Kelab Greenboc |
- Anak Buntu & tenggelam Punca Jadi Sebab Tinggalkan Ibu Di Hotel Bajet
- Najib Terbabit? Siasat Semula Kes Altantuya! – Mat Zain
- Shahrizat Bakal Bogel Habis: Rafizi & Zuraida Kemuka Saman Balas
- Memalukan: PM Guna Wang Rakyat Untuk Majlis Pertunangan Anaknya
- Dana RM1 Juta: Dr Jeyakumar Dibenar Cabar Keputusan Mahkamah Rayuan
- Siling Pejabat Tanah Dan Galian Perlis Runtuh Petanda BN Pun Nak Runtuh?
- Surendran: Hukuman Terhadap Imam Hoslan Tidak Wajar
- Van, Kereta Bertembung, 10 cedera
- [Video] Siapa Si Tanggang Tinggalkan Ibunya Di Hotel Bajet? - [ulangsiar]
Anak Buntu & tenggelam Punca Jadi Sebab Tinggalkan Ibu Di Hotel Bajet Posted: 09 Mar 2012 04:52 PM PST Takkan tak sayang emak' KUALA LUMPUR: "Emak saya bang, takkan saya tak sayang. Apapun yang berlaku, sebagai anak saya mohon ampun dan maaf dengan apa yang terjadi. Hanya Tuhan yang tahu perasaan saya ketika ini, saya harap mak memahaminya," kata Amir Mohd Omar, 27, anak Faridah Maulud, ibu yang ditinggalkan di sebuah hotel bajet di sini sejak 3 Mac lalu. "Saya buntu dan seperti tenggelam punca kerana dalam hati tidak terlintas langsung untuk menyusahkan ibu seperti itu. "Kejadian ini menyebabkan saya dihubungi sanak-saudara yang selama ini tidak tahu kedudukan sebenar saya walaupun sudah lima tahun menetap dan bekerja di ibu negara. Ada yang memberikan reaksi positif dan ada yang menyalahkan saya sebagai punca semua ini berlaku. "Namun, saya buat begini kerana sayangkan mak dan mahu dia selesa. Kalau mampu, sudah tentu saya tempatkan dia di rumah sendiri kerana selama ini kami berkongsi susah dan senang," katanya ketika bersetuju bertemu wakil Harian Metro selepas beberapa kali dihubungi, semalam. Harian Metro berusaha mencarinya sejak pagi dengan mendapatkan nombor telefon Amir daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pengusaha hotel. klik untuk baca Ulasan GB Usah sesekali lakukan (tinggalkan) ibu sedemikian. Apatah lagi membiarkan ibu di dalam kesedihan dan tangisan. Kepada Amir, segeralah temui ibumu dan mohon maaf terus kepadanya, kerana tentu dirimu tidak sanggup menanggung kemurkaan Allah dan RasulNya yang memerintahkan kita untuk menghormati ibu. Dalam surat Al-Isra menyebutkan bagaimana kita harus memperlakukan kedua orangtua kita. Allah SWT mengatakan: "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: Wahai Rabbku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil." (QS. Al-Israa: 23-24) Di dalam sebuah hadith, Dikisahkan oleh Abu Hurairah: Seorang laki-laki mendatangi Nabi Muhammad saw dan bertanya kepadanya, "Siapakah yang dapat aku jadikan sebagai teman dekat?" , Lalu Nabi saw pun menjawab: "Ibumu, ibumu, ibumu, lalu ayahmu, lalu orang terdekatmu dan orang dekat setelahnya" Semua Amir diampunkan Allah, RasulNya dan ibumu. |
Najib Terbabit? Siasat Semula Kes Altantuya! – Mat Zain Posted: 09 Mar 2012 03:47 PM PST Kuala Lumpur 9 Mac: Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim menggesa polis membuka semula siasatan kes pembunuhan wanita Mongolia, Antantuya Shaariibuu kerana "banyak perkara yang tidak kena" dalam kes itu. Selain itu katanya, berlaku "penyembunyian bukti material dan juga manipulasi" dalam perjalanan kes berkenaan yang menyebabkan penganalisis politik Abdul Razak Baginda dibebas daripada tuduhan bersubahat. Dua lagi tertuduh dalam kes itu, Insp Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar didapati bersalah oleh mahkamah dan dijatuhkan hukuman mati. Mengulas lanjut, Mat Zain berkata, polis mempunyai kuasa dan justifikasi untuk melihat semula keseluruhan siasatan mereka untuk mencari bukti. "Tiada (pihak) yang mempunyai kuasa untuk menghalang polis daripada menjalankan tugas mereka. (Peguam Negara) Tan Sri Abdul Gani Patail pun tidak boleh (halang). "Seorang pegawai polis boleh menahan, tanpa waran, mana-mana orang yang menghalang mereka," katanya dalam kenyataan seperti dilapor Malaysiakini hari ini. Walaupun peguam negara berkuasa menamatkan prosiding jenayah itu, namun Ghani Patail katanya tiada kuasa memusnahkan bukti. "Peguam Negara mungkin mempunyai kuasa untuk memulakan, menjalankan atau menamatkan apa-apa prosiding jenayah namun beliau tidak berkuasa untuk memalsukan, memanipulasi, menyembunyikan atau memusnahkan bukti pada bila-bila yang dia suka. "Fahami juga bahawa IGP (ketua polis negara) bukannya pak turut AG dan bahawa polis boleh berfungsi secara bebas tanpa perlu menyesuaikan siasatan menurut kehendak AG," katanya lagi. Tambahnya, pendakwaan dan hukuman ke atas Azilah dan Sirul Azhar mungkin dijalankan berdasarkan "bukti palsu" yang diakui Abdul Razak dan seorang saksi dalam kes berkenaan, penyiasat persendirian P Balasubramaniam. Dalam penghakiman kes itu, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohd Zaki Md Yasin tidak menyentuh secara langsung mengenai motif dua anggota polis yang dijatuhi hukuman itu selain membebaskan Razak Baginda. Razak Baginda ialah kenalan rapat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di mana penganalisis politik itu pernah mengarahkan Musa Safri yang merupakan Ketua Pengawal Peribadi Najib untuk menangani Altantuya, seperti apa yang didakwanya, wanita itu mengugut beliau. -KD Rakyat melihat pembabitan Najib dalam kes Altantuya Najib enggan siasat Musa-Gani, takut rahsia Altantuya terbongkar |
Shahrizat Bakal Bogel Habis: Rafizi & Zuraida Kemuka Saman Balas Posted: 09 Mar 2012 07:29 AM PST NFC: Pemimpin KEADILAN saman balas Shahrizat PETALING JAYA 9 Mac: KEADILAN mengemukakan saman balas terhadap Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berhubung penyelewengan dana awam berjumlah RM250 juta dalam skandal National Feedlot Corporation (NFCorp). Saman difailkan oleh Pengarah Strategi KEADILAN, Mohd Rafizi Ramli dan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. "Demi kepentingan nasional dan setelah berbincang dengan peguam-peguam, saya mengambil keputusan untuk mengemukakan saman balas kepada Datuk Seri Shahrizat atas kata-kata berbaur fitnah yang diucapkan di dalam ucapan pembukaan beliau pada Perhimpunan Agung Wanita Umno pada 30 November tahun lalu. "Saman balas ini memberi ruang kepada saya untuk memastikan bahawa kes NFC ini akan terus dibawa ke mahkamah dan dokumen-dokumen penting dapat dikemukakan di mahkamah bagi pengetahuan umum," kata Rafizi pada sidang media di Pejabat KEADILAN, di Petaling Jaya hari ini Rafizi berkata, tindakan saman balas itu diambil kerana khuatir Shahrizat akan menarik balik saman tersebut. "Saya khuatir pihak plaintif mungkin mengambil keputusan untuk melengah-lengahkan perbicaraan ini atau menarik balik saman dalam masa terdekat untuk mengelakkan dokumen-dokumen penting dan pimpinan tertinggi Barisan Nasional diheret ke mahkamah memberi keterangan," katanya. Sebelum ini, Shahrizat memfailkan saman fitnah sebanyak RM100 juta terhadap Rafizi dan Zuraida berhubung isu yang sama. Sementara itu, Rafizi berkata, beliau dan Zuraida sudahpun memfailkan pembelaan berhubung saman berkenaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pagi tadi. Kertas pembelaan itu turut dihantar ke peguam Shafee & Co yang mewakili Shahrizat. Pada sidang media Rabu lalu, Zuraida berkata Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Noh Omar dicadangkan sebagai antara saksi penting dalam kes saman itu. Ini kerana katanya, Najib ialah individu yang meluluskan projek itu yang diklasifikasikan sebagai projek berimpak tinggi, manakala Muhyiddin ialah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani semasa projek berkaitan Lembu itu diluluskan. Sementera Noh Omar ialah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika ini di mana beliau turut didakwa memberi kenyataan mengelirukan berhubung skandal itu. -KD klik untuk baca |
Memalukan: PM Guna Wang Rakyat Untuk Majlis Pertunangan Anaknya Posted: 09 Mar 2012 06:02 AM PST Rafizi: Najib guna wang rakyat untuk majlis pertunangan anak perempuan PETALING JAYA, 9 Mac — Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli hari ini mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menggunakan hampir setengah juta ringgit wang rakyat bagi menanggung kos majlis pertunangan anak perempuannya di Seri Perdana tahun lalu. Menurut Rafizi, majlis pertunangan anaknya dengan pasangan dari Kazakhstan telah menelan belanja RM409,767 itu berlangsung di Seri Perdana dan ditanggung rakyat kerana berdasarkan dokumen pembayaran yang dikeluarkan pihak katering majlis tersebut dibayar oleh Pejabat Perdana Menteri. "Sejurus selepas majlis itu dilangsungkan, pimpinan PKR telah mempersoalkan sama ada majlis tersebut ditanggung oleh rakyat," kata Rafizi ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini. "Dr Tan Kee Kwong, ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, telah tampil menyebut bahawa ada ura-ura ia ditanggung oleh rakyat Malaysia kerana dibayar oleh Pejabat Perdana Menteri. "Hari ini kami tampil dengan bukti kukuh bahawa majlis tersebut dibiayai oleh rakyat Malaysia apabila keseluruhan urusan tempahan dan pembayaran dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri," katanya. Tambah Rafizi, ketika Najib sibuk mempromosikan menu rakyat 1Malaysia kepada rakyat, majlis pertunangan anaknya sendiri beliau lebih memilih untuk menghidangkan makanan mirip santapan di raja kepada tetamu yang hadir. Bukti dokumen pembayaran majlis pertunangan anak perempuan Perdana Menteri yang dibayar oleh Jabatan Perdana Menteri. "Tetamu tidak dihidangkan dengan menu rakyat 1Malaysia, sebaliknya menu yang mirip santapan di raja termasuklah daging panggang Australia, makanan-makanan laut dan pelbagai juadah yang di luar kemampuan dan imaginasi rakyat biasa," katanya. "Adalah sangat memualkan apabila wang rakyat digunakan memenuhi nafsu dan citarasa mereka itu. Pada masa yang sama, Perdana Menteri membayar perunding-perunding untuk membina imej seorang yang makan bersama-sama rakyat dan menampilkan kesederhanaan." Tambahnya, PKR telah membuat semakan dan berjaya mengesahkan bahwa individu-individu yang dinamakan di dalam dokumen tersebut adalah sahih dan bekerja di organisasi masing-masing. Tambah Rafizi, perkara itu bukanlah sesuatu yang remeh walaupun jumlahnya hanyalah RM409,767 kerana ia melambangkan sikap sambil lewa kerajaan, bermula dari Perdana Menteri hinggalah ke menteri-menterinya menggunakan wang rakyat bagi kemewahan peribadi. "Dengan pendedahan-pendedahan setakat ini yang melibatkan menteri-menteri dan timbalan menteri, kami berpendapat sudah sampai masanya satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat penyelewengan wang rakyat oleh Perdana Menteri, menteri-menteri dan timbalan menteri yang telah didedahkan setakat ini. "Perkara ini akan dibincangkan bersama-sama rakan di dalam Pakatan Rakyat (PR) untuk dibawa ke sidang Dewan Rakyat yang bermula minggu depan," kata Rafizi. Berdasarkan dokumen bil pembayaran tersebut, syarikat katering daripada hotel terkemuka di ibu negara itu telah memperincikan kos untuk jamuan VIP seramai 36 orang untuk RM522 seorang berjumlah RM18,792, kos jamuan tetamu seramai 862 orang untuk RM359.60 seorang yang berjumlah RM309,975, serta kos pengendalian berharga RM81,000, serta jumlah keseluruhan RM409,767. -TMI klik untuk baca |
Dana RM1 Juta: Dr Jeyakumar Dibenar Cabar Keputusan Mahkamah Rayuan Posted: 09 Mar 2012 03:36 AM PST Mahkamah Persekutuan di Putrajaya semalam memberi kebenaran kepada Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar Devaraj mencabar merit yang berkaitan dengan 'prerogatif pengurusan' berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak semakan kehakiman berhubung dana daripada Peruntukan Khas Kawasan. Keputusan itu dibuat sebulat suara oleh panel lima hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tan Sri Arifin Zakaria. Empat hakim yang lain dalam panel itu ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Datuk Suriyadi Halim Omar dan Datuk Hasan Lah. Dr Jeyakumar diwakili oleh peguam Datuk S.Ambiga manakala Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan yang mewakili Peguam Negara. Pada 10 Oktober tahun lalu, tiga panel Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Wira Low Hop Bing memutuskan bahawa Dr Jeyakumar tidak boleh mencabar keputusan agensi-agensi kerajaan yang menolak permohonannya bagi dana daripada Peruntukan Khas Kawasan untuk pelbagai projek di kawasannya. Panel itu mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memberikan kebenaran semakan kehakiman kepada Dr Jeyakumar dan membatalkan permohonan semakan kehakiman itu. Pemimpin Parti Sosialis Malaysia memohon kebenaran untuk memulakan satu prosiding semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Pengarah Pejabat Kemajuan Perak menolak permohonan mendapatkan dana untuk digunakan sebagai sumbangan kepada SMJK Shin Chung, SJK Methodist dan Rumah anak Yatim Nurul Ihsan serta dana bagi projek kecil untuk faedah kampung-kampung Orang Asli. Dr Jeyakumar menamakan Ketua Pengarah Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan Jabatan Perdana Menteri, Pengarah Jabatan Pembangunan Perak dan kerajaan sebagai responden dalam permohonan semakan kehakiman yang difailkan pada 29 Oktober, 2010. Jeyakumar menuntut antara lain perisytiharan bahawa peruntukan khas itu diberi kepada semua Anggota Parlimen secara sama rata, mengikut Perkara 8 (1) Perlembagaan Persekutuan. -mk klik untuk baca |
Siling Pejabat Tanah Dan Galian Perlis Runtuh Petanda BN Pun Nak Runtuh? Posted: 09 Mar 2012 02:34 AM PST Siling Pejabat Tanah dan Galian Perlis di Jalan Penjara di Kangar runtuh malam tadi berikutan hujan lebat. Kejadian itu menyebabkan sebahagian besar ruang pejabat digenangi air dan peralatan pejabat termasuk komputer dan dokumen tertentu mengalami kerosakan. Pengerusi Jawatankuasa Tanah dan Perhutanan Perlis, Datuk Mat Rawi Kassim berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 7.30 malam ini ketika hujan lebat. Runtuhan dipercayai berpunca daripada masalah saluran paip di bahagian bumbung tersumbat menyebabkan air melimpah dan memasuki ruang siling pejabat sehingga mengakibatkan siling itu runtuh. Mat Rawi ketika ditemui pemberita lewat semalam berkata kejadian itu disedari oleh pengawal keselamatan yang bertugas di situ dan telah memaklumkannya kepada kakitangan pejabat itu. Katanya beliau telah mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Perlis mengambil tindakan segera membaiki segala kerosakan dan mengkaji tahap keselamatan bangunan yang berusia hampir tiga puluh tahun itu. Kerja-kerja awal seperti pembersihan lantai bangunan dijalankan serta merta termasuk kawalan sistem elektrik sementara kerja-kerja pembaikan akan dilaksanakan oleh pihak kontraktor. "Akibat kejadian itu, sistem pendaftaran berkomputer seperti hak milik, pindah milik dan gadaian serta sistem pungutan hasil tanah diberhentikan seketika atas nasihat Bahagian Letrik JKR untuk mengelak berlaku litar pintas," kata Mat Rawi yang diiringi Pengarah tanah dan Galian Perlis, Hisan Abu Bakar. Bagaimanapun, katanya kejadian itu hanya menyebabkan gangguan tugas pada Unit Pendaftaran kerana rangkaian komputer di situ telah terjejas manakala bahagian-bahagian lain akan beroperasi seperti biasa. - Bernama Ulasan GB Ada petunjuk bahawa kerajaan UMNO/BN Perlis bakal "runtuh"? Semuga begitu... |
Surendran: Hukuman Terhadap Imam Hoslan Tidak Wajar Posted: 09 Mar 2012 12:17 AM PST SSaya merujuk kepada hukuman satu tahun penjara yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan terhadap Hoslan Hussain hari ini. Hukuman tersebut tidak wajar dan bersifat zalim. Kes ini sewajarnya ditangani dengan keadilan yang berteraskan prinsip belas kasihan dan Mahkamah Persekutuan gagal melaksanakannya. Tambahan lagi, Hoslan dinafikan hak membela diri. Beliau tidak diwakili peguam dan merasa sangat sedih dengan perbuatannya melontar kasut dalam mahkamah tempoh hari. Hoslan merupakan bapa kepada tujuh orang anak dan kes beliau ini telah tertangguh sejak tahun 1999. Sewajarnya beliau dihukum dengan amaran keras atau denda. Pihak kehakiman seharusnya mempertahankan nama baik mereka berdasarkan teras moral dan bukan dengan memenjarakan rakyat. Pihak kehakiman juga wajar merenung kembali kelemahan mereka. Keyakinan rakyat terhadap institusi kehakiman masih berada pada tahap membimbangkan dan pihak kehakiman perlu bertanggungjawab terhadap perkara ini. Rakyat menganggap pihak kehakiman tidak bebas dan telah gagal melindungi hak asasi rakyat. Kurangnya keyakinan ini bakal mengundang peristiwa sama seumpama insiden melontar kasut baru-baru ini. Institusi kehakiman telah dicemari dengan campurtangan pentadbiran BN. Adalah menjadi hasrat Pakatan Rakyat untuk melindungi dan mempertahankan integiriti dan kebebasan institusi kehakiman negara. *Kenyataan media oleh N Surendran selaku Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat. Pemuda PAS simpati nasib Imam Hoslan |
Van, Kereta Bertembung, 10 cedera Posted: 08 Mar 2012 10:22 PM PST Jeli – Seramai 10 cedera apabila van dan kereta jenis Honda bertembung dekat Kilometer 2 Jalan Jeli Dabong, dalam kejadian jam 8.30 pagi kelmarin. Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Sheik Azhar Sheik Omar berkata, kejadian berlaku apabila van yang datang dari arah Dabong hendak membelok masuk untuk mengisi minyak dekat stesen berdekatan. "Pemandu van tidak menyedari ada sebuah kereta jenis Honda dari arah pekan Jeli menuju ke Belahat ketika sedang membelok, menyebabkan dua kenderaan tersebut bertembung. "Kesan pelanggaran itu menyebabkan 10 mangsa yang berada dalam van tersebut cedera parah di mana penumpang dan pemandunya tersepit, manakala pemandu kereta Honda Mohd Farizi Mohd Shakri ,19, cedera parah di kepala," katanya. Antara yang cedera, pemandu van Abdul Majid Awang, 55, penumpang, Faridah Said. 50, Fatimah Yusof, 82, Esah Salleh, 67, Che Som Ab Rahman, 77, Dalila Diana Nik Shamsuddin, 20, Hasiah Husin, 52, Mek Yah Samad, 68, Jah Awang, 83, Rafiah Ab Rahman,70. Sheik Azhar berkata, kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Krai dan Tanah Merah untuk menerima rawatan lanjut. "Difahamkan ketika cuba membelok untuk mengisi minyak, pemandu van tersebut tidak menyedari ada sebuah kereta sedang meluncur laju dari arah bertentangan. "Saya minta supaya semua pengguna jalan raya berhati-hati ketika memandu dan sentiasa peka dengan keadaan lalu lintas di sekitar," katanya . Tambahnya, kes itu disiasat di bawah seksyen 43 (1) akta pengangkutan jalan 1987. |
[Video] Siapa Si Tanggang Tinggalkan Ibunya Di Hotel Bajet? - [ulangsiar] Posted: 09 Mar 2012 05:35 AM PST Buang ibu di hotel bajet KUALA LUMPUR: Menitis air mata seorang ibu yang lumpuh apabila menyedari dirinya ditinggal terbiar oleh anak tunggalnya di sebuah hotel bajet di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini, sejak empat hari lalu. Dia kini dijaga kakitangan hotel berkenaan yang membantunya menguruskan diri termasuk mandi dan mengganti lampin pakai buang selepas anaknya gagal dikesan. Warga emas itu mulanya tinggal bersendirian di kampungnya di Johor, tetapi sejak sebulan lalu anaknya yang masih bujang membawanya ke ibu kota. Faridah Maulud, 66, yang keseorangan ditemui pekerja hotel dalam keadaan meniarap di lantai ketika memeriksa bilik disewa anaknya selepas lelaki berusia 27 tahun itu gagal menjelaskan bayaran empat hari hingga menimbul tanda tanya kepada pengurusan hotel. Ketika ditemui Harian Metro semalam, warga emas itu kelihatan lemah dan tidak bermaya serta berkali-kali memaklumkan dia ingin ke rumah kebajikan kerana tidak mahu menyusahkan staf hotel yang membantunya. -hm |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment