Kelab Greenboc |
- [Bongkar] Teman Lelaki Yang Larikan Fatihah Adalah Seorang Anggota Polis
- Enot Berjanji Untuk Lebih Beradab Selepas Pakai Tudung
- Kes Murtad Selangor: Hassan Ali Meludah Ke Langit, Muka Terkena Kahak Sendiri
- Himpunan Aman Bebaskan Imam Hoslan & Serahan Memo Kepada Agong, Sabtu ini
- [Video] Lebih 18,000 Pengundi Diragui Dikesan Di Parlimen Pekan
- KPN Larang Kes Culik Disensasi, Kes Gadis Hilang Terus Berlaku Lagi
- Nazatul Tumpang Van Tak Dikenali Ke Bangkok, K'jaan Selangor Sedia Biaya Tambang
- Akar Umbi Panggil Wanita UMNO Lembu, Shahrizat Perlu Letak Jawatan Dalam UMNO - Kamelia
- Sampai Bila Pusat Mahu Diskriminasi Kelantan?
[Bongkar] Teman Lelaki Yang Larikan Fatihah Adalah Seorang Anggota Polis Posted: 22 Mar 2012 05:05 PM PDT Ibu tetap bertegas enggan restui hubungan Siti Nurfatihah dengan teman lelaki KUANTAN: Ibu pelajar Tingkatan Tiga, Siti Nurfatihah Mahadi memaafkan tindakan anaknya melarikan diri ke rumah teman lelakinya di Pekan, Ahad lalu biarpun kejadian terbabit mencemarkan nama keluarga. Normala Mohd Lazin, 33, berkata beliau bagaimanapun enggan merestui hubungan Siti Nurfatihah dan teman lelakinya yang juga seorang anggota polis selepas lelaki berusia 26 tahun itu terbabit tidak mahu memulangkan anaknya. Biarpun kejadian ini sedikit sebanyak menjejaskan nama baik keluarga, namun saya tetap memaafkan dia... Siti Nurfatihah masih muda dan berharap apa yang berlaku ini menjadi iktibar dan pengajaran malah kami sekeluarga amat menyayanginya. - Normala Mohd Lazin, ibu pelajar Tingkatan Tiga, Siti Nurfatihah Mahadi. "Biarpun kejadian ini sedikit sebanyak menjejaskan nama baik keluarga, namun saya tetap memaafkan dia... Siti Nurfatihah masih muda dan berharap apa yang berlaku ini menjadi iktibar dan pengajaran malah kami sekeluarga amat menyayanginya. "Siti Nurfatihah masih muda dan apa yang lebih penting ketika ini ialah pelajaran demi masa depannya," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam. Akhbar semalam melaporkan, Siti Nurfatihah, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan yang ditemui kira-kira jam 8 malam di rumah teman lelakinya di Kampung Merchong, Pekan, Selasa lalu mengaku tidak diculik sebaliknya dengan rela hati melarikan diri akibat tekanan dan rasa dikongkong keluarga. -BH Ulasan GB Ini bererti lelaki yang membawa lari gadis tingkatan tiga yang bernama Fatihah tersebut dan yang menhubungi ibu Fatihah rupa-rupanya adalah seorang anggota polis. Maka apakah kerana itu, maka polis Kuantan begitu cepat menutup kes tersebut tanpa menahan lelaki tersebut tetapi hanya memanggilnya untuk diambil keterangan? Ditanya mengenai dua lelaki dan seorang wanita berumur lingkungan 20-an yang sebelum ini dikatakan melarikan gadis itu, Narenasagaran (Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang) berkata mereka tidak ditahan tetapi akan dipanggil semula untuk memberi keterangan berhubung kes itu. Apakah tidak mungkin pelajar tersebut telah dipaksa untuk menyatakan bahawa beliau tidak diculik sedangkan adik-adiknya sendiri cuba untuk menarik Fatihah? "Saya kenal lelaki terbabit kerana dia pernah datang ke rumah. Dia memaklumkan ada seorang perempuan memberitahunya anak saya selamat dan berada di rumah ibu angkat dipercayai salah seorang individu yang mengambilnya. Maka adalah benar pemerhatian GB sebelum ini bahawa: Namun ada beberapa hal yang mungkin berlaku. Apakah beliau telah dipaksa untuk membuat pengakuan "tidak diculik" memandangkan sebelum ini dilaporkan bahawa: Rakyat begitu gusar dengan perkembangan ini, yang tiba-tiba keluarga itu sehingga Fatihah dan keluarganya dimalukan dan dipersalahkan sedangkan "penculik" yang merupakan seorang anggota polis dilepaskan. Wartawan-wartawan juga turut malu sehari selepas berita penculikan dilaporkan mereka terpaksa mengubah laporan berkenaan 360 darjah dengan kini meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada gadis yang diculik itu bersama keluarganya. Semua yang terlibat di dalam "konspirasi" ini sepatutnya dibawa ke muka pengadilan termasuk sebarang usaha "cover-up" yang dilakukan oleh polis Kuantan without fear or favour. Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah seperti yang pernah GB tuliskan di dalam tulisan-tulisan yang lalu sehingga jangan ada bedebah yang cuba untuk menutup kebenaran: 1) Allahumma arinal haqqan haqqa, warzuqnattiba'ah, wa arinal bathilan bathila, warzuqnajtinabah Ya Allah, tunjukkanlah kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya, dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya. 2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nashiran wa qul ja alhaqqu wa zawaqal bathilu innal bathila kana zahuqan Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap. klik untuk baca |
Enot Berjanji Untuk Lebih Beradab Selepas Pakai Tudung Posted: 22 Mar 2012 03:26 PM PDT Petaling Jaya: Pelakon dan pelawak Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah mengambil pendekatan untuk lebih beradab dari segi kata-kata selepas membuat keputusan memakai tudung sejak sebulan lalu. Enot berkata, sebagai seorang wanita bertudung dia perlu menjaga batasan agar tidak mendatangkan persepsi buruk masyarakat terhadap imej barunya itu. "Saya masih 'gila-gila' seperti dulu tetapi akan lebih menjaga batasan dalam percakapan atau pun perbuatan supaya ia tidak menimbulkan prasangka buruk mengenai perubahan saya kepada orang lain," ujarnya kepada mStar Online di sini Rabu. Tambah Enot, dia kini berasa lebih tenang dan yakin dengan dirinya semenjak mengenakan tudung dan bersyukur diberi hidayah untuk menutup aurat. "Saya tidak pernah merancang untuk memakai tudung sebelum ini tetapi ia berlaku secara tiba-tiba ketika bangun pagi, sebulan lalu tanpa berfikir panjang. "Suami, keluarga dan rakan-rakan juga memberikan sokongan yang baik terhadap perubahan ini," ujarnya. Dalam pada itu, ditanya mengenai kerjaya lakonan dan tawaran selepas "berhijrah", Enot berkata walaupun pernah memikirkan mengenai soal itu sebelum ini, dia meletakkan perkara itu kepada ketentuan Allah. Baginya, sebagai seorang manusia yang mempunyai kudrat dia perlu berusaha dengan lebih gigih dan tidak hanya berharap rezeki datang bergolek kepadanya. "Buat masa sekarang masih belum ada tawaran berlakon daripada mana-mana pihak tetapi sebagai saya yakin jika ada rezeki ia pasti milik kita," ujarnya. Sementara itu, Enot berkata, dia lebih menumpukan perhatian kepada perniagaan keknya iaitu Enotcookies N Cakes yang telah beroperasi sejak beberapa tahun melalui dalam talian Kata Enot, dia akan mengadakan jualan kek dan biskut di beberapa buah tempat dalam masa terdekat iaitu di Universiti Malaya dan di pasar malam Taman Tun Dr Ismail pada hujung minggu ini. "Alhamdulillah perniagaan biskut dan kek yang dijalankan bertambah maju dan saya harap ia akan menjadi jenama kegemaran masyarakat selepas ini," katanya. Dia juga ada menerima tawaran sebagai duta produk makanan kesihatan dan sedang menggunakannya sebelum dilantik secara rasmi. Untuk menempah kek hasil air tangan Enot boleh layari Facebook miliknya menerusi enotcookiesncakes. -mstar Ulasan GB Petikan ulasan GB di dalam entri yang lalu Betapa indahnya hidup dan kehidupan jika dunia hiburan di negara ini diisi dengan para artis yang tahu menjaga nilai diri dan mematuhi syariat Ilahi... sekaligus membersihkan seni hiburan dari nilai-nila hedonistik yang begitu merosakkan masyarakat. klik untuk baca |
Kes Murtad Selangor: Hassan Ali Meludah Ke Langit, Muka Terkena Kahak Sendiri Posted: 22 Mar 2012 08:36 AM PDT Hasan Ali Guna Sidang DNS Untuk Bercakap Soal Peribadi SHAH ALAM 21 MAC : Terkesan dengan perlucutan jawatannya sebagai Exco Agama, ADUN Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang kini hadir ke Sidang Dewan Undangan Negeri sebagai Ahli Bebas, menggunakan ruang perbahasan hari ini sebagai medan melepas perasaan dan lunak membincangan soal peribadi. Walaupun ditegur beberapa kali oleh ahli dewan bahawa ucapannya bercanggah dengan Perkara 361 Undang-undang Dewan, Hasan tegar meneruskan ucapanya yang bersifat peribadi itu selain melakukan serangan peribadi terhadap beberapa ahli dewan. Sikap Hasan yang sering menjadikan isu murtad dan peranan pemimpin kerajaan negeri dari kalangan Islam khususnya PAS menegakkan martabat Islam, dipersoalkan oleh ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim. Suee Lim mengesa Hasan menjelaskan peranan dan usahanya dalam memberi kefahaman penuh kepada masyarakat bukan Islam semasa mengalas Exco Agama. "Sudah setengah jam, Gombak Setia membincangkan soal peribadi dan menyerang peribadi Ahli Dewan yang lain berhubung agama Islam dan peranan memartabatkannya. "Saya ingin tahu apakah yang Gombak Setia lakukan sepanjang tiga tahun sebagai Exco Agama dalam memberi penerangan dan kefahaman terhadap orang bukan Islam seperti soal perlaksanaan hukum hudud,"soalnya. Sementara itu ADUN Kota Alam Shah, M. Manoharan turut membidas sikap Hasan itu yang lantang membahaskan soal peribadinya, sedangkan sepanjang mengalas jawatan exco beliau sering gagal menjawab soalan didalam dewan dan menjalankan tugasnya dengan baik. "Saya berasa kesian dengan Gombak Setia, semasa menjadi Exco sepanjang tiga tahun, beliau gagal menlaksanakan tugasnya, sebaliknya hari ini beliau menggunakan ruang ucapan dengan menjadi duri dalam daging,"jelas Manoharan. Hasan digugurkan daripada jawatannya dalam kerajaan negeri Sebagai Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Insfrastruktur dan Kemudahan Awam, Januari lalu. Hassan juga telah di lucutkan sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor setelah tidak membuat rayuan kepada jawatankuasa disiplin PAS Pusat berhubung tindakan pemecatan beliau. Hasan Ali Bidas MB Selangor Kerana 'Lepas Tangan' Dalam Isu Murtad Ulasan GB Hassan Ali mendakwa "sebanyak sebanyak 130 kes murtad direkodkan dari 2004 hingga 2011". Ini bererti semenjak beliau menjadi exco Agama pada 2008 sehingga 2011, beliau GAGAL menyelesaikan kes murtad berkenaan. Sementara tahun-tahun sebelum 2008, exco agama adalah dari kalangan UMNO. Kenapa tak tanya mereka? Malah apa yang disebutkannya iaitu "menambah bilangan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dengan satu unit kahs untuk tangani bukan saja gejala murtad, tetapi juga zina, arak dan pelbagai isu moral lain", adalah di bidang kuasa beliau sebagai exco agama satu ketika. MB Selangor baru memegang portfolio agama sebulan yang lalu selepas Hassan Ali ditendang keluar dari PAS. Mengenai isu "seorang individu yang menjawat jawatan tertinggi pengurusan di tiga buah anak syarikat kerajaan negeri yang menelan kos keseluruhan sebanyak RM130,000 dalam tahun yang sama", mengapa beliau tidak bangkitkan dan persoalkan gaji rakannya, Pengerusi SYABAS yang mencecah RM425,000 sebulan (GB ulangi, sebulan, bukan setahun)? Ludah ke langit, kena muka sendiri! |
Himpunan Aman Bebaskan Imam Hoslan & Serahan Memo Kepada Agong, Sabtu ini Posted: 22 Mar 2012 06:38 AM PDT Kuala Lumpur, 22 Mac: Satu perhimpunan aman akan diadakan pada 24 Mac ini di Masjid Wilayah, Jalan Duta, sebelum berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong. Himpunan aman yang dianjurkan Jingga 13 itu bagi menuntut kebebasan bekas imam Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan, Hoslan Hussain yang dihukum penjara setahun kerana menghina mahkamah. Ketua kordinatornya, Fariz Musa, berkata himpunan itu akan bermula jam 2 petang, selepas solat Zohor dan kemudiannya akan berarak ke Istana Negara. Tambah beliau, perarakan ke Istana Negara bertujuan merayu keprihatinan Yang di-Pertuan Agong untuk memberikan pengampunan kepada Hoslan. Beliau menyatakan demikian ketika sidang media, di lobi Parlimen, hari ini. Himpunan tersebut turut dianjurkan bersama Dewan Pemuda PAS Malaysia, Angkatan Muda Keadilan (AMK), Kelab Anwar Ibrahim (AIC), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mappim). Sementara itu, Ahli Parlimen Jerai, Firdaus Jaffar, berkata perkara itu akan dibawa ke sidang parlimen sama ada ketika perbahasan atau celahan bagi mendapatkan penjelasan daripada menteri agama. Selain meminta imam-imam lain di negara ini agar bersikap tegas dan berani dalam menyatakan kebenaran, Firdaus mendesak para imam untuk membuat laporan polis atau tindakan bersesuaian sekiranya mereka juga mempunyai maklumat berkaitan penyelewengan wang di masjid-masjid mereka. "Sekiranya ada penyelewengan dana masjid yang ingin didedahkan, kita sedia membantu jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini," tegas beliau. Dalam pada itu, beliau meminta keluarga imam Hoslan memperbanyakkan sabar di atas ujian yang dihadapi. Terdahulu, Fariz turut menyerahkan satu salinan memorandum kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang diwakilkan Firdaus Jaffar. Turut serta pada sidang media tersebut ialah Ahli Parlimen Padang Terap, Mohamad Nasir Zakaria. Hoslan dikenakan hukuman penjara setahun atas kesalahan menghina mahkamah ekoran tindakan Hoslan membaling kasut kepada panel hakim yang menghakimi kes beliau sebelum ini. Kes membabitkan beliau itu merupakan pendedahan beliau tentang dakwaan berlakunya penyelewengan wang Masjid Ar-Rahimah yang mencecah ratusan ribu ringgit. Pendedahan yang dibuat Hoslan menyebabkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menamatkan perkhidmatannya atas dakwaan masalah disiplin dan memintanya mengosongkan kuarters yang diduduki Hoslan. -HD PERHIMPUNAN AMAN 'BEBASKAN IMAM HOSLAN ' DAN PENYERAHAN MEMORANDUM KEPADA DYMM SPB YANG DIPERTUAN AGONG |
[Video] Lebih 18,000 Pengundi Diragui Dikesan Di Parlimen Pekan Posted: 22 Mar 2012 04:36 AM PDT Kuala Lumpur 22 Mac: KEADILAN mendedahkan terdapat lebih 18,000 pengundi tambahan pada tahun 2012 di Parlimen Pekan iaitu kawasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri AnwarIbrahin berkata peningkatan itu berlaku hampir sekali ganda berbanding pada pilihanraya umum (PRU) lalu. "Pada tahun 2008, di Parlimen Pekan pengundi tambahan meningkat berbelas-belas ribu. Pada tahun 2012 pun meningkat 18,000. Kawasan berdekatan lain seperti di Kuantan cuma meningkat 5,000 sahaja. Tapi di Pekan boleh begitu tinggi. Pelik ke tidak?" katanya pada sidang media di lobi Parlimen. Beliau berkata, parkara itu dikenal pasti apabila mendapati banyak pengundi didaftarkan dengan satu nama dua alamat. "Saya nak tunjukkan bagaimana daftar penipuan dibuat. Satu nama dua alamat sememangnya tak boleh berlaku. kalau masuk dalam komputer ia akan ditolak sebab nombor kad pengenalan sama. "Tapi apa yang mereka buat ialah dengan menambah simbol palang (/) pada hujung nombor kad pegenalan," katanya. Anwar memberitahu, KEADILAN mempunyai cukup bukti tentang penipuan yang dilakukan SPR. Katanya, terdapat 79,998 kes, 100 pengundi yang diaftarkan dalam satu alamat. "Antara yang disebut termasuk Parlimen Johor Baharu, lokasi Desa Melayu Majidee yang mempunyai 127 pengundi dalam satu alamat. Di Desa Mahkota Kluang, 103 pendundi satu alamat. "Parlimen Seremban 190 pengundi. DUN Batu Caves 202 pengundi tanpa alamat. Kota Raja DUN Seri Muda 609 pengundi alamatnya Batu 7 Seri muda. Kalau di rumah panjang Sabah kita faham ada 50 hingga 60. Tapi kalau di Seri Muda ia tidak munasabah," katanya. Beliau juga membidas kenyataan SPR terdapatnya 240,000 undi pos tambahan di kalangan petugas SPR sedangkan dalam PSC penambahbaikan pilihanraya semua pihak telah bersetuju untuk mengadakan pengundian awal. -KD Ulasan GB Apabila kemenangan dengan cara penipuan, maka kemenangan itu kemenangan yang taida berkatnya. Natijah dari itu, berlakulah kepincangan yang banyak di dalam pemerintahannya. Kita akan sama-sama saksikan nanti Najib merupakan PM yang bakal menyebabkan UMNO BN menyembah bumi. |
KPN Larang Kes Culik Disensasi, Kes Gadis Hilang Terus Berlaku Lagi Posted: 22 Mar 2012 03:01 AM PDT KPN: Kes culik tidak berleluasa, cuma disensasikan MELAKA - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar meminta orang ramai tidak tersalah sangka seolah-olah kejadian culik berleluasa di negara ini sehingga keadaan tidak terkawal. Katanya, laporan akhbar tentang satu dua kes yang berlaku kebelakangan ini telah disensasikan berikutan orang ramai yang suka membaca laporan itu. Sehubungan dengan itu, tiada keperluan menubuhkan pasukan petugas khas untuk kes culik, kata beliau. "Penting saya jelaskan, jangan anggap satu dua kes (yang dilaporkan) dah merosakkan, kita tak selamat, anak kita tak selamat, ini tidak betul," katanya kepada pemberita selepas melakukan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Seri Negeri, di sini hari ini. Beliau diminta mengulas kebimbangan orang ramai berhubung kes culik - terbaru seorang pelajar, Siti Nur Fatihah Mahadi, 16, yang dilaporkan diculik di Kuantan, Pahang pada Ahad lepas. Sebelum itu, pada 30 Januari lepas, seorang remaja perempuan berusia 14 tahun berasal dari Shah Alam dilaporkan diculik oleh sindiket pelacuran antarabangsa dan dilarikan ke Thailand. Remaja itu bagaimanapun berjaya dibebaskan oleh polis Thailand dan dihantar balik ke sini dan sedang dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Pada 1 Mac lepas, seorang kanak-kanak, Nurul Nadhirah Abdullah, 5, ataupun dikenali sebagai Dirang yang sebelumnya dilaporkan hilang ditemui mati dibunuh dan dibakar dalam sebuah lubang di tapak perumahan terbengkalai di Nusa Damai, Masai, Johor Baharu pada 8 Mac. Menurut Ismail ketua-ketua polis negeri boleh menangani masalah itu termasuk laporan pasukan penyiasatan dari negeri berkenaan berhubung kes itu. "Saya yakin kes di Johor dah diselesaikan dan yang terkini (di Pahang), tunggu satu, dua hari, ada berita baik untuk semua," katanya. Dalam perkembangan lain, beliau berkata polis akan menjalankan siasatan secara terbuka berhubung dakwaan wujud elemen rasuah melibatkan anggota polis dalam aktiviti "bookie" bola sepak di Johor. Beliau mengulas laporan media semalam berhubung dakwaan Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim yang juga Presiden Persatuan Bolasepak negeri Johor (PBNJ) bahawa anggota polis terlibat dalam aktiviti menentukan perlawanan atau bookie bola sepak. Baginda meminta polis Bukit Aman dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan terhadap dakwaan itu. - Bernama Lagi gadis dilapor hilang di Pahang Ulasan GB Apa maksud "jangan sensasikan"? Bukankah setiap kehilangan perlu dihebahkan dengan menyebar poster kehlangan untuk menjejaki mangsa? Bukankah tugas itu juga dilakukan oleh pihak polis selama ini? Apakah kerana hendak menyelamatkan airmuka menteri yang menyatakan negara Malaysia paling selamat dalam Asia Tenggara maka KPN harus bertindak untuk melarang berita penculikan dan kehilangan rakyat supaya jangan disensasikan? Jangan hebahkan? Jangan sebarkan poster? Jangan cari orang hilang lagi? Biar yang hilang itu hilang? Biar yang mati itu mati tanpa pembelaan? Pelik! |
Nazatul Tumpang Van Tak Dikenali Ke Bangkok, K'jaan Selangor Sedia Biaya Tambang Posted: 22 Mar 2012 12:51 AM PDT Bangkok - Siasatan awal Polis Imigresen Thai menunjukkan remaja perempuan Malaysia berusia 15 tahun, Nazatul Fardiana Mohd Izwan, yang hilang bersama lima rakan Rohingyanya, menumpang kenderaan seorang lelaki yang tidak dikenali di Malaysia dekat sempadan Thai-Malaysia, sebelum memasuki negara jiran itu secara haram. Timbalan Komander Pusat Siasatan Biro Imigresen Pol Col Chartchai Lamsaeng berkata, hari ini mereka menaiki sebuah van berdaftar di Malaysia yang ditawarkan oleh seorang lelaki Malaysia dekat sempadan pada 8 Mac. Lima remaja Rohingya itu terdiri daripada empat lelaki dan seorang perempuan berumur antara 14 dan 16 tahun. Keenam-enam mereka adalah rakan dan mengenali satu sama lain. "Mereka diberi minum oleh lelaki itu dan sejurus kemudian mereka tertidur," Chartchai yang mengetuai siasatan kes itu memberitahu Bernama, di sini. Beliau berkata, apa yang dapat mereka ingat semasa perjalanan itu mereka melalui Hat Yai, Petchaburi atau Nakhon Phatom dan berhenti di Hua Lamphong di ibu negara ini. "Kami hairan bagaimana mereka dapat melepasi pusat pemeriksaan di sempadan tanpa sebarang dokumen perjalanan," kata beliau dipetik Bernama. Chartchai berkata, adalah tidak jelas sama ada remaja itu berhasrat memasuki Thailand bila mereka menumpang van berkenaan. "Lelaki itu malah membawa mereka ke sebuah masjid di Hua Lamphong," kata beliau. Namun, tidak jelas apa berlaku pada lelaki itu selepas itu kerana kesemua remaja itu terus menuju ke Stesen Kereta Api Hua Lamphong," katanya. Beliau berkata, mereka berjaya mendapatkan bantuan daripada beberapa orang peniaga dekat stesen itu yang memberi mereka wang oleh kerana mereka hendak membeli tiket kereta api untuk pulang ke Malaysia. Mereka ditangkap oleh polis di stesen itu kerana mereka gagal menunjukkan dokumen perjalanan sah dan dibawa ke pejabat Polis Imigresen di sini, kata beliau. Polis Imigresen kemudian menghubungi Kedutaan Malaysia di sini. "Siasatan kami menunjukkan kesemua enam remaja itu selamat dan tidak diapa-apakan atau diganggu oleh lelaki berkenaan," kata beliau. Chartchai berkata Polis Imigresen Thai akan menyiasat kes itu di bawah undang-undang pemerdagangan manusia yang membawa hukuman penjara antara lima dan 10 tahun. "Kami berjaya menghasilkan lakaran imej suspek berdasarkan maklumat diberikan oleh remaja itu. Polis Thai dan Malaysia sedang menyiasat kes ini," katanya. Beliau berkata, Polis Imigresen Thai kini mengkaji kemungkinan yang sindiket jenayah antarabangsa terlibat dalam kes ini. Chartchai hanya dapat mengenalpasti lima remaja itu sebagai orang Rohingya tetapi tidak pasti tentang kewarganegaraan mereka. Laporan berita awal dari Malaysia menyatakan bahawa gadis itu memberitahu ibunya dalam percakapan telefon pada 12 Mac bahawa dia dan lima yang lain itu telah diculik dan dilarikan ke Thailand, dan kemudian diselamatkan oleh polis Thai di stesen keretapi berkenaan pada 11 Mac. Ibu bersyukur Selangor biaya tambang mangsa culik klik untuk baca |
Akar Umbi Panggil Wanita UMNO Lembu, Shahrizat Perlu Letak Jawatan Dalam UMNO - Kamelia Posted: 21 Mar 2012 11:02 PM PDT Kuala Lumpur: Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim menggesa sekali lagi agar Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletakkan jawatan beliau (sebagai Ketua Umno) bagi mengekalkan "kredibiliti parti, sayap, Barisan Nasional (BN) dan kerajaan." Beliau berkata, perletakan jawatan Shahrizat sebagai menteri setelah tempoh senatornya tamat pada 8 April adalah tidak mencukupi, perlu juga sekali dengan kepimpinannya dalam Wanita Umno dan Wanita BN, terutama menjelangnya pilihan raya umum akan datang. Beliau menambah, ia mengenai tanggapan masyarakat bahawa terdapat sesuatu "yang salah dari segi moral dan politik" berdasarkan cara Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp), yang diuruskan oleh suami dan anak-anak Sharizat menggunakan pinjaman kerajaan. "Apabila ia melibatkan dana awam, ia melibatkan rakyat. Masyarakat melihat ia sebagai isu negara yang telah mencemarkan imej Kerajaan. Masyarakat mempersoalkan bagaimana NFCorp boleh mendapat pinjaman yang besar dengan kadar faedah hanya 2 peratus dan diberikan tempoh lima tahun sebelum pembayaran balik sedangkan begitu sukar bagi rakyat biasa mendapatkan pinjaman. "Dan mereka bertanya bagaimana NFCorp boleh membeli kereta dan unit-unit kondominium dengan pinjaman yang dimaksudkan untuk (membeli) lembu," katanya dalam satu temu bual. "Kredibiliti kami dipertaruhkan. Saya telah pergi ke peringkat akar umbi dan ini secara umumnya apa yang mereka kata. Mereka mendapati sukar untuk bertemu dengan rakyat kerana imej pemimpin mereka (Shahrizat) tercemar. "Masyarakat 'mempermainkan' Wanita dan memanggil kami 'lembu'. Akar umbi Wanita mengatakan mereka susah nak kerja (sukar untuk bekerja dengan isu yang sedang berlaku ke atas ketua mereka). Dan pembangkang pula memberitahu kami bahawa kami tidak perlu berbuat apa-apa kerana ia akan membuat kerja mereka (untuk pilihan raya umum) lebih mudah. "Sebagai seorang pemimpin, kita perlu mendengar apa yang akar umbi berkata." Kamilia mengulas perkara berkenaan dua hari sebelum Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijadualkan untuk bertemu dengan pergerakan Wanita. Beliau berkata, Najib telah menjelaskan bahawa beliau tidak mahu Shahrizat untuk terus menjadi menteri dan kini terpulang kepada Wanita untuk memutuskan sama ada masih boleh menerima beliau sebagai pemimpin yang diingini. "Sebagai naib ketua, saya perlu melakukan apa yang terbaik untuk parti dan negara. Saya mungkin tidak popular tetapi saya bersedia untuk menerimanya kerana ia adalah sebahagian daripada tugas dan tanggungjawab saya. Demi kepentingan parti dan Wanita, dia harus pergi," katanya. Beliau menjelaskan, adalah sesuatu yang pelik bagi Shahrizat berkempen untuk sebuah kerajaan yang bersih, adil dan baik. "Kami akan serahkan kepada kebijaksanaan beliau terlebih dahulu. Sebagai seorang pemimpin, dia sepatutnya dapat menilai sendiri. Takkan kita nak beritahu (jangan katakan yang kami perlu beritahu apa yang anda perlu lakukan)." -mstar Ulasan GB Apa yang GB tulis dulu dah jadi kenyataan. GB dah ulas dulu. Petikan: Apa yang rakyat tahu sekarang melihat muka Shahrizat teringatkan muka lembu, begitu juga melihat muka Najib, Muhyiddin, Pak lah, Noh Omar & Khairy, termasuk peguam NFC, orang akan segera terbayang wajah-wajah lembu di Feedlot. Atau melihat wajah-wajah lembu, segera teringat muka-muka menteri UMNO itu. Salah siapa? klik untuk baca |
Sampai Bila Pusat Mahu Diskriminasi Kelantan? Posted: 21 Mar 2012 09:07 PM PDT Kuala Lumpur, 21 Mac: Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, berkata amalan diskriminasi pusat terhadap Kelantan sejak 20 tahun lalu tidak wajar diteruskan. Sambil mendakwa ianya bercanggah dengan amalan federalisme, beliau menuntut ianya dihentikan segera dan segala hak kerajaan negeri perlu diberikan tanpa sebarang penafian. "Amalan diskriminasi ini bukan hanya berlaku sejak 20 tahun lalu, tapi dari tahun 1959 lagi ketika PAS mula-mula memerintah Kelantan. Sehingga hari ini, Kelantan masih melaluinya dengan pelbagai cara," dakwa beliau ketika mengambil bahagian Ketika perbahasan Menjunjung Kasih Titah Ucapan Yang Di-pertuan Agong, di Dewan Rakyat, hari ini. Dakwa beliau, banyak peruntukan yang sewajarnya disampaikan ke Kelantan, tertangguh ekoran amalan diskriminasi tersebut, termasuk kelewatan memberikan geran. Dalam pada itu, beliau turut melahirkan kekecewaan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengeluarkan kenyataan yang disifatkannya sebagai penghinaan terhadap rakyat Kelantan. "Apabila Perdana Menteri hadir di Sabah, beliau menghina rakyat Kelantan dengan mengatakan tentang kemiskinan Kelantan seolah-olah seorang bapa menghina anak kandungnya di hadapan adik-beradik yang lain," kata beliau. Tambah Wan Rahim, penghinaan yang dilemparkan Najib tersebut tidak mudah dilupkan dan akan diingati sampai bila-bila. Menyentuh soal projek ladang rakyat yang dimanipulasikan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab, Wan Rahim berkata ladang yang diusahakan 4834 peserta itu merupakan tanah milik Perbadanan Ladang Rakyat. "Ia tidak ditukar milik atau digadaikan kepada mana-mana pihak seperti yang dimanipulasikan pihak yang tidak bertanggungjawab. Tetapi peserta yang mengusahakannya mendapat habuan sebanyak RM200 sebulan dengan agihan dividen sebanyak RM52.4 juta," tegas beliau. Malah, katanya projek tersebut meghasilkan kejayaan apabila tanah kerajaan negeri tidak diberikan kepada syarikat swasta, tetapi dimajukan Perbadanan Ladang Rakyat," tegas beliau. -HD |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment