Kelab Greenboc |
- 3 Penari Tiang Cuma Didenda RM25 Seorang
- Abby Abadi Nekad Untuk Kekal Bertudung Setelah Kembali Dari Umrah
- [Video] MB Selangor Sahkan Hasan Ali Campurtangan Urusan Tender
- Isu ADUN UMNO Di Kelab Dangdut: Ali Rustam Cuba Berdalih
- Siapa Bakal Kena Terajang Lembu UMNO: Pijat Or Pidot?
- [Dedah] Orang Asli Nafi Kerajaan Kelantan Rampas Tanah Mereka
- Tender Baru NFC: Satu Lagi Percubaan Rakyat Ditipu Menjelang PRU
- Remaja 15 Tahun Upah Seks Untuk Tutup Mulut
- Masih Ada Lagi Adat Jahiliah "Berjoget" Di Majlis Perkahwinan
- Pekerja Majlis Agama Islam Minta Habuan Rasuah & Seks
- [Bergambar] Makmal Sekolah Dinaiki Air, Pelajar Terpaksa Belajar Dalam Banjir
| 3 Penari Tiang Cuma Didenda RM25 Seorang Posted: 28 Mar 2012 05:02 PM PDT Seremban - Tiga wanita beragama Islam didenda RM25 seorang oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi tarian tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai dekat sini Sabtu lalu.Nooranishah (kiri) bersama Faiqah dan Nurul Huda ketika ditahan atas kesalahan mempamerkan tarian tiang dan berpakaian tidak sopan di sebuah pusat hiburan di Nilai pada Sabtu lalu. Faiqah Azizan, 24, Nurul Huda Abdul Rahman, 23, dan Nooranishah Mohamad Isa, 19, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh. Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga wanita tersebut yang berasal dari Kuala Lumpur didakwa mempamerkan tarian tiang di atas pentas dengan pakaian kurang sopan di tempat hiburan awam. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang mengenakan hukuman denda tidak lebih RM25 atau penjara maksimum 14 hari jika sabit kesalahan. Mereka adalah tertuduh beragama Islam yang pertama di Negeri Sembilan disabitkan kesalahan melakukan tarian tiang di bawah akta tersebut. Mohamad Izwan dalam penghakimanannya berharap kesemua tertuduh insaf dan tidak mengulangi perbuatan itu demi menjaga nama baik diri dan keluarga mereka. -kosmo Ulasan GB Cuma denda RM25 seorang. Apakah ada nilai pengajaran dengan denda sebanyak itu? Namun itulah hakikatnya. Bukankah sepatutnya kes ini didakwa di Mahkamah Syariah bukan di mahkamah sivil? klik untuk baca ![]() |
| Abby Abadi Nekad Untuk Kekal Bertudung Setelah Kembali Dari Umrah Posted: 28 Mar 2012 03:42 PM PDT Balik umrah, Abby berubahNIAT pelakon Abby Abadi, 34, untuk berhijrah dengan memakai tudung sudah lama terpendam di hati. Namun ibu tunggal kepada tiga anak comel itu bimbang jika terlalu digembar-gemburkan kelak, ia akan memakan diri. Bagaimanapun kunjungannya ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah pada 15 hingga 26 Mac lalu akhirnya mempermudahkan niat sucinya itu. Menurut pelakon itu, selama ini dia enggan dituduh mempersendakan agama dalam soal bertudung. Akuinya, dia khuatir melakukan hijrah itu atas desakan mahupun tuntutan semasa, sebaliknya mahu ia berlaku atas kerelaan sendiri. "Takut juga kalau terjadi senario sekejap pakai dan sekejap buka tudung. Tetapi alhamdulillah, dua hari sebelum kembali ke Kuala Lumpur, di depan Kaabah, saya nekad untuk bertudung sekali gus berdoa semoga Tuhan tetapkan iman saya untuk kekal begini buat selama-lamanya. Segala-galanya dipermudahkan. "Saya juga berharap perubahan ini tidak akan menjadi masalah atau beban kepada orang sekeliling. Apatah lagi hal bertudung ini sering diperkotak-katikkan, terutama apabila ia membabitkan individu yang memilih kerjaya seni untuk mencari rezeki," katanya sambil memberitahu, sekalipun sudah bertudung, kerjaya seni tetap berjalan seperti sedia kala. Mengenai kesempatan indah menunaikan umrah buat kali pertama itu, ibu kepada Mohamed Danish Hakim, 9, Marissa Dania Hakim, 7, dan Maria Danisha Hakim, 4, ini bersyukur kerana kembara dan ibadatnya di sana berjalan lancar. Bahkan secara tidak langsung, Abby ke sana seperti membawa hatinya yang lara. Kata Abby, jika diikutkan, sebelum ini dia memang memasang azam untuk ke Tanah Suci, tetapi mungkin serunya belum tiba ketika itu. Ada saja halangan yang tiba, termasuklah visa yang dimohon tidak dapat diluluskan. "Namun syukurlah, kali pertama menjadi tetamuNya, kesihatan saya di sana senantiasa baik. Saya juga sempat menunaikan umrah sebanyak tiga kali, mencium batu Hajarul Aswad dua kali, dapat menyentuh Kaabah, memasuki Raudhah dan banyak lagi. Perasaan berada di sana juga tidak dapat digambarkan dengan kata-kata dan saya teruja akhirnya digerakkan juga ke Tanah Suci Makkah selain Madinah. "Saya juga tak terkilan sekalipun sebelum ke sana, tawaran berlakon datang mencanak. Hampir lima ke enam tawaran berlakon saya terima, tetapi terpaksa saya tolak secara baik kerana pihak produksi tidak dapat menunggu. Tetapi saya tak ralat dan percaya rezeki tetap ada, insya-Allah. "Apa yang saya lalui termasuk perpisahan dengan Zul Ariffin juga barangkali sedikit sebanyak mempercepatkan agenda saya ke sana. Saya ke sana pula bukan atas alasan membawa hati yang kecewa. Sebaliknya sebagai orang Islam, mengerjakan umrah menjadi tuntutan buat kita," kata Abby. -BH ![]() Ulasan GB Semuga Allah memperkuatkan imanmu untuk kekal menutup aurat dan kami berdoa semuga dilimpahkan rahmatNya kepadamu sentiasa. Tentang rezeki di bidang seni, usah bimbang, Dia Ar-Razzak, Maha Pemberi Rezeki. Dengan mematuhi syariatNya, rezekimu tidak berkurang malah akan bertambah jika yakin dan beriman kepadaNya. |
| [Video] MB Selangor Sahkan Hasan Ali Campurtangan Urusan Tender Posted: 28 Mar 2012 09:36 AM PDT Shah Alam - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa wujud amalan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh bekas anggota Exco Negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dalam pemberian kontrak membabitkan projek prasarana di Selangor. Khalid berkata, amalan itu dilihat berlaku apabila Hasan dikatakan mencadang serta menentukan syarikat-syarikat kontraktor untuk diberikan tender bagi melaksanakan kerja-kerja tersebut. "Saya menerima laporan audit menunjukkan Hasan campur tangan dalam hal itu (pemilihan kontraktor), cuba cadang dan tentukan siapa (syarikat) yang dapat. "Saya akan adakan temu duga kontraktor-kontraktor yang terlibat untuk mengetahui bagaimana mereka dapat kontrak tersebut," katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun), semalam. Ia salah satu daripada tiga perkara dibangkitkan oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali pada sidang Dun Jumaat lalu. Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, mendakwa Hasan telah membazir wang kerajaan negeri ketika menjawat jawatan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri. Bagaimanapun menurut Menteri Besar, kos pengubahsuaian pejabat Hasan semasa menjadi Exco negeri yang dikatakan berjumlah ratusan ribu ringgit adalah mengikut tatacara kewangan ditetapkan. Sehubungan itu, beliau meminta mana-mana pihak supaya tidak mempersoalkan isu pengubahsuaian pejabat tersebut sebab "tidak mahu mengambil masa menjelaskan perkara itu." Azmin mendakwa, antara pembaziran Hasan ialah membelanjakan lebih RM300,000 untuk mengubahsuai pejabatnya. Abdul Khalid turut menyatakan bahawa anggota Exco Kerajaan Negeri Ean Yong Hian Wah membelanjakan RM146,000 untuk kerja-kerja pengubahsuaian pejabatnya diikuti dengan Rodziah Ismail RM119,000, Ronnie Liu Tian Khiew (RM53,000), Yaakob Sapari (RM32,000) manakala Halimah Ali tiada rekod memandangkan beliau tidak membuat sebarang ubah suai pejabat. |
| Isu ADUN UMNO Di Kelab Dangdut: Ali Rustam Cuba Berdalih Posted: 28 Mar 2012 08:36 AM PDT KM cabar Pakatan, media dedah ADUN diperiksa polisKetua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam mencabar pembangkang supaya menunjukkan bukti menunjukkan ada wakil rakyat BN diperiksa polis ketika serbuan di sebuah pusat hiburan hujung minggu lalu. Beliau turut meminta media sekiranya menyimpan sebarang maklumat atau rakaman foto dan video yang menunjukkan wakil rakyat terbabit berada di pusat hiburan tersebut dalam serbuan jam 2.40 pagi itu. "Saya tidak menerima sebarang laporan pun seperti apa yang didakwa pihak pembangkang dan setakat ini tiada laporan polis dibuat. "Dakwaan itu hanyalah fitnah yang dilontar pembangkang. Mereka memang suka membuat fitnah, padahal sebelum ini pun pembangkang pernah menuduh kita sebagai kafir," katanya hari ini. Malaysiakini semalam melaporkan ketua menteri Melaka diberikan tempoh seminggu untuk mendedahkan nama seorang wakil rakyat yang didakwa diperiksa polis itu atau mereka akan mengambil tindakan itu. Menurut Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Melaka Kamaruddin Sidek, Mohd Ali perlu mengambil tindakan itu memandangkan rakyat selaku pengundi ingin tahu siapakah wakil rakyat berkenaan. Dalam serbuan yang dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Negeri Melaka 24 Mac lalu, polis dikatakan memeriksa 27 pelanggan pusat hiburan berkenaan termasuk wakil rakyat terbabit. Pemeriksaan awal itu juga mendapati seramai 12 orang didapati positif dadah. Malaysiakini sudah menghubungi ADUN terbabit tetapi masih belum mendapat reaksi. -mk Ulasan GB "Datuk Seri, encik ini cakap, seorang ADUN Melaka kena tangkap malam tadi dekat Teratai Dangdut" "Dia memang begitu, PAS suka tuduh kita kafir" (dengan suara amat tinggi) "Datuk Seri, encik ini cakap, ADUN Melaka kena tangkap kat teratai Dangdut" "Hah... kena tangkap kat Teratai dangdut?...........mana bukti, mana laporan, mana gambar, mana video?" "Encik... sound dia rosak... (pekak badak)" Dah terang lagi bersuluh. Mungkin Datuk Ali tidak baca akhbar, tidak tahu IT lantas itu tidak membaca perkembangan terkini. Atau sengaja jadi kura-kura dalam perahu, pura-pura buat tak tahu. Pak Ali ingat wartawan-wartawan yang buat liputan pada malam itu buta kah? Tak kenal muka YB? Ini beritanya: ![]() Ini dari sahabat di wikimalay (warta jingga) Cabaran Ketua Menteri Disambut Dengan Bukti Bergambar!!! Dan yang ini dari Sin Chew Jit Poh:
|
| Siapa Bakal Kena Terajang Lembu UMNO: Pijat Or Pidot? Posted: 28 Mar 2012 06:22 AM PDT Rafidah: Buang pijat tapi jangan buang kelambuBekas ketua wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz mengingatkan penyokong BN supaya tidak "membakar kelambu" dalam pilihan raya akan datang, semata-mata kerana marah dengan seseorang pemimpin atau sesuatu isu. Katanya, isu berkenaan tidaklah terlalu besar sehingga "kelambu BN" itu patut dibakar atau dibuang dalam pilihan raya. "Kerana kelambu BN, memanglah ada lubang di sana sini, maklumlah, tapi kelambu ini jangan dibuang, kalau ada lubang bantu baiki balik. "Kalau ada pijat di dalam itu yang hendak mengacau kita itu kerja kita (untuk) buang pijat tapi kelambu jangan dibuang," katanya lagi dalam satu pertemuan bersama penggiat media sosial di Kuala Lumpur malam tadi. Kenyataannya mengenai "pijat" itu mencuit hati para hadirin apabila beliau pada masa sama ditanya mengenai tegurannya kepada ketua wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang popular dengan nama timangan "Kak Ijat." Jelasnya, gesaannya kepada Shahrizat supaya meletak jawatan daripada jawatan kabinet itu dibuat demi keuntungan parti dan bukannya untuk mendapatkan jawatan itu semula. Beliau juga membuat teguran demikian kerana jentera parti perlu bekerja untuk menjelaskan isu melibatkan syarikat National Feedlot Corporation (NFC) yang diusahakan keluarga Shahrizat. "Awal-awal saya kata kepada Shahrizat, kalau dia membebankan parti ambil keputusan supaya parti kita dapat terlepas daripada kejejasan. "Mungkin dia fikir tak terjejas, itu terpulang kepada orang yang tahu dia dan maklum. Tapi kalau saya bercakap lain pandangannya," kata Rafidah lagi. Bagaimanapun, tambahnya, beliau terkejut apabila menerima satu SMS apabila mengeluarkan kenyataan tersebut. "Bila saya kata suruh dia letak jawatan tempoh hari, saya dapat SMS, 'dah tua bangka ni, hendak lagi jawatan tu.' "Dia kata memanglah saya suruh dia resign sebab saya hendak balik jawatan itu," katanya lagi tanpa mendedahkan nama pengirim SMS tersebut, ketika ditanya dalam program berkenaan. Jelasnya, beliau menyatakan teguran berkenaan memandangkan beliau mendengar sentimen di akar umbi dan mendengar cakap-cakap di sekelilingnya mengenai isu itu. "Saya duduk kat rumah itu bukan saya tak dengar orang bercakap. Bila saya ditanya pemberita, saya jawab. Kalau saya tak mahu jawab, saya kata 'no comment'. "Bila saya kata begitu sebab kita kena jelaskan. Bukan saya saja, orang GERAKAN pun kata 'aiya, banyak susah mau explain'," kata Rafidah lagi. Selain Rafidah, turut lantang menyuarakan kritikan ke atas Shahrizat sebelum ini ialah naib ketua pergerakan itu, Datuk Kamilia Ibrahim yang menggesa Shahrizat supaya melepaskan jawatan ketua Wanita Umno demi menjaga kredibiliti parti, sayap, BN dan kerajaan. Shahrizat bagaimanapun mendapat sokongan padu daripada presiden parti, Datuk Seri Najib Razak dan juga pemimpin tertinggi Umno supaya mengekalkan jawatan tersebut. Selain itu Rafidah turut ditanya mengenai tindakan Shahrizat yang mencabar beliau untuk jawatan ketua Umno dalam pemilihan parti Mac 2009, walaupun selepas beliau berjanji untuk menyerahkan jawatan tersebut kepada Shahrizat. Rafidah ditanya demikian memandangkan Shahrizat kini dilanda pelbagai kontroversi melibatkan projek NFC dan juga tewas di kerusi parlimen, sedangkan beliau sendiri masih tetap terpilih di kerusi Kuala Kangsar pada pilihan raya 2008. "Saya tak tahu apa yang berlaku pada orang, tapi masa saya kalah lawan ketua wanita, tak jadi masalah buat saya, tak jadi kudis kepada saya. "Tapi kita dah janji kan, ada peralihan pada bulan Jun (2009). Dia hendak lawan juga. Jadi saya kata kita lawanlah. Kalah menang Tuhan menentukan. "Kalah tak jadi masalah buat saya, jawatan ini bukan hendak dibawa ke kubur. Tapi saya tak jadi ketua saya risau juga pada wanita Umno," katanya yang menegaskan bahawa beliau "tidak ada rasa pun" untuk menjawat jawatan itu sekali lagi. -mk Ulasan GB Baru-baru ini Najib meminta Wanita UMNO terus beri sokongan kepada "Pijat", dan diberitakan hanya 5 Ketua Wanita UMNO negeri menyatakan sokonagnnya kepada Pijat. Bererti 13-5, ada 8 lagi Ketua Wanita yang belum/tidak menyatakan sokongan kepada Pijat. Apakah Pidot masih ada pengaruhnya di dalam Wanita UMNO? Kita sama-sama nanti saksikan aksi lembu-lembu NFC, siapa yang bakal diterajangnya. |
| [Dedah] Orang Asli Nafi Kerajaan Kelantan Rampas Tanah Mereka Posted: 28 Mar 2012 04:31 AM PDT Orang Asli nafi Kelantan rampas tanahKUALA LUMPUR, 27 Mac: Masyarakat Orang Asli Kelantan hari ini melahirkan rasa kecewa dan terkilan dengan pihak tertentu yang menuduh kerajaan negeri pimpinan PAS telah merampas tanah mereka sedangkan ianya sama-sekali tidak berlaku. Sekumpulan 10 orang mereka yang hadir ke Parlimen hari ini menafikan tuduhan tersebut malah menganggapnya sebagai fitnah didalangi pihak berkepentingan. Malah kata wakil Orang Asli Kelantan Ajom Alang, Kerajaan Kelantan yang diterajui PASlah satu-satunya kerajaan negeri yang berusaha untuk memberi hak milik tanah kepada mereka. "Bermacam-macam tomahan dan tuduhan fitnah bahawanya kerajaan negeri di bawah YAB Tuan Guru (Datuk Nik Abdul Aziz) merampas tanah-tanah Orang Asli. "Fitnah itu tak betul, sebenarnya kerajaan negeri pimpinan tuan guru pada hakikatnya telah meluluskan dan mewartakan tanah-tanah itu untuk memberi hak milik kepada sebahagian masyarakat Orang Asli di Gua Musang," katanya pada sidang media di lobi parlimen. Turut serta pada sidang media itu Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Siti Zailah Mohd Yusof (Rantau Panjang), Mohammad Husin (Pasir Putih) Dr. Siti Mariah Mahmud (Kota Raja) dan Abdul Aziz Abdul Kadir (Ketereh). Sebelum ini, banyak pihak termasuk Umno Kelantan menuduh kerajaan negeri yang diterajui PAS merampas tanah daripada Orang Asli Hulu Kelantan untuk tujuan pembangunan. Ianya termasuk tanah Orang Asli di Sendrop dan Blau. Kerajaan negeri bagaimanapun menafikan dakwaan itu dengan mendakwa tanah yang dibangunkan di kawasan itu adalah milik kerajaan. Menurut Ajom lagi, di Kelantan tidak ada tanah adat untuk Orang Asli mahupun tanah wilayah, cuma yang ada adalah tanah yang mahu digazet untuk Orang Asli pada zaman BN yang tidak selesai-selesai. Maka katanya, tidak timbul langsung soal kerajaan negeri merampas tanah mereka. "Zaman BN dulu mana ada org asli dapat hak milik. Adakah sekarang ini di negeri-negeri BN Orang Asli dapat hak milik? Saya rasa belum ada," katanya. Beliau turut menyelar pihak tertentu yang mempengaruhi Orang Asli untuk berdemonstrasi Januari lalu bagi membantah kerajaan negeri yang mahu membangunkan projek Ladang Rakyat di tanah-tanah Hulu Kelantan. Malah kata mereka, Orang Asli sangat-sangat mengalukan Projek Ladang Rakyat dibuat kerana mereka akan mendapat banyak kebaikan dari projek itu. Selain kebaikan dari sudut ekonomi mereka, projek itu juga akan mebawa kepada pembukaan jalan yang bekal memudahkan mereka. "Saya rasa ini (demonstrasi) bukan tindakan Orang Asli sendiri tapi kemungkinan ada konco-konco lain dari belakang yang menghasut Orang Asli bertindak liar. Kita dari dulu lagi tak pernah demonstrasi bantah kerajaan negeri. "Bahkan kita sebenarnya merayu kepada kerajaan negeri supaya selesaikan segera masalah tanah bagi membuktikan Kelantan negeri yang pertama berusaha memberi hak milik kepada Orang Asli di Malaysia," katanya. -HD |
| Tender Baru NFC: Satu Lagi Percubaan Rakyat Ditipu Menjelang PRU Posted: 28 Mar 2012 02:24 AM PDT Tender baru NFC untuk tutup kesalahan NajibKUALA LUMPUR, 28 Mac: PKR membantah sekeras-kerasnya tindakan Barisan Nasional seperti yang diumumkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar untuk menjemput bidaan baru bagi memilih kontraktor mengambil alih operasi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC). "Kebelakangan ini, tindakan-tindakan Barisan Nasional secara jelas bertujuan untuk menutup secepat mungkin skandal ini tanpa merungkai soal pertanggungjawaban semua pimpinan tertinggi Barisan Nasional yang terbabit," kata Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli dalam satu kenyataan. Beliau memberi beberapa contoh tindakan yang diumumkan tetapi tidak dilaksanakan. Ini, katanya termasuk pengumuman pembekuan aset oleh Perdana Menteri tetapi operasi, perbelanjaan dan penstrukturan aset di dalam NFC dan syarikat-syarikat berkaitan terus berjalan seperti biasa, bertujuan untuk menghapuskan bukti penyelewengan. Selain itu, tambah Rafizi, pengumuman perlantikan juruaudit bebas oleh Timbalan Perdana Menteri tetapi sehingga kini skop audit, kepada siapa juruaudit akan bertanggungjawab dan bilakah laporan audit akan dibentangkan kepada Dewan Rakyat tidak diketahui rakyat. "Saya khuatir audit yang dijalankan ini hanyalah untuk mengenalpasti segala penyelewengan yang berlaku agar bukti-bukti penyelewengan dapat dihapuskan secepat mungkin," ujarnya. Beliau menambah, persoalan pokok dalam skandal NFC ialah keterlibatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bertanggungjawab menganugerahkan projek bernilai RM250 juta secara terus kepada NFCorp yang beliau sedia maklum tidak mempunyai pengalaman dan dimiliki keluarga rakan karibnya, Datuk Seri Shahrizat Jalil. Tambahnya, tindakan itu mencerminkan kecuaian Perdana Menteri dan memungkinkan berlakunya penyelewengan dan pecah amanah. "Perkara ini masih belum dijawab oleh Perdana Menteri. Malah, tindakan beliau mahu membuka bidaan baru jelas membuktikan hasrat beliau untuk menutup kesalahan beliau yang menganugerahkan kontrak kepada pihak yang tidak layak," ujarnya lagi. Justeru, tegasnya PKR berpendirian bahawa selagi segala persoalan bersabit pertanggungjawaban Perdana Menteri dan pegawai-pegawai tertinggi tidak disiasat dan dirungkai, kerajaan tidak boleh membuka bidaan baru kerana ia cubaan memadamkan kesalahan Perdana Menteri. "Oleh kerana niat Perdana Menteri untuk menutup kesalahan beliau itu adalah jelas, saya tidak ada pilihan lain kecuali menumpukan kembali fokus untuk membongkar penyelewengan-penyelewengan lain yang telah dan masih berlaku di dalam NFC," katanya lagi. Beliau menegaskan, hanya dengan desakan rakyat yang memuncak barulah Perdana Menteri akan menerima pertanggungjawaban, seperti mana yang telah dibuat oleh Shahrizat. Siri pembongkaran akan diteruskan bermula minggu depan, katanya. -HD Kerajaan buka tender ambil alih projek pusat Fidlot Nasional Ulasan GB Aset NFC belum dibekukan, wang rakyat RM250 belum dipulangkan, tiba-tiba keluar tender untuk ambil-alih NFC. Betul-betul rakyat pula cuba diperlembukan. |
| Remaja 15 Tahun Upah Seks Untuk Tutup Mulut Posted: 28 Mar 2012 12:43 AM PDT Temerloh – Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang bimbang rakaman aksi hubungan seks bersama kekasihnya disebar dalam internet terpaksa pula melayan nafsu rakan kekasihnya yang merakam aksi itu sebagai upah 'tutup mulut'.Dalam kejadian 28 Februari 2012, mangsa keluar bersiar-siar bersama kekasihnya berusia 18 tahun di kawasan air terjun Bukit Bertangga, Felda Kumai, Triang, Bera. Mangsa kemudian diajak teman lelakinya melakukan hubungan seks dan dalam terpaksa mangsa menurutinya. Tanpa mangsa sedari aksi hubungan seks itu dirakam seorang rakan mangsa berusia 19 tahun yang kemudiannya mengugut untuk menyebarkan rakaman tersebut. Mangsa yang ketakutan akhirnya terpaksa pula melayan nafsu rakan kekasihnya sebagai upah tutup mulut. Namun akibat ketakutan, mangsa akhirnya membuat laporan polis berhubung kejadian. Susulan kejadian, dua remaja lelaki yang masih menganggur berdepan hukuman penjara sehingga dua puluh tahun dan sebat selepas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan merogol gadis bawah umur. Tertuduh Mohd Kamarul Zaman Muhamed 19 dan rakannya yang berusia 18 tahun, kedua-duanya dari Felda Kumai, Triang bakal berdepan hukuman tersebut selepas didakwa di mahkamah pagi semalam. Kedua-dua remaja terbabit dituduh merogol seorang remaja perempuan berumur 15 tahun di kawasan air terjun Bukit Bertangga, Felda Kumai kira-kira jam empat petang 28 Februari lalu. Kedua-dua mereka yang didakwa di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan (1) mengaku salah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah. Hakim Mahkamah Sesyen, Siti Aminah Ghazali kemudian memutuskan kes disebut semula pada 25 April 2012 untuk mendengar keputusan dan kedua-dua tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin serta dihantar ke penjara Penor untuk ditahan. -SH |
| Masih Ada Lagi Adat Jahiliah "Berjoget" Di Majlis Perkahwinan Posted: 27 Mar 2012 11:03 PM PDT Parit: Ibarat pesta maksiat apabila ratusan remaja lelaki dan perempuan menjadikan persembahan kugiran sempena majlis perkahwinan di sebuah kampung, di sini sebagai pentas untuk menari dalam keadaan mengghairahkan sambil berpeluk dan bercumbuan.Gambar: TIDAK SENONOH...remaja lelaki dan wanita menari bersama dalam keadaan berahi. Lebih menghangatkan suasana apabila pihak penganjur turut menjemput sekumpulan 10 mak nyah sebagai 'perempuan joget' bagi merancakkan persembahan di Kampung Parit 13 di sini, malam kelmarin. Majlis yang mendapat jolokan 'disko desa' itu mendapat sambutan lebih 500 remaja Melayu termasuk sekumpulan Mat Rempit yang sanggup datang dari jauh termasuk dari Ipoh, Manjung, Batu Gajah dan Kuala Kangsar semata-mata mahu menyertai majlis gila itu. Lebih memalukan ada sekumpulan remaja menari dalam keadaan mabuk selepas meneguk arak kerana mahu mendapatkan lebih keseronokan ketika menari. Pengunjung yang hadir dihiburkan dengan lebih 20 lagu dinyanyikan silih berganti oleh beberapa penyanyi wanita dan lelaki kugiran berkenaan tanpa henti selama hampir tiga jam. -hm Ulasan GB calling, calling, mufti perak... |
| Pekerja Majlis Agama Islam Minta Habuan Rasuah & Seks Posted: 27 Mar 2012 09:02 PM PDT Ayer keroh - Seorang bekas kakitangan Majlis Agama Islam Melaka (Maim) mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan meminta wang rasuah dan habuan seks dari seorang wanita, dua tahun lalu.Zullias Rasid Manan, 37, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Ahmad Sazali Omar. Bagi pertuduhan pertama, Zullias seorang bekas kakitangan Maim berjawatan Pekerja Rendah Am, didakwa dengan niat telah memperoleh satu suapan daripada seorang wanita, Siti Aishah Mohd Yusoff, sebanyak RM1,500 sebagai upah melakukan satu perkara bertentangan dengan prinsip kerjanya. Suapan itu didakwa adalah sebagai dorongan untuk menyelesaikan satu kes tangkapan kesalahan di bawah Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991. Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh di kawasan tempat letak motosikal di belakang Dataran Pahlawan, kira-kira jam 6.30 petang pada 10 Januari 2010. Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa meminta rasuah dalam bentuk perkhidmatan seks daripada wanita sama di sebuah bilik hotel di Ujong Pasir pada 13 Februari 2010. Kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama. Sementara itu, pihak pendakwaan yang diwakili dua Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), iaitu Mohammed Heikal Ismail dan Mohd Sa'ad Shukor, mencadangkan supaya ikat jamin RM20,000 dikenakan terhadap tertuduh bagi kedua-dua pertuduhan. Bagaimanapun, setelah meneliti kes berkenaan, Ahmad Sazali membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM16,000 bagi kedua-dua pertuduhan sementara menantikan tarikh sebutan semula kes yang ditetapkan pada 27 April depan. -SH |
| [Bergambar] Makmal Sekolah Dinaiki Air, Pelajar Terpaksa Belajar Dalam Banjir Posted: 27 Mar 2012 06:57 PM PDT Pelabuhan Klang -- Beberapa pelajar Tingkatan 3 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Ampuan Rahimah di sini terpaksa belajar dalam banjir apabila makmal sekolah itu dinaiki air akibat banjir kilat kira-kira pukul 9.00 pagi tadi. Foto Osman AdnanPengetua sekolah berkenaan Rahmah Arsad berkata banjir kilat itu berpunca dari hujan lebat yang turun tanpa henti kira-kira sejam serta dipercayai akibat masalah longkang tersumbat ekoran dipenuhi sampah sarap. Beliau berkata kejadian banjir itu bukan yang pertama dan sering berlaku setiap kali hujan turun dengan lebat dan berpanjangan. "Saya masih ingat ketika memulakan tugas pada November lepas, saya juga 'disambut' dengan kejadian banjir kilat," katanya ketika ditemui di sini hari ini. Rahmah berkata perbincangan juga sering diadakan dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dari semasa ke semasa namun masalah sama tetap berulang. Beliau berkata setiap kali banjir, sekolah terpaksa menanggung kerugian beribu ringgit bagi menggantikan peralatan kelas seperti kerusi dan meja yang rosak kerana ditenggelami air. -- Bernama ![]() ![]() ![]() Sekolah kena banjir sejak 1963 |
| You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |









.jpg)










No comments:
Post a Comment