Kelab Greenboc |
- Kes Dekan "Terkahwin" Lelaki: Sri Wani & Dr. Bahrom Wajib Dipisahkan Sementara
- Nafsu Tak Kenal Usia: Nenek Dicekup Khalwat Di Dungun
- Perompak Pecah Masuk Rumah Kerabat Sultan, Mercedes & Barang Berharga Dilarikan
- "Rakyat Tiada Pilihan Lain" - TERAS & GMI Turut Sokong BERS✔H 3.0
- Gaduh Rebut Teman Wanita
- Ada Ular Dalam Kokpit Pesawat
- [DEDAH] Tiru Tandatangan Untuk Daftar Sebagai Pengundi Pos
- [Video] Beri IC Kepada Warga Asing: PAS Desak Suruhanjaya Siasatan Duitubuhkan
- Mangkuk Yang Bernama Isa Saidi Itu Seorang Muflis Rupanya
- [Video] Apa Sudah Jadi? Bekas Dekan "Terkahwin" Dengan Seorang Lelaki
Kes Dekan "Terkahwin" Lelaki: Sri Wani & Dr. Bahrom Wajib Dipisahkan Sementara Posted: 06 Apr 2012 05:12 PM PDT Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menegaskan bahawa perkahwinan antara pasangan sesama jantina adalah dilarang dan tidak diiktiraf sama sekali dalam Islam. Menurut beliau, mengikut hukum syarak, setiap perkahwinan perlu meliputi lima rukun nikah yang wajib dituruti iaitu suami (lelaki), isteri (perempuan), wali, dua orang saksi serta akad nikah. Justeru, katanya, jika salah satu daripada kelima-lima rukun itu tidak dipenuhi, perkahwinan tersebut adalah tidak sah. "Walaupun secara luarannya, seseorang itu kelihatan seperti seorang wanita tetapi hakikatnya, dia masih kekal sebagai seorang lelaki. Oleh itu, dia tidak boleh bergelar isteri. "Mana-mana individu sama jantina yang berkahwin boleh didakwa mengikut Seksyen 11 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 dan jika sabit kesalahan, mahkamah berhak membatalkan perkahwinan tersebut," katanya ketika dihubungi semalam. -kosmo Pisah pasangan nikah ala koboi Eksklusif: Sri Wani masih sayangi suami klik untuk baca |
Nafsu Tak Kenal Usia: Nenek Dicekup Khalwat Di Dungun Posted: 06 Apr 2012 04:05 PM PDT Dungun Terengganu – Tindakan seorang janda melewati usia lebih separuh abad yang kerap kali membawa pulang teman lelaki untuk memadu asmara di rumahnya pada waktu tengah malam membawa padah apabila perbuatan sumbang itu berjaya dihidu pasukan rondaan kampung. Dalam kejadian terbaru awal pagi kelmarin, perbuatan sumbang wanita yang sudah memiliki cucu itu terbongkar setelah dia ditahan sepasukan anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan ahli Helang Recreation Club (HRC) ketika berada berdua-duaan di rumah milik janda tersebut. Difahamkan ketika serbuan dilakukan bersama pegawai penguat kuasa syariah itu, anak wanita terbabit dikatakan keluar rumah dan kesempatan itu digunakannya untuk membawa pulang teman lelaki yang mempunyai jarak usia yang jauh berbeza dengannya. Wanita berusia 55 tahun bersama teman lelakinya, 33, berasal dari Ketengah Jaya itu difahamkan pernah ditahan sebelum ini oleh penguat kuasa syariah kerana berkelakuan tidak sopan pada waktu lewat malam di pantai berdekatan. Mereka akan menghadapi pendakwaan mengikut Seksyen 31 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001, dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali. -SH |
Perompak Pecah Masuk Rumah Kerabat Sultan, Mercedes & Barang Berharga Dilarikan Posted: 06 Apr 2012 08:41 AM PDT Dua lelaki memecah masuk rumah mewah tiga tingkat kerabat Sultan Selangor di Bukti Tunku di sini, hari ini dan melarikan sebuah kereta Mercedes Benz dan barangan berharga. Gambar: KEDIAMAN adinda Sultan Selangor yang dimasuki dua perompak di Taman Duta, hari ini. Perompak melarikan sebuah kereta mewah, Mercedes Benz dan barangan berharga. - Foto Khairull Azry Bidin. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, dalam kejadian 5.30 pagi itu, dua lelaki dipercayai warga Indonesia yang bersenjatakan pisau telah memecah masuk rumah berkenaan melalui tingkap depan. Beliau berkata, mereka kemudian mengurung empat pembantu rumah, termasuk dua pembantu rumah lelaki yang diikat di dalam sebuah bilik. "Semasa kejadian, kesemua ahli keluarga kerabat Diraja Selangor itu tiada di rumah kerana mereka berada di luar negara. Hanya pembantu-pembantu rumah sahaja yang menjaga rumah itu. Mereka tidak dicederakan," katanya dalam satu pesanan ringkas kepada Bernama hari ini. Beliau turut mengesahkan seorang lelaki ditahan beberapa jam sejurus kejadian itu untuk disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah. Sumber polis yang ditemui di rumah itu memberitahu siasatan awal polis mendapati tingkat dua dan tiga rumah itu telah digeledah dua lelaki itu berdasarkan banyak kesan cap jari ditemui. Katanya polis masih menjalankan siasatan dan rumah berkenaan tidak dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV). — BERNAMA Ulasan GB Cakap GB tak mahu percaya: Negara Malaysia Paling Selamat! |
"Rakyat Tiada Pilihan Lain" - TERAS & GMI Turut Sokong BERS✔H 3.0 Posted: 06 Apr 2012 07:05 AM PDT Shah Alam : Rakyat di negara ini tidak mempunyai pilihan selain menyertai BERSIH 3.0 sebagai suatu suara sepadu rakyat selain memberi tekanan kepada kerajaan supaya di adakan pilihanraya yang adil dan bersih. Selama ini peranan yang telah diberikan kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk mewujudkan pilihanraya yang adil telah gagal dilaksanakan kerana terdapat banyak campurtangan politik di pihak kerajaan Umno-BN. Pengerusi Teras Keupayaan Melayu (TERAS), Azmi Hamid berkata, Perhimpunan Bersih 3.0 ini amat relevan dilaksanakan kerana Malaysia adalah negara demokrasi dan rakyat menuntut suatu sistem pilihanraya yang adil dan bersih daripada segala penyelewengan. "Malaysia telah dalam proses untuk menjadi sebuah negara yang demokrasi dan sudah tentunya mahukan sistem yang terbaik dalam pilihanraya kerana pilihanraya adalah satu rukun dalam konsep demokrasi," ujar Azmi ketika di hubungi MediaSelangor. Selain itu katanya, Bersih 3.0 diharap memberi kesan yang diharapkan dan diambil perhatian yang serius oleh Kerajaan Pusat dan SPR kerana sudah banyak hal-hal membuktikan adanya perkara yang tidak lancar dan penyelewengan yang akan mencacatkan pilihanraya akan datang. Pada 28 April ini BERSIH 3.0 akan di adakan di Dataran Merdeka yang bermotokan "Duduk dan Bantah" yang akan diketuai Sastrawan Negera, A Samad Said. Berhubung himpunan BERSIH 3.0, Azmi berkata kerajaan dan SPR seharusnya lebih peka dengan tuntutan dan kehendak rakyat dan bukannya menghukum rakyat yang mahukan perubahan dan ketelusan dalam pilihanraya. "Pengundi muda yang mempunyai akses maklumat yang lebih terperinci akan menjadi tunjang BERSIH 3.0 kerana mereka mahukan undi mereka dihormati dan bersih dari segala penyelewengan yang dilakukan sebelum ini. "Kita mendapat maklumbalas dari pengundi-pengundi muda yang mahukan suatu sistem pilihanraya yang adil dan bersih kerana terdapat banyak bukti-bukti penyelewengan yang dilakukan oleh SPR," jelas Azmi. BERSIH 3.0 dilancarkan ekoran kegagalan laporan jawatankuasa terpilih khas parlimen untuk menambahbaik pilihan raya yang didakwa tidak menunjukkan komitmen untuk melaksanakan pilihan raya yang bersih seperti mana yang dituntut BERSIH 2.0 sebelum ini. BERSIH 2.0 pada 9 Julai tahun lalu menuntut lapan perkara. Antaranya: membersihkan sistem pilihan raya, pembaharuan pengundian pos, penggunaan dakwat kekal, akses media yang adil, 21 hari tempoh berkempen, pengukuhan institusi awam, hentikan rasuah politik, dan hentikan politik kotor. -selangorku GMI juga sertai Bersih 3.0 |
Posted: 06 Apr 2012 05:25 AM PDT Sungai Dua - Hanya kerana berebut seorang remaja perempuan bawah umur, empat sahabat baik yang tinggal di Kampung Tok Adam sanggup bergaduh di sini, semalam. Kejadian itu bukan sahaja menyebabkan empat sahabat itu terpaksa bermalam dalam lokap polis selepas ditahan malah bakal berdepan tindakan undang-undang termasuk kemungkinan meringkuk di penjara dan didenda jika didapati bersalah. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner, Zulkifli Alias berkata, remaja yang ditangkap itu berusia antara 15 hingga 19 tahun dan pergaduhan dipercayai bermula sekitar jam 10 malam semalam. "Kejadian membabitkan dua remaja berkenaan berlaku di kawasan kampung itu pada mulanya hanya membabitkan cabar mencabar mulut apabila seorang remaja tidak berpuas hati terhadap sikap seorang rakannya yang ingin berebut teman wanitanya. "Rakan remaja itu kemudiannya mencabar teman lelaki remaja perempuan bawah umur itu beradu kekuatan untuk membuktikan kejantanan mereka dalam usaha memikat hati remaja perempuan itu," katanya. Zulkifli berkata, pergaduhan yang berlaku kemudiannya merebak melibatkan campur tangan dua rakan masing-masing hingga memaksa penduduk kampung berkenaan cuba meleraikan mereka. "Kita dimaklumkan penduduk kampung berkenaan berkaitan pergaduhan itu sebelum sepasukan pegawai polis dihantar menahan remaja terbabit. "Bagaimanapun pergaduhan antara pasangan remaja itu tidak melibatkan penggunaan sejata berbahaya dan sebaik tiba di lokasi kejadian pihak kita berjaya menahan mereka," katanya. Menurutnya, empat remaja terbabit kini direman selama tiga hari untuk disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Mohd Firdaus Abdul Wahab semasa empat remaja terbabit dibawa ke mahkamah semalam. |
Posted: 06 Apr 2012 03:43 AM PDT Canberra - Seorang juruterbang sebuah syarikat penerbangan Air Frontier menemukan ular di dalam ruangan kokpit pesawat semasa di udara. Akhirnya, juruterbang tersebut memutuskan untuk kembali mendaratkan pesawat itu di Australia. "Juruterbangnya itu seorang yang mempunyai keperibadian tenang sehingga ular tersebut tidak terlalu membuatnya panik dan atau bahkan malah membahayakan dirinya di atas sana," ujar Pengarah Air Frontier Geoff Hunt seperti dikutip Emirates 247, Khamis (5/4/2012). "Saat pesawat mendarat, reptilia melata itu merayap cepat keluar pesawat. Tidak ada seorang pun yang dapat menangkapnya dan juga belum sempat diketahui spsesiesnya," tambahnya. Kejadian itu mengingatkan kita pada filem yang diterbitkan tahun 2006 dengan judul 'Snakes on a Plane' dimana seorang pilot menemukan ular di dalam pesawat. Sesaat pesawat itu mendarat, pawang ular langsung dipanggil untuk mengatasi ular tersebut. Namun, ular tersebut hilang ketika pesawat sudah mendarat. Sementara spesies ular itu pun tidak diketahui. -okezone |
[DEDAH] Tiru Tandatangan Untuk Daftar Sebagai Pengundi Pos Posted: 06 Apr 2012 01:37 AM PDT PAS Selangor akan mendedahkan satu lagi cubaan jahat Umno-BN dalam memanipulasi daftar pemilih dalam kempen mereka untuk menawan kembali Selangor pada Pilihanraya Umum akan datang. Taktik terbaru adalah mendaftarkan isteri tentera sebagai pengundi pos tanpa pengetahuan mereka. Setiausaha Badan Perhubungan Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata ia dilakukan dengan meniru tanda tangan isteri-isteri tentera di dalam borang-borang khusus bagi mendaftar mereka sebagai pengundi pos. "Ini berlaku di dalam kem, secara khusus yang dapat saya dedahkan sedikit hari ini ialah kem di Paya Jaras. "Usaha ini melibatkan pegawai tentera. Bila kita panggil saksi dalam pendengaran perbicaraan rang daftar pemilih, saksi itu mengakui bahawa pemohon tidak pernah menandatangani borang permohonan. "Tetapi nama mereka tersenarai dalam rang daftar pemilih", jelasnya di dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini hari ini. Khairuddin menambah, usaha tersebut bergiat aktif di dalam kem tentera dan bertujuan meninggkatkan jumlah pengundi pos di Selangor. Khairuddin berkata bukti terperinci tentang usaha itu akan didedahkan dalam masa terdekat. Sebelum ini, PAS Selangor telah mempersoalkan pertambahan mendadak pengundi yang bertukar alamat mengundi mereka daripada tempat lain ke Parlimen dan Dun di Selangor. Antara kes yang dikenalpasti adalah penduduk Sabah yang mempunyai kod kad pengenalan '12′. Kebanyakan mereka ditukarkan ke Parlimen Kota Raja yang dimenangi PAS pada 2008. Selain itu, PAS Selangor turut membantah tindakan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang melanggar peraturan dengan mendaftarkan seramai 303 anggota pasukan latihan pegawai simpanan (PALAPES) Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai pengundi pos. -selangorku |
[Video] Beri IC Kepada Warga Asing: PAS Desak Suruhanjaya Siasatan Duitubuhkan Posted: 05 Apr 2012 11:48 PM PDT PAS mahu RCI ditubuhkan siasat sindiket proses IC kepada warga asing KUALA LUMPUR, 5 April — PAS mendesak Putrajaya membentuk suruhanjaya diraja siasatan (RCI) menyiasat kewujudan sindiket dianggotai pegawai kerajaan yang memberi taraf kerakyatan kepada warga asing untuk menjadi pengundi. Menurut Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, pemberian taraf kerakyatan kepada warga asing semakin berleluasa dan ia akan memberi kesan yang buruk kepada masa depan negara. Jelas beliau, pihaknya telah mengenalpasti lokasi memproses kad pengenalan dan pemberian kad pengenalan kepada warga asing. "Kami menyokong Ahli Parlimen Pokok Sena (Datuk Mahfuz Omar) tentang wujudnya sindiket pegawai peringkat tertinggi kerajaan untuk menukar kad pengenalan merah kepada biru," katanya pada sidang media di sini. "Jika kerajaan tidak ambil tindakan kita akan dedahkan lagi, tempat proses kad pengenalan dan tempat serahkan juga kita tahu. Ia sindiket yang besar untuk daftarkan warga asing jadi pengundi." Semalam Mahfuz, yang juga Naib Presiden PAS, mendedahkan wujud "task force" yang bertanggungjawab memberi taraf kerakyatan kepada warga asing untuk membolehkan mengundi pada pilihan raya nanti. Mahfuz mendakwa "task force" itu diketuai Penasihat Khas Perdana Menteri Datuk Osman Razak, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Tajuddin Wahab, dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar serta beberapa pegawai lain di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Bagaimanapun Wan Ahmad menafikan dakwaan itu. Jelas Mohamad, daftar pemilih akan menjadi lebih kotor sekiranya pentadbiran Najib tidak mengambil tindakan segera dengan membentuk RCI bagi menyiasat perkara itu. "Oleh itu kami tuntut daftar pemilih dibersihkan dan suruhanjaya diraja siasatan dibentuk untuk menyiasat," katanya. "Daftar pemilih bukan semakin bersih tapi semakin kotor, sebab itu kita mahu suruhanjaya ditubuhkan untuk siasat... pilihan raya boleh tangguh kerana kita ada masa sehingga Mac. -TMI
|
Mangkuk Yang Bernama Isa Saidi Itu Seorang Muflis Rupanya Posted: 05 Apr 2012 08:50 PM PDT Ketua Penerangan' KEADILAN Ampang muflis, terlibat pecah amanah KUALA LUMPUR 4 April: Mohd. Isa Mohd. Saidi yang mengaku sebagai Ketua Penerangan Cabang Ampang dan mendesak Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali untuk keluar parti sebenarnya bukan lagi ahli KEADILAN sejak 26 Mac lalu. Ia dinyatakan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Ampang, pada sidang medianya semalam. Menurut Zuraida, Mohd Isa digugurkan daripada jawatannya selepas didapati muflis dan juga pernah dikaitkan dengan jenayah pecah amanah (CBT) sebelum ini. "Penguguran jawatan ini berdasarkan beberapa laporan polis ke atasnya berkaitan jenayah pecah amanah (criminal breach of trust). "Beliau juga muflis, tidak boleh memegang sebarang jawatan dalam parti. Bukti muflis diperolehi menerusi carian rasmi di Jabatan Insolvensi Malaysia bertarikh 10 Januari 2012," kata Zuraida pada sidang media di Bilik Gerakan Utama KEADILAN Parlimen Ampang. Dua laporan pecah amanah pada 28 Mei dan 4 Jun 2011 terhadap Isa dilaporkan seorang pengadu, Siti Zaleha Kauzi berhubung deposit dan sewa kedai di 'Food Court Station Ampang Waterfront', masing-masing berjumlah RM1,000 dan RM6,500. "Sejak makluman penguguran, Isa yang baru menyertai KEADILAN pada 27 Jun 2010 terlibat dalam beberapa perjumpaan dengan pemimpin Umno. Cabang Ampang tidak terperanjat dan telah menjangkakan tindakan beliau. "Manakala Tan Hua Meng yang turut bersama dalam sidang media semalam merupakan Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang tidak disambung khidmatnya penggal ini," ujar Zuraida. Beliau menegaskan, cabaran dan desakan Isa terhadap Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali merupakan ulang tayang agenda hitam dan fitnah jahat Umno sejak 1998. Zuraida juga tidak menolak kemungkinan sidang media yang diadakan di Hotel Crown Plaza semalam didalangi Umno yang berniat jahat untuk melihat KEADILAN kucar-kacir. "Ini hotel empat bintang. Tak mustahil ia ditaja oleh orang-orang tertentu. "Cabang Ampang mengalu-alukan sekumpulan ahli yang kecewa untuk keluar bagi membersihkan parti daripada unsur khianat dan duri dalam daging," tegas Zuraida. Turut hadir pada sidang media Ketua Penerangan KEADILAN Ampang yang baru, Hamsah Djabir, wakil ADUN Bukit Antarabangsa, Razali Ramli dan kira-kira 30 ahli. -KD Ahli PKR minta Azmin keluar parti Ulasan GB Kan dah labuh muka... Tak pasal-pasal jadi pak hangguk untuk dapat sedikit habuan. |
[Video] Apa Sudah Jadi? Bekas Dekan "Terkahwin" Dengan Seorang Lelaki Posted: 05 Apr 2012 06:41 PM PDT Setahun tertipu KUALA LUMPUR: Selepas setahun melayari bahtera perkahwinan, barulah si suami mengesyaki isteri ketiganya, pengusaha butik kecantikan adalah seorang lelaki. Ini menyebabkan bekas dekan di sebuah institusi pengajian tinggi awam, Dr Bahrom Sanugi, 61, memfailkan faraq (membubarkan perkahwinan) dengan Sri Wani Choo Abdullah, 37. Peguam Syarie, Muhammad Hafiz Ab Rashid yang mewakili Bahrom memberitahu wartawan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam, Bahrom selaku plaintif memfailkan permohonan faraq itu pada 17 Januari 2011 di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur. Katanya, anak guamnya juga hanya menyedari dia mengahwini seorang lelaki pada penghujung 2010 iaitu setahun selepas mereka berkahwin di Songkhla, Thailand, 19 Ogos 2009. Anak guamnya turut mempunyai bukti, termasuk sijil lahir serta nombor kad pengenalan Sri Wani yang menyatakan dia adalah lelaki berdasarkan nombor terakhir iaitu nombor ganjil. -hm
|
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment