Kelab Greenboc |
- Susu Kangkang - Apakah Harga Susu Terlalu Mahal Sehingga Ada Yang Terpaksa Mencuri?
- Pelakon Natasya Hudson Kini Bertudung
- Nizar Sudah Di Puncak Bumbung Tatkala Zambry Baru Sekadar Menjengah Bibir Asbestos
- Dedahkan Kandungan CCTV Kepada Umum, Ujar Gobin Kepada AG
- [Video] Jet Pejuang F-18 AS Rempuh Pangsapuri
- Bas Terbalik Di Lebuhraya PLUS, 29 Penumpang Terselamat
- Faekah Selar Khir Toyo: Tak Tahu Tanya, Jangan Bodoh Sombong!
- Selain Jenayah Acu Parang Dileher, Kini Jenayah Tembak Pula Menjadi-jadi
Susu Kangkang - Apakah Harga Susu Terlalu Mahal Sehingga Ada Yang Terpaksa Mencuri? Posted: 08 Apr 2012 05:15 PM PDT Sorok tin susu celah kangkang KANGAR: Kumpulan wanita berjubah yang aktif mencuri susu di pasar raya di beberapa lokasi seluruh negara muncul di bandar ini dengan taktik lebih agresif sebelum dicekup polis selepas perbuatan mereka dirakam kamera litar tertutup (CCTV). Dalam kejadian di sebuah pasar raya di Jalan Kaki Bukit, di sini, Khamis lalu, lima wanita terbabit dikesan mencuri puluhan susu tepung berjenama yang bernilai kira-kira RM10,000 dengan cara menyorokkan barangan itu di celah kangkang mereka. Melalui rakaman CCTV, mereka yang bertudung labuh, berbaju kurung dan berjubah dilihat keluar masuk premis pasar raya itu sebanyak empat kali dan dengan selamba menyorokkan tin serta kotak susu yang dicuri di dalam pakaian masing-masing. Pihak pengurusan pasar raya yang menyedari perbuatan itu selepas melihat rakaman CCTV terus membuat laporan polis. Siasatan polis kemudian mendapati lima wanita terbabit turut dibantu enam lelaki dan polis menahan enam daripada mereka termasuk dua wanita di Klang, Selangor dan Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pada Jumaat lalu. -hm Ulasan GB GB ingin melihat isu ini dari perspektif yang berbeza sedikit. Mengapa kini kerap berlaku adegan mencuri susu di beberapa tempat? Sebelum ini ada dilaporkan Hamil Bukan Sebarang Hamil, Wanita 'Hamil' Tin Susu dan kisah Seorang Ibu Muda Terpaksa Curi Susu Demi Anak Dan ada kisah seorang Bapa Samun RM20 Beli Susu Anak Dipenjara 3 Tahun seperti dilampirkan di bawah. Apakah faktor sebenar yang mendorong kejadian tersebut berlaku? Apakah kerana harga susu yang begitu tinggi menyebabkan rakyat tersepit dan terpaksa "mencuri" tanpa takut dengan risiko yang bakal dihadapi? klik untuk baca |
Pelakon Natasya Hudson Kini Bertudung Posted: 08 Apr 2012 04:08 PM PDT Pelakon dan penyanyi Natasha Hudson, 29, bakal menamatkan zaman solonya bersama seorang ahli perniagaan dan juga penyanyi Carleed Khaza, 33, pada 15 April hadapan. Pasangan ini memilih Masjid Wilayah, Jalan Duta, Kuala Lumpur sebagai lokasi pernikahan dan majlis akan diadakan sekitar jam 11 pagi. Menurut Natasha yang dihubungi GUA semalam, dia dan Carleed tidak ada sebab-sebab tertentu memilih tarikh 15 April, sebaliknya tarikh itu dipilih kerana mengikut tarikh yang dicadangkan oleh pihak masjid. "Perancangan untuk melangsungkan pernikahan telah kami buat sebelum masing-masing menunaikan umrah baru-baru ini. Namun, ketika berada di Mekah saya telah membuat keputusan muktamad. Saya tidak rasa ia terlalu tergesa-gesa sebab saya memang sudah bersedia. "Tarikh itu dipilih kerana pihak masjid maklumkan tarikh itu masih kosong. Bukan ada sebab lain. Kami akan adakan majlis sederhana sahaja. Tidak ada sebarang majlis resepsi kerana kami tidak mahu bazirkan duit. Selepas akad nikah selesai, akan ada majlis makan-makan untuk tetamu. Itu sahaja," ujar Natasha. Ditanya sama ada pihak keluarga bersetuju atau tidak dengan majlis perkahwinan yang ringkas itu, Natasha memberitahu kedua-dua belah pihak keluarga tidak punya masalah kerana masing-masing memang tidak suka mengadakan majlis beberapa kali atau diadakan secara besar-besaran. "Baik Carleed mahupun pihak keluarga, masing-masing tidak kisah sama ada hendak adakan majlis resepsi atau tidak. Sebenarnya mereka pun tidak suka kalau kami hendak adakan majlis beberapa kali. Cukuplah sekadar majlis yang sederhana tapi cukup bermakna," ulas ibu kepada Nessa Helena ini. Untuk makluman, bakal suami Natasha selain bergelar penyanyi dia juga seorang ahli perniagaan yang memiliki syarikat muzik, PhuturePhlow. Pasangan ini pernah berduet menerusi lagu "Jika Ku Boleh Ubah Dunia". Sudah berhijab Dalam perkembangan lain, tahniah GUA ucapkan kepada Natasha dengan penampilan terbarunya. Natasha kini memilih untuk mengenakan hijab dan keputusan ini dibuat ketika dia berada di Tanah Suci. Jelas Natasha, keputusannya itu bukan atas desakan sesiapa tetapi kerana pintu hatinya telah terbuka. "Memang ramai kawan-kawan yang tidak sangka dengan perubahan saya ini. Begitu juga dengan keluarga. Namun, mereka semua gembira untuk saya dan memberikan sokongan. Carleed juga gembira dengan imej baru ini. "Saya akan teruskan karier lakonan dan nyanyian seperti biasa kerana saya tidak menganggap pemakaian hijab sebagai satu masalah besar. Kalau Yuna boleh melakukannya, saya juga boleh. Saya percaya perjalanan hidup kita ditentukan oleh Allah. Buat masa ini saya gembira dengan perubahan ini dan mendoakan ia berkekalan," ujar Natasha dengan nada gembira. -gua.com.my klik untuk baca |
Nizar Sudah Di Puncak Bumbung Tatkala Zambry Baru Sekadar Menjengah Bibir Asbestos Posted: 08 Apr 2012 09:08 AM PDT Klik untuk besarkan Setelah gagal untuk menyahut cabaran Datuk Seri Nizar Jamaluddin, supaya mendedahkan semua dokumen dan minit mesyuarat berkaitan kontroversi kilang bijih besi Vale, Zambry Kadir menyerang Mohamad Nizar dengan mendakwa ADUN Pasir Panjang itu, Mohamad Nizar tidak menghiraukan permasalahan penduduk di kawasan yang diwakilinya. Bernama hari ini melaporkan kenyataan MB Rayuan, Zambry, kononnya, sejak memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang tiga tahun lalu, Mohamad Nizar tidak pernah sekali pun membangkitkan permasalahan penduduk di situ. "Sepanjang DUN bersidang sejak tiga tahun lalu, Nizar tidak pernah mengemukakan sebarang permasalahan penduduk di situ untuk diselesaikan. "Beliau lebih gemar berpolitik, berceramah, memaki hamun kerajaan dan meracun pemikiran rakyat supaya terus membenci kerajaan Barisan Nasional (BN). "Pengundi di Pasir Panjang terbiar...jadi sebagai kerajaan yang prihatin dengan permasalahan rakyat, BN menerusi Penyelaras DUN Pasir Panjang terpaksa mengambil alih tanggungjawab untuk menyelesaikan setiap masalah di situ," katanya kepada pemberita selepas merasmikan serentak persidangan Cawangan-Cawangan UMNO Bahagian Lumut 2012 di Teluk Muroh dekat sini, hari ini. Sedangkan umum mengetahui Mohamad Nizar adalah pemimpin yang prihatin terhadap masalah rakyat. Beliau terus pergi bertemu rakyat yang menghadapi masalah, menyelesaikan masalah itu sehingga ke akar umbinya, tidak seperti Zambry yang sekadar melakukan penyelesaian di pinggiran. Buktinya pada 3 Februari lalu, tatkala berpuluh-puluh buah rumah di Taman Sri Manjung, Fasa 3 hilang bumbung masing-masing apabila diserang ribut puting beliong, Mohamad Nizar sendiri gbantuan kepada mangsa ribut. Hal yang tak perlu dibincang di dalam Dewan dan bantuan segera untuk kepada mangsa berkenaan hasil dari sumbangan daripada pelbagai pihak termasuklah DS Nizar sendiri selaku Adun Pasir Panjang serta ahli-ahli Pas Lumut. Ajijoi ada maklumatnya: Bantuan DS Nizar kepada mangsa ribut di Seri ManjungMinggu lalu, ribut yang kuat telah melanda di Fasa 3A, Seri Manjung. Banyak rumah yang mengalami kerosakan terutamanya dibahagian bumbung yang diterbangkan oleh ribut tersebut. Dato Seri Nizar telah meluangkan masa melawat tempat kejadian sambil menghulurkan bantuan segera bagi membaiki rumah yang terlibat dengan bencana alam itu. DS Nizar meninjau dengan lebih dekat lagi keadaan rumah-rumah mangsa ribut Bukan hanya bumbung rumah yang musnah, malah syiling dan harta benda didalam rumah juga turut terlibat sama Bantuan segera yang tiba, dengan sumbangan daripada pelbagai pihak termasuklah DS Nizar selaku Adun Pasir Panjang serta ahli-ahli Pas Lumut. Bilangan atap asbestos yang diperolehi agak terbatas kerana kekurangan bekalan di Seri Manjung akibat kejadian ribut itu DS Nizar meninjau sendiri keadaan bumbung rumah dengan memanjat sehingga ke tengah bumbung Penulis teringin melihat Zambry melakukan perkara yang sama DS Nizar bertanya khabar dengan salah seorang mangsa ribut Makan tengahari bersama penduduk. Makan pagi dan tengahari disediakan oleh Pusat Khidmat Pasir Panjang DS Nizar menyampaikan ucapan serta sedikit bantuan sebagai tanda simpati di Surau Fasa 3A yang dijadikan Pusat Gerakan Bantuan Bencana Penduduk terbabit mengisi borang aduan Pegawai-pegawai dari Pejabat Daerah Manjung juga berada disana DS Nizar berbincang dengan Pegawai Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal bencana di daerah Manjung Kejadian ribut kini kerap berlaku di kawasan Fasa 3A Seri Manjung ini. Kemungkinan semenjak dilakukan pembangunan dikawasan pantai berhampiran. MPM, perancang bandar, NYH Karsin, TNB Janamanjung dan Kilang Besi Vale perlu mengambil perhatian yang lebih serius terhadap kejadian ribut kencang sebegini. Kredit foto buat fb Hamidun Ahmad |
Dedahkan Kandungan CCTV Kepada Umum, Ujar Gobin Kepada AG Posted: 08 Apr 2012 05:47 AM PDT Ahli Parlimen Puchong, Gobind Sigh Deo hari ini menuntut Peguam Negara mendedahkan kandungan rakaman litar tertutup (CCTV) berhubung insiden pergaduhan anak lelaki Datuk Seri Nazri Aziz kepada umum supaya tidak timbul persoalan berhubung perkara berkenaan. Menurut Gobind (gambar), Peguam Negara juga perlu memberi penjelasan mengapa pihaknya sudah membuat rumusan sebelum kes itu disiasat kerana ia akan mempertikaikan kredibiliti pihak berkuasa. "Rakaman CCTV itu perlu didedahkan kepada umum dan siasatan dijalankan supaya tidak timbul keraguan rakyat terhadap isu ini. "Peguam Negara juga perlu menjelaskan mengapa pengumuman berkenaan hasil siasatan itu dibuat sedangkan siasatan masih berjalan kerana kredibiliti pihak polis akan dipertikaikan," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Pemimpin PKR sebelum ini turut menggesa pihak polis menjelaskan perkara itu. Naib Presiden PKR, N.Surendran mempersoalkan pihak polis bertindak sedemikian sedangkan laporan media menunjukkan terdapatnya bukti berhubung insiden pergaduhan anak lelaki Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz dengan pegawai keselamatan itu. Pihak polis mendakwa telah menyelesaikan perkara itu hanya selepas empat hari kes tersebut didakwa berlaku. Ketua Balai Polis Brickfield mengesahkan insiden tersebut dan menegaskan insiden pergaduhan berkenaan hanya melibatkan pengawal peribadi Mohamad Nedim dengan pengawai keselamatan berkenaan. PKR turut mendakwa kemungkinan berlakunya insiden penyalahgunaan kuasa berhubung perkara itu kerana ia melibatkan anak kepada pemimpin kanan Umno Barisan Nasional (BN). Tambah Surendran, kes tersebut boleh diklasifikasikan sebagai serangan dan membawa kepada kecederaan di bawah Kanun Jenayah seksyen 321, 350, dan 351, dan kes itu harus dipindahkan daripada balai polis Brickfield kepada badan siasatan bebas. Video shows Nazri's son assaulting guard: report klik untuk baca |
[Video] Jet Pejuang F-18 AS Rempuh Pangsapuri Posted: 08 Apr 2012 03:28 AM PDT Virginia Beach - Pasukan bomba menyelongkar serpihan sebahagian bangunan pangsapuri di Amerika Syarikat (AS) yang runtuh semalam selepas dirempuh sebuah jet pejuang F-18 milik Tentera Laut AS. Insiden tersebut mencetuskan satu kebakaran besar yang mencederakan sembilan orang termasuk dua juruterbang kelmarin tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini. Jet berkenaan merempuh bangunan pangsapuri di sini, dalam negeri Virginia, sejurus selepas ia berlepas dari sebuah pangkalan tidak jauh dari lokasi kejadian. Seorang pegawai tentera laut AS, Kapten Mark Weisgerber menyalahkan kerosakan mekanikal sebagai punca nahas. Menurutnya, kedua-dua juruterbang sempat mengaktifkan kerusi anjal mereka untuk menyelamatkan diri sebelum pesawat terhempas. Beberapa pegawai penyelamat pula memberitahu, sekitar 40 pangsapuri didapati musnah atau rosak dalam nahas tersebut. Bahagian-bahagian pesawat yang berkecai dapat dilihat di belakang beberapa buah bangunan di sekitar lokasi kejadian selepas pasukan bomba menyembur cecair buih bagi mengelakkan api daripada merebak. Beberapa saksi berkata, jet itu menjunam secara tiba-tiba manakala kebakaran merebak dengan cepat akibat tumpahan bahan api pesawat. "Bangunan pangsapuri itu seperti mula hendak runtuh," kata seorang lelaki, Zack Zapatero kepada saluran berita CNN. Seorang saksi lain, Jon Swain menceritakan detik cemas jet pejuang itu merempuh blok pangsapuri berkenaan. "Saya melihat api keluar dari bahagian belakang pesawat dengan ia terbang semakin rendah. Saya kemudian melihat seorang juruterbang melantun ke udara sebelum jet itu terhempas," katanya. Jet F-18 berkenaan ditempatkan di Stesen Udara Tentera Laut Oceana, di sini yang merupakan pangkalan kepada 19 skuadron AS. Punca kejadian masih disiasat. - Agensi |
Bas Terbalik Di Lebuhraya PLUS, 29 Penumpang Terselamat Posted: 08 Apr 2012 02:27 AM PDT Gopeng – Seramai 29 penumpang dan dua pemandu nyaris maut apabila bas persiaran yang dinaiki mereka terbabas dan terbalik di Kilometer 300 Lebuh Raya Utara-Selatan, menghala ke utara dekat Gua Tempurung di sini, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, bas yang dipandu seorang lelaki berusia antara 40-an dalam perjalanan dari Genting Highland ke Batu Gajah dipercayai hilang kawalan selepas melanggar lopak air. Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Abd Aziz Salleh berkata, 15 mangsa yang cedera ringan mendapat rawatan pesakit luar di Hospital Kampar dan Hospital Tapah dan Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. "Bas berkenaan dipercayai hilang kawalan selepas melanggar lopak air. Keadaan cuaca yang hujan lebat berserta angin kuat menyebabkan bas itu senget ke bahagian kiri jalan selepas menuruni bukit. "Bagaimanapun, semua penumpang berjaya menyelamatkan diri dengan merangkak menerusi cermin hadapan yang pecah. Bas berkenaan terbalik dengan keempat-empat tayar di atas," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam. Menurutnya, pemandu bas berusia 40-an tidak mengalami apa-apa kecederaan dan akan diambil keterangan berhubung kejadian itu. "14 penumpang lagi telah pulang ke rumah kerana tidak mengalami apa-apa kecederaan," katanya. Sementara itu, jurucakap bilik gerakan Balai Bomba Goepng berkata, pihaknya menerima panggilan jam 6.11 petang dan tiga jentera dari Balai Bomba Gopeng, Tapah dan Simpang Pulai dikejarkan ke tempat kejadian. "Bomba mengambil masa kira-kira dua jam untuk menarik bas berkenaan selain memastikan tiada kebocoran bahan bakar bagi mengelakkan sebarang letupan," katanya. -SH |
Faekah Selar Khir Toyo: Tak Tahu Tanya, Jangan Bodoh Sombong! Posted: 08 Apr 2012 12:53 AM PDT Shah Alam, 8 April: Tindakan Mantan Menteri Besar Selangor, Khir Toyo menuduh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berbohong berhubung perlaksanaan Geran Selangorku mendapat reaksi Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin. Berikut adalah petikan penuh kenyataan Faekah. Tindakan Khir Toyo yang menuduh Tan Sri Khalid berbohong benar-benar tidak melambangkan sifat seorang mantan Menteri Besar. Beliau yang mengulas berkenaan pelaksanaan Geran Selangorku kononnya beliau hairan mengapa geran digunakan untuk projek infrastruktur bukan bantuan kepada peniaga kecil. Khir Toyo sepatutnya menjadi orang terakhir yang boleh komen pasal Geran Selangorku. Dua sebab saya katakan sedemikian; Geran Selangorku adalah wang yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat hasil dari kutipan hutang yang gagal beliau kutip semasa pentadbirannya. Hutang Talam yang kesemuanya lebih 400 juta berjaya dikutip kerajaan hari ini melalui pembayaran tunai dan perolehan aset. Wang itu jugalah yang kita salurkan semula kepada rakyat melalui 17 program utama. Kegagalan Khir yang dengan sengaja tidak mengutip hutang tersebut sepatutnya menjadikan beliau malu untuk menyebut apa-apa yang berkenaan Geran ini, apatah lagi mencela pelaksanaannya. Sebab kedua ialah kerana Khir gagal menghadirkan diri semasa Dewan bersidang. Malah upacara pembukaan Dewan oleh DYMM Tuanku juga sanggup di kesampingkannya. Khir Toyo tidak ubah umpama orang buta takutkan tongkat. Lebih tepat lagi, bodoh sombong. Lain kali elok bertanya jika rasa ragu bukan sekonyong-konyong menuduh orang lain menipu. Sikap Khir yang suka ponteng Dewan, menjadikannya begitu naif dengan program-program yang berada dalam ruang lingkup Geran Selangorku. Sepanjang yang saya lihat hanya separuh hari sahaja Khir datang ke Dewan itupun bagi menutup malu kerana ditempelak Adun Sekinchan beliau memohon cuti sakit tetapi aktif mengeluarkan kenyataan di blog; laman sosialnya. Meskipun hebat di dalam Blog namun semasa hadir selama separuh hari tersebut, tidak ada satu patah perkataanpun yang dikeluarkannya di dalam Dewan, jauh sekali untuk berbahas ataupun memberi pandangan bernas. Malang sekali rakyat Sungai Panjang bila Adunnya hanya mampu bermonolog di blog. Untuk pengetahuan Khir, infrastruktur adalah sebahagian dari program Geran Selangorku dan hanya melibatkan 50 juta, selebihnya adalah untuk belia, wanita termasuklah program keusahawanan. Kalau Khir boleh memaparkan carta geran, ini bermakna Khir boleh mendapat maklumat tepat tentang Geran. Nampaknya Khir sengaja menulis di blog sekadar untuk mengadu domba dan berniat jahat. Geran Selangorku mempunyai Jawatan Kuasa Pemandu yang terdiri daripada pegawai kerajaan dan golongan professional termasuk Timbalan Pengarah JKR, Jurutera JKR dan QS JKR. Mengatakan ianya diterajui pegawai MB memang tersimpang sekali. Apatah lagi, DatoĆ Menteri Besar langsung tidak terlibat di dalam pemilihan projek mahupun pemilihan kontraktor. Perlaksanaan geran ini pula dikendalikan oleh Pejabat Tanah Dan Daerah dan PBT yang menjalankan proses tender. Tidak ada satupun projek yang dilakukan secara runding terus. Sekali lagi Khir cuba memperlekeh kewibawaan pegawai kerajaan yang cuba menjalankan tugas dengan telus. Nampaknya Khir sukar mempercayainya dan begitu janggal sekali. Masakan tidak, semasa pentadbirannya ratusan juta projek dilaksanakan secara runding terus dan lebih hebat lagi projek diberikan kepada pemaju dan kontraktor yang sama. Inilah yang dikatakan orang, jika seseorang itu biasa mencuri, maka dia selalu menyangka orang lain juga akan mencuri sepertinya. Khir juga sanggup berbohong apabila berkata semasa menjadi MB, tiada projek kerajaan yang tidak melibatkan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Kewangan. Baru 4 tahun tidak menjadi MB, beliau lupa bahawa projek di bawah ICU langsung tiada jawatankuasa. Semua projek dilaksana setelah mendapat unjuran dari Adun melalui Pengarah Pembangunan Negeri untuk disampaikan kepada ICU untuk dipilih dan pengeluaran waran peruntukan. Ianya langsung tidak melibatkan Pegawai Kewangan mahupun Setiausaha Kerajaan Negeri. Kerajaan Selangor terpaksa menyediakan Geran untuk infra kerana setelah PR mengambil alih negeri, banyak peruntukan untuk infra tidak disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan. Malah tuntutan Jabatan Pengairan dan Saliran ( JPS ) bagi Rancangan Malaysia Ke-10, sejumlah 1 bilion juga tidak diutamakan. Apabila banjir berlaku semua pemimpin UMNO-BN Selangor bertempik kononnya pegawai kerajaan tidak cekap mengawal banjir. Bagaimana JPS mahu melaksanakan tugas mereka dengan berkesan jika wang peruntukan penyelenggaraan sungai dan tebatan banjir tidak disalurkan? Butiran Geran Selangorku telah dibentang pada Exco dan semua data diberikan kepada ADUN semasa Dewan. Hanya ADUN yang benar-benar prihatin kepada kebajikan rakyat akan ambil pusing perkara ini. Bagi ADUN yang suka ponteng, pasti tiada maklumat. Barang pasti golongan ini akan malu bertanya tetapi mahu menunjuk pandai. Golongan inilah yang dikatakan sebagai bodoh sombong, umpama si buta bencikan tongkat. Faekah Husin. Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Ulasan GB Kan dah pecah lubang! Rupanya Khri Toyo kerap ponteng persidangan Dewan. Lepas tu nak ulas benda yang beliau masih samar dan tak tahu hujung pangkal. Bodoh sombong pulak tu, tak mahu semak atau bertanya, main buran semacam... sekarang dah kena.... GB kan dah pesan dulu kepada Khir Toyo, duduk rumah berzikir banyak-banyak awak tu, sebelah kaki dah di dalam penjara... Dengan sebab awak, Najib terpaksa labuhkan muka minta maaf kepada rakyat Selangor, pun belum tentu rakyat Selangor boleh maafkan. PRU13 nanti baru ada jawapannya. |
Selain Jenayah Acu Parang Dileher, Kini Jenayah Tembak Pula Menjadi-jadi Posted: 07 Apr 2012 09:12 PM PDT Parah kena tembak BALING - Seorang tukang kasut cedera parah setelah ditembak oleh individu tidak dikenali di kawasan berbukit Air Tepus, Hutan Simpan Ulu Muda, tiga hari lalu. Mangsa, Mat Isa Yaakup, 45, dari Kampung Charuk Bunting bersama seorang rakannya dikatakan keluar dari rumah pada 31 Mac lalu untuk mencari ikan tengas di kawasan hutan tersebut. Ayah kepada tiga orang anak itu rebah setelah terkena tembakan pada lewat petang 4 April lalu. Keadaan itu mengakibatkan rakan mangsa turun semula dari kawasan bukit untuk membuat laporan polis seterusnya mendapatkan bantuan penduduk setempat. Sehubungan itu, gerakan menyelamat mangsa dilancarkan oleh polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan penduduk kampung. Anggota penyelamat terpaksa meredah hutan dan bukit lebih lapan jam untuk sampai ke kawasan mangsa ditembak. Berikutan keadaan jalan yang tidak sekata, berisiko malah mengambil masa yang terlalu lama, pihak berkuasa terpaksa menggunakan bantuan helikopter untuk membawa mangsa keluar dari kawasan hutan itu. Sementara itu, isteri mangsa, Faridah Yaakup, 39, berkata, suami hanya memberitahunya akan ke Bukit Lasau tanpa menjelaskan tujuannya. "Suami saya memang sering ke Bukit Lasau untuk mencari ikan tengas. Dia akan pergi bersama rakan-rakannya dan akan bermalam selama beberapa hari di kawasan hutan itu. "Selalunya, suami akan pulang dengan keadaan selamat malah akan membawa hasil sungai dan hutan yang banyak untuk dijual," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam. Menurutnya, dia tidak begitu risau kerana suaminya tahu selok belok dalam kawasan hutan tersebut sehinggalah dimaklumkan jiran bahawa suaminya cedera terkena tembakan. "Tiada apa yang dapat saya lakukan melainkan berdoa agar suami berjaya diselamatkan. Tambahan pula, kebanyakan penduduk mengatakan suami saya telah meninggal dunia di atas bukit itu. "Saya runsing kerana tidak mendapat maklumat tepat sehinggalah dimaklumkan polis bahawa suami selamat tetapi parah.," katanya kepada Sinar Harian. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Mat Daud Mat Hassan mengesahkan kejadian tersebut. "Mangsa dijangka dibawa keluar dengan helikopter," katanya. Difahamkan, ketika berita ini ditulis, usaha menyelamat dihentikan kerana hujan. -SH Ulasan GB Baru semalam GB ulas mengenai banyak kejadian Kes Lelaki Bertopeng Acu Parang Di Leher Menjadi-jadi, kini muncul jenayah yang lebih hebat, menembak mangsa. Pada 4 April lalu Seorang Pemuda Mati Ditembak Dalam Kereta Di Pasir Mas, kini kejadian di atas, sSeorang tukang kasut cedera parah setelah ditembak oleh individu tidak dikenali di kawasan berbukit Air Tepus. Rakyat semakin ragu tentang kebenaran kenyataan Negara Paling Selamat. Begitu juga kenyataan Najib yang menyatakan di bawah NKRA mengurangkan jenayah, indeks jenayah telah turun sebanyak 15.1 peratus manakala jenayah jalanan sebanyak 39.6 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Ia seperti satu penipuan kerana kenyataan di depan mata, jenayah semakin berleluasa. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment