Kelab Greenboc |
- [FITNAH] Exco Kedah Nafi MB Beri Kontrak Kepada Umno
- Isu Kedah: Hentikan Segera Politik Saling Bogel-Membogelkan
- PKR Rembau Kecewa Polis Ambil Sikap Berpihak, Biarkan Gangsterisme UMNO
- [KEJI] Ibu Rakam Teman Lelakinya Ratah Anak Sendiri Berusia 11 Tahun
- Kuasa MB Kedah Tidak Terganggu, JK Pemandu PAS Bukan Untuk Hadkan Kuasa MB
- Habis Santan Hampas Dibuang: Habis Galas Ku Li Terbuang
- Apa Hak Polis Tendang Motosikal Orang Awam?
- "Ayah Pin" Gombak Mengaku Wali Larikan Anak Dara Orang
- Kemelut Kedah: Pelangi Muncul Selepas Ribut Melanda
[FITNAH] Exco Kedah Nafi MB Beri Kontrak Kepada Umno Posted: 06 Mar 2012 05:18 PM PST ![]() Pengerusi Jawatankuasa Penerangan Kedah, Abd Ghani Ahmad berkata, dakwaan berkenaan tidak benar kerana Azizan tidak pernah berbuat demikian. "Pemberi projek mesti melalui tender terbuka dan semua syarikat tidak kira dimiliki oleh sesiapa pun boleh dipertimbangkan sekiranya memenuhi kriteria," katanya kepada The Star ketika dihubungi pada Selasa bagi mengulas mengenai laporan berita berkenaan. Menerusi laporan itu mengatakan bahawa krisis di Kedah berpunca daripada keputusan Azizan yang mahu memberikan kontrak tersebut kepada syarikat terbabit. Dinyatakan bahawa maklumat berkenaan disahkan oleh Datuk Phahrolrazi Zawawi, iaitu salah seorang daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang menolak untuk dilantik semula sebagai exco. Sementara itu Datuk Amiruddin Hamzah yang kini memegang portfolio sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air, Tenaga, Industri dan Pelaburan berkata setakat ini tidak ada kontrak pembinaan jalan di Kedah bernilai RM600 juta seperti yang didakwa. Namun beliau percaya kemungkinan laporan berkenaan sebenarnya merujuk kepada kontrak bernilai RM60 juta bagi memperbaiki jalan di Kedah untuk tempoh setahun. Bagaimanapun Phahrolrazi enggan mengulas mengenai laporan portal berita berkenaan sementara Azizan gagal dihubungi bagi mendapatkan penjelasan. -mstar Ulasan GB Sepertimana yang GB sebelum ini, episod politik bogel-membogelkan, fitnah memfitnah yang sebelum ini tidak kedengaran berlaku dalam PAS tetapi begitu rancak di dalam kemelut Kedah, perlu dihentikan segera. Semenjak PAS menang mentadbir beberapa negeri, tiba-tiba sudah ada yang terjebak di dalam kancah amalan politik yang tidak memperdulikan syarak dan amal jamaiyy. Jangan sampai nanti kerana fitnah memfitnah Allah turunkan bala kepada semua ahli PAS dengan direntap semula nikmat kemenangan yang diberikan sebelum ini. klik untuk baca ![]() |
Isu Kedah: Hentikan Segera Politik Saling Bogel-Membogelkan Posted: 06 Mar 2012 03:27 PM PST ![]() Krisis PAS Kedah meledak selepas Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak didakwa mahu memberikan sebuah projek yang dikatakan bernilai RM600 juta kepada syarikat yang dikaitkan dengan pemimpin Umno. Perkara itu disahkan oleh Datuk Phahrolrazi Mohd Nawawi, seorang daripada dua exco yang menolak pelantikan semula mereka ke jawatan itu sebelum ini. Ketika ditemui Malaysiakini semalam bagi mengesahkan dakwaan beliau pada mulanya menolak pelantikan semula kerana tidak puas hati dengan desakan Azizan, Phahrolrazi mengakuinya. Sumber sebelum ini memberitahu Malaysiakini, projek yang dipertikaikan itu adalah berkenaan pembinaan jalan di negeri itu yang mahu diberikan oleh menteri besar kepada syarikat milik bekas pemimpin Umno bahagian di Kedah. Phahrolrazi bagaimanapun tidak mendedahkan lebih lanjut berhubung perkara itu tetapi memberitahu ia projek usahasama dengan syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC). ADUN Pengkalan Kundor itu juga mendakwa, projek berkenaan bernilai "beberapa juta ringgit". "Saya tak setuju dengannya," dakwanya sambil berkata keputusan berkaitan biasanya dibuat pada mesyuarat exco. Projek itu bagaimanapun kini belum dianugerahkan kepada mana-mana pihak, kata Phahrolrazi lagi ketika ditemui selepas sidang media di rumahnya di Alor Setar semalam. Pada sesi itu, beliau dan seorang lagi exco Datuk Ismail Salleh mengumumkan menerima pelantikan sebagai exco selepas PAS membentuk jawatankuasa pemandu untuk menasihati pentadbiran negeri. Ketika laporan ini ditulis, Malaysiakini masih belum dapat mendapatkan respons daripada pejabat menteri besar. Seorang pembantu Azizan memberitahu, menteri besar itu mahu berehat dan tidak akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat. -mk Kisah dalam kelambu buat apa nak bagi tahu orang lain Ulasan GB Episod Kedah sudah berakhir. Tiba-tiba exco yang dikaitkan dengan krisis tersebut membuat pendedahan : Phahrolrazi bagaimanapun tidak mendedahkan lebih lanjut berhubung perkara itu tetapi memberitahu ia projek usahasama dengan syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC). ADUN Pengkalan Kundor itu juga mendakwa, projek berkenaan bernilai "beberapa juta ringgit". "Saya tak setuju dengannya," dakwanya sambil berkata keputusan berkaitan biasanya dibuat pada mesyuarat exco. Projek itu bagaimanapun kini belum dianugerahkan kepada mana-mana pihak, kata Phahrolrazi lagi ketika ditemui selepas sidang media di rumahnya di Alor Setar semalam. Benda dah selesai tapi diungkit lagi. Sepatutnya apabila ditanya mana-mana wartawan pun, exco itu hendaklah berdiam diri demi menghormati keputusan damai PAS Pusat. Selagi satu pihak keluarkan kenyataan, akan muncul pula pihak lain mempertahankannya. Isu kontrak yang dikatakan RM600 juta itu kabur. Seorang pengkomen pula mempertahankan tindakan MB Kedah. projek RM600 belum lagi dianugerahkan kepada sesiapa dan ia cuba fitnahkan kepada mb kononnya hendak diberikan kpd org umno. Ini politik yang saling bogel membogelkan. What goes round turns around. Anda ketuk kepala orang, kepala anda pula akan diketuk. Ia kesan lantunan. Anda perlu sedia dibogelkan apabila anda membogelkan orang lain. Tidak mungkin anda membogelkan orang, orang itu berdiam diri. Kadang-kadang dendam berlarutan sampai ke anak cucu. Itu hukum dalam ilmu mantik, ilmu hakikat. Kalau tak faham atau tak tahu lansung ilmu ini, pergi belajar lagi. Alam terbentang boleh menjadi gurunya. Tapi jangan sampai jadi sesat, apatah lagi jika berguru kepalang ajar, nanti bagai bunga kembang tak jadi. Dilaporkan, sms-sms pro dan kontra sentiasa berlegar-legar di kalangan rakyat khususnya di Kedah sekalipun sudah reda sedikit selepas Majlis Mahabbah. Kita berharap semua ini dihentikan segera. Dan munajat perdana ini diharapkan benar-benar dapat menjernihkan semula air yang keruh itu. Kedah: PAS rakam tahniah, rancang munajat perdana |
PKR Rembau Kecewa Polis Ambil Sikap Berpihak, Biarkan Gangsterisme UMNO Posted: 06 Mar 2012 07:38 AM PST ![]() REMBAU: PKR Cabang Rembau hari ini melahirkan rasa kecewa dan terkilan dengan sikap Polis DiRaja Malaysia yang gagal menjamin ketenteraman dan sebaliknya tunduk kepada gangsterisme Umno di kawasan Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Mohamad Hasan. Setiausahanya Norazizi A Aziz dalam kenyataan kepada FMT sebentar tadi menyatakan kekesalan tersebut apabila pihak polis daerah Seremban gagal memberikan permit untuk program ceramah yang pada asalnya dijadualkan berlangsung pada malam ini di Taman Jed Indah, Kuala Sawah, Rantau. Menurut Norazizi, pada 6 Februari lalu telah dijadualkan satu program ceramah di pekan Kuala Sawah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Rantau dan Parlimen Rembau. "Namun ketika persiapan tapak dilakukan pada hari tersebut, sekitar jam 6 petang sekumpulan lelaki dengan diketuai oleh ketua kampung Kuala Sawah hadir dengan bersenjatakan parang. "Ketika kekecohan berlaku di lokasi yang hanya jaraknya sekitar 300 meter dari Balai Polis Kuala Sawah, ada anggota polis datang dan selepas bercakap dengan ketua kumpulan penyerang (Ketua Kampung), anggota polis tersebut terus beredar. "Selepas itu PKR membuat laporan polis mengenai serangan dan ugutan bersenjata namun polis gagal mengambil tindakan hanya kerana beliau merupakan ketua kampung yang dilantik Menteri Besar. "Serangan bukan sahaja dengan menggunakan senjata tetapi juga bersifat perkauman apabila Ketua Kampung lantikan Umno itu mencarut dan memaki hamun petugas-petugas PKR berbangsa India yang ada bersama termasuk ugut 'mandi darah'," kata Norazizi. Pada masa yang sama katanya, apabila berita ini tersebar ada juga sekumpulan orang kampung yang menyokong Pakatan Rakyat dalam perjalanan untuk datang ke lokasi kejadian. Bagaimanapun untuk mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku PKR Rembau membuat keputusan program ceramah tersebut ditangguhkan sahaja. "Kali ini kami telah mengatur satu lagi program ceramah dengan mengubah sedikit lokasi ceramah iaitu di Taman Jed Indah tetapi masih berdekatan dengan pekan Kuala Sawah. Umno guna otot, tidak guna otak "Namun sejak semalam telah disebarkan sms daripada Ketua Kampung Kuala Sawah memanggil orang-orang Umno berkumpul untuk 'menghancurkan' program pembangkang di Dun Rantau, kawasan Menteri Besar. Malahan sejak pagi tadi kami mula mendapat panggilan dari pihak polis yang 'menasihati' agar program tersebut dibatalkan kerana mahu mengelak berlakunya kekecohan. "PKR amat kecewa dengan sikap polis ini. Demokrasi sudah tiada tetapi undang-undang negara semakin menjadi hukum rimba. "Mengambil sikap mengelakkan daripada kekecohan maka program ini akan ditukar lokasi ke lain tetapi tetap di Dun Rantau yang kononnya kubu kuat Menteri Besar, " jelas Norazizi. Norazizi berkata Umno sebenarnya semakin lemah dan mereka panik apabila semakin ramai rakyat mengetahui maklumat sebenarnya. Oleh kerana Umno semakin sedar maka mereka gagal menggunakan otak untuk berhujah sebaliknya terpaksa bergantung guna otot pula. Umno menyebabkan politik negara menjadi politik rimba. Justeru itu program ceramah tersebut akan diadakan pada malam ini di perkarangan Pejabat PKR Rantau (depan setesen Petronas) di Pekan Rantau. Bertemakan "Pendedahan Hubungan Dagang Malaysia–Israel dan isu lembu NFC", pemimpin yang akan menyampaikan ceramah pada malam ini ialah Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli; Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin (Chegu Bard) dan Adun Paroi dari PAS, Mohd Taufek Abdul Ghani. -FMT PKR dakwa ceramah diugut 'mandi darah' |
[KEJI] Ibu Rakam Teman Lelakinya Ratah Anak Sendiri Berusia 11 Tahun Posted: 06 Mar 2012 06:06 AM PST ![]() Nasib kanak-kanak berusia 11 tahun itu mendapat pembelaan apabila Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman penjara 21 tahun terhadap wanita itu kerana bersubahat dengan teman lelakinya merogol mangsa, tiga tahun lalu. Hakim Latifah Mohd Tahar turut menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan 15 sebatan terhadap tertuduh Ma Kassim Sirat, 44. Ma Kassim, pemandu teksi, mengaku bersalah atas tiga pertuduhan merogol mangsa di sebuah pangsapuri di Rawang pada 12 tengah malam, pertengahan Disember 2009 dan 30 Januari 2010, dan jam 10 malam, Mac 2010. Sementara itu, ibu kanak-kanak itu didakwa bersubahat dengan teman lelakinya di tempat dan masa yang sama. Pasangan kekasih itu didakwa mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. Peguam Roland Engan dan M Hafiz Zainol Abidin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan mengambil kira pengakuan salah anak guamnya yang telah insaf dan menyesal. Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Hemy Annerina Haja Mydin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat kerana peranan ibu mangsa yang bersubahat dalam kes itu amat mendukacitakan. "Perkara ini menyedihkan kerana ia tidak pernah didengar dalam mana-mana kes sebelum ini," katanya. Beliau yang dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya R Kalaiyarasi berkata, mahkamah perlu mengambil kira kesan terhadap mangsa yang trauma sepanjang hayat akibat perbuatan kedua-dua tertuduh. "Setiap hari, mangsa akan tertanya-tanya mengapa ibunya sendiri tidak menyelamatkannya (dari kejadian rogol). Hanya disebabkan oleh nafsu kedua-dua tertuduh, mangsa berdepan titik hitam dalam hidupnya. Kecederaan fizikal boleh diperbaiki, tetapi tidak emosi," katanya. Berdasarkan keterangan mangsa, ibu memanggilnya masuk ke bilik tidur sebelum Ma Kassim merogolnya. Pada kejadian kedua, ibu mengumpan mangsa dengan hadiah sempena hari lahir dan pada kejadian terakhir, wanita itu merakam perbuatan terkutuk lelaki itu. -SH |
Kuasa MB Kedah Tidak Terganggu, JK Pemandu PAS Bukan Untuk Hadkan Kuasa MB Posted: 06 Mar 2012 03:21 AM PST ![]() Beliau berkata, ini kerana kuasa tertinggi di sesebuah negeri adalah Majlis Mesyuarat Kerajaan atau exco yang dipengerusikan oleh menteri besar atau ketua menteri manakala di peringkat pusat pula jemaah menteri atau kabinet yang dipengerusikan perdana menteri. "Tiada jawatankuasa apapun yang boleh mengatasi kuasa exco dan kabinet. Ia (jawatankuasa pemandu) hanya bersifat penasihat dalam hal-hal yang perlukan pandangan pimpinan berkaitan dengan perancangan dan program yang dibuat. "Oleh itu, penubuhan jawatankuasa pemandu ini tiada kaitan untuk ambil alih kuasa menteri besar dan sememangnya tiada kuasa untuk campur tangan pentadbiran negeri," katanya dalam satu kenyataan di sini, Selasa. PAS Pusat pada Isnin mengumumkan untuk mengaktifkan semula Jawatankuasa Pemandu untuk memberi pandangan kepada kerajaan negeri yang diterajui PAS atau di mana pentabirannya merupakan sebahagian daripada parti itu. Mustafa berkata, jawatankuasa itu juga bukan khusus untuk menasihati individu tertentu dalam pentadbirannya tetapi kepada semua yang memerlukan pandangan pimpinan parti. "Contohnya PAS telah mula menubuhkan jawatankuasa pemandu ini pada tahun 1990 apabila PAS menang semula di Kelantan. "Saya ketika itu dilantik sebagai salah seorang anggota jawatankuasa pemandu ini dan tugas kami hanyalah menjadi jawatankuasa penasihat untuk kerajaan negeri sahaja. "Selepas itu, ia terus kekal untuk negeri yang dimenangi PAS dalam pilihan raya umum 1999 dan 2008. Tetapi apabila keadaan sudah stabil, kita tidak meneruskan peranan ini," katanya. Beliau menambah, mengaktifkan semula jawatankuasa berkenaan berikutan terdapat keperluan untuk memberikan pandangan dan nasihat kepada pimpinan kerajaan negeri. "Oleh itu tidak seharusnya salah faham tentang fungsi jawatankuasa pemandu," katanya yang turut memaklumkan PAS akan mengadakan mesyuarat pada 12 Mac ini untuk membuat pelantikan anggota jawatankuasa pemandu. -mstar |
Habis Santan Hampas Dibuang: Habis Galas Ku Li Terbuang Posted: 06 Mar 2012 01:08 AM PST ![]() GUA MUSANG - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang disifatkan `barah' dalam Umno kerana banyak mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan prinsip perjuangan parti itu dinasihatkan berundur secara terhormat. Ini bagi mengelakkan pemimpin yang menerajui 37 tahun Umno Bahagian Gua Musang itu menanggung malu akibat digugurkan daripada senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tidak lama lagi. Keputusan itu dicapai dalam perjumpaan antara 16 pemimpin akar umbi Umno Bahagian Gua Musang yang mengadakan mesyuarat tergempar di Bandar Baru, di sini, pagi semalam. Majlis perjumpaan yang dipengerusikan Ketua Umno Cawangan Bandar Lama, Ab Wahab Yunus itu turut dihadiri tiga Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Gua Musang, enam ketua cawangan, wakil peneroka Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) dan Felda. Kebanyakan mereka menyuarakan sudah sampai masanya bagi pemimpin paling lama berkhidmat di Parlimen Gua Musang itu bersara daripada parti dan memberi laluan pula kepada pemimpin muda sebagai usaha mentransformasikan perjuangan parti berkenaan di peringkat bahagian terbabit. Perjumpaan diadakan bagi memperbetulkan kenyataan pemimpin itu yang disiarkan dalam kebanyakan media berhubung langkahnya untuk bertanding sebagai calon Bebas jika tidak dicalonkan BN pada PRU13 nanti. Ab Wahab berkata, Tengku Razaleigh semakin hilang pengaruhnya yang bukan sahaja di peringkat pusat, tetapi di bahagian itu apabila tidak mempunyai pendirian dalam perjuangan parti Umno serta BN. Beliau berkata, kumpulannya terpaksa memberanikan diri membuat pendirian lebih tegas dengan mendesak Tengku Razaleigh berundur lebih awal kerana zaman sekarang bukan lagi sepadan dengan jiwa pemimpin veteran. "Beliau dalam Umno pun banyak mengeluarkan berita-berita yang sensitif dengan perjuangan Umno dan seolah-olah lebih mirip kepada pembangkang, oleh itu adalah lebih baik dia berterus terang dengan pendirian sebenar. "Kita sebagai pemimpin peringkat akar umbi kadang-kala malu dan sedih dengan kenyataan yang dikeluarkan Tengku Razaleigh kerana lebih banyak memihak kepada pembangkang termasuk isu royalti minyak serta penyenaraian Felda di Bursa Malaysia," katanya. Sementara itu, AJK Umno bahagian, Ab Aziz Mohamad, pula berkata, Tengku Razaleigh juga sejak kebelakangan ini berjuang lebih mementingkan peribadinya yang ingin merebut jawatan pemimpin tertinggi kerajaan dan Umno. Beliau berkata, pemimpin itu langsung tidak mengambil kisah masalah yang dihadapi rakyat termasuk juga peneroka Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar yang dijanjikan untuk lupus hutan, namun sampai sekarang gagal dilaksanakan. "Ini telah membuktikan kepada kita bahawa Tengku Razaliegh bukan lagi pemimpin yang harus kita puja seperti sebelum ini dan saya minta beliau berundurlah secara terhormat dan memberi laluan pula kepada pemimpin muda yang lebih berwibawa," katanya. Ketua Umno Cawangan Kampung Panggong Lalat, Ab Karim Mat Diah berkata, mungkin Tengku Razaleigh yang terlalu ghairah kemenangannya selama ini disebabkan rakyat memujanya. "Sekarang bukan lagi untuk kita memuja atau menyanjung tinggi pemimpin tersebut berikutan dia langsung tidak menghomrmati pemimpin lain di peringkat tertinggi hingga kerap kali menteri yang datang ke kawasan ini tidak menyambut bersama," katanya. -SH Ku Li tetap tanding jikapun tidak dicalon Pakatan sedia benar Ku Li bertanding atas tiketnya |
Apa Hak Polis Tendang Motosikal Orang Awam? Posted: 05 Mar 2012 11:31 PM PST ![]() Kurang dua hari disiarkan, gambar seorang anggota polis yang didakwa menerajang seorang penunggang motosikal semasa sekatan jalan raya sehingga menyebabkan remaja berusia 14 tahun itu terbabas dan mengalami kecederaan teruk telah dikongsi oleh tidak kurang 10,000 warga maya. Gambar-gambar yang dimuat-naik itu menunjukkan seorang anggota polis berpangkat koperal yang memakai jaket hijau kuning serta bercermin mata gelap hitam dan remaja yang terlentang selepas terjatuh itu menimbulkan kemarahan warga maya yang membidas apa yang disifatkan mereka sebagai keganasan polis. ![]() Menurut akhbar Kwong Wah Jit Poh, penunggang motosikal itu yang dikenali sebagai Lim Hup Hwang menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar pada sekitar jam 5:50 petang apabila beliau melalui sekatan jalan itu. Cedera parah Ketika cuba menghentikan Lim, anggota polis berkenaan menerajang motosikalnya menyebabkan remaja jatuh itu akibat melanggar pembahagi jalan. Laporan itu bagaimanpun tidak menyebut sama ada remaja itu cuba merempuh anggota polis berkenaan ketika cuba mengelakkan dirinya daripada sekatan jalan raya. Lim kemudiannya dikejarkan ke Hospital Tangkak sebelum dipindahkan ke sebuah hospital swasta di Melaka akibat kecederaan teruk pada kepala, telinga kanan, leher, kaki dan bahagian lain di badannya. ![]() "Adik saya koma. Beliau mengalami pembekuan darah di lehernya yang terseliuh. Pendarahan juga dilaporkan pada bahagian kepala dan di telinga. Beliau juga terpaksa menerima jahitan untuk kecederaan di seluruh badannya!" -mk |
"Ayah Pin" Gombak Mengaku Wali Larikan Anak Dara Orang Posted: 05 Mar 2012 09:29 PM PST ![]() GOMBAK – Sebuah keluarga sanggup bergolok bergadai dan berhabis ratusan ribu ringgit dalam tempoh empat tahun untuk seorang lelaki berperwatakan alim yang mengaku sebagai wali. Tidak cukup dengan itu, lelaki yang layak digelar warga emas itu turut melarikan anak gadis keluarga berkenaan dengan meyakinkan seluruh ahli keluarga itu bahawa mereka berkahwin secara ghaib dengan bersaksikan malaikat. Bagaimanapun, 'sihir' lelaki itu berakhir selepas keluarga malang berkenaan tidak diiktiraf menjadi kaum kerabatnya sebaik keluarga itu tidak lagi mampu membiayai kehidupannya. Mangsa, Mohd Zin Mamat, 62, berkata, dia mengenali lelaki yang berasal dari Kelantan itu menerusi seorang rakan selepas cuba berikhtiar mengubati sakit kaki anak gadisnya yang ketika itu baru berusia 20 tahun. "Berusia sekitar 60 tahun, wajahnya berjambang dan berkopiah, dia selalu berulang–alik dari rumahnya di Pasir Mas untuk mengubati kaki anak perempuan kami, Siti Maizura. "Namun, memikirkan anak kelima saya itu memerlukan rawatan susulan, kami membenarkan lelaki berkenaan tinggal di rumah ini tanpa sebarang syak wasangka," katanya kepada Sinar Harian sewaktu ditemui di rumahnya di Gombak. Mohd Zin berkata, meskipun penyakit anaknya itu sudah sembuh, lelaki itu masih terus mahu menetap di rumahnya. Mengenangkan keadaan lelaki berkenaan yang hidup susah, Mohd Zin sekeluarga sanggup membantu membayarkan sewa rumah. "Lama-kelamaan kami jadi macam bodoh dan menuruti kemahuannya, dia sering mengatakan dirinya setaraf Nabi Isa dan berjanji akan membayar balik semua wang selepas dia mengeluarkan wang dari alam ghaib bernilai RM99 bilion," katanya. Mohd Zin berkata, lelaki itu turut mengakui bahawa mereka sekeluarga adalah kerabatnya dan pernah membawa mereka ke Pantai Cahaya Bulan bersama enam keluarga lain yang tidak dikenali, kononnya untuk memberikan pangkat dan nama gelaran sebagi persediaan tinggal bersama di sebuah istana yang bakal dibina di atas bukit di daerah Machang. "Setiap bulan kami diperintah membayar sewa rumah dan pembiayaan sekolah serta makan dan minumnya, jika berada di Kelantan, dia akan menghubungi saya atau isteri untuk memasukkan wang dalam akaunnya. Jika kami tidak berbuat demikian, dia akan mengenakan dam' atau denda yang mencecah RM2,000," katanya. Difahamkan, dalam tempoh itu juga, anak lelaki Mohd Zin membuat pinjaman sehingga RM100,000 hanya untuk membiayai kehidupan lelaki berkenaan. Isteri dan anak perempuannya juga dikatakan sanggup menggadai barang kemas bernilai puluhan ribu ringgit semata-mata untuk memberikan wang kepada lelaki itu. Anehnya Mohd Zin berkata, mereka sekeluarga tidak boleh marah kerana lelaki itu dikatakan pandai bermain dengan kata-kata dan sering memberitahu bahawa al-Quran itu hanya di bawah telapak kakinya, malah lelaki itu mengakui mampu mengampunkan dosa orang kerana boleh naik ke langit dan berunding dengan ALLAH. "Sampai satu tahap, kami tidak boleh membiayai perbelanjaannya kerana sudah tidak mempunyai wang, lelaki itu memberitahu kami tidak layak menjadi kerabatnya dan perlu dibuang. Ketika itu barulah kami sedar tentang apa yang berlaku selama empat tahun lalu," katanya. Menurutnya, sejak berkahwin, warga emas itu juga tanpa segan silu melakukan hubungan kelamin bersama anaknya diruang tamu rumah secara terbuka pada waktu malam. "Sampai sekarang anak mereka tidak boleh dibintikan nama bapanya kerana perkahwinan dianggap tidak sah oleh Jabatan Pendaftaran Negara" katanya. Salurkan maklumat kepada keluarga Isteri Mohd Zin, Siti Habshah Yusof, 65, berkata, anak perempuan berjaya ditemui selepas hampir setahun menghilangkan diri dan dibawa pulang ke rumah, namun lari semula mengikut lelaki itu. "Kami tidak tahu dia lari ke mana, ada sekali dia hubungi dan beritahu supaya kami sekeluarga tidak mencarinya sampai bila-bila kerana dia bahagia bersama suaminya. "Ibu mana yang tidak sedih apabila anak sendiri berkata begitu, sudah berpuluh ustaz dipanggil untuk membantu memulihkan dan mencari Maizura, semuanya tidak berhasil, saya yakin anak saya sekarang hidup susah kerana sewaktu mula-mula berjumpa dengannya, keadaan amat lesu, pucat dan tidak bermaya," katanya. Katanya, dia sudah berikhtiar pergi mencari lelaki itu di rumahnya di Pasir Mas, namun isterinya memberitahu suaminya tidak pulang ke rumah sejak lebih setahun yang lalu. "Tujuan saya menghebahkan kepada media bukan mahukan publisiti, tetapi berharap orang ramai yang mengetahui di mana anak saya berada dapat menyalurkan maklumat, kami juga berharap agar tidak ada lagi orang di luar sana terus terpedaya dengan lelaki ini," katanya. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Maizurah boleh menghubungi talian Mohd Zin 017-3257271 atau Mohd Affendi 019-6137014. Sehingga kini, empat laporan polis telah dibuat di Ampang dan Gombak berhubung penipuan warga emas berkenaan. -SH |
Kemelut Kedah: Pelangi Muncul Selepas Ribut Melanda Posted: 05 Mar 2012 08:03 PM PST ![]() KUALA LUMPUR, 5 Mac: Naib Presiden PAS,. Salahudin Ayub adalah orang yang paling gembira sekali mendengar penerimaan dua timbalan pesuruhjaya PAS Kedah terhadap keputusan PAS pusat. Salahudin..., Beliau yang mewakili PAS Pusat ke sana ke mari bagi menyelesaikan isu ini teresak-esak menangis kegembiraan ketika menelefon Harakahdaily. "Benar ke berita Harakahdaily tu?" tanya Salahudin kepada Harakahdaily merujuk kepada berita bertajuk 'Exco: Phahrolrazi, Ismail akur keputusan PAS Pusat'. Beliau terus menelefon Harakahdaily sebaik saja membaca berita yang sangat mengembirakan beliau itu. Harakahdaily telah mengubungi kedua-dua timbalan pesuruhjaya PAS Kedah itu bertanya reaksi mereka terhadap keputusan PAS Pusat yang mengarahkan mereka kembali semula ke dalam barisan exco Kedah. PAS Pusat mengarahkan Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh kembali semula sebagai anggota exco negeri. Arahan itu dibuat serentak dengan keputusan Datuk Seri Azizan Razak akan kekal sebagai MB manakala PAS Pusat membentuk Jawatankuasa Pemandu untuk membantu pentadbiran kerajaan negeri Kedah. Phalrolrazi dan Dr Ismail memaklumkan, mereka berdua menerima keputusan PAS Pusat itu. Sebaik sahaja mereka membuat sidang media di rumah Datuk Ir Phalrolrazi Zawawi jam 5 petang, Harakahdaily menyiarkan keputusan yang terlebih dahulu dimaklumkan kepada Harakahdaily itu. "Saya mengeluarkan air mata gembira membaca berita ini," kata Salahudin teresak-esak ketika menghubungi Harakahdaily. Beliau mengucap ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat menyelesaikan kemelut ini terutama sekali pimpinan PAS Kedah dan Pusat. "Saya berbangga dengan anda semua terutama semangat sayangkan jamaah," kata Salahudin yang turut melakukan sujud syukur bagi menyatakan terima kasih kepada Allah SWT berikutan selesainya kemelut ini. -HD Ulasan GB Kita berharap episod Kedah yang begitu mencemaskan parti benar-benar berakhir. Sebelum berlansungnya Majlis Mahabbah, GB menghubungi YB Salehuddin terlebih awal mendoakan agar usahanya dalam misi untuk selesaikan kemelut di Kedah akan diberikan kejayaan cemerlang oleh Allah swt. Malam itu, GB sedikit berdebar untuk mengetahui keputusan namun keyakinan bahawa Allah swt akan menolong menjadikan GB terus mengikuti perkembangan Majlis Mahabbah. Segalanya selesai, kata YB Salahuddin di dalam satu video wawancara yang disiarkan oleh AntaraPos. Alhamdulillah, dan GB berpendapat misi Salehuddin telah pun berjaya sekalipun beliau menyatakan keputusan rasmi hanya akan diumumkan kemudian. GB tidak mahu menganggu Salehuddin dengan bertanyakan apa-apa dahulu, setentunya beliau di dalam keadaan yang masih berserah kepada Allah kerana belum mengetahui riaksi sebenar ketiga-tiga mereka yang terlibat dengan kemelut Kedah itu. Laporan akhbar media arus perdana begitu banyak, bertubi-tubi cuba memporak-perandakan PAS sehingga sebuah akhbar luncai menyatakan Azizan akan tumbang sebelum PRU13. Laporan harakahdaily sewaktu awal-awal krisis Kedah meletus agak mengecewakan, kecuali beberapa kolumnis seperti Ahmad Lutfi Othman yang ada menulis mengenainya. Tiada sebarang liputan dan berita dikeluarkan sebelum dan pada Malam Mahabbah, sekalipun yang turun di Kedah adalah pimpinan PAS Pusat. Dan GB pun menulis (petikan): GB meminta pihak petugas akhbar rasmi PAS, Harakahdaily supaya mempertingkatkan efficiency dan effectiveness agar laporan mengenai isu-isu yang membabitkan parti cepat dilaporkan di dalam akhbar online PAS tersebut. Ayat terakhir itu: membiarkan lambakan laporan sonsang arus media perdana tidak berjawab - apakah di atas alasan kerana Harakahdaily berprinsip meraikan perbezaan pendapat? Hanya bermula hari semalam, barulah harakahdaily memuatkan beberapa laporan mengenai isu Kedah. Berita yang ditunggu-tunggu akhirnya tersiar Exco: Phahrolrazi, Ismail akur keputusan PAS Pusat sekalipun lewat dari sebuah akhbar tabloid yang lain yang menjadi tumpuan rakyat untuk mendapatkan berita yang lebih neutral di dalam isu Kedah ini. GB kehairanan kerana sebelum itu dimaklumkan kedua-dua exco yang terlibat akan membuat press conference pada sebelah petang selepas keputusan diumumkan oleh Setiausaha Agong. GB tertanya-tanya, PAS sudah tidak ada disiplinkah sehingga sesiapa pun boleh bertindak membuat press conference, tanpa merujuk kepada kepimpinan tertinggi parti? Itu sebab mengapa GB menulis: PAS Pusat Patut Halang Phahrolrazi Adakan Sidang Media. Press Conference tetap berjalan juga. Ramai yang menhubungi GB menanyakan perkembangan terkini. GB katakan itu hal mereka sekalipun GB sebelum ini menyatakan di dalam konteks berjemaah, setelah merujuk beberapa kitab dan guru, adalah tidak patut malah haram untuk mengadakan press conference sendiri-sendiri setelah PAS Pusat membuat satu-satu keputusannya. Keputusan PAS Pusat sepatutnya dipatuhi, diterima dan semua perlu akur dengannya. Dan sebarang keputusan samada terima atau tidak hendaklah disalurkan terus kepada J/K Misi Mahabbah, bukan dengan memanggil press conference. Hormatilah kepimpinan. Itu bagi orang yang tahu memelihara adab di dalam jemaah, tidak biadab. Entahlah, masing-masing dah jadi cacamarba kini. Kini harakahdaily menyiarkan mengenai Perspektif pemimpin PAS dalam perbedaan pendapat. GB tak tahu apa tujuannya. Tajuknya seperti cuba membuat justifikasi mengapa harakahdaily tidak membuat liputan mengenai isu Kesah dan seolah-olah seperti hendak "mengajar" pihak tertentu khususnya MB Kedah. Tetapi mujur kesemua pendapat orang kuat-kuat PAS yang ditonjolkan memberikan pandangan yang selari dengan pandangan GB sebelum ini: (petikan hujjah Mohd Sabu) ... PAS sebagai jamaah Islam, apabila sesuatu keputusan dicapai, semua ahli dan pimpinan harus mengikut keputusan tersebut walaupun hati kita kadang-kala tidak bersetuju dengan keputusan tersebut. Dan semuga isu Kedah ini ditutup rapi. Tiada press conference lagi selepas ini. Bak kata seorang jurukomen di dalam komentarnya: Kita bersyukur ada hikmah PRU13 tidak dipanggil pada bulan Mac ini. Jika tidak punahlah Kedah dari PAS angkara kemelut yang melanda. Petikan ulasan GB sebelum ini: Dan kita berharap isu Kedah selesai, bukan sekadar untuk menghadapi pilihanraya tetapi keputusan untuk jangkapendek dan jangkapanjang demi kemantapan jemaah PAS seluruhnya khususnya PAS Kedah. Sewaktu pulang tengah malam tadi dari majlis Perasmian Mesyuarat Agong PAS Berkelompok anjuran PAS Kawasan, banyak perkara bermain-main di kepala ini terlingkar di dalam khauf dan rajo'... Ohh... indahnya jika pelangi itu ada! Ia adalah hadiah untuk seorang sahabat... Salehuddin Ayub namanya yang menyebabkan airmata GB turut sama berderai menyambut kejayaannya di dalam menempuh ujian berat selepas diangkat menjadi Naib Presiden 1 PAS. Takbir! Allahu Akbar! |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment