Kelab Greenboc |
- [Video] Masuk Rumah Baru - Sinar Mentari Untuk Amir Dan Ibu
- Kes Anak Nazri Aziz Dituduh Pukul Pengawal Akan Disembunyikan?
- Malaysia Paling Selamat: 24,635 Kes Rogol Dari 2003-2011, Purata 8 Kes Rogol 1 Hari
- Laporan Polis Oleh FELDA Bukti Najib Campurtangan Adalah Benar
- Azalina Dikecam Tuduh Peserta Demo Orang Asing
- Hassan Ali Belanja RM300K Ubah Pejabat, RM500K Untuk Persidangan Badan Warisan
- Najib Keluarkan Arahan Mahu Lembu-lembu Itu Terus Bersama Shahrizat
- Badan Bayi 18 Bulan Terlipat Dua Dilenyek Kereta Ibu Sendiri
[Video] Masuk Rumah Baru - Sinar Mentari Untuk Amir Dan Ibu Posted: 23 Mar 2012 05:01 PM PDT Mahu bersama selamanya KUALA SELANGOR: "Lebih daripada suka, suasana di sini sama seperti di kampung, ada pokok-pokok. Yang penting saya mahu bersama Amir ke mana saja dia pergi. Kami akan tinggal di sini selama-lamanya," kata Faridah Maulud, 66 ketika melangkah masuk ke rumah barunya di Kampung Assam Jawa di sini, semalam. Menurutnya, suasana di kawasan berkenaan saling tidak tumpah dengan kampung halamannya di Pengerang, Johor menyebabkan dia begitu gembira dapat menjalani kehidupan baru di kampung itu selepas anak tunggalnya ditawarkan berkerja di kilang berdekatan. Katanya, tidak ada perkara lain yang lebih menggembirakan hatinya apabila dapat bersama semula sebagai sebuah keluarga selepas tinggal di Pusat Sehenti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sungai Buloh sejak 9 Mac lalu. "Saya juga terharu dengan sambutan penduduk kampung yang menerima kehadiran kami dua beranak sebagai sebahagian daripada kejiranan di sini. Saya harap Amir akan bekerja dengan baik, terima kasih kepada Datuk Sekeluarga," katanya kepada Harian Metro. Warga emas yang menjadi perhatian masyarakat negara ini apabila ditinggalkan anaknya, Amir Mohd Omar, 27 di sebuah hotel bajet di Kampung Baru di sini 3 Mac lalu kini boleh menghela nafas lega selepas seorang usahawan besi keluli, Datuk Jamhuri Abdul Rahman menawarkan kerja dan sebuah rumah di Kuala Selangor bagi membantu mereka. Ulasan GB Petikan ulasan GB di entri yang lalu: Usah sesekali lakukan (tinggalkan) ibu sedemikian. Apatah lagi membiarkan ibu di dalam kesedihan dan tangisan. Dan yang terakhir, kita dengar Amir telah pun ke JKM untuk mengambil dan membawa ibunya pulang. Kini dengan "kejantanan" Amir, beliau telah dikurniakan Allah sesuatu yang dia sendiri tidak terfikirkan. Sungguh benar firman Allah swt: إِنَّ اللّهَ لاَ يُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang yang berusaha memperbaiki amalannya. At-Taubah:120 Semuga hidup Amir diberkati Allah selepas ini, begitu juga dengan Datuk Jamhuri Abdul Rahman yang sudi mengambil Amir bekerja dan menyediakan kemudahan serta tempat tinggal untuk mereka. Dan tak lupa para wartawan yang membuat pendedahan ini sehingga dapat menyelamatkan Amir dari menjadi derhaka dan nasib kedua beranak (Amir dan ibunya) kini terbela. klik untuk baca |
Kes Anak Nazri Aziz Dituduh Pukul Pengawal Akan Disembunyikan? Posted: 23 Mar 2012 04:10 PM PDT Satu lagi jenayah tersembunyi yang dilindungi UMNO bakal berlaku, kali imi melibatkan anak lelaki Nazri Aziz, menteri di jabatan perdana menteri. Anak Nazri, Mohd Nedim Mohd Nazri Aziz, didakwa memandu Porschenya ke satu bangunan kondominium di Mont Kiara diekori pengawal peribadinya dengan sebuah MPV, terlibat dalam satu pergaduhan dengan penyelia keselamatan bangunan tersebut, Ini bukan kes keganasan pertama melibatkan anak lelaki Nazri. Tahun 2004, seorang pelajar undang-undang berusia 23 tahun Darren Kang dipukul hingga mati oleh sekumpulan pekerja restoran di Desa Sri hartamas, berhampiran Mont Kiara, setelah satu selisih fahan yang melibatkan anak Nazri. Pekerja-pekerja tersebut- 10 warga Thai dan seorang warga tempatan ditangkap. Manakala anak Nazri dibebaskan selepas soalsiasat polis. "Ketika ini, untuk berlaku adil pada semua pihak, perlu ada siasatan lanjut.Lapuran yang dibuat kepada polis oleh kedua dua pihak dan maklumat mesti didedahkan. Tidak harus ada apa-apa yang disembunyikan.Apa berlaku dimasa lalu tidak harus dibiarkan berulang samula- bukan sekrang di tahun 2012," Timbalan Presiden PKR Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle. "Tambahan lagi, harus ada penjelasan kenapa anak lelaki Nazri mempunyai banyak wang dan memandu Porsche, perlukan pengawal peribadu yang memamdu MPV. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia patut terus bertindal dan bukan purapura tidak sedar keadaan ini. Kes jenis ini menunggjukkan keangkuhan keluarga elit Umno. Malah kerabat diraja juga tiada hak untuk membuli orangramai, tanpa mengira samada mereka rakyat Malaysia atau pekerja asing, golongan profesional atau buruh." Tahap keangkuhan yang mengejutkan Ketua Polis Daerah Brickfieds Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid mengesahkan menerima 2 lapuran polis berkaitan insiden itu. Anak lelaki Nazri, Mohd Nedim Mohd Nazri Aziz, didakwa memukul penyelia keselamatan di sebuah kondominium pada malam Selasa lepas. "Kes ini diklasifikasikan dibawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan melakukan kekecohan di tempat awam," Ketua Polis Wan Abdul Bari dilaporkan berkata. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut. Kedua laporan polis tersebut dipercayai dibuat oleh pengawal peribadi Nedim dan penyelia keselamatan berusia 50an dan mengalami lebam. Penyelia itu yang awal membuat lapuran di Balai Polis Jalan Travers, pada malam kejadian selepas menjalani pemeriksaan di sebuah hospital. Menurut lapuran berita, penyelia tersebut mahu Nedim mendaftar nama sebelum membenarkan nya memnadu masuk dengan Prosche nya, tetapi Nedim enggan menurut. Nedim dipercayai baru mendirikan rumahtangga. Pengawal peribadi nya kemudian memberitahu pengawal keselamatan Nedim ialah seorang 'Tengku' atau kerabat diraja, tetapi penyelia itu masih berkeras.. Naik marah, Nedim didakwa turun dari kereta, mencekik leher penyelia dan menumbuk kepala nya sementara pengawal peribadi nya memegang penyelia tersebut. " Penyelia itu tidak dapat melawan kerana dipegang oleh pengawala peribadi," satu sumber dari pengurusan kondominium dilaporkan berkata. Dilaporkan juga pihak pengurusan kondominium diberi tekanan hebat untuk melindungi kes ini. Cerita dari pengawal peribadi Satu lagi laporan polis oleh pengawal peribadi Nedim bagi pihak majikan nya di balai yang sama. Pengawal itu mengaku ada kekecohan dan menuduh penyelia itu menimbulkan provokasi dengan berkelakuan biadap. Menurut sumber dari pihak Nedim, penyelia itu yang mula menumbuk pengawal peribadi dan mencabar pengawal tersebut untuk bertumbuk. Pengawal peribadi Nedim kemudian menendang perut penyelia itu manakala penyelia itu menumbuk muka pengawal peribadi. -Malaysia Chronicle Pengawal keselamatan dakwa diserang anak menteri |
Malaysia Paling Selamat: 24,635 Kes Rogol Dari 2003-2011, Purata 8 Kes Rogol 1 Hari Posted: 23 Mar 2012 08:06 AM PDT 2009 paling banyak kes rogol di Malaysia KUALA LUMPUR, 23 Mac: Sebanyak 24,635 kes rogol direkod oleh negara ini dari tahun 2003 hingga 2011, kata Menteri Dalam Negeri dalam jawapan bertulisnya di Parlimen. Datuk Seri Hishamudin Husein memaklumkan perkara ini ketika menjawab soalan anggota Parlimen PAS Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria. Kes rogol ini pula meningkat dari tahun ke tahun dengan tahun 2009 mencatat rekod tertinggi iaitu 3,626 kes untuk tahun tersebut. Pada tahun 2010 pula, kes rogol yang direkodkan adalah sebanyak 3,595 manakala tahun 2011 3,301 kes dicatat. Mohd Nasir dalam soalannya bertanya Menteri Dalam Negeri statistik jenayah rogol yang berlaku di Malaysia dari tahun 2003 hingga 2011. Dalam jawapannya, menteri memaklumkan, keseluruhan kes rogol dari tahun 2003 hingga 2011 adalah 24,635 kes. Pada 2003, jenayah rogol mencatat 1,479 kes, 2004 (1,765), 2005 (1,931), 2006 (2,431), 2007 (2,098), 2008 (3,409), 2009 (3,626), 2010 (3,595) dan 2011 (3,301). "Sedih saudara.. Inilah statistik jenayah rogol 2003 hingga 2011 di Malaysia," kata Mohd Nasir ketika mengulas jawapan menteri ini kepada Harakahdaily. Bagi beliau, umat Islam perlukan undang-undang Islam yang objektifnya bukan sekadar menghukum dan mendenda penjenayah, tetapi mendidik, mengajar, mencegah, menghukum dan mengamankan dunia. Namun, Timbalan Menteri KDN Datuk Wira Abu Seman ketika menjawab soalan beliau tentang memperkasakan Undang-undang Jenayah Islam menjawab "Kita akan kekal dengan sistem yang ada. Beliau menyambung kehendak Tun Mahathir." -HD Ulasan GB Statistik itu berdasarkan angka-angka rasmi bagi mangsa-mangsa yang membuat aduan. Jika dari tahun 2003-2011 sudah lebih 24,000 kes rogol, ini bererti purata satu hari ada 8 kes rogol. Jika angka kes rogol itu dicampurkan dengan yang tidak rasmi dan yang tidak membuat aduan pula mungkin berkali-kali ganda lagi banyaknya. Tidakkah itu mengerikan? Jika demikian halnya, bagaimana berita ini: |
Laporan Polis Oleh FELDA Bukti Najib Campurtangan Adalah Benar Posted: 23 Mar 2012 05:46 AM PDT Campur tangan Najib dalam kes Felda hina mahkamah KUALA LUMPUR 22 Mac: Naib Presiden KEADILAN, N. Surendran berkata, kandungan minit mesyuarat antara Najib dan Felda menunjukkan wujud campur tangan serius dalam proses kehakiman dan boleh dianggap satu jenayah menghina mahkamah. Menurutnya, kandungan minit mesyuarat itu jelas memperlihatkan kerajaan cuba mempengaruhi hakim dalam kes saman peneroka ke atas Felda. "Ia perkara yang mengejutkan dan cukup merisaukan. Malah, sehingga hari ini Najib dan pihak kerajaan tidak memberi apa-apa penjelasan berkenaan dakwaan serius yang turut disokong bukti ini. "Mahkamah harus mengeluarkan notis arahan kepada Najib untuk hadir memberi penjelasan mengapa beliau tidak patut didakwa menghina mahkamah," kata Surendran yang juga merupakan seorang peguam. 19 Mac lalu, Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution mendedahkan dokumen rasmi mesyuarat antara Najib dan pengurusan tertinggi Felda. Butiran minit 7.9 dokumen tersebut menyatakan Najib mengarahkan pegawainya agar memastikan hakim dan peguam diberi kefahaman subjek dan kaedah teknikal bagi pengiraan OER. Beliau juga dipetik sebagai mengarahkan agar pegawainya memastikan Felda menang kes ini supaya tidak menjejaskan kes-kes seterusnya. Dalam kenyataan sama, Surendran turut mengulas tindakan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan yang hanya akan memberi penjelasan di Parlimen 26 Mac nanti berhubung pendedahan tentang campur tangan Najib itu. "Ini adalah isu serius yang membabitkan kepentingan awam dan melibatkan integriti dan kebebasan badan kehakiman. Mengapa mereka harus menangguh jawapan mereka sehingga 26 Mac?" soal beliau lagi. Beliau turut menggesa pihak polis dan SPRM untuk menyiasat sama ada wujud unsur salah guna kuasa. "Kegagalan pihak berkuasa untuk mengambil sebarang tindakan berkenaan isu ini hanya akan terus menghakis keyakinan masyarakat terhadap mereka," ujar Surendran lagi. -KD KEADILAN dedah Najib campur tangan kes mahkamah Felda FELDA buat dua laporan polis berhubung kebocoran dokumen sulit Ulasan GB Mana Najib mahu lari hah? Baris Pastikan hakim dan peguam diberi kefahaman subjek dan kaedah teknikal bagi pengiraan OER. Pastikan Felda menang kes ini supaya tidak menjejaskan kes-kes seterusnya'" amat jelas dan membuktikan Najib mempunyai peranan di dalam menganggu dan mempengaruhi sistem kehakiman di negara ini. Sepatutnya ia sudah cukup untuk mengheret Najib ke muka pengadilan dan mahkamah perlu mengeluarkan notis arahan kepada Najib untuk hadir memberi penjelasan mengapa beliau tidak patut didakwa menghina mahkamah. Jika tidak pastikan rakyat menghakiminya semasa pilihanraya nanti untuk menghumban beliau keluar dan kerajaan BN dari Putrajaya. |
Azalina Dikecam Tuduh Peserta Demo Orang Asing Posted: 23 Mar 2012 04:03 AM PDT 96% penduduk Pengerang bantah loji penapisan' Jawatankuasa Bertindak Penduduk Pengerang hari ini menyangkal dakwaan Ahli Parlimen BN, Datuk Azalina Othman bahawa hanya 200 penduduk menghadiri perhimpunan Ahad lalu kerana membantah rancangan Petronas membina kilang petrokimia bagi projek pembangunan hab industri minyak dan gas penapis gas di pekan itu. Jawatankuasa penduduk juga menyangkal dakwaan Azalina mereka yang menyertai bantahan itu semuanya orang asing. Tapak terbabit terletak dalam kawasan pilihan raya Azalina. Menurut pengerusi jawatankuasa tersebut Kasran Abdullah, kajian mereka yang dijalankan November lepas di tujuh kampung terbabit, menunjukkan 96 peratus penduduk membantah projek Pembangunan Bersepadu Petrokimia dan Penapisan Petronas (Rapid). Katanya, jawatankuasa itu telah mengumpul lebih 1,600 tandatangan responden yang menentang projek itu dan senarai tersebut akan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam bentuk memorandum. Mereka yang menandatangani bantahan tersebut terdiri daripada kira-kira 1,000 orang Cina dan 600 orang Melayu. "Tandatangan itu dikumpul hanya daripada ketua keluarga, bukan dari semua penduduk kampung dan ia tidak termasuk anak-anak mereka," kata Kasran, yang juga seorang ahli Umno, ketika dihubungi oleh Malaysiakini. -mk Rakyat asing sertai demo Pengerang, dakwa Azalina |
Hassan Ali Belanja RM300K Ubah Pejabat, RM500K Untuk Persidangan Badan Warisan Posted: 23 Mar 2012 01:31 AM PDT Azmin: Hasan Ali belanja RM300k ubah suai pejabat Bekas exco kerajaan negeri Datuk Hasan Ali (gambar) didakwa membazirkan ratusan ribu ketika memegang jawatan khususnya ketika mengubahsuai pejabatnya, kata ADUN PKR bagi kerusi Bukit Antarabangsa Azmin Alipada sidang dewan undangan negeri Selangor hari ini. Semasa perbahasan titah diraja, Azmin berkata bekas exco yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam, adat Melayu, infrastruktur dan kemudahan awam telah membelanjakan RM300,000 untuk pengubahsuaian pejabat beliau. "Beliau juga membelanjakan RM550,000 untuk menganjurkan persidangan Badan Warisan dan Adat Istiadat Melayu, Selangor. Wang itu lebih baik disalurkan kepada rakyat," katanya. Azmin, yang juga timbalan presiden PKR, juga membidas Hasan kerana didakwa membelakangkan dasar tender terbuka negeri ketika menganugerahkan sub-kontrak penyelenggaraan jalan. -mk Ulasan GB Akhirnya kudis parasit Hassan Ali itu pun bernanah. Berlagak bersih, dan akan lebih banyak pekung yang bakal terdedah nanti. Silap haribulan masuk "dalam" senasib Khir Toyo. |
Najib Keluarkan Arahan Mahu Lembu-lembu Itu Terus Bersama Shahrizat Posted: 22 Mar 2012 11:10 PM PDT Wanita Umno negeri: 'Kamilia, jangan buat hal' Lima ketua Wanita Umno negeri menjelaskan desakan Naib Ketua Wanita Datuk Kamilia Ibrahim yang mahu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melepaskan jawatannya sebagai ketua Wanita adalah pandangan peribadi. Semua ketua Wanita negeri - Melaka, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Kedah - mengesahkan cadangan itu tidak pernah dibincangkan oleh kepimpinan Wanita Umno termasuk di peringkat negeri. Mereka menegaskan Shahrizat - yang mengumumkan akan berundur dari jawatan menteri pada 11 Mac lalu - telah dipilih oleh perwakilan Wanita dalam pemilihan parti, bukan pelantikan daripada Presiden Datuk Seri Najib Razak atau Kamilia sendiri. Mereka - yang menganggotai kepimpinan Wanita pusat - juga "terkejut, hairan dan tidak tahu motif sebenar" mengapa Kamilia mengeluarkan kenyataan seumpama itu. "Siapa dia (Kamilia) suruh Datuk Seri Shahrizat lepas jawatan. Beliau menang bertanding (jawatan ketua Wanita). "Kita pusing seluruh seluruh negara, ramai wanita keluar (memberi sokongan) kepada perdana menteri dan Datuk Sharizat... Kalau dia (Kamilia) tak sabar, berlawanlah (nanti)," tegas Ketua Wanita Umno Pahang Datuk Rosni Zahari. Akhbar The Star semalam melaporkan Kamilia (kiri) menggesa Shahrizat supaya melepaskan jawatan ketua Wanita Umno demi menjaga kredibiliti parti, sayap, BN dan kerajaan. Kamilia dilapor mendakwa Wanita akar umbi "susah nak kerja" berikutan isu National Feedlot Corporation (NFC) dikaitkan dengannya. Petang ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan pertemuan khas dengan pergerakan Wanita Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di ibu negara. Sementara itu, empat ketua Wanita negeri - Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Kedah - menegaskan Wanita di negeri mereka memberi sokongan penuh kepada Shahrizat demi menjamin kemenangan BN dalam pilihan raya umum akan datang. "Dekat dengan pilihan raya, Kamilia jangan buat hal. Jangan jejaskan keyakinan (rakyat) terhadap parti... Wanita perlu bekerja kuat untuk menangkan Umno dan BN," tegas Ketua Wanita Melaka Datuk Rubiyah Ali. Ketua Wanita Umno Kedah berkata Datuk Maznah Abdul Hamid membidas Kamilia yang katanya, sepatutnya merujuk kepada exco dan ketua wanita negeri terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan khususnya berkaitan isu NFC. "Waktu-waktu begini, kita sepatutunya merapatkan hubungan, bukan tikam daripada belakang... Shahrizat tidak pernah kata apa-apa dekat dia," katanya. "Kita memberi sokongan kepada beliau Sshahrizat) untuk terus berjuang demi mencapai impian presiden Umno supaya bekerja bagi memenangkan parti," kata Ketua Wanita Negeri Sembilan Datuk Norhayati Omar. Manakala Ketua Wanita Johor Datuk Sharifah Azizah Syed Zain menyifatkan kenyataan Kamilia itu sebagai "suara sumbang" yang tidak mempunyai kaitan dengan perjuangan pergerakan itu. -mk 'PM seru Wanita bersama Shahrizat' Ulasan GB Masih ada yang menyokong Shahrizat sebagai Ketua Wanita UMNO di atas permintaan (arahan) Najib. Sokonglah Shahrizat yang terpalit dengan najis lembu NFC itu sehingga pilihanraya nanti. Najib sendiri juga akan menerima bencananya apabila menyokong kebatilan. Rakyat yang bakal menentukan, yang bersalah tetap bersalah dan pasti menerima hukumannya. Itu hukum kebenaran dan keadilan. Seperti Najib yang cuba selamatkan ahli keluarga Shahrizat daripada didakwa, namun hukum kebenaran dan keadilan tetap berjalan, akan tetap ada orang yang menyuarakan yang hak di dalam parti itu sendiri bagi mempastikan kebenaran dan keadilan itu dapat ditegakkan. Nak ikut kebenaran ikutlah, nak ikut Najib, Shahrizat & lembu-lembunya, tiada paksaan. Kelak nanti kebenaran tetap mengalahkan kebatilan! klik untuk baca |
Badan Bayi 18 Bulan Terlipat Dua Dilenyek Kereta Ibu Sendiri Posted: 22 Mar 2012 08:50 PM PDT Badan terlipat dua JOHOR BAHRU: "Jantung saya hampir terhenti apabila melihat dia terperosok di bawah kereta dan tidak menyahut panggilan saya," kata Salinda Kamisan, 38, menceritakan kemalangan menimpa anak bongsunya, Mohd Ilman Sadiq Mohd Abdul Hakim, 18 bulan, petang kelmarin. Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, kanak-kanak yang mesra dengan panggilan Ilman itu terperosok di ruang bawah kereta ibunya selama hampir lima minit sebelum berjaya dikeluarkan, namun cedera parah dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini. Salinda berkata, pemeriksaan doktor mendapati anak keempatnya itu mengalami kecederaan dalaman yang serius di bahagian paru-paru apabila tubuhnya terlipat dua akibat insiden berkenaan. Menurutnya, kejadian berlaku apabila Proton Iswara itu mengundur tanpa disengajakan selepas kakak Ilman, Norizati Nafisah, 14, tertolak brek tangan ketika ingin mengeluarkan makanan daripada dalam kereta. Sebelum kejadian, kereta itu diparkir di depan rumah keluarga berkenaan di Jalan Cengal 3, Taman Desaru Utama, Bandar Penawar, Kota Tinggi. -hm 'Saya tiada niat cederakan adik' |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment