Kelab Greenboc |
- Bayu Berusia 2 Minggu Ditemui Pintu Masuk Masjid Di Pekan Pahang
- Logo "1Malaysia" Ganti "Alif" Dalam Perkataan "ALLAH". Apa Kata JAKIM & Mufti?
- Suhaila Yang Mempunyai Dua Rahim Selamat Menjalani Pembedahan Di Dubai
- Pelajar Yang Pandai Cakap Korea & Mandarin Kini Bertutur Loghat Terengganu
- Nur Fatihah Yang Dilaporkan Hilang Buat Pengakuan "Tidak Diculik"!
- Sudah Berkali-kali Dihentam Demo, KOMTAR Dikejutkan Pengawal Dibunuh
- "Penculik" Nur Fatihah Hubungi Ibunya Nyatakan Fatihah Selamat
- Dirogol Tunang Dalam Kereta, Dikerjakan Abang Angkat Di Tangga Shopping Centre
- Hasbie Satar, Bekas SU Politik Hadapi 28 Pertuduhan
- Hassan Ali Dah Jadi 'Katak Sumbang', Lansung Dah Tak Datang
Bayu Berusia 2 Minggu Ditemui Pintu Masuk Masjid Di Pekan Pahang Posted: 21 Mar 2012 05:31 PM PDT PEKAN - Seorang bayi lelaki berusia dua minggu ditinggalkan di pintu masuk ruang solat sebuah masjid di Kampung Lamir di sini, hari ini. Gambar oleh Mohd Rafi Mamat Bayi yang dalam keadaan sihat dan lengkap berpakaian itu ditemui oleh seorang penduduk kampung itu, Khasli Mohd Razali, 48, ketika mahu membuka pintu masjid untuk solat Subuh pada pukul 5.20 pagi. Sebuah beg berisi lampin pakai buang, beberapa helai baju, tisu basah dan botol susu yang masih berisi susu turut ditinggalkan berhampiran bayi itu. "Masa saya ingin membuka pintu, saya terdengar bayi menangis lalu mencarinya di sekitar perkarangan masjid. Saya kemudian terlihat seorang bayi diletakkan di perkarangan pintu ruang solat dan meminta pertolangan jiran yang tinggal di sebelah masjid untuk mengambilnya," kata Khasli. Bercakap kepada pemberita di sini, hari ini, Khasli berkata beliau memaklumkan perkara itu kepada imam masjid yang kemudian menghubungi polis. Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahaya Othman berkata bayi berkenaan dihantar ke Hospital Pekan untuk rawatan dan polis kini menjejaki ibu bayi itu. Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama Dengar tangisan bayi ketika masuk kawasan masjid klik untuk baca |
Logo "1Malaysia" Ganti "Alif" Dalam Perkataan "ALLAH". Apa Kata JAKIM & Mufti? Posted: 21 Mar 2012 04:37 PM PDT Terlalu Taksub atau dah Gila nih? Huruf 'alif' pada satu asma' Allah digantikan dengan logo 1Malaysia.. Aku kurang pasti samada yang melukis didinding dalam Surau Al-Badar, bersebelahan dengan pondok PEKIDA kawasan Lembah Pantai ini terlalu taksub atau sudah gila. Logo 1Malaysia tertera pada halaman Surah Al Mulk. Huruf 'alif' pada satu asma' Allah digantikan dengan logo 1Malaysia, yang diakui oleh Najib sebagai idea beliau padahal ianya diciplak dari 1Israel. Nak dikatakan kerja budak-budak nakal tak mungkin kerana ianya dilukis dengan teliti di dalam sebuah surau. Pasti ianya memakan masa untuk dilukis, jadi mana sempat budak-budak nakal nak melukis sebegitu cantik.. Yang hairannya tidak ada pihak yang menegur kerja gila itu.. Nak jatuhkan hukum.. aku pun kurang ariff.. jadi korang klik pada imej di bawah dan lihat apa hukumnya menggantikan Huruf 'alif' pada satu asma' Allah digantikan dengan logo 1Malaysia.. Yang ni aku ambil dari AmenoWorld Aku yakin puak-puak yang melukis tu, kalau kita kutuk Najib didepan mereka gerenti kena belasah punyalah.. Nak bodekpun agak-agak lah sedara... -ASD |
Suhaila Yang Mempunyai Dua Rahim Selamat Menjalani Pembedahan Di Dubai Posted: 21 Mar 2012 10:07 AM PDT Nur Suhaila selamat jalani pembedahan SHAH ALAM - Syukur, alhamdulillah! Ini kata-kata yang diluahkan oleh Hanita Mohd Tahir, ibu kepada Nur Suhaila Tukijan, yang selamat menjalani pembedahan di Hospital Universiti Sharjah, Dubai, hari ini. Menurut Hanita, pembedahan bagi merawat anaknya yang menghidap 'Congenital Disorder', yang memakan hampir dua jam, berjaya disempurnakan oleh tiga pakar perubatan. Nur Suhaila dibawa masuk ke dewan pembedahan sekitar jam 9.30 pagi waktu tempatan (1.30 tengah hari waktu Malaysia). "Keadaanya kini stabil dan telah dipindahkan ke wad kira-kira 30 minit selepas selesai pembedahan. "Berkat iringan doa rakyat Malaysia, Nur Suhaila berjaya dibedah dan segalanya berjalan lancar," katanya kepada Sinar Harian. Menurut Hanita, doktor mengesahkan keadaan anaknya akan pulih dalam sedikit masa lagi, namun memerlukan dua rawatan susulan iaitu pada 26 Mac dan 3 April ini. Sehubungan itu, beliau dan anaknya akan terus berada di Dubai, dan dijadualkan pulang ke tanah air pada 5 April ini. Katanya, doktor memaklumkan bahawa pembedahan awal menyelamatkan Nur Suhaila daripada risiko jangkitan kuman kerana besar kemungkinan kedua-dua rahimnya akan dibuang sekiranya lambat dibedah. "Alhamdulillah, pembedahan selamat dan berjalan lancar, tanpa sebarang risiko," katanya. Dalam pada itu, maklumat diperoleh daripada www.malaysian-uae.com, portal rakyat Malaysia di Dubai, turut memaparkan gambar Nur Suhaila selepas menjalani pembedahan. Menurut Exco MY-UAE, Zaida Khamis, Nur Suhaila dalam keadaan baik dan ditempatkan di Wad Wanita, Tingkat 1, Hospital Universiti Sharjah. Sebelum ini, Nur Suhaila dijadualkan menjalani pembedahan esok, namun diawalkan sehari oleh pakar perubatan setelah menjalani ujian MRI dan ultrasound sebaik tiba di Dubai, kelmarin. Kisah Nur Suhaila, dilaporkan Sinar Harian 22 Februari lalu, memerlukan RM60,000 bagi kos pembedahan. Nur Suhaila mempunyai dua rahim dan salah satunya tidak berfungsi, dan pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam itu hanya mempunyai satu buah pinggang. Selepas liputan tersebut, Tabung Nur Suhaila mendapat perhatian rakyat Malaysia yang sememangnya tersentuh hati dan prihatin akan nasibnya. Hasil sumbangan orang ramai, pembedahan Nur Suhaila berjaya dilaksanakan. Antara pihak yang menyumbang ialah Lembaga Zakat Selangor, Persatuan Bekas Tentera Malaysia; Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam, Badan Amal dan Kasih Negeri Selangor (Kasih), Kerajaan Negeri Selangor serta rakyat Malaysia di Dubai. -SH Ulasan GB Sama-sama kita doakan kesalamatan dan kesahteraan untuknya. klik untuk baca |
Pelajar Yang Pandai Cakap Korea & Mandarin Kini Bertutur Loghat Terengganu Posted: 21 Mar 2012 08:31 AM PDT Besut - Pelajar perempuan Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nasiruddin Shah, Noraini Ismail, 17, yang menggemparkan negara sebelum ini, kerana boleh bertutur bahasa Korea selepas kemalangan jalan raya kini bertutur loghat Terengganu pula. Sebelum ini, bahasa pertuturan hariannya adalah bahasa Melayu baku pelat Cina selain langsung tidak boleh bercakap bahasa ibundanya, iaitu loghat Kelantan. Selepas kemalangan jalan raya pada Januari lalu, dia juga boleh bercakap bahasa Cina selain Korea pada masa tertentu. Bagaimanapun Sinar Harian yang mengunjungi rumahnya semalam terkejut, apabila mendapati kini dia bertutur loghat Terengganu bukan seperti sebelum ini. Menurut Noraini, perubahan itu berlaku kira-kira jam 3 petang Ahad lalu, ketika dia sedang bercakap dengan rakan di halaman rumah. "Sebaik bangun dari tidur selepas solat Zuhur, saya duduk berbual dengan beberapa orang kawan dan secara tiba-tiba saya bercakap loghat Terengganu seperti ikan disebut 'ikang', makan menjadi 'makang'. Pada mulanya saya bertutur pelat Cina dan selepas berubah itu sehinggalah ke hari ini saya bercakap loghat Kuala Terengganu," katanya yang mengejutkan rakannya ketika itu. Berlaku secara tiba-tiba Noraini memberitahu, sekali sekala ada perkataan pelat Cina terkeluar ketika dia bercakap. Namun, sejak lebih sebulan lalu, dia tidak lagi dapat bertutur dalam bahasa Korea dan Cina. Dalam pada itu, masalah sakit kepala yang dihadapinya sudah berkurangan selepas mengambil ubat secara berjadual namun kelmarin dia terpaksa ke Klinik Kesihatan Gong Medang tidak jauh dari rumahnya kerana mengalami masalah sakit pinggang namun kini sudah sembuh. Sementara itu, ibunya, Mesina Daud, 48, turut terkejut dengan perubahan pertuturan anaknya yang berlaku secara tiba-tiba. Kata Mesina, Noraini sebelum ini langsung tidak pernah bercakap loghat Terengganu malah dia boleh dikatakan tidak pandai bertutur loghat itu. "Pada tahun lepas, dia pernah tinggal bersama kakaknya selama empat bulan di Kuala Terengganu tetapi ketika itu dia cakap loghat Kelantan," katanya yang kebingungan. Boleh disembuhkan: Sharhan Pendakwah bebas yang juga ahli perubatan alternatif Islam terkenal, Sharhan Shafie menyifatkan, kejadian Noraini boleh bertutur banyak bahasa secara tiba-tiba adalah perkara tidak mustahil berlaku. Katanya, kejadian seumpama itu dianggap pelik kerana jarang berlaku di negara ini tetapi di Mesir ia sering terjadi. Beliau mendakwa, tidak mustahil gadis itu boleh bertutur bahasa Korea disebabkan jin Korea telah meresap masuk ke dalam tubuhnya. "Mungkin jin Korea yang 'singgah' di negara ini telah masuk ke tubuh sebaik dia kemalangan dulu kerana jin Korea lebih maju berbanding jin di negara ini," dakwanya. Sharhan berkata, beliau pernah merawat pesakit di Korea dan jin di negara itu lebih mudah memasuki tubuh manusia berbanding di negara ini. Malahan katanya, jin boleh bergerak dari suatu tempat dalam tempoh yang amat singkat dan tidak mustahil apa yang berlaku kepada Noraini akibat gangguan jin itu. "Al-Quran ada menyebut jin ada kalangan Islam, kafir dan mereka berpuak-puak serta berbangsa-bangsa," katanya. Sementara itu, dia menasihati Noraini supaya tidak bimbang dengan kejadian tersebut kerana dengan izin ALLAH SWT ia boleh disembuhkan. Beliau turut menawarkan khidmat rawatan Islam secara percuma kepada gadis itu sekiranya keluarga pelajar itu bersetuju. -SH |
Nur Fatihah Yang Dilaporkan Hilang Buat Pengakuan "Tidak Diculik"! Posted: 21 Mar 2012 06:08 AM PDT Gadis hilang di Kuantan mengaku tak diculik KUANTAN - Gadis yang dikatakan diculik ketika keluar membeli kad tambah nilai prabayar Ahad lepas, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, akhirnya mengaku bahawa dia sebenarnya tidak diculik, kata polis. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC T. Narenasagaran berkata gadis itu juga mengaku bahawa dia dengan rela hati melarikan diri untuk tinggal di rumah teman lelakinya yang berumur 26 tahun disebabkan tekanan emosi yang dialami. "Laporan yang dibuat kepada polis dengan mendakwa gadis itu diculik adalah tidak benar kerana dia mengaku dia tidak diculik tetapi melarikan diri dari rumah kerana tekanan perasaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata Siti Nur Fatihah ditemui di rumah teman lelakinya di Kampung Merchong dekat Pekan petang semalam, selepas dikatakan diculik dua lelaki dan seorang wanita semasa bersama adik lelaki dan sepupunya membeli kad tambah nilai prabayar di Taman Tas di sini, Ahad lepas. Narenasagaran berkata remaja itu sendiri yang menghubungi kedua-dua lelaki dan wanita berkenaan supaya menghantarnya ke rumah teman lelakinya pada hari dia dilapor hilang oleh keluarganya. Beliau berkata Siti Nur Fatihah kini dihantar ke Rumah Perlindungan Kanak-kanak Sultanah Fatimah di sini untuk kaunseling dan penjagaan kerana dia tidak mahu pulang ke rumah serta merayu tidak mahu menemui sesiapa. "Kes ini telah selesai dan kami menegaskan bahawa ini bukan kes culik. Mangsa keluar rumah secara sukarela dan tiada unsur paksaan atau kekerasan oleh mana-mana pihak dalam kes ini. "Mangsa keluar rumah dengan tujuan hendak menenangkan fikiran dan mahu tinggal sementara dengan keluarga teman lelakinya," katanya. Ditanya mengenai dua lelaki dan seorang wanita berumur lingkungan 20-an yang sebelum ini dikatakan melarikan gadis itu, Narenasagaran berkata mereka tidak ditahan tetapi akan dipanggil semula untuk memberi keterangan berhubung kes itu. "Mereka tidak melakukan penculikan tetapi polis akan panggil semula kedua-dua lelaki dan wanita itu untuk diambil keterangan," katanya. - Bernama Ulasan GB Jika benar, gadis ini telah menyusahkan orang lain terutama ahli keluargnya sendiri. Dan nantinya selepas ni ini jika ada betul-betul ada kejadian penculikan remaja perempuan berlaku ..orang sukar untuk mempercayainya.. Namun ada beberapa hal yang mungkin berlaku. Apakah beliau telah dipaksa untuk membuat pengakuan "tidak duclik" memandangkan sebelum ini dilaporkan bahawa: Nor Mala berkata lelaki itu kemudian memaklumkan bahawa Fatihah akan pulang ke rumah dalam masa terdekat setelah kehilangannya kini telah menjadi kes polis. klik untuk baca |
Sudah Berkali-kali Dihentam Demo, KOMTAR Dikejutkan Pengawal Dibunuh Posted: 21 Mar 2012 04:32 AM PDT Pengawal keselamatan bagunan Komtar ditemui mati Seorang pengawal keselamatan di bangunan Komtar, di Georgetown, Pulau Pinang ditemui mati dengan beberapa kesan tetakan di badannya awal hari ini. Gambar fail Menurut Bernama, mayat lelaki yang hanya dikenali sebagai Kumar, berusia 28 tahun itu ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah oleh rakan sekerjanya di Komtar Walk pada pukul 3.30 pagi. Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata siasatan awal polis mendapati Kumar yang sedang bekerja dan membuat rondaan di sekitar Komtar Walk diserang dua lelaki yang menaiki motosikal. "Mangsa ditetak di seluruh badan manakala kaki kirinya juga hampir putus akibat tetakan," katanya ketika dihubungi hari ini. Beliau berkata tiada pengenalan diri ditemui bersama mangsa dan mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat. Bangunan Komtar juga menempatkan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang. |
"Penculik" Nur Fatihah Hubungi Ibunya Nyatakan Fatihah Selamat Posted: 21 Mar 2012 01:47 AM PDT Pelajar disyaki diculik dikatakan selamat KUANTAN - Seorang pelajar, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, yang dilaporkan diculik pada Ahad lepas dipercayai selamat dan berada di rumah ibu angkat seorang kawannya. Menurut ibu remaja berkenaan, Nor Mala Mohd Lazin, 34, beliau menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang tidak dikenali memaklumkan anaknya itu kini berada di rumah ibu angkat kawan anaknya itu. "Saya mendapat panggilan telefon pada kira-kira 2 pagi dan meminta saya dan keluarganya usah bimbang. Pada mulanya lelaki itu menyamar memberitahu dia pelajar tingkatan empat satu sekolah dengan Fatihah, namun apabila didesak dia akhirnya memberitahu dia adalah kawan kepada Fatihah," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini hari ini. Nor Mala berkata lelaki itu kemudian memaklumkan bahawa Fatihah akan pulang ke rumah dalam masa terdekat setelah kehilangannya kini telah menjadi kes polis. "Saya sempat memujuk lelaki itu malah mendakwa mengenalinya supaya memaklumkan di mana Fatihah tinggal. "Dalam perbualan kami selama dua jam itu, lelaki itu yang berusia 20-an turut memberitahu dia serba salah untuk berterus-terang kerana dia juga ada kes polis dan tak mahu ada apa-apa rekod lagi," katanya. Ketua Polis Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata kes itu masih dalam siasatan polis. - Bernama
klik untuk baca |
Dirogol Tunang Dalam Kereta, Dikerjakan Abang Angkat Di Tangga Shopping Centre Posted: 21 Mar 2012 12:27 AM PDT Tunang dajal KAJANG: Hanya kerana tidak puas hati ikatan pertunangan bakal terputus di tengah jalan dan impian untuk mendirikan rumah tangga tidak kesampaian, seorang lelaki sanggup merogol tunangnya sendiri dalam kereta, malam kelmarin. Wanita berusia 24 tahun terbabit diperdaya tunangnya itu untuk berbincang mengenai hubungan mereka sebelum bersetuju mengikut tunangnya menaiki kereta. Difahamkan, lelaki berusia 24 tahun yang berasal dari Utara Semenanjung itu menjemput mangsa di pejabatnya di Taman Keramat, di sini, jam 6 petang. Sebaik wanita terbabit menaiki Proton Perdana dipandu tunangnya, lelaki terbabit dikatakan memecut ke arah Kajang. Mangsa yang menyedari sikap pelik tunangnya itu dan bimbang diapa-apakan cuba bertindak nekad melawan dan terjun daripada kenderaan berkenaan. Malangnya, tindakan itu gagal apabila tunangnya itu menghalangnya dengan menarik baju dipakai mangsa hingga terkoyak hingga menampakkan sebahagian badannya. Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, suspek kemudian membawa mangsa ke Hentian Rawat dan Rehat Bukit Dukong, di sini sebelum memberhentikan keretanya di satu kawasan sunyi. "Mangsa cuba melarikan diri selain melawan dan mempertahankan diri. Bagaimanapun, mangsa dipukul dan ditumbuk suspek sebelum dirogol di dalam keretanya. "Selepas insiden itu, mangsa dihantar pulang ke rumahnya di Kajang. Namun, kelibat mencurigakan suspek dan mangsa disedari abang mangsa. Lelaki itu kemudian bertindak mengejar suspek tetapi gagal," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di sini, semalam. Berikutan itu, mangsa menceritakan kejadian dia dirogol tunangnya itu sebelum ditemani abangnya ke balai polis berhampiran membuat laporan. Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang remaja berusia 17 tahun turut diperkosa seorang lelaki dipercayai abang angkat mangsa di kawasan tangga sebuah pusat beli-belah di Kajang, di sini. Ab Rashid berkata, gadis lepasan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) itu membuat laporan berkenaan kelmarin dan dipercayai kejadian itu berlaku bulan lalu dan mendakwa dirogol abang angkatnya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di pusat beli-belah sama. Menurutnya, mangsa yang juga pekerja di pusat beli-belah berkenaan hanya berborak kosong dengan suspek di kawasan tangga itu namun dia dipeluk sebelum dirogol. Katanya, polis masih menjalankan siasatan berhubung laporan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. -hm Ulasan GB Berita rogol-merogol sentiasa ada. Angkara menolak, mempersenda dan mempermainkan hukum Allah (hudud) oleh pihak berkuasa. Maka inilah balanya. |
Hasbie Satar, Bekas SU Politik Hadapi 28 Pertuduhan Posted: 20 Mar 2012 09:37 PM PDT Shah Alam - Hasbie Satar, bekas setiausaha politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap 28 pertuduhan membabitkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu transaksi mendepositkan wang tunai berjumlah RM935,000 ke dalam akaun 11 individu termasuk anggota keluarganya. Hasbie (gambar), 39, yang memakai sut kelabu membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Aslam Zainuddin. Tertuduh didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di beberapa bank dan Tabung Haji di tiga lokasi iaitu di Salak Tinggi, Sepang, Bandar Baru Bangi dan Putrajaya antara 4 Dis 2008 dan 18 Jun 2009. Hasbie didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Terdahulu, pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Anselm Charles Fernandis dan Hazril Harun mencadangkan agar tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM100,000 dan memohon kesemua 28 pertuduhan itu dibicarakan bersama. Pihak pendakwaan turut memohon agar kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang di mana tertuduh mempunyai satu lagi pertuduhan di bawah akta yang sama. Permohonan di bawah Seksyen 165 Kanun Prosedur Jenayah itu dibuat atas alasan kesemua 28 pertuduhan tersebut melibatkan seksyen yang sama dan kebanyakan saksi adalah saksi yang sama dalam kes di Mahkamah Sesyen Butterworth. Pada 10 Feb tahun lepas, Hasbie mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth atas tuduhan memiliki wang daripada hasil aktiviti haram berjumlah RM2,134,656 dan dia dibebaskan dengan jaminan RM60,000 serta dua orang penjamin. Peguam Y. Sheelan Samuagam yang mewakili tertuduh memohon mahkamah menetapkan ikat jamin RM30,000 atas alasan jumlah yang ditawarkan pihak pendakwaan terlalu tinggi memandangkan anak guamnya telah dituduh di Mahkamah Sesyen Butterworth. Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM90,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 April ini untuk sebutan semula kes. Beliau turut membenarkan permohonan pihak pendakwaan agar kesemua 28 pertuduhan dibicarakan bersama tetapi menolak permohonan mereka untuk memindahkan kesemua kes itu ke Mahkamah Sesyen Butterworth. - Bernama Ulasan GB GB sudah ulas dahulu. Petikan: Ini merupakan Setiusaha Politik kedua Mohd Nor Yaakob yang berdepan dengan kes rasuah. Yang pertama ialah Datuk Norza Zakaria. klik untuk baca |
Hassan Ali Dah Jadi 'Katak Sumbang', Lansung Dah Tak Datang Posted: 20 Mar 2012 08:01 PM PDT Pas persoal Hasan Ali tidak hadir majlis santapan diraja SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, Dr Rani Osman mempersoalkan ketidakhadiran Adun Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali pada Majlis Santapan Diraja, semalam. Menurutnya, Hasan perlu hadir dalam majlis tersebut sekiranya benar beliau mempunyai prinsip memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja (IMR). Beliau menegaskan, Islam tidak mengajar sikap mementingkan satu kaum sahaja seperti yang mahu dibawa oleh Hasan menerusi Badan Bukan Kerajaan (NGO), Jati. "Hari ini (semalam) saya ingat mahu tujukan hujah ini kepadanya tetapi Gombak Setia tidak hadir, semalam majlis santapan diraja pun beliau tidak datang. "Saya juga tidak setuju dengan konsep IMR yang dibawa oleh beliau, kerana Islam diturunkan untuk semua," katanya pada sesi perbahasan Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun), hari ini.Majlis Santapan Diraja diadakan di Hotel Concorde di sini, disertai oleh kesemua Adun Negeri Selangor. Difahamkan, Hasan tidak hadir dalam majlis berkenaan kerana berpuasa dan beliau juga pulang awal dalam upacara pembukaan Sidang Dun Kali Kelima, pada sebelah pagi. Beliau juga tidak hadir dalam sesi perbahasan yang bermula hari ini. Setelah tiga bulan dipecat sebagai ahli Pas, Hasan tampil kali pertama pada Sidang Dun iaitu sebagai wakil bebas dan yakin tidak akan menghadapi masalah dengan situasi baru itu. Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu berkata, beliau akan meneruskan agenda IMR dalam perbahasan Sidang Dun, walaupun atas kapasiti Adun Bebas. Menurutnya, beliau tidak mempunyai masalah berhadapan dengan Adun Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) dalam sesi perbahasan kali ini. -SH Ulasan GB Hassan Ali perjuangkan raja yang mana sedangkan santapan diraja pun tak hadir? Katakanlah beliau berpuasa, perbahasan pun tak datang? Puasa itu sunat, menunaikan amanah sebagai wakil rakyat itu wajib. Itulah sikap "pengkhianat" yang sebenar sebab tidak menjalankan amanah yang diberikan oleh rakyat. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment