Kelab Greenboc |
- Nazatul, Mangsa Culik Yang Ditemui Di Thailand Masih Trauma
- Wajah Terang Bapa Kandung Dirang, Handry, Sebelum Dihantar Pulang
- PR Boikot Sertai PSC Lynas: Percubaan Najib Perbodohkan Rakyat Gagal
- Lembu-Lembu NFCorp Sudah Kecut, Tidak Beri Kerjasama Kepada PAC
- Debat Wikileaks: Oh Rupanya RPK Hanya Mahu Jadi Pak Sibuk Dalam Wawancara
- Kesalahan Serius: PM Sepatutnya Bercuti Jika Mahu Berkempen Untuk UMNO BN
- Malaysia Paling Selamat: Jurutol Diikat Sebelum Dicabul
- Wanita Dikait Kes Khalwat Badrolamin Tuntut Fasakh
- Cermin Kereta Shamsubaharin Retak Di Tempat Letak Kereta SPRM
Nazatul, Mangsa Culik Yang Ditemui Di Thailand Masih Trauma Posted: 20 Mar 2012 05:01 PM PDT Misteri 'van putih' kembali SHAH ALAM: Misteri 'van putih' kini kembali apabila mangsa culik Nazatul Fadiana Mohd Izwan, 14, yang ditemui di Bangkok 11 Mac lalu, dikatakan diculik sekumpulan lelaki tidak dikenali menaiki van berwarna putih sewaktu berada berdekatan sebuah restoran di Seksyen 9, di sini pada hari kejadian 30 Januari lalu. Perkara itu diceritakan mangsa kepada ibunya dalam perbualan telefon pada 12 Mac lalu selepas diselamatkan polis Thailand sewaktu ditemui di Stesen Kereta api Hualamphong, Bangkok, Thailand. Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, apa yang diceritakan mangsa kepada ibunya belum cukup untuk polis mengaitkan kejadian berkenaan dengan motif sebenar mangsa dilarikan ke Thailand. "Ini kerana buat masa ini polis belum mendapat sebarang maklumat daripada mangsa kerana dia masih dalam keadaan trauma dan menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, di sini, semalam. HILANG...Zahedi menunjukkan gambar Nazatul Fadiana yang ditemui di Bangkok. Sebelum ini, sebuah van putih turut dikaitkan dengan kejadian penculikan Nurin Jazlin Jazimin, 8, di pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju pada 20 Ogos, 2007. Ada saksi ternampak Nurin ditarik masuk ke dalam sebuah van sebelum mayat mangsa ditemui disumbat dalam beg berhampiran PJS1, Petaling Jaya, beberapa hari kemudian. Kejadian sama berulang apabila seorang lagi kanak-kanak perempuan, Sharlinie Mohd Nashar, 5, turut dilaporkan hilang pada awal Januari 2008 selepas didakwa dilihat bersama seorang suspek dalam sebuah van putih di Cheras. Mangsa gagal ditemui sehingga kini. Zahedi berkata, Nazatul Fadiana atau lebih dikenali sebagai Nana akan terus mendapatkan rawatan di PPUM manakala lima warga Myanmar masing-masing tiga lelaki dan dua perempuan yang diselamatkan bersama mangsa kini masih berada di Bangkok, Thailand. "Semua warga Myanmar terbabit berdaftar di bawah Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR). Mereka dibawa pulang ke Malaysia bagi membantu polis mengumpul bukti dan menjalankan siasatan menyeluruh," katanya. Menurutnya, Nana menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Bangkok dan tiba di Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT), di Sepang, dengan diiringi ibunya, selain beberapa pegawai polis dan imigresen Thailand, malam kelmarin. "Sebaik mendarat, mangsa terus dikejarkan ke PPUM, Petaling Jaya untuk pemeriksaan kesihatan," katanya. Akhbar semalam melaporkan, Nazatul Fadiana dilaporkan hilang selepas dihantar ibunya ke perhentian bas di Seksyen 9, di sini bagi mengulang kaji pelajaran bersama rakannya, pada jam 3 petang, 30 Januari lalu. Namun, sehingga malam hari kejadian, mangsa tidak pulang ke rumah sebelum ibunya membuat laporan polis di IPK Selangor. Selepas dua bulan dilaporkan hilang, mangsa diselamatkan polis Thailand yang menemuinya di Stesen Kereta Api Hua Lampong, Bangkok, bersama lima warga Myanmar, 11 Mac lalu. -hm Nazatul gadis pengutip derma |
Wajah Terang Bapa Kandung Dirang, Handry, Sebelum Dihantar Pulang Posted: 20 Mar 2012 03:31 PM PDT Kes bunuh Dirang: Handry diserah kepada Imigresen SENAI – Polis mengesahkan bapa kandung Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang, 5, Handry Yongot, 30-an telah dibebaskan, semalam, dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut. BAPA kandung Dirang, Handry Yongot bertemu anak lelakinya, Mohd Hafis dan bekas ibu mentuanya, Minar Jul sebelum dihantar pulang ke Filipina di Jabatan Imigresen Johor Bahru, hari ini. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin/BH Handry ditahan reman selama seminggu bagi membantu siasatan kes berkaitan pembunuhan kejam anaknya Dirang selain pemeriksaan mendapati dia tiada sebarang dokumen perjalanan sah. "Handry kami bebaskan hari ini (semalam), namun kami serah kepada pihak Imigresen untuk tindakan selanjutnya berikutan dia tiada dokumen pengenalan diri," kata Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin kepada Sinar Harian semalam. Beliau berkata, siasatan berhubung kes berkenaan masih diteruskan dan tiga suspek termasuk seorang wanita ditahan sebelum ini masih ditahan reman sehingga 23 Mac ini. Sementara itu, ibu Dirang, Roselyn Alan, 25, sekali lagi merayu pihak berkuasa agar tidak menghantar bekas suaminya itu pulang ke negara asalnya, Filipina. Menurutnya, Handry tidak mempunyai saudara di negara itu kerana dibesarkan di Kota Kinabalu, Sabah sejak kecil. "Saya mohon jika boleh berilah peluang dia tinggal di sini, kerana dia tidak tahu asal usulnya di Filipina. Malah, dia masih ada anak iaitu Mohd Hafis yang berusia enam tahun di sini. "Saya bimbang, jika dia dihantar pulang ke negara asalnya akan lebih menyukarkan untuk dia bertemu dengan satu-satunya anak kandung kami yang masih hidup," katanya. Roselyn berkata, bekas suaminya itu pernah memohon untuk mendapatkan kerakyatan negara ini, namun malangnya permohonannya tidak diluluskan atas beberapa faktor. "Apa yang saya tahu, dia pernah memohon, tetapi permohonannya ditolak dengan alasan maklumat ibu bapanya yang kurang jelas di mana mereka sudah meninggal dunia. "Berikutan itu, Handry hanya diberikan dokumen sementara untuk menetap di negara ini. Bagaimanapun saya terkejut selepas dimaklumkan dia tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan sah," katanya. Terdahulu, Handry ditahan reman selama seminggu bagi membantu siasatan kes berkaitan pembunuhan kejam anaknya Dirang selain pemeriksaan mendapati dia tiada sebarang dokumen perjalanan sah. -SH |
PR Boikot Sertai PSC Lynas: Percubaan Najib Perbodohkan Rakyat Gagal Posted: 20 Mar 2012 08:41 AM PDT PSC Lynas: Dewan Rakyat kecoh, Pakatan tak sertai Usul berkaitan penubuhan Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) untuk mengkaji isu kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan, menghangatkan Dewan Rakyat, pagi ini. Selepas perbahasan itu, ahli parlimen pembangkang yang tidak sependapat dengan rakan BN mereka. Mereka mendakwa, tindakan kerajaan menubuhkan PSC itu hanya cubaan menutup keburukan terhadap pusat nadir bumi milik syarikat Australia itu. "Kami harap dapat ambil bahagian (dalam PSC), tetapi tiada makna... "Kalaupun PSC isytihar ia berbahaya, pentadbiran BN akan memanipulasi situasi itu," kata Fuziah Salleh (PKR-Kuantan) kepada pemberita di lobi Parlimen. Sebelum itu, ketika perbahasan, Harakahdaily melaporkan Dr Hatta Mohd Ramli (PAS-Kuala Krai) yang mencelah hujah Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) mempersoalkan tentang keperluan penubuhan PSC memandangkan terdapat kenyataan daripada bakal pengerusi PSC, Datuk Seri Khalid Nordin berkenaan projek itu. "Hari ini kita berbincang tentang keperluan projek Lynas, tapi sudah ada kenyataan daripada menteri bahawa penubuhan PSC adalah untuk mengubah tanggapan negatif rakyat terhadap projek tersebut. "Belum apa-apa lagi, sudah ada kenyataan. Jadi, untuk apa PSC ditubuhkan kalau memang kerajaan hendak teruskan juga projek ini?" soal beliau. Perbahasan terus hangat apabila ahli parlimen BN dan Bebas cuba mengaitkan ketiadaan pakar nuklear daripada PAS, iaitu Dr Che' Rosli Che' Mat (PAS-Hulu Langat) di dewan hingga menimbulkan kekecohan. Bagaimanapun, Timbalan Speaker, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hanya berdiam diri sehingga beberapa tempoh sebelum meminta wakil rakyat duduk di tempat masing-masing. "Jika benar PAS ikhlas, saya cabar PAS mencalonkan Ahli Parlimen Hulu Langat untuk disenaraikan sebagai ahli jawatankuasa yang akan ditubuhkan. Jika tidak disenaraikan, ianya dianggap sandiwara semata-mata," kata Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) ketika berbahas. Dalam pada itu, Khalid Samad (PAS-Shah Alam) mendakwa penubuhan PSC ini hanya untuk memberikan gambaran indah-indah, sedangkan Lynas ini penuh dengan masalah. Selain itu beliau meminta segala yang berkaitan projek itu di Gebeng, Kuantan dihentikan sehingga satu keputusan mengenai penubuhan PSC ini diputuskan. Manakala, Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor), ketika berbahas melahirkan kekecewaan apabila rakyat Malaysia hanya tahu mengenai projek itu setelah hampir 95 peratus projek berkenaan selesai. "Inilah kerajaan yang mengutamakan rakyat apabila projek sudah 95 peratus siap, baru rakyat tahu mengenainya. Itupun melalui laporan New York Times," kata beliau. -mk Pakatan Rakyat tidak akan sertai PSC Lynas Pembangkang Boikot Sertai PSC Lynas Ulasan GB Sebenarnya, J/P Pilihan Parlimen (PSC) untuk Lynas adalah tipudaya dan helah kerajaan terhadap rakyat menjelang pilihanraya. Ia sama seperti PSC Penambahbaikan Sistem Pilihan Raya, yang akhirnya terbukti hanya menjadi "rubberstamp" kepada penipuan-penipuan dan penyelewengan SPR. |
Lembu-Lembu NFCorp Sudah Kecut, Tidak Beri Kerjasama Kepada PAC Posted: 20 Mar 2012 06:21 AM PDT LAC Tangguh Siasatan Isu NFCorp KUALA LUMPUR: Pendengaran siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara(PAC) berhubung kontroversi National Feedlot Corporation (NFCorp) terpaksa ditangguhkan kerana pengurusan tertinggi syarikat milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil itu enggan memberikerjasama. Sebaliknya NFCorp hanya menghantar seorang jurucakap yang juga Pengurus Besar Sumber Manusia, Wan Zurina Saaran bersama dua peguam bagi menghadiri sesi pendengaran tersebut. Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa keengganan pengurusan tertinggi NFCorp untuk hadir sesi berkenaan adalah atas nasihat peguam dengan alasan kes berkaitansyarikat itu kini sedang melalui proses mahkamah. Bagaimanapun menurut beliau, PAC akan mendapatkan nasihat Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berhubung sama ada jawatankuasa berkenaan boleh meneruskan siasatan tanpa mengganggu proses undang-undang. "Kita akan dapatkan pandangan Speaker berhubung perkara ini. Malah sebelum ini pun Speaker pernah menolak usul bagi membincangkan isu NFCorp dalam dewan dengan alasan yang sama. "Tapi sebelum ini PAC pernah menghadapi situasi yang sama dalam kes membabitkan skandal PKFZ (Zon Bebas Pelabuhan Klang), namun kita masih boleh meneruskan pendengaran selagi tidak mengganggu siasatan pihak berkuasa," katanya ketika ditemui pemberita di bangunan Parlimen disini, Selasa. PAC sebelum ini mengarahkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani agar menjemput NFCorp hadir memberi keterangan kepada jawatankuasa itu, Selasa. Sementara itu Ahli Jawatankuasa PAC, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, sesi pendengaran yang bermula pukul 9.30 pagi tadi tidak memperolehi hasil ekoran keengganan wakil NFCorp memberi sebarangketerangan. "Wakil-wakil yang hadir sememangnya tidak mahu menjawab sebarang soalan yang kita kemukakan. "Walaupun kita menyatakan bahawa PAC tidak akan menyentuh mengenai isu yang berkaitan proses mahkamah," katanya. Baru-baru ini Pengerusi Eksekutif NFCorp, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas empat tuduhan berasingan melakukan pecah amanah membabitkan RM49.7 juta danmenggunakan harta syarikat itu tanpa kebenaran tiga tahun lalu. Mohamad Salleh menghadapi tuduhan pertama sebagai pengarah NFCorp yang diamanahkan penguasaan terhadap harta syarikat, pecah amanah dengan menyalahgunakan wang RM9,758,140 melalui empat cek di CIMB Islamic Bank Bhd, 138, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail di sini,antara 1 dan 4 Disember 2009. Wang itu untuk membiayai sebahagian daripada harga pembelian dua unit Kondominium One Menerung, parcel nombor B1-1 dan B1-2, Blok B, yang terletak di geran nombor 65152, no lot 56454, Mukim Kuala Lumpur, oleh syarikat dimiliki keluarga tertuduh, National Meat & LivestockCorporation Sdn Bhd (NMLC). Dia turut menghadapi tuduhan kedua menggunakan harta syarikat berjumlah RM9,758,140 tanpa kebenaran mesyuarat agung syarikat itu bagi tujuan sama untuk NMLC mendapat keuntungan secara langsung. Bagi tuduhan ketiga, Mohamad Salleh dituduh pecah amanah dengan menyalahgunakan wang RM40 juta dengan cara memindahkannya melalui cek ke akaun NMLC di Malayan Banking Berhad, Cawangan Solaris Mont Kiaradi sini, bagi kegunaan NMLC. Selain itu, dia menghadapi tuduhan menggunakan harta syarikat RM40 juta tanpa kebenaran mesyuarat agung syarikat itu dengan memindahkannya melalui cek ke akaun NMLC bagi kegunaan NMLC dan mendapatkan keuntungan secara langsung. -mstar NFCorp belum bayar balik pinjaman |
Debat Wikileaks: Oh Rupanya RPK Hanya Mahu Jadi Pak Sibuk Dalam Wawancara Posted: 20 Mar 2012 04:48 AM PDT Isu Wikileaks: Siapa sebenarnya yang takut berdebat KUALA LUMPUR, 19 Mac: Wawancara antara pemilik Wikileaks, Julian Assange dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diteruskan tanpa penyertaan penumpang dalam wawancara ini. Menurut Ketua Staf Pejabat Anwar, Ibrahim Yaacob, Anwar dan penerbit wawancara ini, Quick Roll Productions telah bersetuju dengan keputusan ini. Media BN melaporkan kononnya Anwar didakwa takut untuk berdebat dengan Raja Petra Kamarudin, pemilik blog Malaysian-today. "Pertamanya kami mahu menjelaskan bahawa permohonan yang diajukan oleh Wikileaks kepada Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah satu wawancara antara Julian Assange dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Kemudiannya barulah pihak kami diberitahu Raja Petra mahu menumpang dalam wawancara tersebut. "Makanya Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau hanya menyatakan persetujuan untuk permintaan yang asal iaitu wawancara antara beliau dengan Julian Assange," kata Ibrahim Yaacob. Oleh itu, katanya, Quick Roll Productions, pihak produksi yang terlibat dengan wawancara ini telah membuat keputusan editorial untuk meneruskan format wawancara antara Julian Assange dengan Anwar Ibrahim tanpa melibatkan penumpang lainnya. Keputusan editorial tersebut semata-mata dibuat oleh Quick Roll Productions dan tidak dipaksakan oleh Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas mereka, beritahu beliau. Debat Anwar-Najib Menurut pejabat Anwar itu, mereka merasa terpanggil apabila Datuk Seri Najib Razak menggunakan isu ini sebagai pelantar untuk mentohmah Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya takut berdebat dengan Raja Petra. "Kami kesal kerana Datuk Seri Najib Razak bercakap tidak berdasarkan fakta yang sebenar kerana tidak timbul soal debat sedangkan yang dipersetujui antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Julian Assange adalah wawancara satu sama satu. "Akan tetapi oleh kerana YAB Perdana Menteri beriya-iya bercakap soal debat, kami berpendirian adalah sangat baik untuk rakyat dan negara ini sekiranya Datuk Seri Najib Razak bersetuju untuk berdebat dengan YB Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya. Menurut beliau, perdebatan antara Ketua Pembangkang dengan Perdana Menteri berkaitan isu nasional pastinya memberi manfaat yang banyak kepada rakyat dan negara Malaysia. Justeru keengganan Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim memunculkan tanda tanya di kalangan rakyat terbanyak. "Sama ada Perdana Menteri takut ataupun tidak punya komitmen untuk menyuburkan amalan Demokrasi di negara ini," tambahnya. -HD Wawancara Anwar tanpa RPK diputuskan sendiri oleh Wikileaks |
Kesalahan Serius: PM Sepatutnya Bercuti Jika Mahu Berkempen Untuk UMNO BN Posted: 20 Mar 2012 03:12 AM PDT PM sepatutnya bercuti, kata Bersih 2.0 KUALA LUMPUR, 13 April – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) hari ini menasihatkan Datuk Seri Najib Razak lebih pentingkan masa depan Barisan Nasional (BN) daripada kepentingan kerajaan ekoran tindakan Perdana Menteri memberikan tumpuan ke atas pilihan raya negeri Sarawak. Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, sebagai seorang perdana menteri, Najib telah menunjukkan teladan yang tidak baik kepada negara kerana sanggup berkempen di Sarawak sehingga mengabaikan tanggungjawab menguruskan pentadbiran, yang sepatutnya menjadi keutamaan. Najib secara peribadi mengetuai kempen di Sarawak sejak Ahad lalu. Beliau dijangka berada di negeri bumi Kenyalang itu sehingga Jumaat ini. "Bersih 2.0 mempersoalkan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang membatalkan mesyuarat Kabinet kerana mahu membantu kempen BN di Sarawak, sebagai seorang pemimpin kerajaan dan BN, beliau telah menunjukkan teladan yang tidak baik kerana tidak mengimbangi antara kepentingan politik dan juga pentadbiran kerajaan. "Sepatutnya beliau (Najib) mencontohi perdana menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman yang mengambil cuti selama dua bulan untuk berkempen pada pilihan raya 1959. "Dalam tempoh itu, timbalan perdana menteri Tunku Abdul Razak akan mengetuai pentadbiran negara, kami amat kecewa apabila kedua-dua perdana menteri dan timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berada di Sarawak untuk berkempen," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau juga menegaskan pihaknya menuntut agar pilihan raya negeri Sarawak dijalankan dengan telus dan adil. Bagaimanapun, kata Ambiga, ia agak sukar dilaksanakan selepas pemimin-pemimpin BN termasuk Muhyiddin meminta agar rakyat dan kakitangan awam di negeri itu agar patuh kepada kerajaan. "Sebelum ini Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak Wilso Nyabong Ijang meminta anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) agar memastikan kemenangan calon BN pada pilihan raya kali ini. "Malah timbalan perdana menteri juga mengingatkan guru-guru agar memangkah BN," katanya. Justeru beliau menegaskan, mana-mana parti politik sama ada BN atau Pakatan Rakyat tidak mengaitkan antara kepentingan politik dan pentadbiran. "Bersih 2.0 mahu menekankan parti politik tidak seharusnya mengelirukan rakyat demi kepentingan politik yang berat sebelah. "Kami mengingatkan pemimpin politik baik BN atau Pakatan Rakyat agar mematuhi prinsip ini," katanya. Menurut Ambiga, pihaknya menolak keras amalan "rasuah" termasuk janji-janji pembangunan dengan niat untuk mendapatkan sokongan pengundi di Sarawak. "Bersih 2.0 mengutuk amalan menawarkan hadiah, wang dan janji-janji pembangunan dengan niat untuk mempengaruhi para pengundi, ini adalah kesalahan-kesalahan pilihan raya. "Jadi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang melakukan kesalahan-kesalahan ini," katanya. AMK desak PM bercuti jika mahu berkempen untuk Umno BN Ulasan GB Mana-mana penjawat awam termasuk PM dan TPM yang berkempen untuk UMNO BN semasa waktu bekerja sepatutnya dikenakan tindakan undang-undang. Tetapi kerana agensi penguatkuasaan undang-undang berpihak kepada UMNO BN termasuklah SPR, maka ianya terlepas begitu sahaja. Kemenangan yang bakal diperolehi UMNO/BN adalah kemenangan haram yang tidak diberkati kerana kesalahan serius yang dilakukan oleh para pemimpin tertingginya. Apabila PR memerintah pastikan mereka ini dihadapkan ke muka pengadilan. |
Malaysia Paling Selamat: Jurutol Diikat Sebelum Dicabul Posted: 20 Mar 2012 12:53 AM PDT Shah Alam – Kaki, tangan diikat pada katil dan kemudian seorang penjenayah mencabul dengan rakus. Itu detik hitam dilalui seorang jurutol, berumur 20 tahun, ketika berada seorang diri di rumahnya di Taman Putra Perdana, Puchong, Khamis lalu. Gambar Fail. Dalam kejadian itu, seorang lelaki berbaju kuning dan berseluar jean memecah masuk rumahnya, jam 12.50 tengah malam. Menurut sumber polis, lelaki itu terus menyerang mangsa dari arah belakang dan mengacukan pisau di lehernya. Difahamkan, pada awalnya lelaki tersebut cuba meragut rantai emas milik mangsa, tetapi tidak berjaya. Katanya, lelaki itu seterusnya mengarahkan mangsa supaya diam, sebelum mulut wanita terbabit diikat dengan menggunakan kain. "Lelaki itu mengarah mangsa baring di atas lantai. Kaki dan tangannya diikat pada katil dengan menggunakan kain. "Seluar mangsa kemudiannya ditanggalkan dan lelaki itu terus mencabulnya," katanya, semalam. Menurutnya, mangsa dapat melepaskan ikatan selepas lelaki tersebut melarikan diri. "Mangsa kemudiannya membuat laporan polis setelah dua rakan sekerjanya pulang," katanya. Menurutnya, susulan itu, polis memberkas dua lelaki warga Indonesia, berumur 54 dan 32 tahun, bagi membantu siasatan. "Mangsa tidak mengenali suspek terbabit dan sewaktu kejadian, suspek menutup muka dengan baju," katanya. Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana cabul. -SH Ulasan GB Tema semalam belum berkahir: Malaysia Paling Selamat? |
Wanita Dikait Kes Khalwat Badrolamin Tuntut Fasakh Posted: 19 Mar 2012 10:30 PM PDT Rompin - Wanita dikaitkan dalam kes khalwat dengan Ahli Majlis Pimpinan PKR, Dr Badrolamin Bahron menarik balik permohonan cerainya di Mahkamah Rendah Syariah Rompin, di sini, semalam. Wanita berusia 28 tahun itu, hadir kira-kira jam 9 pagi berseorangan ke mahkamah itu untuk membuat tuntutan notis penarikan balik kes tersebut di hadapan Hakim Syarie, Abu Kassim Pilus. Bagaimanapun, alasan penarikan tuntutan penceraian tersebut tidak dinyatakan. Malah, suami wanita terbabit guru berusia 32 tahun juga tidak hadir pada prosiding itu. Sementara itu, wanita terbabit ketika ditemui di luar mahkamah berkata, dia akan mengemukakan Fasakh di Mahkamah Tinggi Kuantan. "Saya menarik balik tuntutan kerana mahkamah rendah syariah tidak mempunyai kuasa untuk mengendalikan kes fasakh," katanya. Wanita itu sebelum ini, memfailkan penceraian pada pertengahan Januari lalu dan prosiding pertama dijalankan pada 27 Februari lalu. Badrolamin sebelum ini, memaklumkan beliau mengenali wanita yang bekerja di sebuah institusi kemahiran di Rompin itu, sejak kira-kira setahun lalu. Bagaimanapun, sehingga kini Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) tidak membuat sebarang dakwaan terhadap Badrolamin dan wanita tersebut. -SH |
Cermin Kereta Shamsubaharin Retak Di Tempat Letak Kereta SPRM Posted: 19 Mar 2012 08:34 PM PDT SPRM jamin baiki cermin kereta bekas perunding NFCorp PUTRAJAYA -- Cermin belakang di bahagian tempat duduk penumpang sebuah kereta milik bekas juruperunding National Feedlot Corporation (NFC), Datuk Shamsubahrin Ismail yang diparkir di pekarangan tempat letak kereta Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, ditemui retak. Shamsubahrin yang dipanggil sebagai saksi ke Ibu Pejabat SPRM untuk memberi keterangan terkejut apabila dimaklumkan pemandunya bahawa satu daripada tiga kenderaan iatu Mitsubishi ASX miliknya yang disita SPRM, ketika ditahan pada bulan Disember lalu, telah retak. Dua lagi kereta iaitu Mitsubishi jenis Triton dan Grandis dalam keadaan baik. Sementara itu, Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali memberi jaminan bahawa SPRM akan memperbaiki cermin kereta itu. Beliau berkata pihaknya menyedari kejadian itu lebih awal dan satu laporan polis dibuat pada 16 Jan di Ibu Pejabat Daerah Putrajaya. Katanya kereta yang disita itu diparkir di tempat letak kereta dan satu kerja memotong rumput yang dilakukan mungkin telah menyebabkan batu melantun ke cermin kereta menyebabkan cermin kereta retak. "Tiada unsur khianat kerana pada tarikh itu memang ada pemotong rumput. Kita akan memperbaiki kereta itu kerana (kejadian berlaku) semasa dalam penyimpanan kami," katanya kepada pemberita di sini hari ini. -- Bernama Ulasan GB Setelah kes dua orang saksi mati ditemui di bangunan SPRM kini kes harta-benda saksi yang sita didapati rosak di bangunan SPRM. Keterlaluan. Lansung tidak ada amanah dan tidak bertanggungjawab untuk mempastikan harta orang awam yang disita dijaga dengan baik dan sempurna hanya dengan alasan kemungkinan ada kerja memotong rumput sehingga menyebabkan batu melantun ke cermin kereta. Dengan peruntukan belanjawan 2012 yang begitu lumayan untuk SPRM, rakyat begitu dukacita dan marah kerana tahap professionalisme SPRM begitu rendah. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment