangan rakyat. Pun masih dibiarkan lagi.... |
| [VIDEO TERKINI] Gempa Bumi: Amaran Tsunami Ditarik Balik, Tetapi Masih Berwaspada Posted: 11 Apr 2012 09:29 AM PDT Banda Acheh - Indonesia menarik balik amaran tsunami - kira-kira enam jam selepas gempa bumi kuat melanda bahagian utara Sumatera petang ini, lapor sinarharian.Pusat Amaran Tsunami Pasifik juga membatalkan amaran tsunami yang dikeluarkan kepada negara-negara Lautan Hindi termasuk Malaysia. Dalam pada itu, laporan Bernama menyebut bahawa Thailand telah menarik balik amaran tsunami berikutan tiada ancaman tsunami di negara itu berikutan kejadian gempa bumi berukuran 8.6 pada skala Richter melanda Aceh. Amaran itu ditarik balik oleh Pusat Amaran Bencana Kebangsaan malam ini. Perdana Menteri Yingluck Shinawatra berkata walaupun amaran itu ditarik balik namum negaranya masih berada dalam keadaan berjaga-jaga kerana kemungkinan berlaku gegaran susulan. Katanya keadaan paras ombak meningkat juga dilaporkan di Laut Andaman di luar pesisiran Thailand. "Kami akan terus memantau keadaan untuk beberapa jam lagi," katanya. Terdahulu, Yingluck mengadakan mesyuarat tergempar Kabinet di Rumah Kerajaan di sini dengan menggerakkan pelan kecemasaan tsunami. Sebelum itu perintah berpindah ke kawasan lebih tinggi dikeluarkan di enam wilayah selatan negara itu iaitu Krabi, Phuket, Phangga, Ranong, Satul dan Trang. Sementara itu, detiknews melaporkan usaha pasukan dari Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) untuk tiba ke Simeulue, daerah yang terkena kesan gempa bumi paling parah, menemui jalan buntu. Ini disebabkan wilayah mengalami kerosakan, sehingga pendaratan ke sana tidak dapat dilakukan melalui udara. "Barusan saya mendapat laporan bahawa bandar di Simeulue rusak. Tidak boleh untuk dilakukan pendaratan," kata Ketua Pusat Informasi BNBP Sutopo Purwo di pejabatnya, Jl Juanda, Jakarta Pusat, Rabu (11/4/2012). Namun Sutopo belum mendapat maklumat terperinci mengenai kerusakan di bandar itu. Pasukan BNPB yang dipimpin langsung oleh ketuanya Syamsul Maarif akan menempuh jalur lain supaya dapat tiba Meulue dengan segera. "Saat ini pasukan masih di pesawat, saya belum tahu nanti bagaimana," ujarnya. Sebelumnya BNPB mengeluarkan maklumat, sejak gempa berkekuatan 8,5 SR pada pukul 15.38 WIB, terjadi sejumlah gempa susulan yang juga menimbulkan potensi gelombang tsunami. Tercatat ada 14 kali gempa termasuk gempa pertama. "Ada 14 kali gempa, dua diantaranya berpotensi tsunami," kata Ketua Bahagian Informasi BNPB Sutopo Purwo dalam sidang akhbar di pejabatnya, Jl Juanda, Jakpus (11/4/2012). Sutopo mengyatakan dari gempa tersebut terjadi tsunami kecil di sejumlah daerah yang ada di pesisir pantai selatan Sumatera. BNPB merekam dua data dari Bakosurtanal dan BMKG yang sedikit memiliki perbezaan. Meski begitu, BNPB sehingga waktu ini, baru menerbitkan sebanyak sembilan gempa. Berikut sembilan gempa tersebut. - Gempa 8,5 SR pukul 15:38:33 WIB - Gempa 8,3 SR pukul 15:38:35 WIB - Gempa 6,5 SR pukul 16:28 WIB - Gempa 6,1 SR pukul 16:41 WIB. - Gempa 6,1 SR pukul 17:09 WIB. - Gempa 5.7 SR pukul 17:21 WIB. - Gempa 8.8 SR pukul 17:43:06 WIB - Gempa 8,1 SR pukul 17:43:11 WIB - Gempa 6,1 SR pukul 18:04 WIB (*) klik untuk baca ![]() |
| [TERKINI] Gempa Bumi Aceh - Gegaran Kedua Dirasai Di Malaysia -updated Posted: 11 Apr 2012 08:06 AM PDT Petaling Jaya: Gegaran kedua dirasai pada pukul 6.48 petang di beberapa negeri di Pantai Barat, Semenanjung Malaysia susulan gempa bumi 8.7 magnitud di Bandar Aceh.Gambar: Lebih 100 kakitangan sebuah syarikat telekomunikasi di Jalan Tun Razak di sini panik apabila berlaku gegaran di bangunan tersebut. - SH Turut dirasai, gegaran kedua untuk tempoh seminit di bangunan Menara Star, Seksyen 16, Petaling Jaya. Agensi Geofizikal Indonesia berkata, tsunami berpotensi melanda lima wilayah di Indonesia iaitu Aceh, Sumatera Utara, Sumatera Barat, Bengkulu dan Lampung. -mstar Kesan gempa Aceh, gegaran dirasai di KL Gambar Terkini Keadaan Pantai Batu Feringghi Mangsa Meninggal Dunia Akibat Gempa Aceh klik untuk baca ![]() |
| [Video] Gempa Bumi Aceh 8.7 Skala Richter - update Posted: 11 Apr 2012 04:46 AM PDT Banda Aceh - Indonesia mengeluarkan amaran tsunami ekoran gempa bumi kuat, berukuran 8.7 pada skala Richter, melanda sebelah barat daya wilayah Aceh petang ini, mencetuskan rasa panik di kalangan penduduk tempatan.Gegaran sekitar jam 4.48 petang itu turut dirasai di kawasan Lembah Klang - Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Shah Alam serta di utara Semenanjung - Pulau Pinang, Perlis dan Perak. Agensi Survei Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gegaran berpusat di kawasan laut 495 kilometer (km) ke barat daya Aceh, sedalam 33 kilometer. Gegaran juga dirasai di Singapura, Thailand dan selatan India, lapor Reuters. Gempa hari ini juga dilaporkan berhampiran dengan lokasi gegaran pada 2004 yang mengakibatkan sekitar 250,000 terbunuh di 13 buah negara. Seramai 170,000 orang terbunuh di Aceh sendiri. Magnitud gegaran lapan tahun lalu itu adalah 9.1 dan dikesan di kawasan laut sedalam 30 kilometer. Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian tersebut dan berkata gegaran turut dirasai di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perak. Gegaran dirasai kira-kira pukul 4.50 petang. Laporan Irish Times memetik agensi pengurusan bencana Indonesia berkata, bekalan elektrik terputus dan orang ramai mula berkumpul di kawasan tinggi berikutan isyarat amaran dikeluarkan oleh pihak berkuasa. "Bekalan elektrik sudah terputus. Lalu lintas pula sesak kerana orang ramai mahu menyelamatkan diri dengan bergerak ke kawasan-kawasan yang tinggi," kata jurucakap agensi itu, Sutopo. Amaran tsunami juga dikeluarkan di kebanyakan negara di rantau Lautan Hindi. Pusat Amaran Tsunami Pasifik (PTWC) memberitahu bahawa pihaknya tidak pasti sama ada gegaran telah mengakibatkan tsunami tetapi telah pihaknya telah menasihatkan pihak berkuasa agar "mengambil langkah-langkah yang sewajarnya." -SH Update: Ombak tsunami dijangka tiba di Georgetown pada 9.11pm dan Port Dickson pada 2.10am SEKIRANYA TSUNAMI BERLAKU. Jauhkan dari pantai. klik untuk baca ![]() |
| [TERKINI] Gempa Bumi Gegarkan Aceh, Amaran Tsunami Dikeluarkan -update Posted: 11 Apr 2012 03:34 AM PDT Gempa bumi berukuran 8.9 magnitud menggegar Aceh pada jam 4.38 petang (Waktu Malaysia).Amaran tsunami turut dikeluarkan oleh Agensi Geofizikal Indonesia. Orang ramai diminta menjauhi kawasan pantai sehingga amaran Tsunami ditarik balik. Gegaran tersebut turut dirasai di Kelantan, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Kuala Lumpur dan Selangor. Agensi Survei Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gegaran berpusat di kawasan laut 495 kilometer (km) ke barat daya Aceh, sedalam 33 kilometer. Gegaran juga dirasai di Singapura, Thailand dan selatan India, lapor Reuters. Gempa hari ini juga dilaporkan berhampiran dengan lokasi gegaran pada 2004 yang mengakibatkan sekitar 250,000 terbunuh di 13 buah negara. Seramai 170,000 orang terbunuh di Aceh sendiri. Magnitud gegaran lapan tahun lalu itu adalah 9.1 dan dikesan di kawasan laut sedalam 30 kilometer. ![]() ![]() ![]() Update: Ombak tsunami dijangka tiba di Georgetown pada 9.11pm dan Port Dickson pada 2.10am SEKIRANYA TSUNAMI BERLAKU. Jauhkan dari pantai. UPDATE TERKINI DI SINI |
| API - Anti Pemalsuan IC Ditubuhkan Untuk Selamatkan Negara Dari Pengkhianat Posted: 11 Apr 2012 02:29 AM PDT PAS tubuh API banteras pemalsuan MyKadKUALA LUMPUR: PAS menubuhkan gerakan Anti Pemalsuan Kad Pengenalan (API) bagi membanteras isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing bagi membolehkan mereka menjadi pengundi dalam Pilihan Raya Umum nanti. Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata pemimpin tertinggi PAS yang bermesyuarat semalam turut bersetuju melantik dirinya sebagai Pengerusi API. Pemimpin lain termasuk peguam PAS Hanipa Maidin dan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dr Hatta Ramli sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK). Katanya, jawatankuasa khas bertindak itu akan menyusun gerakan menuntut supaya satu Suruhanjaya Diraja (RCI) ditubuhkan segera bagi menyiasat dakwaan penglibatan beberapa pegawai tertinggi kerajaan memberi kad pengenalan kepada warga asing. "API akan mengatur satu pertemuan dengan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam masa terdekat bagi menghantar memorandum menuntut penubuhan RCI," katanya dalam sidang media di sini hari ini. Kumpul maklumat Selain itu, API menurut Mahfuz turut akan mengumpul maklumat dan membuat saringan mengenai kewujudan warga asing yang diberikan taraf kerakyatan memandangkan pertambahan rakyat Sabah meningkat daripada sejuta kepada 5 juta dalam masa yang singkat. "Maklumat banyak, ada tiga hingga empat fail. Kami akan serahkan semuanya kepada RCI dan sedia memberi kerjasama penuh," katanya. Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, API juga akan membuat roadshow seluruh negara menerangkan kepada rakyat tentang isu ini yang dianggapnya mampu mengancam keselamatan negara. Minggu lalu, Mahfuz mendakwa wujudnya task force yang terdiri daripada Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Tajuddin Wahab, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar, dan diketuai Pegawai Penasihat kepada Perdana Menteri Datuk Othman Razak mengendalikan pemberian Mykad kepada warga asing. Mahfuz turut menamakan Timbalan Ketua Kementerian Dalam Negeri Datuk Alwi Ibrahim, Ketua Pengarah JPN Datuk Jariah Mohd Said, Pegawai JPN Nik Norashikin Nik Mansor, Pegawai Bahagian Kewarganegaraan JPN Rashid Bashirun dan Shahrul Anwar Ahmad Zaidi sebagai pegawai yang bertugas mengikut arahan Othman. Mahfuz ajak sertai gerakan Anti Pemalsuan IC |
| Negara Paling Selamat: Pekerja Utusan Melayu Disamun Dalam Pejabat Posted: 11 Apr 2012 01:40 AM PDT Seremban – Seorang kakitangan Utusan Melayu (M) Berhad, di sini menghadapi saat mencemaskan dalam kejadian samun yang berlaku di pejabatnya, dekat Taman AST, di sini semalam.Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi itu, Syed Mahdzar Al Mahjab Wan Hasan, 24, yang bertugas di jabatan pemasa-ran baru memulakan tugas seorang diri di kaunter yang terletak di tingkat bawah pejabat berkenaan. Menurutnya, dia terkejut apabila dua lelaki bersenjatakan parang meluru masuk ke pejabat berkenaan menerusi pintu depan. "Sebaik sahaja dua lelaki itu masuk ke dalam pejabat, mereka terus menerpa ke arah saya sambil mengacukan parang dan meminta supaya saya tidak bising. "Dalam keadaan kelam-kebut, salah seorang daripada penjenayah mengikat tangan saya dengan wayar tetikus komputer. Manakala, mulut saya dililit dengan baju sebelum mereka mengurung saya dalam bilik surau di belakang pejabat," katanya. Menurutnya, penjenayah berkenaan melarikan wang tunai berjumlah RM4,850 yang diambil dari laci. Selain itu, katanya, turut diambil, telefon bimbit miliknya serta wang tunai yang berada dalam dompetnya berjumlah RM170. "Sejurus penjenayah itu melarikan diri, saya bergegas keluar ke pejabat dengan tangan masih terikat meminta pertolongan," katanya. Ketika itu, katanya, jurugambar Utusan Malaysia, Abdul Razak Aid yang kebetulan berada di pejabat tingkat atas mendengar jeritannya, lalu turun membantu membuka ikatan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan kejadian. Menurutnya, polis sedang mengesan kedua-dua suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata dan berkumpulan. -SH Ulasan GB Pejabat media sendiri kena samun. Bagaimana media melaporkan secara besar-vesaran kenyataan menteri bahawa negara kita paling selamat? Kan dah terkena batang hidung sendiri. |
| Siar Adegan Bogel, TV3 Minta Maaf Posted: 10 Apr 2012 11:29 PM PDT TV3 Mohon Maaf Kesilapan Penyiaran Adegan Bogel Emile HirschPETALING JAYA: Stesen televisyen TV3 pada Selasa memohon maaf kepada penonton negara ini terhadap penyiaran adegan kurang sopan dalam filem Into The Wild yang disiarkan menerusi saluran itu pada 24 Mac lalu. TV3 dalam satu kenyataannya kepada mStar Online di sini Selasa berkata, pihaknya akur terhadap kesilapan yang berlaku sehingga menimbulkan bantahan beberapa pihak. "Pihak kami memandang serius insiden ini dan TV3 akan berusaha memastikan kandungan dan paparan yang disajikan kepada para penonton bukan sahaja sarat dengan elemen hiburan dan "infotainment" semata-mata, malah turut memastikan ia dapat memberi impak positif dan kesan moral bersesuaian dengan cita rasa penonton," kata kenyataan itu. Pertubuhan yang dikenali Allied Coorodinating Committee of Islamic NGO's (ACCIN) melalui Pengerusinya Datuk Zainal Abidin Ab. Kadir dalam sebuah akhbar pada Selasa membantah tindakan TV3 kerana menyiarkan adegan bogel terlampau filem berkenaan sehingga menampakkan kemaluan pelakon Emile Hirsch. ACCIN turut kesal dengan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) kerana kegagalan menapis adegan seperti itu dan juga filem-filem lain dari luar negara. Sementara itu LPFM yang dihubungi mStar Online memberitahu pihaknya telah membuat 24 pemotongan adegan "panas" dalam filem berkenaan sebelum dibenarkan untuk disiarkan oleh stesen televisyen itu. Pengerusinya, Datuk Raja Azhar Raja Abdul Manap berkata, TV3 sepatutnya perlu membuat penyuntingan semula lebih-lebih lagi pada adegan bogel yang dilakonkan oleh Emile Hirsch. "Selepas pemotongan dilakukan oleh LPFM, pihak kami telah meminta TV3 untuk membuat penyuntingan semula. Tak sangka ia boleh terlepas begitu sahaja," katanya. Dalam pada itu, tambah Raja Azhar, apabila sesebuah filem atau drama yang telah ditapis dan disiarkan itu mempunyai isu-isu sensitif, ia akan dilaporkan terus kepada Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia (SKMM) untuk diselidik. "Pihak kami akan menghantar laporan tentang isu berkenaan kepada pihak SKMM untuk membuat tindakan lanjut dan berharap semua stesen televisyen di negara ini mengikut garis panduan yang telah ditetapkan," katanya. -mstar Ulasan GB TV3 sama jer tarafnya dengan blogger-blogger pencacai UMNO yang tak takut dan tak segan silu siar gambar lucah / porno 100% bila tiba masanya untuk mereka mengaibkan seseorang. Lepas minta maaf buat lagi. Jikalah video seks yang menipu itu boleh ditayangkan pada umum pada masa prima tanpa segan silu, apatah lagi adegan tersorok di dalam filem-filem. |
| Task Force IC Warga Asing: Nak Pertahan Melayu Bukan Dengan Cara Menipu - Hadi Posted: 10 Apr 2012 09:33 PM PDT Task force': Pegawai kerajaan jangan sembelih diri sendiriKUALA LUMPUR, 10 April: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) menyifatkan tindakan Umno menubuhkan 'task force' untuk mendaftar pengundi warga asing satu tindakan mencabul konsep perlembagaan yang amalkan demokrasi sebenar. Sehubungan itu, beliau menasihatkan pegawai kerajaan jangan terpengaruh dengan pemberian duit dan pangkat dari Umno kerana ia hanya menyembelih diri sendiri. "Jangan jadi umpan untuk pegawai kerajaan dapat duit dan pangkat kerana ia hanya sembelih mereka sendiri. "Bila bersara nanti, tidak dihormati masyarakat, bila mati akan dikutuk oleh masyarakat, itu nasihat saya lah," kata Abdul Hadi mengulas penubuhan 'task force' khas oleh Umno untuk mendaftar warga asing menjadi pengundi. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar baru-baru ini mendedahkan penglibatan beberapa orang termasuk pegawai kerajaan dalam 'task force' untuk mendaftarkan warga asing sebagai pengundi. Bagi Abdul Hadi, yang lebih malang lagi adalah orang Melayu yang terpengaruh dengan hujah kononnya tindakan ini dibuat untuk menjaga kepentingan politik Melayu. "Malangnya yang paling tertipu adalah orang Melayu yang beragama Islam kerana mereka percaya dengan alasan inilah cara untuk pertahankan Melayu dan Islam. "Pertahankan Melayu dan Islam bukan cara tipu, kena guna jati diri Islam. Yang hakis Melayu adalah kerana kerja-kerja penyelewengan yang dibuat Umno sebelum, semasa dan selepas pilihan raya," kata Abdul Hadi dalam wawancara khas dengan Harakahdaily. Bagi beliau, kerja menipu melalui Mykad dan daftar pemilih bukan saja menghasilkan kemenangan yang rapuh untuk BN tetapi ia bakal menjadi sebab kejatuhan BN Beliau juga kesal dengan tindakan ini kerana tindakan untuk mempertahankan kuasa, mereka sanggup memanggil sendiri penjajah datang untuk menjajah negara. "Sangat malang politik negara ditentukan oleh orang luar, orang asing yang kita panggil untuk jajah diri sendiri. "Ini tindakan yang sangat salah dan sangat silap," kata Abdul Hadi. Sehubungan itu, beliau mencadangkan kepada Umno agar belajar dari negara barat. "Kita kena belajar dengan barat yang kalah pilihan raya dan jatuh belajar dari kesilapan untuk naik balik," kata beliau. Beliau juga memaklumkan, PAS mempunyai maklumat BN menggunakan duit dan pegawai kerajaan dan pasukan keselamatqn untuk kawal tempat menyediakan Mykad untuk warga asing. "Ini kita tahu semua," kata beliau kesal. -HD |
| Posted: 10 Apr 2012 06:36 PM PDT Ipoh: Sebuah flat usang di kawasan Anjung Tawas Damai, Tasek, di sini, mendapat jolokan 'flat awek bohsia' apabila dikesan menjadi sarang maksiat berikutan dihuni lebih 300 wanita warga asing dari pelbagai negara. gambar failFlat berkenaan menjadi perbualan penduduk setempat berikutan kediaman itu seolah-olah dijajah pendatang warga asing yang menyewa serta menghuni sejak lebih setahun lalu. Malah, kehadiran lelaki warga asing yang kerap berkeliaran terutama pada waktu malam di flat itu turut menimbulkan rasa kurang senang penduduk tempatan yang bimbang tempat itu dijadikan 'sarang' kegiatan tidak bermoral. Susulan aduan dan laporan diterima daripada penduduk, Jabatan Imigresen menyerbu flat berkenaan jam 10.45 malam kelmarin. Ketua Unit Operasi Jabatan Imigresen Perak, Irwan Zahid berkata, operasi bersepadu itu disertai Jabatan Imigresen, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela). Menurutnya, pihak berkuasa terlebih dulu mengepung kawasan flat setinggi lima tingkat itu sebelum memeriksa setiap unit kediaman berkenaan. "Hasil pemeriksaan itu mengejutkan apabila flat itu dihuni 349 wanita warga asing pelbagai negara. "Kebanyakan wanita warga asing ini didapati menyewa beramai-ramai di flat berkenaan dan bekerja di kawasan kilang dan bandar berhampiran," katanya. Menurutnya, sepanjang operasi berkenaan, semua wanita warga asing itu memberikan kerjasama dan diarahkan berkumpulan di padang berhampiran. "Hasil pemeriksaan mendapati 377 warga asing ditahan untuk pemeriksaan. Mereka yang diperiksa ialah 28 lelaki dan 349 orang wanita. "Pemeriksaan mendapati 23 individu ditahan berasal dari Indonesia, 61 (Kemboja), 58 (Vietnam) dan 235 (Myanmar)," katanya. Menurutnya, Imigresen bagaimanapun tidak membuat sebarang tangkapan berikutan semua warga asing ditahan memiliki dokumen serta pas yang sah tinggal di negara ini. "Operasi ini sebagai persiapan dan persediaan penyelarasan kerjasama antara agensi penguat kuasa sebelum operasi besar-besaran di bawah Penguatkuasaan Program 6P bermula selepas tamat tempoh pemutihan. "Imigresen mempergiatkan operasi seumpama itu di seluruh negeri ini bagi memastikan negeri ini tidak menjadi pusat kehadiran pekerja warga asing," katanya. -hm |
| You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



























No comments:
Post a Comment