Kelab Greenboc |
- Rakyat Malaysia Kandas Di Hatyai, Ada Yang Kantoi Rahsia Terbongkar
- Dari Seorang 'Anak Pondok' Jadi MB & Pemimpin ke 42 Berpengaruh Di Dunia
- Isu Tanah Masjid Bayan Mutiara: Ludah UMNO Yang Terkena Ke Muka Sendiri
- Inspektor Polis Antara 9 Ditahan Kes Culik
- [UNIK] Pelajar-pelajar Tahfiz Kelantan Khatam Quran Atas Keretapi
- Di Nibong Tebal Bendera PAS Dibakar, Di Tanah Merah, Petugas Bendera BN Mati Terbakar
- Dua Petugas BN Maut Terkena Renjatan Elektrik Semasa Pasang Bendera
- Pekerja Dobi Ditangkap Khalwat - Bersekedudukan Perkara Biasa?
- Pelajar Nigeria Mati Dibelasah, Awang Hitam Merusuh Di Kajang
Rakyat Malaysia Kandas Di Hatyai, Ada Yang Kantoi Rahsia Terbongkar Posted: 01 Apr 2012 05:15 PM PDT 100 rakyat kita terkandas di Hatyai HATYAI (Thailand): Lebih 100 rakyat Malaysia terkandas di pekan pelancongan ini berikutan barangan peribadi yang masih berada di Hotel Plaza Lee Garden, yang menjadi sasaran bom kelmarin, selain kenderaan mereka 'ditahan' pihak berkuasa Thailand. Difahamkan selain barangan berharga termasuk dokumen ditinggalkan di bilik hotel, ratusan kenderaan di tempat letak kereta aras bawah premis 33 tingkat itu turut ditahan pihak berkuasa atas alasan keselamatan. Keadaan itu menyebabkan ramai pelanggan termasuk rakyat Malaysia terpaksa terus berada di negara ini, yang dianggap menyukarkan terutama apabila kebanyakan mereka terpaksa kembali bekerja hari ini. Pihak berkuasa Thai ketika ditemui berkata selain khuatir dengan struktur bangunan yang mungkin sudah terjejas akibat letupan, tindakan tidak membenarkan orang awam memasuki bangunan turut dibuat atas faktor keselamatan terutama bimbang berlaku letupan kali kedua. "Kalau boleh kita mahu benarkan semua orang masuk ke hotel dan ambil barang masing-masing yang ditinggalkan ketika letupan. "Kita sedar ratusan kenderaan ditinggalkan di ruang letak kereta bawah hotel, namun kita tidak dapat benarkan mereka masuk atas alasan keselamatan," katanya. Seorang usahawan dari Shah Alam, Mustakim Omar, 55, ketika ditemui berkata pelbagai barangan peribadi miliknya dan keluarga gagal dituntut, walaupun selepas lebih 24 jam letupan berlaku. "Saya menginap di tingkat 27 hotel terbabit dan ketika letupan, kami sekeluarga tiada di hotel kerana keluar atas urusan kerja. "Sebaik pulang pada sebelah petang, kami dihalang daripada memasuki kawasan terbabit sehingga terpaksa berpindah ke hotel lain. Namun, barangan kami masih di sana. "Justeru, saya harap pihak berkuasa Thailand dapat berbuat sesuatu untuk mengelak kami terutama rakyat Malaysia daripada terus menunggu. "Saya adalah antara lebih 100 rakyat Malaysia yang menunggu di hadapan hotel bermula jam 8 pagi untuk menuntut barangan peribadi yang ditinggalkan," katanya. Namun, sehingga jam 3 petang semalam, majoriti mereka masih hampa menyebabkan ramai terpaksa terus bermalam di pekan ini kerana bukan saja dokumen peribadi seperti pasport yang ditinggalkan di hotel, malah kenderaan milik mereka juga turut terkandas. Sementara itu, Kedutaan Malaysia di Songkhla ketika dihubungi, berkata pihaknya akan berusaha mempermudahkan urusan terbabit. -BH Rahsia pergi negara jiran terbongkar klik untuk baca |
Dari Seorang 'Anak Pondok' Jadi MB & Pemimpin ke 42 Berpengaruh Di Dunia Posted: 01 Apr 2012 04:34 PM PDT Kota Bharu: Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa umat Islam di negara ini supaya berhujah dengan 'menggunakan fikiran' ketika berhadapan dengan pihak tertentu yang sewenang-wenang menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi mempertahankan pemerintahannya. "Ketahuilah bahawa Islam menggesa supaya menggunakan 'fikiran'. Haatuu…. burhaanakum, bukannya 'haatuu….ISA'. Tidak, tidak. Haatuu…gari tangan, tidak. "Sikit-sikit, ISA, terutama kepada pejuang Islam dan penyokong PAS terdiri dari ulama dan tuk guru pondok, suatu masa dahulu. "Pejuang PAS dan tuk guru Pondok ramai telah dikenakan ISA, bahkan berada dalam tahanan ISA itu sendiri tidak boleh diziarahi keluarga, tidak boleh dihubungi peguam. Punya ganas perbuatan itu, lebih daripada komunis," katanya. Beliau yang juga Mursyidul Am PAS mendakwa demikian ketika mengkisahkan kezaliman dilakukan pihak pemerintah masa lalu terhadap ahli dan penyokong PAS di negeri ini, menguatkan tekadnya berjuang dalam PAS. Beliau berucap pada Majlis Perasmian Sambutan Jubli Intan Maahad Muhammadi, Pelancaran Logo Jubli Intan, Penganugerahan Tokoh Jubli Intan dan Pelancaran Tabung Pembinaan Masjid Maahad Muhammadi Perempuan (MMP) di sini tengah hari tadi. (Gambar: Tuan Guru melihat replika Masjid Maahad Muhammadi Perempuan.) Turut hadir Speaker Dewan Negeri Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri , Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara. Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, Mufti Kerajaan Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad dan timbalannya Datuk Nik Abdul Kadir Nik Muhamad. Pengarah Yayasan Islam Kelantan Tengku Azmi Tengku Jaafar, Pengetua Maahad Muhammadi Lelaki dan Maahad Muhammadi Perempuan serta Yang Dipertua Persatuan Bekas Pelajar Maahad Muhammadi (Alumni MM) Muhammad Yunan Mahmood. Tuan Guru Nik Aziz turut mengkisahkan sejarah awal pembabitannya dalam PAS apabila dicalonkan bertanding di Dewan Undangan Negeri Kelantan Hilir melawan calon Perikatan, Tengku Noor Asiah. Kekosongan kerusi itu kerana kematian Allahyarham Haji Mat Prai. "Justeru, apabila pilihanraya berlangsung, saya menang dengan kelebihan 3,000 undi. Dan mulai hari itulah saya menjadi wakil rakyat sehingga ke hari ini, dan nak berhenti bila, tidak tahu," ujarnya. Mursyidul Am PAS itu berkata, dalam perkembangan terbaru politik PAS, beliau dikunjungi rombongan kaum Cina merayu supaya beliau terus bertanding walaupun Umno BN sangat anti beliau menjadi Menteri Besar. "Perkembangan terbaru, kaum Cina datang berjumpa saya. Mereka kata, Tuk Guru kena bertanding, menjadi Perdana Menteri dan Tuk Guru jangan mati. "Cina tak beri saya mati. Umno tidak setuju kepada saya, tapi Cina setuju. Mereka kata, Tuk Guru jangan mati, bahkan bertanding di Dun dan Parlimen," katanya. Beliau melahirkan kebangaannya kini menjadi Menteri Besar, dari seorang 'anak pondok' kemudian menjadi Menteri Besar dan melakukan banyak dasar negeri yang diselaraskan dengan Islam dan PAS. Beliau telah mengarahkan supaya wang simpanan kerajaan negeri yang disimpan dalam bank yang mengamalkan riba disimpan dalam Bank Islam. Menteri Besar turut mengarahkan penggubalan Undang-Undang Hudud yang kemudiannya diluluskan Dewan Undangan Negeri sebagai Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993. Pada majlis itu Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat diisytiharkan Tokoh Jubli Intan, Maahad Muhammadi. -HD 'Menteri Besar budak pondok' Berikut adalah senarai nama-nama Pemimpin Islam Paling Berpengaruh Didunia, turut tersenarai Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat yang tersenarai di tempat ke-42 Pemimpin Islam Paling Berpengaruh Di Dunia petikan dari buku "The 500 Most Influential Muslims In The World" diterbitkan oleh The Royal Islamic Strategic Studies Center : The top 50 1. His Majesty King Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud, King of Saudi Arabia, Custodian of the Two Holy Mosques 2. His Eminence Grand Ayatollah Hajj Sayyid Ali Khamenei, Supreme Leader of the Islamic Republic of Iran 3. His Majesty King Mohammed VI, King of Morocco 4. His Majesty King Abdullah II bin Al Hussein, King of the Hashemite Kingdom of Jordan 5. His Excellency Recep Tayyip Erdogan, Prime Minister of the Republic of Turkey 6. His Majesty Sultan Qaboos bin Sa'id al Sa'id, Sultan of Oman 7. His Eminence Grand Ayatollah Sayyid Ali Hussein Sistani, Marja of the Hawza, Najaf 8. His Eminence Sheikh Al Azhar Dr Muhammad Sayyid Tantawi, Grand Sheikh of the Al Azhar University, Grand Imam of Al Azhar Mosque 9. Sheikh Dr Yusuf Qaradawi, Head of the International Union of Muslim Scholars 10. His Eminence Sheikh Dr Ali Goma'a, Grand Mufti of the Arab Republic of Egypt 11. His Eminence Sheikh Abdul Aziz Ibn Abdullah Aal al Sheikh, Grand Mufti of the Kingdom of Saudi Arabia 12. Mohammad Mahdi Akef, Supreme Guide of the Muslim Brotherhood 13. Hodjaefendi Fethullah Güllen, Turkish Muslim Preacher 14. Amr Khaled, Preacher and Social Activist 15. Hajji Mohammed Abd al Wahhab, Ameer of the Tablighi Jamaat, Pakistan 16. His Royal Eminence Amirul Mu'minin Sheikh as Sultan Muhammadu Sa'adu Abubakar III, Sultan of Sokoto 17. Seyyed Hasan Nasrallah, Secretary General of Hezbollah 18. Dr KH Achmad Hasyim Muzadi, Chairman of Nahdlatul Ulama, Indonesia 19. Sheikh Salman al Ouda, Saudi Scholar and Educator 20. His Highness Shah Karim al Hussayni, The Aga Khan IV, 49th Imam of the Ismaili Muslims 21. His Highness Emir Sheikh Mohammed bin Rashid al Maktoum, Ruler of Dubai, Prime Minister of the United Arab Emirates 22. His Highness General Sheikh Mohammed bin Zayed al Nahyan, Crown Prince of Abu Dhabi and Deputy Supreme Commander of the UAE Armed Forces 23. Sheikh Dr M Sa'id Ramadan al Bouti, Leading Islamic Scholar in Syria 24. His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam 25. His Eminence Professor Dr Sheikh Ahmad Muhammad al Tayeb, President of Al Azhar University 26. His Eminence Mohammad bin Mohammad al Mansour, Imam of the Zaidi Sect of Shi'a Muslims 27. His Eminence Justice Sheikh Muhammad Taqi Usmani, Leading Scholar of Islamic Jurisprudence, Pakistan 28. His Excellency President Abdullah Gül, President of the Republic of Turkey 29. Sheikh Mohammad Ali al Sabouni, Scholar of Tafsir 30. His Eminence Sheikh Abdullah Bin Bayyah, Deputy-Head of the International Union of Muslim Scholars 31. Her Eminence Sheikha Munira Qubeysi, Leader of the Qubeysi Movement 32. His Eminence Sheikh Ahmad Tijani Ali Cisse, Leader of Tijaniyya Sufi Order 33. Sheikh al Habib Umar bin Hafiz, Director of Dar al Mustafa, Tarim, Yemen 34. Khaled Mashaal, Leader of Hamas 35. Professor Dr M Din Syamsuddin, Chairman of Muhammadiyya, Indonesia 36. Maulana Mahmood Madani, Secretary General of Jamiat Ulemae- Hind, India 37. Sheikh Habib Ali Zain al Abideen al Jifri, Director General of the Tabah Foundation, UAE 38. Sheikh Hamza Yusuf Hanson, Founder of Zaytuna Institute, USA 39. His Eminence Sheikh Professor Dr Mustafa Ceric, Grand Mufti of Bosnia and Herzegovina 40. His Excellency Professor Dr Ekmelledin Ihsanoglu, Secretary General of the Organization of the Islamic Conference 41. General Mohammad Ali Jafari, Commander of the Revolutionary Guard, Iran 42. Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Religious Guide of the Islamic Party of Malaysia 43. Motiur Rahman Nizami, Ameer of the Jamaat-e-Islami, Bangladesh 44. Professor Sayid Ameen Mian Qaudri, Barelwi Leader and Spiritual Guide 45. His Holiness Dr Syedna Mohammad Burhannuddin Saheb, 52nd Da'i l-Mutlaq of the Dawoodi Bohras 46. Dr Abdul Qadeer Khan, Pakistani Nuclear Scientist 47. Professor Dr Seyyed Hossein Nasr, Islamic Philosopher 48. Abdullah 'Aa Gym' Gymnastiar, Indonesian Preacher 49. Sheikh Mehmet Nazim Adil al Qubrusi al Haqqani, Leader of Naqshbandi-Haqqani Sufi Order 50. His Excellency Dr Abd al Aziz bin Uthman Altwaijiri, Secretary General of the Islamic Educational, Scientific and Cultural Organization |
Isu Tanah Masjid Bayan Mutiara: Ludah UMNO Yang Terkena Ke Muka Sendiri Posted: 01 Apr 2012 08:30 AM PDT NNGO: Tanah masjid Bayan Mutiara hilang silap Umno NGO Kongres Melayu Pulau Pinang hari ini mendakwa Umno merupakan pihak bertanggungjawab dalam memastikan bahawa tanah masjid di Bayan Mutiara tidak dijual kepada pemaju. Presidennya Rahmad Isahak berkata, Umno yang menyertai pentadbiran Pulau Pinang sebelum ini sepatutnya telah memastikan bahawa tanah berkenaan dipecahkan kepada lot selepas pelan fasa 1 projek tersebut diluluskan majlis perbandaran pada 2006. Katanya, Umno tidak bertindak untuk menggazetkan tanah berkenaan dalam tempoh satu tahun lima bulan, sebelum Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri itu pada 2008. Rahmad mempersoalkan tindakan yang dilakukan Umno untuk memastikan bahawa tanah itu dipecah lot untuk dimilik Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), memandangkan pelan yang diluluskan itu kini telah tamat tempoh. Mengikut undang-undang, pejabat tanah tidak dapat mengeluarkan geran milik tanah kepada MAIPP, atau untuk memindahkan milikan tanah itu sekiranya tidak dipecah kepada lot, katanya. "Apa yang telah Umno lakukan daripada 2006 hingga 2008, sebelum negeri itu diambil alih Pakatan Rakyat. "Di mana bukti undang-undang bahawa tanah itu telah digazetkan dan dipunyai MAIPP seperti didakwa Umno," kata bekas kakitangan mahkamah itu lagi. -mk klik untuk baca |
Inspektor Polis Antara 9 Ditahan Kes Culik Posted: 01 Apr 2012 06:43 AM PDT Shah Alam - Sembilan individu termasuk seorang Inspektor Polis ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes culik seorang pengurus projek di tapak pembinaan di kawasan perindustrian Seri Kembangan 22 Mac lalu. Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, sembilan suspek berumur antara 26 dan 48 tahun itu ditahan di Kajang dan Rawang semalam sebaik mangsa dibebaskan pada pukul 6.30 pagi hari yang sama. Pegawai polis berusia 43 tahun itu, yang mempunyai rekod jenayah lampau telah digantung kerja sejak tahun 2010, katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, hari ini. Beliau berkata polis turut menemui semula wang tebusan sebanyak RM275,850 dan merampas beberapa buah kereta, antaranya Proton Gen 2, Honda Odyssey dan Proton Waja, sebuah motosikal, sebuah treler, parang, topeng, kad Touch n Go dan Smart Tag daripada suspek. "Kami hanya menemui semula RM275,850 daripada sejumlah RM300,000 yang dibayar oleh bapa mangsa," katanya. Lelaki berusia 34 tahun itu diculik pada 22 Mac semasa dalam perjalanan untuk meninjau tapak pembinaan di Seri Kembangan. Laporan polis mengenai penculikan itu dibuat oleh bapa mangsa pada pukul 11 pagi hari yang sama mangsa diculik. Suspek membawa mangsa ke Rawang dan mengurungnya di sebuah rumah di sana. Mereka kemudian meminta wang tebusan sebanyak RM1.5 juta, dan jumlah itu dikurangkan kepada RM300,000 selepas berunding dengan bapa mangsa, yang juga rakan kongsi perniagaan dengan anaknya. Tun Hisan berkata tiga daripada sembilan lelaki terbabit, termasuk pegawai polis itu mempunyai rekod jenayah lampau. Kesemua suspek ditahan reman sehingga 7 April bagi membantu siasatan, katanya. – Bernama Ulasan GB Pertama GB ucapkan tahniah kepada Polis kerana menahan penjenayah yang salah seorangnya adalah anggotanya sendiri. Tindakan tidak memilih bulu tersebut wajar mendapat pujian. Kedua ia mengesahkan apa yang GB tulis sebelum ini adalah BENAR. GB pernah ulas begini: Kejadian jenayah menjadi-jadi di kalangan anggota PDRM kerana ada menteri dan pegawai polis sendiri yang membelanya - bahawa bilangan anggota polis yang melakukan jenayah adalah kecil berbanding jumlah anggota PDRM keseluruhannya. Begitu juga kenyataan KPN menyatakan cuma 1% polis yang terlibat dengan jenayah. Sindrom memberikan alasan sedemikian amat-amat tidak wajar kerana ia persis menggalakkan lagi perbuatan jenayah dan salahlaku polis yang sepatutnya bertindak membenteras jenayah - tetapi kini, mereka sebenarnya penjenayah. Sebelum ini GB sudah ulas di dalam kes seorang anggota polis ditahan kerana merogol pelajar tingkatan 5 di dalam balai polis. Petikan: Semakin banyak kita temui kisah polis merompak, mengugut, membunuh, merogol dan melakukan hal-hal mengejutkan yang menyebabkan jenayah terus berleluasa kerana ia dilakukan oleh orang yang ada pistol... Sekali lagi ingin GB tegaskan, kita tidak bermaksud untuk orang membenci polis, tetapi perbuatan polis itu sendiri mengundang kebencian rakyat terhadap mereka. |
[UNIK] Pelajar-pelajar Tahfiz Kelantan Khatam Quran Atas Keretapi Posted: 01 Apr 2012 05:17 AM PDT Wakaf Bharu – Pusat Pengajian Tahfiz al-Quran Pertubuhan Kebajikan Kanak-Kanak Yatim Kelantan (Peka Yatim) mencipta sejarah tersendiri apabila pelajarnya khatam al-Quran di atas kereta api. Seramai 26 pelajar hafiz dari pusat pengajian tersebut menyahut cabaran sempena program Journey By Train 'Al-Quran Rahmatan Lil A'Lamin apabila mereka perlu khatam 30 juzuk al-Quran di atas kereta api tersebut. Pengetuanya, Ahmad Hilmy Ahmad berkata, kesemua pelajar menaiki kereta api di Wakaf Bharu ke Johor dan di dalam perjalanan tersebut mereka perlu khatam 30 juzuk al-Quran. "Mungkin dalam masa dua jam setengah pelajar hafiz ini dapat khatam al-Quran 30 juzuk secara beramai-ramai," katanya ketika ditemui di stesen kereta api Wakaf Bharu. Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan, Md Nor Chik hadir merasmikan perlepasan pelajar hafiz tersebut menaiki kereta api. Seramai 12 pegawai pengiring merupakan kakitangan pusat tahfiz mengiringi pelajar tersebut. Ahmad Hilmy berkata, program ini mampu memberi suntikan semangat, merasai perjalanan sambil menikmati pemandangan melalui gerabak kereta api. Program selama dua hari itu turut diisi dengan lawatan sambil belajar ke negeri Johor apabila mereka dibawa ke tempat yang menarik. Seorang hafiz, Mohd Idris Mohamad, 11, berkata, dia teruja untuk mengikuti program ini yang ada kelainannya apabila memerlukannya khatam al-Quran di atas kereta api. "Ini adalah khatam al-Quran yang pertama kali dalam hidup saya, mudah-mudahan saya berjaya menyahut cabaran ini," katanya yang baru empat bulan mengikuti pengajian di Pusat Pengajian Tahfiz al-Quran Peka Yatim yang terletak di Desa Rahmat, Jalan Guchil Bayam, Kota Bharu. Menurutnya, dia sempat belajar di Sekolah Kebangsaan Raja Bahar hanya di darjah empat sahaja kerana berminat untuk menjadi seorang hafiz. "Di sini saya belajar al-Quran, tajwid, dan menjadi seorang hafiz," katanya. Bagi Syafiqa Haikal Zulkifli, 13, berkata, dia yakin dapat khatam al-Quran di atas kereta api nanti. "Sekarang ini saya mengaji al-Quran di juzuk 27, dan berharap dapat khatam 30 juzuk sempena program ini," katanya yang kematian ayah sejak tujuh tahun lalu. -SH |
Di Nibong Tebal Bendera PAS Dibakar, Di Tanah Merah, Petugas Bendera BN Mati Terbakar Posted: 01 Apr 2012 03:49 AM PDT Ahli kesal bendera Pas kena bakar NIBONG TEBAL – Seluruh ahli Pas di kawasan Nibong Tebal melahirkan perasaan kecewa dan kesal apabila bendera milik parti politik itu dibakar oleh pihak tidak bertanggungjawab. Dalam kejadian yang berlaku selama dua hari berturut-turut itu, sembilan daripada 20 bendera Pas yang dipasang pada 24 Mac lalu telah dibakar dengan masing-masing empat pada 29 Mac, manakala lima lagi pada 30 Mac lalu. Difahamkan, 20 bendera berkenaan dipasang di sebuah rumah ahli Pas di Tanjung Berembang bertujuan menjadikan rumah terbabit sebagai Bilik Gerakan Unit Peti Undi Pas Tanjung Berembang, di sini. Yang Dipertua Pas kawasan Nibong Tebal, Abdul Rahman Ramjan, berkata, kejadian terbabit disedari oleh salah seorang ahli Pas pada awal pagi 29 Mac lalu. "Kita amat kecewa dan kesal dengan apa yang berlaku. Kami percaya pada hari itu (29 Mac) ia dilakukan sekitar jam 3 pagi sehingga jam 5 pagi kerana sebelum waktu itu kami melihat keadaan bendera masih elok. "Kami sangka kejadian itu akan berakhir pada malam berkenaan sahaja, namun jangkaan kami meleset kerana ahli Pas kawasan ini sekali lagi dikejutkan dengan kejadian sama pada 30 Mac. Kali ini, bendera Pas dibakar lebih awal iaitu sekitar jam 8 malam dan seorang ahli Pas menyaksikan sendiri kejadian terbabit," katanya. "Perbuatan berkenaan dipercayai dilakukan oleh beberapa remaja lelaki, bagaimanapun mereka sempat melarikan diri selepas seorang ahli Pas menjerit sejurus melihat tindakan itu," katanya. Abdul Rahman berkata, pihaknya tidak mahu menuduh sesiapa yang menjadi dalang di sebalik perbuatan itu, tetapi hanya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyelesaikannya. Menurutnya, pihaknya percaya, tindakan yang dilakukan oleh mereka tidak bertanggungjawab itu merupakan perbuatan terdesak kerana ramai anak muda kini mula bangkit menyertai parti politiknya. "Ini merupakan kali pertama kejadian bendera parti dibakar dan berharap pihak polis akan segera menangkap dalang di sebalik tindakan terbabit. "Meskipun bendera Pas ini dibakar, ia tidak mematahkan semangat ahli Pas malah kami akan menjadikannya sebagai pembakar semangat untuk terus berjuang dalam pilihan raya ini," katanya. Abdul Rahman turut memberitahu, pihaknya akan mengerah semua ahli untuk menjadi jentera penggerak sebagai persediaan bahang pilihan raya di samping terus memantau agar perbuatan tidak bertanggungjawab itu tidak lagi berulang. Sejurus kejadian itu, Setiausaha Pas Kawasan Nibong Tebal, Nor Zamri Latiff bersama Ketua Penerangan Pas Kawasan Nibong Tebal, Nazir Arshad telah membuat laporan polis di Balai Polis Nibong Tebal supaya tindakan yang sewajarnya dapat dikenakan kepada pihak tidak bertanggungjawab terlibat. -SH Ulasan GB Berlakui hampir serentak. Di Nibong Tebal bendera PAS dibakar oleh pihak tidak bertanggungjawab. Bersykurlah kerana hanya bendera yang terbakar. Di satu kejadian berasingan, di Tanah Merah pula, takziah kepada BN kerana petugas bendera BN mati terbakar kena renjatan elektrik seperti dikisahkan di bawah ini. klik untuk baca |
Dua Petugas BN Maut Terkena Renjatan Elektrik Semasa Pasang Bendera Posted: 01 Apr 2012 01:43 AM PDT Tanah Merah - Dua lelaki mati selepas terkena renjatan elektrik ketika cuba menaikkan bendera menggunakan buluh dalam kejadian di Kampung Tengah, Bukit Panau, dekat sini malam kelmarin. ANGGOTA polis dan penduduk kampung mengangkat mayat Rosli dan Mohd. Daishan di Kampung Tengah, Bukit Panau, Tanah Merah malam kelmarin untuk dibawa ke Hospital Tanah Merah. Rosli Hussin, 47, yang merupakan Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan rakannya seorang penoreh, Mohd. Daishan Ibrahim, 37, masing-masing ditemui mati pada kira-kira pukul 12 tengah malam di tempat kejadian dengan kesan lebam di telinga dan kaki akibat terkena arus elektrik bervoltan tinggi. Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superitendan Abdul Aziz Mahmud, berkata, kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa memegang buluh sepanjang 12 meter yang dipercayai basah dengan niat menaikkan bendera sebuah parti politik. Tanpa diduga, buluh yang dipasang dengan bendera itu terkena kabel yang berada pada ketinggian sembilan meter sebelum kedua-dua mangsa terkena kejutan elektrik. Menurut Abdul Aziz, kejadian itu kemudian disedari penduduk kampung sebelum mereka mendapatkan bantuan pihak polis dan hospital berdekatan. -kosmo Dua rakan maut kena elektrik sebab pasang bendera politik Ulasan GB Betul juga kata Halimislam. Kenapa sembunyi "fakta" bahawa mereka itu petugas BN? Jikalah yang terkena itu adalah petugas PR, mungkin sudah kecoh seluruh media massa arus perdana dengan segala macam mak nenek ulasan untuk mempersalahkan PR! Kini, dengan tolak tepi sentimen parti, semua petugas yang memasang bendera, wajar berhati-hati agar tragedi di atas tidak berulang lagi. |
Pekerja Dobi Ditangkap Khalwat - Bersekedudukan Perkara Biasa? Posted: 31 Mar 2012 11:29 PM PDT Ampang - Tiga individu termasuk seorang remaja perempuan dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan pegawai Masjid Al-Azim dalam sebuah bilik di rumah kedai di Pandan Jaya, awal pagi kelmarin. Dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi itu, dua lelaki berusia antara 20 dan 22 tahun serta seorang pekerja sebuah kedai dobi ditahan. Pegawai Masjid Al-Azim berkata, Ahmad Nawi Othman berkata, ketika serbuan seorang lelaki membuka pintu dan mendapati ada seorang lelaki lain dan seorang perempuan berusia 20 tahun berada di dalam bilik itu. "Kami mendapati pasangan berkenaan berpakaian lengkap, manakala seorang lelaki lain hanya berseluar pendek ketika serbuan dijalankan," katanya. Beliau berkata, teman lelaki kepada gadis berkenaan memberi alasan kekasihnya baru bekerja di kedai dobi berhampiran serta tidak ada rumah atau bilik untuk disewa. Ahmad Nawi berkata, turut ditahan dua pasangan lain di bilik berasingan di rumah kedai berkenaan. Operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali. -SH Ulasan GB Apabila hukum Islam tidak dilaksana, malah dihina, apatah lagi oleh pemimpin negara, maka terimalah bala bencana. Sekarang semua tahu apa jawapannya. Keadaan huru-hara dan maksiat bermaharajalela kerana undang-undang Islam dilaksanakan atau telah dihinakan sedemikian rupa oleh pemimpin tertinggi negara? "Apabila maksiat sudah merajalela di kalangan umatku, Allah akan menurunkan siksa dari sisi-Nya kepada mereka secara merata…" -HR. Ahmad dll Apabila Allah s.w.t. dicabar, ia adalah permulaan kepada satu sistem pemerintahan yang baru. Kelak, Allah s.w.t. akan menggantikan mereka itu dengan satu kepimpinan yang lebih baik. Khabarkan kepada JAIS supaya menasihati Najib usah hina dan persendakan hukum Allah. |
Pelajar Nigeria Mati Dibelasah, Awang Hitam Merusuh Di Kajang Posted: 31 Mar 2012 08:56 PM PDT 200 'Awang Hitam' merusuh KAJANG - Kira-kira 200 'Awang Hitam' yang tinggal di Kondominium Venice Hill, Batu 9 di sini merusuh setelah mereka tidak berpuas hati dengan tindakan tujuh anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) yang didakwa memukul seorang pelajar warga Nigeria di pekarangan kondominium itu semalam. SEBAHAGIAN daripada warga Nigeria berkumpul di Kondominium Venice Hill, Batu 9, Kajang semalam. Rusuhan pada pukul 12 tengah hari itu menyebabkan sebuah pondok pengawal di pintu masuk utama dan salah satu pejabat pengurusan di blok Tower 3 kondominium tersebut rosak dipecahkan kumpulan tersebut. Seorang saksi berkata, warga Nigeria terbabit bertindak berkumpul di tepi jalan dengan membawa parang dan batang besi kerana tidak berpuas hati rakan mereka dipukul. Kejadian itu dikatakan berpunca apabila suspek berusia 35 tahun yang juga seorang pelajar sebuah kolej di sini didakwa melakukan serangan seksual terhadap seorang tukang cuci wanita tempatan berusia 43 tahun. Lelaki berkenaan didakwa bertindak memeluk, mencium serta mencabul mangsa terbabit ketika wanita melakukan kerja mencuci di tingkat 15 blok Tower 3 kondominium tersebut pada pukul 11.30 pagi. -kosmo
Lelaki Nigeria cabul wanita tempatan mati dipukul |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment