SEARCH

Saturday, March 17, 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Kes Dirang: Bapa Bebas Reman Tetapi Diusir Ke Filipina, Penghantar SMS Dicekup

Posted: 16 Mar 2012 04:52 PM PDT

Bapa Dirang Diusir Ke Negara Asal, Tidak Terlibat Kes Bunuh Anak

JOHOR BARU: Bapa kandung Nurul Nadhirah Abdullah, 5, yang sebelum ini ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan anak perempuannya itu didapati tidak terbabit dengan kes itu.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata siasatan bagaimanapun mendapati lelaki berusia 30-an yang merupakan warganegara Filipina itu tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan masuk ke negara ini.

"Kita telahpun kemukakan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPP)dan arahan telah dikeluarkan supaya dia diusir ke negara asal secepat mungkin," katanya dalam sidang media di sini, Jumaat.

Beliau sekali lagi menegaskan individu yang terlibat dalam kes pembunuhan Dirang kini telahpun berada dalam tahanan polis dan tindakan pendakwaan akan dilakukan secepat mungkin.

Katanya polis kini masih menunggu beberapa laporan daripada Jabatan Kimia untuk melengkapkan kertas siasatan sebelum dikemukakan kepada TPP untuk tindakan lanjut.

Katanya tiga suspek berkenaan yang berumur lingkungan 30-an termasuk seorang wanita, yang kesemuanya penagih dadah juga akan dibawa ke mahkamah pada Sabtu untuk mendapatkan lanjutan perintah tahanan reman.

Nurul Nadhirah ataupun dikenali sebagai Dirang ditemui mati dibunuh dan dibakar dalam sebuah lubang di tapak perumahan terbengkalai di Nusa Damai, Masai di sini pada 8 Mac lalu.

Kanak-kanak itu sebelum ini dilaporkan hilang pada 1 Mac lepas ketika keluar membeli mi segera dan telur di sebuah kedai runcit di kawasan flat kediamannya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang.

Berikutan kehilangan mangsa, polis menahan tiga orang jiran mangsa yang merupakan penagih dadah dan bapa kandung mangsa untuk membantu siasatan. - BERNAMA


Ibu Dirang Bimbang Bekas Suami Mungkin Dihantar Pulang Ke Filipina

JOHOR BAHRU: Roselyn Alan telah menerima dia tidak lagi berpeluang melihat anaknya Nurul Nadirah Abdullah namun kebimbangannya kini adalah bapa kanak-kanak itu mungkin akan dihantar pulang ke negara asal, Filipina.

Jika perkara tersebut berlaku, ia akan memberi tamparan hebat kepada seorang lagi anaknya, Mohd Hafiz yang berusia enam tahun.

Anaknya, Nurul Nadirah Abdullah yang juga dikenali sebagai Dirang dibunuh dan mayatnya dibakar sehingga rentung, yang dilaporkan mengenai kehilangannya pada 1 Mac ketika keluar membeli mi segera dan telur di kedai runcit di kawasan rumahnya.

Roselyn, 25, berkahwin dengan suaminya warga Filipina di Sabah pada tahun 2005 namun bercerai selepas tiga tahun.

"Saya berharap dia tidak akan dihantar pulang kerana ibu bapanya sudah meninggal dunia dan dia tidak mempunyai ahli keluarga lain di Filipina," katanya, mengenai lelaki yang ditahan kerana disyaki sebagai salah seorang suspek dalam Nurul Nadirah yang berusia lima tahun.

"Dia sering berjumpa dengan Dirang, dan abangnya dari Rawang untuk meraikan hari lahir mereka dan membeli mereka permainan," kata Roselyn, sambil menambah bekas suaminya itu sering berkunjung setiap dua bulan.

"Dia tahu Dirang suka makan kek. Dia selalu belikan kek kesukaan Dirang setiap kali datang melawat anaknya," katanya, yang menggambarkan bekas suaminya sebagai bapa penyayang.

"Saya yakin dia tidak bersalah. Tidak kira dianggap sekejam mana pun oleh orang lain terhadapnya, saya tidak fikir dia akan menyakiti anaknya sendiri," katanya, sambil memberitahu masih sedih akan pemergian Nurul Nadirah namun menerimanya sebagai ketentuan takdir.
-mstar


Bekas tentera ditahan ugut ibu Dirang melalui SMS ditahan

Polis menahan seorang bekas anggota tentera yang dipercayai membuat ugutan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) terhadap ibu Dirang, kanak-kanak berusia lima tahun yang dibunuh dan dibakar di Masai, Johor.

Lelaki berumur 45 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Pulai Chondong, Machang dekat Kota Bharu kira-kira jam 3 pagi tadi.

Dia dipercayai menghantar SMS untuk mengugut Roselyn Alan, 25, bagi membuat pembayaran sebanyak RM10,000 kononnya bagi mendapatkan semula Dirang yang dilaporkan hilang pada 1 Mac lalu ketika keluar membeli makanan di sebuah kedai berhampiran rumahnya.

Khamis lalu, kanak-kanak itu disahkan dibunuh dan dibakar selepas ujian DNA mengesahkan mayat rentung yang ditemui di Nusa Damai, Masai adalah mayat Dirang atau nama sebenarnya Nurul Nadirah Abdullah.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata polis menemui tiga buah telefon bimbit di rumah suspek dan siasatan lanjut mendapati sebuah daripada telefon tersebut telah digunakan bagi menggugut Roselyn.

Sebelum ini polis Johor telah meminta kerjasama polis Kelantan bagi mengesan suspek yang dipercayai berada di Kelantan.

"Lelaki itu telah direman selama tiga hari bermula hari ini dan kita akan menyerahkan kes ini kepada polis Johor untuk tindakan selanjutnya," kata Jalaluddin kepada pemberita di Kota Bharu hari ini.

Beliau berkata suspek merupakan duda yang mempunyai dua orang anak dan bekerja sebagai buruh binaan setelah dipecat dari tentera kerana terbabit dalam penyalahgunaan dadah dan mempunyai rekod jenayah berkaitan kes dadah di mahkamah.

Dia ditahan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 506 kanun yang sama kerana membuat ugutan jenayah, yang boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Beliau berkata suspek dipercayai cuba mengambil kesempatan dari kes kanak-kanak itu terhadap keluarga mangsa semasa membuat ugutan berkenaan.- Bernama


Dewan Sri Mas Politeknik Sultan Abdul Halim Kedah Terbakar

Posted: 16 Mar 2012 08:21 AM PDT

Bomba Selamatkan Dewan Sri Mas, Polimas Daripada Musnah

JITRA: Kepantasan dan kecekapan anggota Bomba dan Penyelamat Jitra berjaya menyelamatkan Dewan Sri Mas, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (Polimas) bernilai jutaan ringgit daripada musnah dalam satu kebakaran, petang Jumaat.

Gambar: KEADAAN pentas utama Dewan Sri Mas, Politeknik Sultan Abdul Halim, Alor Setar, yang musnah dalam kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas petang tadi. - Foto Shahrizal Md Noor

Hanya kira-kira 10 peratus iaitu pentas utama dewan, siling, bumbung dan peralatan elektronik musnah dalam kejadian itu dipercayai akibat litar pintas kira-kira pukul 3.30 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jitra, Hasbullah Mohd Isa berkata seramai 14 anggota dengan dua jentera bergegas ke Polimas sebaik menerima panggilan orang awam pada pukul 3.31 petang.

Katanya pasukan itu, yang tiba dalam tempoh enam minit, mendapati api sedang marak dan asap hitam memenuhi ruang dewan berkeluasan 20x45 meter yang berkunci kerana cuti hujung minggu.

"Mereka yang dibantu sebuah lori tangki air dari Balai Bomba Alor Setar dan enam jentera Bomba Sukarela berjaya memadam api dalam masa 12 minit," kata Hasbullah kepada pemberita semasa ditemui ditempat kejadian.

Beliau berkata bomba masih menyiasat punca sebenar kebakaran dan nilai kerugian.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Polismas, P. Maniam berkata dewan berusia 25 tahun itu akan digunakan untuk majlis konvokesyen Polimas kali ke-26 September ini. - BERNAMA

NFC Beli Kondo Mewah Di Kazakhstan: Hadiah Perkahwinan Untuk Anak PM?

Posted: 16 Mar 2012 07:35 AM PDT

Wang dan masa ialah dua perkara penting kepada PM Najib Razak jika beliau ingin kekalkan kedudukan nya sekarang, tetapi sumber kedua-duanya agak terhad.

Pergerakan seharian nya telah di rangka untuk 12 bulan akan datang, yang kebanyakan nya telah direncanakan secara terperinci dan terancang. Tidak banyak ruang untuk perubahan kecuali keadaan bebetul memerlukan, kata kakitangan nya.

Seterusnya persoalan wang. Dengan hanya RM23,000 sebulan pendapatan sebagai Perdana Menteri, tidak masuk akal bagaimana Najib dan isterinya Rosmah boleh menjalani gaya hidup mewah dan glamor yang di idamkan. Seluruh negara mengetahui kedua mereka mewah, dengan kritik menyebut kareer lampau Najib yang mewah di Kementerian Pertahanan sebagai sumber kemewahan mereka. Sehingga hari ini, Najib dibelenggu dakwaan beliau mengambil imbukan RM570 juta dari pembuat senjata Perancis, DCN kerana bersetuju membeli 2 buah kapalselam Scorpene bagi pihak kerajaan Malaysia.

Bagaimanapun, wang ini tidak boleh dibelanjakan oleh kedua nya sewenangnya. Walaupun jika mereka boleh berbuat demikian, mungkin mereka tidak mahu. Tamak haloba ialah satu sifat yang buruk, dan kebanyakan orang hanya akan membelanjakan wang orang lain, tapi tidak wang mereka sendiri.

Pegawai/Kakitangan dan orang suruhan yang tidak sanggup lagi berkorban untuk tuan mereka

Bagaimanapun, sebagai perdana menteri dengan kuasa yang ada ditangan dan ribuan pegawai yang patuh kepada arahannya, kehendak dan permintaannya beliau dan keluarganya dengan mudah dapat ditunaikan. Walaupun mereka tidak mahu dilihat melakukan perkara tersebut, mereka dengan mudah boleh memperdayakan pegawai-pegawia mereka untuk menandatangani bebragai dokumen. Ugutan hukuman atau 'cold storage' sentiasa ada. Satu dilemma untuk memuaskan hati majikan atau meletakkan reputasi dan integriti mereka dalam keadaan bahaya. Apalagi menanggung kesalahan dan tidak mensabitkan Najib dan Rosmah-walau apa terjadi.

Tetapi itu stail yang lepas. Masa berubah dan pegawai lebih bijak dan berhati-hati kini. Mereka tidak rela lagi berkorban untuk majikan mereka, contoh terbaik yang dipelajari dari dua pengawal peribadi Najib yang dihukum gantung sampai mati kerana membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibu, perempuan simpanan kepada Razak Baginda, teman baik PM.

Tidak kira betapa berkuasanya PM, para pegawai lebih berhati-hati; mereka menyimpan dokumen-dokumen yang boleh mensabitkan sebagai 'insuran'. Dan mereka tidak ragu-ragu mendedahkan dokumen tersebut kepada orang ramai jika ada cubaan menjadikan mereka kambing hitam. Mereka sudah jemu dengan Najib dan Rosmah, ketua mereka yang banyak kerenah.

Hal ini menjelaskan kenapa tiba-tiba banyak maklumat terperinci berkaitan salahguna kuasa dan wang oleh teraju NFC yang berjumlah RM250juta. NFC , sudah tentu di terajui oleh keluarga seorang Meneri UMNO Shahrizat Jalil, yang suaminya didakwa melakukan jenayah pecah amanah awal minggu ini.

Satu lagi perkara yang menyokokng persepsi bahawa keluarga Najib juga menyalahguna kuasa ialah dimana mereka mencampur adukkan perkara peribadu dengan urusan rasmi. Bukan sesuatu yang mengejutkan jika Najib telah menipu seluruh negara sejak dari beliau menjadi PM pada tahun 2009. Walaupun mereka mempunyai banyak wang, tidak mustahil mereka lebih suka membelanjakan wang orangramai termasuk negara. Jadi,mereka patut dilabel sebagai murahan.

Kejadian yang tepat pada masanya

Pada 17 Mei,2011, pasangan pertama ini yang kononnya dalam lawatan rasmi ke New York dan Washington DC tetapi akhirnya menghadiri majlis graduasi anak mereka, Nooryana di Universiti Georgetown.

Beberapa minggu kemudian pada awal Jun, Najib dan Rosmah dalam lawatan rasmi ke Kazkhstan. Najib juga mengetuai delegasi ke World Islamic Economic Forum (WIFE) yang berlangsung di Astana,i bu negara Kazakh. Satu kejutan kah bila Najib dituduh sengaja memilih supaya lawatan tersebut serentak seupaya beliau boleh menyelesaikan urusan peribadi seperti pertunangan anak perempuan nya dengan sebuah keluarga berpengaruh dari Kazakhstan? Lebih mengejutkan bila beliau melibatkan beberapa tetamu peribadi dalam rombongan rasmi nya untuk menghadiri majlis tersebut.

Malahan, lawatan ke Kazakhstan mula menghantui Najib. Semasa WIFE, satu memorandum persefahaman telah ditandatangani antara pengarah NFC dengan daerah Jambly di Kazakhstan bertujuan pembiakan lembu untuk di expot ke Malaysia dan negara jiran. Sudah tentu Najib telah dinasihat kan oleh pegawai-pegawai nya merit MOU terebut, juga samada perjanjian tersebut dibenarkan antara NFC dan kerajaan Malaysia untuk melabur di Kazakhstan. Samada terdapat kepentinagn tersembunyi atau tidak, Najib secara melulu bersetuju dengan urusan tersebut.

Hadiah perkahwinan condo RM1.7 juta?

Pada September lepas, NFC membeli satu unit kondo mewah bernilai RM1.7 juta, kononnya untuk digunakan sebagai pejabat. Pembelian ini sekali dengan kondo di bangsar dan Singapore yang mana pengarah NFC dituduh dibeli secara rasuah sekarang menjadi perhatian lapuran polis, menurut lapuran berita terkini.

Kenapa membeli kondo mewah untuk dijadikan pejabat? Pembiakan lembu bukannya satu pelaburan atau perbankan korporat dimana terdapat pelanggan jutawan yang perlu layanan istimewa, atau mungkin pengarah NFC anggap keluarga Najib demikian? Adakah kondo tersbeut dibeli untuk kemudahan anak perempuan Najib atau Rosamh atau ahli keluarga yang lain bila-bila mereka melawat Kazakhstan?

Satu keputusan perniagaan yang baik untuk menjadikan kediaman mewah sebagai pejabat bila membuat pesanan bekalan lembu, makanan ternakan dan sebagainya akan mejadi aktiviti utama? Lagipun, lembu dan condo tidak sama. Adalah lebih elok,bijak dan murah membuka pejabat di bandar atau daerah perniagaan.

Terdapat khabar bahawa NFC sering membantu beberapa ahli politik UMNO dengan mmebekalkan lembu2 utk upacara korban semasa hari raya haji, pada kadar harga lebih murah atau percuma. Jadi,membeli kondo untuk mengambil hati PM atau untuk kemudahan ahli keluarganya adalah tidak mustahil.

Samada mereka ingin menjual kondo tersebut kepada keluarga Najib dengan diskaun, keluarga Shahrizat boleh menafikan semua dan mendakwa pembangkang membuat tuduhan liar, tapi mereka perlu menjelaskan kenapa keputusan tersebut dibuat dan adalah ia mengikut perautran pinjaman RM250 juta yang diberikan oleh kerajaan Malaysia.

Terdapat spekulasi yang mengatakan condo tersebut ialah hadiah perkahwinan anak perempuan Najib. Jika benar, semakin banyak tembelang pecah bila ianya berkait dengan rasa tak puas hati orang ramai.Terdapat penyalahgunaan kuasa diperingkat tertinggi dan tamparan kepada orangramai yang merungut betapa sukarnya hidup kerana kenaikan harga barang dan sarahidup.

Menyokong rasuah

Bukan perkara tidak adil jika ada gesaan untuk pendedahan peuh kerana ini satu contoh budaya Gua tolong lu, lu tolong gua yang secara terang di promosi oleh Najib sendiri. Jadi ia perlu disiasat secara terperinci. Ini lah sebabnya Suruhanjaya Pilihanraya patut menghukum Najib bila beliau mula-mula memberi komen berkaitan. Tidak bertindak segera terhadap rasuah tapi mengatakan ia tidak salah, ianya cuma gembar gembur dari pembangkang yang membesarkan isu,menyolong perbuatannya dan perkembangan terus budaya kotor terebut.

Ini antara sebab walaupun keputusan mendakwa suami Shahrizat,Salleh Simail dengan jenayah pecah amanah, tidak ramai yang percaya yang pemerintahan Najib akan dapat semula wang rakyat yang telah dibelanjakan.Untuk meredakan kemarahan orangramai, media UMNO bersungguh sungguh melapurkan isu lebih ramai pengarah NFC akan didakwa

Bagi keluarga Shahrizat,ini satu pengajaran yang pahit. Kawan-kawan berpengaruh yang sering mereka bantu tidak dapat membantu mereka.Ini lah lumrah politik.Hanya yang kuat akan bertahan. Melihat dari rekod lampau Najib dan Shahrizat, dan kerajaan BN selama ini, peluang besar untuk keluarga Shahrizat terlepas dengan hanya hukuman ringan.

Skandal bil jamuan makan malam

Sementara itu,najib dan Rosmah juga perlu bertanggungjawab. Permulaan nya ialah beri penjelasan kepada dakwaan terbaru yang mereka melepaskan tanggungjawab melunaskan bil jamuan makan malam RM410,000 di Putrajaya kepada pembayar cukai. Ini bukan satu jenaka kerana rakyat perlu membayar RM1.1 juta bagi penerbangan rombongan Najib ke WIFE tahun lepas, yang didakwa termasuk tetamu peribadi untuk majlis pertunangan.

Amat meragukan Najib dengan gaji sebulam RM22,826.65 mampu membelanja kan RM80,000 untuk majlis harijadi nya yang berlangsung pada bulan tersebut juga. Walaupu keluarga nya bersronok sepanjang 2011, rakyat Malaysia berhak bertanya bagaimana PM mereka yang menafikan salahguna kuasa dan berkeras menyatakan beliau menanggung sendiri kos kedua majlis- mampu berbuat demikian dengan jumlah gajinya.

Tambahan lagi.ketika sambutan Hari Kebangsaan,Najib dan keluarga nya menyelinap keluar dan terbang ke Perth untuk percutian dan menggunakan jet persendirian kerajaan untuk mereka dan tetamu mereka. Bila terlalu banyak kejadian salahguna kuasa dn wang, sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena. -Malaysia Chronicle

Salehuddin Temu Musa Hitam Bincang Halatuju Politik Negara

Posted: 16 Mar 2012 06:16 AM PDT

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub menghabiskan masa hampir satu jam bersama bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam dikediamannya di Bkt Tunku, Kuala Lumpur membincangkan beberapa isu semasa yang menjurus kepada halatuju politik negara khususnya berkaitan urus tadbir dan intergriti negara.

Bagi Salahuddin Tun Musa adalah seorang negarawan yang masih punya peranan dalam berkongsi pengalaman luas beliau yang terlibat dalam dunia politik serta punya pegetahuan yang mendalam menilai pemikiran strategik terutama dalam meramal landskap politik negara selepas PRU ke 13.

Yang menariknya kedua-dua kami adalah orang Johor walaupun dalam era yang berbeza yang masih punya nilai yang sama dalam melihat perkembangan politik Johor itu sendiri. Yang jelas kami bersetuju atas banyak perkara dalam melihat perkara-perkara yang berkepentingan rakyat dan negara.

Perbezaan idealogi antara kami langsung tidak menggangu perbincangan kami yang serius sambil berbual santai terutama dalam isu wibawa dan intergriti kepimpinan masa depan negara. Sambil mengharapkan kami akan dapat berjumpa lagi di lain waktu, pertemuan hari ini sangat mesra dan penuh makna bagi saya sendiri menimba satu lagi pengalaman berharga sambil minum kopi bersama Tun Musa Hitam di Bukit Tunku. -email

Caj 6% Prabayar. Laporan BERNAMA Tidak Benar & Mengelirukan

Posted: 16 Mar 2012 05:32 AM PDT

SKMM tidak arah laksana cukai perkhidmatan 6%

Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media (SKMM) menjelaskan yang ia tidak pernah mengeluarkan sebarang memo kepada pembekal perkhidmatan selular mengarahkan mereka melaksanakan cukai perkhidmatan sebanyak 6 peratus ke atas pelanggan prabayar bermula 1 Julai.

Menurut kenyataan SKMM melalui Bernama, Pengerusi suruhanjaya itu, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi yang agak marah dengan laporan tersebut berkata:

"Laporan tersebut adalah spekulasi semata-mata dan tiada arahan telah dibuat mengenai isu ini."

Mohamed Sharil berkata, perbincangan sedang dijalankan untuk mencari jalan penyelesaian terbaik agar pengguna akan terus menerima perkhidmatan komunikasi pada harga yang berpatutan.

Katanya, Sebarang tindakan mengenainya akan mengambilkira kepentingan rakyat dan SKMM akan memastikan supaya rakyat tidak dibebankan.

Sehubungan itu, pihak media dinasihatkan supaya memperbetulkan laporan tersebut dengan segera kerana ianya mengelirukan pengguna.

Semalam, Bernama melaporkan dengan memetik HLIB Research sebagai berkata bahawa kerajaan akhirnya dikatakan membenarkan syarikat telekomunikasi (telco) melepaskan cukai perkhidmatan 6 peratus kepada pelanggan prabayar.

Firma penyelidikan itu dilaporkan berkata bahawa difahamkan SKMM mengeluarkan memo kepada semua penggiat industri yang mengarahkan telco bersedia dari segi teknikal untuk melancarkannya pada 1 Julai.

Ia juga dilaporkan berkata bahawa selain insentif cukai jalur lebar yang dilaksanakan tahun lepas, ini akan meningkatkan lagi pendapatan telco dalam jangka panjang. -mk

Ulasan GB

Laporan caj 6% kad prabayar yang disiarkan semalam di blog GB ini adalah dipetik dari sumber BERNAMA.

Dan laporan tersebut ternyata tidak benar.

Tidakkah sepatutnya SKM mengfambil tindakan ek atas BERNAMA atau setidak-tidaknya memberi amaran kepada agensi berita nasional itu dari mengeluarkan laporan yang mengelirukan?


Kilang Diserang 15 Lelaki Bertopeng

Posted: 16 Mar 2012 04:43 AM PDT

Georgetown: Sebanyak 16 kenderaan termasuk milik pegawai kanan sebuah kilang elektronik di Pusat Perindustrian Bayan Lepas, di sini dirosakkan oleh sekumpulan 15 lelaki bersenjatakan parang dan kayu yang menyerbu premis kilang itu semalam, mengakibatkan kerugian hampir RM3 juta.

CERMIN kereta dan cermin lobi sebuah kilang elektronik di Pusat Perindustrian Bayan Lepas dipecahkan penyerang.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, beberapa kereta yang dinaiki lelaki berkenaan memasuki perkarangan kilang terbabit selepas mengugut pengawal keselamatan menggunakan parang sebelum merosakkan semua kenderaan yang diletakkan di perkarangan kilang.

Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, dia yang sedang berbual dengan rakannya terkejut apabila beberapa kenderaan tiba-tiba meluru masuk ke perkarangan kilang.

"Dalam sekelip mata saja, semua lelaki bersenjatakan parang dan kayu meluru ke arah kereta yang diletakkan di perkarangan kilang sebelum bertindak memecahkan semua cermin kenderaan, termasuk pintu lobi pejabat.

"Tiada siapa yang berani menghalang tindakan kumpulan lelaki terbabit. Semua yang berada di situ hanya mampu melihat pelbagai jenis kenderaan yang mencecah nilai keseluruhan hampir RM3 juta dirosakkan," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Lai Fah Hin, yang ditemui di lokasi kejadian, berkata pihaknya yang mendapat maklumat bergegas ke lokasi kejadian sebelum mendapati semua kenderaan sudah dirosakkan.
Katanya, dalam kejadian itu, suspek terdiri daripada 15 lelaki tempatan bersenjatakan parang dan tukul besi bertindak menyerang kilang elektronik terbabit.

Bagaimanapun, beliau berkata, kesemua pekerja kilang itu tidak mengalami sebarang kecederaan kerana ketika kejadian mereka berada di dalam bangunan.

"Suspek yang memakai topeng itu datang menaiki tiga kenderaan menggunakan nombor pendaftaran palsu dan bertindak memecahkan sebahagian cermin bangunan dan merosakkan kenderaan pekerja, termasuk pengurus syarikat yang diletakkan di sekeliling bangunan.

"Pemeriksaan ke seluruh kawasan bangunan itu tidak menemui sebarang objek tajam yang dipercayai digunakan suspek sebagai senjata utama," katanya.

Fah Hin berkata, kesemua suspek berjaya melarikan diri selepas bertindak memecah sebahagian harta benda kilang dan pekerja.

Katanya, polis akan menyiasat secara terperinci punca kejadian sama ada ia membabitkan individu, perniagaan, cemburu mahupun tukar milik dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh. -BH


15 suspek menyerang, merusuh dikenal pasti

GEORGETOWN — Polis yakin dapat menahan 15 lelaki yang dipercayai terbabit merusuh sebuah syarikat elektronik di kawasan perindustrian Bayan Lepas di sini petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, DSP Lai Fah Hin berkata, hasil siasatan awal, polis telah mengenal pasti identiti kesemua suspek terbabit dan yakin dapat menahan mereka tidak lama lagi.

Pada kejadian pukul 2.15 petang semalam, 15 lelaki tempatan bersenjatakan parang dan tukul besi memecahkan sebahagian cermin hadapan bangunan syarikat dan merosakkan 16 kenderaan termasuk milik pengurus syarikat berkenaan.

Bagaimanapun semua pekerja dalam bangunan kilang itu selamat dan mereka tidak berani mengambil sebarang tindakan ekoran serangan mengejut secara berkumpulan oleh 15 lelaki terbabit.

"Suspek datang dari luar Pulau Pinang dan kini polis sedang menjejaki mereka," katanya ketika ditemui pemberita dalam program Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bersama Pelanggan di sini hari ini.

Fah Hin berkata, hasil siasatan juga mendapati serangan berpunca akibat perselisihan faham berkaitan perniagaan dan dendam.
— BERNAMA


Pelaburan NFC Di Singapura Hangus, Rochester Mall Tamatkan Pajakan Sewa

Posted: 16 Mar 2012 03:33 AM PDT

Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua hari ini mendedahkan mengenai kegagalan National Feedlot Corporation (NFCorp) untuk membayar sewa ruang kedai komersil – pasaraya yang dimiliki di Singapura, dan mahu keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bertanggungjawab di atas hal tersebut.

Menurut Pua, Syarikat Farmhouse Supermarkets dengan menggunakan konsep 'supermarket' milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu didakwa gagal membayar sewa seperti yang dijanjikan.

Merujuk akhbar Singapura hari ini melaporkan, pemilik Rochester Mall di Buona Vista telah menamatkan pajakan sewa oleh Farmhouse Supermarket ekoran syarikat dari Malaysia itu gagal mematuhi syarat tertentu yang dimeterai.

Merujuk kepada laporan berkenaan, Pua turut mempersoalkan nilai pelaburan untuk menubuhkan pasaraya berkenaan.

"Ikut maklumat daripada akhbar Singapura hari ini, Farmhouse tidak tunai syarat tertentu dan gagal membayar sewa yang dikenakan ke atas tempat itu dan perjanjian sewaan itu dibatalkan.

"Sekarang tak dapat laksanakan supermarket ini. Maka saya mahu tanya berapa jumlah pelaburan yang hilang? Siapa nak tanggung pembiayaan? Adakah keluarga Shahrizat ataupun NFCorp?

"NFCorp datang daripada pembayar cukai. Adakah NFCorp yang perlu tanggung kerugian pasaraya ini?," soal beliau.

Syarikat Farmhouse Supermarkets Pte Ltd didakwa memiliki Pasaraya Mewah di Singapura dengan kadar sewaan sebanyak SGD900,000 atau RM2.2 juta sebulan. -FMT





Zahid Hamidi Gagal Tolak Saman Tumbuk Ahli Perniagaan

Posted: 16 Mar 2012 01:58 AM PDT

Menteri gagal tolak saman tumbuk ahli perniagaan

Mahkamah Rayuan hari ini menolak dengan kos permohonan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi membatalkan saman yang dibawa oleh seorang ahli perniagaan, yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan anak perempuan menteri itu.

Panel tiga hakim yang diketuai oleh Datin Paduka Zaleha Zahari sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam, dan mengarahkan menteri itu untuk membayar RM5,000 sebagai kos.

Ahli-ahli panel yang lain ialah Hakim Datuk Clement Allan Skinner dan Datuk Aziah Ali.

Ahli perniagaan Amir Bazli Abdullah, 40, memfailkan saman itu pada 4 Julai 2007, mendakwa bahawa beliau telah dipukul dan ditumbuk pada mukanya oleh Ahmad Zahid pada 16 Januari, 2006.

Keputusan itu dicapai selepas mahkamah mendengar penghujahan peguam Shamsul Bahari Ibrahim yang mewakili Ahmad Zahid, dan memutuskan bahawa ia tidak perlu bagi peguam, Amir Bazli, Karpal Singh, untuk membuat penghujahan.

APA DOSA AMIR BAZLI ABDULLAH?

Ini adalah kisah yang membabitkan hubungan cinta antara En Amir Bazli Abdullah dengan Nurul Hidayah Ahmad Zahid (Dato' Ahmad Zahid Hamidi - hari ini adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang sebelum ini adalah menteri Penerangan - sekarang Menteri Pertahanan -GB).

Percintaan terhalang ini mengakibatkan En Amir Bazli Abdullah menghadapi kecederaan kekal di mukanya. Amir Bazli Abdullah diculik dan dipukul dengan begitu teruk hanya kerana menjalinkan perhubungan cinta dengan Nurul Hidayah, Puteri Dato' Ahmad Zahid Hamidi.

Tindakan yang tidak berperikemanusiaan ini telah menyebabkan kehidupannya berubah dengan kecacatan kekal di muka dan hidung beliau. Dato' Ahmad Zahid Hamidi dan rajan-rakan "gangstser" beliau telah melakukan semua ini dan sehingga hari ini masih bebas tanpa diambil sebarang tindakan.

Dato' Ahmad Zahid Hamidi adalah orang yang bertanggungjawab dan sepatutnya beliau perlu dihakim atas tindakan melampau beliau. Pendedahan ini akan memaparkan kebenaran apa yang sebenarnya berlaku dan kenapa tindakan masih tidak diambil ke atas Dato' Ahmad Zahid Hamidi.

Adakah kerana beliau berjawatan Timbalan Menteri, maka beliau berhak untuk melakukan apa sahaja sehingga melakukan kenayah yang melibatkan penculikan, penderaan, pukul dan mengugut bunuh?

Sehingga hari ini masih tiada lagi siasatan yang benar-benar telus dilakukan. Sehingga hari ini mereka yang terlibat masih di luar sana serta bebas dan yang paling menyedihkan penjenayah ini sekarang bergelar Menteri.

Berikut adalah petikan dari media Sunday Mail 21-22 Julai 2007 yang telah memaparkan insiden tersebut. Ini adalah hasil dari kegagalan pihak polis dalam melakukan siasatan terperinci mengenai kes tersebut. Kenapa sehingga kini tidak ada pendakwaan.

Suratkhabar ini telah memaparkan kecederaan yang dialami oleh Amir Bazli Abdullah serta sebab yang menyebabkan beliau dipukul dengan begitu teruk oleh kumpulan Dato' Ahmad Zahid Hamidi.


Menurut Dato' Ahmad Zahid Hamidi tindakan Amir Bazali hanya untuk memburuk-burukkan namanya dan adalah mustahil beliau melakukan perkara ini semata-mata kerana Amir Bazli keluar "temujanji" dengan anaknya. [Nota: Ini menjawab saranan komentar yang menyatakan Amir Bazli layak dipukul kerana keluar tanpa persetujuan.]

Dato' Ahmad Zahid Hamidi yang menolak tuduhan itu dengan alasan hanya bertujuan untuk memburukkan namanya tetapi tidak mengambil sebarang tindakan atas tuduhan yang dibuat oleh Amir Bazli Abdullah.

Lebih memburukkan ialah polis turut "senyap" mengenai isu ini. Kenapa?

Agak keterlaluan sekiranya Amir Bazli terpaksa memukul dirinya sedemikian rupa dengan mengalami kecacatan semata-mata untuk memburukkan nama Dato' Ahmad Zahid Hamidi. Ini tidak logik dan sukar diterima akal. Persoalan-persoalan tuduhan ini sepatutnya dirungkai oleh pihak polis demi untuk mencari kebenaraan (dan keadilan).

Ini kes jenayah dan tuduhan adalah tuduhan jenayah. Persoalan ini memerlukan siasatan dan pembelaan.

Apakah dengan penafian Dato' Ahmad Zahid Hamidi sahaja cukup untuk menolak perbuatan jenayah yang beliau lakukan.

Apakah hasil siasatan yang dibuat oleh polis? Adakah Amir Bazli mencederakan dirinya sebegitu rupa, mengalami kecederaan kekal hanya untuk membuerukkan nama Dato' Ahmad Zahid Hamidi?

Adakah kecederaan di muka Amir Bazli >tidak menimbulkan sedikit kemusykilan dari pihak polis?


Kenapa tidak disiasat dan sekiranya Amir Bazli menipu,mengenai isu ini kenapa beliau tidak diambil tindakan kerana laporan palsu?

Ini semua menaikkan bulu kening. Polis tidak mengambil langkah-langhkah yang sepatutnya dalam memastikan kebenaran terselongkar. Sekiranya tidak, maka timbul spekulasi bahawa polis bertindak menyorokkan insiden ini hanya kerana Dato' Ahmad Zahid Hamidi seorang yang mempunyai kedudukan dalam kerajaan.

Adakah kedudukkan ini melayakkan undang-undang diketepikan dan mengsa terbiar tanpa pembelaan? -Sumber


Kadir Pelik Media UMNO Menyerangnya

Posted: 15 Mar 2012 09:31 PM PDT

Kenapa media Umno serang saya - Kadir

SERDANG, 15 Mac: Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata, segala kritikannya terhadap kerajaan Umno BN bukan kerana kecewa tidak diberi jawatan, sebaliknya mahu membetulkan apa yang tidak betul dilakukan pemimpin negara.

Menurutnya, pandangan yang diutarakannya jika dikaji secara terperinci, ianya adalah sesuatu yang baik untuk melengkapkan transformasi politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Malang katanya, media arus perdana yang dikuasai Umno telah memutar belit kenyataannya dan menyerangnya secara berterusan.

"Saya tidak ada sebarang kekecewaan dalam hidup saya, lebih-lebih lagi sekarang ini, saya bahagia.

"Pandangan saya ini sebagai orang lama dalam Umno. 56 tahun dari hidup saya, saya beri kepada Umno. Buat apa ahli Umno duk bedai (bedal) orang Umno (macam saya)," katanya pada sidang media di pejabatnya di Mines Waterfront di sini.

Pada temubualnya dengan TVPAS dan Harakahdaily Januari lalu, Abdul Kadir mendedahkan jentera BN sekarang sedang masuk ke kampung-kampung mengedarkan wang tunai yang juga disebutnya sebagai strategi "bom" untuk tujuan membeli undi pilihan raya umum.

Dalam isu agenda Bumiputera pula, dalam temubual itu beliau mendakwa kerajaan BN telah gagal meletakkan kedudukan sosio ekonomi bumiputera di tahap sepatutnya sedangkan BN sudah diberi tempoh 50 tahun memerintah.

Mengulas lanjut Abdul Kadir berkata, jika beliau mahukan jawatan mahupun projek, itu bukan sesuatu yang sukar kerana yakin pimpinan parti akan membantunya atas menghargai khidmatnya yang lama.

"Saya tak pernah jumpa mereka nak mintak jawatan atau projek.

"Kalau saya nak jawatan, di kemuncak karier saya sebagai menteri, saya berhenti buat apa, munasabah ke," soalnya.

Nafi beli undi

Dalam pada itu, bekas Menteri Penerangan dan Komunikasi itu juga turut kesal kerana dituduh membeli undi dari pengundi di kawasan parlimennya di Kulim Bandar Baharu.

Sambil menyifatkannya sebagai fitnah, beliau juga menafikan pernah mendakwa penduduk di parlimen itu perlu dibeli untuk mendapat undi.

"Saya sensitif jika ini dikaitkan dengan kawasan parlimen yang saya wakili selama 30 tahun. Bukan sahaja ahli Umno malah seluruh rakyat tanpa mengira kaum atau fahaman politik ibarat manusia intan permata dan tersangat mulia.

"Kami di Kulim Bandar Baharu tidak pernah dan tidak perlu membayar wang untuk membeli undi sama ada semasa pemilihan parti ataupun pilihan raya umum," tegasnya bersungguh. -HD

Abdul Kadir dakwa ada pihak putar belit kenyataan

SERI KEMBANGAN: Veteran UMNO, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir tetap dengan pendiriannya bahawa beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan atau dakwaan kononnya pengundi di Parlimen Kulim/Bandar Baharu adalah mata duitan serta mudah dibeli.

Bekas menteri Kabinet itu, sebaliknya menegaskan bahawa segelintir pihak cuba memutarbelitkan kenyataan beliau sebelum ini selain melemparkan pelbagai tuduhan tidak berasas ke atas dirinya.

"Kami di Kulim/Bandar Baharu tidak pernah dan tidak perlu membayar wang untuk membeli undi sama ada ketika pemilihan parti atau pun pada pilihan raya umum, saya ingin tegaskan perkara ini bersungguh-sungguh.

"Selama 30 tahun menjadi Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu, hubungan saya dengan rakyat setempat amat baik dan tiada sebarang masalah, saya amat sensitif apabila baru-baru ini ada pihak memutarbelitkan kenyataan saya dengan mengaitkan penduduk di kawasan Parlimen itu.

"Saya berasa kasihan terhadap mereka yang membuat tuduhan ini kerana jelas mereka bukan saja hendak cari makan tetapi sudah pun 'gila', mereka perlu dibantu untuk pergi ke 'Tanjung Rambutan'," katanya di sini, semalam.

Baru-baru ini, akhbar melaporkan Abdul Kadir mendakwa wang digunakan untuk kempen pilihan raya umum lalu untuk membeli undi disifatkan sebagai taktik 'bom'.

Isnin lalu, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu, Datuk Hussain Abdul Rahman berkata, pertemuan pihaknya bersama Abdul Kadir baru-baru ini, sebaliknya mendedahkan wujudnya niat jahat untuk memecahbelahkan keutuhan perpaduan ahli UMNO dan menghilangkan kepercayaan pengundi di Parlimen itu yang kini semakin memihak kepada Barisan Nasional (BN).

Abdul Kadir yang juga Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) berkata, hubungan beliau dengan kepemimpinan UMNO mesra serta tidak wujud sebarang masalah.

"Sebelum ini, saya sudah pun memberi penjelasan mengenai beberapa pandangan saya bagaimana hendak membantu melengkapkan transformasi politik yang sentiasa diingatkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Malangnya, kenyataan saya diputarbelitkan, seorang daripada mereka adalah yang lompat keluar sebagai Ahli Parlimen PKR dan seorang lagi yang bercakap begitu garang adalah yang baru 'dua hari' berpolitik," katanya.

Abdul Kadir berkata, AMANAH menyambut baik usaha kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya, seiring tuntutan rakyat.
-BH






Laporan sebelum ini
klik untuk baca





Apakah Negara Sudah Tidak Selamat?

Posted: 15 Mar 2012 09:06 PM PDT

Ibu bapa cuai jaga keselamatan anak boleh didakwa

KUALA LUMPUR - Ibu bapa yang didapati cuai dalam tanggungjawabnya menjaga keselamatan anak-anak mereka hingga menyebabkan kanak-kanak itu hilang, boleh didakwa di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Heng Seai Kie berkata, di bawah akta tersebut, kementerian itu dan pihak berwajib diberikan kuasa untuk mengambil tindakan ke atas ibu bapa yang cuai.

Beliau berkata, sudah sampai masanya para ibu bapa mengambil iktibar daripada tragedi yang menimpa adik Nurul Nadirah Abdullah@Dirang agar tidak ada lagi kanak-kanak lain yang terus menjadi mangsa kepada kekejaman individu yang tidak berperikemanusiaan.

"Saya sebenarnya bersetuju dengan gesaan dan pandangan yang diberikan oleh segelintir rakyat awam yang merasakan sudah sampai masanya tindakan undang-undang diambil terhadap ibu bapa yang cuai menjaga anak-anak mereka.

"Untuk itu, saya akan mengesyorkan cadangan ini kepada pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk mendalami perkara tersebut dengan pihak-pihak berkaitan sebelum tindakan susulan diambil," katanya ketika ditemu ramah dalam program 'Dalam Radar' terbitan Bernama Radio24 semalam.

Heng turut menggesa semua ibu bapa mengikis sikap acuh tak acuh terhadap keselamatan anak-anak mereka.

Beliau berkata tanggungjawab ibu bapa bukan sekadar membesarkan anak-anak dengan menyediakan makan minum dan tempat berteduh, tetapi juga meliputi memberikan perlindungan kepada mereka. - Bernama

Ulasan GB

Apa sudah jadi?

Apakah negara sudah tidak selamat hanya selepas beberapa hari Menteri KDN mengisytiharkan Malaysia sebagai diantara "Malaysia negara paling selamat di Asia tenggara"?




No comments: