Kelab Greenboc |
- Wanita Cerita Pengalaman Pahitnya Berkahwin Dengan Lelaki Afrika
- [PANAS] Task Force IC Warga Asing, Mahfuz Ada Bukti Bikin Wan Ahmad Pucat Lesi
- Ditawar Jawatan, Ajak Jumpa PM Agar Tinggalkan Pas
- Kes Pukul Libatkan Anak Nazri: Polis Terkejut Lihat Rakaman CCTV
- 8 Penumpang Cedera Selepas Bas Sri Indah Terbabas Di Jalan Tun Sambathan
- [Video] Kanak-kanak 10 Tahun Lahirkan Bayi 2.3kg
- 23 Terhidu Gas Bocor Di Loji Petronas Kertih, Bagaimana Kata Lynas Selamat?
- [Video] Apakah PERKASA Diberi Lesen Cetuskan Huru-Hara Dimana-mana?
- Kes Lelaki Bertopeng Acu Parang Di Leher Menjadi-jadi. Terbaru Di Kajang
Wanita Cerita Pengalaman Pahitnya Berkahwin Dengan Lelaki Afrika Posted: 07 Apr 2012 05:15 PM PDT Derita jadi pemuas nafsu KUALA LUMPUR: Kemaruk mahu bersuamikan lelaki asing yang dikatakan lebih kacak, gagah, romantis dan pandai mengambil hati berbanding lelaki tempatan, rumah tangga dibina seorang wanita bagaikan neraka apabila dia hanya dijadikan tempat pemuas nafsu selain mangsa sepak terajang. Lebih teruk, tidak sampai setahun berkahwin dan sebaik hartanya habis dikikis, lelaki Nigeria dikahwininya menghilangkan diri. Itu antara pengalaman dilalui Seri, 29, angkara termakan umpan cinta Khazem, 38, yang pada mulanya memberikan layanan istimewa untuk memikatnya. Bagaimanapun, sebaik berkahwin, istana cinta diimpikan bertukar neraka apabila dia dilayan seperti pelacur selain keringatnya dikerah untuk mencari duit bagi menyara hidup suaminya. Menceritakan detik pertemuan mereka, Seri berkata, dia diperkenalkan kepada Khazem oleh rakannya yang turut menjalin hubungan dengan lelaki Afrika ketika belajar di sebuah kolej di Subang Jaya. "Pada mulanya saya tak terfikir nak mengenali Khazem dengan lebih rapat. Namun disebabkan belajar di kolej sama, hampir setiap hari kami bertemu dan bermula dari situlah dia mengambil berat mengenai saya berbanding rakan lelaki lain. "Boleh dikatakan setiap kali keluar bersama, dia mengeluarkan belanja, malah ketika saya tak cukup duit untuk membayar sewa rumah, dia yang datang membantu," katanya ketika ditemui Metro Ahad. Asyik dengan layanan istimewa Khazem, Seri akhirnya jatuh hati walaupun tidak mengetahui latar belakangnya. "Saya tak tahu nak cakap perasaan saya kepadanya. Kalau ikutkan perasaan, ramai lagi rakan lelaki lain yang saya suka, tapi bila dengan Khazem saya jadi lupa dan sentiasa ingin bersamanya. "Dia beritahu saya, keluarganya mempunyai perniagaan di Nigeria dan segala perbelanjaannya ditanggung keluarga," katanya. Menurut Seri, empat bulan selepas perkenalan, dia kehilangan 'mahkotanya' pada Khazem selepas lelaki itu membawanya ke sebuah kelab malam. "Sebenarnya saya tak sedar waktu itu, mungkin kerana diberi dadah. Saya hanya tahu sudah terlanjur dengannya apabila bangun keesokannya dan mendapati Khazem tidur di sebelah saya tanpa pakaian. "Kerana sayangkannya, saya mengambil keputusan berkahwin dengannya tanpa pengetahuan keluarga dan berhenti belajar," katanya. Seri berkata, selepas tiga bulan, dia terpaksa keluar mencari kerja apabila suaminya memberitahu tidak lagi menerima wang daripada keluarga dengan alasan berkahwin tanpa pengetahuan mereka, selain sukar mendapat pekerjaan kerana berstatus warga asing yang memegang pasport pelajar. Walaupun pada mulanya Seri mendapat tawaran bekerja sebagai penyambut tetamu dengan gaji RM1,500 sebulan, namun selepas didesak Khazem, dia hanya sempat bekerja sebulan dengan alasan bayaran diterima tidak setimpal. "Kerja kedua saya sebagai pelayan kelab malam dengan gaji RM2,300 tak termasuk elaun serta tip pelanggan. Saya terima kerja ini setelah Khazem berjumpa pengurus kelab itu bagi mendapatkan kerja untuk saya. "Mulanya saya tak mahu, tapi setelah Khazem berjanji ia hanya sementara sebelum dia mencari pekerjaan tetap, saya terus bersetuju," katanya. Bagaimanapun, Seri berkata, sebaik bekerja sebagai pelayan kelab malam, suaminya mula menunjukkan belang apabila hanya menjadikannya sebagai pemuas nafsu dan mengikis gaji serta tip diterimanya. "Saya bekerja dari jam 10 malam hingga jam 4 pagi. Jadi kebanyakan waktu siang saya di rumah. Sepanjang saya di rumah, Khazem keluar dengan alasan merancang perniagaan bersama rakan selain menguruskan dokumen perjalanan di negara ini. "Kami hanya berjumpa sekejap sama ada kerana dia mahu layanan seks, minta duit atau balik untuk menyalin pakaian hinggalah pada satu hari dia memukul saya kerana tiada wang," katanya. Bagaimanapun, menurutnya, Khazem bijak menyusun kata untuk memujuknya. "Jika saya dipukul kerana tiada duit atau keinginan seksnya tidak diendahkan, keesokannya dia balik membawa makanan serta sedikit duit bagi memujuk. "Bagaimanapun, kalau hampir setiap hari dipukul, wanita mana boleh tahan. Banyak kali juga saya minta cerai tapi apabila dia balik ke rumah, memujuk serta berjanji untuk mengubah perangai, saya jadi cair dan makin sayang dengannya. "Bayangkan, saya berani ke kelab malam untuk berhibur, minum arak, terlanjur dan bekerja di kelab malam, semuanya kerana Khazem. Walaupun awalnya menolak, selepas dipujuk rayu saya jadi cair dan terus mengikut katanya," katanya. Bagaimanapun, ketika usia perkahwinan mencecah setahun dan disahkan hamil serta tidak dapat lagi meneruskan kerja sebagai pelayan kelab malam, suami dicintai tiba-tiba menghilangkan diri hinggalah dia melahirkan anak pada Oktober tahun lalu. "Saya kesal mengenalinya kerana jika diimbas kenangan bersamanya, tiada yang indah. Sudahlah terpaksa bekerja, setiap sen gaji yang saya terima habis dikebasnya. "Lebih dikesali, perkahwinan kami tidak mendapat pengesahan jabatan agama, menyebabkan saya tidak dapat mendaftarkan nama anak saya," katanya. |
[PANAS] Task Force IC Warga Asing, Mahfuz Ada Bukti Bikin Wan Ahmad Pucat Lesi Posted: 07 Apr 2012 04:30 PM PDT Alor Setar - Datuk Mahfuz Omar mencadangkan penubuhan satu suruhanjaya diraja dan bersedia memberi kerjasama bagi menyiasat dakwaannya mengenai kewujudan pasukan khas yang bertanggungjawab memberi kewarganegaraan kepada warga asing untuk mengundi dalam pilihan raya umum. Naib Presiden Pas ini berkata, pendedahan yang dibuatnya adalah serius kerana ia mungkin membolehkan golongan itu mengundi dalam pilihan raya kelak. "Saya sudah usulkan cadangan supaya diwujudkan suruhanjaya diraja ini segera dalam perbahasan belanjawan tahunan di Parlimen baru-baru ini. "Saya harap ia dipertimbangkan kerana mempunyai asas yang kukuh dalam dakwaan itu," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena ketika ditemui selepas Ceramah Pelancaran Kempen Bersih 100 Peratus peringkat negeri Kedah, di Kompleks Hijau Kuning, malam tadi. Menurutnya, berdasarkan laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bersetuju dengan cadangan penubuhan suruhanjaya itu untuk menyiasat pemberian kerakyatan warga asing di Sabah. "Secara tidak langsung, PSC mengakui perkara seperti itu memang berlaku di Sabah, tetapi saya cadangkan untuk semua negeri kerana difahamkan gerakan itu menyeluruh dan berlaku di setiap negeri," katanya. Mahfuz sebelum ini mendedahkan wujudnya pasukan khas ini yang diketuai Penasihat Khas Perdana Menteri, Datuk Osman Razak; Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, Datuk Tajuddin Wahab dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar. Bagaimanapun Wan Ahmad dalam ulasannya kepada Sinar Harian kelmarin telah menafikan dakwaan Mahfuz. Ketika ditanya mengenai keseriusan beliau mendedahkan nama individu terbabit, Mahfuz berkata, ia bukan cakap kosong tetapi akan disertakan dengan bukti. "Saya ada bukti sebab itu saya berani cakap. Tetapi saya hanya mahu bekerjasama dengan suruhanjaya diraja untuk siasat perkara ini," katanya. Menurutnya, pendedahan ini dibuat kerana bimbang masa depan negara kelak ditentukan oleh warga asing, dan pada masa yang sama menafikan hak rakyat untuk mengundi secara telus. "Ini suatu ancaman kepada negara dan amat bahaya. Saya tahu saya menanggung risiko besar mendedahkan perkara in dan menyerahkan keselamatan saya kepada ALLAH SWT kerana tidak mahu membiarkan tanah air tergadai," katanya. Mahfuz berharap suruhanjaya itu dapat ditubuhkan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Ulasan GB Oleh kerana isu ini besar dan penting, semua dewan-dewan pemuda, muslimat dan ulamak serta kawasan-kawasan & perhubungan negeri sepatutnya membuat laporan polis di tempat masing-masing. Ia perlu dipandang serius oleh parti. Ini kerana SPR sudah terbukti tidak mempunyai integriti lagi. Pemberian IC kepada warga asing untuk membolehkan mereka mengundi demi mempastikan kemenangan UMNO BN adalah satu pengkhianatan terhadap unsur demokrasi disamping satu penderhakaan terhadapan kedaulatan negara yang tidak boleh dipandang sepi. Apatah lagi yang terlibat sama adalah pegawai PM sendiri. Wan Ahmad dan mereka yang terlibat di dalam task force itu perlu ditangkap, diadili dan dihumbankan ke penjara. Sementara ahli-ahli yang lain, jangan lupa untuk menghadiri BERSIH 3.0 pada 28 April ini nanti. klik untuk baca |
Ditawar Jawatan, Ajak Jumpa PM Agar Tinggalkan Pas Posted: 07 Apr 2012 08:01 AM PDT Shah Alam: Bukan sahaja ditawarkan jawatan sebagai Timbalan Motivator dalam sebuah badan bukan kerajaan (NGO), bahkan turut dipelawa berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Tawaran ini diterima Rabu lalu oleh bekas Ketua Umno Cawangan Kampung Melaka, Osman Shamsuddin dari dua individu yang mendakwa wakil kepada Setiausaha Sulit Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Jasman Anuar. Menurut Osman yang juga merupakan bekas Ketua Kampung Melaka di Tanjung Karang memberitahu tidak mengenali secara dekat kedua-dua individu terbabit tetapi memberitahu salah seorang itu bernama Mazlan dan pemandunya. "Cuma dia beritahu, mereka dihantar oleh Jasman, Setiausaha Umno Bahagian Tanjung Karang", katanya kepada Media Selangorku. Osman juga memberitahu, bahawa beliau akan dibawa berjumpa PM untuk mengadakan satu rundingan yang tidak diketahui tujuan sebenarnya. Mereka mendakwa dari sebauah NGO dan minta saya supaya tinggalkan perjuangan PAS. "Sebagai ganjarannya saya akan dilantik sebagai Timbalan Motivator dalam NGO mereka, tapi saya terlupa pula nak tanya NGO apa," terangnya. Bercerita lanjut, Osman memberitahu beliau sudah lama diekori dan dihubungi melalui telefon tetapi selalunya beliau tidak menjawab panggilan berkenaan. "Hari ini sahaja dah dekat enam kali telefon saya dan dia ada nyatakan saya akan dibawa berjumpa PM dalam masa terdekat untuk 'rundingan' lanjut. "Apa yang dimaksudkan dengan rundingan itu, tidaklah pula saya tahu rundingan macamana dimaksudkan," ujar beliau lagi. Bagaimanapun Osman menegaskan setelah meninggalkan Umno selama kira-kira satu tahun tiga bulan, beliau tidak mungkin beliau kembali ke pangkuan Umno semula. "Kampung ini sayalah yang teroka, nama Kampung Melaka ini pun saya yang beri dan Umno cawangan kampung ini antara yang terawal di Tanjung Karang. "Tetapi saya takkan kembali kepada Umno sebab pemimpin Umno sekarang semakin angkuh, sombong, sebab itu lah saya keluar. "Saya maksudkan ialah Ketua Umno Bahagian ini sendiri, (Datuk Seri) Noh Omar. "Bila dah jadi menteri penuh, dah jauh berubah, sombong dengan orang kampung "Tambah pula bila saya kenangkan pengorbanan saya semasa dalam Umno dahulu langsung tak hargai," ujarnya lagi. -selangorku |
Kes Pukul Libatkan Anak Nazri: Polis Terkejut Lihat Rakaman CCTV Posted: 07 Apr 2012 06:38 AM PDT Kes anak Nazri: CCTV kini di tangan polis Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhubung insiden pergaduhan yang dikaitkan dengan anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz kini berada dalam tangan polis Brickfields. Rakaman insiden melibatkan Nedim Mohamad, pengawal peribadinya dan pengawal keselamatan di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur kini sampai kepada pegawai penyiasat, dedah sumber. Pihak berkaitan mengesahkan kepada Malaysiakini, kes itu masih disiasat walaupun ketua polis daerah Brickfields sebelum ini mendakwa ia telah selesai. Menurut sumber lagi, polis terkejut melihat rakaman itu apabila "lebih daripada dua orang", termasuk Nedim, terlibat memegang dan menyerang penyelia keselamatan berusia 50 tahun itu. Ini boleh mewujudkan komplikasi dalam klasifikasi polis yang meletakkan kes itu sebagai kesalahan kecil - 'menyebabkan pergaduhan' bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara enam bulan, denda RM1,000 atau kedua-duanya. -mk Nazri's son: CCTV proves police cover-up of assault, IGP must g'tee independent probe |
8 Penumpang Cedera Selepas Bas Sri Indah Terbabas Di Jalan Tun Sambathan Posted: 07 Apr 2012 05:02 AM PDT Kuala Lumpur: Lapan penumpang bas komersil cedera ringan setelah kenderaan yang mereka naiki itu hilang kawalan lalu terbabas berhampiran lampu isyarat di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields di sini, Sabtu. Bas Sri Indah yang dalam perjalanan dari Kajang ke Pasar Seni di sini dikatakan hilang kawalan dalam kejadian kira-kira 8.10 pagi sebelum melanggar tiang lampu isyarat dan konkrit jejambat berdekatan. Impak kemalangan itu mengakibatkan bahagian hadapan bas berkenaan remuk dan lapan penumpang, lima wanita dan tiga lelaki cedera ringan. Ketua Trafik Kuala Lumpur ACP Rusli Mohd Noor ketika dihubungi Bernama hari ini berkata polis dimaklumkan mengenai kemalangan itu pada kira-kira 8.15 pagi dan segera berada di tempat kejadian bagi mengawal lalu lintas. Katanya pemandu bas berkenaan yang berusia 54 tahun tidak mengalami kecederaan dan telah diambil keterangan bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 47 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Lapan penumpang yang cedera dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). - BERNAMA |
[Video] Kanak-kanak 10 Tahun Lahirkan Bayi 2.3kg Posted: 07 Apr 2012 03:05 AM PDT Ini berita yang amat mengejutkan! Di saat rakan-rakan sebayanya masih bermain dengan anak patung, seorang kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun di Colombia telah pun menjadi ibu kepada bayi perempuan seberat 2.3 kilogram. Kanak-kanak puak peribumi Wayuu, yang tinggal di Semenanjung La Guajira, utara Colombia itu, dikejarkan ke hospital selepas sakit perut kerana kontraksi dan terpaksa menjalani proses kelahiran secara pembedahan Caesarean. Doktor berkata, kanak-kanak itu tiba di hospital dalam keadaan pendarahan serta meraung kesakitan kerana kontraksi yang dialaminya, malah usia kandungannya mencecah 39 minggu berbanding usia kandungan normal iaitu 38 minggu. Pihak polis mungkin boleh mendakwa bapa ibu muda itu kerana membenarkan seks bawah umur, tetapi kaum Wayuu diberi beberapa perlindungan membenarkan mereka mengekalkan kedaulatan dan warisan budaya tertentu termasuk melahirkan anak di usia sangat muda. Di samping itu, masyarakat masih membisu dalam mendedahkan identiti si bapa bayi itu walaupun akhbar-akhbar Colombia mengeluarkan spekulasi bahawa suspek merupakan seorang remaja lelaki berumur 15 tahun, selain percaya ia seorang lelaki dewasa 30-an. Bagaimanapun, kes tersebut mendapat kritikan hebat pengarah hospital di mana dia melahirkan bahawa memang ada kanak-kanak lain daripada kaum Wayuu pernah melahirkan anak, namun tindakan itu tidak sepatutnya berlaku dalam usia terlalu muda yang masih dalam alam permainan dan persekolahan. |
23 Terhidu Gas Bocor Di Loji Petronas Kertih, Bagaimana Kata Lynas Selamat? Posted: 07 Apr 2012 01:04 AM PDT 23 pekerja terhidu gas dikejarkan ke hospital DUNGUN - Kira-kira 300 pekerja yang baru memulakan kerja lebih masa di Loji Memproses Gas Petronas, Kerteh, Kemaman gempar apabila mereka terhidu gas dipercayai ammonia kelmarin. Gambar: SALAH seorang pekerja yang terhidu gas ammonia dimasukkan ke wad Hospital Dungun kelmarin. Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.30 malam ketika kesemua pekerja sedang memasuki salah sebuah loji untuk melakukan kerja-kerja penambahbaikan di loji tersebut. Kejadian itu mengakibatkan sebanyak 23 pekerja terpaksa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan selepas mengalami pedih mata, loya dan muntah-muntah. Daripada jumlah itu, sebanyak 15 pekerja dirujuk ke Hospital Dungun dan seorang lagi yang berusia 28 tahun terpaksa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu selepas mengalami simptom yang lebih serius. Pekerja-pekerja yang lain menerima rawatan sebagai pesakit luar di Klinik Kesihatan, Paka di sini. Menurut Penyelia Keselamatan loji berkenaan, Fazeli Alias, 29, ketika kejadian, kira-kira 50 pekerja sudah memasuki loji berkenaan manakala sebahagian lagi menunggu giliran untuk masuk. "Tiba-tiba kami terhidu bau busuk dan bergegas ke pejabat tapak untuk menyelamatkan diri," katanya ketika ditemui di Hospital Dungun di sini. -kosmo 24 dirawat terhidu gas bocor 50 pekerja nyaris maut Ulasan GB Itu kebenaran yang terdedah sebelum Lynas beroperasi. Kebocoran gas ammonia di Pusat Memproses Gas (GPP) 3, Kerteh menyebabkan 23 pekerja (Metro menyebut 24) berdepan dengan maut. Tuhan sudah memberikan amaran awalNya. Masih degil lagikah? |
[Video] Apakah PERKASA Diberi Lesen Cetuskan Huru-Hara Dimana-mana? Posted: 06 Apr 2012 10:39 PM PDT Ahli Perkasa ganggu majlis dirasmi Anwar ALOR SETAR - Majlis perasmian pusat komuniti PKR di Jalan Putra di sini, yang disempurnakan oleh Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, dicemari insiden provokasi dan perang mulut membabitkan lebih 100 ahli Perkasa. Ahli-ahli Perkasa yang berarak dari Masjid Zahir tiba di hadapan Plaza Sentosa, bersebelahan dengan pusat itu pada 5.30 petang walaupun Ketua Pembangkang belum kelihatan ketika itu. Kekecohan tercetus apabila berlaku adegan tolak-menolak antara dua pihak dan kedengaran kata-kata 'Anwar Yahudi', yang disambut dengan laungan reformasi oleh lebih 200 penyokong PKR. Penyokong-penyokong Perkasa beredar kira-kira 15 minit kemudian sebelum ketibaan anggota FRU. Anwar pula tiba sekitar 6 petang selepas keadaan reda. -SH Peniaga hampir kena pukul di program PKR Alor Setar Ulasan GB Banyak insiden terutama di program Pakatan Rakyat ahli-ahli PERKASA ini mencetuskan keadaan huru-hara. Di Pulau Pinang Ketua Menteri sendiri diancam oleh PERKASA. PERKASA juga memainkan isu perkauman, agama dan bangsa untuk menjadi jaguh dan juara. Selama ini pihak berkuasa membiarkan dan berdiam diri terhadap mereka. Maka naik tocanglah PERKASA. Kalau begitu, bagus! Lagi cepat UMNO-BN akan bungkus. |
Kes Lelaki Bertopeng Acu Parang Di Leher Menjadi-jadi. Terbaru Di Kajang Posted: 06 Apr 2012 08:32 PM PDT Anak 'ditawan' dalam rumah KAJANG: Seorang wanita yang pulang ke rumah selepas berniaga tidak menyedari anak perempuannya yang ditinggalkan seorang diri ditahan lelaki bertopeng bersenjatakan parang lebih sejam selepas memecah masuk rumah mangsa di Taman Semarak, di sini, kelmarin. Gambar: TERLANTAR...Norhayati yang cedera menerima rawatan di hospital. Mangsa mengetahui kejadian itu selepas perasan kelibat seorang lelaki berbadan besar melintas di belakangnya ketika mahu membuka langsir dan tingkap sebaik pulang ke rumah, jam 1.30 tengah hari. Menurut mangsa, Norhayati Manap, 47, dia kemudian mengintai ke bahagian dapur untuk mencari anaknya dan tiba-tiba diacukan parang oleh seorang lelaki yang memberi arahan supaya tidak membuat bising. "Saya ingatkan anak membawa kawan sebaliknya belum sempat bertanyakannya, lelaki bertopeng itu sudah mengacukan parang ke leher saya. "Melihat tindakannya itu, saya cuba melawan dan mempertahankan diri menyebabkan kedua-dua tapak tangan saya ditetak," katanya ketika ditemui, semalam. Beliau berkata, dia menyedari cedera sebaik melihat darah membasahi baju dan menitis di lantai dapur selain terasa pedih di tapak tangan. "Melihatkan keadaan saya yang lemah, lelaki itu melarikan diri menaiki motosikal bersama wang hasil perniagaan dan barang kemas yang disimpan dalam beg berniaga dianggarkan RM8,000," katanya. Katanya, sebaik lelaki terbabit melarikan diri, dia menggagahkan diri membuka pintu menggunakan siku sebelum menjerit meminta tolong jiran. Sementara itu, anak ketiga mangsa, Mastura Mohd Fadilah, 18, berkata, dia tidak menyedari kehadiran lelaki terbabit kerana berada dalam bilik air selepas selesai membersihkan rumah. "Sebaik keluar dari bilik air, seorang lelaki bertopeng mengacukan dua parang di kiri dan kanan leher saya serta mengarahkan diam," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi mengesahkan laporan kejadian itu.-HM Ulasan GB Sekurang-kurangnya terdapat 3 kes yang menggunakan modus operandi yang hampir serupa dalam seminggu ini, iaitu acu parang di leher sebelum samun. Pertama di Puchong, Jurutol Diikat Sebelum Dicabul Kedua di Tanjong Malim, Rumah ADUN UMNO Kena Samun, Pisau Di Leher Ketiga di Bangi, Rumah Mawi Pula Kena Rompak, Ahli Keluarga Diikat & Diacu Parang Dileher Sebelum kejadian ketiga-tiga kes berkenaan, ada Pengantin Parah Ditetak Penjenayah Samun Barang Kemas Semalam rumah adinda Sultan Selangor disamun oleh penyamun yang bersenjatakan pisau telah memecah masuk rumah berkenaan melalui tingkap depan. Perompak Pecah Masuk Rumah Kerabat Sultan, Mercedes & Barang Berharga Dilarikan Berwaspadalah sentiasa! |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment