Kelab Greenboc |
- Azab Sewaktu Mati Akibat Memakai Susuk
- Hijrah Artis - Mereka Menyambut Hidayah Yang Dikurniakan Ilahi
- Waspada - Ada Lembu Mengamuk Nak Serang Negeri Pakatan Habis-habisan
- Laporan Polis Terhadap FELDA Ekoran Pekeliling Paksa Peneroka Serah Dokumen
- Akhiri Dara Pada Usia Emas
- [Bergambar & Video] Amerika Dihentam Puting Beliung, 29 Terbunuh
- Keputusan Isu Kedah Esok - Phahrolrazi & Ismail Dijangka Terima Semula Jawatan Exco
- Menyayat Hati: Maut Digilis Tiga Kenderaan
- [Video] Sekitar "Majlis Mahabbah" PAS Pusat & PAS Kedah
- Budak Mati Dihempap Pagar Rumah Datuk
Azab Sewaktu Mati Akibat Memakai Susuk Posted: 04 Mar 2012 04:51 PM PST Berkubang buang susuk KUALA TERENGGANU: Melihat rakan karib mati dalam keadaan ngeri apabila wajah berubah hodoh dengan kulit seolah-olah hangus akibat memakai susuk, seorang wanita insaf dan nekad membuang susuk dipakainya lebih 20 tahun. Wanita berusia 48 tahun itu yang hanya mahu dikenali sebagai Hayati berkata, kematian sahabatnya menginsafkannya menyebabkan dia bertaubat dan kembali ke pangkal jalan kerana tidak sanggup mengalami nasib serupa. "Bagaimanapun, bukan senang untuk membuang pelbagai susuk yang lebih 20 tahun tertanam di beberapa anggota tubuh kerana prosesnya amat menyeksakan. "Saya terpaksa berendam seminggu dalam kubang kerbau dengan bantuan bomoh yang membuang debu-debu susuk di dalam tubuh. "Sepanjang seminggu itu, makanan dihantar bomoh berkenaan kerana kubang kerbau tempat saya berendam jauh daripada orang ramai," katanya yang sedia berkongsi keterlanjuran silamnya sebagai iktibar kepada masyarakat. Hayati berkata, dia mula memakai susuk ketika berusia 25 tahun berikutan ingin kelihatan cantik supaya kedai makan diusahakannya menarik pelanggan. -HM Definasi Susuk Susah mati pakai 'Susuk Pencinta' |
Hijrah Artis - Mereka Menyambut Hidayah Yang Dikurniakan Ilahi Posted: 04 Mar 2012 03:37 PM PST 1. Bob Lokman - bekas pelakon, pelawak, komposer "Setelah aku melalui segala jalan syahwat, ALLAH memberikan aku gambaran AKHIRAT" 2. Ustaz akhil hayy - bekas penyanyi rock (80-an) 'D Riyadh' Namun begitu, takdir Ilahi menentukan Ustaz Akhil akhirnya meninggalkan kehidupan sebagai seorang pemuzik rock. Kini, beliau lebih dikenali dengan lagu-lagu nasyid dan ceramah agama yang disampaikan di seluruh negara. Ustaz Akhil turut diberi gelaran 'Ustaz Rock' kerana penglibatan beliau dalam arena muzik rock suatu ketika dahulu. 3. Megat - bekas penyanyi kumpulan ACAB "Ana berubah sebab terlalu banyak sangat fitnah dan tohmahan yang ana terima. Macam-macam fitnah sampai kata ana murtadlah, antiagamalah dan macam-macam lagi". 4. Azmeer Mustafa - bekas pelakon filem 'ali setan' Bekas pelakon ‘Ali Setan’, Haji Mohd Azmil Dato’ Mustapha, bagai tidak percaya bahawa watak nakal dalam filem tersebut telah berubah sama sekali. Berjubah putih, berjanggut, riak wajahnya cukup menggambarkan ketenangan dikecapinya. Berbual dengannya seolah-olah mendengar ceramah, yang kini menjadi rutin hariannya. Ikuti temu bual wartawan Harakah, ANIS NAZRI dengan Azmil, di kediamannya di Shah Alam baru-baru ini. 5. Ustaz Radzi - bekas penyanyi rock 'Melissa' MELIHAT penampilannya yang kini berserban dan berjubah, siapa sangka beliau adalah bekas vokalis kumpulan rcok terkenal, Melissa dan pernah mempopularkan lagu hit, Cinta Untuk Nabila. Lagu itu begitu popular dan sering menjadi siulan anak muda lebih 15 tahun lalu kerana melodi dan liriknya yang berkesan, apatah lagi vokal penyanyinya yang nyaring dan meruntun hati. 6. Iwan Syahman - bekas penyanyi dangdut Penyanyi dan bekas komposer lagu-lagu dangdut, Iwan sudah berubah penampilan apabila mula mendekatkan diri dengan agama. Imejnya juga sudah berbeza dari dulu apabila memilih bersarban sebagai imej harian. Semua orang beranggapan Iwan sudah mahu menjauhkan diri daripada muzik 7. Izam - bekas vocalis kumpulan E.Y.E Kumpulan EYE pernah menempah zaman populariti pada era 1980-an dan 1990-an melalui genre balada (jiwang).EYE telah menghasilkan 5 buah album sebelum ini iaitu Mekar, Satu Nukilan Abadi, Semakin Menjadi-jadi, Lebih Hebat Lagi dan Mahkota Impian. Namun setelah sekian lama menyepi, EYE tampil dengan satu konsep yang berlainan dengan sebelum ini. EYE akhirnya muncul dengan album ketuhanan pertama, Nama Mu. Album ini memuatkan 10 buah lagu baru seperti Thaif, Alpa, Keikhlasanmu, Arah,Agung Cintaku dan sebagainya. Album ini diterbitkan oleh Otai Studio dengan mengekalkan 4 ahli asal EYE iaitu Izam, Amir, Bard dan Arbi. Album ini boleh didapati melalui laman rasmi Facebook mereka. 8. Sham kamikaze - bekas gitaris kumpulan 'kamikaze' Sham Kamikaze diberi hidayah apabila Imam Sudais atau Imam Abdul Rahman Al-Sudais, imam besar Masjidilharam menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Sham Kamikaze. Sham Kamikaze teruja dengan peristiwa itu yang mana memang bukan sebarangan orang dapat bersalam dengan Imam Sudais apatah lagi dirinya yang menyambut tangan Imam Sudais. Sumber: Sham Kamikaze Insaf selepas Diberi Hidayah — LimauAis Sham Kamikaze Terus Berdakwah Walaupun Dikutuk & Dicerca 9. Mel - bekas penyanyi kumpulan 'Wings' Bekas vokalis kumpulan Wings, Mel atau nama sebenarnya Ismail Zainuddin, 45, mengakui selesa menjalani kehidupan sebagai pendakwah bebas selepas berundur sebagai penyanyi kira-kira sepuluh tahun lalu. Selepas meninggalkan dunia nyanyian, Mel selesa dengan kehidupan hari ini iaitu berdakwah dan mengadakan ceramah di merata tempat. Selain itu, Mel juga aktif menyanyikan lagu-lagu berbentuk ketuhanan tetapi tidak lagi di pentas komersial. Baru-baru ini Mel muncul dalam konsert Wings Opera Hidup Rockestra di Istana Budaya. Kata Mel, dia menyanyi di konsert tersebut semata-mata untuk memeriahkan konsert itu. Ia adalah tanda sokongan dan penghargaan kerana dia pernah bersama Wings satu waktu dulu. Namun kata Mel ia bukan bermakna saya ingin aktif kembali dalam bidang nyanyian. Dia selesa dengan kehidupan sekarang. Bersama Wings, Mel sempat menghasilkan sebuah album iaitu Orang Asing (1995) yang menampilkan lagu-lagu popular seperti Lena Diulit Intan dan Semalam Yang Hangat. Selepas itu, Mel bergerak sebagai penyanyi solo dengan dua album Mencari Enigma Lagu (1996) dan Sukma’98 (1998), sebelum berundur diri untuk menumpukan perhatian pada bidang keagamaan. [mStar - 7 Mei 2011] Lain2 Artis: Ashraf Muslim (Ustaz Amirul) Ashraf Muslim lahir pada 19 September 1981, di Teluk Emas, Melaka. Beliau merupakan anak pertama dari 7 orang adik beradik Ashraf merupakan seorang pelakon yang pernah membintangi filem 'Aku Masih Dara', dan drama-drama tempatan seperti Impian Illyana, Manjalara, Impak Maksima, Puaka Niang Rapik, Ustaz Amirul dan beberapa lagi. Beliau membuka satu klinik pengamal perubatan tradisional bersama Ustaz Lokman Abdul Hamid, iaitu Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah di Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor. Ia adalah perubatan Islam yang berlandaskan al-Quran. Penawarnya melalui ayat-ayat suci yang dilafazkan kepada pesakit. Selama ini buat secara sambilan. Sekarang sudah ramai pesakit. Dia menjadi merupakan hos untuk rancangan perubatan, Syifa al Hidayah di Astro Oasis. Selain itu Ashraf menternak 600 ekor kambing, ikan keli, ketam bercangkerang lembut atau keras dan lain-lain. Noorkumalasari Noor Kumalasari lahir pada tahun 1956 di Singapura. Beliau merupakan salah seorang pelakon dan penyanyi Malaysia yang terkenal pada 1970-an dan 1980-an. Noorkumalasari merupakan anak kepada S. Roomai Noor dan Datin Hajjah Umi Kalthum. Beliau juga merupakan adik seayah Anita Sarawak. Selain berlakon dan menyanyi, Noor juga turut mengacara, antaranya Anugerah Juara Lagu 1987. "Sebenarnya saya tidak meletakkan sebarang target untuk berubah. Bila saya bercerai dan tiga tahun menjanda, sembahyang pun bukan semua waktu... Noor berdoa, kalau ada jodoh lagi Noor nak seorang suami yang dapat membantu Noor dekatkan diri dengan Allah. "Alhamdulillah lepas 3 tahun jumpa suami sekarang... dia dulu moden juga... apa yang (saya) minta Allah makbul..." cerita NoorKumalasari kepada Damaitv. Aishah Wan Aishah binti Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah, merupakan penyanyi yang berasal dari Negeri Sembilan dan menganggotai kumpulan Fan Club dari New Zealand. Album nyanyian Aishah bersama Fan Club iaitu Sensation telah menaikkan namanya sebagai penyanyi wanita pertama Malaysia yang berjaya ke peringkat antarabangsa. Kumpulan itu popular dengan lagu-lagu seperti 'Call me', 'Sensation', 'Paradise' dan beberapa lagi. Aishah telah berpecah dengan kumpulan Fan Club pada tahun 1992 dan seterusnya menjadi penyanyi solo. Aishah telah berkahwin dengan Faizal Sazali Zulkifli pada 30hb April 2010. Pasangan ini telah bernikah di Narathiwat, Thailand. Wardina Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot lahir 5 Jun 1979 di Kuala Lumpur, ialah seorang pengacara TV, model dan pelakon. Beliau merupakan antara pelakon wanita bertudung litup pertama di Malaysia yang muncul dalam watak utama filem iaitu menerusi Lagi-Lagi Senario pada tahun 2001. Beliau memulakan kerjaya pengacaraan dan lakonan setelah aktif sebagai model dan bertanding dalam pertandingan akhir Dewi Remaja 1997/98 anjuran majalah Remaja. Wardina mempunyai darah campuran Australia oleh bapanya dan Melayu Aceh di sebelah ibunya. Berketinggian 5 kaki 6 inci, beliau telah pun mendirikan rumahtangga bersama seorang arkitek Ikhwan Johari pada September 2002 dalam sebuah majlis yang mendapat liputan meluas media. Kini bahagia sebagai ibu kepada Amna Nafeesa, Azra Sareera dan Imran Arrazi. Wardina Nasihat Rakan Artisnya Rujuk Pakar Dahulu Sebelum Komen Hudud Erma Fatimah Fatimah bt Rahmad atau lebih dikenali sebagai Erma Fatima adalah seorang pelakon, pengarah, penerbit filem, penerbit TV dan penulis di Malaysia. Memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia menerusi "Hati Bukan Kristal" tahun 1990 dan "Femina" tahun 1994.Mula diperkenalkan menerusi filem "Rozana 87" yang diterbitkan pada tahun 1987. Merupakan pelakon yang berkaliber dan konsisten terhadap setiap lakonan beliau. Filem pertama yang beliau arahkan ialah 'Perempuan Melayu Terakhir' lakonan Pelakon Wanita Terbaik FFM 20 Vanida Imran. Beliau juga mencipta sejarah apabila menerima anugerah Pengarah Terbaik di Festival Filem Seoul, Korea Selatan. Sekarang ini beliau masih lagi aktif berlakon dan mengarah drama serta filem. Arahan terakhir beliau setakat ini adalah filem 'Diva Popular' yang menggandingkan adiknya Umie Aida dan Penyanyi terkenal Ezlynn. Catriona Ross Catriona Noorhayati Bahrin Ross atau lebih dikenali sebagai Catriona Ross @ Cat, adalah seorang pelakon yang berkacukan Melayu dan Scottish. Tentang pemakaian tudung, Cat berkata, semuanya bermula apabila dia menemani sahabat karibnya ke sebuah butik tudung di KLCC pada 14 Julai 2010 Tergerak hatinya mencuba satu tudung dan ketika melihat wajah di cermin, tiba-tiba terbit satu perasaan pelik hingga bergenang air mata. Sepantas kilat ditanggalkan tudung itu. Dia yang dihenyak perasaan pilu, hiba dan syahdu kemudian berpusing ke arah temannya seraya spontan meluahkan hasrat mahu memakai tudung. Luahan itu bagaimanapun mengundang tawa sahabatnya kerana menyangka dia bergurau. “Ketika memandu pulang ke rumah, saya menangis. Sukar untuk jelaskan perasaan saya ketika itu. Sebak, syahdu, hiba, semuanya bercampur-baur. Saya sedar perasaan pelik yang muncul tiba-tiba itu adalah hidayah dari Allah. [Harian Metro] Catriona Ross: Saya Akan Sertai PAS Bila Saya Yakin Dapat Sumbang Sesuatu Kepada Parti Sheila Rusly Sheila Rusly merupakan pelakon komedi Malaysia yang popular dan pernah merangkul pelbagai anugerah. Sheila dilahirkan di Selayang pada 1970, memiliki darah campuran Melayu dan Cina. Dia mula bergiat aktif di persada seni sejak tahun 1986 ketika berusia 16 tahun. Ketika awal kemunculan beliau, Sheila banyak berlakon di bawah arahan pelawak terkenal AR Badul. Bakat komedinya dicungkil AR Badul hingga menjadi pelawak wanita paling popular di Malaysia. Di layar perak, Sheila diingati menerusi watak komedinya dalam filem MX3 yang menggandingkan beliau dengan pelawak Saiful Apek. Gandingan Sheila dan Saiful meledakkan panggung dan dikenang sebagai pasangan pelawak paling hebat dalam filem Melayu. Sheila juga mencuri tumpuan apabila bergandingan bersama Afdlin Shauki dalam filem Diva Popular. Sheila kini aktif sebagai penerbit dan banyak menerbitkan drama-drama bermutu untuk siaran televisyen tempatan. Menerusi drama Sebuah Ijtihad, produksi Sheila berjaya merangkul anugerah Drama Terbaik di Anugerah Skrin 2007. Seniwati Datuk Sarimah Datuk Sarimah Ahmad lahir pada 28 April 1942 di Pulau Rusa, Pekan, Pahang, lebih dikenali sebagai Sarimah dan merupakan artis Malaysia yang terkenal dalam filem hitam putih Melayu era 1960-an dan 1970-an yang dicungkil bakatnya olehAllahyarham P. Ramlee. Beliau diberi pengenalan umum melalui filem Ali Baba Bujang Lapok. Seorang yang cepat bersinar bintangnya. Diantara filem lain yang digandingkan bersama P.Ramlee ialah Ibu Mertuaku, Madu Tiga, Tiga Abdul, Kanchan Tirana dan Dr Rushdi. Filem-filem lain lakonannya ialah Si Tanggang, Indera Bangsawan, Lubalang Daik, Neracha, Raja Bersiong, Ranjau Sepanjang Jalan, Warna-warna hati, Sepi itu indah, Momok the movie dan sebagainya lagi. Kumpulan Al Mawlid Seterusnya manusia yang tersimbah hidayah Allah adalah sekumpulan anak muda yang dulunya membawa muzik Pop R&B kini berubah angin dan membentuk Kumpulan Al Mawlid. Dianggotai oleh Saiful Amir Abdul Wahab (Pot Innuendo), Abdullah Ahmad (Lah VE), Zafri Nazarudin (Zaf VE), Azan Addin Abdul Wahab (Azan Ruffedge), Amer Munawer Yusoff (Amer Ruffedge), Ahmad Tajuddin Mohamed Tahir (Taj Innuendo) dan Syed Mohammad Syed Abdullah (Mode Ruffedge) telah dipertemukan ketika menghadiri kuliah agama di Surau Al Hidayah di AU3 Keramat lantas membentuk kumpulan berbentuk dakwah ini. Irma Hasmie Seterusnya bekas kekasih Nabil si Raja Lawak cik Irma Hasmie. Artis yang sedang membintangi cerita Kasih Alia yang aku turut tonton di TV3 ini tampak begitu ayu setelah memilih bertudung sebagai langkah penghijrahan pertama. Semoga makin ramai lagi dan kalau boleh semua artis akan mengikut jejak-jejak yang sangat bagus ini, untuk kebaikan bersama. Biar Malaysia menjadi contoh kepada dunia, mempunyai artis-artis yang Islamik dan pandai menutup auratnya, agar masyarakat tidak punah ranah dan bergelumang dengan dosa dengan mendedah tubuh sana-sini, na'uzubillah. kredit: -muhamadazrulali.blogspot.com edit: GB Ulasan GB Betapa indahnya hidup dan kehidupan jika dunia hiburan di negara ini diisi dengan para artis yang tahu menjaga nilai diri dan mematuhi syariat Ilahi... sekaligus membersihkan seni hiburan dari nilai-nila hedonistik yang begitu merosakkan masyarakat. Pilihlah di antara dua wahai sdra/i artis: menyambut atau menolak anugerah hidayah Ilahi itu... Jika engkau menyambut, Dia bakal menyambutmu di "sana" begitulah jika kau menolak, tidakkah kau khuatir Dia menolakmu nanti di "sana"? |
Waspada - Ada Lembu Mengamuk Nak Serang Negeri Pakatan Habis-habisan Posted: 04 Mar 2012 07:02 AM PST Serang habis-habisan GEORGETOWN: "Kita akan menyerang habis-habisan, terutama di negeri yang ditadbir pakatan pembangkang," kata Pengerusi Wanita Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Menurutnya, semua anggota Wanita BN seluruh negara, terutama di negeri yang ditadbir pakatan pembangkang, kini dalam 'mood' menyerang bagi memastikan kemenangan BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) serta merampas kembali pentadbiran di beberapa negeri terbabit. "Kita bukan dalam 'mood' mempertahankan diri seperti sebelum ini dan tidak sabar-sabar menjadi tulang belakang BN pada pilihan raya akan datang, buat apa kita nak bertahan lagi di negeri yang ditadbir mereka. "Baru tiga tahun perintah, dah macam-mcam mereka cakap... sebab itu kita kena menyerang kalau hendak masuk ke medan perang (pilihan raya)," katanya selepas merasmikan Program Pemantapan Jentera Pilihan Raya (Jalinan Rakyat) Wanita BN Pulau Pinang, di sini, semalam. Hadir sama pada program itu adalah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir; Setiausaha BN Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya dan Pengerusi BN Pulau Pinang, Datuk Ng Siew Lai. Beliau yang juga Ketua Wanita Umno berkata, hasil pemerhatiannya menerusi program seumpama itu yang diadakan di seluruh negara, kecuali Terengganu, setakat ini menunjukkan semangat ahli Wanita BN adalah luar biasa. "Mereka tidak sabar-sabar menjadi tulang belakang BN, semua ahli Wanita BN adalah jeneral untuk membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai Ketua Komander pada medan perang (pilihan raya). "Mereka bakal memainkan dua peranan penting iaitu sebagai pengundi dan jentera pilihan raya, ini akan memastikan kemenangan BN pada pilihan raya akan datang," katanya. Beliau berkata, keprihatinan Perdana Menteri terhadap pelbagai isu wanita mengukuhkan lagi sokongan terhadap BN dan momentumnya bakal berterusan sehingga ke pilihan raya. "Sebab kenapa BN boleh bertahan adalah kerana ia mengambil berat terhadap isu membabitkan wanita dan menghargainya," katanya. -hm Ulasan GB Apakah lembu yang nak mengamuk itu tahu bahawa dia dan keluarga lembunya bakal "disembelih" tidak lama lagi? Lalu kena tunjuk garang sikit supaya "tukang sembelih" jadi khuatir? |
Laporan Polis Terhadap FELDA Ekoran Pekeliling Paksa Peneroka Serah Dokumen Posted: 04 Mar 2012 05:15 AM PST Temerloh - Lapan peneroka sekitar kawasan Jengka membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah (IPD) di sini semalam berikutan tindakan pengurusan Felda menghantar pekeliling meminta peneroka-peneroka menyerahkan dokumen penting berikutan langkah penyenaraian di Bursa Malaysia. Laporan tersebut menamakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad dan pengurus-pengurus Felda yang mengeluarkan pekeliling berkenaan untuk disiasat. Antara lain pekeliling tersebut meminta peneroka menyerahkan salinan kad pengenalan berwarna, geran ladang dan rumah, maklumat pentadbir tanah, maklumat anak, status bank, salinan akaun Maybank dan nombor keahlian Koperasi Permodalan Felda (KPF).Serentak dengan kekeliruan dihadapi peneroka berikutan pekeliling yang mula diedarkan sejak dua minggu lalu itu, mereka mendesak pihak polis menyiasat tujuan dokumen tersebut diperlukan. Mereka juga mendesak polis menyiasat sejauh mana kebenaran pekeliling berkenaan kononnya peneroka dijanjikan dengan durian runtuh berikutan penyenaraian saham sedangkan mesyuarat agung luar biasa KPF telah dibatalkan. Polis juga diminta menyiasat kebimbangan dan kemungkinan geran hak milik peneroka akan dicagar untuk tujuan tertentu di sebalik penubuhan Syarikat Tujuan Khas (SPV). Jurucakap warga Felda yang membuat laporan polis berkenaan, Aris Fezul Ismail berkata, mereka amat dukacita disogokkan dengan gambaran akan mendapat durian runtuh dalam bentuk saham dan wang tunai melalui pekeliling berkenaan. "Peneroka terpedaya dengan menuruti semua kehendak pengurusan Felda tanpa memikirkan risiko apabila dokumen yang sangat penting seperti geran hak milik diberikan. "Jadi terdapat sebahagian warga Felda yang keliru dengan pekeliling tersebut, adakah pengurusan Felda hanya menjadi alat kepada agenda pemimpin tertentu yang menegaskan penyenaraian FGVH akan tetap diteruskan," katanya. Aris berkata, sehingga hari ini tidak ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pegawai tertinggi Felda, justeru polis diminta menyiasat sejauh mana kebenaran pekeliling tersebut bagi mengelakkan peneroka terpedaya dengan tawaran durian runtuh. Sementara itu kira-kira 200 peneroka hadir memberi sokongan. Turut hadir Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman, peguam Harris Abdullah, Ketua Pemuda Pas Pahang Shahril Azman Abdul Halim serta ketua-ketua peneroka. Dalam pada itu Mazlan menyokong tindakan warga Felda membuat laporan polis supaya siasatan dibuat kerana semua dokumen penting yang diminta boleh dimanipulasi untuk tujuan tertentu. "Saya juga mendesak pekeliling yang amat mengeliru dan membimbangkan peneroka ini ditarik balik dengan segera oleh Felda atau laporan polis akan dibuat seluruh negara," tegasnya. -SH |
Posted: 04 Mar 2012 04:47 AM PST Kuala Lumpur: Hubungan persahabatan antara anak dara berusia 56 tahun, Khalijah Che Lah dengan duda beranak lima, Ismail Buang, 65, yang terjalin sejak setahun lalu, diakhiri dengan ikatan perkahwinan pada majlis pernikahan di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar, di sini, semalam. Foto Rosdan Wahid NST Khalijah mengakui bersyukur apabila bertemu jodoh dan mengakhiri zaman daranya walaupun pada usia emas. Mesra dipanggil adik oleh suami, Khalijah berkata, dia mengenali Ismail yang kematian isteri sejak Mac 2011 dan perkenalan terjadi apabila kedua-dua mereka bertemu secara tidak sengaja di rumah anak saudara suaminya. "Biarpun mengakhiri zaman bujang pada usia 56 tahun, saya bersyukur dipertemukan jodoh dengan lelaki yang serasi dan bakal berkongsi suka duka. "Cuma yang menyedihkan, ibu bapa saya tak berpeluang menyaksikan hari bersejarah ini. Jika masih ada (hidup), pasti mereka orang paling gembira hari ini," katanya ketika ditemui selepas majlis itu. -HM |
[Bergambar & Video] Amerika Dihentam Puting Beliung, 29 Terbunuh Posted: 04 Mar 2012 02:32 AM PST Henryville: Puting beliung melanda beberapa bandar kecil di Indiana dan menyebabkan kawasan luar bandar di Kentucky terputus hubungan ketika musim awal puting beliung di Amerika Syarikat menyebabkan sekurang-kurangnya 29 orang terbunuh, manakala angka kematian dijangka meningkat. Ribut petir ganas yang sudah diramal jabatan kaji cuaca sejak beberapa hari lalu, mula terbentuk di Pantai Teluk dan Tasik Besar, mencetuskan berpuluh-puluh puting beliung. Bencana alam itu memusnahkan sepenuhnya beberapa kawasan perumahan menjadi padang jarak padang tekukur, meruntuhkan menara pemancar telekomunikasi, menumbangkan tiang elektrik dan menghumbankan kereta, bas sekolah, traktor dan treler ke jalan raya, menyebabkan perhubungan darat terputus. Di Kentucky, anggota Pengawal Kebangsaan dan polis tempatan bertungkus-lumus melakukan kerja mencari mangsa yang masih hilang dan dikhuatiri terperangkap. DI Indiana, pihak berkuasa meredah jalan gelap akibat terputus bekalan elektrik bagi meninjau kawasan perumahan di beberapa kejiranan yang musnah sama sekali. "Kami tidak akan dapat mengetahui apa yang sebenarnya berlaku sebelum hari menjelang siang. Buat masa ini kami akan melakukan segala yang terbaik," kata Syerif kawasan Clark County, Indiana, Mejar Chuck Adams. Di Henryville, bandar kecil dengan 2,000 penduduk di utara Louisville, Kentucky, anggota penyelamat meredah jalan yang dipenuhi sampah sarap sambil membawa troli berisi makanan dan air untuk diberikan kepada sesiapa yang memerlukan. Beratus-ratus anggota bomba dan polis membuat rondaan di bandar yang musnah dengan hanya beberapa bangunan masih bertahan, manakala semua sekolah di bandar itu musnah. "Saya kehilangan semuanya. Dulu kawasan ini cantik, sekarang semuanya sudah tiada," kata seorang penduduk Andy Bell, ketika beliau membantu seorang rakan di bengkel kenderaannya yang rosak. Tidak jauh dari situ sebuah bas sekolah terperosok ke dalam sebuah restoran, manakala sebuah kerusi tersangkut di pintu sebuah kereta. Seorang lagi penduduk, Susie Renner, 54, berkata beliau melihat dua puting beliung membadai Henryville selang beberapa minit antara satu sama lain. Puting beliung pertama berwarna cokelat akibat dipenuhi sisa sampah, manakala yang kedua berwarna hitam. "Saya seorang pengkaji dan pemburu puting beliung, tetapi saya tidak pernah berasa begini takut seumur hidup saya," katanya. Puting beliung kelmarin melanda hanya dua hari selepas ribut kencang mengorbankan 13 orang di Barat dan Selatan Amerika. Menjelang jam 10 malam, perkhidmatan kaji cuaca mengeluarkan 269 amaran puting beliung, sedangkan hanya 189 amaran dikeluarkan sepanjang Februari. – AP/BH |
Keputusan Isu Kedah Esok - Phahrolrazi & Ismail Dijangka Terima Semula Jawatan Exco Posted: 04 Mar 2012 01:06 AM PST PAS: Penyelesaian kemelut Kedah diumum esok Pertemuan khas antara Jawatankuasa PAS Pusat dengan badan perhubungan PAS Kedah malam semalam dan berlarutan sehingga awal pagi ini dikatakan berjaya mencapai keputusan yang akan menyelesaikan kemelut kepimpinan di negeri itu. Gambar: Phahrolrazi (kiri) Dr.Ismail (kanan) Menurut Harakahdaily yang memetik Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub sebagai berkata, keputusan yang dicapai itu mengambil kira pelbagai pandangan yang dibincang. "PAS sudah ada keputusan. Ia sangat mengambil kira pelbagai pandangan yang kita bincang. "Kita akan umum keputusan tersebut secara rasami dalam masa terdekat," katanya dipetik organ rasmi parti itu. Sementara itu, dalam satu teks pesanan ringkas, PAS memaklumkan satu sidang media khas mengenai isu Kedah akan diadakan pada jam 11 pagi esok. Sidang akhbar itu akan diadakan di pejabat agung PAS Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Semalam, pertemuan khas bagi mencari penyelesaian isu Kedah itu dilaporkan berlangsung lebih lima jam bermula sekitar jam 9.30 malam sehingga jam 3 pagi tadi di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon, Alor Setar. Ia berhubung isu Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh yang enggan dilantik semula sebagai exco kerajaan negeri Kedah kerana dikatakan tidak mampu bekerjasama dengan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Phahrolrazi dan Dr Ismail masing-masing merupakan timbalan pesuruhjaya PAS I dan II manakala Azizan adalah pesuruhjaya PAS Kedah. Para pemimpin PAS Pusat seperti Timbalan Presiden, Mohamad Sabu dan Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar juga dilihat antara yang terawal memasuki kediaman rasmi menteri besar kira kira jam 8.15 malam. Beberapa exco kerajaan negeri seperti Datuk Amiruddin Hamzah; Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul dan Abdul Ghani Ahad juga kelihatan memasuki Seri Metaloon. Menurut Harakahdaily lagi, difahamkan pertemuan malam semalam itu dibahagikan kepada dua sesi iaitu pertama pertemuan empat mata antara Salahudin dengan Phahrolrazi, dan diikuti dengan Azizan. Ia kemudiannya disusuli dengan pertemuan Jawatankuasa PAS Pusat dengan badan perhubungan PAS negeri yang dipengerusikan presiden parti sendiri, Datuk Seri Hadi Awang. Pertemuan tertutup itu merupakan kali kedua bagi membincangkan krisis dalaman parti itu di Kedah selepas mesyuarat khas PAS di Kuala Lumpur Khamis lalu gagal menemui jalan penyelesaian. Keputusan diumum hari ini Sementara itu, Bernama melaporkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mengumumkan keputusan berhubung kemelut pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah pimpinan parti itu, hari ini. Salahuddin yang mempengerusikan pendengaran berhubung kemelut itu berkata Abdul Hadi yang mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kerja PAS Pusat akan mengumumkan keputusan itu secara rasmi sama ada di Alor Setar atau Kuala Lumpur. Mereka yang terlibat dalam kemelut itu ialah Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan anggota-anggota exco Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh. Phahrolrazi dan Dr Ismail tidak mengangkat sumpah bagi pelantikan semula sebagai exco bagi penggal 2012/2013 di Istana Anak Bukit pada 28 Februari lalu. Pada hari yang sama Phahrolrazi yang juga timbalan pesuruhjaya I PAS Kedah berkata beliau enggan dilantik semula kerana mempunyai perbezaan pendapat yang "kritikal" dengan Azizan dalam soal pentadbiran kerajaan negeri. Buat pertama kali, Azizan dan Phahrolrazi dipertemukan oleh PAS Pusat yang campur tangan untuk menyelesaikan kemelut itu dengan mendengar penjelasan mereka di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Mentaloon di Alor Setar, malam tadi. Salahuddin berkata Azizan dan Phahrolrazi, masing-masing mengambil masa sejam menyampaikan fakta dan hujah pada pendengaran itu. "Mereka memberi kerjasama cukup harmoni dan profesional. Saya yakin jawatankuasa kerja PAS Pusat yang dipengerusikan presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kanan) akan dapat mencari penyelesaian terbaik kepada masalah ini. "Kami berpuas hati dengan penjelasan mereka. Keputusan jawatankuasa adalah muktamad dan mereka mesti akur," katanya kepada pemberita selepas pendengaran itu selesai kira-kira tengah malam tadi. Semua jawatankuasa PAS Pusat termasuk timbalan presiden Mohamad Sabu, tiga naib presidennya dan beberapa anggota exco kerajaan Kedah hadir kecuali Dr Ismail. Jawatankuasa itu berbincang hampir tiga jam bermula kira-kira 12.15 tengah malam selepas Salahuddin bertemu media yang menunggu di luar Seri Mentaloon. Sebelum itu, semua anggota jawatankuasa PAS Pusat tiba di Seri Mentaloon kira-kira pukul 8 malam dan mereka menunggu Abdul Hadi yang tiba kira-kira 9.50 malam untuk mendengar hujah dan penjelasan Azizan dan Phahrolrazi. Seri Mentaloon dikawal ketat dan pihak-pihak tidak berkenaan termasuk media tidak dibenarkan memasuki kawasan kediaman tersebut. Bagaimanapun, harapan media yang menunggu seawal jam 8 malam di Seri Mentaloon agar ada pemimpin tertinggi PAS akan membuat kenyataan selepas mesyuarat jawatankuasa selesai kira-kira pukul 3 pagi, hampa. Malah kenderaan yang membawa Azizan atau Phahrolrazi juga tidak berhenti. -mk Isu Pas Kedah: Phahrolrazi, Ismail kekal Exco? Ulasan GB Jika jangkaan GB di atas benar iaitu kedua-dua exco akan menerima perlantikan exco kerajaan negeri Kedah, bererti juga menjadi kenyataan pemerhatian yang GB lakukan sebelum ini pada 28 Feb lalu bahawa 2 exco tersebut akan mengangkat sumpah di majlis yang lain. Lapan Exco Kedah Angkat Sumpah, 2 Exco Lagi Di Majlis Kedua |
Menyayat Hati: Maut Digilis Tiga Kenderaan Posted: 03 Mar 2012 11:02 PM PST Isteri maut, suami parah TANAH MERAH – Seorang wanita maut di tempat kejadian manakala suaminya cedera parah apabila mereka dilanggar ketika melintas jalan di hadapan masjid dekat Kampung Panglima Bayu di Kilometer 71 Jalan Kota Bharu-Machang-Jeli, jam 7 pagi semalam. Mangsa yang maut, Kamariah Othman,61, dan Yahya Ahmad,65, baru sahaja selesai solat Subuh dekat masjid tersebut selepas bas persiaran yang dinaiki mereka bersama 35 ahli rombongan dari surau Taman Ixora, Terengganu berhenti di tempat tersebut dalam perjalanan ke Rantau Panjang. Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Abd Aziz Mahmud berkata, ketika kejadian, kedua-dua mangsa dilanggar oleh kereta dari arah Jeli menuju ke Tanah Merah menyebabkannya tercampak ke tengah jalan. "Yahya mengalami cedera parah, tetapi isterinya dilanggar lagi oleh dua kenderaan lain yang melalui jalan tersebut yang agak gelap dalam keadaan hujan renyai-renyai. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk siasatan lanjut dan suaminya turut dihantar ke sana untuk menerima rawatan," katanya. Abdul Aziz berkata, kes tersebut disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 di mana polis masih lagi mengesan dua kenderaan yang dipercayai melanggar mangsa. Ekoran daripada kejadian tersebut, rombongan yang mahu ke Rantau Panjang itu berpatah balik dan membatalkan perjalanan tersebut. Ahli rombongan yang juga rakan mangsa, Sharifah Mohd, 68, berkata, tiada perubahan ketara dapat dilihat pada kelakuan ketika dalam perjalanan hanya dia kelihatan ceria dan sering bergurau. Menurutnya, dia dan ahli rombongan lain tidak menyangka kejadian tersebut menimpa Kamariah dan menganggapnya sebagai ketentuan Ilahi. "Selepas solat Subuh semua ahli rombongan lain sudah melintas ke seberang jalan untuk kedai makan, tetapi hanya mangsa dan suami naik semula ke dalam bas kerana ingatkan pemandu bas ingin berhenti di tempat rehat lain," katanya. -SH Lihat isteri digilis |
[Video] Sekitar "Majlis Mahabbah" PAS Pusat & PAS Kedah Posted: 03 Mar 2012 09:27 PM PST Alor Setar, 4 MAC: Pas akan mengumumkan keputusan sebulat suaranya bersabit krisis kepimpinan di Kedah pada tengah hari ini, kata Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub. Menurut beliau mesyuarat berjaya mencapai satu penyelesaian sebulat suara selepas mesyuarat hampir enam jam yang bermula malam tadi bagi mengatasi kemelut berkenaan. "Keputusannya, Pas akan umumkan esok tengah hari dan esok saya akan maklumkan pada media tempat dan waktunya," katanya. Pertemuan khas pimpinan tertinggi Pas Pusat dan Kedah dimulakan dengan mendengar hujah pihak yang bertelagah - Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak dan Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri Datuk Phahrolrazi Zawawi. Sebelum mesyuarat itu bermula, Phahrolrazi memberitahu pemberita beliau yakin akan "menang" dalam pertemuan khas itu yang diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar di sini. Beliau adalah seorang daripada dua Exco yang menolak tawaran dilantik semula sebagai Exco, sekali gus mendedahkan krisis kepimpinan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Kemelut itu membawa kepada campur tangan kepimpinan Pas Pusat. Pada pertemuan mahabbah itu, Salahuddin berkata mesyuarat akan diteruskan hingga ke awal pagi nanti dan keputusan akan diumumkan dalam tempoh 24 jam daripada sekarang. "Pertemuan tadi diadakan untuk dua jam untuk kami mendengar segala penjelasan yang dibuat oleh kedua-dua pihak. Kami cukup puas hati dengan penjelasan-penjelasan yang telah dibuat demi untuk mencapai jalan penyelesaian dalam tempoh yang terdekat," kata beliau. Antara yang hadir pada perjumpaan mahabbah ialah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden, Mohamad Sabu, Naib Presiden, Mahfuz Omar dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali. -AntaraPos klik untuk baca |
Budak Mati Dihempap Pagar Rumah Datuk Posted: 03 Mar 2012 07:12 PM PST Besut - Pintu pagar besi yang menjadi kebanggaan warga emas, Mat Saman Pak Adek di hadapan rumahnya di Kampung Lay Out, Tok Saboh, Kuala Besut meninggalkan sejarah hitam hanya selepas dua bulan dipasang apabila ia tumbang dan menghempap cucunya sehingga mati pagi kelmarin. MAJUKI membawa jenazah Mohd. Aqif Najwan (gambar kecil) keluar dari Hospital Besut untuk dikebumikan kelmarin. Mat Saman, 66, berasa bangga kerana pintu pagar yang setiap satunya sepanjang 2.5 meter dan seberat kira-kira 40 kilogram itu dibina dan dipasang sendiri oleh menantunya, Majuki Awang Kecik, 45, seorang pengawal keselamatan sekolah yang mahir bertukang. Namun kelmarin, perasaan itu bertukar hiba apabila ia meragut nyawa cucunya yang juga anak bongsu Majuki, Mohd. Aqif Najwan, tiga tahun. Kejadian pada pukul 10 pagi itu dipercayai berlaku sewaktu Mohd. Aqif bermain dengan pintu pagar gelongsor, manakala abangnya Nizarudin Ikmal, 11, dan kakak, Nurul Aina, 10, bermain badminton di pintu pagar bersebelahan. Difahamkan, Mohd. Aqif terlalu leka bermain dengan menyorong dan menarik pintu pagar besi itu tanpa menyedari ia tergelincir daripada rel gelongsornya dan terus menghempap mangsa. Akibat kejadian itu, Mohd. Aqif jatuh terhantuk ke atas simen sebelum dihempap pagar berkenaan sehingga menyebabkan kepala dan muka sebelah kiri kanak-kanak malang itu cedera parah. Mat Saman juga berasa terkilan kerana terlalu mengikut kehendak cucunya itu yang merengek-rengek mahu pulang bersamanya ke rumah. "Pada pagi sebelum kejadian, cucu saya itu ikut emak dia bekerja di kilang keropok tidak jauh dari rumah saya. "Dia nak ikut saya balik, jadi saya bawa dia pulang dan bila sampai, saya terus masuk ke dalam dan dia bermain di halaman rumah," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam. -kosmo Budak maut dihempap pagar datuk |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment