SEARCH

Friday, March 9, 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[Bergambar & Video] Hujan Berterusan 4 Jam 45 Minit Banjirkan KL

Posted: 08 Mar 2012 05:13 PM PST

Kuala Lumpur: Banjir kilat di sekitar ibu negara kelmarin berpunca daripada jumlah hujan yang tinggi berikutan hujan turun selama empat jam 45 minit mulai jam 6.45 petang, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Beliau berkata, laporan Jabatan Meteorologi Malaysia menunjukkan hujan berterusan sehingga 11.30 malam itu menyebabkan paras air di beberapa kawasan di sepanjang Sungai Klang mencecah paras amaran.

"Kesan hujan lebat itu mengakibatkan 15 kawasan dilanda banjir kilat apabila dinaiki air antara 0.3m dan 1.2m, kecuali di Kampung Periuk, Kampung Baru yang mencatat paras air sehingga 2.1m," katanya dalam kenyataan semalam.

Antara kawasan terbabit ialah Lorong Rhu Pertama dan Persiaran Madge di Ampang Hilir; Projek Perumahan Rakyat Hiliran Ampang, Lorong Kiri 14 dan 15 serta Jalan Keramat 1 dan 2 di Datuk Keramat; Jalan Limau Kasturi, Bangsar; Jalan Liew Weng Chee Off Jalan Yap Kwan Seng; Jalan Melaka; dan Kampung Pasir Baru, Jalan Klang Lama.

Kawasan lain yang terjejas ialah Jalan Travers, Brickfields, Jalan Bandar, Jalan Loke Yew, Jalan Sultan Salahuddin dan Jalan Munshi Abdullah.

Raja Nong Chik berkata, hanya satu kawasan membabitkan pemindahan sementara iaitu di Kampung Periuk, Kampung Baru yang dinaiki air sedalam 2.1 meter, dengan 784 penduduk membabitkan 174 keluarga dipindahkan ke dewan Kelab Sultan Sulaiman.

Mereka dibenar pulang pada jam 12.30 tengah malam selepas banjir mulai surut.

"Tinjauan dan bancian petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mendapati lebih 16 kenderaan terperangkap dan rosak akibat banjir kilat berkenaan," katanya. - Bernama

Banjir: 400 mangsa dipindah ke surau

AMPANG, 8 Mac: Penduduk kawasan Ampang yang kediaman mereka terlibat dengan banjir kilat sejak petang semalam ditempatkan sementara di Surau Insaniah di Desa Lembah Permai, di Kampung Lembah Jaya Utara.

Menurut Adun Lembah Jaya, Tuan Khasim Abdul Aziz (gambar), sehingga kini hampir 400 orang sudah dipindahkan ke pusat sementara itu.

"Semua mangsa yang terlibat kita pindahkan ke sini buat sementara waktu. Semua makan minum kita sediakan di sini.

"Cuma masalah besar ketika ini adalah bekalan air bersih paip Syabas tak ada," katanya yang juga Yang Dipertua PAS Ampang yang berada di sini sejak malam tadi.

Setakat ini katanya, mereka terpaksa menggunakan bantuan lori tangki bagi menghantar air bersih ke kawasan pemenpatan tersebut.

Pusat penempatan sementara itu dikendalikan bersama Kerajaan Negeri Selangor, Pusat Khidmat Masyarakat Dun Lembah Jaya dan anggota Unit Amal PAS.

Hujan lebat dan ribut selama beberapa jam yang melanda Lembah Klang sejak petang semalam menyebabkan beberapa kawasan di ibu negara mengalami banjir kilat, pokok tumbang serta kejadian tanah runtuh kecil.

Selain Ampang, kawasan yang teruk dinaiki air antara setengah meter dan semeter, termasuk Kampung Melayu, Subang, Jalan Peel dan Kampung Baru, Keramat Luar, Bangsar dan Jalan Syed Putra.

Manakala tanah runtuh berskala kecil turut berlaku di kawasan cerun bukit di Apartmen Spring Villa, Ukay Perdana, Ampang malam tadi.

Satu lagi kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di kawasan cerun di Jalan Kampung Atap dengan seorang mangsa yang terperangkap dalam kenderaannya berjaya dikeluarkan bomba.

Selain itu, kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail di sini menghempap sebuah bas yang diparkir berhampiran lampu isyarat.
-HD


Sumber foto: NST, HD, HM













Ini Buktinya NFC Ada Urusniaga Di Kazakhstan - Najib Sendiri Saksi MOU Dimeterai

Posted: 08 Mar 2012 03:43 PM PST

NFC salah guna pinjaman beli apartmen di Kazakhstan'

Pembelian sebuah apartmen di Kazakhstan oleh National Feedlot Corporation (NFC) adalah bukti penyalahgunaan dan pembaziran dana awam, kata ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua hari ini.

Ini, kerana menurut Pua dalam satu kenyataan akhbarnya, pinjaman mudah RM250 juta yang diberikan oleh kerajaan kepada NFC bertujuan meningkatkan penternakan lembu bagi memenuhi permintaan daging domestik dan bukannya untuk pelaburan luar negara.

"Berdasarkan perjanjian pinjaman, NFC pastinya tidak bermaksud untuk menternak lembu atau cuba mendapatkan daging dari Kazakhstan, apatah lagi membeli sebuah apartmen di sana," katanya.

Lebih mencurigakan, katanya, beliau difahamkan bahawa urusniaga itu adalah pembelian tunai semata-mata.

Pua, yang memiliki sesalinan perjanjian pinjaman itu dari sumbernya, juga mempersoalkan jika NFC mendapat kelulusan dari kementerian kewangan untuk pembelian berkenaan.

Katanya, NFC mesti tampil mendedahkan tujuan pembelian apartmen itu dan menjelaskan sama ada harta itu didaftarkan di bawah nama NFC atau nama pengarah individu tertentu.

Pada Jun 2011, akhbar The Star melaporkan bahawa satu memorandum persefahaman telah ditandatangani antara pihak berkuasa daerah Jambul di Kazakhstan dan NFC berhubung penternakan lembu di sana.

Akhbar berbahasa Inggeris itu juga melaporkan lembu-lembu di Jambul itu akan dibawa ke Malaysia untuk kegunaan tempatan serta dieksport ke negara-negara jiran. -mk



Video MOU Malaysia-Kazakhstan

NFC beli apartmen di Kazakhstan, tetap pecah amanah- Rafizi

KUALA LUMPUR 8 Mac: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli menyifatkan pembelian apartmen bernilai RM1.7 juta di Kazakhstan oleh National Feedlot Corporation (NFCorp), tetap merupakan pecah amanah, meskipun ia dikatakan dibeli sebagai pejabat operasi.

Rafizi berkata, sekiranya benar dakwaan itu, ia masih menyimpang dengan matlamat asal penubuhan NFCorp dan perjanjian pinjaman mudah RM250 juta antara syarikat itu dan kerajaan.

"Mereka (NFCorp) patut menumpukan pada ladang mereka di Malaysia dan memenuhi sasaran yang ditetapkan, iaitu menyediakan 276,000 ekor lembu setahun.

"Jadi, mereka tiada sebab untuk membuka ladang di luar negara, apabila sasaran asal mereka gagal dicapai," jelas Rafizi kepada Keadilandaily.

Beliau merujuk laporan laman The Malaysian Insider, berhubung siasatan polis jenayah komersial berkenaan pembelian apartmen bernilai RM1.7 juta di Kazakhstan oleh NFCorp.

Pembelian dibuat pada September tahun lepas, selepas memorandum persefahaman (MoU) ditandandatangani untuk mendirikan ladang lembu di daerah Jambul, Kazakhstan.

Apartment itu dikatakan akan dijadikan pejabat operasi mereka.

NFCorp dimiliki oleh Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail yang juga suami kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan tiga anak mereka.

Sebelum ini, KEADILAN mendedahkan pinjaman RM250 juta digunakan untuk tujuan selain penternakan lembu oleh keluarga Shahrizat.

Antaranya membeli dua unit kondominium mewah di Kuala Lumpur, tiga unit kondo di Singapura, dua lot tanah di Putrajaya dan kereta mewah.

Semalam, Rafizi mendedahkan pembelian lapan unit lot kedai di KL Eco City, Bangsar oleh NFCorp dengan menyalahgunakan dana awam itu, bagi mendapatkan pembiayaan bank.

"Jika dilihat pada trend mereka, wang rakyat RM250 juta digunakan sewenangnya untuk membeli hartanah sebagai pelaburan peribadi mereka, seperti di Bangsar dan Singapura,"
kata Rafizi.

Dalam pada itu, Rafizi berkata, beliau sedang dalam proses mengumpul maklumat dan dokumen secukupnya tentang aktiviti NFCorp di Kazakhstan, sebelum mendedahkannya kepada rakyat.

"Sebelum ini pun, sebarang pendedahan kita sentiasa diiringi dengan gambar dan dokumen sebagai bukti sokongan, supaya rakyat tidak mengatakan kami membuat tuduhan kosong", ujarnya lagi. -KD
-mk


Ulasan GB

Patutlah Najib tidak lansung melayani sebarang aduan mengenai NFC. Rupanya beliau turut sama terlibat.

Anehnya, bagaimana NFC boleh menyatakan ia hanya sekadar membuka pejabat operasi sedangkan berita dari akhbar the Star seperti tertera di atas itu jelas melaporkan "perjanjian ditadatangani untuk menternak lembu di sana"?

A memorandum of understanding was also signed Monday between the Jambul district of Kazakhstan and National Feedlot Corp Sdn Bhd providing for cattle rearing here and enabling the produce to be brought to Malaysia for local consumption as well as export to neighbouring countries.

Perosalan kini: Apakah ladang di Malaysia tidak cukup untuk menternak lembu sehingga perlu membuka di Kazakhstan dan apakah nak berurusniaga di sana sehingga terpaksa membeli apartment dengan nilai jutaan ringgit?

Najib sendiri saksikan MOU itu ditandatangani, ertinya Najib terlibat memperakui salahlaku tersebut.

Patutlah Najib pernah mempertegaskan bahawa tidak semestinya aduan-aduan NFC berakhir dengan pendakwaan.

"Kita tidak boleh anggap bahawa semua siasatan akan berkesudahan dengan pendakwaan. Pendakwaan itu mesti mengambil kira peruntukan tertentu dalam perlembagaan. -malaysiakini Feb 26, 2012


Peruntukan perlembagaan Pasal ke berapakah yang digunakan Najib untuk menutup perbuatan salahlaku dan kepincangan NFC tersebut?

Apa yang berlaku, pendedahan demi pendedahan membuktikan kebenaran ulasan GB sebelum ini, bahawa: Sharizat akan terus dibogelkan!

Laporan sebelum ini
klik untuk baca




Negeri Dikuasai Pakatan Terima Pelaburan Paling Tinggi, Kedah Tempat Ke 5

Posted: 08 Mar 2012 07:14 AM PST

Alor Setar – Bagi tahun 2011, Kedah menduduki tempat kelima di kalangan negeri-negeri di Malaysia menerima kemasukan pelaburan di sektor perkilangan.

Jumlah pelaburan yang diterima hingga Disember 2011 adalah sebanyak RM6.14 bilion yang melibatkan 42 projek yang diluluskan.

Prestasi ini menunjukkan peningkatan yang memberansangkan, berbanding bagi tahun 2010 yang hanya mencatat nilai pelaburan sebanyak RM1.96 bilion.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air, Tenaga, Industri dan Pelaburan, YB Dato' Ir Amiruddin Hamzah berkata, daripada jumlah projek tersebut, 23 adalah projek baru dan 19 adalah projek pembesaran.

Bagi projek baru, ia berjumlah RM4.7 bilion dan projek yang diperbesarkan sebanyak RM1.44 bilion.

"Kita menduduki tempat kelima di Malaysia dengan jumlah pelaburan adalah sebanyak RM6.14 bilion, 42 projek.

"23 adalah projek baru, iaitu mereka yang baru melabur dengan Kedah, 19 adalah projek pembesaran operasi yang sedia ada.

"Tempat pertama adalah Pulau Pinang dengan jumlah pelaburan RM9.106 bilion, diikuti Selangor dengan jumlah RM8.741 bilion, Sarawak dengan jumlah RM8.453 bilion dan tempat keempat adalah Johor dengan jumlah RM6.584 bilion," ujar beliau.

Tambah beliau, berikutan perkembangan pesat pembangunan Kulim Hi-Tech Park (KHTP) dan sambutan yang amat menggalakkan daripada pelabur, kerajaan telah bersedia dengan kelengkapan zon industri dan infrastuktur.

"Di KHTP, kita telah tambah kepada zon industri fasa empat kepada pelabur yang berminat.

"Kita dah beri maklumat kepada pengarah-pengarah MIDA di seluruh dunia bahawa kita ada lebihan tanah untuk pelabur, jadi jika mereka hendak ke sini, kita telah ada tanah, yang jadi masalah kepada pelabur, mereka dah minat, tapi dia kena tunggu dulu untuk penyediaan tanah," ujar beliau. -kedahla

KEDAH: Lagi pelaburan masuk sebanyak RM1.84 billion

KULIM, 4 Mac 2012 – Kini terbukti bahawa Kedah sedang menjadi pusat tumpuan pelabur-pelabur luar dari pelbagai negara dan industri apabila merima pelaburan sebanyak RM1.84 bilion daripada Syarikat Panasonic Energy Malaysia Sdn Bhd.

Syarikat tersebut telah melaksanakan majlis pecah tanah dan pertukaran perjanjian sewaan tanah dengan kerajaan negeri Kedah di Kulim Hi-Tech Park.

Panasonic memilih Malaysia dan khasnya Kedah sebagai pengkalan baru kerana sokongan dan kerjasama pelaburan kerajaan Malaysia serta infrastruktur yang baik dan kualiti tenaga kerja yang cemerlang

Sementara itu, produk yang akan dihasilkan adalah production of HIT solar modules (pengeluaran bersepadu bagi wafer, sel-sel dan modul).

Keluasan bangunan tersebut adalah seluas 70 ribu meter persegi dengan bilangan pekerja yang akan berkhidmat syarikat tersebut nanti adalah 1500 orang.

Pihak syarikat berhasrat untuk memulakan operasinya menjelang Disember 2012 dan ianya akan menghasilkan Panasonic HIT (Hiterojunction dengan lapisan nipis pada dasarnya).

Modul solar ini menawarkan kecekapan penukaran teratas tahap dunia dan cirri-ciri cemerlang bagi pergantungan suhu yang dapat memastikan lebih berkuasa walaupun semasa musim panas dan pada suhu tinggi.

Pengkalan baru ini akan melaksanakan penghasilan pengeluaran tahunan sebanyak 300W.

Hadir dalam majlis tersebut adalah Pengerusi Kulim Technology Park Corp Bhd, YB Dato' Ir Amiruddin Hamzah dan YB Dato' Mohamed Taulan Mat Rasul mewakili Menteri Besar. wartakedah







Lagi Kes Kereta Meletup & Terbakar

Posted: 08 Mar 2012 05:19 AM PST

Meletup sebaik berhenti

MELAKA: "Sebaik kereta diberhentikan dan kami keluar, saya terhidu bau hangit sebelum melihat enjin berasap disusuli letupan kecil," kata Jelita Rupuri, 43, yang nyaris rentung bersama rakannya, Regina Abdullah, 35, apabila kereta dinaiki mereka tiba-tiba terbakar di Jalan Melaka Sentral, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 8 malam itu, kereta Mazda Capella milik Regina yang dipandu Jelita terbakar sejurus selepas diberhentikan di tepi jalan.

Kebakaran itu menyebabkan kereta berkenaan hangus dan beberapa barangan berharga termasuk dokumen penting milik Regina gagal diselamatkan.

"Walaupun terkejut dengan letupan itu, kami memberanikan diri menyelamatkan barangan berharga sambil dibantu pemandu teksi dan pekerja pasar raya berhampiran," kata Jelita yang ditemui di tempat kejadian.

Menurutnya, ketika insiden mereka dalam perjalanan dari Duyong ke Bachang dan singgah di sebuah kedai berhampiran sebuah pasar raya berhampiran lokasi kejadian bagi mengambil kasut miliknya yang dibaiki.

Katanya, sejurus keluar daripada kereta dia terkejut melihat bahagian enjin berasap dan berlaku letupan kecil. -hm

Bantu Cari Adik Nurul Nadirah, 5 Tahun Yang Hilang

Posted: 08 Mar 2012 03:32 AM PST

Ibu kanak-kanak hilang yakin anak disembunyikan di kawasan berhampiran

PASIR GUDANG: Selepas lapan hari berlalu, keluarga Nurul Nadirah Abdullah, 5, yang lebih manja dengan panggilan Dirang, masih menaruh harapan tinggi supaya anak kecil itu ditemui segera dalam keadaan selamat.

Harapan itu disandarkan mereka selepas mengadakan solat hajat serta doa selamat, selain pandangan lima pengamal perubatan tradisional dan Islam yang membantu keluarga Dirang.

Ibu Dirang, Roselyn Alan, 25, berkata sejak hari pertama anaknya dilaporkan hilang, beliau dan suaminya, Lima Medeng, 25, berusaha mencari anak kesayangan mereka di sekitar daerah ini kerana yakin Dirang masih berada di kawasan berdekatan.

"Saya sekeluarga hanya mampu berterima kasih kepada sumbangan semua pihak, termasuk bomoh dan ustaz yang membantu dengan ikhlas tanpa meminta sebarang bayaran daripada kami yang sememangnya tidak berkemampuan kerana suami masih mencari pekerjaan.

"Bomoh dan ustaz yang kami temui sekitar Pasir Gudang, Seri Alam dan Masai mendakwa Dirang selamat tetapi dalam kawalan seseorang. Mereka menasihatkan kami mencarinya di kawasan rumah kosong di sini kerana percaya Dirang dikurung di situ," katanya.

Roselyn berkata, setakat ini, pencarian yang dilakukan mereka belum berhasil dan tiada sebarang petunjuk Dirang disembunyikan di kawasan berkenaan.

"Saya dan suami tidak akan berputus asa, selagi terdaya kami tetap akan berusaha mencari Dirang selain mengusahakan majlis doa selamat dengan menjemput jiran bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan Dirang.

"Poster Dirang akan ditampal bagi memudahkan pencarian anak kedua kami itu," katanya.

Sementara itu, kumpulan perbankan RHB akan memasang poster gambar Dirang yang dilaporkan hilang sejak lapan hari lalu pada lebih 1,800 mesin pengeluaran wang (ATM) miliknya di seluruh negara dalam usaha membantu menjejaki kehilangan kanak-kanak terbabit.

Pengarah Perkhidmatan Korporat RHB, Norazzah Sulaiman, berkata pihaknya juga akan memaparkan gambar Dirang pada laman web bank berkenaan bagi membolehkan orang ramai yang menggunakan khidmat dalam talian mereka membantu mengesan anak kedua daripada tiga beradik itu.

Beliau berkata, RHB juga akan bekerjasama dengan beberapa media tempatan untuk mengiklankan gambar kanak-kanak terbabit.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru, Mohd Faizal Abu Bakar, berkata pihaknya akan menyediakan khidmat kaunseling kepada keluarga kanak-kanak terbabit. -BH



Kereta Terjunam Dalam Lubang Besar Atas Jalan

Posted: 08 Mar 2012 01:32 AM PST

Terjun lubang atas jalan

KUALA LIPIS: "Kalau treler yang mengekori kereta itu tidak sempat menekan brek, saya tak tahu apa berlaku kepada ketiga-tiga mangsa di dalam kereta itu," kata seorang penduduk, Noor Anuar Ismail, 44.

Noor Anuar antara saksi awal kejadian sebuah Perodua Kancil dinaiki tiga buruh Indonesia terjunam ke dalam lubang besar di Kilometer 43, Jalan Benta-Jerantut berhampiran Kampung Terap, di sini, malam kelmarin.

Dia yang turut membantu mengeluarkan mangsa kemalangan itu berkata, persekitaran tempat kejadian gelap dan hujan lebat selama lebih dua jam menyebabkan aliran air banyak, sekali gus menjadi punca pembetung di bawah jalan itu pecah.

"Apabila pembetung itu pecah, berlaku mendapan yang teruk dan membentuk lubang besar, sekali gus membuatkan jalan itu putus. Ketiga-tiga mangsa itu memang bernasib baik," katanya.

Dalam kejadian jam 9 malam kelmarin, ketiga-tiga warga Indonesia yang bekerja sebagai buruh di ladang sawit berhampiran itu dalam perjalanan pulang ke kuarters pekerja di Kampung Baru Jerkoh selepas membeli-belah di Benta.

Sebaik tiba di tempat kejadian, kereta mangsa tidak sempat mengelak lubang sedalam kira-kira dua meter yang terbentuk akibat mendapan sebelum terjunam hingga mengakibatkan penumpang depan parah manakala dua lagi cedera ringan.

Mangsa yang parah dikejarkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshah) Temerloh manakala dua rakannya menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Lipis dan sudah dibenarkan pulang.

Kejadian itu menyebabkan Jalan Benta-Jerantut ditutup kepada semua kenderaan dan dipercayai berpunca akibat hujan lebat, tetapi beberapa penduduk mendakwa kegagalan pihak berkuasa menyelenggara jalan berkenaan dengan baik menjadi punca utama.

Menteri Kerjaraya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor yang melawat tempat kejadian, pagi semalam mengarahkan JKR Pahang membina sebuah jambatan sementara dan dijangka siap tiga hari lagi.

Beliau mengarahkan JKR Pahang dan kontraktor yang menjalankan kerja menaik taraf Jalan Benta-Jerantut membuat pemantauan dan memeriksa kawasan mempunyai pembetung air di laluan sepanjang jalan itu. -HM


Kereta terjunam akibat jalan raya mendap

KUALA LIPIS - Seorang lelaki warga Indonesia cedera parah, manakala dua rakannya cedera ringan apabila kereta jenis Perodua Kancil dinaiki mereka terjunam ke dalam lubang akibat jalan raya mendap.

Kejadian di Kilometer 43 Jalan Benta-Jerantut berdekatan Kampung Terap itu berlaku kira-kira jam 9 malam mengakibatkan laluan terbabit terputus dua.

Pemandu, Herman, 27, berkata, ketika kejadian, dia bersama dua rakannya, Anuar, 30 dan Wan, 45, dalam perjalanan dari arah Benta menuju ke Jerantut.

"Kami tinggal di Taman Sama, Jerkoh. Ketika kejadian, kami dalam perjalanan menuju ke Jerantut. Ketika itu hujan lebat, manakala keadaan sekeliling gelap-gelita.

"Saya tidak perasan ada rekahan pada laluan terbabit. Ketika melalui jalan itu, kereta saya tiba-tiba terjatuh bersama mendapan tanah," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Herman berkata, dia hanya sedarkan diri selepas diangkat keluar pengguna lain yang kebetulan melalui jalan itu.

"Saya tidak ingat apa-apa dan hanya sedar ketika dibaringkan di tepi jalan. Selain itu, lutut dan dahi saya juga mengalami kecederaan dan terpaksa menerima beberapa jahitan.

"Saya juga dimaklumkan Anuar yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan menerima rawatan lanjut di Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh, manakala saya bersama Wan dirawat di Hospital Kuala Lipis," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan mengesahkan kejadian itu.

Kereta tiba-tiba hilang

Seorang saksi kejadian, Noor Anuar Ismail, 44, berkata, ketika kejadian, dia memandu dalam jarak 50 meter di belakang kereta Kancil dinaiki lelaki warga Indonesia terbabit.

"Saya dalam perjalanan pulang ke rumah di Jerangsang selepas selesai meronda sekitar kawasan Tanjung Besar yang dinaiki air akibat banjir kilat.

"Dalam jarak 50 meter di hadapan, saya lihat dengan jelas sebuah kereta Kancil tiba-tiba hilang. Saya segera berhenti dan terkejut apabila mendapati kereta terbabit terjatuh bersama mendapan tanah serta tar jalan," katanya.

Noor Anuar berkata, dia bersama beberapa penduduk kemudiannya bertindak segera mengeluarkan mangsa daripada kenderaan dan menghubungi ambulans serta polis untuk mendapatkan bantuan.

"Kami bimbang seandainya aliran air makin deras menyebabkan kereta itu terjatuh ke dalam mendapan yang lebih dalam," katanya.

Bina jambatan sementara

Sementara itu, Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor ketika melawat tempat kejadian berkata, jalan tersebut terputus dan tidak boleh dilalui semua kenderaan kerana mendap sedalam dua meter akibat hujan lebat dan dilimpahi air berikutan pembetung air bawah
tanah pecah.

Menurutnya, kementerian akan meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri memasang jambatan Bailey untuk menghubungkan laluan Benta-Jerantut.

"Kementerian meminta JKR negeri memasang jambatan sementara (Bailey) untuk memudahkan orang ramai yang sering menggunakan laluan itu.

"Walau bagaimanapun, jambatan itu hanya boleh digunakan kenderaan ringan dan ia dijangka siap dalam tempoh tiga hari," katanya.

Sehubungan itu katanya, pihaknya turut mengarahkan JKR dan kontraktor yang menjalankan kerja-kerja naik taraf Jalan Benta-Jerantut membuat pemantauan serta memeriksa kawasan mempunyai pembetungan di sepanjang jalan tersebut.

Menurutnya, kerajaan juga meluluskan peruntukan sebanyak RM14.5 juta untuk menaik taraf dan melebarkan jalan itu bermula Disember tahun lalu.

"Saya harap kontraktor terbabit dapat memberi keutamaan untuk membuat dan menggantikan laluan terowong berbahaya terlebih dahulu.

"Jalan Benta-Jerantut ini berusia lebih 40 tahun. Banyak terowong bawah tanah sudah usang dan tidak mampu lagi menampung jumlah air terlalu banyak serta deras terutama jika hujan lebat," katanya.

Shaziman berkata, pemeriksaan itu penting untuk memastikan tiada lagi pembetung atau laluan air sepanjang jalan tersebut pecah di samping mengelakkan sebarang kesulitan. -SH


[Video] Noh Omar Diselar Sebagai Menteri Kangaroo

Posted: 07 Mar 2012 11:45 PM PST

Shah Alam, 7 Mac : Timbalan Ketua Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar disifatkan sebagai "Menteri Kanggaru" kerana enggan hadir dalam sesi Selcat baru baru ini walaupun beliau dengan yakin, pernah mendakwa mempunyai bukti penyelewengan Kerajaan Selangor.

Dalam menyelar sikap Noh, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim melahirkan rasa kecewa terhadap Noh, yang sebelum ini lantang mendakwa yang dia mempunyai fakta penyelewengan Kerajaan Selangor.

"Dia kata mahu selesaikan masalah dan mempunyai fakta, jika menyimpan fakta keluarkan saja fakta itu, kenapa susah-susah hendak jadi kanggaru.

"Dia Menteri Pertanian bukan Menteri Pertanian di Australia yang perlu tahu tentang kanggaru," katanya dalam satu sidang media selepas Mesyuarat Exco.

Noh tidak hadir pada mana-mana sesi pendengaran awam SELCAT atau Jawatankuasa Pilihan Khas Selangor Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban, Ketelusan yang berlangsung pada 5 ke 7 Mac.

Peranan sesi pendengaran awam tersebut adalah untuk mengenalpasti kelemahan dalam pengurusan Kerajaan Selangor di samping memperbaiki unsur-unsur yang boleh menyebabkan ketirisan dan salah urus tadbir.

Noh pernah mendakwa ada banyak unsur penyelewengan dalam pentadbiran syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) Selangor seperti Yayasan Selangor, Kumpulan Semesta Sdn Bhd dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor di bawah pemerintahan Pakatan.

Beliau juga telah dicabar oleh Pengerusi Selcat Datuk Teng Chang Khim dan setiausaha politik Menteri Besar Faekah Hussin supaya datang ke sesi Selcat dan kemukan bukti.

Abdul Khalid pada hari ini sekali lagi mengulang pendirian Pakatan Selangor bahawa Selcat merupakan wadah yang terbaik untuk mengemukan bukti tentang penyelewengan dan salah tadbir.

"Kalau dia ada fakta tentang isu haram, jenayah atau sebagainya, keluarkan saja. Dia sebagai mempunyai tugas, bukan sahaja sebagai ahli DUN atau ahli Parlimen tetapi juga sebagai rakyat tempatan.

"Dia kata mahu selesaikan masalah dan menyimpan fakta, tetapi tidak hadir. Jika dia tak reti pasal tugas dia bermakna dia gagal dan saya berasa kasihan kepada rakyat Selangor kerana mempunyai menteri sepertinya." -selangorku




Imam Hosnan Yang Baling Kasut Ke Arah Hakim Dipenjara Setahun

Posted: 07 Mar 2012 09:50 PM PST

Putrajaya, 8 Mac — Mahkamah Persekutuan hari ini menjatuhkan hukuman penjara setahun terhadap seorang imam yang membaling kasutnya ke arah hakim mahkamah sama bulan lalu, kerana telah menghina mahkamah.

Ketiga-tiga hakim yang sama menjelaskan "tindakan menghina mahkamah adalah sangat serius" dan "sekiranya tiada tindakan diambil, akan mencemarkan kuasa mahkamah."

Mereka sebelumnya membenarkan Hoslan Hussin membuat rayuan bagi meringankan hukuman selepas mendapati beliau bersalah atas kesalahan tersebut.

Hoslan, 46, berkata, "saya keliru" mengapa dibicarakan di mahkamah sivil dan bukannya mahkamah syariah. Beliau diwakili oleh Karpal Singh untuk tujusan itu.

"Saya keliru. Semuanya keliru. Sebagai seorang imam saya hanya menolong orang melakukan perkara yang baik.

"Disebabkan politik dalam agama, mereka mendakwa imam," katanya sebelum menangis.

Pada 22 Februari, Hoslan telah melemparkan kasutnya di Mahkamah Persekutuan apabila beliau cuba mencabar keputusan Masjid Kuala Lumpur pada 1999.

Tindakannya ketika itu mengejutkan hakim, peguam, dan pemerhati di kamar mahkamah.

Ketiga-tiga hakim yang sama, diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, membuat keputusan berkenaan "selepas menilai penjelasan" Hoslan.

"Mahkamah harus menjatuhkan hukuman yang bersesuaian," kata Zulkifli ketika perbicaraan.

Datuk Suriyadi Halim Omar turut berkata Hoslan adalah "ganas."

"Sesiapa yang alim akan dipandang tinggi. Tetapi kamu bersifat sebaliknya dan tidak menunjukkan tindakan yang sewajarnya," katanya.

Ketika membuat rayuan, Karpal menjelaskan bahawa mahkamah harus mengambil kira "aspek emosi" berikutan tempoh 13 tahun yang Hoslan dipaksa menunggu sebelum kes beliau didengarkan.

"Mahkamah harus mengambil kira sekiranya teguran lebih bermakna daripada hukuman. Teguran serius lebih bermakna," katanya.

Namun begitu, Ketua Hakim menjelaskan hukuman penjara adalah perlu sebagai pengajaran.

"Ini adalah kes menghina mahkamah yang serius, lebih-lebih lagi dia adalah kakitangan awam. perbuatannya itu telah mencemarkan nama baik mahkamah,"

"Hukuman ini adalah pengajaran ... untuk pentadbiran yang lebih adil," jelas peguam persekutuan Suzana Attan.

Hoslan kemudian mengaku menyesali perbuatannya dan memohon maaf daripada pihak kehakiman.

"Saya kecewa. Saya harap kita akan memaafkan satu sama lain," katanya. -TMI

Laporan sebelum ini
klik untuk baca





Pelaburan KL Eco City Pelaburan Peribadi?

Posted: 07 Mar 2012 08:27 PM PST

Hartanah KL Eco City adalah 'pelaburan peribadi', kata NFCorp

KUALA LUMPUR, 8 Mac — Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp) menafikan syarikat itu menggunakan dana RM250 juta daripada kerajaan sebagai insentif kepada bank agar memberi pinjaman untuk pelaburan hartanah komersial di KL Eco City di sini sebagaimana dakwaan pembangkang.

Sebaliknya, mereka menjelaskan pembelian berkenaan adalah "pelaburan peribadi" pengarahnya, yang kini berhadapan dengan pelbagai tuduhan membeli hartanah mewah berbanding memberikan keutamaan kepada projek penternakan lembu bagi mengurangkan kadar pergantungan import daging negara.

"NFCorp menafikan dakwaan berkenaan dan menegaskan hartanah berkenaan bukan dibeli oleh syarikat," jelas NFCorp dalam kenyataannya lewat malam tadi.

Suami kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Datuk Seri Mohamad Salleh dan tiga anaknya merupakan pengarah kepada NFCorp, yang telah dianugerahkan prijek Pusat Fidlot Nasional (NFC) pada 2006 untuk penternakan lembu.

Ketika sidang media semalam, PKR turut mendakwa keluarga Shahrizat telah menggunakan dana NFC untuk pembelian hartanah mewah termasuk lapan unit komersial di KL Eco City, pembangunan urban di Bangsar.

Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli mendakwa, pengarah NFCorp telah menyerahkan sejumlah jutaan ringgit daripada NFC ke dalam dua bank sebagai deposit tetap.

Ini jelasnya, adalah demi untuk mendapatkan "kemudahan kredit" daripada bank berkenaan bagi membeli hartanah mewah.

Selain itu, Rafizi turut mengesahkan pembelian unit kondominium berharga RM10 juta di Orchard Scotts Residence di Singapura, dan pendedahan terbaru hari ini lapan unit ofis mewah di KL Eco City di Bangsar.

Lapan unit berkenaan jelasnya dianggarkan berharga sekitar RM12 juta.

Rafizi turut mendakwa bahawa pada 2009, Shahrizat dan keluarganya telah membuat pembelian yang sama untuk pembelian peribadi menggunakan dana NFC.

"Mereka mendapatkan khidmat perunding dan dinasihatkan untuk menggunakan wang berkenaan untuk pembelian-pembelian ini," katanya.

Menurut dokumen daripada salah satu bank, yang menurutnya diperolehi daripada pemberi maklumat, pengarah NFCorp telah membuat deposit bernilai RM71,486,589 (RM71,395,617 dan RM90,972) di bawah nama syarikat dan satu lagi deposit bernilai RM1,872,254 di bawah National Meat and

Livestock Corporation Sdn Bhd (NMLC), syarikat yang turut dimiliki keluarga Shahrizat.

Dua dokumen lain menunjukkan keluarganya turut memperoleh kemudahan kredit bernilai 197,338 di bawah satu lagi syarikat mereka, Agroscience Industries Sdn Bhd, RM4,391,240 pinjaman bagi pembelian aset hartanah, dan Mohamad merupakan penjamin bagi pinjaman lain bernilai RM663,743.

Ini, jelas Rafizi memetik dokumen berkenaan, adalah fakta yang Mohamad hanya mempunyai simpanan sebanyak RM421 di dalam akaun manakala Agroscience mempunyai sekitar RM927.

Tambahnya lagi, semakan lebih mendalam dengan bank yang tidak didedahkan kepada media menunjukkan dana berkenaan dipindahkan untuk pembelian lapan unit di KL Eco City, dengan nilai jualan RM9,688,866.

"Tetapi nilai pembelian itu merujuk kepada hartanah semasa bidaan dan ianya lebih rendah daripada harga pasaran. Berdasarkan harga pasaran untuk unit KL Eco City, biasanya berharga antara RM1,000 kepada RM1,100 kaki persegi. PKR menganggarkan jumlah pasaran untuk lapan unit adalah RM12 million," kata Rafizi.

NFC menjadi topik hangat setelah Laporan Tahunan Ketua Audit Negara 2010 menunjukkan projek berkenaan menghadapi masalah dan tidak mencapai sasaran.

Bukit Aman sebelum ini telah mencadangkan kepada Pejabat Peguam Negara agar mendakwa kesemua pengarah NFCorp atas tuduhan pecah amanah, malah turut dipersetujui oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.

Namun Peguam Negara menyerahkan kembali dokumen berkenaan dan mengarahkan pihak polis menjalankan siasatan dengan lebih terperinci. -TMI

PKR dakwa pengarah NFC beli lot kedai di Bangsar

PKR hari ini mendakwa bahawa pengarah National Feedlot Corporation menggunakan pinjaman mudah oleh kerajaan bagi memudahkan pembelian lapan hartanah komersial di Bangsar, Kuala Lumpur.

Pengarah strateginya, Rafizi Ramli mendakwa pengerusi eksekutif NFC, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail telah menggunakan kawalan ke atas dana berkenaan untuk mendapatkan pinjaman bagi membeli lapan lot kedai itu.

"Dana awam yang diberikan kepada NFC untuk mengusahakan projek fidlot telah diselewengkan untuk dijadikan jaminan bagi mendapatkan pinjaman peribadi dan dibelanjakan dengan membeli hartanah di atas nama peribadi mereka," dakwanya pada sidang media hari ini.

Rafizi yang memetik dokumen bank, sebahagiannya diedarkan kepada wartawan, mendakwa unit kedai KL Eco City itu dibeli pada nilai tebusan pinjaman RM9.69 juta.

Bercakap di ibu pejabat PKR hari ini, Rafizi menganggarkan bahawa nilai pasaran hartanah berkenaan boleh mencecah sehingga RM12 juta.

"Berdasarkan harga pasaran semasa unit komersial di KL Eco City iaitu RM1,000 hingga RM1,100 setiap persegi dan kami anggar harga pasaran semasa unit ini boleh mencecah RM12 juta," dakwanya lagi.

Rafizi juga mendakwa pembelian itu dibuat dengan menggunakan pinjaman oleh Mohamad Salleh dan individu lain yang setakat ini masih belum dapat dikenalpastinya.

Rafizi mengemukakan beberapa dokumen bank sebagai bukti bahawa Mohamad Salleh dan pengarah NFC diberikan pinjaman bersama itu melalui kawalan ke atas akaun syarikat berkenaan.

Dokumen yang didedahkannya itu menyebut, NFC mempunyai simpanan sebanyak RM71.4 juta di dalam akaun di sebuah bank.

Dokumen itu seterusnya menyatakan bahawa Mohamad Salleh hanya mempunyai RM421 di dalam akaunnya di bank tersebut pada satu masa, namun tetap diberikan pinjaman berjumlah RM4,391,240 untuk membeli hartanah.


Selain itu, dokumen itu juga menunjukkan bahawa Mohamad Salleh telah bertindak sebagai penjamin untuk satu lagi pinjaman berjumlah RM663,743.

Ia turut menunjukkan bahawa dua lagi syarikat yang turut dimiliki Mohamad Salleh – National Meat and Livestock Corporation (NMLC) dan Agroscience Industries masing-masing merekodkan baki sebanyak RM1,872,254 dan RM197,338 melalui akaun di bank sama.

Rafizi mendakwa, pembelian hartanah tersebut, yang setiap satunya bernilai antara RM1.1 juta hingga RM1.56 juta dibuat oleh ahli keluarga Mohamad Salleh.

Rafizi mendakwa perkara itu telah disahkan oleh satu sumber beliau, yang tidak didedahkan.

Sementara itu, NFC menafikan laporan media yang menyatakan bahawa pengarah NFC telah menggunakan pinjaman mudah kerajaan bagi memudahkan pembelian lapan hartanah komersial di Bangsar.

Dalam satu kenyataan malam ini, NFC berkata, hartanah ini tidak dibeli oleh syarikat itu.

Pembelian itu, katanya, adalah pelaburan individu pengarahnya. -mk





[Video] Remaja Maut Tertimbus, Tebing Rumah Runtuh

Posted: 08 Mar 2012 08:55 AM PST

Pelajar mati tertimbus

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar, Raja Mohd Irfan Raja Mohd Azlan, 13, tertimbus dari paras pinggang ke bawah selama lebih 10 minit sebelum diselamatkan jiran dalam kejadian tanah runtuh di rumahnya di Kuarters Kerani Polis, Jalan Belfield Off Jalan Maharajalela, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian hujan lebat jam 9.20 malam itu, mangsa berada di belakang rumah sebelum diarah bapanya masuk ke dalam rumah berikutan hujan semakin lebat.

Bagaimanapun, ketika mahu masuk ke dalam rumah, tiba-tiba tanah di tebing belakang rumah yang terletak lima meter dari rumah mangsa runtuh dan menimbus separuh badan mangsa termasuk muka.

Keadaan itu menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri.

Ibu bapa mangsa yang menyedari kejadian itu menjerit meminta tolong.

Jiran mangsa, Zaharah Hashim, 54, berkata dia yang pada mulanya menyangka bunyi bising yang didengari dari belakang rumah kerana dipecah masuk pencuri, tetapi selepas terdengar jeritan meminta tolong, dia keluar melihat apa yang berlaku.

Katanya, dia ternampak muka anak jirannya diliputi tanah dan menghubungi ambulans bagi meminta bantuan.

"Sebaik dikeluarkan, mangsa yang tidak sedarkan diri diberi bantuan oleh paramedik dari Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Mangsa yang berjaya diselamatkan dihantar ke HKL untuk rawatan lanjut," katanya.

Bagaimanapun, mangsa dilaporkan meninggal dunia pada jam 11.50 malam tadi. -hm




Laporan sebelum ini
klik untuk baca





No comments: