SEARCH

Friday, March 30, 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Akta Lapuk Denda RM25 Perlu Dipinda Segera

Posted: 29 Mar 2012 05:08 PM PDT

Banyak pihak di negara ini mahu Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dipinda memandangkan beberapa kesalahan serta bentuk hukuman yang terkandung dalam akta tersebut dianggap sudah tidak realistik dan tidak sesuai diguna pakai pada masa kini.

Gambar: PENARI tiang yang ditahan polis menjalani ujian alkohol di Nilai Sabtu lalu.

Malah, bagi sesetengah daripada mereka, hukuman denda sebanyak RM25 yang dikenakan terhadap tiga wanita beragama Islam kerana berkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi tarian tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai, Negeri Sembilan pada Sabtu lalu dianggap tidak setimpal dengan kesalahan yang mereka lakukan.

Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainal Rijal Abu Bakar berkata, peruntukan undang-undang itu tidak realistik kerana kesalahan tersebut dianggap serius tetapi pesalah hanya dikenakan hukuman denda tidak lebih RM25 atau penjara maksimum selama 14 hari.

Menurut beliau, hukuman yang dikenakan itu tidak setimpal dengan kesalahan moral yang dilakukan bagi mengatasi masalah sosial dan keruntuhan akhlak yang disifatkan semakin berleluasa pada masa ini.


"Jika hukuman itu dijatuhkan bertujuan untuk mendidik dan memberi pengajaran kepada pesalah, matlamat itu tidak dapat dicapai kerana denda yang dikenakan terlalu rendah.

"Pesalah tidak akan mengambil serius kesalahan mereka dan berkemungkinan mengulangi kesalahan yang sama pada masa hadapan," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. -kosmo

Menari 10 minit dapat RM250, denda cuma RM25

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Hukuman RM25 yang dikenakan kepada tiga pesalah wanita atas tuduhan melakukan tarian tiang di atas pentas dengan pakaian kurang sopan di tempat hiburan awam di bawah akta Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 adalah tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan oleh mereka.

Sehubungan itu, Persatuan Belia Islam National (Pembina) berasa kesal dengan hukuman yang tidak setimpal dikenakan kepada si pesalah memandangkan nilai hanya RM25 adalah nilai yang sangat sedikit sedangkan mereka boleh menerima bayaran sehingga RM250 dalam masa 10 minit.

"Hukuman yang benar-benar setimpal harus dikenakan terhadap perbuatan yang sangat keji ini, ditambah dengan persembahan yang mengghairahkan bahkan berpakaian sangat seksi," kata Naib Presiden II Pembina, Abdul Hakim Adzman.

Pembina juga, tegasnya mahu hukuman yang keras dan setimpal juga perlu dikenakan kepada pengusaha premis dan servis tarian, pengunjung yang beragama Islam yang mengunjungi premis tarian itu dan pihak-pihak yang mengeksploitasi wanita sebagai objek seks sama ada untuk mengaut keuntungan mahupun untuk memuaskan nafsu.

Beliau dalam satu kenyataan menegaskan, kesemua perbuatan itu dilarang keras oleh agama Islam.

"Dengan itu, diharapkan pihak berkuasa agar mengambil tindakan serius termasuk mengambil tindakan undang-undang kepada pengusaha premis seperti menarik balik lesen perniagaan dan hukuman yang setimpal dan hukuman yang lebih berat perlu dikenakan kepada penari-penari tiang agar selepas ini mereka yang beragama Islam tidak lagi berani melakukan aksi ini lagi.

"Diharapkan dengan hukuman tersebut, mereka benar-benar insaf dan kembali ke jalan yang lurus. Semoga Allah sentiasa memberikan hidayah kepada mereka yang benar-benar bertaubat," ujarnya.

Akhir sekali, kata beliau Pembina juga menyeru kepada golongan beliawanis supaya mengukuhkan pegangan agama dan jati diri serta memelihara maruah diri.

Beliau menambah, masyarakat juga harus mempertingkatkan usaha memberi kesedaran kepada anak-anak gadis agar tidak terjebak dengan gejala-gejala yang merosakkan diri demi hidup mewah.
-HD


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




Mustafa Ali Sahkan PAS Akan Tukarkan Anwar Ibrahim Selaku Ketua Pembangkang

Posted: 29 Mar 2012 04:49 PM PDT

Kita memang cadang nak tukar Ketua Pembangkang - Mustafa

KUALA TERENGGANU, 29 Mac: Menjawab soalan sama ada Pakatan Rakyat (PR) bersedia menukar Ketua Pembangkang, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, ya.

"Selepas pilihan raya ke-13, kita memang nak Datuk Seri Anwar Ibrahim digantikan oleh Datuk Seri Najib atau Tan Sri Muhyiddin sebagai Ketua Pembangkang," kata beliau kepada Harakahdaily.

Mustafa berkata petang tadi, beliau ditanya wartawan daripada media perdana mengenai tindakan seterusnya yang akan dilakukan Pakatan Rakyat sekiranya Anwar berjaya dilucutkan jawatan di parlimen oleh impeachment yang cuba dibawa Datuk S Nallakaruppan dan peguam Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah dalam permainan politik kuning Umno terbaru terhadap Anwar dalam isu biseksual.

Apabila wartawan tersebut bertanya samada PR bersedia menukar Ketua Pembangkang sekiranya berlaku, Mustafa yang lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Pa memilih untuk menjawab secara sinis soalan nakal beliau dengan menyatakan setuju bahawa Anwar digantikan dengan Najib dan Muhyiddin sebagai Ketua Pembangkang selepas PRU13.

Terdahulunya, Shafee berkata usul yang dikemukakan Nalla akan dibawa ke jawatankuasa disiplin parlimen bagi membolehkan Anwar digantung atau mengosongkan kerusi itu.


Membalas tindakan Nalla dan Shafee, Naib Presiden PKR, N Surendran berkata pengusulan pelucutan jawatan Anwar sebagai Ketua Pembangkang menandakan kedua-dua mereka jahil undang-undang.

"Tiada peruntukan atau rujukan kes untuk pelucutan jawatan di Dewan Rakyat. Di England, kali terakhir ia dipakai pada 200 tahun dahulu dan kini sudah lapuk. Rasional pelucutan jawatan adalah untuk menjamin kebertanggungjawaban menteri dan eksekutif dalam pentadbiran. Adanya usul undi tidak percaya, jawatankuasa terpilih dan soal jawab tertutup parlimen menjadikan prosedur ini bahan sejarah.

"Contoh Bill Clinton yang digunakan Shafee juga menunjukkan beliau jahil akan mekanisme pelucutan jawatan di Amerika, yang diguna untuk memecat anggota Kerajaan Persekutuan seperti Presiden," katanya.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini berkata tiada peruntukan untuk usul melucutkan jawatan Anwar atas persoalan peribadi dan bukan salah laku beliau di Dewan Rakyat samada dari segi pertuturan dan tindakan.

"Tiada mekanisme untuk itu. Dalam standing orders, pun tak ada," kata beliau di lobi parlimen. -HD

Nalla & Peguamnya Jahil Undang-undang. Timb Speaker Tutup Ruang Lucut Kelayakan Anwar

Posted: 29 Mar 2012 10:39 AM PDT

Tiada Peruntukan Lucut Kelayakan Anwar

Kuala Lumpur: Dewan Rakyat tidak memperuntukan mekanisme tertentu bagi membolehkan kelayakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang dilucutkan.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat sedia ada yang digubal sejak 1960 tidak mengandungi prosedur seumpama itu.

"Kita kena berpandukan kepada tiga perkara iaitu peraturan, undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan bagi mencabar kelayakan seseorang.

"Bagaimanapun tiada satu daripada tiga perkara ini yang memberi ruang atau peluang untuk mencabar kelayakan terhadap sesiapa.

"Justeru itu, mekanisme tertentu perlu difikirkan untuk tujuan berkenaan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, pada Khamis.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Ahli Parlimen Bebas Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin yang bercadang membawa usul di Dewan Rakyat bagi mencabar kedudukan Anwar sebagai Ketua Pembangkang yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berikutan pelbagai dakwaan salah laku seks termasuk mengaitkannya dengan aktiviti biseksual.

Ditanya sama ada wujud peruntukan Dewan Rakyat yang boleh digunakan bagi memenuhi maksud demikian berhubung masalah peribadi Anwar, Wan Junaidi berkata perkara tersebut tidak berlaku dalam dewan.

Katanya, peruntukan Dewan Rakyat menerusi Peraturan Mesyuarat hanya terhad kepada perilaku serta percakapan seseorang Ahli Parlimen sewaktu di dalam dewan.

"Misalnya tindakan mahu menggantung Ahli Parlimen, ia perlu membabitkan tindakan Ahli Parlimen di dalam dewan. Di luar dewan tidak boleh diambil kira, melainkan terlibat dengan kes jenayah atau derhaka kepada negara
.

"Bagaimanapun apabila melibatkan kes jenayah atau derhaka kepada negara, tindakan hanya akan diambil apabila kes selesai dibicarakan di mahkamah. Sekiranya didapati besalah, dikehendaki membayar denda dan dihukum penjara, barulah keguguran keahlian (Parlimen) boleh berlaku tetapi ia juga perlu dibawa ke dalam dewan untuk dibahas terlebih dahulu kerana tidak boleh berlaku secara automatik," katanya. -mstar

Ugutan lucut jawatan Anwar tanda jahil undang-undang

KUALA LUMPUR 29 Mac: Ugutan peguam Umno Datuk Shafee Abdullah dan Senator S. Nallakarupan untuk mengusulkan pelucutan jawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang menandakan mereka jahil undang-undang.

Naib Presiden KEADILAN, N. Surendran berkata, kenyataan Shafee dan Nalla menunjukkan kejahilan melampau berkenaan prosedur itu di Parlimen Malaysia dan negara Komanwel.

"Tiada peruntukan atau rujukan kes untuk pelucutan jawatan di Dewan Rakyat. Di England, kali terakhir ia dipakai pada 200 tahun dahulu dan kini sudah lapuk.

"Rasional pelucutan jawatan adalah untuk menjamin kebertanggungjawaban menteri dan eksekutif dalam pentadbiran. Adanya usul undi tidak percaya, jawatankuasa terpilih dan soal jawab tertutup parlimen menjadikan prosedur ini bahan sejarah.

"Contoh Bill Clinton yang digunakan Shafee juga menunjukkan beliau jahil akan mekanisme pelucutan jawatan di Amerika, yang diguna untuk memecat anggota Kerajaan Persekutuan seperti Presiden," katanya.

Bercakap lanjut, Surendran berkata rakyat tidak pernah percaya dengan pembohongan tanpa sebarang rasa malu yang dilakukan oleh Nallakaruppan dan konco-konconya yang sentiasa cuba menyerang peribadi Anwar.

"Mereka (rakyat) memberikan sokongan, kepercayaan, dan simpati kepada Anwar dan Pakatan Rakyat yang dipimpin beliau," kata Surendran.

Memetik laman Malaysiakini, 28 Mac lalu, Shafee dan Nalla, beserta Anuar Shaari, Umi Hafilda Ali, Datuk Zulkifli Noordin dan Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mengumumkan penubuhan 'Gerakan Anti-Anwar'.

Ia kononnya bertujuan menyekat kemaraan politik Anwar, dan salah satu caranya adalah dengan mengusulkan kepada Jawatankuasa Disiplin Parlimen untuk melucutkan jawatan Anwar sebagai Ketua Pembangkang.
-KD


Ulasan GB

Sebenarnya Nallakarupan ini membawa suara siapa apabila menyatakan Anwar tidak layak menjadi PM malah Ketua Pembangkang sekalipun?

Sebuah akhbar arus perdana membawa tajuk besar:
"Anwar tak layak jadi PM: Nalla"

Tajuk tersebut sebenarnya hampir sama dengan tajuk
"Najib: Anwar not qualified for PM post"

Tajuk yang sama tapi diucapkan oleh dua orang yang berlainan.

Jadi apakah Najib mempergunakan Nalla untuk menyerang Anwar?

Dan jika benar, maka Najiblah yang sebenarnya jahil undang-undang.

Apabila Mahathir Melihat Dalam UMNO Dah Terlalu Banyak Lembu-lembu....

Posted: 29 Mar 2012 08:36 AM PDT

Dr M gesa Umno buka pintu pada cendiakawan, profesional

Kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan Umno perlu membuka pintu seluas-luasnya untuk golongan profesional cerdik pandai menyertai parti itu dan seterusnya diketengahkan sebagai calon pada pilihan raya umum.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat parti itu kini mempunyai masalah ketandusan pemimpin gara-gara kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan yang menyekat kemasukan mereka ke dalam Umno.

"Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk Umno, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS.

"Ini akhirnya menyukarkan Umno mencari calon sesuai bagi menentukan kemenangan pada pada pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Simposium Budaya Global anjuran Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah di Melaka semalam.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Bekas Presiden Umno itu berkata Umno harus mengamalkan meritrokasi dalam pemilihan pemimpin untuk bertanding dalam pilihan raya umum termasuk calon luar parti bagi menentukan kemenangan dan bukannya calon di peringkat tertinggi bahagian sahaja.

"Kita nak orang berbakat dan berkebolehan (bertanding), barulah kita boleh dirikan kerajaan yang berwibawa," katanya sambil mengakui sekatan golongan profesional menyertai Umno berlaku semasa beliau sebagai pemimpin parti.

Dr Mahathir berkata kepimpinan Umno harus sedar bahawa kemenangan dalam sesuatu pilihan raya itu ditentukan oleh pengundi yang bukan ahli Umno.

"Kalau semua ahli Umno mengundi Barisan Nasional (BN) pun tak cukup untuk mencapai kemenangan, dia kena dapat sokongan orang luar daripada Umno, baru calon itu boleh menang," katanya.

Beliau berkata Umno hari ini tidak memberi peluang kepada orang luar terdiri daripada golongan cerdik pandai itu kerana keengganan ahli Umno di bahagian itu sendiri untuk menyokong calon seumpamanya.

"Sepatutnya kita terima calon yang baik ini sama ada mereka anggota parti atau tidak," katanya.

Dr Mahathir berkata Umno pada masa depan mesti merestui golongan profesional dan cerdik pandai menyertai parti itu dan tidak seperti pada masa kini di mana mereka disekat daripada menyertainya.- Bernama

Ulasan GB

Tersenyum juga GB membaca kenyataan TDM di atas.

Beliau mungkin dah fed-up dalam UMNO dah tak ada orang yang pandai-pandai. Bererti TDM akui fakta bahawa UMNO kini dianggotai oleh kebanyakannya ahli yang bangang-bangang dan bebal-bebal yang sinonim dengan perkataan bodoh. Di dalam pepatah Melayu ada binatang yang dikaitkan dengan "bodoh" iaitu si lembu - bodoh macam lembu.

Bermakna, TDM mengakui yang di dalam UMNO kini terlalu banyak lembu-lembu dan mahu kandang UMNO dibuka supaya lebih ramai golongan profesyenal dan cerdik pandai menyertainya.

Dah terlambat. Lebih setengah abad UMNO menjadi "kandang lembu" dan rakyat sudah bersedia untuk "merobohkan" kandang itu yang menyebabkan najis lembu-lembu itu membusukkan imej negara.

Moo sana moo sini bak kata si kartunis Zunar.

[Bergambar] Kebakaran Di Suria KLCC, Orangramai Kosongkan Bangunan

Posted: 29 Mar 2012 06:07 AM PDT

Kira-kira 5,000 pekerja dan pengunjung dikeluarkan dari pusat membeli-belah Suria KLCC apabila saluran asap dapur sebuah restoran terbakar petang ini.

Panggilan kecemasan mengenai kebakaran tersebut diterima oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan pada jam 5.28 petang, kata Timbalan Pengarah Operasinya, Azizan Ismail.

Bagaimanapun, apabila empat jentera bomba dengan 30 anggota tiba di tempat kejadian 10 minit kemudian, api di restoran Chinoz on the Park di sebelah Taman telahpun dipadamkan.

Azizan memberitahu pemberita bahawa kebakaran itu dipadamkan oleh unit tindakan kecemasan KLCC.

"Kira-kira 5,000 orang dipindahkan dalam masa 10 minit," katanya, sambil menambah bahawa tidak ada sebarang laporan kecederaan.

Bagaimanapun, Malaysiakini ternampak seorang wanita, yang kelihatan dalam keadaan sedar, dibawa ke dalam sebuah ambulans.

Orang ramai yang dikeluarkan ke kawasan sekitar pancutan air di taman sebelah Suria KLCC, bersorak apabila pusat membeli-belah itu dibuka semula pada jam 6.38 petang. Pekerja di pejabat di Menara Berkembar KLCC tidak dipindahkan.

Restoran Chinoz ditutup oleh jabatan bomba untuk siasatan lanjut. Pusat membeli-belah Isetan masih ditutup pada jam 7.30, manakala kedai-kedai lain telah dibuka semula.

Penerbit buku Amir Muhammad, yang berada di tempat kejadian, memberitahu Malaysiakini sebelumnya bahawa beliau terbau asap semasa berada di tingkat atas pusat membeli-belah itu. -mk












Anwar: SPR Terus Melakukan Penipuan

Posted: 29 Mar 2012 03:56 AM PDT

Di tengah-tengah kebimbangan awam yang semakin meningkat pilihanraya umum ke-13 akan banyak menjurus kepada tipu helah dan penipuan secara terang-terangan, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim telah memberi amaran kepada Pakatan Rakyat beliau bahawa mereka tidak akan mengadakan pilihanraya negeri serentak dengan kerajaan Perdana Menteri Najib Razak, jika Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia yang keras kepala gagal untuk melaksanakan pembaharuan pilihan raya yang bermakna.

"Kami mempunyai bukti yang menarik dan fakta untuk menyokong hujah kami bahawa proses pilihanraya adalah satu penipuan. Jadi itulah isunya dan ia akan mempengaruhi keputusan kami," Anwar memberitahu satu sidang akhbar di Parlimen pada Rabu.

Usaha tinggi hasil tiada

Najib dijangka untuk membubarkan Parlimen persekutuan dan mengadakan pilihanraya di seluruh negara sebelum akhir tahun ini. Selain daripada kerajaan persekutuan, pakatan Barisan Nasional Najib menguasai 9 negeri, manakala Pakatan mengawal Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Wilayah Persekutuan.

Jika Pakatan Rakyat berjaya mengalahkan BN seperti yang dikatakan, maka PU-13 Najib hanya akan melihat penyertaan daripada 9 negeri-negeri BN termasuk perebutan untuk 222 kerusi Parlimen persekutuan. Tempoh Pakatan dalam negeri yang ditadbirnya hanya akan berakhir pada Mac 2013.

Setakat ini, usaha untuk merombak sistem terkenal rasuah pilihanraya di negara ini telah meningkat. Malah Jawatankuasa Pilihan Parlimen mengenai pembaharuan pilihanraya dimana Najib dengan tidak rela menubuhkannya selepas mercu tanda Julai 9, 2011 perhimpunan Bersih 2.0 untuk pilihanraya yang bebas dan adil telah dituduh berat sebelah dan enggan menerima cadangan pembangkang, 'NGO', kumpulan hak sivil serta badan-badan pemantau pilihan raya.

Hanya sehari yang lalu, SPA membuat kesimpulan mesyuarat akhir dengan kedua-dua Pakatan Rakyat dan BN tidak dapat bersetuju mengenai terma cadangan yang dibua tkepada Parlimen. Malah, pengerusi Maximus Ongkili, yang merupakan seorang wakil BN, telah berkata SPA akan membentangkan usul pada hari Isnin walaupun terdapat "perbezaan pendapat".

Keputusan akhir di tangan kerajaan negeri

Aduan dari Bersih dan Pakatan bahawa majoriti saranan mereka telah ditolak, dan satu-satunya konsesi adalah penggunaan dakwat kekal.

Selain daripada itu, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat telah menuduh SPR - yang disebabkan oleh pelaksanaan cadangan SPA – yang mengheret kakinya ke atas pembersihan daftar pemilih, yang diburukkan oleh nama-nama rekaan, duplikasi dan terdapat beribu-ribu contoh di mana umur pengundi berdaftar jauh melebihi 100.

"Kami masih harus menyatakan bantahan kami yang kukuh kerana sehingga kini, SPR tidak membersihkan daftar pemilih, terutamanya apabila pilihanraya adalah terlalu dekat," kata Anwar.

Ketua Pembangkang berusia 64-tahun itu juga berkata keputusan muktamad terletak pada kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat, dan para pemimpin masih mengkaji keberkesanan mengadakan pemilihan serentak. Takut pemanipulasian daftar pengundi boleh banyak menjejaskan peluang Pakatan Rakyat, tekan Anwar.

"Saya fikir kita perlu duduk bersama mereka lagi. Tiada keputusan telah dicapai setakat ini. Kita mempunyai pilihan sama ada kita harus memegangnya semua bersama-sama tetapi ia masih terbuka," katanya.

Bermatlamat 2/3 dengan taktik kotor?

PU-13 Malaysia yang ditunggu-tunggu akan menjadi pilihanraya yang paling hangat dipertandingkan sejak kemerdekaan daripada pemerintahan British pada tahun 1957. Ia telah dianggap sebagai Ibu Segala Pilihanraya Kotor, dengan tiada sebrang tindakan diambil oleh pentadbiran Najib yang dijangka sepenuhnya menggunakan semua jentera kerajaan dan rasmi untuk menjamin kemenangan ke atas Pakatan Rakyat.

Najib baru-baru ini berkata dalam satu temu bual dengan agensi berita asing bahawa ia akan menjadi sukar bagi BN untuk mendapatkan kembali majoriti dua pertiga Parlimen yang ia kalah buat kali pertama dalam 5 dekad semasa pilihan raya umum 2008. Walaubagaimanapun, dalam bulatan politik, ia adalah diketahui bahawa beliau telah memberi jaminan kepada ketua-ketua partinya bahawa beliau akan menyampaikan dua pertiga dan tidak akan teragak-agak untuk menggunakan semua cara dan kaedah yang ada.

"Ya, dia masih boleh merebut dua pertiga. Sistem pilihanraya sangat, sangat lemah dan mudah untuk dimanipulasi kerana dominasi politik BN lebih daripada 55 tahun yang lalu. Ini telah membenarkan mereka untuk berkelakuan sepertimana yang mereka mahu, meletakkan semua tanda henti dan cek untuk memastikan mereka menang. Inilah mengapa SPR melambatkan dan enggan untuk membuka gulung audit," beritahu naib presiden PKR Tian Chua, Ahli Parlimen Batu, kepada Malaysia Chronicle. -mc



Mayat Bayi Dalam Beg Dikerumuni Anjing Liar

Posted: 29 Mar 2012 02:32 AM PDT

Kemaman – Mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat dijumpai bersama uri, dalam sebuah beg pakaian di tapak pembuangan sampah, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) Mak Chili, Jalan Ibok, dekat sini, lewat petang kelmarin.

Beg berisi mayat bayi malang yang dipercayai baru dilahirkan itu, ditemui oleh seorang pemungut sampah kira-kira jam 5.50 petang.

Pemungut sampah terbabit yang pada mulanya menyangkakan beg tersebut mengandungi barang berharga, terkejut apabila melihat jasad bayi yang telah kaku dalam satu beg plastik berwarna oren bercampur hitam, yang diletakkan dalam beg pakaian berwarna merah dan kuning.

Penemuan menyayat hati itu kemudian diberitahu kepada rakannya yang bekerja di tapak pembuangan sampah itu sebelum dimaklumkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, bayi berkenaan cukup sifat dan berkulit cerah.

"Siasatan lanjut di tapak pembuangan sampah mendapati, mayat bayi dipercayai dibawa oleh lori sampah MPK yang terakhir membuang sampah di kawasan tersebut pada jam 3 petang," katanya.

Mayat bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, Pahang, pagi semalam, untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan, kerana menyembunyikan kelahiran dan membuang bayi yang jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sehubungan itu, Abdullah Sani meminta pihak hospital atau klinik swasta yang merawat pesakit mencurigakan seperti mempunyai tanda baru melahirkan anak, supaya menghubungi pegawai penyiasat kes tersebut yang juga Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kemaman, Asisten Superintendan (ASP) Jamil Mohd Sahad, menerusi talian 014-8007222 bagi membantu siasatan.

"Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kelahiran dan pembuangan bayi ini juga diminta tampil memberi kerjasama kepada polis.

Harga Minyak Naik Lagi Jika BN Menang PRU Nanti

Posted: 29 Mar 2012 12:31 AM PDT

Harga minyak dijangka naik kerana subsidi diguna untuk BR1M

KUALA LUMPUR 28 Mac: KEADILAN menjangkakan harga petrol RON95, diesel dan gas cecair (LPG) akan naik dalam masa terdekat atau setidak-tidaknya selepas pilihanraya umum ke-13.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, jangkaan itu berdasarkan tindakan kerajaan menarik peruntukan subsidi bahan api untuk disalurkan kepada peruntukan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

"Jawapan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan pada 13 Mac lalu dengan terang mengatakan bahawa sejumlah RM 1.92 bilion diambil daripada butiran 20, 500 B 11. Ia disahkan dan jawapan (Hansard) Perdana Menteri ada ditangan saya.

"Tekanan kepada kekurangan peruntukan subsidi ini menyebabkan kenaikan harga RON95, LPG dan diesel tidak dapat dibendung lagi dalam masa terdekat," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Semalam berlaku pertikaian apabila Azan membangkit isu peruntukan bahan api yang digunakan untuk BR1M semasa penggulungan jawapan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengenai isu tambahan subsidi 10 sen kepada harga minyak.

Selepas pertikaian itu, Datuk Ahmad Hamzah (Jasin) mencadangkan kepada Speaker agar Azan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kononnya kerana mengemukakan fakta mengelirukan Dewan Rakyat.

Azan kemudiannya tampil dengan bukti (Hansard Parlimen) yang terkandung jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 13 Mac lalu.

Azan yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN berkata, sekiranya kerajaan memberikan subsidi 10 sen bagi mengekalkan harga RON95, bermakna kerajaan memerlukan belanjawan tambahan yang diperuntukkan kepada subsidi bahan api.


Namun setelah dirujuk kepada belanjawan tambahan yang akan dikemukakan kepada Dewan Rakyat pada minggu ini, tidak ada peruntukan tambahan bagi menggantikan peruntukan subsidi yang dikurangkan.

"Kita khuatir sekiranya tidak ada gantian peruntukan ini maka ia akan menjejaskan RON95, LPG dan diesel. (Harga minyak) akan meningkat dalam masa terdekat atau memberi kesan selepas PRU. Kerajaan perlu memberi penjelasan berkenaan isu ini," katanya.

Dalam perbahasan semalam juga, Azan berkata wujud kekeliruan mengenai jumlah sebenar subsidi yang diperuntkan pada 2011.

"Kementerian dan Ahli Parlimen kerajaan mengatakan perbelanjaan tidak melebihi RM20 bilion tetapi yang dibentangkan dalam Belanjawan 2012 jumlah keseluruhan RM33.2 bilion," katanya.

Imam Hoslan Islamkan 2 Banduan Dalam Penjara

Posted: 28 Mar 2012 11:41 PM PDT

Walaupun sedang menjalani hukuman penjara setahun kerana membaling kasut ke arah hakim, Imam Hoslan Hussein meneruskan tanggungjawab dakwah apabila dikatakan sudah berjaya mengislamkan dua saudara baru dan mengajar agama dalam penjara.

Harakahdaily memetik isteri Hoslan - Noorliza Mohd Isa - sebagai berkata, suaminya yang dipenjara di Penjara Kajang itu juga turut menjadi imam kepada banduan lain ketika solat berjemaah.

"Alhamdulillah, beliau berjaya mengislamkan dua orang banduan selain mengajar fardu ain di dalam penjara," katanya dalam laporan Harakahdaily itu.

Beliau menceritakan perkara itu ketika menerima kunjungan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) yang diketuai Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof, kelmarin.

Turut serta dalam rombongan itu Bendahari DMPP, Nurul Huda Yusof Rawa dan aktivis muslimat, Ustazah Rosiah Salleh.

Kunjungan itu juga bertujuan menyampaikan sumbangan kepada Noorliza yang kini terpaksa menanggung perbelanjaan tujuh orang anak mereka yang berumur antara 16 hingga enam tahun.

DMPP sebelum ini telah membuat komitmen untuk memberi bantuan tetap RM800 sebulan kepada keluarga Hoslan sepanjang tempoh beliau dipenjarakan.

Hoslan yang merupakan bekas imam Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Persekutuan atas kesalahan menghina mahkamah.

Ianya ekoran tindakan Hoslan membaling kasut ke arah panel tiga hakim yang sebelum itu membuat keputusan menggugurkan kesnya. -mk

Imam Hoslan Islamkan 2 banduan dalam penjara

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Biarpun dihukum penjara setahun dek kerana membaling kasut ke arah hakim, tanggungjawab dakwah imam Hoslan Hussain tidak terhenti di sebalik jeriji besi.

Gambar: (Isteri Hoslan, Noorliza [dua dari kiri] menerima sumbangan dari Zailah [kiri sekali].

Malah beliau dikatakan sudah berjaya mengislamkan dua banduan dan mengajar agama dalam penjara.

Muslimat PAS memberikan komitmen untuk memberikan sumbangan tetap RM800 sebulan kepada keluarga imam Hoslan sepanjang beliau dipenjarakan)

Isterinya, Noorliza Mohd Isa ketika berkongsi keadaan terkini Hoslan berkata, suaminya yang dipenjara di Penjara Kajang itu juga turut menjadi imam kepada banduan lain ketika solat berjemaah.

"Alhamdulillah, beliau berjaya mengislamkan dua orang banduan selain mengajar fardu ain di dalam penjara," katanya.

Beliau menceritakan perkara itu ketika menerima kunjungan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) yang diketuai Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof, kelmarin.

Turut serta dalam rombongan itu Bendahari DMPP, Nurul Huda Yusof Rawa dan aktivis muslimat, Ustazah Rosiah Salleh.

Kunjungan itu juga bertujuan menyampaikan sumbangan kepada Noorliza yang kini terpaksa menanggung perbelanjaan tujuh orang anak mereka yang berumur antara 16 hingga enam tahun.

DMPP sebelum ini telah membuat komitmen untuk memberi bantuan tetap RM800 sebulan kepada keluarga Hoslan sepanjang tempoh beliau dipenjarakan.

Hoslan yang merupakan bekas imam Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Persekutuan atas kesalahan menghina mahkamah.

Ianya ekoran tindakan Hoslan membaling kasut ke arah panel tiga hakim yang sebelum itu membuat keputusan menggugurkan kesnya.
-HD


Ulasan GB

Hikmah yang tersembunyi.

Benih yang baik dicampakkan ke mana sekalipun pun ia menjadi pulau.
Walaupun dihantar ke penjara, rupa-rupanya kebenaran mendedahkan dia tetap berguna untuk agamanya.

Kamu-kamu tuan hakim yang dilemparkan kasut ke arahmu, belum tentu dapat melakukan apa yang Imam Hoslan lakukan di penjara itu.

Maka itulah hikmahNya juga, belajar tinggi-tinggi, ijazah berjela-jela, jawatan besar-besar, talileher panjang-panjang, tetapi kebenaran dan keadilan tidak dapat kamu tegakkan .. sungguh memalukan. Maka terimalah hukuman Allah itu seadanya. kasut yang layak ke mukamu.

Syariatnya, Imam Hoslan yang melempar, hakikatnya Dia juga. Ambillah pengajaran dari ayat Al-Quran di bawah ini:



فَلَمْ تَقْتُلُوهُمْ وَلَـكِنَّ اللّهَ قَتَلَهُمْ وَمَا رَمَيْتَ إِذْ رَمَيْتَ وَلَـكِنَّ اللّهَ رَمَى وَلِيُبْلِيَ الْمُؤْمِنِينَ مِنْهُ بَلاء حَسَناً إِنَّ اللّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ


Maka (hakikatnya) bukanlah kamu yang membunuh mereka tetapi Allah jua yang membunuh mereka. Dan bukan kamu (pada hakikatnya) yang melempar ketika kamu melempar tetapi Allah jua yang melempar. Dan Dia (Allah) hendak menguji orang yang beriman dengan ujian yang baik daripada-Nya (daripada Allah). Sesungguhnya Allah adalah al-Sami' (Maha Mendengar), lagi al-'Alim (Maha Mengetahui). Al-Anfal: 17


[WASPADA] Ada Serbuk Logam Dalam Tin Susu Cair

Posted: 28 Mar 2012 08:31 PM PDT

Changlun - Terkejut. Itulah perasaan seorang ­pemilik salun kecantikan di sini, apabila mendapati susu cair dalam tin yang digunakan isterinya untuk membancuh air yang dibeli lebih sebulan lalu di sebuah pasar raya mengandungi tompokan hitam dipercayai serbuk logam.

Goh Shau Chen, 30, berkata, selepas diperiksa, dia ­menemui tompokan hitam berkenaan di bahagian bawah selepas susu cair itu dituangkan ke dalam bekas lain.

Menurutnya, perkara itu hanya disedari mereka selepas isterinya, Erni Farida, 27, ­terhidu bau sesuatu selepas meminum air yang dibancuh dengan menggunakan susu berkenaan Sabtu lalu.

Shau Chen, dia kemudian membuka keseluruhan tin susu cair itu bagi melihat apa yang terdapat di dalam tin berkenaan.

"Kami terkejut apabila mendapati ada tompokan ­hitam seakan-akan serbuk ­logam di bahagian bawah permukaan susu itu," katanya ­ketika ditemui di rumah ­mereka di Pekan Changlun Dua di sini.

Shau Chen berkata, ­mereka juga cuba menghubungi talian khidmat pengguna syarikat pengeluar susu berkenaan bagi mendapatkan penjelasan lanjut namun ­talian itu tidak dijawab.

"Kami kesal dengan apa yang berlaku dan seharusnya ia tidak terjadi memandangkan tarikh luput susu berkenaan juga masih berbaki hampir lima bulan lagi," katanya.

Shau Chen pada masa sama meminta pengguna lain supaya lebih berhati-hati dan sebaik-baiknya memastikan susu cair dalam tin seperti itu betul-betul selamat sebelum digunakan.

"Kita tahu banyak kedai minuman yang menggunakan susu cair dalam tin, jadi ­lebih baik peniaga memeriksa susu yang ingin digunakan ­sebelum menyediakan minuman kepada pelanggan ­mereka," katanya. -SH

Mangkuk Tandas Di Stesyen LRT Sri Rampai Meletup

Posted: 28 Mar 2012 07:06 PM PDT

Kuala Lumpur: Seorang pengguna transit aliran ringan (LRT) bernasib malang selepas terkena satu letupan menyebabkan cedera dalam kejadian di sebuah tandas di Stesen LRT Sri Rampai, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1.20 tengah hari itu, mangsa Muhd Shakereen Basri, 22, cedera di paha, punggung dan belakang badan akibat terkena letupan dan serpihan mangkuk tandas yang pecah.

Difahamkan, kejadian itu berlaku sebaik mangsa yang tinggal di Seksyen 1, Wangsa Maju selesai membuang air besar sebelum satu letupan berlaku di dalam mangkuk tandas berkenaan.

Saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Fairus, 25, berkata ketika kejadian mangsa seorang diri masuk ke dalam tandas.

Katanya, tidak sampai dua minit kemudian dia terdengar satu letupan dari dalam tandas.

"Mangsa menjerit minta tolong sebelum pihak berkuasa membantu mengeluarkannya," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam.

Mangkuk tandas meletup

Keadaan Sakereen yang cedera di paha dan belakang badan selepas mangkuk tandas di stesen LRT di Sri Rampai, Wangsa Maju meletup semalam.


KUALA LUMPUR - Seorang pemuda cedera di beberapa bahagian badan selepas mangkuk tandas di stesen transit aliran ringan (LRT) Sri Rampai di Wangsa Maju di sini meletup semalam.

Dalam kejadian pada pukul 1.20 petang, Muhd. Sakereen Basri, 22, seorang penganggur, baru duduk atas mangkuk tandas itu.

Akibat letupan yang menyebabkan sebahagian kecil mangkuk tandas itu pecah, mangsa mengalami calar di kedua-dua belah paha dan luka di belakang badan akibat terkena serpihan mangkuk tandas yang pecah. Mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, pemeriksaan polis menemui kesan serpihan mangkuk tandas yang pecah serta cebisan kertas selain terdapat bau belerang di tempat kejadian.

"Cebisan kertas itu dipercayai digunakan untuk membalut bahan letupan yang disyaki mercun yang diletakkan di sekitar kawasan mangkuk tandas tersebut," kata beliau yang mengesyaki kejadian itu adalah perbuatan khianat. -kosmo


No comments: