Kelab Greenboc |
- [Video] Syabas, Chong Wei Ke Perlawanan Akhir All England
- Ibrahim Ali Yang Bakal Mati Katak Dalam Politik Malaysia
- Kebenaran Terdedah, Akhirnya Tupai Yang Dimaksudkan TGNA Dikenalpasti
- Adik Mula Rindu Abang
- Ibu Ada HIV Sanggup Jual ‘Dara’ Anaknya Untuk Wang
- Majlis Pertunangan Anak Najib: Rakyat Tidak Percaya Penafian PMO
- 2 Kejadian Kebakaran, Satu Di Manir & Satu Di Serdang
- Lagi Kes Buntu, Nurul Zakiah Kembali Ke Sisi Keluarga, Lari Kerana Cintakan Samer
[Video] Syabas, Chong Wei Ke Perlawanan Akhir All England Posted: 10 Mar 2012 04:31 PM PST Perseorangan nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei mara ke perlawanan akhir Kejohanan Badminton Seluruh England untuk memenangi gelaran buat tahun ketiga berturut-turut. Dalam perlawanan yang berlangsung di Birmingham sebentar tadi, juara bertahan ini menewaskan Lee Hyun Il, dari Korea Selatan, 21-19 dan 21-18 dalam masa 44 minit. Di perlawanan akhir, Chong Wei akan bertemu sama ada Lin Dan ataupun Kenichi Tago. Tahun lalu, Chong Wei mengetepikan musuh ketatnya Lin Dan dari China untuk mempertahankan kejuaraan. Ketika itu dia mengambil masa 52 minit untuk menundukkan Lin Dan dengan 21-17, 21-17. Bagaimanapun, kempen beregu campuran utama negara, Goh Liu Ying/Chan Peng Soon untuk mara ke final berakhir apabila tunduk kepada gandingan Indonesia, Tontowi Ahmad/Liliyana Natsir. Beregu Malaysia itu memberi tentangan hebat kepada beregu nombor empat dunia dari Indonesia itu pada set pertama separuh akhir dengan 25-27 dan terpaksa terpaksa akur dengan kehebatan pihak lawan pada set kedua 16-21. Tontowi/Liliyana akan bertemu dengan beregu campuran dari Denmark, Thomas Laybourn/Kamilla Rytter Juhl, pada peringkat akhir kejohanan berprestij itu di National Indoor Arena, Birmingham, malam ini. |
Ibrahim Ali Yang Bakal Mati Katak Dalam Politik Malaysia Posted: 10 Mar 2012 03:29 PM PST Perkasa mahu Nik Aziz berundur GUA MUSANG - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu berundur sebagai Menteri Besar kerana tidak lagi layak menerajui Kerajaan Negeri Kelantan, malah tidak wajar bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menegaskan, banyak sebab menteri besar itu perlu berundur, bukan sahaja disebabkan faktor umur, tetapi juga kelemahan sepanjang lebih 20 tahun memerintah negeri itu. Nik Abdul Aziz mengetuai Kerajaan Kelantan sejak Pas menguasai negeri itu pada 1990. Ibrahim yang bertanding kerusi Parlimen Pasir Mas pada 2008 menggunakan tiket Pas berkata, antara sebab lain kegagalan membawa perubahan ke arah kemajuan masa depan rakyat dan sumber pendapatan kerajaan negeri yang semakin menurun. "Kalaulah dia terus memegang jawatan itu sudah tentu rakyat akan berdepan dengan banyak masalah. "Oleh itu saya minta Nik Abdul Aziz berundur sebelum PRU13," katanya di sini. Ahli Parlimen Pasir Mas ini berkata, penyandang jawatan Menteri Besar perlu dilantik daripada kalangan pemimpin muda yang berpelajaran tinggi dan mempunyai perancangan berwawasan untuk kemajuan rakyat. Katanya, Nik Abdul Aziz boleh dikatakan memegang jawatan Menteri Besar itu hanya sebagai pemerhati kerana tidak mampu melakukan apa sahaja pembaharuan menyebabkan Kelantan masih mundur dan kurang peluang pekerjaan. "Kalau nak dikatakan dia layak sebagai mufti tidak juga kerana banyak fatwa yang dikeluarkan bercanggah dengan mufti lain berikutan ada kepentingan politik peribadinya. "Tambah pula sekarang terikut-ikut telunjuk parti pakatan termasik DAP dan PKR. "Adalah lebih baik dia berehat sahaja di rumah dan memberi laluan kepada orang yang lebih muda untuk menerajui kerajaan negeri supaya ada perancangan yang berguna," katanya. Beliau mengakui kelemahan kepimpinan Nik Abdul Aziz itu menyebabkan Kerajaan Pusat menghulurkan pelbagai bantuan khususnya kewangan bagi membangunkan negeri berkenaan sejak dahulu sampai sekarang. Katanya, rakyat negeri itu juga sudah kurang yakin dengan kemampuan Nik Abdul Aziz terus menerajui Kerajaan Kelantan dan kemungkinan besar menolak Pas pada PRU13. "Pada hemat saya sudah nampak dengan jelas rakyat semakin muak dengan karenah kepimpinan kerajaan negeri yang lebih mengutamakan kepentingan diri daripada membawa perubahan untuk mereka," katanya. -SH PRU-13: Tiada simbol PAS buat Ibrahim tanding di Pasir Mas Ulasan GB Ibrahim Ali menyangkakan jika TGNA berundur, harapannya untuk menang di dalam pilihanraya lebih cerah. Walhal, beliau yang telah menipu TGNA dan PAS di Kelantan tidak menyedari bahawa riwayat politiknya yang bakal berakhir lantaran penipuannya itu. Bukan TGNA yang ingin bertanding tetapi ahli PAS seuruh negara yang tidak benarkan beliau berundur. Dan rakyat Pasir Mas sedang menunggu untuk menghukum Ibrahim Ali di dalam PRU13 nanti. Jangan cuba lari ke kawasan lain! |
Kebenaran Terdedah, Akhirnya Tupai Yang Dimaksudkan TGNA Dikenalpasti Posted: 10 Mar 2012 07:37 AM PST Nik Aziz: Saya simpati pada 'tupai' isu Kedah Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, beliau bersyukur kerana krisis pentadbiran Kedah tidak berakhir dengan pentadbiran darurat melalui Majlis Gerakan Negara (Mageran) seperti pengalaman Kelantan pada tahun 1978. Nik Aziz berkata, dalam menangani konflik menteri besar dan wakil rakyat negeri itu, Mageran digunakan untuk menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan dan bukan perbincangan seperti yang dilaksanakan di Kedah sekarang ini. "Berbezanya antara dua penyelesaian membuktikan berbezanya dasar yang digunakan, satu dasar Islam dan satu lagi dasar sekular!" kata mursyidul am PAS itu. PAS beranggapan pergolakan kepemimpinan Kedah berakhir pada 5 Mac lalu dengan pengumuman dua exco - Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh - menerima pelantikan semula ke jawatan mereka. Dalam kenyataannya semalam, Nik Aziz juga secara sinis berkata, beliau bersimpati terhadap "tupai-tupai" yang melompat keseronokan ketika kemelut itu berputik kerana menjangka dapat "menikmati buahnya". "Sayangnya, putik tidak menjadi masak, tupai pula jatuh kehampaan," katanya lagi tanpa menamakan dengan jelas pihak terbabit. Sepanjang krisis Kedah bermula hujung Februari lalu, isu itu menjadi fokus serangan musuh politik mereka daripada Umno dan dikritik hebat di media arus perdana. Malah, ada yang berspekulasi, krisis itu jika berpanjangan mampu menggoyahkan kestabilan pentadbiran PAS dan bakal memastikan kekalahan parti itu dalam pilihan raya umum akan datang. Nik Aziz juga menganggap kemelut itu istimewa kerana pertelagahan berlaku untuk menolak jawatan dan bukan merebutnya seperti apa yang disifatkannya berlaku dalam " silibus pengajian sekular". "Bahkan jika terbukti melakukan penyelewengan sekalipun, masih enggan untuk meletakkan jawatan!" katanya membuat perbandingan. Beliau juga menganggap kesediaan kedua-dua orang exco untuk menggalas tugas yang sebelum ini ditolak merupakan titik noktah terhadap krisis yang melanda negeri itu. -mk Ahli PAS dedah sikap Azizan Ulasan GB Tak begitu lama, hanya beberapa ketika, akhirnya Tuhan dedahkan, siapa tupai yang dimaksudkan oleh TG Nik Aziz. Tabiat tupai melompat dari satu pokok ke satu pokok - dari UMNO rupanya dia, kemudian Semangat 46 kemudian jadi ahli PAS. Pengakuannya: "Saya mengetuai demontrasi rakyat Kedah termasuk disertai ahli PAS mengadakan demontrasi membantah kenaikan tarif air. Satu hal yang tidak pernah dilakukan oleh ahli-ahli PAS terhadap pucuk pimpinan sendiri tetapi berlaku di Kedah dan ramai juga "ahli PAS" yang termakan racun yang dibawa tupai berkenaan untuk menjatuhkan pemimpin PAS sendiri. Tak berjaya dengan isu "kontrak selenggara jalan" yang merupakan satu fitnah, apabila kontrak yang dimasudkan itu yang kononnya bernilai RM1 bilion hanyalah hearsay, kini kumpulan tupai ini beralih dengan memperlekehkan dan memburukkan peribadi kononnya Ust Azizan angkuh, "cenge", kononnya beliau terlalu keras dan seumpamanya. Satu kaedah tipikal digunakan oleh mereka yang bankrap politik apabila gagal menyerang lawannya apabila kehabisan dan ketiadaan modal dan isu. Dan terlalu bodoh pula ahli-ahli PAS yang ada tarbiyah mengikut tupai-tupai berkenaan. Bodoh sebodoh-bodohnya. Sepandai-pandai tupai akhirnya jatuh ke tanah jua, kata pepatah Melayu. tetapi ayat TGNA lebih lunak lagi: "Sayangnya, putik tidak menjadi masak, tupai pula jatuh kehampaan." klik untuk baca |
Posted: 10 Mar 2012 05:34 AM PST Ioh - "Kenapa abang jalan-jalan tak balik lagi?" Itulah pertanyaan yang lahir dari Yusaidatul Adawiyah Jidun, 4, adik bongsu kepada Yushahiriezal Jidun, 9, yang dikhuatiri lemas dipercayai dibawa arus deras selepas tergelincir ketika bermain berhampiran longkang di Kem Syed Putra, Jalan Tambun di sini Rabu lalu. Kedua-dua adik beradik itu dikatakan mempunyai hubungan yang sangat akrab dan sering bermain bersama-sama sejak kecil. Ibu mangsa, Mazlinah Rintan, 30, berkata, ramai orang memberitahu cerita yang berbeza-beza mengenai kehilangan anak tunggal lelakinya itu. Menurutnya, ada orang yang mendakwa melihat Yushahiriezal di Taman Cempaka, malah ada juga yang terlihat kelibat anaknya itu pulang dari sekolah bersama seorang lelaki India, kelmarin. "Malah ada dalam kalangan rakan-rakan yang ternampak anak saya bermain berhampiran longkang besar dekat rumah," katanya ketika ditemui di kuarters Kem Syed Putra, semalam. Menurut cerita ibu kepada tiga cahaya mata itu, anaknya keluar dari rumah kira-kira jam 3 petang selepas pulang dari sekolah. "Selepas pulang, dia (Yushahiriezal) terus menukar baju berwarna kelabu dan memakai seluar sekolahnya serta meminta izin dari saya keluar rumah untuk bermain dengan rakan-rakan. "Pada waktu itu cuaca masih cerah namun sejam kemudian hujan lebat melanda tetapi anak saya masih belum pulang," katanya yang berasal dari Tuaran Sabah dan sudah menetap hampir 10 tahun di kuarters tersebut. Mazlinah berkata, sehingga jam 7 petang anaknya masih tidak pulang dan hatinya mula berasa bimbang. Beliau menyuruh anak sulungnya, Yusmieyirah Jidun, 14, mencari Yushahiriezal di sekitar kem dan rumah rakan-rakannya. "Namun, Yushairiezal tidak ditemui," katanya yang kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Ampang (kemudian kes dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh) pagi kelmarin. Kemudian, usaha mencari anaknya mula dijalankan oleh anggota tentera dengan bantuan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bermula jam dua petang hari yang sama. "Mereka hanya menemui seluar sekolah yang dipakai anak saya tersangkut di ranting di dalam longkang berhampiran Institut Tadbiran Islam Perak (Intim) semalam (kelmarin). "Kami sekeluarga berdoa semoga anggota penyelamat dapat membantu menemui Yushairiezal dengan segera," katanya yang bekerja di sebuah pasar raya besar di sini. Semalam, Sinar Harian melaporkan kehilangan seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun yang dikhuatiri lemas dibawa arus deras selepas tergelincir dalam longkang sedalam antara dua hingga tiga meter di Kem Syed Putra, Jalan Tambun. Menurut maklumat awal, Yushairiezal bermain bola sepak bersama rakannya berhampiran longkang itu dan tidak pulang ke rumah. Operasi oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Ipoh bermula dari longkang berkenaan sehingga ke Sungai Pinji bagaimanapun gagal menemui mangsa dan operasi kemudian ditangguhkan pada jam 7.30 malam kelamrin. Bagaimanapun, sehelai seluar biru dipercayai milik mangsa dijumpai tersangkut di ranting di Sungai Pinji. Mangsa masih dicari Usaha mencari dan menyelamat Yushahiriezal yang juga murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan (SK) Wira Jaya di sini giat dijalankan anggota tentera Kem Syed Putra, Jalan Tambun dengan bantuan Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah, semalam. Pegawai Memerintah Dua Rejimen Renjer Diraja, Leftenan Kolonel Abu Hasan Asshari Shaffie berkata, beliau bersama 12 anggota menjalankan operasi menggunakan dua bot sejak jam 7 pagi. Mereka turut mendapat bantuan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) Ipoh dan Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah untuk mengkoordinasi kawasan pencarian mangsa. "Pencarian kami diteruskan dengan bantuan pihak bomba sepanjang operasi dijalankan," katanya ketika ditemui semalam. Dalam perkembangan sama, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah, Halid Md Zain berkata, seramai lima anggotanya ditugaskan untuk menjalankan pemantauan di sepanjang jambatan Sungai Kinta hingga ke Chenderong sejak jam 8 pagi semalam. "Kami memantau kawasan mengikut aliran sungai yang dikenal pasti namun setakat ini mangsa masih belum ditemui, " katanya. Mangsa masih tidak ditemui setakat jam 6 petang semalam. -SH |
Ibu Ada HIV Sanggup Jual ‘Dara’ Anaknya Untuk Wang Posted: 10 Mar 2012 03:28 AM PST Johor Bharu: Seorang ibu yang juga penghidap HIV tergamak memaksa anak dara suntinya melacur, malah bercadang menjual remaja berusia 13 tahun itu kepada mana-mana lelaki yang berminat, semata-mata untuk mendapatkan wang dengan cara mudah. Gambar fail Bagaimanapun, remaja itu bernasib baik apabila seorang lelaki yang berniat melanggannya, simpati akan nasibnya selepas mangsa menceritakan keadaan sebenar lalu menyerahkannya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk diberi bantuan. Pengarah JKM Johor, Khatijah Abdullah yang mendedahkan kejadian itu berkata, wanita penghidap HIV terbabit tergamak bertindak demikian sebagai jalan mudah untuk melepaskan tanggungjawab sekiranya dia ditimpa perkara tidak diingini selain meringankan bebannya. "Semuanya terdedah selepas kami menerima maklumat berkaitan cubaan menjual mangsa daripada pelanggan gadis itu yang simpati dengan nasib malangnya. "Itu kali pertama mangsa dipaksa melacur, jadi dia merayu kepada lelaki terbabit supaya jangan mengapa-apakannya serta menceritakan nasib malangnya. "Lelaki itu yang simpati kepada mangsa tidak jadi melanggannya, sebaliknya menyerahkan mangsa kepada kami," katanya ketika ditemui Harian Metro. Khatijah berkata, pihaknya melakukan intipan selama beberapa hari dan mendapati dua beranak berkenaan menyewa bilik sebuah rumah kedai di sekitar bandar raya ini. "Kami kemudiannya menyerbu bilik berkenaan. Selepas diselamatkan, gadis berkenaan kemudiannya ditempatkan di sebuah pusat perlindungan di sekitar bandar raya ini," katanya. Menurutnya, hasil soal siasat remaja perempuan itu didapati keciciran sekolah dan sebelum ini ibunya juga memaksanya mengemis untuk mendapatkan wang. "Mangsa mendakwa ibunya juga pernah cuba memujuknya untuk melacur beberapa kali namun gadis berkenaan berjaya mengelak. "Ibunya yang turut kami tahan kini ditempatkan di sebuah pusat perlindungan pesakit HIV di Taman Abad. Ketika disoal siasat, pada mulanya dia enggan mengaku cuba menjual anak gadisnya tetapi akhirnya mengubah pengakuan," katanya. Khatijah bagaimanapun enggan mendedahkan harga yang ditetapkan ibu gadis terbabit ketika dia mahu dijual. Menurutnya, mangsa kini sudah menyambung persekolahan malah sentiasa diberikan kaunseling selain didedahkan dengan aktiviti berfaedah baginya meneruskan kehidupan baru. Khatijah berkata, mana-mana ibu bapa atau penjaga yang mengabaikan anak atau individu yang dijaga boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 33, Akta Kanak-kanak 2011. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes pengabaian kanak-kanak mahupun remaja berusia kurang 18 tahun diminta untuk menyalurkan aduan kepada JKM di talian 07-2282971. -hm |
Majlis Pertunangan Anak Najib: Rakyat Tidak Percaya Penafian PMO Posted: 10 Mar 2012 12:29 AM PST PMO: Majlis bertunang anak PM bukan dibiayai k'jaan Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini menafikan dakwaan PKR bahawa kerajaan telah membiaya majlis pertunangan anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Dalam satu kenyataan yang dihantar malam ini, PMO berkata pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli perlu memohon maaf atas dakwaannya yang palsu, fitnah dan memburuk-burukkan reputasi perdana menteri. Menurutnya, tiada dana awam digunakan untuk membiayai majlis pertunangan anak perempuan perdana menteri itu, sebaliknya telah dibayar sendiri oleh perdana menteri dan keluarganya. Rafizi, dalam satu sidang akhbar petang tadi, mendakwa mempunyai bukti yang kerajaan telah membiaya majlis pertunangan anak perempuan perdana menteri itu. Pengarah strategi PKR itu membuat dakwaan tersebut dengan merujuk kepada satu tempahan jamuan bankuet kepada Hotel Shangri La yang didakwa menyediakan katering untuk majlis berkenaan. Rafizi mendakwa, kos berjumlah RM409,767 itu dibilkan kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO). Menurut salinan dokumen yang diedarkan kepada media itu, majlis berkenaan diadakan pada 17 Jun 2011 di kompleks Perdana Putra. Bernama melaporkan pada tahun lalu bahawa pertunangan anak Najib, Nooryana Najwa dengan warga Kazakhstan, Daniar Nazarbayev itu dilangsungkan di kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana pada malam tersebut. -mk Bukti Perdana Menteri Tempah Hotel Untuk Pertunangan Anaknya!! Ulasan GB PMO, sama seperti Wispa Putra dahulu, cuba membuat penafiannya sedangkan bukti nyata sudah dipaparkan. Tiada sebab pelapor perlu minta maaf tetapi Najib dan Wisma Putralah yang perlu minta maaf seperti Najib meminta maaf kepada rakyat Selangor hasil kecurangan pemerintahaan UMNO BN di Selangor. Sebelum ini GB pernah menyatakan mengenai kenyataan penafian dari Wisma Putra: Begitulah Wisma Putra yang pendusta, menipu seluruh rakyat Malaysia, anda TIDAK BERMARUAH dan tiada siapa yang akan dengar penjelasan kamu lagi tentang apa isu sekalipun. Sekali lancung ke ujian seumur hidup orang tidak percaya! klik untuk baca |
2 Kejadian Kebakaran, Satu Di Manir & Satu Di Serdang Posted: 09 Mar 2012 09:52 PM PST Kuala Terengganu – Enam sekeluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah yang didiami sejak lebih 50 tahun hangus terbakar dalam kejadian di Kampung Kedai Manir, Jalan Pasar Manir, di sini hari ini. Gambar: metro Dalam kejadian 11 pagi itu, Abdul Aziz Mohd, 66, bersama lima anaknya hanya sempat menyelamatkan diri dan melihat api menjilat keseluruhan rumah mereka dengan cepat. "Ketika kejadian, saya berada di dapur menyediakan juadah termasuk kerang rebus untuk dijual di pasar malam, manakala lima anak berada di ruang tamu. "Tiba-tiba angin bertiup kuat menyebabkan api di dapur gas menyambar generator yang mengandungi petrol mengakibatkan alat itu terbakar dan kebetulan pula berada dekat dengan tong gas," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian. Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Ahmad Fathi Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira 11.07 pagi dan tiga jentera bomba bersama 13 anggota digegaskan ke tempat kejadian. "Kita berjaya memadam kebakaran yang dipercayai bermula dari bahagian dapur itu kira-kira 11.46 pagi. "Hasil siasatan awal, kita tidak menolak kemungkinan kebakaran itu disebabkan oleh aktiviti memasak pemilik rumah ini," katanya. – BERNAMA Rentung berpeluk di bilik tidur |
Lagi Kes Buntu, Nurul Zakiah Kembali Ke Sisi Keluarga, Lari Kerana Cintakan Samer Posted: 09 Mar 2012 08:19 PM PST Shah Alam – Pelajar tingkatan lima yang melarikan diri dari rumah sejak 14 Februari lalu, Nurul Zakiah Hidayah Azman, 17, mengakui dia bertindak sedemikian kerana cintanya terhadap teman lelaki warga Pakistan yang dikenali sebagai Samer Khan. Zakiah yang pulang sejak seminggu lalu memberitahu, dia melarikan diri selepas hubungan cinta mereka mendapat tentangan keluarga. "Saya sebenarnya lari secara sendirian dan bukan dengan Samer. "Pada masa itu fikiran saya berserabut kerana hubungan kami mendapat tentangan keluarga menyebabkan saya tidak boleh berfikir secara waras dan terus melarikan diri," katanya ketika menghubungi sendiri pejabat Kosmo! di sini semalam. Nurul Zakiah bagaimanapun mendakwa dia telah memutuskan hubungan dengan Samer dan hanya sekadar kawan sejak berita kehilangannya dilaporkan dalam akhbar. Dia kini bertekad memulakan hidup baharu bersama keluarga. "Memang dahulu kami bercinta tapi kini cuma kawan. "Saya juga akan memulakan persekolahan dan kini dalam usaha untuk berpindah ke sekolah lain," katanya yang bekerja sambilan di sebuah restoran di sini sewaktu melarikan diri. -kosmo klik untuk baca |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment