SEARCH

Tuesday, March 27, 2012

Rafi, Mindset berniaga dari rumah & Temui saya di KUANTAN Sabtu ini!

Rafi,
 
Baru sahaja saya pulang dari Angkasapuri mengendalikan segmen Money Matters, Hello on Two saya bertajuk "Starting a Home based business" pagi ini. Sebahagian dari apa yang saya kongsikan pagi ini adalah, apakah Mindset yang diperlukan dalam memulakan perniagaan.
 
Artikel saya kali ini memuatkan intipati tajuk tersebut ;) Ikutinya di bawah.
 
Isi kandungan email saya kali ini memuatkan:
  1. Temui saya di  KUANTAN, pada hari  SABTU 31hb MAC!
  2. Artikel pilihan: Mindset berniaga dari rumah
Suka diumumkan, road tour saya bersama Asia eUniversity sudah hampir sampai ke PENGHUJUNGNYA! Hentian saya TERAKHIR buat kali ini adalah di  KUANTAN pada 31hb Mac di Hotel Seri Malaysia. 
 
Di sesi bersama saya, anda akan pelajari:
  • Menggunakan Internet untuk penambahan nilai kerjaya anda
  • Memulakan perniagaan Internet sebagai perniagaan sambilan
  • Menggunakan Media Sosial untuk menggandakan keuntungan perniagaan
  • Pelaburan yang mendapat 300% pulangan!
Untuk mendaftar sesi percuma yang ditaja oleh Asia eUniversity di SERATA MALAYSIA, "Diploma Eksekutif Pemasaran Internet dan Media Sosial", sila lakukan tempahan disini Warga KUANTAN, pastikan anda menyertai dan tidak lepaskan sesi ini  ;)

Internet, Wang dan ANDA! @ Kuantan
Bersama Irfan Khairi
10.00 pagi - 12.00 tengah hari
Sabtu 31hb Mac 2012
Hotel Seri Malaysia, Kuantan, Pahang
Masuk: PERCUMA!
 
Untuk pendaftaran percuma kedua lokasi di atas, lawati: http://www.aeu.com.my/preview.html dan lakukan pendaftaran PERCUMA HARI INI sebelum tempat dipenuhi.

Jumpa di sama!
 
Salam ikhlas,
 
-Irfan Khairi
Kuala Lumpur
 
 

 Artikel pilihan:
Mindset Berniaga Dari Rumah
Oleh: Irfan Khairi

Memulakan perniagaan bagi mereka yang belum berpengalaman berniaga merupakan satu langkah yang besar. Walaupun perniagaan bermula dari rumah, untuk berjaya, seseorang itu perlu benar-benar serius dan memberi dedikasi sepenuhnya kepada perniagaan yag dijalankan.



Sebelum memulakan perniagaan, bukan sekadar kita perlu melengkapkan peralatan dan strategi untuk berniaga, kita juga turut perlu melengkapkan mindset kita  untuk berjaya. Berikut adalah antara Mindset yang perlu ada untuk berniaga dari rumah.

  1. Ketahui dan fahami sebab musabab anda ingin memulakan perniagaan. Pastinya menjalankan perniagaan, tujuannya adalah untuk mendapatkan keuntungan membantu diri, keluarga dan juga agama. Mungkin bunyinya agak mementingkan diri, tetapi tidak boleh dinafikan bahawa, memulakan perniagaan perlu bermatlamatkan keuntungan!

    Untuk mendapatkan untung dalam perniagaan, bukanlah perkara yang mudah. Untuk berjaya, memerlukan strategi yang terbaik. 90% perniagaan gagal dalam tahun pertama sahaja beroperasi. Selebihnya, akan memasuki tahun kedua. Dalam jumlah itu pula, separuh akan bungkus dan gulung tikar.

    Sebabnya? Tidak mendapat keuntungan! Fahami bahawa, tujuan anda berniaga adalah untuk menapat keuntungan, dan keuntungan hanya akan datang apabila anda mengaplikasikan ilmu dan strategi perniagaan dengan betul. Lengkapkan minda anda dengan ilmu perniagaan ini.

  2. Menjalankan perniagaan daru rumah, ada juga dugaannya. Katil sedang memanggil, sofa sedang memujuk dan TV mengsajikan rancangan-rancangan menarik!

    Memulakan perniagaan akan menjadikan anda majikan atau boss! Anda adalah majikan anda. Dan ini memerlukan disiplin yang amat tinggi. Tanpa disiplin, pastinya kita akan terleka dengan kemudahan yang ada di rumah.

    Kini anda tidak lagi bekerja 9 hingga 5 petang. Oleh itu, waktu tersebut sudah menjadi waktu kerja baru anda. Walaupun dari rumah, hasilkan jadual yang terperinci dan tepat untuk anda ikuti- tetapkan masa rehat, makan, minum, solat seperti mana anda lakukan di tempat kerja. Hasilkan jadual seperti di sekolah dulu, di mana waktu tertentu digunakan untuk melakukan aktiviti perniagaan tertentu. 

    Tanpa disiplin yang tegar, pastinya bekerja dari rumah hanya menjadi mimpi- terutamanya bila katil memanggil! ;)

  3. Ketahui kekuatan dan KELEMAHAN anda! Memang sering saya menyebut, memulakan perniagaan, perlu mengikut minat, kebolehan dan kekuatan kita. Namun, jangan lupa pula dengan KELEMAHAN kita. Pandai bermain gitar, tidak bermakna pandai berniaga gitar. Pandai memasak, tidak bermakna pandai berniaga masakan. Pandai berfesyen, tidak bermakna pandai menjual pakaian.

    Dalam apa yang kita lakukan, fikirkan juga kelemahan yang ada pada kita. Berniaga dari rumah, sering kali dilakukan seorang diri. Tiada orang akan menganggu kita. Dalam waktu yang sama juga, tiada siapa yang akan menegur kita tentang kelemahan yang ada.

    Oleh itu, mindset yang kita perlu adalah lebih kritikal untuk melihat kelemahan diri sendiri. Dalam mencapai apa sahaja matlamat, kelemahan kita akan melambatkan kita mencapainya. Jangan sahaja melihat kekuatan, tetapi, lihat juga kelemahan. 
Memulakan perniagaan dari rumah, adalah perkara yang amat saya syorkan kepada anda. Bukan sahaja peluang pulanganya kalau betul caranya, adalah lumayan. Tetapi, berniaga dari rumah dapat merapatkan hubungan kekeluargaan oleh kerana masa kita lebih banyak di rumah bersama keluarga tercinta!

 


Siri Seminar Perniagaan Internet #1 PALING LARIS di Malaysia oleh Irfan Khairi yang TERBUKTI menghasilkan PALING RAMAI Usahawan Internet Malaysia yang berjaya!

Workshop yang membongkarkan cara-cara memulakan perniagaan Internet yang menguntungkan dari rumah- khas untuk mereka di tahap permulaan. Pelajari A-Z selok belok perniagaan Internet supaya anda juga boleh memulakan perniagaan Internet dari rumah!

Sesi eksklusif Workshop Jutawan Internet dijalankan di Signture Class bersama Irfan Khairi khas untuk 10 peserta sahaja. Tempat adalah amat terhad! Hanya  3 tempat tinggal

IKSB Signature Classroom
Mutiara Damansara
SABTU 21hb April 2012
9.00am - 6.00pm




Ingin peluang memenangi majalah IK secara percuma setiap bulan di FACEBOOK? lawati sekarang di http://www.picbadges.com/2528846 dan gunakan PicBadge Majalah IK sekarang tanda sokonan anda- kerana pastinya anda LIKE FACEBOOK! ;)




Irfan Khairi Sdn Bhd (IKSB), 16-2, Jalan PJU 7/16, Mutiara Damansara, 47800 PJ

To unsubscribe or change subscriber options visit:
http://www.aweber.com/z/r/?TOzMrOxMtMysLIxMjKwstEa0jMwcHMzs7Aw=

No comments: