SEARCH

Thursday, April 5, 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


"Task Force" Beri IC Kepada Rakyat Asing, Peringatan Besar Untuk Najib & Sekutunya

Posted: 04 Apr 2012 05:28 PM PDT

Kuala Lumpur - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah orang yang paling bertanggungjawab atas kewujudan 'task force' yang memberi taraf kerakyatan kepada warga asing, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Apabila 'task force' itu memberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya nanti, tak mungkin mereka diberi kerakyatan untuk memilih mana-mana parti. Tentulah mereka dikehendaki memilih Barisan Nasional (BN) yang dipimpin oleh Najib sahaja.

"Lebih penting lagi, tak mungkin 'task force' seperti itu boleh wujud tanpa keizinan dan persetujuan Perdana Menteri memandangkan sebahagian dari yang terlibat itu adalah pegawai-pegawai kerajaan berprofil tinggi," katanya.

Bagi Salahuddin, apa yang berlaku itu adalah satu pengkhianatan yang sangat keji ke atas kedaulatan negara dan undang-undangnya.

"Lebih malang lagi, bolehkah kita mendakwa bahawa Perdana Menteri bukanlah boss besar kepada 'task force' itu?

"Apabila berlaku pengkhianatan, bolehkah kita mendakwa Perdana Menteri tidak mengetuai pengkhianatan terhadap negara itu?" katanya.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu juga yakin projek memenangkan BN yang melibatkan 'task force' itu pasti menggasak wang rakyat dalam jumlah yang sangat besar.

"Selepas diberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya nanti, tentulah wajib diadakan sistem pemantauan dan ugutan untuk memastikan warga asing berkenaan mengundi BN.

"Semua itu tentulah menggasak begitu banyak wang rakyat. Tak mungkin Najib dan para pemimpin Umno dan BN mahu mengeluarkan wang dari poket sendiri untuk membiayai projek memenangkan BN itu," kata Salahuddin.

Malah, katanya, pelbagai kesan dan akibat dari tindakan membanjirkan negara ini dengan warganegara asing yang diberi taraf kerakyatan itu juga akan memakan belanja yang luar biasa besar.

"Dengan taraf sebagai warganegara semata-mata kerana hendak memenangkan Umno dan BN, mereka juga akan mendapat pelbagai keistimewaan yang sememangnya dinikmati oleh rakyat negara ini. Semua itu akan memakan belanja berterusan yang sangat besar jumlahnya.

"Negara terpaksa menangung beban tambahan berterusan semata-mata kerana hendak memenangkan Umno dan BN. Itu belum lagi diambilkira kesan dan masalah sosial yang tidak dapat dielakkan akan tercetus," kata Salahuddin.

Sebab itulah beliau yakin, 'task force' tersebut akan menjadi pencetus kemarahan rakyat dan mereka akan membanjiri ibu negara dan tempat-tempat perhimpunan lain yang ditentukan di seluruh negara pada 28 April ini.

Bersih 3.0 menetapkan 28 April ini untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran duduk bantah di Dataran Merdeka dan di tempat-tempat lain yang ditentukan di seluruh negara.

"Task force' itu pasti menjadi satu lagi penyebab utama yang mendorong seramai-ramai rakyat berhimpun dalam perhimpunan Bersih 3.0 seluruh negara 28 April ini.

"500,000 duduk dan bantah di ibu negara bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai oleh perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini," kata beliau.

Salahuddin tidak menolak kemungkinan besar PAS akan menubuhkan 'task force'nya sendiri bagi menghadapi kerja jahat 'task force' itu. -HD

Laporan sebelum ini
klik untuk baca




Ulasan GB

Kita akan melihat nanti Najib akan menafikannya.

Tetapi hukum kebenaran dan keadilan akan mengambil tempatnya dimana satu hari Najib pasti akan menerima balasannya.

Sebagai hamba Allah kita tidak ada tempat lain untuk meminta selain daripada Allah swt dengan doa-doa kita:

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba'ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan utk mengikutinya, dan tunjukkanlah yg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya.

رَّبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَل لِّي مِن لَّدُنكَ سُلْطَاناً نَّصِيراً وَقُلْ جَاء الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقاً

Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nashiran wa qul ja alhaqqu wa zawaqal bathilu innal bathila kana zahuqan

Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.

Berdoa sedemikian lebih utama dab semuga Allah beri petunjuk yang sebenarnya kepada kita semua dan selamatkan kita dari siksaanNya.

Kita sekadar ingin mengingat dan menyedarkan Najib agar jangan keterlaluan melalui peristiwa betapa Allah itu Maha Tinggi dan Maha Berkuasa, dan kita juga ingin mendengar penafian Najib mengenainya atau pengakuan Najib bahawa beliau tidak takut dengan peringatanNya.

Ini bukan fitnah! Kita sekadar mengingatkan kepada mereka yang lupa. Jangan sampai nanti menuduh rakyat tidak pernah menegurnya dan menuduh Allah tidak pernah menurunkan peringatanNya.

Najib Terkena Cacar Balik Dari Hanoi

PM dinasihatkan berehat selepas tanda awal cacar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dinasihatkan agar berehat di kediaman dan mengelakkan daripada menghadiri semua majlis rasmi berikutan rawatan perubatan selepas terdapat simptom penyakit cacar.

Penasihat media beliau, Datuk Seri Jalaludin Bahaudin, dalam kenyataan kepada Bernama menyatakan bahawa Perdana Menteri mula merasa kurang sihat dan kemudian didapati ada ruam panas, sakit otot dan sendi pada hari terakhir Sidang Kemuncak Asean ke-17 dan berkaitan di Hanoi, Vietnam selama tiga hari.

"Setibanya di Subang (Selangor) hari ini, beliau menunjukkan ada tanda-tanda awal menghidapi penyakit cacar dan dengan segera mendapat rawatan.

Oleh kerana ubat diberikan awal, Perdana Menteri menunjukkan respon yang baik," katanya sambil menambah doktor peribadi Najib menasihatkan Perdana Menteri berehat di kediaman dan mengelak daripada menghadiri semua majlis awam dan rasmi.

"Perdana Menteri memohon maaf atas segala kesulitan," katanya.
- BERNAMA


Najib Dan Rosmah Kemalangan Di Senawang

Kereta yang dinaiki oleh Dato Seri najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dalam satu kemalangan di Lebuhraya Senawang, Ayer Keroh. Kereta yang dinaiki mereka terbabas dan terbalik di tepi lebuhraya tersebut. Jangan salah faham ya..

Ini kisah yang berlaku pada tahun 1988 semasa Dato Seri Najib menjawat Jawatan Menteri Belia Dan Sukan. Sekadar mengimbau sejarah yang ramai tidak mengetahuinya.





[Bergambar & Video] Bakal Bangunan Tertinggi Eropah Terbakar

Posted: 04 Apr 2012 04:53 PM PDT

Moskow - Tingkat teratas bangunan pencakar langit Vostok yang dalam pembinaan di sini terbakar kelmarin.

SEORANG anggota bomba berdiri dekat bangunan Vostok yang terbakar di tingkat 65 di Moscow kelmarin.

Ia akan menjadi bangunan tertinggi di Eropah jika siap dibina sepenuhnya pada tahun 2013.

Beberapa buah helikopter digunakan untuk memadamkan kebakaran dengan menggunakan air yang diambil dari sebuah sungai berdekatan.

Menara Vostok itu jika siap akan memiliki ketinggian 360 meter.

Bahagian yang terbakar itu di tingkat 65.

Ia akan mempunyai 95 tingkat jika siap sepenuhnya.

Pemilik bangunan berkenaan, Sergei Polonsky memberitahu saluran televisyen Rusia, 24, tiada kecederaan berlaku atau risiko struktur itu runtuh.

Beliau memberitahu, api merebak dengan cepat ke tingkat atas ekoran angin bertiup kencang.

Vostok terdiri daripada bangunan menara berkembar yang dikenali sebagai Kompleks Persekutuan apabila menara kedua, Zapad atau Barat siap kelak.

Punca kejadian masih belum didedahkan. - Agensi











[Bergambar & Video] DAHSYAT - Puting Beliung Terbangkan Lori Trailer Ke Udara

Posted: 04 Apr 2012 10:54 AM PDT

Kota Dallas di Texas baru saja dilanda ribut taufan dahsyat yang berkelajuan tinggi.

Dalam sebuah video yang ditunjukkan di bawah artikel ini, terlihat angin taufan puting beliung ini menghentam sebuah lokasi di mana ia merupakan sebuah "trailer park" dan dengan dahsyatnya melemparkan trailer-trailer di lokasi tersebut ke udara.

Angin taufan atau tornado ini juga telah merosakkan sekitar tempat tinggal dan sekitar 100 pesawat yang berada di Bandar DWF telah dilaporkan mengalami kerosakan akibat ditimpa batu-batu sebesar bola baseball. Setakat ini belum ada laporan mengenai adanya yang maut.

Puluhan bumbung rumah tercabut dan menurut laporan juga, puluhan penduduk cedera. Kelihatan banyak kereta terbalik manakala trak remuk serta rosak teruk di bahu lebuh raya.

Pegawai Kanan Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan Meteorologi, Eric Martello, berkata dianggarkan antara enam hingga 12 puting beliung melandadi Utara Texas.













Ulasan GB

Kuasa Allah! Siapa yang terlebih hebat daripadaNya?

Maha Suci Engkau, Ya Allah, Tiada Tuhan Melainkan Engkau.

Penasihat PM Ketuai J/K Beri IC Kepada Rakyat Asing, Tubuh Suruhanjaya Siasatan Segera!

Posted: 04 Apr 2012 07:31 AM PDT

RCI IC perlu sebelum PRU13

KUALA LUMPUR: PAS mahu Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) bagi menyiasat pemberian kad pengenalan (IC) kepada warga asing ditubuhkan secepat mungkin sebelum Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) berlangsung.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata RCI itu penting bukan sahaja di Sabah tapi seluruh negara bagi menyiasat isu pemberian kad pengenalan palsu kepada warga asing seterusnya didaftarkan menjadi pengundi pilihan raya.

Katanya, penubuhan itu perlu dilakukan segera memandangkan dakwaan wujudnya satu badan bertindak yang mengendalikan projek pemberian IC kepada rakyat asing.

Ahli Parlimen Pokok Sena mendakwa antara individu yang terlibat adalah Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Tajuddin Wahab, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar dan diketuai Pegawai Penasihat kepada Perdana Menteri Datuk Othman Razak.


"Ini dakwaan serius kerana saya anggap seperti menjual negara kepada rakyat asing.

Politik terdesak

"Kerajaan Barisan Nasional (BN) tak mampu berhadapan dengan politik terdesak apabila menghadapi kebangkitan rakyat dengan membawa warga asing dan memastikan mereka mengundi Umno-BN," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Sekiranya RCI dibentuk, Mahfuz berkata beberapa individu lain juga perlu diheret dan dipanggil untuk memberi keterangan mengenai dakwaan mereka melakukan tugas kerja tersebut mengikut arahan yang diketuai Othman.

Mereka adalah Timbalan Ketua Kementerian Dalam Negeri Datuk Alwi Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Datuk Jariah Mohd Said, Pegawai JPN Nik Norashikin Nik Mansor, Pegawai Bahagian Kewarganegaraan JPN Rashid Bashirun dan Shahrul Anwar Ahmad Zaidi.

Beliau bimbang jika benar dakwaan ini berlaku, hak rakyat akan dikuasai warga asing malah masa depan negara turut ditentukan warga asing.

"RCI sangat penting dan perlu dibentuk segera dan laporan dikemukakan sebelum PRU13…sebelum laporan dikemukakan kepada orang awam, PRU13 tak boleh diadakan sama sekali," tegasnya. -FMT


Anggota 'task force' pengundi warga asing didedah

KUALA LUMPUR, 4 April: Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mendedahkan wujudnya 'task force' yang bertanggungjawab memberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya nanti.

Menurut Mahfuz 'task force' tersebut diketuai oleh Penasihat Khas Perdana Menteri Datuk Osman Razak, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Tajuddin Wahab, dan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Bukan itu sahaja, Mahfuz turut mendedahkan beberapa pegawai di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang dikatakan terlibat sama antaranya, Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Datuk Jariah, Nik Norashikin Nik Mansur, Rashid Basiron, dan Shahrul Anwar Ahmad Zahidi,

Jelas Mahfuz, isu ini amat serius seolah-olah memperlihatkan kerajaan mahu menjual negara kepada rakyat asing.

"Kerajaan BN tidak boleh berhadapan dengan politik terdesak dengan mengatasi, membawa warga asing untuk mengundi BN.



(Wan Ahmad [atas] dan Tajuddin Wahab [bawah], dua tokoh penting di belakang task force, dakwa Mahfuz)

"Apabila lonjakan kebangkitan rakyat negara ini mahu menolak BN, tidak boleh diatasi dengan membawa warga asing untuk diberikan kerakyatan bagi memastikan mengundi Umno BN. Ini sangat berbahaya!" katanya.

Kebimbangan ini, katanya akan menafikan hak rakyat di mana hak itu diboloti oleh warga asing akhirnya masa depan negara akan di tentukan oleh mereka.

"Saya percaya keputusan rakyat selepas ini akan dimanipulasi oleh warga asing," katanya dalam sidang media hari ini di bangunan Parlimen.

Katanya, kerajaan boleh memanggil ketiga-tiga mereka serta pegawai JPN berkenaan bagi menjawab dakwaan itu melalui Suruhanjaya Diraja yang dibentuk.

"Sebab itu kita desak kerajaan bentuk Suruhanjaya Diraja bagi menjawab segala dakwaan yang timbul dan suruhanjaya itu boleh memanggil mereka yang terlibat.

"Kalau sekarang hendak panggil mereka, siapa yang berani? Perdana Menteri pun tidak," katanya.

Tambahnya, Suruhanjaya Diraja amat penting dibentuk dengan segera bagi mengenalpasti tentang semua dakwaan yang dibuat berhubung pemberian taraf kerakyatan bagi membolehkan warga asing mendaftar dalam daftar pemilih.

Mahfuz berkata, suruhanjaya ini harus di bentuk sebelum pilihan raya umum ke-13.

"Sebelum report dikemukakan kepada awam pilihan raya ke-13 tidak boleh diadakan sama sekali," katanya.
-HD


PAS dedah 'pasukan khas' ambil rakyat asing jadi pengundi


Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar hari ini mendakwa beliau mempunyai bukti untuk menunjukkan bahawa kerajaan telah menubuhkan pasukan petugas yang bertanggungjawab memberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya umum akan datang.

Mahfuz dipetik oleh organ rasmi PAS Harakahdaily menamakan seorang pembantu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dan pegawai-pegawai kanan Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Pendaftaran Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya.

Nama-nama mereka tidak disiarkan oleh Malaysiakini sementara menunggu pengesahan.

"Kerajaan BN tidak boleh berhadapan dengan politik terdesak dengan mengatasi, membawa warga asing untuk mengundi BN," katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Berikutan itu, beliau mendesak kerajaan membentuk Suruhanjaya Diraja bagi menjawab segala dakwaan yang timbul dan suruhanjaya itu, tambahnya, boleh memanggil mereka yang terlibat.

Ketika ditemui kemudian, Mahfuz enggan mendedahkan bagaimana beliau mendapat maklumat tersebut.

"Ini adalah maklumat yang diperolehi dari dalam," jawab Mahfuz.

Sementara itu, dalam satu kenyataan, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS, Ridhuan Mohd Nor berkata dakwaan itu "amat serius" dan melibatkan integriti serta kedaulatan negara.

Tahun lepas, aktivis PAS telah mengesan bas yang membawa warga asing di sebuah resort di Sungai Merab, yang dikatakan sebahagian penipuan MyKad.

Polis, bagaimanapun, mendakwa bahawa warga asing berada di sana untuk kursus keusahawanan.

Laporan tambahan oleh S Pathmawathy di Parlimen.
-mk


Pendedahan Mahfuz serius, hukum pengkhianat negara

KUALA LUMPUR, 4 April: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menegaskan PRU13 adalah hak rakyat Malaysia yang sah, bukan hak warga asing yang diberikan taraf kerakyatan dan seterusnya diberikan peluang untuk mengundi.

Justeru, DPPM memandang serius kenyataan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar bahawa wujudnya task force yang bertanggungjawab memberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya.

Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS mendedahkan task force tersebut diketuai oleh Penasihat Khas Perdana Menteri Datuk Osman Razak, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Tajuddin Wahab, dan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Malah beberapa pegawai di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang dikatakan terlibat sama antaranya, Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Datuk Jariah, Nik Norashikin Nik Mansur, Rashid Basiron, dan Shahrul Anwar Ahmad Zahidi.

Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor (gambar) berkata, pihaknya berpandangan, pendedahan Mahfuz itu merupakan sesuatu yang amat serius kerana ia melibatkan integriti serta kedaulatan negara.

"Sekiranya rakyat asing sudah diberikan taraf kerakyatan negara ini dan seterusnya dibenarkan untuk mengundi dalam PRU13, ini menandakan tahap keselamatan negara sudah berada dalam keadaan bahaya," ujarnya kepada Harakahdaily.

Ini, katanya memberi gambaran bahawa bila-bila masa sahaja negara boleh dijual kepada warga asing oleh mereka yang mengkhianati amanah rakyat sebagai pemimpin kanan kerajaan.

Menurutnya, pendedahan itu membenarkan lagi telahan banyak pihak bahawa BN sedang merancang untuk melakukan penipuan secara besar-besaran bagi menghadapi PRU13.

Justeru, ujarnya DPPM merasa amat kesal kerana BN tidak bersikap 'gentleman' dan tidak bersedia menghadapi kenyataan dengan menerima apa juga keputusan rakyat dalam pilihan raya.

Menurut Riduan lagi, BN terlalu terdesak mengekalkan kuasa meskipun ditolak oleh rakyat sehingga sanggup mengambil warga asing sebagai warga negara dan sebagai pengundi.

"Bahkan, BN tergamak memperkudakan agensi kerajaan bagi meraih kepentingan diri mereka dan tidak kisah sekiranya integriti agensi kerajaan seperti SPR dan JPM jatuh menjunam serta menjadi cemuhan rakyat tempatan mahupun masyarakat antarabangsa," ujarnya.

Justeru, katanya, DPPM bersetuju supaya Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi menyiasat kenyataan Mahfuz itu.

Beliau menegaskan, sekiranya benar dakwaan itu, kesemua nama yang disebut perlu diseret ke muka pengadilan meskipun ia akan menjerat sama pemimpin negara.

"Mereka ini adalah pengkhianat negara dan tidak mungkin ada kemaafan bagi mereka," tegasnya lagi.

Sehubungan itu, beliau menambah DPPM turut mendesak Perdana Menteri menangguhkan pilihan raya sehingga Suruhanjaya Diraja selesai melakukan siasatan terhadap dakwaan itu.
-HD


Hassan Ali Belum Serah Video Murtad Kepada MAIS

Posted: 04 Apr 2012 05:07 AM PDT

Kami masih menunggu video murtad Hasan Ali, kata pengerusi MAIS

KUALA LUMPUR, 4 April — Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) masih menunggu video bukti kegiatan murtad yang dimiliki Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia Datuk Dr Hasan Mohamed Ali sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

Bagaimanapun Pengerusi MAIS Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata Hasan yang juga ahli jawatankuasa agensi itu telah menjelaskan tentang perkara itu pada mesyuarat yang diadakan semalam.

Jelas beliau, tindakan selanjut tidak boleh dilakukan sekiranya Hasan tidak menyerahkan video tersebut.

"Mais bersedia menerima video berkaitan kegiatan murtad untuk kita buat siasatan lanjut...kita akan terima apa-apa bukti lain termasuk video.

"Beliau (Hasan) telah memaklumkan perkara ini kepada kita, beliau sudah jelaskan apa yang beliau lakukan dan kita akan ambil tindakan selanjutnya jika menerima video itu," katanya kepada The Malaysian Insider.

Kelmarin Hasan membuat pendedahan tentang kegiatan murtad yang berlaku selain mempunyai tiga versi video berkenaan.

Pada sesi pendedahan itu, Hasan hanya mendedahkan dua daripada tiga video tersebut dengan durasi 16 dan 42 minit yang menayangkan pengakuan sepasang suami isteri yang telah kembali kepada Islam selepas murtad.

Kata Hasan, beliau tidak menolak untuk menyerahkan video bukti gejala murtad itu kepada JAIS sekiranya agensi agama itu memerlukannya.

Menurut Mohamad Adzib, pihaknya melalui Jawatankuasa Pengurusan Aduan dan Penguatkuasaan akan menerima serta memantau aduan berhubung usaha memurtadkan umat Islam dan ajaran sesat di Selangor termasuk mengambil tindakan penguatkuasaan sewajar.

Selain itu, jawatankuasa tetap itu juga akan memantau serta menangani isu murtad dan ajaran sesat di Selangor.

"Kita ada jawatankuasa yang akan meneliti setiap aduan atau laporan yang dikemukakan, serahkan sahaja video itu kepada Mais atau Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

"Setakat ini kita masih menunggu (video daripada Hasan)," kata Mohamad Adzib.

Jelas beliau, pihaknya sentiasa membuat pemerhatian dan mengumpul maklumat mengenai kegiatan murtad.

"Kita juga ada pelan tindakan yang akan diambil untuk menyelesaikan masalah. Kita akan kumpul maklumat dulu kemudian baru ambil tindakan sesuai," katanya.

Mohamad Adzib juga mengingatkan gerakan yang terlibat dalam kegiatan Kristianisasi agar menghormati peruntukan-peruntukan yang terdapat di dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Kita ada undang-undang untuk mencegah, tindakan akan diambil jika terdapat bukti ia (kegiatan murtad) berlaku.

"Kita ada jawatankuasa yang akan pantau perkara ini," katanya. -TMI

Murtad: Hasan Ali dendam peribadi atau iri hati?

KUALA LUMPUR, 4 April: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menyelar kenyataan Presiden Jati, Datuk Dr Hasan Ali yang berterusan menunjukkan serangan yang bermotifkan dendam peribadi terhadap Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Abdul Rani Osman.

"Dengan tanpa usul periksa maka Hasan Ali terus-terusan melempiaskan amarah beliau terhadap Dr Abdul Rani kerana termakan dengan 'hasutan jahat dan fitnah' media massa yang telah memutarbelitkan kenyataan sebenar Dr Abdul Rani berkenaan isu gejala murtad yang semakin meruncing di dalam negara ini," kata ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan.

Justeru, kata beliau, pihaknya merasakan Hasan semakin bercelaru di dalam tindakan beliau untuk menangani isu murtad apabila tidak menggunakan saluran yang sebenarnya di dalam menyelesaikan isu terbabit.

Sepatutnya, ujar beliau, Hasan perlu menyerahkan segala pembuktian yang ada dalam simpanannya kepada pihak yang berwajib untuk diambil tindakan yang sewajarnya.

"Tetapi Datuk Hasan Ali nampaknya lebih selesa 'pusing satu Malaysia' untuk mengecam individu-individu tertentu di dalam PAS yang telah menyebabkan beliau dipecat daripada PAS di atas pentas Umno daripada membicarakan isu murtad," katanya kepada Harakahdaily.

Hasbullah menambah, pihaknya turut mengecam sikap 'double standard' Hassan yang hanya 'berkokok' setelah kehilangan kuasa Exco Kerajaan Selangor untuk membangkitkan soal isu murtad sedangkan masalah itu bukan baru wujud dan tidak hanya berlegar di negeri Selangor tetapi telah menjadi isu nasional.

"Sepatutnya Datuk Hasan Ali memberikan tekanan kepada pihak kerajaan persekutuan yang ditunjangi oleh Umno untuk mengambil cakna terhadap isu murtad ini dengan menggubal dan melaksanakan undang-undang hudud di peringkat nasional," katanya.

Selain itu, tambahnya hasrat Kerajaan Negeri Kelantan untuk melaksanakan undang-undang hudud di negeri itu sejak tahun 90-an lagi perlu disokong untuk mempastikan gejala murtad dapat dibendung.

Sehubungan itu, tegasnya Pemuda PAS negeri mencabar Hasan supaya dapat memperjuangkan isu murtad dan pemurnian aqidah itu kepada pemimpin Umno dan Barisan Nasional.

Ini, katanya kerana isu itu berlaku dan terus 'subur' adalah disebabkan 'kejayaan' mereka memerintah negara ini selama 50 tahun lebih.

Menurutnya, Umno dan Barisan Nasional adalah sangat 'mesra dan akrab' dengan budaya maksiat, politik kotor dan gejala-gejala yang merosakkan akhlak masyarakat sehingga menyebabkan mereka terperangkap di dalam dunia jahiliyyah moden yang tidak mempedulikan lagi antara batas-batas iman dan kufur.

Oleh itu, katanya Pemuda PAS negeri Selangor mengharapkan semoga Hasan akan menyambut cabaran Pemuda dan mengagendakan isu murtad dan pemurnian aqidah itu secara konsisten sehingga Kerajaan Persekutuan dapat melaksanakan undang-undang hudud di peringkat pusat.

"Janganlah hanya kerana kehilangan jawatan dan pangkat menyebabkan emosi diri menguasai pertimbangan akal sehingga tidak dapat membezakan antara yang baik dan buruk, sahabat dan musuh yang sebenarnya," ujarnya lagi.
-HD


Pelajar Maut Disambar Petir

Posted: 04 Apr 2012 02:31 AM PDT

Serdang – Seorang pelajar yang menyertai Pertandingan Bola Sepak Sekolah-Sekolah Daerah Petaling Perdana di Universiti Putra Malaysia (UPM), terbunuh dipanah petir manakala rakannya cedera, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 2.45 petang, mangsa Muhamad Mustaqim Muhamad Kamarul dan Muhammad Yusop, masing-masing berusia 16 tahun, dikatakan baru selesai bermain bola di Padang A UPM.

Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, ketika kejadian mangsa dikatakan sedang menunggu bas di bawah pokok untuk pulang ke sekolah masing-masing.

Menurutnya, insiden disedari beberapa pelajar yang turut berada berhampiran padang berkenaan sebelum memaklumkan kejadian kepada seorang guru.

"Ketika kejadian, salah seorang guru memberitahu keretanya bergegar sebelum didatangi pelajar yang memberitahu dua pelajar tingkatan empat dari Sekolah Menengah Seksyen 16 Shah Alam itu dipanah petir.

"Kedua-dua mangsa dikejarkan ke Hospital Serdang, namun salah seorang daripadanya, Muhamad Mustaqim dilaporkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan," katanya.

Beliau berkata, jenazah mangsa dibawa ke rumahnya di Padang Jawa, Klang sebelum dikebumikan di kampung ibunya di Felda Jengka Pahang.

"Mangsa disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Serdang. Kes disiasat sebagai mati mengejut," katanya lagi kepada Sinar Harian.

Rumah Dan Kereta Ketua Pemuda PAS JB Disimbah Cat Hitam

Posted: 04 Apr 2012 02:03 AM PDT

Johor bahru – Beberapa individu tidak dikenali bertindak liar dengan melempar bungkusan berisi cat berwarna hitam ke arah kediaman Ketua Pemuda Pas Johor Bahru, Mohd Ariff Mt Hassan di Jalan Padi 2, Bandar Baru Uda di sini, semalam.

Mohd Ariff berkata, dalam kejadian jam 1.15 pagi itu, kira-kira 20 motosikal ditunggang perlahan di hadapan rumahnya sebelum dicampak cat berwarna hitam.

"Kebetulan ketika itu saya belum tidur. Curiga dengan kehadiran motosikal berkenaan, saya mengintai daripada tingkap dan ternampak seorang lelaki bertopi keledar melontar satu bungkusan," katanya.

Menurutnya, beliau sempat keluar dan menjerit ke arah lelaki berkenaan sementara beberapa lagi penunggang motosikal bertindak melemparkan bungkusan berisi cat ke arahnya sehingga mengenai kereta dan dinding rumah.

"Saya cuba mengejar, namun mereka memecut laju. Saya bersyukur tiada sebarang kejadian buruk berlaku," katanya yang tinggal bersama isteri dan empat anak.

Mohd Ariff berkata, beliau yakin ia satu tindakan provokasi oleh pihak tertentu dalam usaha menggagalkan ceramah yang dihadiri Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, malam semalam.

"Sebelum ini lapan kain rentang dipasang di sekitar bandar raya ini dicantas pihak tidak bertanggungjawab," katanya yang membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Tampoi pada hari sama.

Menurutnya, walaupun kejadian berkenaan berlaku kurang 24 daripada masa ceramah itu berlangsung, ia tetap diteruskan dan diadakan di kediamannya yang juga Pejabat cawangan Pas Bandar Baru Uda.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Perhubungan Pas negeri, Syed Othman Syed Abdullah menyifatkan kejadian berkenaan didalangi oleh individu tidak bertamadun kerana berasa tergugat kewibawaan Mat Sabu.

"Saya minta tindakan provokasi seperti ini dihentikan. Bagaimanapun kami tidak akan sesekali membatalkan ceramah yang turut dihadiri oleh Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan mengesahkan kejadian terbabit manakala kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan. -SH

[ANIAYA] Kapas Tertinggal Dalam Hidung

Posted: 04 Apr 2012 12:36 AM PDT

Johor Bahru: Seorang pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) terkejut apabila mendapati segumpal kapas sepanjang tujuh sentimeter (cm) tertinggal dalam hidungnya, selepas seminggu menjalani pembedahan hidung bagi merawat masalah sinus di sebuah hospital swasta di sini.

Gambar: SITI KHADIJA menunjukkan laporan polis dan botol yang mengandungi kapas yang tertinggal dalam hidungnya ketika ditemui semalam.

Siti Khadija Aziz, 24, berkata, beliau menjalani rawatan pada 14 Mac lalu selepas mengalami selsema dan sakit tekak sebelum doktor hospital berkenaan mengesahkannya mengalami sinus dan perlu menjalani pembedahan segera.

"Susulan cadangan itu, saya menjalani pembedahan hidung keesokannya.

Sepanjang tempoh selepas pembedahan, saya mula merasakan kesakitan pada bahagian pernafasan hidung hingga ke tekak selain kerap berlendir dan berdarah.

"Selain itu, saya juga mengalami kesukaran bernafas apatah lagi selepas pembedahan, doktor berkenaan tidak membenarkan proses pernafasan melalui hidung dilakukan. Saya juga sukar bercakap selain kedua belah telinga selalu gatal.

"Jika bercakap, suara saya menjadi sengau sehingga ramai bertanya apa yang berlaku hingga saya malu untuk berkomunikasi dengan rakan dan ahli keluarga yang lain," katanya ketika ditemui, semalam.

Katanya, susulan kejadian itu pada 20 Mac lalu, beliau kembali mendapatkan rawatan susulan di hospital berkenaan dan memberitahu segala masalah yang dihadapinya tetapi doktor terbabit mendakwa keadaan itu adalah normal dan hanya memerlukan rawatan biasa.

"Selepas pulang daripada hospital, saya masih rasa sakit seperti sebelum ini selain kesukaran bernafas dan kerap keluar darah dan lendir dari hidung.

"Keadaan itu berlarutan hingga pada 23 Mac, saya tidak tahan lagi dengan kesakitan itu lalu menghembus nafas agak kuat melalui hidung dan apa yang mengejutkan, segumpal kapas bercampur darah dan lendir keluar melalui hidung.

"Selepas bahan asing itu terkeluar, pernafasan saya kembali normal dan boleh bercakap tanpa mengeluarkan suara sengau seperti sebelumnya. Pada 25 Mac, saya bertemu dengan dengan doktor terbabit dan menunjukkan kapas berkenaan," katanya.

Bagaimanapun, katanya, doktor terbabit tidak menjelaskan penemuan gumpalan kapas itu, sebaliknya meneruskan rawatan seperti biasa dan cuba mengalih perhatian ketika persoalan mengenai kapas itu diajukan.

Sehubungan itu, katanya, beliau membuat laporan di Balai Polis Johor Bahru pada 28 Mac lalu selepas mengeluarkan perbelanjaan pembedahan dan rawatan kira-kira RM13,150. -BH

Tarikh BERS✔H 3.0 : 28 April 2012 (Sabtu) Jam 2 PM Di Dataran Merdeka -updated

Posted: 04 Apr 2012 02:20 AM PDT

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) hari ini mengumumkan bahawa akan mengadakan himpunan besar-besaran Bersih 3.0 pada 28 April ini. Demikian lapor malaysiakini dan harakahdaily

Ianya akan diadakan jam 2 petang bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Perkara itu diumumkan jawatan kuasa pemandu NGO itu pada satu sidang media di sini, pagi ini.

Perhimpunan dengan slogan "Duduk Bantah" itu akan dijalankan bersama 84 NGO lain.

Semalam blog ini telah memetik laporan themalaysianinsider yang memetik sumber dari jawatankuasa Bersih bahawa Bersih 3.0 tidak dapat dielakkan akibat daripada kegagalan Jawatankuasa Khas Parlimen berkaitan pilihan raya (PSC) menyelesaikan isu pokok dan menunaikan tuntutan Bersih sebelum ini.

PSC adalah sekadar hiasan pentadbiran Najib untuk menunjukkan keikhlasannya melaksanakan pembaharuan sistem pilihan raya.

"Kami telah menemui bukti penipuan sistem pilihan raya yang lebih banyak dan menimbulkan tanda tanya sama ada keseluruhan PSC itu hanyalah sekadar satu penipuan,"

Selain itu, tiga ahli PR dalam PSC sejak minggu lalu sering mengkritik panel kerana dikatakan gagal menyelesaikan isu utama bagi membersihkan pilihan raya, terutamanya dakwaan kurangnya komitmen Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membersihkan sistem pilihan raya.

SPR, yang mana ahli PR telah berulangkali mendedahkan terdapatnya kehadiran 42,000 pengundi hantu di dalam daftar sistem mereka, namun mereka tidak bertindak untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Sementara itu harakahdaily melaporkan penolakan usul berkenaan laporan minoriti dan juga meluluskan cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya tanpa perbahasan merupakan pemangkin kepada perlaksanaan himpunan Bersih 3.0.

Menurut Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Pakatan Rakyat mempunyai hujah serta bukti apabila Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia meminta mereka mengemukakan bukti amalan laporan minoriti yang dilakukan di mana-mana negara Komanwel.

"Bila Speaker meminta kita kemukakan bukti amalan mana-mana negara komanwel yang melaksanakan laporan minoriti dalam Parlimen mereka.

"Kita mempunyai hujah serta fakta berasaskan apa yang berlaku dalam Parlimen di New Zealand, Australia mahupun negara-negara kecil seperti Jamaica yang ada keutamaan tentang laporan minoriti dimasukkan atau dibahaskan bersama dengan laporan yang dikemukakan," jelasnya.

Tambahnya lagi, adalah tidak munasabah Pakatan Rakyat dilayan sedemikian, yang mana hujah-hujah mereka langsung tidak mahu didengari di Parlimen.

"Saya merasakan dengan penolakkan ini rakyat diluar sana dapat melihat bagaimana proses penyuburan demokrasi." ujar Salahuddin.

Pak Samad jangka 500,000 sertai Bersih 3.0

KUALA LUMPUR, 4 April: Pengerusi Bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Datuk A.Samad Said atau Pak Samad menjangkakan seramai 500,000 rakyat akan menyertai himpunan Bersih 3.0 pada 28 April nanti.

Bercakap pada sidang media di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor hari ini saterawan negara itu berkata, ianya berdasarkan maklum balas banyak pihak yang bertanya kepadanya bila Bersih 3.0 akan diadakan.

"Saya sendiri berada dimana-mana dan orang tanya bila Bersih 3.0.

"Daripada interaksi, berjumpa dalam majlis atau dalam facebook, saya mengkhayalkan setidak tidanknya kita akan mengumpulkan seramai 500,000 (akan hadir)," katanya.

Menurut Sasterawan Negara itu juga, jumlah itu tidak mustahil kerana ianya akan berlangsung serentak di seluruh negara malah seluruh dunia.

"Jadi dengan apa yang diwawarkan kalau tidak melakukan ini dengan penuh ghairah, kita tidak akan dapat merubah pemerintahan yang menggunakan semua cara untuk kekal selama 54 tahun," tambahnya lagi.

Terdahulu beliau mengumumkan bahawa himpunan besar-besaran Bersih 3.0 akan diadakan pada hari Sabtu 28 April ini.

Ianya akan diadakan jam 2 petang bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Himpunan itu juga akan diadakan serentak seluruh negara dan lebih 32 negara lain di seluruh dunia.

"Jawatankuasa pilihan khas dan kerajaan tidak mengambilserius terhadap tuduhan penipuan.

"Justeru, Bersih 2.0 akan berkumpul duduk bantah secara aman di seluruh negara dan diseluruh dunia. Sabtu 28 April jam 2 hingga 4 petang...ini adalah Bersih 3.0," katanya. -HD


Sidang media Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil pagi ini






Khalwat 2 Kali Dalam 10 jam, Malam Dicekup Di Rumah Sewa, Pagi Di Motel

Posted: 03 Apr 2012 08:24 PM PDT

Jitra: Tidak serik - itulah gambaran sesuai bagi sepasang kekasih yang ditangkap khalwat dua kali dalam tempoh 10 jam oleh kakitangan Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu di dua lokasi berbeza di sini, semalam.

Gambar: PASANGAN remaja ditahan dua kali dalam tempoh 10 jam di hotel murah dan rumah sewa sekitar Kubang Pasu, semalam.

Pasangan pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berusia 19 dan 20 tahun itu kali pertama ditangkap berdua-duaan di sebuah rumah sewa di Taman Mahsuri di sini, jam 12.05 tengah malam kelmarin, dan dicekup kali kedua di sebuah motel murah di Taman Ehsan, dua kilometer dari lokasi pertama kira-kira jam 10 pagi semalam.

Sumber pejabat agama itu berkata, mereka ditahan ketika serbuan dilakukan di rumah sewa pelajar perempuan dan ketika pemeriksaan dilakukan pasangan itu berada berdua-duaan dalam sebuah bilik, manakala seorang rakannya tidur di bilik berasingan.

Pelajar perempuan itu berasal dari Kampung Sungai Korok di sini dan rakan serumahnya belajar di semester pertama sebuah IPTA di sini, manakala teman lelakinya yang berasal dari Kampung Teluk Malik, juga di sini belajar di sebuah IPTA lain.

Sumber berkata, sebaik menerima laporan, sepasukan anggota penguat kuasa pejabat agama membuat pemeriksaan dan mendapati pintu rumah itu berkunci dari dalam.

"Selepas mengetuk pintu dan memberi salam, pintu dibuka remaja perempuan yang berpakaian lengkap dan membenarkan pemeriksaan dijalankan dan hasilnya mendapati dua motosikal, termasuk motosikal lelaki itu diletakkan di ruang tamu rumah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa," katanya. -BH

No comments: