Kelab Greenboc |
- Syabas Kelantan: Pertumbuhan Kelantan Lebih Pesat Mengatasi KDNK Negara
- Kes Task Force Beri IC Serupa Kes Lembu NFC, Lagi Dinafi Lagi Banyak Terdedah Nanti
- Terbukti Najib Pendusta: Aset NFC Tidak Dibekukan Tetapi Sedang Dilupuskan
- Gambar Individu Terlibat Kes Letup Tandas LRT Diedarkan
- 20 Pelajar Keracunan Selepas Minum Susu 1Malaysia
- Macam-macam Hal, Ketua Ajaran Ahmad 100 Mahu 13 Isteri
- [VIDEO] BERSIH Tunjuk Bagaimana Pengundi Boleh 'Diklon'
- Mohd Sabu: PAS Akan Gerak 100 % Jentera Sertai BERSIH 3.0
- Dicekup Berasmara Dalam Kereta
- Negara Paling Selamat? Bekas Ketua Wanita UMNO Maut Ditekup Bantal
Syabas Kelantan: Pertumbuhan Kelantan Lebih Pesat Mengatasi KDNK Negara Posted: 05 Apr 2012 04:40 PM PDT Kota Bharu, 5 April: Negeri Kelantan yang ditohmah sebagai sebuah negeri yang termiskin di negara ini, sebenarnya lebih maju dari apa yang disangkakan. Gambar: Takiyudin menyaksikan pertukaan dokumen perjanjian antara MPKB-BRI dengan Sentosa Jaya. Malah pertumbuhan KDNK Kelantan telah mengatasi pertumbuhan KDNK negara bagi dua tahun berturut-turut, iaitu 8.1 peratus (berbanding negara 6.2 peratus) pada tahun 2007 dan 6.9 peratus (berbanding negara 4.1 peratus) pada 2008. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Fauzi Mat, berkata demikian ketika berucap pada majlis perjanjian persefahaman pembinaan apartmen 25 tingkat antara MPKB-BRI dengan pengusaha Sentosa Jaya Development Sdn Bhd, disebuah hotel tengahari tadi. Majlis perjanjian itu yang diwakili beliau bagi pihak MPKB-BRI dan Sentosa Jaya oleh Pengarah Urusannya, Datuk Razali Daud, disaksikan oleh anggota exco kerajaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan. Projek yang dibina di atas tapak Pasar Kubang Kerian itu dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh 36 bulan, sebagaimana mengikut perjanjian. Menurutnya, pencapaian itu berlaku kerana kepesatan ekonomi dan pembangunan yang berlaku di negeri itu. "Pada tahun ini juga, MPKB-BRI mensasarkan pendapatan sebanyak RM100 juta berbanding sebelumnya yang tidak begitu menepati sasaran. "Menurutnya,sumber pendapatan tersebut melalui pulangan pelaburan projek usahasama MPKB-BRI dengan swasta,"ujarnya. -HD Tapak pasar diganti dengan apartmen 25 tingkat Ulasan GB Ia mengesahkan lagi bahawa PM, Datuk Seri Najib Razak memang seorang PENDUSTA apabila beliau menyatakan Kelantan negeri termiskin. Dan terkutuklah kepada akhbar media perdana yang mmengutuk negeri Kelantan kononnya sebagai negeri termiskin di negara ini. klik untuk baca |
Kes Task Force Beri IC Serupa Kes Lembu NFC, Lagi Dinafi Lagi Banyak Terdedah Nanti Posted: 05 Apr 2012 09:42 AM PDT Mahfuz pertahan dakwaan 'task force' wujud KUALA LUMPUR, 5 April: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mempertahankan dakwaanya wujud task force dalam masa yang sama beliau bersedia mendedahkan butiran terperinci kepada Suruhanjaya Diraja nanti. Beliau juga bersedia membantu Suruhanjaya Diraja yang akan dibentuk untuk meneliti semua dakwaannya berhubung wujudnya 'task force' untuk memberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya nanti. Bahkan beliau sudah menjangka akan ada penafian oleh individu-individu yang dinamakannya semalam, antaranya Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar. "Saya sudah menjangka mereka yang saya sebut semalam akan menafikan. Penafian mereka membuktikan dakwaan saya benar. Mereka boleh menafikan, biar Suruhanjaya Diraja menjawab," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen. Hari ini, Wan Ahmad Wan Omar menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Mahfuz, bahawa beliau terlibat dalam 'task force' yang didakwa memberi kerakyatan kepada warga asing untuk membolehkan mereka mengundi. Wan Ahmad menyifatkannya sebagai satu perbuatan jahat dan tidak bertanggungjawab oleh Mahfuz. Mahfuz menegaskan Wan Ahmad hanya menafikan beliau tidak terlibat bukannya menafikan wujudnya 'task force' sebagaimana yang didakwanya semalam. Malah dalam masa yang sama katanya, Wan Ahmad juga tidak menafikan wujudnya pemberian taraf kerakyatan kepada warga asing. Bersandarkan kenyataan itu, Mahfuz menyifatkan Wan Ahmad bersama-sama dengan beliau menyedari kewujudan pendaftaran warga asing dalam daftar pemilih. "Saya minta beliau duduk bersama saya (tubuh Suruhanjaya DiRaja) dengan segera," katanya. Sementara itu, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab juga menafikan beliau terlibat dan menyifatkan dakwaan Mahfuz adalah tidak benar. "Saya tidak tahu apa-apa," kata Thajudeen Abdul Wahab. -HD Mahfuz reka 'cerita karut jahat', kata SPR Ulasan GB Sudah dijangka, Timbalan Pengerusi SPR menafikan. Begitu juga dengan nama-nama lain yang disebutkan oleh mahfuz. Malah pagi ini GB kata, Najib pun akan menafikan. Tetapi mengikut hukum kebenaran dan keadilan, penafian seseorang tidak semestinya tertegaknya sebuah kebenaran. Sama seperti kes Teoh Beng Hock dahulu. SPRM yang terlibat secara terus di dalam kes berkenaan menafikan anggotanya bertindak kasar sehingga menyebabkan Teoh terbunuh. Malah sejak hari kejadian, belum sebarang siasatan dimulakan, direka cerita Teoh terjun bunuh diri dari bangunan! Sehinggalah Suruhanjaya Diraja dibentuk akhirnya pekung SPRM sendiri terdedah satu demi satu. Dalam kes lembu NFC pula. Suami Sharizat panggil sidang media menafikan. Pada peringkat awalnya, semua pemimpin UMNO termasuk Najib sendiri menafikan. NFC pula mengugut membawa pihak yang mendedahkan kes itu disaman di mahkamah. Namun apabila hukum kebenaran dan keadilan berjalan, Shahrizat letak jawatan dan suaminya diheret ke muka pengadilan. Kini di dalam kes Unit Tindakan Khas pemberian IC kepada warga asing. Wan Ahmad menafikannya. Sama macam Sahahrizat, apabila pekung kes lembu terdedah, dihelahkan dengan berkata Pakatan hendak menyerang Wanita UMNO. Di dalam kes pemberian IC ini, Wan Ahmad berhelah dengan menyatakan ia hendak merosak integriti dan kredibiliti SPE sebagai badan bebas dan berkecuali di bawah Perlembagaan. Kita yakin jika Wan Ahmad berani untuk membawa kes ini ke mahkamah, lagi banyak salahlaku dan penyelewengannya di dalam SPR bakal terdedah. Itu hukum kebenaran dan keadilan. Marilah kita sama-sama berdoa agar kebenaran dan keadilan itu ditegakkan dan orang yang bertanggungjawab itu diheret ke muka pengadilan! اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba'ah, wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya). رَّبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَل لِّي مِن لَّدُنكَ سُلْطَاناً نَّصِيراً وَقُلْ جَاء الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقاً Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nashiran wa qul ja alhaqqu wa zawaqal bathilu innal bathila kana zahuqan Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap. klik untuk baca |
Terbukti Najib Pendusta: Aset NFC Tidak Dibekukan Tetapi Sedang Dilupuskan Posted: 05 Apr 2012 08:25 AM PDT PKR: NFC sedang lupuskan aset PKR hari ini mendakwa pemilik National Feedlot Corporation (NFC) kini dalam proses menjual tiga hartanah, yang didakwa mereka dibeli menggunakan pinjaman mudah kerajaan bernilai RM250 juta. Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa, Pengerusi Eksekutif NFC Datuk Mohamad Salleh Ismail dan Pengarah Eksekutif Wan Shahinur Izran Salleh dalam proses memuktamadkan penjualan hartanah itu dengan nilai RM3 juta kepada Insun Development Sdn Bhd. "Saya boleh mendedahkan bahawa ruang masa yang mengalihkan pandangan rakyat daripada skandal NFC kepada isu peletakan jawatan Datuk Seri Shahrizat Jalil telah digunakan untuk mengatur urusniaga yang melupuskan harta-harta yang sepatutnya dibekukan," kata Rafizi. Dengan usaha itu, dakwa Rafizi lagi, menunjukkan syarikat itu sedang melupuskan asetnya. Justeru beliau menegaskan bahawa semua transaksi melibatkan aset dan kepentingan pemilik NFC perlu dibekukan kerana kemungkinan besar ia diperoleh menggunakan dana awam. Shahrizat -- isteri kepada Salleh -- akan berundur daripada jawatannnya selepas penggal lantikan sebagai senator tamat tiga hari lagi (8 April) setelah terpalit sama dengan projek kontroversi itu.-mk Najib tipu apabila kata aset NFC dibekukan Oleh Rafizi Ramli klik untuk baca |
Gambar Individu Terlibat Kes Letup Tandas LRT Diedarkan Posted: 05 Apr 2012 06:21 AM PDT Kuala Lumpur - Polis mengedarkan gambar seorang individu dipercayai ada kaitan dengan insiden letupan tandas di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Sri Rampai baru-baru ini, yang menyebabkan seorang lelaki, Muhd Sakereen Basri, 22, tercedera. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, gambar itu diambil daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang ada di lokasi kejadian. Beliau berkata, letupan berlaku tidak lama selepas individu yang memakai baju-T putih, bertopi dan berseluar hitam dilihat keluar dari tandas terbabit. Menurutnya, berdasarkan rakaman CCTV juga, individu terbabit adalah orang terakhir dilihat memasuki tandas, sebelum mangsa (Muhd Sakereen). Katanya, polis bagaimanapun tidak dapat mengenal pasti ciri fizikal individu terbabit bagi mengesahkan identitinya. "Gambar individu itu kita siarkan menerusi laman Facebook Polis KL termasuk melalui media cetak dan elektronik. "Kita harap orang ramai dapat buat pengecaman dan jika mengenali atau ada maklumat berhubung individu dalam gambar itu, diharap dapat tampil segera ke balai polis terdekat atau menghubungi talian hotline Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur 03-21159999 bagi membantu siasatan," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran buku 'Scorpio On The Dragon's Demises', semalam. Dalam insiden pada 28 Mac lalu, tandas LRT itu tiba-tiba meletup kira-kira jam 1.20 petang dan menyebabkan seorang mangsa, Muhd Sakereen yang berada dalam tandas, koyak bahagian belakang badan serta paha akibat terkena serpihan mangkuk tandas. klik untuk baca |
20 Pelajar Keracunan Selepas Minum Susu 1Malaysia Posted: 05 Apr 2012 05:16 AM PDT Temerloh - Lebih 20 murid sebuah sekolah rendah di daerah ini mengalami cirit-birit dan muntah dipercayai akibat alahan selepas meminum susu 1Malaysia, semalam. Sinar Harian dimaklumkan kejadian berlaku tengah hari kelmarin selepas sekumpulan murid mengadu sakit perut dan muntah tidak lama selepas minum susu berkenaan. Beberapa ibu bapa murid juga mendakwa kejadian cirit-birit dan muntah itu berlanjutan hingga semalam sehingga ada antara mereka dihantar ke klinik kesihatan kerajaan serta swasta untuk mendapatkan rawatan. Perkara itu bagaimanapun gagal disahkan pengurusan sekolah t yang enggan mengulas lanjut mengenai kejadian kepada wakil media yang cuba mendapatkan maklum balas. Tinjauan media ke Pejabat Pelajaran Daerah juga gagal mendapat maklumat lanjut mengenai perkara itu. Bagaimanapun Sinar Harian difahamkan tidak semua murid yang minum susu itu mendapat cirit-birit. Ada sumber memaklumkan sesetengah murid yang alahan sahaja mengalami cirit-birit dan muntah. Bagi mendapat kepastian, media membuat tinjauan ke sekolah terbabit tengah hari semalam dan ada murid mengaku mengalami cirit-birit dan muntah selepas minum susu itu. Namun tindakan media itu bagaimanapun dihalang pihak tertentu di pekarangan sekolah. Sinar Harian juga dimaklumkan beberapa minggu lalu terdapat sebuah sekolah rendah luar bandar mengalami kesan sama selepas minum susu terbabit. -SH Agihan susu di tiga sekolah dihentikan susulan keracunan makanan klik untuk baca |
Macam-macam Hal, Ketua Ajaran Ahmad 100 Mahu 13 Isteri Posted: 05 Apr 2012 03:06 AM PDT Shah Alam - Wajah muda, penampilan menarik, malah petah berkata-kata. Itu daya penarik dimiliki Ahmad, lelaki didakwa penggerak utama sebuah ajaran diragui hala tujunya dikenali Ajaran Ahmad 100. Kelebihan dimiliki itu diguna sepenuhnya Ahmad untuk mempopularkan ajarannya yang berpusat di sebuah kediaman di Wangsa Maju, Kuala Lumpur menerusi gerak kerja merekrut pengikut seluruh negara menerusi konsep ceramah berunsur agama dengan dilazatkan dengan kata-kata manis berunsur nasihat. Bergerak secara sulit menerusi beberapa siri pertemuan rahsia di kediaman terbabit bagi mengelak dihidu pihak berkuasa, misi Ahmad selaku penggerak utama ajaran tersebut ialah mahu melahirkan 25 pengikut yang beriman selain bernafsu menikahi 13 wanita. Pelik dan meragukan! Malah, menerusi siasatan Sinar Harian berdasarkan maklumat diterima, Ajaran Ahmad 100 banyak mengetengahkan kelicikan dan kehebatan Ahmad bermain kata-kata. Dalam erti kata lain, 'ayat power' Ahmad ini berjaya mempengaruhi ramai pengikut hingga ada sanggup menggadaikan isteri semata-mata mahu menjadi pengikut taat dan diberkati. Berdasarkan pengakuan beberapa bekas pengikut kepada Sinar Harian, mereka sanggup menyerahkan isteri masing-masing sebagai pemuas nafsu Ahmad menerusi perkahwinan batin selepas terpengaruh janji kurniaan keberkatan hidup di dunia dan akhirat. "Kami jahil agama, kami terpesona dengan 'kejujuran' Ahmad 100, tetapi akhirnya kami terpedaya, isteri kami jadi mangsa nafsunya." Itulah antara luahan kekesalan bekas pengikut termasuk salah seorangnya mengalirkan air mata sedih berbaur kesal dalam satu pertemuan dengan Sinar Harian, baru-baru ini. Pada pertemuan itu juga, bekas pengikut Ahmad 100 ini juga mendedahkan, isteri masing-masing diserahkan kepada Ahmad untuk dikahwini secara batin dan sekiranya isteri mereka gagal memikat dan menaikkan nafsu syahwatnya, Ahmad akan menceraikannya dan dibuang daripada kumpulan dengan alasan dia tidak layak menjadi pengikutnya. Paling tidak masuk akal, Ahmad ini juga didakwa mengelirukan pengikutnya apabila mengakui diri sebagai Imam Mahdi yang mempunyai mukjizat boleh bertemu Malaikat, ALLAH serta mendakwa dia adalah pemimpin alam jin menerusi wahyu diturunkan kepadanya. Rumah tangga hancur lebur Salah seorang daripada bekas pengikutnya yang dikenali sebagai Abu (bukan nama sebenar), 37, yang kini terpaksa menerima hakikat rumah tangganya musnah gara-gara ajaran sesat itu. Abu berkata, pada awalnya dia tertarik menyertai kumpulan itu selepas kagum dengan cara Ahmad yang menasihatinya supaya menjadi orang diredai dan dikasihi ALLAH SWT. "Kami bertemu di sebuah restoran pada mulanya mahu membincangkan bab pengurusan kewangan dan kemudian bertukar ke topik hukum merokok menyebabkan saya yakin dengannya kerana setiap kata-katanya berlandaskan al-Quran malah dia anggap diri saya kafir dan memerlukan bimbingan dan perlu menempuh ujian untuk menjadi seorang yang beriman," katanya. Menurutnya, Ahmad yang ketika itu sudah mempunyai dua isteri memberitahu, isteri Abu, Zawiyah, 35, seorang yang baik dan perlu berkahwin dengannya untuk mendapat keberkatan. "Bermula pada saat itu, saya dan isteri mula dipisahkan secara perlahan-lahan dan licik serta isteri saya tinggal sebilik dengan Ahmad tahun lalu. "Bagi Ahmad, tidur sebilik dengan isteri saya adalah halal kerana ia adalah satu cara untuk menguji ketaatan dirinya kepada Tuhan dan keadaan itu berlarutan selama setahun sebelum isteri meminta cerai kerana tidak boleh meninggalkan Ahmad," katanya. Abu berkata, sebelum berpindah ke Kuala Lumpur, isterinya sering berulang-alik dari rumahnya di Kedah ke Kuala Lumpur untuk menemui Ahmad dengan menggunakan alasan belajar agama. "Keadaan bertambah sukar apabila isteri berubah dan menganggap Ahmad adalah segalanya dan sanggup meninggalkan saya dan ibu bapanya semata-mata kerana lelaki itu," katanya. Dia mula menyedari bahawa ajaran Ahmad terpesong, namun gagal berbuat apa-apa kerana setiap pergerakan isterinya dipantau pengikut setia Ahmad. Lebih memeritkan lagi, Ahmad turut memaksa isterinya menggugurkan kandungan yang berusia 10 minggu dan menetapkan dalil bahawa dirinya tidak boleh memiliki zuriat. Abu berkata, dia turut dituduh membakar dua kereta milik Ahmad gara-gara cuba membawa Zawiyah pulang ke pangkuannya. Tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku, dua laporan dibuat kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan pada Februari lalu. -SH Ulasan GB Bab ini Hassan Ali dan Unit Selamatkan Aqidahnya tak mahu buat rakaman video ker? |
[VIDEO] BERSIH Tunjuk Bagaimana Pengundi Boleh 'Diklon' Posted: 05 Apr 2012 12:59 AM PDT Ahli jawatankuasa pemandu BERSIH dan saintis politik Wong Chin Huat mendedahkan lebih banyak contoh pengundi "klon", yang didakwanya sebagai pengundi hantu. Menggunakan daftar pemilih suku keempat 2011, Wong (kiri) menjelaskan empat kaedah pengundi boleh didaftarkan banyak kali, supaya mereka dapat mengundi beberapa kali. "Anda boleh mendapati bahawa kita telah begitu maju dalam teknologi pengklonan sehingga kita boleh mengalahkan Korea dan semua orang lain di dunia," kata pensyarah Universiti Monash itu sinis. Empat kaedah tersebut adalah: * Pengundi yang mempunyai nombor kad pengenalan lama dan alamat yang sama, tetapi berbeza nombor kad pengenalan baru; * Pengundi yang mempunyai nama yang sama, tetapi nombor kad pengenalan baru yang sedikit berbeza; * Nama yang sama dengan tarikh lahir yang sedikit berbeza, dan nombor kad pengenalan baru; dan * Pengundi pos dengan nama yang sama tetapi nombor kad pengenalan yang sedikit berbeza . Wong memberi 10 contoh pengundi yang mungkin "diklon" dan berkata, terdapat sekurang-kurangnya 560 contoh "klon" bagi jenis pertama. Bagaimanapun, katanya, beliau tidak tahu berapa banyak terdapat "klon" dalam tiga kategori yang lain, sambil menegaskan bahawa penyelidikan yang dijalankannya itu adalah membabitkan jumlah yang kecil sahaja. Dalam satu contoh pengundi yang mempunyai nombor IC lama dan alamat yang sama, beliau menunjukkan cetakan 'screenshot' dari lamanweb semakan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). |
Mohd Sabu: PAS Akan Gerak 100 % Jentera Sertai BERSIH 3.0 Posted: 05 Apr 2012 07:28 AM PDT PAS akan mengerakan seratus peratus jenteranya untuk turut serta memobalisasi Perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April ini sebagai menyokong usaha menuntut satu perubahan yang sihat dalam sistem pilihanraya di negara ini. Timbalan Presiden PAS Pusat Mohamed Sabu berkata keputusan Jawatankuasa Penambahbaikan berhubung Pilihan Raya (PSC) di Parlimen baru-baru ini jelas menafikan kehendak rakyat yang inginkan perubahan pada Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. "Kami dari PAS sedang mengerakkan usaha memberi ransangan terhadap ahli-ahli kita untuk turut serta pada hari itu. "Kami juga akan menggunakan Majlis Penerangan termasuk Harakah untuk memberi liputan dan perkembangan terkini dalam menjayakan perhimpunan tersebut,"jelas Mohamed. BERSIH 3.0 yang dijadual akan berlangsung 28 April ini di Dataran Merdeka dan beberapa lokasi pusat bandar Kuala Lumpur. Menurut Mohd Sabu, BERSIH 3.0 akan dijadikan sebagai medan perhimpunan untuk memberi tekanan kepada kerajaan berhubung tuntut lapan perkara BERSIH 2.0 yang belum dipenuhi kerajaan. Perhimpunan dengan tema 'Duduk dan Bantah' ini adalah anjuran bersama 84 NGO lain yang akan diadakan serentak di seluruh negara dan dunia. Perhimpunan ini juga adalah lanjutan daripada BERSIH 2.0 yang berjaya dilancarkan pada 9 Julai tahun lalu dengan penglibatan puluhan ribu rakyat bagi menuntut lapan penambahbaikan dalam sistem pilihanraya. Menyedari kebangkitan rakyat, Kerajaan kemudiannya menubuhkan Jawatankuasa Penambahbaikan berhubung Pilihan Raya (PSC) untuk mencadangkan tututan rakyat itu dilaksanakan sebagai menambahbaik sistem pilihan raya. Malangnya, menerusi laporan jawatankuasa itu hanya satu sahaja tuntutan yang dilakasanakan. Mengulas lanjut berhubung perkara ini, Mohamed yang mesra dengan panggilan Mat Sabu berkata perhimpunan ini perlu dilancarkan sebagai amaran keras kepada kerajaan yang anggkuh kepada rakyatnya. "BERSIH 3.0 ini perlu dilancarkan kerana daripada lapan tuntutan hanya satu sahaja yang diluluskan iaitu dakwat kekal. "Bagaimana dengan daftar pemilih yang bersih, akses kepada media, ia langsung tidak ditambah baik seperti mana hyang dituntut rakyat,"katanya.. Mohamed menambah, perkembangan terbaru ini jelas menunjukkan negara masih jauh ketinggalan dalam mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi. Selain memberi perbandingan jelas antara Malaysia dengan Myanmar, Mohamed berkata negara kita ketinggalan jauh dalam usaha menambahbaik sistem pilihanraya berbanding negara itu yang keluar dari kepompong diktator dengan mengamalkan sistem pilihanraya yang bersih dan adil. "Malangnya, kerajaan terpaksa mengunakan cara ini dengan misi utama mereka untuk kembali menawan Selangor menerusi manipulasi daftar pemilih. "SPR (Suruhanjaya Pilihanraya) sepatutnya menjadi pengendali Pilihanraya bertindak menjadi agen kepada pemerintah, ini yang masalah," jelas beliau lagi. Justeru katanya rakyat tidak mempunyai pilihan lain selain mengadakan protes secara terbuka pada 28 April ini. -KD PAS sedia sertai himpunan Bersih 3.0 |
Dicekup Berasmara Dalam Kereta Posted: 04 Apr 2012 10:32 PM PDT Tolong lepaskan kami encik, hanya kali ini sahaja, tolong lah...kami janji lain kali tidak akan buat lagi perkara ini." Itulah rayuan yang hampir menitiskan air mata dua wanita selepas ditahan pegawai penguat kuasa dalam Operasi Cegah Maksiat kira-kira jam 2 pagi semalam di Jalan Sri Cemerlang. Dalam serbuan di sebuah hotel bajet itu, salah seorang daripada dua wanita juga penuntut kolej kejururawatan, ditahan bersama pasangan disyaki melakukan perbuatan sumbang di dalam kereta yang diletakkan di tepi bangunan berkenaan. Malangnya keseronokan wanita berasal dari Besut berusia 20-an yang asyik berasmara bersama teman lelakinya itu dapat dihidu pegawai penguat kuasa walaupun ketika itu enjin kereta dimatikan. Ketika pegawai penguat kuasa membuka pintu kenderaan itu didapati baju lelaki berumur 20-an yang bekerja sebagai kontraktor tersebut terbuka serta berada dalam keadaan berpeluh dengan alasannya kepanasan dan kelihatan menggelabah. Di tempat sama, tiga remaja lelaki juga kenalan penuntut kolej terbabit turut disoal siasat berikutan penemuan beg tangan wanita di dalam bilik tersebut yang difahamkan ditinggalkan oleh rakannya setelah mengetahui kehadiran pihak berkuasa selepas menerima khidmat pesanan ringkas daripada seseorang. Wanita terbabit yang kedua-duanya memakai baju ketat dan tidak bertudung dengan rambutnya diwarnakan memberi alasan dia baru sahaja sampai di hotel tersebut kerana pintu pagar asrama sudah ditutup, lagipun pengawal keselamatan enggan membenarkan mereka masuk. Pasangan yang ditahan di dalam kereta tersebut diarahkan hadir ke Mahkamah Syariah untuk tindakan lanjut dan kedua-dua wanita itu dihantar semula ke asrama mereka selepas operasi tamat. Sebelum itu, sebuah pusat karaoke di Jalan Padang Tembak yang dipenuhi pengunjung, juga turut diserbu dan dikenakan kompaun serta denda termasuk merampas kelengkapannya bernilai kira-kira RM2,000. Operasi yang diketuai Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) turut melibatkan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan dan polis disertai kira-kira 26 anggota. Sementara itu, Ketua Pengarah Penguat kuasa MPKB-BRI, Ramly Che Hussin berkata, operasi pencegahan maksiat akan dijalankan setiap masa supaya perkara yang bertentangan dengan tuntutan agama boleh dicegah. -SH |
Negara Paling Selamat? Bekas Ketua Wanita UMNO Maut Ditekup Bantal Posted: 04 Apr 2012 08:43 PM PDT Nenek maut muka diserkup selimut, bantal ALOR GAJAH: Bekas Ketua Wanita UMNO cawangan Solok Limau Nipis, ditemui mati dalam keadaan hidung berdarah di kediamannya di Batu 24, Kampung Ramuan Cina Kecil, Lubok Cina, Masjid Tanah, dekat sini, pagi semalam. CUCU mangsa, Azniza Abd Latif (kanan) tidak dapat menahan kesedihan melihat mayat Sareah (gambar kecil) di Alor Gajah, semalam. Ketua Polis Daerah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin, berkata Sareah Abd Rahman, 78, ditemui seorang anak lelakinya, Abd Ghafar Daud, ketika berkunjung ke situ jam 8 pagi. Katanya, polis belum dapat mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa yang tinggal bersendirian di rumah berkenaan. "Mayat wanita ini ditemui dalam keadaan terbaring atas katil di bilik tengah rumahnya dengan muka ditutup kain selimut dan bantal. Pemeriksaan lanjut mendapati dia tidak mengalami sebarang kecederaan luaran. "Siasatan awal polis setakat ini mendapati tiada kesan pecah masuk di rumah itu, manakala barangan berharga termasuk wang tunai juga tidak hilang. Berdasarkan soal siasat, kali terakhir dia dilihat pada jam 3.30 petang kelmarin," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, semalam. Sareah yang juga saudara kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taboh Naning, Datuk Latipah Omar menjadi Ketua Wanita UMNO cawangan Solok Limau Nipis pada awal 1980-an dan bersara daripada politik sejak lebih 15 tahun lalu. Umar Ali berkata, pihaknya perlu menunggu laporan bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa. Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di talian 06-5562222. Sementara itu, Abd Ghafar, 57, berkata beliau setiap hari menghantar sarapan kepada ibunya sebelum ke tempat kerja. "Saya memanggil emak tetapi dia tidak menyahut. Saya kemudian meninggalkan sarapan untuknya dan terus ke tempat kerja. "Apabila balik semula untuk memeriksa keadaannya, saya menemui emak terbaring di atas katil," katanya. -BH Maut ditekup bantal |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment